Keriangan 10 warga Indonesia pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri, berakhir tragedi apabila sembilan daripadanya maut selepas kenderaan dinaiki bertembung sebuah lori di Jelukong, Engkilili dekat sini, awal pagi semalam.
Dalam nahas jam 3.30 pagi itu, sembilan mangsa ditemui dalam keadaan bertindih dan terhimpit dalam Toyata Rush dinaiki mereka, manakala satu lagi mayat tercampak ke luar.
Semua mangsa berasal dari Dusun, Tanjung Buluh, Kalimantan Barat dikenali sebagai Juhran, 40; Asmadi, 51; Yusran Said, 29; Maulidi Munziri, 22; Muslimin Jabir, 25; Ilham Tamrin, 27; Ilham Muzani, 26; Jafri Anwar, 26; Junaidi Tamrin, 38; dan yang cedera parah dikenali sebagai Parudin Tamrin, 40.
Ketua Polis Daerah Lubok Antu, Deputi Superintendan James Johnathan, berkata nahas dipercayai berpunca daripada kenderaan dinaiki mangsa dari arah Bintulu terbabas sebelum merempuh lori membawa ayam beku dari Kuching.
“Kenderaan itu lebih muatan dan siasatan awal mendapati ia hilang kawalan ketika tiba di Engkilili menyebabkan pemandunya gagal mengelak lori yang dipandu dua warga tempatan. Pasukan penyelamat mengambil masa tiga jam bagi mengeluarkan mayat semua mangsa,” katanya di sini, semalam.
Pemandu lori, Then Kee Nyong, 45, cedera di kening, manakala kelindannya, Kho Jik Hua, 64, patah kaki, dihantar Hospital Umum Sarawak (HUS) bersama Parudin.
James berkata, semua mangsa menjalankan perniagaan di Bintulu dan dipercayai dalam perjalanan pulang ke Kalimantan Barat bagi menyambut Aidilfitri.
“Kita sudah memaklumkan kepada Pejabat Konsulat Indonesia di Kuching mengenai tragedi ini dengan ahli keluarga diminta datang ke sini bagi proses pengecaman mayat,” katanya.
Semua jenazah ditempatkan sementara di Hospital Betong, Hospital Sri Aman dan HUS bagi proses pengesahan dan bedah siasat sebelum diserahkan kepada pihak Konsulat Indonesia.
Pegawai Konsulat Indonesia di Kuching, Joko Suprato, menyifatkan kejadian yang menimpa warganya ketika negara menyambut Hari Kemerdekaannya, adalah sesuatu yang menyedihkan.
Sementara itu, seorang mangsa, Ilham sempat berbuka puasa bersama abangnya dan teruja untuk pulang menyambut Aidilfitri.
“Saya tidak tahu apa yang hendak dijelaskan kepada ibu bapa di kampung,” katanya.
Dalam pada itu, hasrat keluarga mangsa yang mahu menuntut mayat kira-kira jam 2 petang tidak kesampaian kerana kes masih dalam siasatan.
P/S - Sedih tengok dalam berita malam tadi, bila ahli keluarga menangis hiba kerana kehilangan keluarga tersayang.. lulu pernah mengalami keadaan serupa ketika kehilangan koko..
.
6 Penyokong CHELSEA:
Toyota Rush naik sepuluh orang... Cam na tu...
JAGI BERHATI2 LAH SELALU
sudah takdir macam tu...kena redha...kesian juga...
ya allah,hu3 semoga roh mereka dicucuri rahmat
takdir.. semoga ada hikmah pada setiap apa yang berlaku...
Anjing , kucing, hamster , ikan, burung beo - siapa yang Anda pilih? Atau dialek mayhap apa yang tidak asli hewan - ular, buaya, kadal, monyet ?
Post a Comment