Friday, December 24, 2010

Restoran jijik dikompaun


GEORGETOWN: Akibat meletakkan makanan siap digoreng di atas kertas akhbar selain melakukan enam kesalahan berkaitan kebersihan, sebuah restoran nasi kandar di Air Hitam, di sini, dikompaun RM510, semalam.

Lebih menjijikkan, makanan siap dimasak dibiarkan atas lantai manakala sisa makanan dibuang dalam longkang utama menyebabkan pencemaran air.

Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Ong Ah Teong berkata, operasi kira-kira jam 10.30 pagi itu membabitkan sepasukan anggota pelbagai agensi pihak berkuasa tempatan (PBT).

Beliau berkata, pemeriksaan dilakukan selepas menerima aduan pelanggan restoran dan dalam operasi itu, enam pekerja terbabit didapati tidak mendapat suntikan tifoid termasuk tidak menggunakan apron, topi atau sarung tangan ketika bekerja.




.

Eh, nak kahwin?

Salam......
Eh, dah nak hari sabtu ni..
Esok ramai orang kahwin..
Lulu ada banyak jemputan..
Fikir jer pun dah buat lulu rasa penat.
huhuhu...


Anyway, sesapa nak kahwin esok,
atau waktu terdekat ni,
Selamat pengantin baru....
Semoga berbahagia menempuh hari berdua...
Ada jemputan untuk Lulu,
lulu akan cuba pergi eh...




.

Entry gambar untuk hiburan semata...

Jom tengok gambar....
Saja, masa surfing internet,
jumpa gambar-gambar ni...
So, meh kita kongsi sama-sama....




















































.

Bakal bergelar jutawan?


Seorang tukang cat, Matt Cardle bakal bergelar jutawan tahun depan selepas dia menjuarai siri realiti televisyen X Factor yang mencari bakat penyanyi di Britain pada 12 Disember lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Menurut beberapa laporan, Cardle kini memperoleh bayaran lumayan £50,000 (RM240,685) untuk menyanyikan tiga buah lagu selama 15 minit di sebuah kelab malam.

Sumber dalaman industri muzik pula memberitahu sebuah akhbar: "Penyanyi itu bakal bergelar jutawan berganda dalam masa setahun tetapi beberapa peserta lain akan turut mendapat pendapatan lumayan."

Cardle, 27, berharap dia dapat mengikut jejak langkah seorang lagi juara X Factor, Leona Lewis yang mencatat kejayaan di Amerika Syarikat (AS).

"Saya mempunyai hasrat untuk pergi ke AS dan tidak akan menolak jika diberi peluang ke sana," katanya.

Sementara itu, album pertamanya, When We Collide kini dijual hampir 560,000 unit selepas jualannya meningkat 120,000 unit pada minggu ini.

Perkembangan tersebut membolehkan albumnya berada pada 10 tempat teratas album terlaris di Britain walaupun baru 10 hari ia berada dalam pasaran.

Cardle bekerja sebagai seorang tukang cat dan juruhias dalaman sebelum dia membuat keputusan untuk menyertai sesi uji bakat X Factor 2010.




.

1st GiveAway From Keyna Chan


Lulu telah di tag oleh misz lovely
Terima kasih atas ingatan ini...*terharu..
So, kalau korang rasa berminat nak join sama, bolehlah klik pada banner..


Lulu Tag :


Tarikh Tutup adalah pada :
31.01.2011




.

Jom lepak bersama Giha lalala


Follower bertuah lulu kali ini adalah Giha lalala...
Gambar kat atas adalah Giha yang so cute dan ceria....
ngeee...suka-suka....
sebab blog dia pun warna biru.....
(Blog pertama Giha)




See...Biru, kan?


Yeah, semangat...
Lulu-Pages dalam bloglist Giha Lalala...
Dan yang paling lulu pasti, Giha ni suka masak...
Bila dah suka masak, mesti suka makan, ye tak?
So, oleh kerana itu, maka wujudlah blog resepi...
(Blog kedua Giha)








Hah, itu antara resepinya..
Ada banyak lagi, tapi kena BW lah kat blog Giha yer...
Baguslah..
Sebab macam lulu, suka masak simple..
Tapi sedap makan...



P/S - Entry melekat berjam-jam di Lulu-Pages..
Buat Giha, terima kasih sebab setia bersama Lulu....
Yeah.....




.

Insiden Dipukul, Tom Bawa Kes Ke Mahkamah


Penyanyi Tom (My Starz LG) tidak akan menarik semula keputusannya untuk mengambil tindakan selepas dipukul sekumpulan lelaki pada 11 Julai lalu.

Sehubungan itu Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram, 25, akan menunggu satu tarikh yang akan dimaklumkan untuk kes itu dibawa ke mahkamah.

"Kejadian itu membuatkan saya trauma selama seminggu dan saya tidak berhasrat menarik balik keputsan saya membawa kes berkenaan ke muka pengadilan," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran album sulungnya berjudul Redha di Hard Rock Café, pada Selasa lalu.

Bagaimanapun, dia redha dengan apa yang berlaku dan sebolehnya tidak mahu terlalu mengingati kontroversi yang dianggap berlaku secara kebetulan itu.

Kata Tom setidak-tidaknya, dia mahu memulihkan semula semangatnya dengan mempertaruhkan bakat yang ada berbanding kontroversi silam.
"Saya mahu bersungguh-sungguh menceburi bidang nyanyian ini dan berharap semua ini dapat menutup kontroversi yang ada.

"Tetapi saya mengaku secara kebetulan, lagu-lagu yang saya nyanyikan untuk album terbaru ini iaitu Redha dan Cinta (Firdausi) mempunyai kaitan dengan pengalaman sendiri," katanya.

Album edaran Warner Music Malaysia tersebut memuatkan lima buah iaitu Lagu Untuk Kuala Lumpur ciptaan Noh Hujan/ LY dan lirik oleh Rafidah, Redha (LY dan Baiduri), Nokhtah Sandiwara (Taja Meet Uncle Hussain dan Tun Teja), Cinta (Firdausi) (LY dan Baiduri) dan Harus Akhiri (Manusia Putih, Nawfas dan Yoya).

Tom juga berasa lega apabila single pertamanya, Lagu Untuk Kuala Lumpur baru sahaja diputarkan di corong radio tempatan.

Menceritakan tentang kisah sebalik pembikinan album tersebut, Tom yang lebih terdedah kepada muzik pop mengakui agak sukar menyanyikan lagu bergenre balada.

"Bayangkan, saya perlu menghabiskan masa selama sembilan jam untuk merakamkan sebuah lagu balada iaitu Redha dan Cinta (Firdausi) kerana LY mahukan saya betul-betul menghayati lagu tersebut.

"Sebaliknya, Lagu Untuk Kuala Lumpur dirakam bersama Noh tidak sampai setengah jam. Bagaimanapun, saya berpuas hati dengan lagu-lagu dalam album ini kerana ia mencerminkan diri-sendiri. Selain itu, setiap lagu tersebut mempunyai mesej tersendiri," ujarnya yang merasakan berbaloisetelah setahun menunggu penghasilan album tersebut.

Tidak dinafikan, ramai juga komposer yang menawarkan lagu-lagu mereka kepada Tom. Namun dia hanya mampu memilih yang terbaik.

Pengalaman dapat bekerjasama dengan komposer terkenal, Taja juga memberikan satu kenangan indah buat Tom kerana telah lama dia menyimpan cita-cita untuk menyanyikan lagu ciptaan Taja.

Malah, dia tidak segan mengaku untuk menyanyikan lagu ciptaan komposer dari luar negara pula selepas ini.
Tampil dengan imej ringkas dan bersinglet, Tom yakin dirinya mampu membawa diri dalam industri muzik ini selaras dengan imej sebenarnya di luar.

"Saya tak nak hipokrit dan menjadi diri orang lain dengan menukar imej yang berlainan daripada apa yang saya pakai di luar," kata ibu tunggal kepada Megat Aril Shakur, 2, ini.

Tom pernah berkahwin pada tahun 2007 dan bercerai pada April lalu.





.

Aidil Zafuan terkilan


SAYA terkilan tidak dapat bersama rakan sepasukan, Ahad ini, tetapi saya tetap mendoakan kejayaan buat mereka semua, luah ketua pasukan, Aidil Zafuan Abd Radzak yang hanya mampu melihat dari jauh final Piala Suzuki AFF selepas diketepikan dari skuad K Rajagobal berikutan kecederaan berpanjangan.

Aidil, 23, bernasib malang apabila kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) yang menimpanya pada final Piala Malaysia membantutkan hasrat membantu skuad kebangsaan dalam dua tugasan utama tahun ini.

Apa nak buat, dah nak jadi. Selepas saya bertembung dengan Norshahrul (Idlan Talaha), saya merasakan kesakitan pada kaki saya dan tidak dapat bangun.

Kebimbangan saya terbukti benar apabila doktor mengesahkan saya tidak dapat beraksi untuk enam hingga tujuh bulan. Saya begitu kecewa selepas menjalani ujian imbasan MRI dan diberitahu saya terlepas Sukan Asia di China dan Piala AFF, katanya.

Bagi Aidil barisan pertahanan muda skuad negara membuktikan mereka mampu menggalas tanggungjawab berat diletakkan pada bahu mereka sebelum gagal menemui keserasian pada awalnya sehingga dibelasah Indonesia 5-1 pada 1 Disember lalu.

Saya yakin barisan pertahanan ini tidak akan membuat kesilapan yang sama pada final menentang Indonesia nanti, katanya.

Aidil dijangka akan kembali beraksi pada Mei 2011.




.

NASA: Gambar Keajaiban Tsunami Aceh

Pada 26 Disember 2004, gempa bumi bawah laut 9,1 skala Richter menggoncang Samudera Hindia di lepas pantai Sumatera Utara, Indonesia. Nampaknya gempa itu begitu kuat sehingga 1.200 kilometer dari pusat gempa, hingga mencapai Alaska.

Gempa dahsyat itu membangkitkan tsunami. Tsunami menyapu sejumlah pantai di Samudera Hindia sehingga ketinggian 30 meter. Lebih dari 230.000 orang terkorban dan jutaan lainnya kehilangan tempat tinggal.

Laman Badan Antariksa Amerika Syarikat, NASA, mengabadikan gambar Aceh, sebelum dan sesudah dilanda gelombang gergasi, tsunami.

Salah satu gambar menggambarkan keaaan Kota Lhoknga, di pantai barat Sumatera dekat Ibukota Aceh, Banda Aceh. Kota itu rata dengan tanah.

Namun, ajaib. Dalam gambar kelihatan sesuatu berwarna putih. Itu adalah sebuah masjid yang selamat dan berdiri kukuh di tengah segala kehancuran.





Gambar seterusnya dirakam menggunakan instrumen Moderate Resolution Imaging Spectroradiometer (MODIS) di Satelit Terra milik NASA.

Gambar ini menggambarkan keadaan sebelum tsunami pada pada 17 Disember 2004, dan tiga hari selepas bencana, 29 Disember 2004 (atas).

Awalnya, kelihatan hijau di sepanjang pantai barat, juga terbentang pasir putih. Setelah gempa dan tsunami, wilayah pantai kelihatan berwarna coklat keunguan.







Gambar lain diambil instrumen Landsat 7 Enhanced Thematic Mapper Plus (ETM +) menunjukkan area kecil di sepanjang pantai Sumatera di Provinsi Aceh, di mana tsunami menghancurkan jalan darat.

Di daerah ini, gelombang raksasa menyebabkan kerosakkan total di area 1,5 kilometer persegi dari bibir pantai.









.

Arsenal perlu bangkit menjelang bertemu Chelsea


Pengurus Arsenal, Arsene Wenger mengarahkan para pemainnya menamatkan persembahan buruk menjelang pertemuan dengan Chelsea dalam perlawanan Liga Perdana England, minggu depan.

Anak-anak buah Wenger telah mengalami lima kekalahan berturut-turut di tangan the Blue dalam pertemuan mereka sebelum ini dan melepaskan 13 gol.

Wenger bertegas mahukan para pemainnya melupakan kekalahan mereka di tangan Manchester United di Old Trafford minggu lalu sebaliknya kini masanya untuk Gunners bangkit semula.

“Sudah tentu kami mahu mengutip mata bagi membuktikan rekod kami pada pertemuan dengan pasukan besar,” kata Wenger semalam.


P/S - 5 Kekalahan berturut-turut di tangan team haku? Ekekeke...



.

Haram pakai baju samai Santa Claus


Mufti Johor, Datuk Tahrir Shamsuddin menasihatkan umat Islam supaya tidak memakai pakaian atau perhiasan yang menyamai 'Santa Claus' kerana ia bercanggah dengan seruan Nabi Muhammad.

Katanya, kebanyakan umat Islam di negara ini tidak sedar dan kurang pengetahuan mengenai ilmu agama hingga menyebabkan mereka turut serta meraikan perayaan Krismas yang disambut penganut Kristian. Setiap kali menjelang 25 Disember, ada antara orang Islam memakai pakaian itu. Bagi saya, hukumnya haram kerana ia boleh mempengaruhi dan memesongkan akidah seseorang Islam itu. Baru-baru ini, saya ada menerima aduan daripada orang ramai yang prihatin mengenai perkara ini malah ada yang meluahkan perasaan sedih kerana ada segelintir masyarakat Islam sanggup berpakaian seperti Santa Claus, " katanya semalam.

Tahrir berkata, ada sesetengah masyarakat Islam yang bekerja di pusat beli - belah terpaksa memakai pakaian atau perhiasan berkenaan atas kehendak tugas.

Pihak atasan organisasi berkenaan seharusnya sedar dan sedia maklum mengenai sensitiviti masyarakat Islam. Mereka sebenarnya boleh mengarahkan pekerja lain dan sebagai contoh pekerja yang beragama Kristian untuk memakai pakaian terbabit, " katanya.




.

Morgan Freeman mati?


DUNIA perfileman Hollywood baru-baru ini gempar seketika apabila tersebar berita melalui laman Twitter mengenai kematian aktor Morgan Freeman. Dikatakan berita tersebut telah disebarkan oleh pihak yang sangat dipercayai.

Sehinggakan Cable News Network (CNN) sempat menulis melalui berita terkininya di Twitter yang mengatakan aktor tersebut telah meninggal dunia di kediamannya yang terletak di Burbank. Dengan sekejap sahaja, para peminat Morgan segera menyampaikan ucapan takziah mereka.

Bagaimanapun, salah seorang rakan baik aktor tersebut iaitu Peter Shankman terus memberitahu bahawa Morgan Freeman masih belum meninggal dunia. Ujarnya melalui Twitter juga: "Morgan Freeman masih lagi hidup sehingga kini dan tiada apa-apa yang berlaku kepadanya."

Menyedari kesilapan tersebut, CNN segera memadamkan berita palsu tersebut dan terus memberikan ralat bahawa apa yang dinyatakan oleh mereka sebelum ini adalah satu kesilapan yang sangat tidak disengajakan.

Sementara itu, kali terakhir aktor berusia 73 tahun itu berlakon adalah menerusi filem RED di samping Bruce Willis dan John Malkovich. Sehingga kini, dia masih lagi memegang kontrak untuk berlakon dalam empat buah filem lagi.





.

Krismas paling bahagia buat Mariah


PENYANYI tersohor dunia ini mempunyai alasan yang begitu kukuh untuk meraikan kedatangan Hari Krismas yang akan disambut esok dengan penuh kegirangan.

Buat pertama kalinya dalam hidup Mariah Carey, 40, dia menyambut perayaan yang cukup dinanti-nantikan itu dengan tiga orang yang cukup penting dalam hidupnya masa ini.
Mereka yang dimaksudkan ialah suaminya, Nick Cannon dan juga anak kembar hasil perkahwinan Carey dan Cannon yang sedang dikandungnya sekarang.

“Belum pernah saya rasa teruja sebegini untuk menyambut Krismas dan inilah permulaan buat saya untuk merasai nikmat hari bahagia ini sebagai seorang ibu.
“Saya harus akui sebelum saya bergelar seorang isteri, sering sahaja saya menyambut Krismas sama ada keseorangan mahupun bersama teman-teman lain.

“Kalau tidak dengan mereka sekali pun, saya akan menghabiskan masa dengan ibu saya. Sememangnya Krismas memberikan semangat luar biasa sejak kecil lagi.
“Namun, tahun ini ia cukup berbeza sekali. Saya sendiri sudah tidak sabar lagi untuk membesarkan anak-anak saya bersama suami dalam suasana yang cukup harmoni,” luah Carey dalam nada yang cukup teruja.

Sememangnya berita kehamilan telah menjadi tajuk panas beberapa bulan kebelakangan ini dan pihak media di Hollywood menjangkakan ia akan berlarutan sekurangkurangnya untuk setahun lagi.
Sejak hari pertama dia mengandung sehingga dia melahirkan bayi-bayinya kelak, Carey akan meraih perhatian yang cukup meluas nanti.

Tidak terhenti setakat itu, semua mata juga akan tertumpu kepadanya selepas bersalin nanti kerana mahu melihat sama ada Carey mampu memiliki bentuk badan yang seksi seperti mana ibu-ibu glamor lain.
Carey dan Cannon mendirikan rumah tangga pada 30 April 2008 di sebuah vila peribadi milik Carey yang terletak di Bahamas.

Sebelum ini, Carey pernah berkahwin dengan Tommy Mottola pada tahun 1993 namun ikatan itu tidak mampu kekal lama. Masing-masing sepakat untuk bercerai pada tahun 1997 dan membawa haluan sendiri.

Bermula daripada situ, Carey telah menjadi seorang janda seksi dan menjalinkan hubungan dengan beberapa orang artis antaranya Luis Miguel dan Eminem.
Sejak menjadi seorang isteri kata Carey, dia merasakan hidupnya cukup lengkap dan bahagia bersama Cannon yang berjaya menjalankan tugasnya sebagai seorang suami dengan baik.


Matang

Biarpun suaminya itu 10 tahun jauh lebih muda daripadanya, Carey tidak melihatnya sebagai satu masalah
besar kerana Cannon seorang yang matang untuk usianya.
“Saya harus akui untuk memiliki anak tidak pernah ada dalam agenda saya. Suami saya juga faham dengan situasi saya dan tidak pernah memaksa jika itu bukan kemahuan saya.

“Barangkali inilah yang dikatakan anugerah Tuhan. Sebaik sahaja saya disahkan mengandung, Cannon merupakan orang yang paling gembira dan air matanya membuatkan saya sedar dia memang mahukan ini (anak).

“Saya bersyukur kerana sepanjang kehamilan ini, dia setia bersama saya dan sama-sama mahu melalui proses ini bersama saya.

“Saya mahu anak-anak saya hidup dalam sebuah keluarga yang normal dengan adanya seorang ibu dan ayah yang sama-sama menjalani hidup dengan penuh kasih sayang,” ujarnya yang akan melahirkan anak sulungnya itu sekitar bulan Mac atau April depan.


Bimbang

Carey juga mengakui dia memang tidak mahu menghebahkan berita kehamilan itu kepada umum kerana bimbang sesuatu yang tidak baik akan terjadi.

Bukan mahu bersikap skeptikal tetapi dia tidak mahu mengalami keguguran sekali lagi seperti mana yang terjadi di awal perkahwinannya bersama Cannon.
“Jadi, apabila mengandung sekali lagi, ia membuatkan saya sedikit bimbang dan tidak mahu terlalu berasa gembira dengan berlebih-lebihan. Kata orang, let it go with the flow.

“Tetapi nampaknya, berita ini tidak mampu disembunyikan lagi dan saya gembira serta bersyukur di atas doa dan ucapan yang diterima daripada teman, keluarga dan juga peminat,” kata Carey yang berhubung dengan peminatnya menerusi Twitter.

Dalam masa yang sama, penghibur yang cukup masyhur dengan lagu Butterfly dan Hero itu menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dia telah menggunakan kaedah persenyawaan tabung uji (IVF).
Sehingga ada yang mengatakan Carey telah berkunjung ke klinik yang sama dikunjungi oleh pasangan Jennifer Lopez dan Marc Anthony untuk mengandung dan seterusnya mendapat anak kembar.

“Semua itu tidak benar kerana saya mengandung dengan cara yang normal,” katanya ringkas.
Tetap sibuk dengan agenda
Walaupun sedang hamil, namun itu bukan satu halangan untuk Carey meneruskan agenda seninya biarpun dalam musim perayaan.

Seiring dengan sambutan Hari Krismas, jadual Carey terus padat dengan pelbagai program yang perlu dipenuhi dan dia menyifatkannya sebagai rezeki anak kembarnya.
Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini, tahun ini memperlihatkan Carey terlibat dengan rakaman program untuk siaran televisyen sempena Krismas sehingga tidak menang tangan dibuatnya.

Antara momen terbaiknya sebelum menjelangnya Krismas apabila berpeluang mengadakan persembahan bersama Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama dan isterinya, Michelle.
“Memang kalian akan melihat wajah saya di berbagai-bagai saluran sehingga anda sendiri akan berasa bosan dengan saya (ketawa).

“Setiap program yang saya sertai semuanya mempunyai pendekatan yang berbeza dan apa yang paling menggembirakan saya apabila dapat berduet dengan ibu saya, Patricia untuk sebuah lagu Krismas.

“Tetapi suami saya nampaknya tidak menjadi begitu realistik apabila dia mahu saya berehat dan enggan saya bekerja keras sepanjang saya mengandung (ketawa).

“Semua itu akan saya lakukan apabila semuanya selesai kerana saya akan berehat panjang sementara menunggu detik kelahiran nanti,” kata Carey yang terpaksa melupakan niatnya untuk bercuti dan bermain ski di Colorado tetapi sebaliknya akan menghabiskan masa di Utah.
Namun, jelas Carey, biarpun akan berehat panjang, dalam tempoh itu dia akan terus mencari ilham untuk menulis lagu.

“Saya percaya dalam proses menjadi seorang ibu, ia dapat memberikan inspirasi untuk saya menghasilkan lagu-lagu yang indah dan beraspirasi tinggi,” jelasnya dalam nada bersungguh.




.

Nak untung lebih, jual barang luput tarikh


Demi mengejar keuntungan lebih, sebuah pasar raya di sini didakwa sanggup menjual barangan yang tamat tarikh luput.

Pengerusi Persatuan Pelindung Melaka , Datuk Seri Dr. Saharuddin Awang Yahya berkata, pihaknya kerap menerima aduan daripada pengguna yang mendakwa tertipu apabila membeli barangan yang ditawarkan potongan harga namun, sebenarnya barangan itu telah tamat tarikh luput.

"Bertindak atas aduan yang diterima, saya sendiri telah ke pasar raya terbabit bagi menjalankan siasatan dan mendapati aduan yang diterima itu benar.

"Kita memandang serius perkara ini dan meminta pengurusan pasar raya terbabit lebih bertanggungjawab kerana ia melibatkan kesihatan pengguna," tegasnya kepada pemberita di Ayer Keroh di sini semalam.


P/S - Kat G***t kan, selalu macam ni..Bila dah dekat nak ex, dia jual murah...Ramai yang tertipu.. Ada gak roti, bila beli, hari tu juga ex dia.. Kena habiskan...Memang rasa tertipu...




.

SMS tipu minta tambah prabayar


"Tolong belikan ayah 'top up' (tambah nilai) RM50. Ini nombor baru ayah 017*******, ayah ada masalah di balai polis. Tak payah dulu telefon, nanti ayah telefon, cepat sikit."

Demikian taktik terbaru sindiket penipuan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang giat menipu mangsa.

Seorang penerima SMS tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Zirman, 30, memberitahu, dia terkejut selepas membaca SMS yang menunjukkan seolah-olah bapanya berada dalam kecemasan.

"Mula-mula baca SMS tersebut, saya panik kerana bimbang sesuatu berlaku pada ayah. Saya pun terus ke kedai dan membuat tambah nilai pada nombor diberikan.

"Namun, selepas membuat tambah nilai ayah saya masih tidak telefon seperti dijanjikan," katanya.

Menyedari sesuatu yang pelik, dia akhirnya menghubungi nombor yang diberikan dalam SMS tersebut namun, tidak ada jawapan.

"Saya hubungi pula nombor asal ayah saya, bila saya tanya apa yang berlaku di balai polis tadi, ayah kata tiada apa-apa yang berlaku," katanya.




.

Anak kambing berwajah anjing


Kaki pula menyerupai khinzir

JASIN: Seorang penternak kambing di Kampung Serkam, Serkam, dekat sini, terkejut mendapati seekor daripada empat kambing betina peliharaannya melahirkan seekor anak berwajah pelik mirip anjing serta bersaiz luar biasa

Mohd Nasir Hashim, 49, berkata, kambing betina digelar Mak Itam itu melahirkan anaknya dianggarkan seberat enam kilogram bersama seekor lagi, antara jam 11.30 pagi hingga 12.30 tengah hari, semalam.

Bagaimanapun, kedua-dua anak kambing terbabit mati sejurus dilahirkan.

Ketika ditemui, Mohd Nasir berkata, pada kira-kira jam 10.45 pagi, beliau meminta anaknya, Mohd Shahir dan Aizuddin ke kandang kambing untuk melihat keadaan Mak Itam yang dijangka beranak, semalam.

Katanya, apabila tiba di kandang itu, Mohd Shahir mendapati kambing berkenaan kesakitan dan sukar untuk melahirkan anak.

Saya bersama Mohd Shahir dan Aizuddin mengambil masa kira-kira sejam untuk mengeluarkan anak kambing berkenaan yang dipercayai tersekat kerana saiz badannya yang besar.

Selepas berjaya dikeluarkan, saya terkejut melihat wajah dan saiznya tidak seperti kambing lain, manakala kakinya menyerupai kaki khinzir. Sejam selepas itu, seekor lagi anak kambing yang normal dilahirkan tetapi kedua-duanya mati tidak lama kemudian, katanya.
Mohd Nasir berkata, kejadian itu kali pertama berlaku sejak beliau mula menjalankan ternakan kambing dan lembu di belakang rumahnya.

Ini kejadian pelik dan saya bersyukur diberi peluang melihat keadaan yang membuktikan kebesaran Allah ini, katanya.


P/S - Subhanallah..Terkejut tengok berita malam tadi..



.

Kontraktor mati ditetak


KUANTAN - Hasrat seorang lelaki untuk memanggil rakannya bekerja berkecai apabila mendapati kenalannya itu mati selepas ditetak di tengkuk dengan parang di sebuah rumah dua tingkat di Lorong Sekilau 34 di sini semalam.

Kejadian pukul 7.30 pagi itu mengakibatkan seorang kontraktor, Chan Kin Wai, 45, mati dalam keadaan terbaring di ruang tamu. Ketika kejadian, isteri dan anaknya tiada di rumah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Pemangku Senior Asisten Komisioner T. Narenasagaran berkata, rakan mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an sebelum itu telah pergi ke rumah mangsa dan mendapati terdapat dua gadis bersamanya.

Katanya, tidak lama kemudian, dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal Yamaha RXZ terus masuk ke rumah mangsa lalu mengacukan parang ke arah kontraktor tersebut.

"Suspek kemudian menghalau ketiga-tiga mereka keluar lalu mengunci pintu. Selepas 10 minit, rakan mangsa datang semula ke rumah selepas mendapati dia tidak datang bekerja tetapi hairan apabila melihat rumah itu berkunci.

"Selepas panggilannya tidak disahut, lelaki itu yang curiga telah memecahkan pintu rumah dan terkejut apabila mendapati mangsa terbaring di ruang tamu dalam keadaan berlumuran darah," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian semalam.




.

Slip periksa lunyai bawah lori


KOTA BHARU: Seorang pelajar tingkatan tiga tidak sempat menunjukkan kepada ayahnya keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang baru diambilnya di sekolah apabila dia mati dalam keadaan mengerikan, selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Simpang Tiga Kok Lanas, Selising, Pasir Puteh, semalam.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, Siti Aisyah Zakaria, 15, yang membonceng motosikal ditunggang ibunya, Aziza Musa, 42, dirempuh lori pasir ketika dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Banggol Chica, Kok Lanas, menyebabkan dua beranak itu terbunuh.

Akibat kejadian itu, Siti Aisyah terjatuh daripada motosikal sebelum dihempap kepala kanan lori berkenaan manakala ibunya tercampak atas jalan. Kedua-dua mereka mati di tempat kejadian.

Ayah Siti Aisyah, Zakaria Mohamad, 43, berkata, beberapa hari lalu dia memaklumkan kepada keluarganya untuk bercuti di Perdana Resort sambil mandi kolam pada Sabtu ini dan sudah pun membuat tempahan.

“Kami merancang bercuti di situ, tetapi kini semuanya tinggal kenangan apabila isteri dan anak yang menjadi harapan saya sudah pergi meninggalkan saya.


“Apa pun, saya reda dengan apa yang berlaku kerana sudah begini ketentuan takdir,” katanya ketika ditemui di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, dekat sini, semalam.

Menurutnya, kejadian itu memang mengejutkan kerana isterinya tidak menunjukkan sebarang perubahan, manakala Siti Aisyah, anak kedua daripada enam beradik nampak rajin dan ceria.


Kata Zakaria, kejadian malang menimpa isteri dan anaknya itu diketahuinya selepas dihubungi peniaga di kawasan berkenaan selepas melihat kemalangan itu.

“Saya yang ketika itu berada di Kem Desa Pahlawan Kok Lanas kerana berurusan menghantar baju sukan bergegas menunggang motosikal yang jaraknya dua kilometer dari lokasi kejadian.

“Ketika itu, saya lihat kepala Siti Aisyah berada dekat dengan tayar belakang lori berkenaan, manakala isteri terlentang di tepi jalan berkenaan,” katanya.

Zakaria berkata, mayat isteri dan anak dibawa dengan kenderaan polis ke HUSM Kubang Kerian untuk dibedah siasat.

Katanya, sebelum itu, isterinya yang juga pembantu kewangan di Kem Desa Pahlawan pulang menjemput anaknya bagi mengambil keputusan PMR di Sekolah Menengah Maahad Shamsul Maarif Perempuan, dekat Pulai Chondong, Machang.

“Saya hanya mengetahui keputusan PMR Siti Aisyah selepas dimaklumkan pihak sekolah dia memperoleh 4A 1B dan 1C,” katanya yang juga pesara tentera.


Menurutnya, jenazah isteri dan anaknya dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tasik, Rantau Panjang, pada lewat malam atau pagi ini.

Hasil perkongsian hidup bersama arwah isterinya, Zakaria dikurniakan enam anak, masing-masing tiga lelaki dan perempuan berusia antara tujuh hingga 16 tahun.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, kejadian berlaku apabila lori yang dipandu lelaki berusia 40-an hilang kawalan dan akibatnya kenderaan berat itu terbalik.

“Siti Aisyah cedera teruk di kepala dan anggota badan manakala Aziza cedera parah di kepala.

“Dalam kemalangan sama, Proton Persona dan dua Proton Wira remuk di bahagian depan serta belakang, tetapi pemandunya tidak mengalami kecederaan dan kejadian disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.



P/S - - Huhu sedihnya...Al-Fatihah..




.

Akhirnya...........

Salam....Selamat malam......
Eh ada orang belum tidur...
Masih BW eh..
Memalam begini, apatah lagi baru lepas hujan lebat..
Huh sedap tidur..
Dah tidur petang, malam masih mengantuk..
Haih...pemalas betul..ekeke...


Wah beberapa hari ni, bulan mengambang jer kat langit tu..
Cantik...Terang...
Betul ke kata orang, kalau terang bulan,
ikan tak nak timbul..
Itulah ikan mahal kat pasar..

Tapi yang betulnya,
ikan mahal sekarang..
Murah lagi kalau nak makan ayam..
Eheh cerita makan, lapar lak memalam mcm ni...


Terkejut lulu dengan berita Benitez kena sack..
Kesian dia...
Baru jer masuk Inter dah keluar balik..
Pasni tak payah jadi manager,
balik kg jaga cucu...
eh dia dah ada cucu ker?
Tak tahu...


Sorry eh, memalam mcm ni saja nak tulis suka suki...
Entah apa-apa lah eh...
Apa pendapat korang dgn Lulu-Pages sekarang eh?
Ada tak yang kurang?
Atau terlebih?
Bagilah cadangan/tindak balas...
So, boleh naik taraf lagi...



P/S - Akhirnya, masa untuk diulit mimpi...*zzz




.

LadyEll buat Giveaway,JOM JOIN!!


Giveaway ni menarik...
Teringin nak join walaupun dah dekat tarikh tutup..
Mana tau Lulu bertuah, boleh menang....
Nak join?
Sila klik pada banner kat atas untuk lebih lanjut....
Wheee....


Lulu Tag :


Tarikh tutup :
30 Disember 2010..




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!