Bahan-Bahan:
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar atau susu cair
3 sudu teh baking powder = diayak sekali
3 biji telur sejuk dari peti ais
1 sudu kecil ovelette
1 sudu esen vanilla
Filling/perasa adalah mengikut citarasa
Pewarna adalah terpulang
Langkah-langkahnya:
1. Pukul telur putih sehingga kembang elok.
2. Kemudian masukkan ovelette, kuning telur dan esen vanilla, pukul sampai kembang lagi.
3. Masukkan gula, pukul sampai kembang lagi.
4. Masukkan tepung dan baking powder diselang seli dengan susu kemudian gaulkan.
5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.
6. Masukkan setiap warna dlm piping bag atau plastik bersih.
7. Picit adunan ke dalam mangkuk kertas.
8. Letakkan filling yang digemari, untuk lebih mudah masukan ke dalam plastik kemudian picit.
9. Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh dan kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan.
10. Kukus 10-15 minit sehingga masak.
P/S - Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam ni jadi merekah atau mekar. Gunakan api yang sederhana sahaja.
Digalakkan untuk balut tudung periuk anda dengan kain bersih untuk mengelakkan air wap kukusan menitis jatuh ke atas apam dan menyebabkan apam tidak cantik.
Polkadot sungguh macam template Lulu-Pages ;)
.
15 Penyokong CHELSEA:
wahh..lulu buat apam eh..tak penah lagi buat apam ni..comel kan..
pandainya Cik Lulu buat apam polkadot..macam ni bolehlah akak tempah.
lpas ni ley r tempah kt sis ek..hee
comel je apam2 ni!!!
sedapnya tgk apam ni..nanti nk cba la.. tp tkt plak tak jadi..huhu
alahai ..comel nya ...
I LIKEEEEEEEEEEEEE... lum sempat nak try
waa lulu buat apam la..
pos kat sini meh hii
terbaek!!!..
suke tengok apam tu..
nk buat xberani cube..^_^
nampak macam best je pose2 nih..huhu..
Download Drama Korea - Dream High
cam best je ..leh try nnt.
Nostalgia IPT
nak sikit...malas nak buat sniri...
nak sikit apam polka dot tu, terornya lulu buat =)
wah, pertama kali saya nampak apam macam tu .. cantik rupanya..
saya nak beli sepoloh bijik... ehehe
hye lulu heheh..sudi2 ler jenguk entry baru aku yer,,heheh thanks 4 da resepi...
http://kenaliakudiadankehidupanku.blogspot.com/2011/08/apam-polkadot-versi-saya.html
dh lame nk cube buat apam ni..tp blm tiba ms lg...hehhe..nice blog..done follow u
Post a Comment