Friday, January 7, 2011

Baby Bloom is on the way!

Orlando Bloom's model wife Miranda Kerr is understood to have  gone into labour in Los Angeles.

A family member told Australia's Daily Telegraph newspaper that the 27-year-old Victoria's Secret model has gone into labour just days after she had a false alarm.
A relative said: 'We did get a text on Boxing Day saying she had gone into labour but it was a false alarm but I can confirm she did go into labour early this morning.

Baby on the way: Miranda Kerr, pictured here with husband Orlando Bloom, is understood to have gone into labour
Baby on the way: Miranda Kerr, pictured here with husband Orlando Bloom, is understood to have gone into labour

'I have been trying to get in touch with [Kerr's parents] but everyone's phones are going to message bank.'
It has been rumoured the couple are expecting a little boy after Kerr was spotted looking at baby clothes in LA.
 
The pair confirmed in August that they were expecting a baby together just weeks after they married in July.
It has been a difficult week for Miranda's family - the home of her Australian grandparents was been destroyed by fire after being struck by lightning earlier this week.
She spent much of her childhood visiting the property in Gunnedah, New South Wales, 270 miles north-west of Sydney.
Peter and his wife Anne called the fire brigade before fleeing the property. They then watched as their home became engulfed by flames.


.

Disuruh Buka Tudung



Pelakon Catriona Ross mengakui kecewa dengan sikap segelintir pengarah yang mendiskriminasikan pelakon-pelakon bertudung dengan watak yang diberikan terlalu stereotaip.

Katanya, sejak tampil dengan penampilan baru dia hanya mendapat tawaran watak-watak yang kecil dan sampingan sahaja biarpun pada asalnya pihak produksi menawarkannya watak utama.
"Saya kecewa sebab pada asalnya mereka tawarkan watak yang berat dan mencabar tapi bila saya terangkan bahawa saya sudah bertudung, mereka akan tukar watak tersebut kepada watak lain yang kurang mencabar.

"Ada juga yang terus tidak hubungi saya apabila mengetahui saya sudah bertudung," katanya mengakui sukar meyakinkan pihak produksi dengan keupayaannya membawakan watak mencabar.
Dalam pada itu, menurut Catriona, terdapat juga pihak produksi yang meminta dia untuk membuka tudung bagi melakonkan sesebuah watak.

"Bila saya cakap saya bertudung, mereka akan bertanya sama ada saya boleh buka atau tidak untuk watak tersebut. Saya kecewa sebab mereka ambil remeh tentang perkara ini.
"Mereka ingat saya pakai secara suka-suka dan samakan saya dengan pelakon lain yang boleh buka tudung. Pendirian saya tetap untuk tidak membuka tudung," katanya.

Selain itu, Catriona yang menganggap kemunculan pertama dalam drama terbaru Sakti Delima akan membuka mata produksi lain tentang penampilan seseorang tidak membataskan bakat yang ada.
"Selepas bersalin banyak juga tawaran yang saya tolak sebab bagi saya tidak bersesuaian dan tawaran yang datang oleh JS Pictures Sdn Bhd tepat pada masanya,

"Dalam drama ini saya melakonkan watak antagonis iaitu seorang ahli sihir yang menjadi penghalang kepada Siti Melur mendapatkan rantai Sakti Delima " ujarnya.

Menurut Catriona, kali pertama menerima tawaran tersebut, dia begitu teruja dan menganggap ia sebagai peluang baik untuknya kembali berlakon.

"Ketika mendapat tawaran memainkan watak ini, saya terus terima tanpa berfikir lama. Bagi saya ini peluang terbaik untuk kembali ke depan televisyen dengan memberi watak yang boleh diingati," katanya.

Drama Sakti Delima merupakan drama adaptasi daripada filem Pancha Delima yang mengisahkan tentang kesaktian seutas rantai sakti yang menjadi rebutan ramai. Drama di slot Legenda 20 episod ini telah mula ditayangkan pada 3 Januari lalu, setiap Isnin hingga Khamis.

Antara pelakon lain yang menjayakan ialah Bienda, Iqram Dinzly, Sheila Rusly, Safura, Ungku Ismail, Aida Khalida dan Liza Hanim.
.

Selepas 23 hari: Mangsa tikam 19 kali meninggal dunia





Selepas 23 hari bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, akhirnya mangsa tikam 19 kali dan disimbah asid, Nur Ain Ashikin Jemedi, 18, disahkan meninggal dunia pukul 8.34 pagi tadi.


Jenazah Nur Ashikin akan dibawa pulang untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Redan, Kota Tinggi hari ini.

Dalam kejadian 9.15 pagi 16 Disember lalu, mangsa yang berasal dari Kampung Baru Sungai Redan, Kota Tinggi ditikam bertubi-tubi di beberapa bahagian tubuh termasuk kiri dan kanan punggung, belakang badan, kedua-dua belah tangan dan kaki selain melecur 75 peratus akibat disimbah dengan asid oleh seorang lelaki berusia 42 tahun kerana dikatakan tidak dapat menerima hakikat cintanya ditolak oleh mangsa selain perasaan cemburu.

Nur Ain yang mengandung lima bulan turut kehilangan anak dalam kandungannya kesan daripada tikaman tersebut.

Suspek, Habin Sulaiman, yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Tinggi Isnin lalu kemudian dijatuhi hukuman penjara 17 tahun dan lima sebatan selepas mengaku bersalah atas dua tuduhan cubaan membunuh dan menyebabkan kecederaan terhadap Nur Ain.



.

Lelong Porsche


Di sebalik gosip mengaitkan David Beckham dengan kemunculan semulanya di Liga Perdana Inggeris tidak lama lagi, bekas kapten pasukan England itu dilaporkan menjual kereta Porsche kesayangannya melalui eBay, semalam.
Sejak dua tahun lalu, Beckham, 35, menggunakan Porsche 911 itu di sekitar Beverly Hills.


Ketika ini dia bermain untuk pasukan LA Galaxy di liga bola sepak utama di Amerika Syarikat.
Menurut sumber, ketika perpindahannya itu masih tergantung, Beckham memutuskan untuk menjual kereta yang dibeli pada harga RM 475,550 itu.


Selepas dimiliki pada 2008, Beckham menghabiskan lebih RM230,000 untuk mengubah suai kenderaan itu mengikut cita rasanya.

Dalam tempoh kurang dari sehari, bidaan untuk Porsche 911 itu mencecah RM333,000.


Peminat diberi masa sehingga 10 pagi 12 Januari untuk membida kereta berkenan.

Selain dilengkapi pelbagai kemasan mewah, kereta itu turut dihiasi nombor 23 - sempena jersi dipakai Beckham dalam pasukannya kini.





.

Bakal jadi jutawan kerana suara



Seorang pengemis yang tidak berumah di sini, Ted Williams dihujani tawaran lumayan yang membolehkan dia bakal menjadi jutawan selepas permintaannya untuk diberi kerja dengan menggunakan suaranya disiarkan di Twitter dan laman YouTube, lapor sebuah akhbar semalam.

Nasibnya itu berubah selepas seorang jurugambar akhbar Columbus Dispatch merakamkan video yang menunjukkan pengemis tersebut memegang cebisan kertas kotak yang mengandungi tulisan:

"Saya mempunyai suara dianugerahkan Tuhan. Saya seorang bekas penyampai radio yang jatuh ke dalam masa sukar. Tolonglah! sebarang bantuan akan amat dihargai. Terima kasih dan semoga anda dirahmati Tuhan."
Pengemis itu turut bercakap dengan gaya seorang penyampai radio yang mempunyai suara unik semasa gelagatnya dirakamkan oleh jurugambar tersebut dari dalam keretanya di Houston Street, Columbus.
Klip video selama 90 saat itu yang dihantarnya ke laman Twitter kemudian menjadi popular dan pengemis itu kemudian menerima tawaran daripada beberapa stesen penyiaran termasuk stesen rangkaian muzik MTV, stesen Liga Bola Sepak Nasional (NFL) dan Rangkaian Hiburan dan Sukan (ESPN).

Seorang pengarah filem untuk NFL, Keviv McLoughlin berkata, bosnya mengarahkan pengemis itu diambil bekerja jika dia tidak mahu dipecat.
Dia juga mendapat tawaran berjumlah AS$10,000 (RM30,725) untuk menyumbang suara untuk sebuah persatuan perniagaan, Liga Kesatuan Kredit Ohio.

Sementara itu, seorang ejen pencari bakat di bidang penyiaran di Los Angeles, Shane Cormier berkata, Williams memiliki bakat yang amat unik.

"Kami boleh menjadikan Williams seorang jutawan," katanya.
Williams pernah bekerja sebagai seorang penyampai radio sebelum dia hilang pekerjaan kerana masalah ketagihan alkohol dan dadah.

"Namun, kini saya telah sembuh dan tidak mengambil dadah atau alkohol selama dua tahun. Saya berusaha bersungguh-sungguh untuk mengubah kehidupan saya," katanya.







.

Setempat Tarik nafas hilang marah


“Jika seseorang itu berada dalam keadaan marah, mereka perlu beredar daripada tempat kejadian ataupun menarik nafas panjang bagi menghilangkan kemarahan itu,” kata Pakar Perunding Psikiatri Fakulti Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Osman Che Bakar.

Katanya, cara itu penting bagi mengelak berlaku perkara lebih buruk sehingga membabitkan kematian atau kecederaan parah akibat tidak dapat mengawal kemarahan seterusnya bertindak agresif. “Jika beragama Islam, individu boleh beristighfar dan mengambil wuduk untuk meredakan kemarahan,” katanya. Beliau mengulas kejadian menimpa seorang lelaki berusia 35 tahun yang parah selepas ditikam di belakang badan, leher dan pipi oleh tuan rumahnya hanya kerana mangsa gagal melunaskan sewa RM400 di Jalan Ipoh.

Ketika mengulas mengenai betapa mudahnya individu kini mengambil jalan sendiri menghukum orang lain dengan cara kekasaran, beliau berkata, ia berpunca daripada tekanan hidup. “Banyak tekanan berlaku termasuk di segi perhubungan dan karier sehingga mendorong mereka tidak dapat berfikir dengan waras dan bertindak melulu,” katanya.

Oleh itu, katanya, amalan gaya hidup sihat, termasuk senaman dan pengambilan makanan yang betul selain berhubung dengan keluarga amat penting bagi mengatasi tekanan. Selain itu, katanya, perangai individu juga boleh berubah dan menjadi agresif dengan pengambilan dadah. Akhbar semalam melaporkan hanya kerana gagal melunaskan tunggakan sewa rumah selama sebulan, mangsa yang parah itu akibat ditikam pemilik rumah terbabit di rumahnya.

Difahamkan, mangsa yang kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) masih tidak sedarkan diri, namun keadaannya dilaporkan stabil. Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu berlaku pertengkaran antara mangsa dan suspek berusia 41 tahun ketika tuan rumah terbabit datang memungut duit sewa.

Mangsa menyewa rumah milik suspek sejak setahun lalu, namun disebabkan dia kini menganggur, mangsa tidak dapat melunaskan bayaran sewa terkini lebih RM400 menyebabkan suspek berang sebelum berlaku pertengkaran dan pergelutan.



.

Kecoh watak Islam dalam Batman


Batman yang selama ini bertarung memerangi kejahatan kini berhadapan dengan kemarahan penulis blog berhaluan kanan di Amerika Syarikat (AS) yang berang dengan tindakan komik itu 'mencipta' watak seorang Islam sebagai rakan Batman bagi memerangi jenayah di Paris.
"Watak rakan Batman itu ialah Bilal Asselah, seorang pendatang berketurunan Algeria berfahaman Sunnah yang secara fizikalnya sihat dan mahir dalam sukan gimnastik, parkour.

"Nampaknya Batman tidak menemui orang Perancis untuk dilatih menjadi 'Penyelamat Perancis'," kata penulis blog berhaluan kanan, Todd Huston pada laman blognya, Publius Forum.

Dalam edisi DC Comics, Detective Comics Annual dan Batman Annual pada Disember lalu, Batman memutuskan untuk menubuhkan Batman Incorporated dan melatih seorang superhero untuk ditempatkan di bandar raya seluruh dunia bagi memerangi jenayah.

Hero yang dipilihnya di Perancis itu digelar sebagai Nightrunner berusia 22 tahun berasal dari sebuah bandar kecil di Paris, Clichy-sous-Bois di mana pergolakan di bandar itu mencetuskan rusuhan di daerah-daerah yang didiami pendatang di seluruh Perancis pada 2005.

Dalam komik itu, Bilal, yang juga merupakan seorang warga Perancis ditangkap dalam pergolakan itu dan pada satu insiden, dia dan rakannya dipukul oleh polis yang tersilap kerana menyangka mereka sebagai perusuh.

Rakan Bilal kemudiannya bertindak balas dengan membakar sebuah balai polis dan akhirnya dibunuh oleh polis.

Bilal menumpukan perhatian kepada parkour, satu bentuk akrobatik di mana pengamalnya melompat dari bangunan-bangunan dan melepasi dinding-dinding seperti dalam filem James Bond Casino Royale.
Namun di AS, penulis blog berhaluan kanan berang kerana DC Comics mewujudkan watak superhero baru beragama Islam dalam komik mereka itu.



.

Ancelotti tak takut dipecat


Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti tidak takut dipecat meskipun dia dianggap sebagai punca yang menyukarkan peluang skuad The Blues bagi mempertahan gelaran Liga Perdana England musim ini.
Pada aksi di Stadium Molineux awal pagi semalam, skuad kendalian Ancelotti tewas mengejut 0-1 kepada Wolverhampton Wanderers.

Kekalahan itu menyebabkan Ancelotti berdepan kemungkinan dipecat selepas Chelsea hanya memenangi satu daripada sembilan perlawanan terakhir liga, sekali gus menyebabkan mereka ketinggalan sembilan mata di belakang pendahulu, Manchester United.

Kekalahan kepada Wolves yang menghuni kedudukan tercorot liga sebelum perlawanan itu terus memberi tekanan kepada Ancelotti.
Begitupun, Ancelotti menegaskan, dia tidak takut dengan reaksi melampau pemilik Chelsea, Roman Abramovich yang dilapor mahu memecatnya.

"Adakah saya akan terkejut sekiranya saya dipecat? Ya. Sudah tentu ia bukan keputusan saya tetapi saya berharap untuk meneruskan tugas ini," kata Ancelotti.

"Saya suka untuk terus kekal di sini, saya mempunyai hubungan yang baik dengan para pemain dan pengursan kelab. Saya tidak takut dengan jawatan saya. Saya hanya bimbang kerana pasukan tidak mencipta keputusan yang baik.

"Sudah tentu kami tidak cukup hebat buat masa ini tetapi pasukan mempunyai skill, kemampuan dan personaliti untuk bergerak ke depan. Adalah penting untuk kekal kompak dan bekerjasama."
Ketika ini, tidak ada jaminan untuk Chelsea menamatkan saingan dalam kelompok empat terbaik seterusnya melayakkan mereka beraksi secara automatik dalam saingan Liga Juara-Juara musim depan.

"Ia satu lagi kekalahan tetapi saya fikir kami perlu terus bermain. Kami perlu bekerja keras, kekal fokus dan kami perlu bersaing untuk gelaran itu.

"Terdapat jurang yang besar tetapi kini perkara yang paling penting adalah kembali memenangi perlawanan dan bertarung pada setiap perlawanan.

"Buat masa ini, kami belum kehilangan apa-apa. Sudah tentu sukar untuk kembali bersaing dalam Liga Perdana England tetapi kami masih mempunyai Piala FA dan Liga Juara-Juara. Apa yang lebih penting, kami perlu bergerak ke depan," katanya.



P/S - Tak takut yer CA? Mencabar ni..



.

Tak sempat bahagi hasil rompakan


Hasrat sekumpulan empat penjenayah membahagikan hasil kegiatan pecah rumah tidak kesampaian apabila seorang daripada mereka cedera ditembak, dua ditahan dan seorang lagi melarikan diri selepas disergah sepasukan anggota polis di Jalan Tiku di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, penjenayah terbabit dikatakan baru saja memecah masuk sebuah rumah di Batu 6, Jalan Apas di sini, dan melarikan barangan seperti peti sejuk, televisyen dan pakaian menggunakan sebuah Proton Iswara Aeroback.

Polis yang bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan awam tidak mengambil masa lama untuk mengesan kenderaan dinaiki penjenayah yang sarat dengan barangan hasil rompakan itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, Senior Asisten Komisioner Omar Mammah berkata, sepasukan anggota polis berpakaian preman yang dihantar ke lokasi kejadian terserempak dengan sebuah kereta dipandu dalam keadaan mencurigakan dan polis bertindak mengejarnya.

Katanya, sebaik memperkenalkan diri, anggota polis berkenaan memberi arahan supaya pemandu memberhentikan keretanya, namun lelaki berkenaan enggan dan terus memecut sehingga polis terpaksa melepaskan tembakan amaran dan mengejar mereka.

Omar berkata, sebaik tiba di Jalan Tiku, kereta yang dinaiki suspek tiba-tiba membuat pusingan dan cuba merempuh kenderaan yang dinaiki anggota polis terbabit.

“Bagaimanapun, kereta yang dinaiki penjenayah terbabit berjaya dipintas dan sebaik berhenti, mereka keluar dari kenderaan dan menyerang polis dengan menggunakan pedang samurai dan pisau rambo.

“Tindakan agresif penjenayah terbabit menyebabkan polis terpaksa melepaskan tembakan mempertahankan diri dan mengenai paha kanan seorang suspek. Dua lagi rakannya berjaya diberkas manakala seorang lagi melarikan diri,” katanya ketika dihubungi, semalam.



.

Pemandu cedera treler rempuh bangunan lama


Seorang lelaki cedera selepas treler dipandunya merempuh bangunan lama menempatkan deretan kedai dan ditimpa konkrit simen bangunan itu dalam kejadian di Jalan Kuala Kangsar-Ipoh, pekan Chemor, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 8.15 pagi itu, pemandu treler, Mat Lazim Osman, 51, dari Kampung Tunku Husin, Manjoi, cedera di kepala dan beberapa anggota badan dan dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.

Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Daerah Ipoh, Deputi Superintendan Mohd Rodzi Rejab, berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila treler bermuatan batu bata yang dipandu dari Kanthan ke Ipoh hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan.

Katanya, sebuah kereta jenis Proton Gen-2 yang diletakkan di tepi kedai berkenaan turut rosak akibat dihempap runtuhan kedai bagaimanapun tiada pemandu dalam kenderaan.

Beliau berkata, antara kedai yang terbabit ialah kedai menjual alat memancing, kedai gunting rambut dan sebuah kedai kosong, bagaimanapun pemilik kedai tidak berada di premis berkenaan.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.





.

Kena belasah curi kabel


2 pemuda panjat tiang dikepung

KOTA BHARU: Dua pemuda berusia 20-an menerima padah apabila dibelasah penduduk ketika mencuri kabel telefon di Kampung Mantera, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, kedua-dua mangsa yang cedera di muka, siku dan kaki terpaksa menerima rawatan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Seorang lagi rakan suspek dapat meloloskan diri sebaik menyedari perbuatan mereka dihidu penduduk.

Penduduk, Shafei Ismail, berkata perbuatan tiga lelaki terbabit disedari seorang warga tua yang melalui kawasan berkenaan.

Katanya, ketika itu, dua pemuda dilihat sedang memanjat tiang telefon, manakala seorang lagi rakannya menunggu di dalam kereta sambil mengawasi kawasan sekitar.

“Sebaik melihat gelagat mencurigakan itu, penduduk yang memandu kereta menghubungi penduduk kampung untuk meninjau kegiatan tiga pemuda berkenaan.

“Selepas berpuas hati dan yakin ketiga-tiga mereka terbabit mencuri kabel, penduduk kemudian mengepung dan menahan dua daripada pencuri terbabit, manakala seorang lagi melarikan diri menggunakan kenderaan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Lai Yong Heng, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

“Buat masa sekarang kedua-dua suspek yang ditahan menerima rawatan di HUSM kerana mengalami kecederaan dan lebam,” katanya



.

Janda dihumban dari tingkat 10

AMPANG: Seorang janda maut disyaki dihumban dari tingkat 10 Kondominium Bukit Pandan, Pandan Perdana, di sini, selepas bertengkar dengan kekasihnya, awal pagi semalam.

Wanita berusia 28 tahun itu mati di tempat kejadian akibat parah pada seluruh badan. Mayatnya ditemui dalam keadaan terbaring di tempat letak kereta kondominium berkenaan, jam 3.10 pagi.

Mayat mangsa ditemui seorang pengawal keselamatan sebelum melaporkan kepada polis.

Berdasarkan siasatan awal, mangsa bekerja sebagai kerani dan tinggal di Setapak Jaya, Sentul.

Difahamkan, mangsa, Lai Puai Sern, 28, yang bercerai tiga tahun lalu mempunyai dua anak perempuan berusia enam dan lapan tahun. Bagaimanapun, kedua-dua anak mangsa kini dijaga bekas suami.

Seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata, Lai menjalin hubungan cinta dengan seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun selepas bercerai.

Dia yang ditemui di luar perkarangan Bilik Mayat Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (PPHUKM) berkata, mangsa pergi ke kondominium berkenaan untuk bertemu kekasihnya itu, awal pagi semalam.

“Mangsa yang ditemani seorang rakan naik ke tingkat atas kondominium itu bersendirian, manakala rakannya hanya menunggu di dalam kereta. Bagaimanapun, tidak lama kemudian mangsa ditemui jatuh berlumuran darah,” katanya.

Menurutnya, mangsa sebelum ini pernah mengadu menghadapi masalah dengan kekasihnya berikutan hubungan cinta itu dihalang keluarga teman lelakinya.

“Malah, mangsa sebelum ini turut memadamkan semua SMS dihantar kekasihnya berikutan kecewa dengan apa yang berlaku. Bagaimanapun, kami terkejut kerana mangsa ditemui mati dalam keadaan tragis,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin yang dihubungi mengesahkan penemuan mayat wanita itu yang ditemui terjatuh dari kondominium berkenaan.

Menurutnya, polis tidak menolak andaian mangsa dicampak dari kondominium itu berpunca daripada pertengkaran dengan individu yang dikenali.

“Berdasarkan siasatan, ada penduduk mendakwa mendengar bunyi pertengkaran dari tingkat atas kondominium berkenaan. Polis sudah mengenal pasti identiti lelaki yang mempunyai hubungan dengan mangsa dan tindakan lanjut akan diambil,” katanya.

Ditanya sama ada kematian mangsa berunsurkan kes pembunuhan, beliau bagaimanapun enggan mendedahkan perkara itu sehingga siasatan lengkap dilakukan.



.

Hapus Dendam Selepas Kematian Faizal


Penyanyi Siti Nordiana atau Nana, 27, yang sebelum ini begitu kecewa dengan keruntuhan rumah tangganya dengan pelakon Faizal Yusop,33, mengakui tidak lagi menyimpan dendam terhadap isteri bekas suaminya, Rosmunira Rashid, 27.

Siti Nordiana mengaku sebelum ini hatinya pernah terluka kerana perpisahan itu sehingga menganggap Rosmunira sebagai penyebab keruntuhan rumah tangganya.
Bagaimanapun, selepas kematian Faizal pada 1 Januari lalu, perasaan tersebut hilang, sebaliknya berubah menjadi simpati.

“Sebelum ini saya beranggapan buruk kepada dia (Rosmunira) dan tidak pernah terfikir untuk berbaik. Namun ketika kali pertama berjumpanya di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) pada hari kematian Faizal, perasaan tersebut bertukar menjadi simpati.

“Segala yang saya fikirkan tentang dia selama ini lain sama sekali. Saya menganggap penderitaan dia yang kehilangan suami ketika sedang mengandung lebih perit daripada saya yang diceraikan ketika anak sedang membesar,” ujarnya.

Pelakon Mohd Faizal Yusop meninggal dunia di Pusat Rawatan Islam pada 1 Januari lalu kira-kira pukul 1.45 petang akibat serangan jantung.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Rosmunira yang sedang mengandung 5 bulan dan seorang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu dengan Siti Nordiana iaitu Muhammad Rayyan Nakhaie, yang kini berusia 2 tahun 9 bulan.

Siti Nordiana berkata, hubungan dia dan balu Allahyarham menjadi lebih akrab selepas peristiwa sedih itu dan menganggap kejadian tersebut memberi satu hikmah buat mereka.
“Bila saya fikir sudah setahun saya bercerai dan mengapa perlu menyimpan perasaan marah terhadap orang lain.

"Anak dalam kandungan Rosmunira juga adik kandung kepada Rayyan. Dia juga melayan saya dengan baik walaupun kami tidak pernah berjumpa sebelum ini.

“Sekarang ini kami sering berhubung melalui telefon dan SMS untuk mengetahui keadaan masing-masing. Dia juga meminta kebenaran saya untuk menjaga Rayyan beberapa hari bagi mengisi kesunyian dan kerinduan terhadap Allahyarham,” katanya.
Dalam pada itu, menurutnya, sebelum meninggal dunia, Allahyarham meminta mereka berdua agar berbaik.

“Rosmunira ada beritahu saya sebelum meninggal dunia, Faizal pernah banyak kali meminta agar kami dapat berbaik dan tidak lagi berdendam,” katanya.
Sementara itu, ketika ditanya tentang riak wajahnya yang dikatakan kelihatan seolah-olah tidak begitu sedih pada hari kematian tersebut, dia memberitahu tidak mampu untuk menangis lagi.

“Saya sangat sedih sehinggakan tidak mampu lagi untuk mengeluarkan air mata. Ketika Allahyarham nazak saya berada di sisinya. Namun begitu saya juga tidak mahu anak saya lihat saya terus berkeadaan begitu.
“Rayyan sendiri bertanya kepada saya mengapa semua menangis di hadapan ayahnya,” katanya.




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!