Monday, November 29, 2010

Yeah yeah entry gambar

Salam..Hai lulu-pages reaade's...
Jeng-jeng.....Seperti yang telah dijanjikan petang tadi...
Dalam entry ini [KLIK SINI]
Nak tengok tak?
Nak tengok tak?


Berani cakap, kat blog lain belum ada...
ekeke....So, special di Lulu-Pages....
































Maria Ozawa atau Miyabi ke Indonesia baru-baru ni kerana berlakon dalam Movie 'Hantu Tanah Kusir'..
Eh, gambar kat atas tak cukup?
Okay...Lulu memang sporting..
Sebab ada banyak lagi..
Tapi dilain Entry, dilain hari eh...
kena sabar..
Sabar kan separuh dari iman...
ngee........




.

Wanita dakwa daftar namanya sebagai pemilik matahari



MADRID - Seorang wanita dari Galicia, Sepanyol, Angeles Duran menyatakan matahari secara rasminya sudah menjadi miliknya, lapor sebuah akhbar semalam.

Menurut Duran yang berusia 49 tahun, dia mendaftarkan namanya sebagai pemilik matahari di sebuah pejabat notari awam tempatan.
Pejabat notari awam bertanggungjawab mengesahkan sesuatu perjanjian yang dibuat.


Dokumen yang dikeluarkan pejabat itu mengisytiharkan bahawa Duran merupakan pemilik matahari iaitu bintang yang terletak di pusat sistem suria dengan jarak dari Bumi kira-kira 149,600,000 kilometer.
Menurut wanita itu kepada akhbar El Mundo, dia mengambil langkah mendaftarkan namanya sebagai pemilik matahari pada September lalu.

Duran berkata, dia mendaftarkan namanya itu selepas membaca artikel bahawa seorang lelaki Amerika
Syarikat telah mendaftarkan namanya sebagai pemilik bulan dan kebanyakan planet di dalam sistem suria.
Dia menjelaskan, terdapat satu perjanjian antarabangsa yang menyatakan bahawa tidak ada mana-mana negara boleh mengaku menjadi pemilik bintang atau planet.
Namun, perjanjian itu tidak menyatakan bahawa mana-mana individu tidak boleh menjadi pemilik bintang atau matahari.


Duran menyatakan, dia kini mahu mengenakan caj kepada setiap orang yang menggunakan matahari.
Menurutnya, dia akan memberikan separuh daripada hasil kutipannya itu kepada kerajaan Sepanyol, 20 peratus untuk dana pencen, 10 peratus bagi tujuan penyelidikan dan 10 peratus untuk menamatkan kebuluran dunia manakala 10 peratus lagi menjadi miliknya.




.

BERANI MATI : BLOG AKU BEST !


Lulu-Pages.blogspot.com....Blog ini adalah blog kebanggaan saya...Kenapa??? Lulu bermula dari takde apa-apa pun..Mula memang merangkak..Semua serba blurr..Syukurlah sekarang blog ini sudah mula mendapat tempat dihati blogger-blogger. Setelah hanya beberapa bulan (10 Jun 2010), saya tersangat bangga dengan hasilnya..(walaupun banyak lagi perlu dilakukan). Memiliki lebih 200 follower, saya yakin, blog ini akan menjadi idola bagi blogger-blogger baru..yeah.......

Blog ini diketegori sebagai blog yang penuh info pengetahuan dan berita semasa, yang boleh dikongsikan untuk semua orang.. Kalau malas nak buka paper, atau tertinggal berita-berita sensasi, juga jika ingin mengetahui apa sahaja yang terkini, disinilah tempatnya....ngee............

Tujuan utama blog ini adalah, 'For fun and to share any news, nor provide the knowledge'. Maklum, saya suka surfing internet..Bila surfing tu, banyak benda yang boleh dimanfaatkan..So, lebih baik dikongsi untuk semua orang..Ye, tak?

So, untuk tahun hadapan, saya mensasarkan 3000-5000 (sekarang dah 1000 lebih, biarpun hujung minggu...yihaaa.....Semangat!) uv sehari..Semoga tercapai...Doakan saya yer..




P/S - Segmen ini ditaja oleh Encik Ben Ashaari.




.

Hush..muaknya...blueekkk



Tetiap minggu, Isnin-Jumaat tak pernah ketinggalan..
adeh dah addict sangat aku dengan sinetron ni..
Tapi sejak akhir2 ni, sekejap cerita dia happy, pastu memanjang jer sedih..
tensen aku..
entah bilalah nak happy forever ni..
Dalam dunia nyata pun tak semalang ni weh...

Tapi yang hairannya, aku tetap juga setia depan tv..
tunggu jam 3, sedangkan boleh tengok kat youtube..


Korang macam ni juga ke?
Ke aku jer sorang?
(Cerita Cinta Kirana tu pun sama gak)
Adeh muaknya...
Tapi masih nak tengok....
huh........




.

Nuget ayam jamuan majlis perkahwinan


MONTEREY: Penggemar makanan segera Carlos Munoz dan Marisela Matienzo menghidangkan Big Mac, nuget ayam dan kentang goreng dalam majlis perkahwinan mereka yang diadakan di restoran McDonald’s di utara Mexico Jumaat lalu.


Penggemar fanatik makanan segera itu berkata kebanyakan tetamu menganggap ia satu gurauan apabila menerima kad jemputan tetapi terkejut majlis itu benar-benar diadakan di restoran makanan segera berkenaan.


“Ibu bapa kami tidak larat nak membantah lagi,” kata Matienzo.




.

Diana kunci mulut kisah Farid


PELAKON remaja ini baru sahaja menginjak ke usia 19 tahun pada tanggal 22 November lalu. Dari raut wajahnya, mungkin ramai yang tidak menyangka usia gadis kelahiran Houston, Texas, Amerika Syarikat itu belum lagi mencecah 20 tahun!

Namun, pemilik nama Diana Danielle Danny Beeson yang cukup komersial dengan panggilan Diana Danielle dari zahirnya dilihat cukup matang.

Pelakon siri popular Air Mata Maria yang pernah menjentik emosi penonton tidak lama dahulu antara lakonan berkesan Diana biarpun ketika itu usianya cukup mentah beraksi sebagai wanita dewasa.
Beruntung dia lahir sebagai anak kacukan. Diana hadir dengan pakej yang menarik. Kejelitaannya amat mudah memikat hati lelaki.
Kerana kelebihan itu, maka tidak hairan kenapa namanya sering dikaitkan dengan lelaki tampan yang masyhur.

Kali pertama, Diana bercinta dengan sutradara muda, Syamsul Datuk Yusof.
Sayang sekali, cinta mereka berdua tewas di pertengahan jalan.

Episod cinta terbaru Diana pula yang kini menjadi sebutan ramai ialah, pelakon dan pengarah, Farid Kamil.
Benar atau tidak biarkan saja si empunya diri yang membuat pengesahan apabila tiba masanya nanti.

Barangkali si jelita ini masih mahu bermain teka-teki dengan para peminatnya biarpun ada mata yang pernah melihat Diana dan Farid pernah keluar berduaan sebelum ini.
Mungkin juga kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali kerana pernah kecundang mengait sulaman kasih suatu ketika dahulu menjadikan Diana mengambil jalan selamat daripada terus berterus-terang.


Katanya ketika ditemui pada majlis A Nite With Diana Danielle di Musa Fashion & Dine, Avenue K, Jalan Ampang, Kuala Lumpur baru-baru ini, cukuplah peminat menilai sendiri tentang apa yang mereka baca dan apa yang telah mereka lihat.

"Sebenarnya saya tidak mahu terlalu mendedahkan kisah peribadi. Bukan apa, takut andai apa yang saya sampaikan dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu.
"Biarlah saya mengambil sikap berhati-hati kerana bimbang andai tidak berlaku seperti yang mereka fikirkan akan timbul cerita-cerita lain pula.

"Lebih baik saya berdiam dan biarkan peminat menilai sendiri," kata Diana disulami senyuman penuh makna.
Andai benar Diana dan Farid sedang mengait rindu rasanya tiada sebab untuk mereka terus membiarkan peminat berteka-teki dan membuat andaian sendiri kerana kelak diri sendiri yang akan binasa.

Benda baik, rasanya tidak ada sebab kukuh untuk disembunyikan. Apatah lagi, apabila ada pihak mendakwa pernah melibat kelibat keduanya berjalan mesra beriringan di sesuatu tempat kerana bimbang nanti akan timbul pelbagai fitnah pula.

Tidak merancang untuk mempunyai hubungan yang serius dalam percintaan sehingga menjurus ke alam perkahwinan dalam tempoh terdekat jelas Diana usia mudanya masih menuntut agar dipenuhi dengan ilmu kerjaya serta cita-citanya.

"Saya paling takut membuat sesuatu perancangan dalam hidup. Begitulah juga dengan perkahwinan. Terus terang buat masa ini saya memang tiada perancangan ke arah itu.
"Tetapi andai pada masa akan datang saya ditakdirkan berkahwin pada tahun depan atau sebagainya itu adalah kerana jodoh," kata Diana lagi.




.

Mourinho mahu calar rekod Guardiola


MADRID - Real Madrid meletakkan harapan yang tinggi kepada Cristiano Ronaldo untuk menyaingi kehebatan penyerang Barcelona, Lionel Messi pada pertemuan El Clasico awal pagi ini.
Skuad bimbingan Jose Mourinho itu akan berkunjung ke Stadium Camp Nou untuk menebus kekecewaan selepas tewas kesemua empat perlawanan berturut-turut sebelum ini.

Ketika ini, Real mengungguli kedudukan teratas liga dengan kelebihan satu mata di depan Barcelona.
Pertemuan El Clasico itu adalah yang pertama bagi Mourinho yang berazam untuk menebus kekecewaan ke atas Barcelona yang disingkirkan oleh bekas pasukan, Inter Milan pada aksi separuh akhir Liga Juara-Juara musim lalu.

Ia juga adalah yang pertama bagi Mourinho yang bertugas sebagai penterjemah di Barcelona di bawah bimbingan jurulatih Bobby Robson.
Mourinho juga berharap dia lebih bernasib baik berbanding dua bekas pengurus Real, Juande Ramos dan Manuel Pellegrini yang tewas kepada skuad bimbingan Pep Guardiola sebelum ini.


"Ia adalah menarik untuk kembali ke Barcelona bersama Chelsea dan Inter tetapi balik bersama Real akan menjadi lebih manis," kata Mourinho.
"Saya pernah menewaskan Barcelona ketika bersama Chelsea dan Inter. Kini, saya memimpin kelab yang besar iaitu Real. Kali ini, saya akan disambut sebagai musuh."

Untuk rekod, Real tidak pernah menewaskan Barcelona di Camp Nou sejak Disember 2007 apabila jaringan tunggal Julio Baptista memberikan kemenangan 1-0 kepada mereka.

Kemenangan terakhir mereka adalah pada Mei 2008 apabila Barcelona memberikan penghormatan kepada Real selaku juara di Stadium Santiago Bernabeu di mana mereka menang 4-1.
Sejak itu, Barcelona telah memenangi empat pertemuan berturut-turut di bawah bimbingan Guardiola yang berazam untuk mengekalkan rekod 100 peratus.




.

Empat sekawan maut kereta dirempuh bas


BATU PAHAT: Seorang daripada empat sekawan yang tercampak daripada Proton Iswara dinaiki selepas dirempuh bas ekspres serta kereta di Kilometer 110, Projek Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), antara Yong Peng dan Pagoh, malam kelmarin, terhumban ke dalam sungai berhampiran.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mayat mangsa, P Sathiya, 17, ditemui jam 4.20 petang semalam, 18 jam selepas operasi mencari dan menyelamat dijalankan. Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Adnan Azizon, berkata tiga lagi rakan karib Sathiya tercampak di tepi jalan dan keempat-empatnya disahkan mati akibat parah di kepala dan badan.

“Dalam kejadian itu, kereta dipandu T Sajeevan, 22, dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Simpang Renggam sebelum merempuh sebuah kereta yang ditunda.
“Sejurus kemudian, kereta Proton Iswara berkenaan dirempuh dua kenderaan menyebabkan empat sekawan itu tercampak keluar dengan seorang daripadanya terhumban ke dalam sungai,” katanya, semalam.

Menurut Adnan, dua lagi penumpang cedera dengan seorang daripadanya parah dan mereka kini dirawat di Hospital Muar.

Adnan berkata, Sajeevan dipercayai gagaI mengawal kenderaannya sebelum merempuh kereta yang ditunda menyebabkan kereta Proton Iswara yang dipandunya berpusing beberapa kali sebelum melintang di tengah jalan.

“Dua mangsa gagal untuk keluar kerana tersepit, selain Sajeevan dan Sathiya, dua lagi yang terbunuh adalah S Shamugan serta A Manimaran, kedua-duanya berumur 17 tahun.

“Operasi mencari dan menyelamat Sathiya dilakukan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam (JPA3),” katanya.




.

Dua wanita dakwa sakit selepas ambil pil pelangsing

SUZIANA menunjukkan pil langsing yang diambilnya ketika ditemui di Kuala Nerang, semalam.

Produk diseludup dari negara jiran

KUALA NERANG: Dua wanita mendakwa mengalami masalah kesihatan selepas mengambil pil pelangsing yang dibeli melalui ejen yang dikatakan mampu menurunkan berat badan dengan cepat.

Difahamkan, produk itu turut digunakan ahli politik, orang kenamaan, penjawat awam termasuk guru dan polis untuk menurunkan berat badan dalam tempoh singkat.


Produk itu dipercayai diseludup dari negara jiran dan dibungkus semula di sebuah kediaman yang beroperasi di Alor Setar dan dikatakan mengedar di beberapa salun kecantikan di sekitar Jitra dan Alor Setar, selain menggunakan khidmat ejen di daerah lain.

Seorang pengguna yang mahu dikenali sebagai Suziana, 26, mendakwa mengalami cirit-birit, pening kepala dan keguguran rambut selepas mengambil pil berkenaan dalam tempoh seminggu selepas disyorkan seorang rakannya.

Beliau berkata, pil itu dijual dalam plastik lutsinar yang dibungkus semula dengan harga RM70 untuk satu set lengkap bagi kegunaan siang dan malam, manakala set malam pula dijual pada harga RM40.

Sementara itu, seorang lagi mangsa yang hanya dikenali sebagai Aisyah, 54, yang ditemui di rumahnya di Kerpan, Jitra kelmarin berkata, pil pelangsing yang diambil sejak setahun lalu menyebabkan dia mengalami sakit sendi kaki yang serius.
Aisyah yang mengalami masalah berat badan 76 kilogram (kg) berjaya menurunkan ke 70kg dalam tempoh hanya seminggu selepas mengambil produk itu.

“Akibatnya, saya mengalami cirit-birit, manakala najis menjadi hitam, selain kerap pening kepala dan muntah,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Bahagian Farmasi Kedah ketika ditemui berkata, pihaknya akan menganalisis sampel pil berkenaan dan akan menjalankan siasatan berhubung perkara itu.

Beliau berkata, dari segi pembungkusan, pihaknya mendapati ia menyalahi peraturan kerana setiap pil yang diluluskan Kementerian Kesihatan mempunyai label, tarikh dan nama pesakit tetapi pil ini tidak mempunyai sebarang label.

“Kita percaya kemungkinan besar pil ini mengandungi sibutramine yang boleh menyekat selera makan pengguna tetapi boleh menyebabkan kesan seperti kerosakan jantung, buah pinggang dan hati, selain boleh menyebabkan kematian,” katanya.

Jurucakap itu berkata, jika didapati bersalah, pengeluar pil itu boleh disiasat mengikut Akta Racun 1952 dan sabit kesalahan boleh dikenakan denda RM5,000 atau dua tahun penjara atau keduanya sekali.

Beliau berkata, kes itu juga disiasat mengikut Akta Pendaftaran Ubat dan Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik kerana ia dipercayai mengandungi bahan ubat terkawal dan tidak berdaftar dengan kementerian itu dan boleh didenda sehingga RM50,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.





.

Kesulitan...memang tak dapat nak tolong..



Salam..
Selamat Pagi.........
Eh, macam mana mood gi kerja hari ni? Al-maklumlah hari senin..
eheh..nak komplen ni...
Line tenet mmg tersangat hancus...
bongok betul TM..
Entah servis nape selalu macam ni..
(Macam tetau jer selalu lewat pay bill)..

Beckham teruja terima tawaran Moyes


SYDNEY - Bekas pemain tengah England, David Beckham mengakui dia berasa teruja dengan tawaran yang diberikan oleh pengurus Everton, David Moyes kelmarin.

Moyes dilaporkan mengemukakan tawaran kepada bekas kepten England itu untuk menyertai kelab Liga Perdana England itu secara pinjaman daripada Los Angeles (LA) Galaxy.

Dalam masa yang sama, Beckham yang ketika ini berada di Australia untuk menyertai satu perlawanan pertunjukan menentang kelab tempatan, Newcastle Jets memberitahu, dia masih belum memikirkan mengenai persaraan.

Bekas pemain tengah Real Madrid itu berkata, bermain bersama pasukan yang berjaya, pasukan yang baik dan para pemain yang baik menjadikan dia teruja untuk terus bermain.
"Saya cukup bertuah untuk melalui apa yang berlaku dalam karier saya," katanya.

"Gelaran Liga Perdana England, Liga Juara-Juara dan Piala FA atau Liga Sepanyol yang telah saya menangi. Saya mahu memenanginya dan mahu terus berjaya.
"Jadi, sebab itu saya bermain di Amerika Syarikat dan saya cukup bertuah sepanjang karier untuk bermain bersama pasukan terbaik ini."

Beckham berkata, dia masih lagi mempunyai baki kontrak setahun bersama LA Galaxy dan akan melihat apa tawaran yang datang selepas itu.




.

Mayat lelaki ‘disembelih’ ditemui


Mayat seorang lelaki yang dibunuh kejam dengan kesan kelar pada lehernya ditemui di tepi jalan Kampung Batu, Jinjang, di sini awal pagi ini.

Mayat lelaki berusia lingkungan 45 hingga 50 tahun itu ditemui seorang lelaki ketika melalui sebatang jalan ke tangki air kampung tersebut pada pukul 1.30 pagi.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, mangsa berbadan gempal dan memakai baju t, berseluar panjang dan berselipar.

“Siasatan awal mendapati, terdapat beberapa kesan tikaman di bahagian depan dan belakang badan mangsa.
“Selain itu, terdapat kesan kelar di leher mangsa, seolah-olah disembelih pihak yang membunuhnya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau menambah, mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dicampak di tepi jalan tersebut.

Jelasnya, polis tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri mangsa termasuk barangan peribadinya.
Zakaria berkata, pihaknya juga sedang menyiasat motif pembunuhan tersebut dan mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.




.

Usahawan diserang sakit jantung ketika memandu



KUALA LUMPUR - Keasyikan seorang usahawan dari Shah Alam memandu keretanya berakhir dengan tragedi apabila dia mati selepas dipercayai diserang sakit jantung sebelum kenderaannya itu terbabas ke dalam longkang di kawasan Kajang Utama dekat sini kelmarin.

Kejadian pukul 8.30 malam itu berlaku ketika Gan Teck Sin, 41, yang lebih dikenali sebagai Eric memandu kereta jenis Mercedes Benz warna perak miliknya bersendirian.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Supritendan Che Husin Omar berkata, sebelum kejadian, kereta yang dipandu mangsa sedang menuruni bukit di kawasan berkenaan.

Katanya, kereta mangsa hilang kawalan dan masuk ke lorong bertentangan sebelum terhumban ke dalam longkang sedalam 20 meter.





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!