Tuesday, December 21, 2010

Mangsa nampak asap di bahagian luar bas sebelum nahas

Salah seorang pelancong Thai yang terselamat dalam kemalangan maut semalam di laluan Simpang Pulai-Cameron Highlands ternampak asap di bahagian luar tepi bas pesiaran sebelum ia terbabas.

"Sewaktu bas menuruni kawasan bukit itu, anak saya menceritakan yang dia nampak asap di bahagian luar tepi bas berkenaan," kata Nasir Ismail, 51, yang anaknya Areena Songserm (nama Islam Areena bt Nasir) antara 10 yang cedera.

 Nasir berkata, Areena memberitahunya apabila bas merempuh pembahagi jalan dan terus terbalik di dalam longkang besar, dia cuma ingat yang dia cuba merangkak keluar.

Nasir tiba kira-kira 9 pagi tadi di Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk melawat Areena yang mengalami cedera ringan di bahagian kepala dan badan dan kini dirawat di wad biasa hospital.

"Anak saya beritahu, selepas dia merangkak dan dapat keluar dari badan bas, dia kata dia masih dapat melihat asap pada bas berkenaan. Bagaimanapun dia tidak dapat pastikan tahap kelajuan bas terbabit semasa sedang menuruni kawasan bukit itu," katanya kepada pemberita.

Beliau bagaimanapun bersyukur kerana anaknya masih hidup walaupun senarai yang dikeluarkan semalam menunjukkan anaknya yang juga pelajar tahun tiga jurusan Undang-undang di Walailak University, Nakhon Sithamarat terkorban.

Seramai 27 orang, kebanyakannya pelancong Thai, terbunuh apabila bas itu terbalik dalam kejadian 11.40 pagi semalam.
Aida Muhamad, 36, bersyukur emak saudaranya Darunee Songserm (nama Islam Dariah Ismail) berada dalam keadaan stabil walaupun sedang dirawat di wad Unit Rawatan Rapi (ICU).

Katanya Darunee mempunyai pengalaman sebagai pemandu pelancong sejak 10 tahun lalu.

KETUA Lembaga Pelawat Hospital Raja Pemaisuri Bainun Ipoh, Chan Kwai Hoong (kanan) dan Ketua Komunikasi Korporat Kementerian Pelancongan, Mona Fairuz Nordin (kiri) melawat mangsa kemalangan bas, yang menerima rawatan di hospital berkenaan, hari ini.
"Saya rasa ibarat mati hidup semula, apabila polis memberitahu mak saudara saya terselamat dalam kemalangan tersebut...dan syukur alhamdulillah semuanya selamat," katanya.

Sementara itu, anak sulung Darunee, Faisal Ismail, 40, berkata melihat keadaan ibunya yang kini berada di ICU beliau hanya berdoa dan menyerahkan kepada takdir.

"Saya tiba di sini semalam (12 tengah malam) terus ke rumah mayat untuk menuntut mayat (ibu) tetapi tidak dibenarkan sebab bilik mayat dah tutup, tetapi syukur hari ini dapat tahu ibu saya masih hidup," katanya.

Faisal yang bekerja sebagai pemandu pelancong dan guru bahasa Inggeris di Patani menganggap kejadian ini adalah sejarah dalam keluarganya.

Aswadi Abdulullah, 31, yang juga saudara kepada pemandu bas yang maut, Omar Shahidan, berkata Omar pernah bercerita sebelum ini mengenai Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai ini tidak selamat dan tidak sedap hati bila melaluinya.

Aswadi berkata, arwah menceritakan tentang minyak yang terdapat di jalan berkenaan dan nyaris menjadi mangsa disebabkan permukaan jalan yang licin.

"Tetapi beliau tidak menuduh terdapat unsur khianat dari perbuatan itu ataupun sebab-sebab lain, melainkan menyatakan perkara buruk akan berlaku sekiranya tiada pemantauan pihak berkuasa.

"Saya juga seorang pemandu bas dan saya minta pihak berwajib memantau perkara ini...dan jangan hanya menuding jari kepada pemandu bas selepas berlakunya kemalangan," katanya.

Aswadi berkata beliau berpendapat Omar tidak memandu secara melulu kerana bas yang dipandunya membawa pelancong dari luar negara.

Katanya, pasaran pelancong dari negara jiran Thailand itu amat memberangsangkan dan pemandu mungkin kehilangan pekerjaan sekiranya tidak menjalankan tugas dengan baik.

"Omar mengambil alih tugas membawa pelancong ini dari sebuah hotel di ibu negara dan membawa mereka ke Cameron Highlands sebelum menghantar mereka pulang ke Kuala Lumpur semalam," katanya.

Jenazah Omar dituntut keluarganya malam tadi dan dibawa pulang untuk disemadikan di Taman Seri Manis, Kangar manakala mayat pemandu pelancong, Soontorn Kian, 38, pula dibawa ke Alor Setar.




.

Kompaun ROKOK...Tau?




Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, seramai sebelas orang peniaga turut dikompaun atas kesalahan menjual rokok kepada orang belum dewasa dan 27 kompaun lagi atas pelbagai kesalahan lain. “Sesiapa yang melakukan kesalahan merokok di premis larangan merokok dikenakan kompaun RM250 dan perlu dijelaskan dalam tempoh 30 hari.
“Sekiranya gagal, kes akan didaftarkan di mahkamah dan jika sabit kesalahan didenda sehingga RM10,000 atau penjara dua tahun,” jelasnya.




KAWASAN LARANGAN MEROKOK DI BAWAH PERATURAN-PERATURAN KAWALAN HASIL TEMBAKAU 2004


1.           di dalam pusat hiburan atau teater, kecuali pub, disko, kelab malam atau kasino
2.           di mana-mana kawasan hospital atau klinik
3.           di dalam lif atau tandas awam
4.           di dalam tempat makan atau kedai berhawa dingin
5.           di dalam kenderaan awam atau hentian pengangkutan awam
6.           di dalam bangunan yang dinyatakan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta
7.           di mana-mana kawasan lapangan terbang
8.           di mana-mana kawasan premis kerajaan
9.           di mana-mana kawasan yang digunakan bagi apa-apa aktiviti perhimpunan di dalam sesuatu bangunan
10.       di mana-mana kawasan institusi pendidikan atau institusi pendidikan tinggi
11.       di mana-mana kawasan taman asuhan kanak-kanak
12.       di dalam bas sekolah
13.       di mana-mana tingkat dalam bangunan yang mempunyai kaunter perkhidmatan bank atau institusi kewangan, Telekom Malaysia, Tenaga Nasional dan Pos Malaysia
14.       di mana-mana kawasan di dalam kompleks membeli-belah
15.       di mana-mana kawasan di dalam stesyen minyak
16.       di mana-mana kawasan di dalam stadium, kompleks sukan, pusat kecergasan atau gimnasium
17.       di dalam mana-mana bangunan atau tempat awam yang digunakan untuk tujuan keagamaan
18.       di mana-mana kawasan di dalam perpustakaan
19.       di mana-mana kawasan di dalam kafe internet dan
20.       di mana-mana kawasan di dalam tempat latihan khidmat negara
21.       di mana-mana tempat kerja berhawa dingin dengan sistem hawa dingin berpusat




P/S - Sila pastikan anda ada RM250 untuk byr kompaun jika merokok dikawasan larangan merokok..ngee..








.

Miros Diberi Tanggungjawab Kenal Pasti Bagaimana Kemalangan Bas Berlaku

KAKITANGAN Institut Penyelidikan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan PUSPAKOM memeriksa bas yang terbabit dalam kemalangan mengorbankan 27 nyawa di KM 15 Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, semalam.  

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) diberi tanggungjawab untuk mengenal pasti bagaimana kemalangan yang melibatkan bas dua tingkat di Kilometer 15 Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai yang mengorbankan 26 nyawa pagi Isnin berlaku.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata Miros akan mengumpul maklumat terperinci daripada pihak polis, Jabatan Kerja Raya serta Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi mendapat gambaran sebenar mengenai kemalangan paling buruk dalam sejarah negara itu.

"Kita tidak boleh pastikan apa yang menyebabkan kemalangan berlaku, hanya Miros yang dapat jalankan analisis terperinci dan mendalam serta mengenal pasti sama ada ia disebabkan keadaan jalan raya itu atau kegagalan teknikal pada bas terbabit," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.
Beliau juga meminta supaya saksi kejadian untuk tampil memberi maklumat yang dapat membantu siasatan polis berhubung kemalangan itu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.40 pagi tadi, 27 maut manakala 10 lagi tercedera selepas bas pesiaran dua tingkat yang membawa pelancong Thailand itu terbabas di Km15 Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai.
Kong berkata pasukan penyiasat sedang mendapatkan maklumat mengenai kemalangan itu daripada penumpang bas yang terselamat dalam kejadian tersebut, namun keutamaan ketika ini ialah memberi rawatan yang diperlukan kepada mereka.

Beliau berkata pengusaha bas itu, Syarikat Bas SK Murni Tours & Travels yang berdaftar di Jitra, Kedah, mempunyai kira-kira 10 bas serta sebuah van, dan bas syarikat berkenaan sudah menjalani pemeriksaan Puspakom bulan lepas.

Sementara itu Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Zakaria Yusof yang menghubungi Bernama berkata siasatan terbaru mendapati San Express Holiday menyewa bas itu daripada syarikat SK Murni Tours & Travel.

"Kami dapati pemilik asal bas itu ialah syarikat SK Murni Tours & Travel. Kami tidak tahu sekiranya ada perjanjian tertentu di sebalik pemilikan bas berkenaan antara kedua-dua pihak," katanya dan menambah San Express Holiday merupakan penganjur kepada rombongan pelancongan itu.
Beliau berkata pihaknya akan memanggil kedua-dua pihak terbabit untuk memberi maklumat lebih terperinci berhubung pemilikan bas itu.



.

Bekas petani bina rumah atas pokok


Seorang bekas petani di China membina sebuah rumah – lengkap dengan dapur dan bilik air – di atas pokok setinggi 15.24 meter.


Xiong Yuhu, 63, dari perkampungan Xingping di daerah Yaojiang wilayah Hunan berkata dia mendapat inspirasi daripada Stadium Olimpik Sarang Burung di sini.


“Stadium Sarang Burung kelihatan seperti sarang burung di atas tanah. Saya terfikir mengapa kita tidak boleh membina sarang burung sebenar di atas pokok,” ujarnya.




.

Rianti bangga jadi gadis Sunda dalam filem Kabayan


Selepas dua tahun berehat akhirnya pelakon Rianti Cartwright kembali berlakon di layar perak. Dalam waktu terdekat ini, Rianti akan mempamerkan bakat lakonannya dalam filem ‘Kabayan Jadi Miliyuner’. “Ya, sepanjang dua tahun saya sudah lama tidak berlakon filem. Sudah tentu saya rasa seronok,” ujar wanita berusia 27 tahun itu ketika ditemui di Studio Penta, Kebon Jeruk, Jakarta Barat, semalam.

Dalam filem ‘Kabayan Jadi Miliyuner, Rianti akan memegang watak sebagai pasangan Kabayan, Nyi Iteung. Sementara peranan Kabayan pula akan dibawakan pelakon Jamie Aditya. “Saya tidak menghadapi kesukaran membawakan watak Nyi walaupun ia cukup mencabar,” tuturnya.

Wanita kelahiran Bandung pada 22 September 1983 itu juga mengakui dia bangga dapat terbabit dengan filem ‘Kabayan Jadi Miliyuner’, apatah lagi filem itu mengangkat martabat kebudayaan orang Sunda. “Ibu saya kan orang Sunda jadi pasti saya bangga memegang watak Nyi,” ucapnya lagi.




.

Dividen ASB 7.50 Sen, Bonus 1.25 Sen


Para pemegang unit skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima dividen lebih tinggi 7.50 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos, 2007, iaitu lebih tinggi daripada 7.30 sen yang diisytiharkan pada tahun lepas.

Pemegang unit seramai 7.04 juta, yang kini memegang lebih 82.72 bilion unit ASB, akan turut menerima bonus 1.25 sen, yang sama dengan tahun lepas.

Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB) Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata bahagian agihan pendapatan itu melibatkan pembayaran keseluruhan RM5.93 bilion dan RM603.34 juta bagi bahagian bonus.
Sehingga Jumaat lepas, katanya skim itu mencatatkan pendapatan kasar RM6.58 bilion.

"Pendapatan dividen dari syarikat penerima pelaburan menyumbang RM3.27 bilion atau 50 peratus daripada pendapatan kasar dan keuntungan daripada jualan saham menyumbang RM2.78 bilion atau 42 peratus," katanya kepada pemberita pada majlis pengumuman dividen itu di sini.
Sementara itu, baki pendapatan 8.0 peratus atau RM0.53 bilion diperolehi daripada pelaburan di dalam instrumen jangka pendek dan pelaburan lain.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata perolehan ASB tahun ini disokong oleh peningkatan sumbangan dividen anak-anak syarikatnya terutama Malayan Banking Bhd (Maybank), iaitu sebanyak 55 sen berbanding 8.0 sen tahun sebelumnya.
Sumbangan dividen daripada Sime Darby Bhd pula menyusut kepada 10 sen daripada 20.3 sen pada 2009.

"Dari segi pendapatan tahun lepas, dividen adalah kurang daripada 50 peratus, tetapi tahun ini kita dapat mencapai 50 peratus hasil daripada pulangan dividen daripada syarikat-syarikat yang kita labur.
"Prestasi tahun ini agak bernasib baik walau pun Sime Darby membayar kurang daripada tahun lalu tetapi kita mendapat dividen yang tinggi daripada Maybank yang telah beransur pulih," katanya.

Ditanya mengenai prestasi Sime Darby yang kini menyusut, Hamad Kama Piah berkata, "Kita sentiasa mengharapkan prestasi syarikat-syarikat kita akan bertambah baik. Kalau kita lihat prestasi Sime Darby sendiri mereka telah menganggarkan keadaan akan lebih baik pada masa hadapan dan kita harapkan ini dapat membantu kita mendapat pulangan yang lebih baik."




.

Giveaway: Jumlah RM coklat bernilai?


Mari kita join Giveaway ni..
Simple jer...
eleh...main  teka jer...
(Muehehe...Dalam gambar diatas, layer kek tu jer pernah beli,
yang lain tak pernah...Teka jer lah eh)
Lulu TEKA :
RM100


Korang nak turut serta, sila klik pada banner untuk lebih lanjut..
Tarikh tutup pada 01 Jan 2011..





.

Sinetron Bukan Diriku


Sinetron Bukan Diriku kini mengantikan cinta kirana yang telah selesai semalam dan akan bersiaran di astro ria pada pukul 6.30 malam hingga 7.30 malam (bermula hari ini). Bukan Diriku dibintangi oleh Baim Wong (Ryo) Bertrand Antolin (Ariel) dan Ririn Dwi Aryanti (Ayla).


Sinopsis Bukan Diriku

Ryo dan Ayla, adalah sepasang kekasih yang bekerja di sebuah perusahaan advertising.Ryo seorang workaholic, dia sangat susah menunjukkan perasaannya, bahkanpada Ayla sekalipun. Karena sifatnya inilah, Ayla, tidak pernah tahu,bagaimana perasaan Ryo yang sebenarnya. Ayla selalu mengira, Ryo tidak begitu mencintai dia. Semenjak mereka menjadi pasangan, Ryo belum pernah mengucapkan kata-kata cinta pada Ayla. Ryo bahkan kerap kali,melupakan janjinya dengan Ayla.
Kesal dengan sikap Ryo, Ayla memutuskan Ryo. Namun Ryo sangat mencintai Ayla. Ia berusaha berbaikan dengan Ayla.Di hari ulang tahun Ayla, Ryo menyiapkan kado untuk Ayla. Ayla sebenarnya tak mau datang, namun Marina, teman satu kantor Ayla,memberitahu bahwa Ryo menyiapkan hadiah istimewa untuknya. Ryo menyiapkan cincin yang ia beli bersama Marina. Ayla kaget dan langsung pergi ke tempat Ryo menunggunya.Saat Ayla akan menyeberang, sebuah mobil muncul dan hampir menabrak Ayla. Ryo berlari mendorong Ayla. Ayla selamat, tapi Ryo kehilangan nyawanya.

Tapi cerita tidak berakhir begitu saja. Ryo masih sangat mencintai Ayla dan tidak ingin meninggalkannya. Ryo akhirnya masuk ke dalam raga Ariel, orang yang sudah menabraknya. Ariel orang yang sangat ambisius,dan rela melakukan apa saja, untuk kepentingannya. Ariel ternyata anak pemilik perusahaan tempat Ryo bekerja.Ryo yang sudah berada dalan raga Ariel. berusaha mendekati Ayla,tapi Ayla terus menolak kehadirannya karena Ayla sangat membenci Ariel.

Masalahpun semakin banyak menghadang Ryo. Kehidupan Ariel yang notabene “jahat” membuat kesulitan demi kesulitan mendatangi Ryo. Kematian seorang pria bernama Anton, yang usahanya dihancurkan oleh Ariel dan hubungan gelapnya dengan Marina adalah beberapa masalah kecil yangmembuat Ryo bingung.Ryo juga harus menghadapi kenyataan, kalau Ariel sudah mempunyai seorang tunangan, Livi, anak pemilik perusahaan pusat yang membawahiperusahaan milik orang tua Ariel. Saat mereka sedang memilih baju pengantin, Ryo memutuskan pertunangannya dengan Livi. Livi malu, ia mengakhiri hidupnya. Hal ini, membuat ayah Livi, dendam pada Ryo, dan berusaha untuk menghancurkan hidup Ryo.

Ryo tidak bisa mengatakan pada Ayla, kalau dia adalah Ryo, karena,apabila itu terjadi, Ryo akan kembali meninggalkan dunia ini, dan sampai kapan pun, dia tidak akan bisa menyatakan rasa cintanya pada Ayla. Menjadi Ariel, adalah pilihan terbaik, karna Ryo dapat terus berada disisi Ayla, namun disisi lain, Ryo juga tidak bisa menerima kenyataan, kalau Ayla akan melupakan Ryo yang sebenarnya.Bagaimana kelanjutan cerita ini? Apakah Ryo yang sudah menjadiAriel, bisa merebut hati Ayla? Bagaimana dengan semua masalah Ariel yang harus diselesaikan oleh Ryo. Apakah, Ryo akan memberitahu Ayla,siapa sebenarnya dia?

Credit : Mysinetron

Jom tengok Preview Sinetron Bukan Diriku


Lirik Lagu Sinetron Bukan Diriku
Bukan Diriku

Artist: Samsons

Setelah kupahami
Ku bukan yang terbaik
Yang ada di hatimu
Tak dapat kusangsikan
Ternyata dirinyalah
Yang mengerti kamu
Bukanlah diriku
Kini maafkanlah aku
Bila ku menjadi bisu
Kepada dirimu
Bukan santunku terbungkam
Hanya hatiku berbatas
Tuk mengerti kamu
Maafkanlah aku
Walau kumasih mencintaimu
Kuharus meninggalkanmu
Kuharus melupakanmu
Meski hatiku menyayangimu
Nurani membutuhkanmu
Kuharus merelakanmu
Dan hanyalah dirimu
Yang mampu memahamiku
Yang dapat mengerti aku
Ternyata dirinyalah
Yang sanggup menyanjungmu
Yang lama menyentuhmu
Bukanlah diriku


P/S -  Lagu Bukan Diriku memang kena dengan sinetron ni.... Mari kita sama–sama saksikan Sinetron Bukan Diriku pada 21 Disember 2010 (hari ini)  sehingga episod akhir nanti.




.

Kami bukan bergaduh - Ahmad Dhani


SELEPAS khabar angin Once atau nama sebenarnya Elfonda Mekel mahu keluar daripada band terkenal Indonesia, Dewa 19, tiada satu pengesahan yang dibuat oleh ketua band tersebut, Ahmad Dhani dan mana-mana anggota Dewa 19 di Indonesia.
Sebaliknya, Ahmad Dhani lebih senang untuk mengumumkan berita pengunduran vokalisnya itu secara eksklusif kepada media Malaysia.

Dia yang ditemui pada Konsert Ria anjuran Astro di Shah Alam, Ahad lepas mengakui Once telah pun menghantar surat pengunduran diri seminggu lalu.
Bagaimanapun, belum ada sebarang mesyuarat berhubung hal itu antara Dhani dan anggota Dewa 19 yang lain iaitu Andra Junaidi (gitar), Yuke Sampurna (bass) dan Agung Yudha (drum).

"Kami semua sudah menerima surat pengunduran daripada Once tetapi belum mesyuarat tentang hal itu. Ini kali pertama saya berbicara mengenai hal ini, media Indonesia juga belum tahu," ujarnya.

Disoal mengenai perasaannya saat menerima surat pengunduran daripada Once memandangkan sudah 12 tahun mereka bersama dalam Dewa 19. Jawab Dhani: "Saat berpisah dengan bekas isteri pun saya tidak sedih, inikan pula dengan Once.

"Mahu tidak mahu kami semua harus menerima keputusannya itu dan hadapi dengan senyuman. Dia undur diri kerana dia sudah bosan dengan Dewa. Lagipun, dia sukses sebagai penyanyi solo."

Ditebak lagi soalan, mungkinkah pengunduran Once berpunca daripada perselisihan faham, Dhani bagaimanapun menafikannya tetapi mengaku yang dia dan Once sudah tidak bercakap antara satu sama lain sejak bulan Ogos lalu.

"Tidak ada sebarang perselisihan faham, semuanya baik-baik saja. Saya dan Once sudah tidak bercakap sejak bulan Ogos, jika ada persembahan dia di sudut lain, kami semua di sudut yang lain, cuma bersatu ketika membuat persembahan.

"Persembahan terakhir Dewa 19 bersama Once adalah ulang tahun stesen televisyen, SCTV. Selepas itu kami tidak bertemu atau berbicara lagi," kata Dhani yang merupakan pemilik Republik Cinta Management yang dinaungi oleh Dewa 19.
Tambah Dhani, dia sedar dengan pengunduran Once pastinya ramai peminat yang akan kecewa kerana vokalis bersuara lantang itu sudah cukup sinonim dengan Dewa 19.

"Pasti ada yang kecewa tetapi sekarang ini setiap anggota Dewa 19 sudah ada band di luar mereka sendiri, seperti Andra. Pendapatan terbesarnya adalah menerusi band Andra & The Backbone bukannya bersama Dewa, saya juga sekarang sudah bersama band TRIAD jadi, band Dewa 19 bukan lagi band utama setiap anggota Dewa, Dewa 19 akan menjadi band sampingan kami saja," ungkapnya.

Ramai yang tertanya-tanya, jika tanpa Once bagaimana dengan nasib Dewa 19 kelak? Mungkinkah posisi vokalis akan diisi oleh Dhani sendiri memandangkan dia juga boleh menyanyi atau pun memanggil semula bekas vokalis Dewa terdahulu iaitu Ari Lasso?

"Tidak, saya tidak akan berada di posisi vokalis. Memang saya boleh menyanyi tetapi vokal saya tidak tinggi, saya suka penyanyi Dewa 19 mempunyai vokal yang tinggi, baru sedap lagunya.

"Sekarang dalam perancangan, saya akan mencari vokalis baru yang lebih muda. Saya tidak akan panggil semula Ari Lasso atau cuba memujuk Once untuk tarik balik surat pengunduran dirinya," tegas Dhani.

Beritahu Dhani tentang perancangannya mencari vokalis baru Dewa 19, dia telah berbincang dengan pihak stesen televisyen di Indonesia untuk mengadakan program mencari bakat seperti sebuah program realiti.

"Saya telah berbincang dengan pihak stesen televisyen tetapi belum ada keputusan
yang muktamad. Apa yang pasti, saya akan adakan sesi uji bakat. Jangka waktu untuk saya bertemu pengganti Once, mungkin mengambil masa setahun.

"Selepas bertemu dengan vokalis yang benar-benar cocok dengan semua anggota Dewa 19, baru saya boleh merancang perjalanan Dewa 19. Setakat hari ini, saya sudah ada beberapa lagu untuk Dewa 19 tetapi belum ada vokalisnya," tuturnya yang kini sibuk dengan band barunya TRIAD yang membawa maksud The Rock Indonesia Ahmad Dhani.

Dalam rakaman Konsert Ria 2010 yang berlangsung di i-City di Shah Alam itu, Dhani bersama TRIAD sempat menghiburkan penonton setia Astro dengan lagu Madu 3, Sedang Ingin Bercinta, Makhluk Tuhan Paling Seksi dan Pangeran Cinta, Selir Hati dan Aku Cinta Kau.

Bukan itu sahaja, Dhani juga berkolaborasi di atas pentas bersama band The Lucky Laki yang dianggotai oleh tiga anak lelakinya Ahmad Al Gazali,13, El Jalaluddin Rumi, 11, dan Ahmad Abdul Qodir Jaelani, 10, dengan lagu Munajat Cinta.




P/S - Berita terdahulu [KLIK SINI]



.

Kementerian tak boleh halang pelajar nak nikah


“Tiada dasar yang boleh melarang mereka berkahwin, tapi jika dia didapati mengandung, maka dinasihatkan supaya berhenti sekolah,” ulas Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi mengenai pelajar bawah umur 17 tahun yang bertunang dan berkahwin pada usia muda. Menurutnya, jika keluarga pelajar terbabit sama ada lelaki mahupun perempuan memberi persetujuan dan restu mereka untuk berkahwin, malah turut disokong kebenaran mahkamah, tiada sebab kementerian perlu melarang apatah lagi tiada perundangan membolehkan berbuat demikian.

Katanya, beliau juga turut yakin isu berkahwin pada usia masih mentah dan berada di alam persekolahan tidak akan memberi kesan buruk kepada pelajar di seluruh negara ataupun mempengaruhi mereka, memandangkan jumlahnya tidak begitu ketara.
“Perkara ini (berkahwin muda) terpulang kepada kebenaran keluarga mahkamah dan persetujuan ibu bapa. Jika peroleh kedua-duanya kementerian tidak boleh berbuat apa-apa termasuk menghalang perkahwinan daripada berlaku.

“Cuma, kalau mengandung kita akan menasihatkan supaya berhenti daripada meneruskan pengajian di sekolah kerana bukan hanya boleh menjejaskan dia sendiri, bahkan turut memberi kesan kepada pelajar lain dan kementerian tak mahu ini terjadi.

“Mengenai sama ada kahwin pada usia mentah ini boleh mendatangkan isu lebih besar, saya tidak fikir begitu kerana sebelum ini ada kes pelajar yang berkahwin, dia bukanlah menuntut di sekolah kementerian tetapi tahfiz. Jadi tak mungkin mendatangkan isu serius,” katanya.



.

Nahas bas terburuk negara

Kemalangan bas di Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, semalam yang meragut 28 nyawa adalah yang paling dahsyat dalam sejarah negara.


Dalam nahas pada 11.10 pagi itu, 22 orang mati di tempat kejadian, empat meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital dan dua lagi di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh.
Kemalangan terburuk melibatkan sebuah pas sebelum ini berlaku pada 13 Ogos 2007, apabila 20 orang terbunuh dan sembilan cedera di KM229 Lebuh Raya Utara-Selatan, di Bukit Gantang dekat Taiping.
Berikut kemalangan bas yang berlaku tahun ini, tidak termasuk nahas pagi semalam.

16 DIS -- Empat kakitangan Jabatan Penjara Tawau terbunuh apabila bas jabatan itu terbabas lalu terjatuh dalam gaung di Kampung Moyog, 35 kilometer dari Penampang dekat Kota Kinabalu. [KLIK SINI]

14 DIS -- Seramai 14 orang pekerja kilang cedera apabila bas kilang yang mereka naiki terbabas lalu terbalik di Km 156.2 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Nibong Tebal, Pulau Pinang, selepas bergesel dengan sebuah treler yang turut terhumban ke dalam parit.

11 DIS -- Tiga pelajar Institut Kemahiran Mara Jasin, Melaka parah apabila bas yang mereka naiki terbabas dan terbalik di kilometer 304.5 Lebuhraya Utara Selatan, dekat Gopeng, Perak.

4 NOV -- Seorang maut dan dua cedera parah selepas bas ekspres yang mereka naiki terbabas sebelum terbalik ke dalam sebuah tali air di Kampung Sungai Miang, di km20 Jalan Pekan-Nenasi, Pahang.

29 OKT -- Tujuh penumpang maut dan 39 cedera termasuk 17 parah apabila sebuah bas terlibat dalam kemalangan di KM36 Lebuhraya Karak ke Kuala Lumpur.

10 OKT -- 13 penumpang maut dan 40 cedera apabila bas ekspres terlibat kemalangan di KM223 Lebuhraya Utara-Selatan menghala ke utara berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat-Rembau.[KLIK SINI]

2 SEPT -- Lapan belas orang cedera apabila bas persiaran yang dinaiki terbabas dan terbalik di Km 35.1 Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur.

27 OGOS -- Seorang pemandu bas ekspres terbunuh manakala tiga cedera parah dan enam cedera ringan apabila bas yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan di Km306.2 Lebuhraya Utara-Selatan.

17 APRIL -- Seorang penumpang patah tulang rusuk manakala enam yang lain cedera ringan apabila sebuah bas ekspres yang dalam perjalanan dari Johor Baharu ke ibu negara terbabas di KM32 Lebuh Raya Utara-Selatan, dekat Kulai Jaya, Johor.

20 MAC -- 40 penumpang sebuah bas ekspres nyaris maut apabila kenderaan berkenaan terbabas dan terperosok ke dalam tali air di Km 42 Jalan Kuantan-Kemaman.

4 FEB -- 15 penumpang bas Ekspres Konsortium yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur nyaris maut selepas bas berkenaan melanggar dua kenderaan lain di Plaza Tol Sungai Dua, Pulau Pinang.



- BERNAMA





.

Mainan perlu sijil mulai Februari


Mulai 1 Februari ini, pengimport dan pengilang lebih 200 juta alat permainan kanak-kanak di negara ini perlu memiliki sijil standard Malaysian Conformity (MC) sebagai bukti mematuhi garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Timbalan menterinya, Datuk Tan Lian Hoe, berkata pada tarikh berkenaan juga pihaknya akan menyita semua alat permainan yang gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan itu.
“Oleh itu, kami meminta pengilang dan pengimport supaya menarik balik produk mereka di pasaran secara berperingkat untuk menjalani ujian makmal yang diuruskan Jabatan Standard Malaysia (Standard Malaysia).
“Pihak terbabit perlu mematuhi tujuh syarat dari Standard Malaysia bagi memastikan setiap produk yang terdapat di pasaran selamat. Pihak kementerian tidak akan berkompromi sekiranya mereka tidak mematuhi syarat ditetapkan.

“Pada tarikh itu juga kita berharap pengguna dapat membuat aduan kepada kementerian jika alat permainan yang dibeli tidak mempunyai tanda MC, ” katanya pada sidang media selepas merasmikan Bengkel Keselamatan Barang Pengguna, di sini, semalam.

Lian Hoe berkata, mereka yang disabitkan kesalahan boleh dikenakan kompaun melalui Seksyen 25, Akta Perlindungan Pengguna 1999, iaitu individu boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan untuk kesalahan kali kedua atau berikutnya boleh didenda tidak melebihi RM250,000 atau dipenjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya.

Katanya, pertubuhan pula akan dikenakan denda tidak melebihi RM250,000 bagi kesalahan kali kedua atau yang berikutnya boleh didenda tidak melebihi RM500,000.




.

LENGKAP : Kemalangan ngeri bas persiaran di Jln Simpang Pulai-Cameron Highlands

Nahas terburuk

27 termasuk 25 pelancong Thailand balik dari Cameron Highlands terbunuh


SIMPANG PULAI: Dahsyat dan mengerikan. Itulah gambaran keadaan nahas jalan raya terburuk dalam sejarah negara membabitkan sebuah bas persiaran dua tingkat yang mengorbankan 27 orang - 25 pelancong Thailand dan dua rakyat tempatan di Kilometer 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai berhampiran Kampung Juang di sini, semalam.

Dalam nahas kira-kira jam 11.40 pagi, bas yang membawa 37 penumpang dari Cameron Highlands itu dikatakan terbabas dan melanggar pembahagi jalan ketika menuruni bukit serta melalui selekoh tajam sebelum terbalik dan terhumban ke dalam longkang sedalam dua meter di laluan bertentangan.

Nahas itu menyebabkan kedua-dua tayar depan bas terbabit tercabut dan tercampak ke longkang di laluan bertentangan, manakala bumbungnya ranap sama sekali dengan lebih 10 mayat bergelimpangan di jalan raya dan longkang manakala selebihnya termasuk yang cedera tersepit dalam kenderaan berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof, berkata 22 penumpang mati di tempat kejadian, lima lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), manakala 10 cedera termasuk dua kritikal.


Dua rakyat tempatan yang terkorban ialah pemandu bas berkenaan yang bekerja sebagai pemandu bas syarikat SK Murni Travel & Tours, Omar Shahidan, 48, dari Kangar, Perlis, serta pemandu pelancong, Soontorn a/l Kian, 38. Pelancong Thailand yang maut pula membabitkan lapan lelaki dan 17 wanita.

Zakaria berkata, semua pelancong terbabit dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk mengambil penerbangan pulang ke Bangkok.
Bercakap kepada pemberita di lokasi kejadian, beliau berkata, kemalangan dipercayai berlaku ketika bas yang dipandu laju itu menuruni bukit di satu selekoh tajam sebelum terbabas dan merempuh pembahagi jalan.

"Pemandu bas dipercayai hilang kawalan menyebabkan bas itu terbalik dan terjatuh ke dalam longkang sedalam kira-kira dua meter. Ada di antara penumpang tercampak dan tersepit di bahagian tempat duduk menyebabkan kebanyakan mereka meninggal dunia di tempat kejadian.


"Pasukan penyelamat terdiri daripada 100 anggota dan pegawai polis serta Jabatan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan kira-kira jam 12 tengah hari dan tiba di tempat kejadian kira-kira 10 minit kemudian," katanya.

Tinjauan Berita Harian di tempat kejadian mendapati dua tayar serta lampu isyarat kanan bas itu tercampak di laluan bertentangan dipercayai tertanggal ketika melanggar pembahagi jalan.

Kemalangan itu turut menyebabkan kesesakan lebih lima jam apabila polis terpaksa menutup kedua-dua laluan bagi menyekat aliran trafik untuk melancarkan operasi menyelamat serta mengeluarkan mangsa.

KRONOLOGI

11 pagi – Bas dipercayai bergerak dari Cameron Highlands ke Simpang Pulai

11.40 pagi – Bas terbabit kemalangan

11.59 pagi – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai menerima panggilan kecemasan

12.05 tengah hari – Laluan kedua-dua arah dari Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup

12.10 tengah hari – Bantuan dari BBP Gopeng dan Ipoh tiba dan kerja mengeluarkan mangsa dilakukan

12.13 tengah hari – Mangsa pertama dikeluarkan

2.37 petang – Kren untuk mengangkat bas tiba

2.55 petang – Mangsa terakhir dikeluarkan

3.08 petang – Bas dialih untuk kerja mencari mangsa dilakukan

4.00 petang – Kedua-dua laluan dibuka semula

5.00 petang – Bas ditarik ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) di Simpang Pulai


INFO
Senarai mangsa yang terbunuh dalam nahas bas di Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai




  • Rakyat Malaysia

    1. Omar Shahidan, 48 (tahun) (pemandu bas)
    2. Soontorn a/l Kian, 38 (pemandu pelancong)

    Rakyat Thailand (lelaki)

    3. Poonporn Poolsaeng, 41
    4. Charcart Knagsuwan, 48
    5. Sumruay Swatphet, 48
    6. Pongthanest Akkrarachewwanont, 45
    7. Thitisak Pongtanarat, 51
    8. Ekachai Na Banexane, 64
    9. Phayone Krujinli, 49
    10. Weera Chungtanagon

    Rakyat Thailand (wanita)

    11. Natkritta Poolsaeng, 6
    12. Thanyarat Poolseng, 36
    13. Achara Wiwati, 36
    14. Nutthiya Inyim, 50
    15. Puthnaree Akkrarachewwanont, 42
    16. Sunchanchira Chaigueai, 40
    17. Sriwai Swatphet, 42
    18. Priya Prassakul Chai, 38
    19. Chutima Throukooi, 25
    20. Junpen Pongtanarat, 50
    21. Mantana Phromduang, 51
    22. Maliwan Mekmahaprom, 53
    23. Ampaiwan Thianhtham, 50
    24. Isariya Thiangtham, 25
    25. Darunee Songsern
    26. Rung Da
    27. Areena Songserm






  • Pemandu baru 3 bulan kendali bas


    Pemandu bas, Omar Shahidan yang terbunuh bersama sebahagian besar pelancong Thailand, di Kilometer 15 Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai semalam baru tiga bulan memandu bas dua tingkat yang baru dibeli pemiliknya.

    Sepupunya, Julie Mahmud, 33, berkata beliau difahamkan Omar yang pernah menjadi pemandu lori pernah membawa keluarganya menaiki bas itu bersiar-siar di sekitar Perlis.

    Seorang rakan Omar yang bertugas di syarikat pengangkutan sama berkata, pula berkata, beliau tidak pasti sama ada Omar atau pembantu pemandu yang baru bertugas memandu bas ketika kejadian.

    “Omar adalah pemandu berpengalaman dan kerap diarah memandu bas membawa pelancong, terutama dari Thailand ke Malaysia. Bagaimanapun, saya mengesyaki bas itu dipandu pembantu pemandu ketika menuruni laluan berbukit di Cameron Highlands,” katanya.

    Julie juga berkata, sepupunya itu sempat membawa isteri dan tiga anaknya melancong di Hatyai, Selatan Thailand, pada Jumaat lalu dan sejurus pulang, dia diarahkan pemilik syarikat, memandu bas dari Thailand ke Cameron Highlands pada Sabtu lalu.

    Beliau dimaklumkan isterinya, Puspalela Ramli, 45, yang arwah akan pulang ke rumah esok dan bercadang melancong lagi ke Thailand sejurus selesai kerjanya.

    “Saya tidak menyangka lawatan ke Hatyai bersama isteri dan tiga anak adalah yang terakhir bagi arwah,” katanya yang menetap berhampiran rumah Omar ketika ditemui di Behor Empiang, dekat sini petang semalam.
    Beliau berkata, semua keluarga Omar, termasuk di sebelah mentuanya bergegas ke Hospital Ipoh sejurus dimaklumkan kemalangan pada jam 4.30 petang semalam.

    “Mereka hanya mendapatkan pengesahan berhubung kematian Omar daripada pemilik syarikat bas berkenaan kira-kira jam 3.30 petang.

    “Sebelum itu, keluarga di sini, masih samar-samar berhubung kemalangan selepas melihat berita terkini di televisyen kira-kira jam 1 tengahari,” katanya.

    Tinjauan Berita Harian mendapati keluarga terdekat Omar sedang membuat persiapan menerima jenazahnya yang dijangka tiba awal pagi ini.

    Turut maut dalam nahas berkenaan, pemandu pelancong, Soontorn a/l Kian, 38 tahun.

    Julie berkata, sebelum itu, anak sulung Omar, Siti Nazirah, 20, yang sedang berkerja di sebuah pasar raya di sini, menghubungi Puspalela untuk mengetahui mengenai kemalangan yang menimpa ayahnya.

    “Nazirah sudah dihubungi rakannya iaitu anak kepada rakan ayahnya yang bertugas sebagai pemandu yang memaklumkan kemalangan terbabit. Saya dan Pusparela dua kali menghubungi arwah menerusi dua telefon bimbit tetapi tidak dijawab walaupun ada nada dering selepas dimaklumkan kejadian itu. Dari situ, kami sudah mengesyaki sesuatu buruk berlaku," katanya.


    Tercampak sebelum diseret badan bas

    “Kejadian berlaku begitu pantas dan saya melihat beberapa penumpang tercampak keluar selain ada antara mereka diseret badan bas yang menggelongsor lebih 50 meter,” kata Monat Rahen, 19, antara saksi terawal kemalangan terburuk dalam sejarah negara yang mengorbankan 27 nyawa, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu, 24 pelancong Thailand dan tiga rakyat tempatan terbunuh manakala 10 lagi parah apabila bas persiaran dua tingkat dinaiki mereka terbabit kemalangan di Kilometer 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, berhampiran Kampung Juang, di sini.

    Monat berkata, sebelum kejadian dia yang memandu Proton Satria bersama seorang di sebelahnya, melihat bas terbabit yang datang dari arah bertentangan meluru laju ketika muncul dari selekoh tajam di depannya.

    Melihat keadaan itu, dia memperlahankan kenderaan kerana tidak sedap hati melihatkan keadaan badan bas dua tingkat itu yang tidak stabil dan senget seperti mahu terbalik.

    “Firasat saya benar-benar berlaku apabila bas itu merempuh konkrit pembahagi jalan menyebabkan ia terbalik ke laluan bertentangan dan menggelongsor sebelum terhumban ke dalam longkang satu meter,” katanya.

    Menurutnya, jarak kereta dipandunya dengan tempat bas itu terhumban ke dalam longkang kira-kira 50 meter.

    “Tindakan saya memperlahankan kelajuan menyelamatkan nyawa saya dan rakan kerana jika tidak pasti kereta kami dihimpit bas itu kerana kenderaan kami berada di depan sekali ketika kejadian,” katanya.

    Monat berkata, selepas memberhentikan kenderaannya, dia bersama rakan segera ke tempat kejadian dan hatinya sayu apabila melihat ramai penumpang bergelimpangan atas jalan.

    “Sebahagian besar mereka parah dan sudah tidak bergerak, dipercayai sudah meninggal dunia. Saya mengangkat beberapa mangsa yang parah ke tepi jalan,” katanya.


    Seorang lagi saksi yang menaiki bas henti-henti yang ketika itu berada tidak jauh di belakang kereta dinaiki Monat, Muhammad Shafwan Mohd Nan, 17, berkata dia tidak berani membantu mangsa kerana begitu ngeri melihat keadaan beberapa penumpang terutama yang tercampak atas jalan dan diseret bas.

    Pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Tasik Damai, di sini, berkata dia menaiki bas itu bersama tiga rakannya untuk bercuti ke Cameron Highlands.

    “Bas kami berhenti mengejut sebelum pemandu memberitahu berlaku kemalangan. Saya bersama rakan turun untuk menghulurkan bantuan selepas melihat dari jauh terdapat ramai orang bergelimpangan atas jalan.

    “Bagaimanapun, saya membatalkan hasrat itu kerana terlalu takut melihat keadaan mangsa yang bergelimpangan dan tersepit dalam bas dalam keadaan mengerikan.

    “Saya percaya kebanyakan mangsa sudah meninggal dunia selain kaki dan tangan mereka patah, malah kepala beberapa mangsa juga pecah dengan otak bertaburan atas jalan. Keadaan ketika itu begitu menyayat hati dan menakutkan,” katanya.


    Ngeri lihat anggota badan putus


    Mendengar jeritan dan melihat anggota badan pelancong yang terputus merupakan antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh seorang saksi kejadian yang berada di lokasi kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres di Kilometer 15, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands semalam.
    Pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Damai, Ipoh, Mohd. Shafwan Mohd. Nan, 17, berkata, ketika kejadian, dia dalam perjalanan ke pusat peranginan itu dengan menaiki sebuah bas henti-henti Ipoh-Cameron Highlands.
    Katanya, ketika di atas bas, dia terkejut apabila melihat ada beberapa mangsa termasuk seorang kanak-kanak terpelanting di tepi jalan dalam keadaan berlumuran darah dan ada yang telah mati.
    “Walaupun cemas dan takut dengan keadaan itu, saya memberanikan diri untuk turun. Bas dua tingkat tersebut remuk dan apa yang memilukan, saya terdengar mangsa-mangsa yang terselamat menjerit dan merintih kesakitan minta diselamatkan.
    “Beberapa minit kemudian, pasukan penyelamat tiba untuk mengeluarkan mayat yang tersepit dan ketika itulah saya ternampak ada anggota badan mayat yang terputus,” ceritanya lagi ketika ditemui di lokasi kejadian semalam.


    Kenderaan kemalangan ada tiga saman

    Bas persiaran milik SK Murni Tours &. Travel Sdn Bhd dengan nombor pendaftaran AFX2266 dikesan mempunyai tiga saman sejak Ogos tahun lalu bernilai RM500 dengan dua daripada kesalahan dilakukan di Perak dan satu di Melaka.

    Sumber Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkata, saman pertama direkodkan pada 10 Ogos tahun lalu, di Teluk Intan, Perak membabitkan kesalahan memandu melebihi had laju, manakala kesalahan kedua pada 18 Februari di Melaka Tengah kerana tidak mematuhi lampu isyarat lalu lintas.

    “Kesalahan terbaru direkodkan pada 20 Jun lalu di Kampar, Perak membabitkan kesalahan memotong di kawasan yang tidak dibenarkan berbuat demikian," katanya ketika dihubungi semalam.

    Sementara itu, BERNAMA melaporkan pengarah urusan syarikat itu, Sor Eng Hock yang kini berada di Bangkok kerana urusan perniagaan, ketika dihubungi berkata sebelum ini tidak pernah berlaku kemalangan membabitkan bas syarikat itu.

    "Tak sangka jadi macam ini. Saya tak tahu punca... saya kena balik dan bincang," katanya.

    Ditanya mengenai bantuan kepada mangsa, Sor berkata: Syarikat akan merancang sesuatu. saya memang terkejut. Saya tak tahu nak fikir atau buat apa-apa. Tapi kita akan rancang sesuatu untuk mangsa."


    Ratusan gagak petanda ajal menjemput pelancong


    Ketika semua pihak masih tertanya-tanya mengenai punca kemalangan dan mengapa 25 daripada 35 pelancong dari Hatyai, Thailand itu menjadi korban, kakitangan di sebuah hotel yang didaftar masuk oleh kesemua mangsa sudah mempunyai jawapan tersendiri.

    Menurut kakitangan yang enggan dikenali itu, pada hari pelancong tersebut mendaftar masuk pada pagi Ahad lalu, dia melihat ratusan burung gagak tiba-tiba bertenggek di atas bumbung hotel sambil membuat bising.

    Apa yang menghairankan katanya, sebelum ini, senario seperti itu tidak pernah berlaku walaupun spesies burung berkenaan dikatakan banyak terdapat di kawasan tersebut. Ia seakan-akan memberi petanda awal mengenai tragedi itu.

    “Tambah misteri lagi apabila burung-burung tersebut tetap bertenggek di situ dengan membuat bising sepanjang malam tadi (kelmarin). Ketika itu, entah kenapa kami tidak pula cuba menghalau burung tersebut.
    “Senario tersebut mengundang keanehan kepada pekerja hotel dan pengunjung lain kerana ia seolah-olah salah satu babak di dalam filem yang selalunya dikaitkan dengan kematian seseorang,” ceritanya




    .

    Mizz Nina Sudah Pilih Warna Dan Tema Majlis Nikah



    Penyanyi Mizz Nina sudah menentukan warna dan tema untuk empat resepsi perkahwinannya dengan vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh yang dijadualkan pada Julai tahun depan.

    Ia melibatkan warna hitam, putih, ungu dan berpakaian Jepun.
    Kata Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman, adalah penting bagi dia dan Noh untuk merancang majlis perkahwinan mereka lebih awal supaya ia berlangsung dengan sempurna.

    "Saya merancang untuk menggunakan warna hitam dan putih yang mencetuskan elemen klasik pada majlis akad nikah saya pada 1 Julai sementara untuk majlis resepsi pada 3 Julai pula saya memilih warna ungu bersesuaian dengan konsep perkahwinan kontemporari moden Melayu.

    "Untuk warna ungu pula saya akan menggunakan dari warna ungu pekat sehinggalah ungu cerah. Ia turut diadun dengan warna perak dan kelabu," katanya.

    Nina hadir ke majlis pengumuman Konsert Ambang 2011 Kuala Lumpur di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay, di sini.

    Dia akan membuat persembahan pada malam 31 Disember nanti bersama artis-artis seperti Amy Search, Datuk David Arumugam dan Ramlah Ram. Nina akan mempersembahkan lagu popularnya What You Waiting For.
    Mizz Nina dan Noh telah pun melangsungkan pertunangan pada 6 November lalu dengan kehadiran tetamu terdekat seramai 50 orang di rumah keluarga Nina di Ampang Jaya, Selangor.

    Menurutnya lagi, untuk majlis resepsi bersama pihak media dan rakan-rakan yang akan diadakan di Doubletree Hotel Hilton pada 6 Julai, dia dan Noh akan menggunakan tema Jepun kerana mereka berdua amat meminati budaya masyarakat negara itu.

    “Kebetulan pula moyang saya ialah orang Jepun. Jadi tema berkenaan amat sesuai untuk saya. Noh pun suka dengan cita rasa itu.
    “Untuk majlis di rumah pihak lelaki pula kami belum memikirkan konsepnya lagi,” katanya yang juga anak Pengerusi Kumpulan Ambank, Tan Sri Azman Hashim.
    Sementara itu mengenai perkembangan terkininya, Nina berkata, dia baru pulang dari Sri Lanka tiga hari lalu selepas membuat promosi muzik dan nada dering.

    "Saya merupakan antara artis pertama membuat promosi di Sri Lanka. Muzik dan nada dering saya boleh diperoleh di sana. Saya cuba untuk menguji pasaran yang berbeza," katanya.

    Promosi dan pengenalan nada dering itu merupakan usaha pertamanya sebelum mengadakan konsert di negara tersebut.




    .

    Masalah Disiplin : Shahir (AF8) Balik Kampung, Ibu Beri Penjelasan


    Penyanyi lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan, Shahir atau nama sebenarnya Ahmad Shahir Zawawi yang dikatakan menghadapi masalah disiplin sejak kebelakangan ini sedang berehat di kampungnya di Kampar, Perak.

    Menurut ibunya, Mahanum Osman, kesihatan juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) itu agak terganggu dan dia memerlukan masa untuk menenangkan fikiran.
    “Buat masa ini, biarlah dia berehat dahulu dan apabila tiba masanya nanti dia akan memberikan penjelasan tentang beberapa perkara yang diperkatakan terhadapnya selama ini.

    “Saya minta maaf bagi pihak Shahir dan berharap semua pihak memberikan masa kepadanya dan memberikan kerjasama sebaiknya,” jelas Mahanum ringkas.
    Penyanyi itu dikatakan mula menimbulkan masalah apabila beberapa sesi fotografi yang telah diatur dibatalkan pada saat-saat akhir.

    Malah dia juga gagal hadir semasa sesi mencabut nombor giliran sempena Anugerah Juara Lagu ke 25 (AJL25) anjuran TV3 baru-baru ini selain tidak muncul dalam Konsert Ria 2010 pada malam Ahad lalu di I-City, Shah Alam, Selangor.

    Menurut Mahanum, kegagalan Shahir muncul dalam konsert di Shah Alam itu kerana dia mengalami migrain dan pihak Astro telah memberi kebenaran untuk Shahir tidak terlibat dalam acara itu.

    Berhubung masalah Shahir yang tidak muncul di sesi fotografi pula Mahanum berkata anaknya mempunyai sebab-sebab tertentu yang hanya diketahui di kalangan mereka sahaja.

    Sementara itu, pihak Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) ketika diminta menjawab perkara tersebut berkata mereka akan memikirkan perancangan lain tentang Shahir selepas ini.





    .

    Blog Teman Udah Setahun GA

    Nini D 1st GA

    Semangat dan memberi sokongan buat Nini D
    yang 1st time buat GA untuk 1st anniversary blog...
    Semoga terus maju jaya dalam dunia blogger..
    Ngee.. Lulu memang suka hadiah-hadiah itu..
    (Huhuhu hati rasa teringin untuk mengenakan tudung..)


    Lulu Tag...


    P/S - Sengaja tag ramai org agar GA ini mendapat sambutan..ngee..




    .

    'Victoria, you're an inspiration to me'


    Victoria Beckham was reduced to tears last night as her husband David was awarded the Lifetime Achievement Award at BBC's Sports Personality of the Year.

    The former Spice Girl struggled to contain herself as she sat with the couple's three sons Brooklyn, 11, Romeo, eight and four-year-old Cruz and Beckham's mother Sandra.

    A clearly emotional Beckham also found it difficult not to cry as he thanked Victoria and their sons for their support over the years.
    Of course, I want to thank my wife and my children. Not only has she given me three amazing boys but the support she's given me and she is truly and inspiration for me every single day. So Victoria, Brooklyn, Romeo and Cruz - thank you.


    In the audience, a teary Victoria wiped her eyes as she watched her husband accept the prize along with her sons.
    While Lineker gave Beckham, 35, a couple of seconds to recover, Sir Bobby said: 'I would just like to say congratulations to David. He is a very very pleasant person and a good man and he deserves everything that has been said of him tonight.




    'He's also never afraid to say his opinions on everything so I think I should pass it across to him now.'
    Beckham then continued: 'I'm obviously really humbled because to receive an award for something I love doing and have always loved doing is amazing. To receive it from Sir Bobby Charlton, I am truly honoured.




    'Football is a team game and without the teams and the players' support I have had over the years, I wouldn't be here today. I wouldn't be here without the skill and support of those players.
    'I've been lucky enough to play with some of the great teams over the years. Playing for England has been one of the highlights and biggest things of my career.
    'I've been able to play under some of the best coaches in my career and obviously for me the best manager in football who I regard as a father figure still after so many years of knowing him - Sir Alex Ferguson.




    'I'm sorry that I'm going on, but I really have to thank my parents, who have sacrificed so much over the years.

    'My sisters, my grandparents, my family, my friends, other people who work with me and for me, and
    And lastly, if I've forgotten anyone I apologise.
    'This year I went to Afghanistan and I saw the bravery of our troops out there. And what they do day in and day out, they risk their lives to save other people.
    'I dedicate my award to the men and the women who are serving our country in Afghanistan. Be safe and have a great Christmas.'


    Previous winners of the Lifetime Achievement award include his former manager Sir Alex Ferguson, George Best and Seve Ballesteros.




    Leytonstone-born Beckham made his England debut in September 1996 against Moldova and has gone on to win 115 caps - captaining England 59 times.
    He spent a decade at Manchester United, lifting nine major trophies with the club before moving to Real Madrid in 2003.


    The father-of-three was also a key member of the England 2018 World Cup bid, which lost out to Russia in the vote earlier in December.


    Beckham is England's most capped outfield player and won six Premier League titles and the Champions League with Manchester United. In 2001 Beckham was named BBC Sports Personality of the Year.
    He currently plays professional football for American team Los Angeles Galaxy.


    Before the sportsman took to the stage to accept his Lifetime Achievement award from Sir Bobby Charlton and Ryan Giggs, a VT showed Prince William paying tribute to the footballer, saying: 'His contribution to football in 18 years has been exceptional.
    'During his career he has had high and lows but has always remained determined. Most importantly, he is an example to young and aspiring footballers of how to play the game with skill, integrity and determination.'
    Dressing up for the occasion, Victoria stayed warm in a chic camel coat over a tight dress, and David ensured he looked smart for the ceremony as well, opting for a dark three-piece suit with a monochrome tie, as well as slicking his newly-long hair back.






    .

    Senarai nama 26 daripada 27 mangsa kemalangan bas


    Pihak polis setakat ini telah mengeluarkan senarai nama dua rakyat Malaysia dan 24 rakyat Thailand daripada 27 orang kesemuanya yang terbunuh dalam kemalangan di KM15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai pada pukul 11.40 pagi tadi.


    1. Omar Shahidan, 48, pemandu, rakyat Malaysia
    2. Soontorn a/l Kian, 38, (pemandu pelancong lelaki keturunan Siam Malaysia)
    3. Charcart Knagsuwan, 48, (lelaki)
    4. Thanvaraj Poolsang, 36, (perempuan)
    5. Nutthiya Inyyim, 50, (perempuan)
    6. Poonporn poolsaene, 41, (lelaki)
    7. Sumruay Swatphet, 48, (lelaki)
    8. Putharee Akkrarachaw Wanont, 42, (perempuan)
    9. Ponethanest Akkrarachaw Wanont, 45, (lelaki)
    10. Suchanchida Chaiaueai, 40, (perempuan)
    11. Sriwai Swatphet, 42, (perempuan)
    12. Prinya Prassakulchai, 48, (perempuan)
    13. Chutima Throukool, 25, (perempuan)
    14. Thitisak Pongtanarat, 51, (lelaki)
    15. Junpen Pongtanarat, 50, (perempuan)
    16. Phayong Kruanjinli, 59, (lelaki)
    17. Ekachai Na Bangxang, 64, (lelaki)
    18. Mantana Phromduag, 51, (perempuan)
    19. Rungnada Klungsawan (perempuan)
    20. Darunee Songserm (perempuan)
    21. Isariya Thiangtham, 25, (perempuan)
    22. Ampaiwan Thiangtham, 50 (perempuan)
    23. Maliwan Mekmahaprom, 53, (perempuan)
    24. Achara Wiwat, 36, (perempuan)
    25. Natkritta Poolsaeng, 6, (perempuan)
    26. Weera Chuntanagon, (lelaki)

    – Bernama




    .
     

    Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!