Thursday, August 18, 2011

"Saya minat calon suami lelaki muda"

Pelakon jelita, Rozita Che Wan, 37, mengakui dia lebih cenderung untuk memilih lelaki bujang yang muda sebagai calon suami.
Beliau berpendapat, lelaki muda tidak bersikap dominan seperti lelaki yang berusia yang lebih suka mengawal dan mahu wanita menurut segala kata mereka.

"Lelaki muda tidak suka mengarah kita sedangkan yang berusia, mereka lebih suka mengarah. Itulah yang membuatkan saya tidak terpikat lelaki berusia.
"Tetapi itu tidak bermakna saya tidak boleh terima atau ikut arahan. Dalam hal-hal tertentu, saya seorang yang mengikut kata.

"Sejak sembilan tahun menjadi ibu tunggal, saya membuat keputusan sendiri dan tidak perlu kehadiran lelaki yang bersikap dominasi dalam segala hal," katanya.
Rozita berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataannya semalam yang disiarkan dalam berita pukul 6 petang di stesen radio Sinar FM tentang kecenderungannya memilih lelaki bujang muda berbanding lelaki berusia.

Beliau yang baru sahaja menamatkan penggambaran drama rantaian 13 episod berjudul Biarlah Rahsia tanpa berselindung berkata, satu lagi faktor yang memikat hatinya terhadap lelaki muda ialah sikap mereka yang matang.
"Dalam hubungan, saya pentingkan kematangan seseorang lelaki itu. Apa salahnya jika usianya lebih muda tetapi dia matang dalam tindak tanduknya, bukan kebudak-budakan.

"Lelaki muda yang dekat di hati saya, dia ada keberanian. Tidak seperti lelaki yang berusia. Walaupun mereka ini meminati saya tetapi hanya berani cakap. Takut untuk mengorak langkah," kata ibu kepada Ammar Effendy, 15, dan Aniq Ezzra, 13, itu.

Berbicara lanjut tentang hubungannya dengan juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) Ahmad Shahir Zawani atau Shahir, 23, yang juga bekas anggota kumpulan nasyid Saujana, Rozita berkata, dia amat selesa dengan hubungan itu.

"Setahun tiga bulan sudah usia hubungan saya dengan Shahir dan tahap hubungan kami kini berada dalam keadaan yang lebih selesa.
"Kami lebih saling faham memahami antara satu sama lain dan sudah semestinya, hubungan yang baik ini dibawa ke satu tahap lagi.

"Soal jodoh saya serahkan kepada Tuhan kerana yakin takdir menghalalkan benda yang baik, itulah yang saya inginkan daripada hubungan kami berdua," katanya.
Mengenai khabar angin kononnya Shahir, pelantun lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan akan bersara dari dunia seni untuk menumpukan perhatian dalam bidang agama, beliau berkata, ia adalah satu berita yang menggembirakannya.

"Tetapi setakat ini, dia tidak pula menyatakan mahu bersara dan sebagai orang yang rapat dengannya, saya faham situasi yang dilaluinya," katanya yang akan bercuti daripada menerima tawaran berlakon kerana mahu membuat persiapan balik kampung pada 27 Ogos ini.



.

5 Penyokong CHELSEA:

hazirah kasimon on August 18, 2011 at 2:17 PM said...

hoho.. xpe ..jnji bahagie ..amin

Hanis Azla on August 18, 2011 at 3:17 PM said...

harap2 ada jodoh mereka..

HUD AIKARA on August 18, 2011 at 4:56 PM said...

saya tak dpt bygkan bagaimana jatuh hati dengan lelaki tua baya ayah sendiri kalau tidak kerana benda lain?
Sbb tu saya rasa adil bila lelaki tua gayut yang berduit saja dapat gadis muda sbb sebagai manusia anda boleh tahan ke mengadap muka tua hari2 ? gadis muda yg kahwin dengan mereka pastilah mengharap sesuatu yang lain misalnya jaminan hidup yg selesa. Jadi si tua dapat gadis bergetah dan si gadis dapat saraan yg lumayan. situasi yang menang-menang.Jadi wanita yang tak pandang meterial takkan pandang lelaki setua ayah sendiri, percayalah!

abah khalisha on August 18, 2011 at 8:02 PM said...

abah suka rozita che wan..hehehe...
Nostalgia Lagu Raya dan Anda

Ce'gu JAERA on August 18, 2011 at 10:47 PM said...

yelah, mentang2 la adik dia kawin ngan pemain bola sepak yang muda ensem... dia pun nak juga.. ehehehe

apa pun, semoga bekekalan higga ke jinjang pelamin buat shahrir dan rozita..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!