Thursday, August 11, 2011

Dua lagi cedera..


Kecederaan akibat bermain mercun di negeri ini seolah-olah tiada penghujungnya apabila dua lagi kanak-kanak menjadi mangsa dalam kejadian Sabtu lalu dan semalam.
Kedua-duanya kini sedang menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).
Dalam kes semalam, seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dari Kampung Telaga Emas, Rantau Panjang hampir putus jari tengah kirinya selepas mercun bola yang dipasang meletup.
Bagaimanapun jari kanak-kanak berkenaan berjaya disambung semula selepas menjalani pembedahan di HRPZ II.

Ibu mangsa, Wati Ismail, 31, berkata kejadian berlaku pukul 1.30 petang ketika anaknya, Syahir Saifullah Jefri bermain bunga api bersama abangnya, Anuar, 6, di depan pintu rumah.
"Mengikut cerita Anuar, adiknya itu masuk ke dalam rumah untuk mencari sesuatu lalu terjumpa sebiji mercun bola milik abang sulung mereka, Shahmi Faiq, 10, dalam laci meja sebuah bilik.

"Syahir Saifullah menyalakan sumbu mercun itu dan meletup tanpa sempat dia membuangnya," katanya ketika ditemui di Wad Anggerik HRPZ II dekat sini, hari ini.
Tambahnya, ketika kejadian dia menjahit baju raya anak-anaknya dan terkejut apabila tiba-tiba mendengar letupan dari arah pintu rumah dan melihat tangan kiri anak bongsunya berlumuran darah.

Dalam satu lagi kejadian, Ahmad Zakiyuddin Mohd. Nasaruddin, 2, cedera selepas mercun bola yang dipasang meletup menyebabkan tapak tangan dan tiga jari kanannya cedera di Kampung Kok Lanas dekat sini pukul 8.30 malam, Sabtu lalu.
Menurut ibunya, Mariam Ismail, 26, kejadian berlaku ketika dia sedang mencuci pinggan di dapur.
"Masa saya tengah cuci pinggan saya terkejut apabila mendengar bunyi letupan dan terus berlari keluar.

"Sebaik sahaja keluar saya dapati tangan anak saya berlumuran darah, mujurlah adiknya berusia lima bulan yang ketika itu sedang tidur tidak mengalami kecederaan," katanya.
Dalam pada itu, Pegawai Perhubungan Awam HRPZ II, Zaid Ahmad memberitahu, sehingga hari ini, pihaknya menerima enam kes kecederaan akibat letupan mercun.
"Enam kes terbabit melibatkan tiga kanak-kanak dan selebihnya remaja berusia antara 13 dan 19 tahun," katanya.



.

3 Penyokong CHELSEA:

eddy syrol on August 11, 2011 at 11:57 AM said...

apsal ibu bapa tak buat pemantauan pd anak2 ka? kompius...

INI BLOG EDDY SYROL

Mehmet Wie on August 11, 2011 at 12:27 PM said...

budak2 ni memang tak serik2.. dah kena macam ni sape yg susah..

ieda =.= on August 11, 2011 at 1:01 PM said...

aduhhh..xtahu knapa jd mcm ni? tkot ^_^

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!