Monday, November 8, 2010

Lagi gambar sekitar Majlis Harijadi Tengku Ratu Haidar...











































P/S - Sekitar majlis serba kuning itu - cute sangat [klik sini]




.

Treler terbakar......


 SEREMBAN: Laluan ke selatan di Kilometer 253.6 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Senawang mengalami kesesakan sepanjang tiga kilometer hampir dua jam tengah hari tadi apabila sebuah treler terbabas, terbakar dan melintang di lorong ke selatan lebuh raya itu.

Jurucakap polis berkata, dalam kejadian tengah hari itu, treler membawa muatan kayu bergergaji sedang dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Muar.

"Pemandu lori itu Mohd Khatib Ahmad, 26, tidak mengalami kecederaan dan siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian," katanya.

Kejadian itu juga menyebabkan rombongan kereta rasmi yang membawa Presiden Austria Dr Heinz Fischer untuk melakukan lawatan ke Melaka hari ini tergendala seketika.

Rombongan itu terpaksa menunggu hampir 20 minit untuk pasukan bomba memadamkan api sebelum mereka dibenarkan melepasi laluan itu. Jurucakap PLUS berkata, keadaan pulih pada 2 petang apabila laluan itu dibuka semula.





Majlis Hari Jadi Anak Linda-Que Ibarat Kenduri Kahwin


Majlis ulang tahun Tengku Ratu Haidar, anak pasangan artis Linda Jasmine dan Que Haidar disambut meriah.
Bertemakan Little Miss Sunshine, majlis serba-serbi berwarna kuning dan putih itu diadakan di rumah ibu bapa Linda di Enau Court, di sini, Sabtu.

Saya Bukan Rampas Nabil - Qasha


DUNIA hiburan gamat seketika apabila pelakon Irma Hasmie membuat pengakuan hubungannya dengan pelawak Nabil Ahmad telah menemui titik noktah.
Perpisahan tersebut dikatakan berlaku selepas Irma berjaya melihat kecurangan Nabil bersama wanita lain yang didakwa bekerja sebagai pramugari. Gambar-gambar kemesraan mereka dikatakan tersebar di Internet.
Bagaimanapun Nabil mahupun Irma mengelak untuk mengulas punca perpisahan tersebut tetapi hati Irma sebenarnya sudah tertutup untuk menerima Nabil sebagai kekasihnya lagi.
Dalam laporan mStar Online sebelum ini Nabil membuat pengakuan dia terpaksa menerima hakikat dengan perpisahan itu walaupun cintanya terhadap Irma masih belum pudar.
Ketika krisis hubungan itu diperkatakan, individu yang dikaitkan menjadi punca kehancuran cinta pasangan itu membuat pengakuan yang dia tiada kena-mengena dengan insiden yang didedahkan oleh Irma di dalam sebuah akhbar mingguan Ahad lalu.
Nik Zaris Uqasha atau dikenali sebagai Qasha, 18, menjelaskan dia juga tidak pernah terlintas untuk merampas Nabil daripada Irma sebagaimana yang digambarkan.
Malah Qasha yang juga seorang pelakon baru turut memberitahu dia amat kesal kerana dikatakan menjadi penyebab hubungan Nabil dan Irma putus.
“Saya kesal dan kecewa apabila ramai pihak yang menuduh saya sebagai punca perpisahan Nabil dan Irma. Ramai yang menyangka saya adalah individu yang terlibat seperti yang diceritakan Irma dalam akhbar Ahad lalu.
“Di sini saya jelaskan, pramugari yang dikatakan memakai boxer di rumah Nabil seperti yang dilaporkan itu bukannya saya.
“Saya tidak pernah bekerja sebagai pramugari. Dakwaan itu sama sekali tidak benar. Saya harap semua masyarakat faham dan tidak membuat tuduhan membuta tuli terhadap saya,” katanya secara ekklusif kepada Mingguan mStar baru-baru ini.
Qasha yang turut membintangi drama berjudul Sultan Alauddin Riayat Shah terbitan TV Al-Hijrah turut memberitahu bahawa dia tertekan apabila dijadikan subjek utama dalam insiden tersebut.
“Sebagai pendatang baru sudah tentu ia merupakan dugaan besar buat saya. Belum pun dikenali sebagai artis orang sudah memberi persepsi buruk kepada saya.
“Walhal hakikat sebenarnya tidak seperti yang mereka gambarkan. Saya sedih dan takut dengan pandangan masyarakat terutamanya peminat-peminat Irma dan Nabil,” katanya.
Jelas Qasha dia sama sekali tidak mengenali pramugari yang didakwa menjadi punca masalah itu dan tidak mahu campur tangan dalam kemelut perpisahan kedua-dua pasangan tersebut.
Lebih menyedihkan gambar-gambar yang tersebar antara dia dan Nabil seolah-olah memperlihatkan Qasha adalah wanita yang dikaitkan dalam insiden Irma “menyerbu” ke rumah Nabil itu tetapi hakikatnya ia adalah satu insiden yang berlainan.
“Saya mengenali Nabil melalui kawan atas kawan. Itupun selepas sebulan dia berpisah dengan Irma. Perhubungan kami hanya seperti kawan biasa dan tiada hubungan istimewa. Gambar mesra yang tersebar itu juga ketika kami keluar beramai-ramai.
“Tentang pramugari seperti yang dilaporkan dalam akhbar minggu lalu itu, Nabil pun tidak menceritakan kepada saya. Bagi saya ia hal peribadi Nabil dan saya tidak masuk campur,” katanya.
Selain itu, Qasha yang juga kakak kepada pelakon Zaris Nelydia ini turut menolak dakwaan kononnya dia terpasa melarikan diri bagi mengelak kontroversi ini terus meletus.
“Saya balik ke kampung saya di Kelantan sebab ingin menjenguk keluarga bukan disebabkan saya takut berjumpa dengan Irma. Ikutkan hati, saya mahu isu ini selesai dengan cara baik.
“Bukannya apa, saya berada di pihak yang benar dan tiada sebab saya perlu lari. Saya anggap ini adalah dugaan pertama saya dalam melangkah ke dunia lakonan,” katanya yang ketika dihubungi berada di kampung halamannya.
Qasha berharap dengan penjelasan yang diberikan ini semua pihak mendapat gambaran sebenar dan tidak terus mengaitkannya sebagai punca perpisahan pasangan artis itu.



P/S - Apa kata Nabil [klik sini]?



.

GiveAway Domain...


Ini ada satu lagi GiveAway..
Kali ni Lulu di tag oleh Cik ikan Kaloi..eh NurKaloi.
TQ Kaloi..
Semoga lulu menang setelah ditag oleh ikan..
(wah class gitu..ikan pun pandai blog skrg ni..ngee)


GiveAway ini dianjurkan oleh MelRomeo.
Beliau kononnya baru je cashout dari nuffnang..
So, berbesar hati nak bagi 'domain' untuk yang bertuah..
(Semoga lulu lah orang yang bertuah itu..)

Apa-apa hal pun, lebih baik berkunjung ke blog beliau untuk lebih jelas ye..

dan saya tag 5 orang...
Untuk bersama-sama mendapat peluang..
memenangi domain.


GIVE AWAY Domain Daripada MELROMEO.COM
Tag 5 Orang Kawan BLOGGERS
MENANG 1 DOMAIN .COM / NET / ORG
GIVEAWAY DARI MELROMEO.COM




.

Cik Warnida GiveAway


Yeah jom kita himpunkan kesemua contest..
muehehe..mudah-mudahan akan berhasil..
(Hasil-kemenangan)

Ini adalah Give Away ye..
Dianjurkan oleh Cik Warnida [klik sini]..
Simple sangat..
Sampai teruja nak turut serta..
ngee..

Apa-apa pun kalau nak tahu lebih lanjut, silalah ke blog Cik Warnida ye..
Mudah jer..


So, saya nak tag 3 orang...
Jom kita join...




.


Contest Template Terbaek..



Yaaa...jom kita ikut contest..
Contest ni dah beberapa hari 'pelancarannya..'
Dan setiap kali update blog, pasti lulu akan mencari template yang sesuai buat empunya contest ini..
[Nini D] Untuk syarat, hadiah dan lebih lanjut..

Dan setelah berhari-hari membelek-belek..
Membuat carian di google..
Akhirnya lulu terpaksa ambik 3 template..

Nini, silalah pilih mana yang berkenan..
Harap saya menang..
yeah..(entah bila lah nak menang ye..ngee)


1st 


Sebab Nini suka berkebun, rasanya template ala-ala comel ni memang sesuai..


2nd


Hah, yang ni pun ada unsur 'taman' sbb ada butterfly kat situ..
Lagi satu, yang menariknya template ni, adalah corak polka dot nya..
Cute...


3rd


Yang ini memang nampak simple..
Tapi sebab lulu pilih ni, adalah kerana template lama Nini berwarna biru..
Santai jer tengok (saya sangat meminati biru-CHELSEA)
So, kalau Nini ubah template asal ganti dengan ni, reader's pun taklah rasa janggal sangat..


Bagi lulu, Nini ni orangnya relax jer..
So, pemilihan 3 template ni adalah bersesuaian dengan diri Nini..
takde nampak heavy sangat..
ngee.....ok tak?


Lulu tak terfikir nak tag siapa..
Semua orang boleh join..
Lagipun hadiahnya ter...sangat lah lumayan..
cuba tgk kat blog dia..[klik sini]
Jom lah kita bagi sokongan buat beliau...
(psttt.....untuk otai contest, makbed & nurkaloi, MESTI buat...ngee)





.

Dewi mahu heret Jupe

Dewi Persik

JAKARTA: Dewi Persik mengaku mempunyai bukti untuk mengheret Julia Perez atau Jupe ke pihak polis melalui aksi cakarannya. Kata Dewi, dia memvideokan kejadian dirinya dicakar Jupe.

Perkara itu didedahkan Dewi kepada wartawan detikhot dalam satu temu bual, semalam. Menurut Dewi, hal itu terjadi ketika penggambaran filem baru mereka berjudul ‘Arwah Goyang Karawang’ di Jakarta Pusat pada 4 November lalu.

“Saya boleh saja membalas tetapi kerana saya mempunyai bukti kejadian berikutan sering memvideokan setiap babak dalam filem yang saya lakonkan, maka saya berusaha menenangkan diri,” jelas Dewi.

Jupe

Selepas kejadian pergaduhan itu, Dewi melaporkannya ke balai polis Matraman, selain turut menjalani rawatan di Rumah Sakit Cipto Mangunkusumo.
“Saya melaporkan kejadian penganiayaan dan juga punya bukti daripada pihak hospital,” ujar Dewi atau nama sebenarnya Dewi Mulya Agung.

Sebelum kejadian itu, Jupe sempat mencemuh Dewi dengan menuduhnya tidak profesional kerana membatalkan penggambaran filem terbabit. Malah, Jupe juga mendakwa Dewi sakit jiwa.
“Saya tidak pernah ada masalah dengan sesiapa pun. Saya juga tidak pernah perang mulut melalui media dengan Jupe.”

“Saya hanya menjelaskan keadaan sebenar dalam satu sidang akhbar mengenai kekeruhan yang berlaku antara saya dengan dia. Tetapi, dia menuduh saya yang bukan-bukan di laman media online dan infotainment,” kata Dewi lagi.


P/S - Susah nak cari gambar mereka yang tak seksi..adeh..





Penduduk Haiti bersih lumpur taufan Tomas


PORT-AU-PRINCE - Penduduk di Pulau Haiti membersihkan lumpur di kem-kem perlindungan semalam selepas taufan Tomas mengganas.


Kerja-kerja pembersihan dilakukan semasa berlakunya wabak kolera yang telah menyebabkan lebih 500 orang terbunuh setakat ini.


Wabak itu merebak akibat pencemaran di Sungai Artibonite yang melimpah akibat taufan Tomas yang melanda kawasan perumahan miskin pada Jumaat lalu.


Seorang pegawai dengan sebuah pertubuhan bantuan kemanusiaan Perancis, Marianna Franco berkata, air yang melimpah dari sungai itu membawa berita buruk kerana ia telah terjejas akibat kolera.


Sebelum ini, Haiti dilanda gempa bumi pada Januari lalu menyebabkan 250,000 orang terbunuh.
Seorang anggota pertubuhan Palang Merah Antarabangsa, Andrea Koppel berkata, taufan Tomas tidak membawa kemusnahan besar.


"Kebanyakan khemah (kem perlindungan mangsa gempa bumi) yang kita lihat tidak musnah," katanya.


Khemah kanvas dan kain tarpal yang didiami ratusan ribu mangsa gempa bumi berdiri kukuh disebabakan kerja-kerja persediaan awal dilakukan untuk menghadapi taufan itu.


Antara persediaan yang dilakukan itu ialah menggali parit dan meletakkan penghadang guni pasir.













Penduduk masih berdegil tidak mahu pindah


Walaupun pihak berkuasa Indonesia telah mengeluarkan arahan supaya mengosongkan kawasan 25 kilometer sekitar lereng Gunung Merapi tetapi masih ada juga penduduk yang berdegil.


Tinjauan ke Kampung Surowono di Boyolali di daerah Klaten, kira-kira 12 kilometer dari Gunung Merapi mendapati masih terdapat penduduk yang tidak berpindah.


Di pekan Surwono yang hampir 'mati' kerana hampir semua penduduk telah dipindahkan, penulis menemui empat beranak yang masih bertahan di rumah mereka.


Menurut Maria Seger Rahayu, 40, dia mempunyai 10 ekor lembu dan kedai menjahit baju yang harus dijaga.
"Bagaimanapun kami telah meletakkan kereta menghala ke arah jalan keluar. Jika berlaku ledakan kami akan melarikn menyelamatkan diri.


"Semasa letusan pada malam Jumaat lalu, Merapi menggelegak dengan begitu kuat sehingga bergegar rumah kami, seperti ada helikopter mahu mendarat," katanya.
Berikutan itu dia melarikan diri bersama keluarga ke kawasan yang lebih jauh sebelum melihat Merapi meletus.


Katanya, hampir setiap malam dia dapat melihat bebola api yang disemburkan oleh Merapi seperti pertunjukan bunga api.
"Memang takut, tapi kami tidak mempunyai pilihan demi meneruskan kelangsungan hidup," katanya.


Pada 2006, katanya, mereka dipindahkan ke pusat pemindahan selama kira-kira tiga bulan kerana bimbang gunung berkenaan meletus.
"Semasa berada di pusat pemindahan itu saya terpaksa menjual lembu dan pelbagai barangan lain untuk membiaya hidup dan saya tidak mahu masalah yang sama berulang.


"Oleh itu, kali ini kami menunggu sehingga Merapi meletus barulah kami berpindah dan apabila letusan reda kami akan kembali ke rumah untuk menguruskan haiwan ternakan dan menjaga harta benda," katanya.







Wanita anjur parti rai perkahwinan diri sendiri


TAIPEI: Seorang wanita Taiwan semalam menganjurkan majlis meriah bagi meraikan perkahwinannya dengan dirinya sendiri, semalam.
Disaksikan kira-kira 30 tetamu terdiri daripada saudara-mara dan kenalan rapatnya, Chen Wei-yi, 30 meraikan mereka dalam parti di sebuah hotel di Taipei.

“Berkahwin dengan diri sendiri adalah cara kita membuktikan keyakinan kepada diri dan cara saya menerima apa saja yang ada pada diri ini,” katanya.
Chen menjadi perhatian pelayar Internet sejak mengumumkan rancangannya ‘berkahwin’ pada bulan lalu.

Kata kakitangan pejabat itu, seseorang mesti mencintai diri sendiri sebelum boleh menyayangi orang lain.

“Saya mesti mengahwini diri sendiri sebelum boleh menyayangi dan berkahwin dengan orang lain,” katanya.


P/S - Detail perkahwinan sendiri beliau..[klik sini]




Rita Rudaini nekad 'lawan' suami di mahkamah


Pergolakan rumah tangga Rita Rudaini Mokhtar, 34, yang sebelum ini menunjukkan tanda-tanda perdamaian, kembali 'panas'.
Ini berikutan pelakon itu akhirnya mengetahui secara sahih bahawa suaminya, Aidil Zafuan Abdul Razak, 23, ada membuat dua tuntutan mahkamah terhadapnya pada awal Oktober lalu.

Pelakon terkenal itu pergi sendiri ke Mahkamah Syariah Seremban dan Mahkamah Tinggi Seremban, Negeri Sembilan pada 2 November lalu, bagi mengambil notis berkenaan.

Menurut Rita, pemain bola sepak negara dan Negeri Sembilan itu telah membuat tuntutan hadanah iaitu hak penjagaan kekal terhadap anak sulung mereka, Airit Rayyan Rizqin, 15 bulan.
Satu lagi tuntutan yang dibuat oleh Aidil adalah perintah isteri kembali taat (nusyuz) yang turut difailkan di Mahkamah Tinggi Seremban.

"Sebelum ini saya hanya mengetahui mengenai tuntutan itu melalui akhbar dan saya fikir ia tidak serius kerana suami tidak pernah memberitahu atau berbincang mengenai hal ini.
"Walaupun selalu ada di rumah, suami tidak pernah buka mulut tentang tuntutan yang telah dibuat ini dan saya juga tidak pernah menerima sebarang surat daripada mahkamah kerana diberitahu notis tuntutan berkenaan dihantar ke kampung kelahiran saya di Perlis.

"Hanya setelah datang sendiri ke mahkamah pada Selasa lalu, saya begitu terkejut apabila mengetahui bahawa ada dua tuntutan sekali gus dibuat oleh suami terhadap saya," beritahu Rita kepada Mingguan Malaysia.
Dia berasa begitu kecewa apabila membaca notis tuntutan berkenaan memandangkan sebelum ini hubungan mereka sudah pulih dan Aidil juga selalu pulang ke rumah kelamin mereka di Damansara dekat sini.

"Sekarang nampaknya suami memang serius dalam membuat tuntutan itu dan ia bukan 'main-main' lagi.
"Jadi, saya perlu melantik peguam untuk membuat pembelaan. Oleh kerana suami saya sendiri nekad untuk membawa kes ini ke mahkamah, saya juga perlu mempertahankan hak walau dengan apa cara sekali pun," katanya.

Justeru menurut Rita, dia secara mental sudah bersedia untuk berhadapan dengan segala kemungkinan yang timbul dalam rumah tangga mereka selepas ini, termasuk berhadapan dengan suami sendiri di mahkamah.
"Bila kes sudah dibawa ke mahkamah, maknanya dia memang bermaksud untuk memanjangkan permasalahan.

"Meskipun sebelum ini Aidil telah berjanji untuk sama-sama menjaga rumah tangga dengan baik, sementelah kami bakal menerima anak kedua tahun depan, ia tidak lebih sekadar janji.
"Saya menganggap, bila suami sanggup bawa kisah 'dalam kain sendiri' ke mahkamah, maknanya dia sudah tidak sayang kepada saya, rumah tangga, anak sulung kami dan anak yang bakal lahir ini.

"Jadi, saya kena kuat. Saya perlu hadapi semua ini sendirian dan bersedia untuk dibicarakan di mahkamah mengikut undang-undang yang ada," katanya yang kini hamil anak kedua.
Mengenai tuntutan balas terhadap suaminya itu, Rita juga sedang berbincang lebih lanjut dengan peguamnya, Datuk Mohd. Zaidi Md. Zain.

"Sebagai isteri, saya juga ada hak untuk membuat tuntutan terhadap apa yang saya tak puas hati selama ini.
"Kalau dia memilih untuk menyelesaikan masalah di mahkamah, saya juga tidak teragak-agak untuk mengikut apa yang dia lakukan terhadap saya dan menuntut apa juga hak yang selayaknya sebagai seorang isteri daripada suami," katanya.

Mengenai campur tangan keluarga mertuanya dalam kemelut rumah tangga yang tidak berkesudahan itu, Rita tidak berhasrat untuk mengulas panjang.
"Bagaimanapun bagi saya, Aidil sepatutnya perlu lebih bijak menangani segala permasalahan memandangkan dia sudah mempunyai keluarga sendiri.

"Dalam banyak keadaan, kita tidak boleh terlalu mengikut telunjuk pihak lain, kalau kita mahu bahagia dengan kehidupan berumah tangga yang baru dibina," katanya dalam nada serius.
Rita dan Aidil bernikah secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 25 Februari 2008, setelah hubungan mereka tidak mendapat restu daripada keluarga pihak lelaki.


Setelah lebih dua tahun bernikah, hubungan antara Rita dengan keluarga Aidil belum pulih, walaupun ada usaha untuk mendamaikan mereka dibuat.
Peguamnya, Mohd Zaidi mengesahkan kehadiran Rita Rudaini ke Mahkamah Syariah Seremban dan Mahkamah Tinggi Seremban pada Selasa, 2 November lalu adalah untuk menyempurnakan wakalah pelantikan peguam bagi mewakili pelakon itu dalam kes tuntutan yang dibuat oleh suaminya.

"Pada hari itu juga kita telah mengambil saman dari mahkamah berkenaan dengan kes tuntutan kembali taat yang dibuat oleh Aidil.
"Sementara itu, di Mahkamah Tinggi Seremban, kita membuat semakan tentang status kes penjagaan anak secara kekal atau hadanah yang difailkan oleh Aidil," katanya.

Menurut peguam syarie yang banyak mengendalikan kes berprofil tinggi itu, Rita juga telah diserahkan salinan notis kehadiran majlis sulh yang akan diadakan pada 16 Disember 2010 yang mana sebelum ini tidak pernah diterimanya.

"Setelah meneliti pernyataan tuntutan kes kembali taat, saya telah menerima arahan daripada anak guam untuk mengemukakan pembelaan kerana tuduhan yang dibuat terhadap beliau adalah tidak berasas sama sekali," katanya.

Selain itu juga, menurut Zaidi, beliau juga diminta oleh Rita untuk bersedia bagi membuat tuntutan balas terhadap Aidil yang akan difailkan dalam waktu terdekat.
"Anak guam saya sedang menimbangkan secara serius untuk failkan tuntutan balas terhadap suaminya itu.

"Ia adalah bagi nafkah anak dan nafkah isteri yang diabaikan selama ini," katanya.
Walau bagaimanapun menurut Zaidi, demi masa depan bersama, anak guamnya bersedia untuk membuka ruang perbincangan jika pihak suami berubah fikiran dan berhasrat untuk menyelesaikan kes ini secara baik.






Rentung bersujud

MUSNAH...Rusidah dan Asaari melihat katil mangsa yang rentung dalam kebakaran, semalam.

BATU PAHAT: “Tolong mak, tolong Nini mak,” itulah jeritan akhir ibu tunggal, Lenny Mariyana Daud, 29, sebelum ditemui rentung dalam kedudukan bersujud sambil memeluk anak tunggalnya, Nur Sabihah Qasreena Mohd Nizam, 3, yang turut maut dalam kebakaran di Kampung Seri Paya Darat, Ayer Hitam di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 1.30 pagi itu, Lenny dipercayai hanya sempat menjerit meminta bantuan buat beberapa saat disertai tangisan kuat Sabihah ketika cuba menyelamatkan diri dari biliknya.

Lenny yang bakal mendirikan rumah tangga buat kali kedua hujung tahun ini dipercayai gagal melarikan diri dengan anaknya melalui pintu dan tingkap bilik akibat asap tebal selain api marak.

Melihat api marak selain kesukaran menyelamatkan diri, Lenny dipercayai hanya mampu membongkok seperti bersujud sambil memeluk anaknya sebelum dua beranak itu ditemui rentung di sudut tepi katil oleh anggota Bomba dan Penyelamat, kira-kira jam 4 pagi.

Lenny dan Nur Sabihah.

Kakaknya, Ratna Dewi, 35, berkata Lenny pulang ke rumah selepas membawa ibu mereka, Saringatin Jalal, 65, berurut di kampung bersebelahan pada kira-kira jam 12 tengah malam.

“Selepas itu, Lenny membasuh baju dan bersolat sebelum tidur di biliknya pada jam 1 pagi. Kira-kira setengah jam kemudian, ketika berehat di ruang tamu, saya terdengar bunyi hentakan kaki ke lantai.

“Pada mulanya, saya ingatkan dia mengigau dan tidak mengendahkan bunyi berkenaan, namun ia semakin kuat diikuti jeritan Nini meminta tolong serta tangisan anaknya.

“Saya dan ibu bergegas ke bilik dan membuka pintu, namun api marak menyebabkan kami gagal membawa mereka keluar,” katanya di lokasi kejadian, semalam.

Ratna berkata, tidak lama kemudian jeritan meminta tolong dan tangisan anak saudaranya itu tidak lagi kedengaran dan dia terus menjerit meminta enam lagi ahli keluarga yang lain menyelamatkan diri apabila melihat api semakin merebak.

Ratna berkata, abangnya cuba memadamkan api dengan menyimbah air di tingkap bagi membolehkan Lenny terjun menyelamatkan diri, namun api terlalu marak.

Sementara itu, adik bongsu mangsa, Seri Rusidah, 25, berkata, dia hanya sedar berkaitan kejadian apabila terdengar jeritan ibunya mengatakan rumah terbakar.

“Ketika itu saya dan suami, Asaari Mohd Muji, 26, nyenyak tidur sebelum pintu bilik di ketuk ahli keluarga yang meminta kami melarikan diri kerana rumah dijilat api.

“Saya bersama suami terus keluar untuk mendapatkan bantuan, malangnya apabila kembali, rumah sudah hangus manakala kakak serta anaknya gagal diselamatkan.

“Sayu hati kami melihat dua beranak berkenaan rentung dengan arwah kakak dalam keadaan bersujud memeluk arwah Sabihah,” katanya.


P/S - Semoga keluarga mangsa tabah..





Kemalangan ngeri : 4 terbunuh kereta bertembung treler



Bekas wartawan akhbar Berita Harian merupakan antara empat yang rentung apabila kereta yang mereka naiki terbakar selepas merempuh sebuah treler membawa muatan kelapa di Kilometer 119, Jalan Kuantan-Segamat di Keratong dekat sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam, empat saudara terbabit termasuk sepasang suami isteri dalam perjalanan pulang ke Duyong, Melaka selepas menghadiri majlis pertunangan seorang saudara mereka di Marang, Terengganu.

Mereka ialah pesara Jabatan Kerja Raya (JKR), Md. Sharif Nani, 61, dan isterinya, Marinah Kambas, 60, anak saudaranya yang juga pemandu kereta, Rosli Mat Isa, 28, dan bekas wartawan, Patimah Ramli, 46, yang juga adik ipar kepada Md. Sharif.

Pemandu treler, Rosli Che Hassan, 50, dan kelindan yang juga anaknya, Rozlan, 18, hanya mengalami cedera ringan.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Johari Jahaya berkata, siasatan awal mendapati, ketika kejadian jalan agak licin kerana hujan lebat.

"Kereta Proton Persona yang dinaiki semua mangsa dipercayai memotong sebuah lori yang berada di hadapan. Sebaik sahaja berjaya memotong, kereta berkenaan dipercayai hilang kawalan ketika menuruni bukit sebelum memasuki laluan bertentangan.

"Kereta berkenaan kemudian bertembung dengan sebuah treler yang dalam perjalanan menghala ke Kuantan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Johari memberitahu, berikutan pelanggaran itu, kereta terbabit terperosok di bawah treler sebelum diseret sejauh 40 meter dan terbakar menyebabkan empat mangsa itu rentung.

Menurut beliau, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Rompin bergegas ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima maklumat.
Sebaik sahaja api berjaya dipadamkan, katanya, kesemua mangsa dikeluarkan dan dihantar ke Rumah Mayat
Hospital Muadzam Shah untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga kira-kira pukul 2 petang ini.
Sementara itu, Rosli ketika ditemui memberitahu, dia bersama anaknya dalam perjalanan menghantar kelapa dari Batu Pahat, Johor ke Rantau Panjang, Kelantan.

Menurutnya, kejadian berlaku dengan pantas dan dia berusaha menyelamatkan diri sebaik melihat kepulan asap keluar di tengah treler dipandunya sebelum disusuli bunyi letupan.

"Anak saya sempat menarik tangan saya dan berlari ke arah semak kerana bimbang treler itu akan terbakar.
"Kami juga tidak sempat membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kereta kerana api sudah marak," katanya.


Ibu bersikap pelik

DIKEBUMI...tiga jenazah dikebumikan di Tanah Perkubungan Islam Kampung Bukit Duyung, semalam.

JASIN: “Sebelum bertolak ke Marang, Jumaat lalu, umi (ibu) tiba-tiba menangis dan memeluk saya dengan erat sambil berpesan agar belajar rajin-rajin. Ibu juga nasihatkan saya supaya jangan abaikan solat.

“Saya pelik dengan sikap ibu dan langsung tidak menyangka rupa-rupanya ia pesanan terakhir umi kepada saya,” kata Nurhazimah Abu Hassan, anak bongsu Patimah Ramli, 46, yang mati dalam keadaan rentung bersama tiga saudaranya dalam kemalangan di Kilometer 119 Jalan Kuantan-Segamat, kelmarin.

Nurhazimah, 10, berkata, kali terakhir dia dapat menghubungi ibunya pada kira-kira jam 12 tengah hari Jumaat lalu dan arwah memberitahu ketika itu dia berada di Kuantan.

“Umi beritahu kalau tak dapat menghubunginya mungkin bateri telefon bimbitnya sudah habis. Malam tadi (kelmarin) sehingga pagi ini (semalam) saya cuba menghubunginya, tetapi hanya masuk peti pesanan suara,” kata pelajar Tahun Empat Sekolah Rendah Arab Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) di Pernu.

Suami Patimah, Abu Hassan Nani, 62, berkata, sebelum bertolak ke Marang pada kira-kira jam 7 pagi Jumaat lalu, terdapat sedikit kelainan pada sikap Patimah.

“Semasa arwah nak pergi (dia) ketawa tidak, senyum pun tidak. Sebelum bertolak dia minta izin (untuk) pergi dan cium saya sekali,” kata bekas pesara tentera itu.

Menurut Abu Hassan, sebelum bertolak arwah Patimah turut mencium anak keduanya, Mohd Zamri, 33, berulang kali sehingga menimbulkan tanda tanya dan rasa pelik kepada dirinya.

Katanya, dia tidak menyangka perubahan perlakuan itu rupa-rupanya menjadi petanda dirinya akan pergi buat selama-lamanya.

Abu Hassan yang menghidap barah paru-paru berkata, apabila mendapati isterinya masih belum tiba sehingga awal pagi dia dia terus menghubungi saudaranya.

“Hampir satu jam saya menelefon mereka, tetapi masih gagal,” katanya.

Menurutnya, kira-kira jam 6 pagi semalam seorang anaknya memberitahu mengenai berita menyedihkan itu.

Menurutnya, tahun ini genap 10 tahun dia mendirikan rumah tangga dengan Patimah yang juga isteri keduanya selepas kematian isteri pertama.

Jenazah Patimah tiba di rumah keluarganya kira-kira jam 5 petang semalam sebelum disembahyang dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Pondok Batang, di sini.





 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!