Friday, January 28, 2011

Mati Lemas



Seorang lelaki dilaporkan mati lemas selepas kereta yang dinaikinya terjatuh ke dalam anak sungai di sebuah ladang sawit di Batu 14, Jalan Taman Jalil Alip di sini, Jumaat.

Adami Madi, 55, mati lemas dipercayai terperangkap di dalam kereta pacuan empat roda itu.
Anaknya yang berusia 20-an dan pemandu kenderaan berkenaan terselamat dalam kemalangan 11.30 pagi itu.

Menurut Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Mohd Apandi Mahmood, ketiga-tiga mereka sedang dalam perjalanan keluar dari sebuah ladang selepas mengambil buah kelapa sawit.

"Pemandu kereta itu dilaporkan tidak dapat melihat anak sungai di tepi jalan yang telah dinaiki air banjir, menyebabkan kereta itu terjatuh ke dalam anak sungai.

"Anak mangsa dan pemandu kereta berjaya keluar menerusi tingkap kereta," katanya.
Mohd Apandi berkata bomba mengambil masa kira-kira sejam untuk mengeluarkan mayat Adami.



.

Beginilah keadaan orang kaya yang dah mati..

Jangan sangka, kekayaan ketika berada didunia,
tidak boleh dibawa setelah mati..
Jangan risau...
Esok, kereta, rumah, tv sekalipun 
boleh kalau nak bawa...


Peti sejuk? no hal...
lulu pernah dengar, orang  yang dah mati,
bila dikuburkan, disertakan sekali dengan handphone..
Manalah tau, kan...
bila dah kubur, ow rupanya belum lagi mati..
Jadi bolehlah dia contact keluarga guna handphone tu..
(Pastikan ada kredit..)


Jom tengok 'cara' orang ni membawa kekayaannya didalam kubur..




*




















.

Al-Fatihah


Semoga tenang disana...
Tiada lagi gurau senda mu..
Gelak tawamu masih lagi terngiang-ngiang di telinga ni..
Agak sedih, tapi semua yang hidup pasti akan mati juga..
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah..


Malam semalam adalah malam tahlil malam ke3...
Datuk saudara lulu meninggal subuh isnin lalu,
meninggal didalam tidur..
Tidak dapat dipastikan akan penyebabnya,
kerana arwah merupakan seorang yang sihat
walaupun sudah lanjut usia..


Insaf sejenak,
benarlah kata orang..
Hari ini kita bergurau senda,
berkasih sayang...
saling memberi dan menerima..
Tapi rupanya itulah yang terakhir..
Esoknya kita berpisah selamanya...


Al-Fatihah..



.



Punya tandan 2 meter?


Warga daerah Majalengka dihebohkan dengan kemunculan pisang aneh. Disebut aneh, kerana pisang tersebut memiliki panjang tandan lebih dari dua meter.

Selain itu, jumlah sisir pisang yang ada di tandan pisang tersebut mencapai 98 buah dan terus bertambah. Warga disitu menganggap, pisang tersebut memiliki keistimewaan meskipun banyak juga ditemukan di daerah lain.

Pisang aneh itu tumbuh di halaman rumah Casli (58) warga Blok Bojong Desa Pegandon Kecamatan Kadipaten Kabupaten Majalengka. Dalam waktu singkat, kewujudan pisang tersebut mendapat perhatian.

Tiba-tiba rumah Casli menjadi topik perbualan ramai. Ramai yang mula berpusu-pusu ingin melihat dari dekat pokok pisang yang memiliki tandan lebih dari dua meter tersebut.

"Jumlah orang yang ingin melihat meningkat hari demi hari. Mereka teringin melihat sendiri pokok pisang unik tersebut," kata Fadel, adik kandung Casli.


 
.

Suami Pelakon Meninggal Dunia


Suami pelakon Wilma Muhammad iaitu Mahir Effendi,37, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Tunku, di sini, Khamis, dipercayai akibat serangan jantung.

Rakan pelakon itu, penyanyi Ramziela Radzillah, memaklumkan kematian tersebut ketika dihubungi.

“Arwah suami Wilma meninggal dalam tidur di rumahnya pada malam semalam (Khamis). Saya agak terkejut juga kerana setahu saya arwah tidak menghidap penyakit jantung.
“Arwah merupakan juruterbang Firefly dan selalu membuat pemeriksaan doktor. Bagaimanapun, saya bersimpati dengan keadaan Wilma yang masih terkejut untuk menerima kematian suaminya.

"Tambahan pula dia perlu menyara lima orang anak yang masih kecil dalam keadaannya yang tidak bekerja,” kata penyanyi lagu Gemilang Cinta itu.
Jenazah Mahir dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kota Damansara selepas solat Jumaat.



.

Ben Ashaari Blog



Lulu miss segmen sebelumnya,
dan untuk bloglist kedua ni, lulu pasti tak lepaskan peluang..
(Whoaa dah lama nak tersenarai dalam
bloglist En. Ben, tapi belum tercapai...
Semoga tercapai...*Meh pakat ramai2 doakan lulu).


Biasanya lulu update blog sehari belas-belas eh..
Biasanya dalam 20 lebih begitu..
Bergantung dengan berapa byk benda nak kongsi
bersama. Kalau byk, banyak le tu...


Setakat ni ada 3214 entri..
Lulu dah delete banyak, beratus, sbb konsep blog 
Lulu-Pages ni adalah berita semasa dan pengetahuan..
So, ada berita yang dah lama, kena delete..
Maklumlah blog ni sentiasa update dan terkini..
klass gitu..
*riak..


Lulu berminat nak masuk bloglist En Ben,
sebab nak dapat lebih ramai pembaca..
Promosi ditempat yang terbaik..ngee...
(Setelah ikut byk segmen En. Ben, mendapat PV yang lumayan
darinya dan bila En. Ben dah jadi follower lulu-pages,
inilah yang paling lulu idamkan..lepas ni dah perfect..yeah..!
*Tamak kah aku?)


Sekiranya blog lulu-pages ni popular,
lulu akan buat benda yang sama mcm En. Ben buat..
Iaitu memberi sokongan padu buat blogger baru untuk bertapak di
dunia blog ni..


TQ En. Ben..
Semoga lulu terpilih..



.

Suka hati akulah nak jalan ke tak..


Seekor gorila jantan seberat 220 kilogram di taman haiwan Port Lympne yang boleh berjalan seperti manusia telah menarik perhatian ramai, lapor sebuah akhbar semalam.

Gorila yang diberi nama Ambam menjadi sensasi di laman web YouTube.
Pada kebiasaannya gorila berjalan dengan menggunakan kaki dan tangannya.


 Rakaman itu menunjukkan Ambam yang berumur 21 tahun berjalan seperti manusia dengan menghayunkan kedua-dua tangan untuk mengimbangi badannya.

Penjaga haiwan itu sejak 16 tahun lalu, Ingrid Naisby memberitahu: "Ia (gorila itu berjalan) adalah sesuatu yang luar biasa dalam kalangan gorila tetapi Ambam kerap melakukannya dan ia boleh mengimbangi badannya dengan baik."



.

Monyet ambil anak angkat - Kucing! (Sedangkan Haiwan sayangkan anak..)

Luar biasa, walaupun haiwan yang berlainan jenis tapi kasih sanyang monyet pada seekor kucing ini sungguh menyentuh perasaan bagi kita manusia yang menyaksikannya. Inilah yang terjadi di Ubud bali yang berhasil diabadikan oleh seorang fotografer Anne Young dan dimuat turun di laman.. Luar Negeri Treehugger.















P/S - Sedangkan binatang sayangkan anak..Kenapa manusia sanggup buang anak?



.

Kejutan buatmu..


HANYA senaskhah al-Quran yang dipinta oleh pembaca berita Buletin Utama, Azwaliza Azman (Wawa), 30, sebagai mas kahwin pernikahannya. Namun kejutan diberikan oleh Kadir Rashid pada hari perkahwinan mereka ialah RM20,000 sebagai mas kahwin.

Itu belum masuk kejutan untuk jumlah wang hantaran RM50,000 yang diberikan oleh Kadir, 32, sebagai rasa penghargaannya terhadap keikhlasan serta tanda cinta buat si isteri.
Pasangan yang mengikat tali pertunangan pada 22 November 2009 itu selamat melayari bahtera perkahwinan pada malam Sabtu, 22 Januari lalu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) tepat pukul 6.35 petang.

Berwalikan bapanya, Azman Abdullah, Wawa dan Kadir dinikahkan oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Ustaz Mohd. Haiyazid Mohammad.
"Alhamdulillah, syukur sangat setelah empat tahun saling mengenali akhirnya kami disatukan sebagai suami isteri.

"Rasa lega, sebak dan seperti tidak percaya Kadir sudah menjadi suami saya. Macam mimpi pun ada. Sekarang saya sudah bersedia menghadapi dugaan sebagai suami isteri," kata Wawa yang kelihatan bergenang air mata selepas sah diijabkabulkan.

Ditanya tentang jumlah mas kahwin dan wang hantaran RM70,000 yang diberikan kepadanya, kata Wawa, dia langsung tidak tahu tentang kejutan yang diberikan oleh Kadir buat dirinya.
"Saya memang terkejut sebab masa bertunang dahulu kami tidak pernah berbincang pun tentang wang hantaran. Cuma mas kahwin sahaja saya minta senaskhah al-Quran.

"Bagi saya, kehadiran Kadir dalam hidup saya pun sudah cukup baik. Tetapi saya bersyukur sangat kerana ini sebagai tanda penghargaan yang ditunjukkan oleh Kadir kepada saya," kata Wawa sambil mengukir senyuman.
Berkenalan di sebuah kedai telefon bimbit di Bangsar, Kuala Lumpur empat tahun lalu, rupa-rupanya menjadi detik awal bercambahnya kasih di antara mereka.

Biarpun pernah terputus hubungan selama setahun, Wawa dan Kadir bagaimanapun bertemu kembali di PWTC di mana ketika itu Wawa sedang bertugas membuat liputan Perhimpunan Agung UMNO tahun 2008.
Daripada situ, kasih di antara mereka kian mekar dan akhirnya mengambil keputusan untuk mendirikan mahligai bersama.
"Saya terima dia sebab dia bertanggungjawab. Bayangkan dia sanggup konvoi menghantar saya pulang ke rumah setiap kali apabila saya ada tugasan waktu malam dan ini berlarutan sehingga beberapa bulan.

"Mungkin kerana dia anak sulung jadi tanggungjawab itu memang ada dan perasaan sayang mula berputik bila tengok Kadir ada ciri-ciri kepimpinan itu.
"Kami banyak persamaan. Punya pemikiran dan minat yang sama. Malah, seperti kawan-kawan, kami suka bergurau sesama sendiri," kata Wawa lagi.

Pada majlis tersebut, pasangan itu bertukar-tukar dulang hantaran iaitu sembilan dulang daripada Kadir berbalas 11 dulang daripada Wawa.
Selain wang hantaran RM50,000, hantaran lain yang turut dibawa oleh Kadir adalah sirih junjung, cincin pernikahan, senaskhah al-Quran, jam tangan dan manisan.

Hantaran balas daripada Wawa pula termasuklah sirih junjung, cincin perkahwinan, wangian, manisan dan jam tangan.
Pasangan itu turut diraikan oleh hampir 1,000 tetamu jemputan pada majlis resepsi di Dewan Merdeka, PWTC pada sebelah malam pernikahan mereka.



.

Demi gambar yang unik, seorang lelaki sanggup...


Demi Gambar Unik, seorang lelaki sanggup berbaring diatas landasan keretapi..
Inilah saat di mana seseorang mengelak dari maut setelah dia secara sengaja merebahkan badannya di rel kereta api dan membiarkan kereta api melalui di atasnya.

Lelaki, yang tidak diketahui namanya, berbaring di antara rel kereta api. Dia membiarkan tubuhnya dilewati kereta api yang bergerak laju di atasnya. Lelaki itu kelihatan memalingkan wajahnya ke tanah ketika suara gemuruh laju kereta api meluncur cepat di atasnya.

Lelaki itu selamat dari maut yang hanya beberapa inci lagi. Dalam video selama 56 saat, lelaki itu kelihatan sangat takut ketika suara kereta api semakin dekat.


Setelah 20 saat di bawah bunyi kuat suara laju kereta api, beberapa saat di mana maut hanya beberapa inci saja, lelaki itu terus memeriksa dirinya mengalami cedera atau tidak. Dia terus melompat, mengambil kameranya lalu berlari mengejar kereta api yang baru melintas di atas tubuhnya.

Tidak jelas apakah video itu diambil di England. Tapi, syarikat kereta api Negara Network Rail mengencam aksi nekad tersebut.


‘’Dia tidak memikirkan akibat kepada pengemudi kereta api yang percaya bahawa dia baru saja membunuh seseorang. Tidak seorang pun yang memperhatikan keselamatan mereka sendiri atau perasaan orang lain harus mencuba melakukan aksi seperti ini. "



.

Arsenal kemaruk trofi


JACK Wilshere berkata pemain Arsenal kemaruk untuk meraih kejayaan selepas mengalami kemarau trofi sejak 2005.

Sepakan terakhir Patrick Vieira buat kelab itu memastikan Gunners memenangi kejuaraan Piala FA enam tahun lalu namun tahun-tahun berikutnya menyaksikan mereka terlepas peluang - di tangan Barcelona pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara 2006 dan Chelsea pada Piala Liga musim berikutnya.

Piala Liga kini menjadi tumpuan utama Arsenal apabila mereka menempah tiket ke perlawanan akhir bulan depan selepas mencatat kemenangan agregat 3-1 ke atas Ipswich Town. Mereka akan bertemu Birmingham City yang menyingkirkan West Ham pada satu lagi separuh akhir.

Wilshere bertindak cemerlang pada perlawanan separuh akhir kedua, umpanan menariknya menyaksikan gol pertama menerusi Nicklas Bendtner dan dia terdesak untuk menyempurnakan tugas di Wembley.

“Memang ada perasaan kuat di kalangan pemain untuk memenangi sesuatu - sudah terlalu lama hingga kami lupa bagaimana rasanya menjuarai sesuatu trofi,” kata Wilshere.

“Kami perlu membawanya pulang ke kelab kami - ini adalah sebuah kelab bola sepak yang besar dan kami perlukan trofi. Apa-apa trofi pun tidak kisah dan jika kami boleh menang bulan depan, ia akan memberikan kami keyakinan hingga ke hujung musim.

“Sebelum perlawanan, setiap orang berkata ini adalah peluang terbaik - hanya perlu mencari gol dan ia akan membuka peluang itu dan ia berlaku seperti yang kami harapkan.

“Ia pastinya sesuatu yang berharga buat kelab ini, bagi saya apa-apa trofi pun tetap satu trofi dan sudah lima tahun sejak kali terakhir kami memenanginya. Kami tahu jika kami menang, harapnya ia akan berpanjangan dan ia akan membuka ruang yang lebih banyak buat kami.”

Cesc Fabregas adalah satu-satunya pemain dalam skuad semasa Arsenal yang berada dalam kesebelasan utama pada perlawanan akhir Piala FA 2005.

Robin van Persie dan Manuel Almunia pula adalah antara barisan pemain di bangku pemain simpanan manakala Wilshere langsung tidak kelihatan di Stadium Millennium di Cardiff.

“Saya berusia 13 tahun ketika itu,” katanya. “Saya ingat perlawanan itu, saya duduk di rumah menyaksikan perlawanan bersama keluarga dan Vieira menjaringkan sepakan penalti terakhir. Anda boleh lihat apa maknanya buat mereka dan kami hanya mahu melakukannya sekali lagi.

“Menjadi sebahagian daripada anggota pasukan, mereka [pemain yang lebih berusia] berasa kemaruk untuk memburu trofi dan ia menyuntik semangat anda. Walaupun saya baru berada di sini selama setahun, saya mahu memenangi trofi - kerana inilah hakikat yang dimahukan kelab dan kami perlu melakukannya.

“Kami sedar kami akan pergi ke Wembley. Ia adalah perlawanan akhir pertandingan merebut piala dan setiap orang mahu memenanginya. Kami perlu berdepan perlawanan Liga Perdana kami selepas ini dan apabila perlawanan akhir tiba, kami bersedia menghadapinya.”


 P/S - Boleh ke musim ni? ngee....




.

Rayu kos rawat tulang bengkok


Kanak-kanak perempuan yang menderita penyakit tulang belakang bengkok (Scoliosis Thoracic Spine), Nik Aimi Athirah, 12, merayu simpati orang ramai bagi membiayai kos pembedahan implan dan pemantauan saraf berjumlah RM20,500.

Penyakit itu mengakibatkan tulang pinggul sebelah kanan Athirah naik melepasi pinggang dan menghimpit paru-parunya menyebabkan dia tidak boleh duduk terlalu lama serta terpaksa tidur secara mengiring.

Bapanya, Nik Roslin Muhamed, 34, berkata penyakit anaknya dikesan Oktober tahun lalu dan doktor mengesyorkan Athirah menjalani pembedahan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), bulan depan.

“Pada awalnya Athirah mengadu sesak nafas dan sakit pinggang, selepas menjalani ujian X-ray baru doktor mengesahkan keadaan tulang belakangnya bengkok,” katanya di Balai Berita, semalam.

Roslin yang berasal dari Kuantan, Pahang, mempunyai dua anak masih bersekolah, seorang bayi berumur 6 bulan dan isterinya tidak bekerja serta berharap ada pihak tampil membantu membiayai kos perubatan Athirah.

“Kosnya terlalu tinggi dan pendapatan saya RM1,200 sebulan sebagai penghantar surat syarikat swasta tidak mencukupi untuk menampung pembedahannya,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian dengan menghantar cek atas nama The New Straits Times Press (M) Bhd serta menulis nama pesakit di belakang cek dan hantar kepada Juruwang, Jabatan Kewangan/Unit Kebajikan NSTP, The New Straits Times Press (M) Bhd, Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur.



.

Masuk longkang dan sondol pokok..


“Saya terkejut mendengar satu dentuman kuat hingga terjaga daripada tidur. Sejurus bergegas keluar dari rumah, saya terkejut melihat h lori simen terhumban ke dalam longkang, manakala kereta Kancil terbabas akibat pelanggaran itu,” kata Mohd Shahnizan Mustapa, 21, saksi kejadian kemalangan di Kilometer 5, Jalan Putra, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, pemandu kereta itu, Syamzuri Salim, 32, mati di tempat kejadian selepas kereta dipandunya dirempuh lori berkenaan sebelum kereta itu terbabas dan melanggar pokok.

Berikutan itu, lebih 500 penduduk Taman Zapin terputus bekalan elektrik lebih 10 jam apabila dua tiang elektrik di taman berkenaan turut dirempuh lori simen terbabit.
Bagaimanapun, pemandu lori terbabit, Abdul Basir Abdul Malek, 42, bersama isteri dan seorang anak lelakinya bernasib baik kerana tidak cedera walaupun lori dipandunya tercampak ke dalam longkang dan mengalami kerosakan teruk.

Mohd Shahnizan berkata, akibat pelanggaran itu pemandu lori terbabit naik berang lalu keluar dari lori untuk memarahi pemandu kereta berkenaan kerana dikatakan menjadi punca kemalangan dengan memasuki lorong arah bertentangan.

“Namun, apabila teguran pemandu lori itu tidak dijawab, dia mengesyaki sesuatu terjadi kepada mangsa lalu membuka pintu kereta terbabit dan terkejut melihat mangsa sudah meninggal dunia dengan mengalami pendarahan yang banyak, selain perut dan pahanya terburai.

“Sewaktu mengeluarkan anak dan isteri mangsa, kami mendapati kedua-dua mereka dalam keadaan lemah dan terkapai-kapai untuk keluar daripada lori,” katanya.

Beliau berkata, dia bersama tiga lagi rakannya yang menginap di sebuah rumah di bengkel paip tempat kerjanya turut menyelamatkan anak dan isteri pemandu lori yang tersepit dalam lori terbabit.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) kira-kira jam 5.30 pagi oleh anggota bomba daripada Balai Alor Setar untuk bedah siasat.

Dalam kejadian itu, pemandu lori terbabit dikatakan dalam perjalanan dari Chuping, Perlis ke Alor Setar manakala pemandu kereta difahamkan daripada Taman Desa Anggerik, Jalan Perak untuk ke rumah neneknya di Kubang Rotan.

Sementara itu, pemandu lori bersama anak dan isterinya dibawa ke Balai Trafik Alor Setar untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan ketika dihubungi mengesahkan kes berkenaan dan pihaknya masih menyiasat punca kemalangan.


.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!