Wednesday, March 23, 2011

EN ASHAARI : GAME ANTARA BLOGGER BERMULA !


Yeah sempat lagi ni...
jom beramai-ramai join segmen terbaru encik ben....
Ala mesti korang dah,kan...lulu yang terlewat...ekeke



.

Meninggal dunia...



Bintang filem terkenal Hollywood, Elizabeth Taylor yang terkenal dengan mata ungunya meninggal dunia pada usia 79 tahun. Selama kerjaya lima dekad dia memenangi dua Anugerah Akademi bagi pelakon terbaik, termasuklah menerusi “Who’s Afraid of Virginia Woolf”.

Bagaimanapun sejak beberapa tahun kebelakangan ini keadaan kesihatannya kurang mengizinkan membuatkan dia terus bersara daripada tatapan awam sehinggalah dia muncul pada majlis pengebumian Michael Jackson pada 2009.
Lahir di London pada 27 Februari 1932, dia dibesarkan di California dengan keluarganya yang berasal dari Amerika Syarikat.

Pada tahun 1942. Taylor muncul dengan albumnya There’s One Born Every Minute sehinggalah pada tahun 1944 dia diangkat sebagai bintang National Velvet, sebuah filem yang mengisahkan seorang gadis yang menunggang kudanya lalu menyamar sebagai lelaki.

"Sebelum kasih saya kepada lelaki, cinta saya kepada haiwan," katanya pada ketika itu.
Perkahwinan pertamanya pada 1950 ketika berusia 18 tahun dengan pewaris rangkaian hotel Nicky Hilton. Perkahwinan tersebut berakhir selama 203 hari.

Pada tahun 1952, dia telah bertemu jodoh dengan warga British, Michael Wilding yang 19 tahun lebih tua daripadanya. Hasil perkahwinan itu mereka mempunyai dua orang anak iaitu Michael Jr dan Christopher.
Walaupun Taylor mengatakan Wilding membuatkan hidupnya bertambah stabil, ia tidak mencukupi baginya sehinggalah dia memfailkan penceraian pada tahun 1956.


Beberapa hari perpisahan itu, penerbit Michael Todd, 49, datang meminangnya.
Kata wanita itu, perkahwinan tersebut adalah cinta pertamanya yang amat besar. Hasil perkahwinan berkenaan dia dikurniakan seorang puteri, Frances Elizabeth, pada bulan Ogos 1957.
Sayangnya selepas tujuh bulan perkahwinan tragedi menimpa Todd dalam satu kecelakaan pesawat di New Mexico.

Keadaan itu menyebabkan sahabatnya, penyanyi Eddie Fisher dan isteri iaitu pelakon Debbie Reynolds yang tinggal di Carlifornia mengambil berat terhadap anak-anak Taylor.
Sayangnya Taylor telah mengganggu rumah tangga rakannya itu apabila merampas Fisher daripada Reynolds. Peristiwa itu menyebabkan kemarahan peminat-peminatnya sehingga menggugat kerjayanya sebagai seorang artis hebat. Mereka berkahwin pada 1959.

Pada tahun berikutnya, beliau memenangi Anugerah Oscar pertama sebagai pelakon terbaik membawa watak sebagai “call girl” dalam filem Butterfield 8. Taylor dikatakan telah membenci filem itu.
Kemudian dia berlakon dalam Cleopatra (1962) bersama Richard Burton sebagai teraju utama.
Menerusi filem itu mereka telah jatuh cinta dan berkahwin pada Mac 1964 di Montreal dan akhirnya bercerai pada Jun 1974.

Atas dasar cinta yang membara mereka bertemu jodoh semula dan bercerai dua tahun kemudian.
Perkahwinan ketujuhnya dengan seorang Senator Virginia iaitu John Warner yang hanya bertahan enam tahun (1976-1982).

Pada tahun 1991, Taylor mengejutkan dunia hiburan apabila melangsungkan perkahwinan kelapannya dengan Larry Fortensky, seorang pekerja pembinaan berusia 40 tahun.

Keadaan kesihatan Taylor semakin teruk sehinggalah pada tahun 1997 dia menjalani pembedahan untuk membuang tumor otak. Pada tahun 2006 dia muncul di televisyen Amerika Syarikat dengan menafikan khabar angin yang dia sedang ia menderita penyakit Alzheimer.
Pada bulan Julai 2008, Taylor dirawat di hospital namun jurucakapnya, Sally Marrison menafikan kononnya Taylor sedang nazak.

Bagaimanapun pada awal Februari lalu, dia telah dimasukkan ke hospital akibat kegagalan jantung.



.

Budak lelaki dengan 7 kaki? What?


Kanak-kanak dalam gambar ini adalah Kumar Paswan dari sebuah desa terpencil India yang memiliki keadaan perubatan yang menakjubkan. Dia dilahirkan dengan kembar parasit. Kembar itu berhenti berkembang di rahim.





Kini, telah dipisahkan sepenuhnya dari badan Kuma. Dia telah mengeluarkan ribuan pound bagi membuat pembedahan untuk menghilangkan parasit.



.

Lulu-Pages : Punca Traffik sepanjang minggu ni



Hai reader's...Selamat berhari rabu...Pejam celik dan hari rabu ye tak? Macam baru jer masuk monday blues..Huhu cepatnya masa berlalu..Usia pun semakin meningkat...


Seperti yang korang sedia maklum, blog lulu-pages dah berubah header dan template..
Semuanya buat sendiri sebab takde yang menawarkan diri untuk membuatkan..ngee..
Tapi ada yang puji, cantik..Syukur, nampaknya dan kira 'pro' lah lulu ni yer...
jeng jeng *perasan..


Lulu saja letak bunga pink, kuning dan biru kat header tu..
Sebab makbed pernah cakap, blog lulu skema...sbb takde 'jiwa' perempuan..
ekeke, maklumlah semuanya biru...
So, dengan header baru ni, diharap dapatlah menangkis 'tuduhan' itu..
zasss makbed... (lawa tak makbed? Nak lulu buatkan? nyampah dengan header makbed...larikkkk)


Untuk entri ni, jom kita tengok punca traffik lulu-pages minggu ni...
yeah, dari mana agaknya?

1. http://www.benashaari.com/
2.  http://sypscout.co.uk/
3.  http://cambestjerk.blogspot.com/
4.  http://haidoctorhafiz.blogspot.com/
5.  http://igossiprizal.blogspot.com/
6.  http://www.makbed.com/
7.  http://asnithechampions.blogspot.com/
8.  http://beingmenu.blogspot.com/
9.  http://jomklikblog.blogspot.com/
10.  http://hanisazla.blogspot.com/



 Terima kasih atas sokongan anda semua..yang tak tersenarai, bukan beerti anda tak best..ngee...caiyok!!




.

Jom lulu belanja makan...Nak?


Restoran kegelapan ini terletak di Beijing, China.. Seluruh rekabentuk dalaman restoran benar-benar berwarna hitam.. Pengunjung yang datang akan di hantar ke meja makannya oleh pelayan yang sudah dilengkapi dengan teropong malam..


Alat-alat seperti lampu suluh, telefon bimbit adalah dilarang dikawasan ini.. maklumlah kan nak buat suasana kat dalam tu betul-betul gelap. Oleh kerana tidak boleh melihat makanan yang dihidangkan, pengunjung benar-benar merasakan seronok dengan cara makan unik yang tidak pernah dirasakan di restoran lain..




P/S - Jom Lulu belanja makan kat restoran ni, nak?



.

Tsunami: 9,408 maut, 14,716 hilang


Bilangan mangsa yang disahkan maut atau disenaraikan sebagai hilang di Jepun menjangkau 24,000 orang hari ini, 12 hari selepas gempa bumi dan tsunami melanda bahagian timur laut negara itu.

Terdapat kebimbangan angka korban bencana yang memusnahkan bandar di sepanjang pantai Pasifik di pulau Honshu itu akan meningkat.

Agensi Polis Kebangsaan menyatakan 9,408 orang disahkan mati manakala 14,716 lagi disahkan hilang dengan jumlah keseluruhan 24,124 pada tengah hari tadi akibat bencana berkembar pada 11 Mac lalu.

Seramai 2,746 orang lagi cedera.



.

Aku pun nak duduk..



Bukan sahaja manusia memerlukan masa berehat dan untuk menenangkan fikiran tetapi kucing juga perlu melakukan perkara yang sama, lapor sebuah akhbar semalam.




Kini terdapat trend dalam kalangan pengguna komputer di beberapa laman web, e-mel dan blog yang menyiarkan foto-foto kucing yang sedang duduk dengan gaya seperti seorang manusia sedang bersandar.



Kucing sering kali dikaitkan dengan manusia sejak hampir 9,500 tahun lalu dan merupakan haiwan peliharaan manusia yang paling popular di dunia.






P/S - Nini, boleh lawan Dobot tak? Sila suruh Dobot duduk!




.

Guus Hiddink puts Chelsea on alert after quit threat if he fails to steer Turkey to Euro 2012


Guus Hiddink has put Chelsea on alert by revealing he may quit as Turkey coach if they fail to beat Austria and Belgium in the Euro 2012 qualifiers.

Sporting director Frank Arnesen is set to depart Stamford Bridge for Hamburg this summer, and the ebullient Dutchman is wanted by the Chelsea hierarchy in a directorial role.
With Turkey lying third in Group A - behind runaway leaders Germany and Austria - Hiddink has challenged his his players to get six points from the two ties.

'I'm trying to make a better Turkish national team,' the 64-year-old said.
‘If I can’t do that, I’ll ask the chairman to sack me. Six points from these two games is vital.
'If we don't get that I can offer my resignation to the chairman and then it's up to him. It will mean that I am not a successful manager. ’

After leading PSV Eindhoven to victory in the European Cup in 1988, Hiddink steered South Korea to the semi-finals of the World Cup in 2002.
During his stint at Stamford Bridge, the enormously popular Hiddink steered his Chelsea side to victory in the 2009 FA Cup.



.

Pemilik United rugi RM519 juta


Pemilik kelab Liga Perdana England, Manchester United dilaporkan telah mengalami kerugian sebanyak £104.7 juta (RM519.281 juta) pada musim lalu.

Red Football Joint Venture Limited milik keluarga Glazer mengalami kerugian berjumlah £64.7 juta (RM320.755 juta) berikutan langkah mereka untuk membeli skim bon bagi menyelesaikan hutang-hutang pinjaman bank dengan kadar fae- dah yang tinggi.

Tidak seperti musim- musim sebelum ini, United tidak menjual mana- mana pemain berprofil tinggi mereka.
Pemain sayap Portugal, Cristiano Ronaldo yang dijual kepada Real Madrid telah membantu meningkat keuntungan kelab tersebut sebanyak £6.4 juta (RM31.7336 juta) pada musim-musim sebelum ini.

Begitupun, berdasarkan laporan kewangan yang berakhir pada 30 Jun 2010, pengarah kewangan United, Joel Glazer masih memiliki aliran tunai yang mencukupi bagi membeli mana-mana pemain baru.
Sementara itu, Lionel Mes- si dan Jose Mourinho muncul pemain dan pengurus yang menerima pendapatan tertinggi, demikian menurut majalah bola sepak, France Foot- ball.

Bintang Barcelona, Messi yang merupakan pemain terbaik dunia dua tahun berturut-turut mengumpul sejumlah 31 juta euro (RM133.7 juta) hasil daripada gaji dan perjanjian publisiti lain untuk tahun 2011 ini.
Manakala jurulatih Real Madrid, Mourinho pula bergelar pengurus bola sepak terkaya dengan pendapatan sebanyak 13.5 juta euro (RM58.3 juta).

Namun, pendapatan Messi itu masih jauh untuk menandingi apa yang diperoleh pemain golf terkemuka, Tiger Woods yang kekal menjadi ahli sukan terkaya dengan pendapatan 53 juta euro (RM228.6 juta).
Bagi kategori pemain bola sepak, Messi diekori rapat penyerang Real Madrid, Cristiano Ronaldo dengan 27.5 juta euro (RM118.7 juta) dan penyerang Manchester United, Wayne Rooney dengan 20.7 juta euro (RM89.4 juta).

Sementara itu, Mourinho pula mengatasi jurulatih Barcelona, Pep Guardiola yang berpendapatan 10.5 juta euro (RM45.3 juta) serta bekas jurulatih Inter Milan, Rafael Benitez dengan 10.2 juta euro (RM44 juta).



.

Tidak simpan dendam


Pemain pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand mengakui yang dia tidak menyimpan dendam dengan John Terry berhubung isu kapten skuad kebangsaan England.

Sebaliknya, Ferdinand mendesak rakan sepasukannya itu untuk bermain bersama-sama, sekali mencatat kemenangan ke atas Wales pada aksi kela-yakan Euro 2012 menentang Wales di Cardiff, Sabtu ini.
Ferdinand selaku bekas kapten England dilaporkan telah menghubungi sendiri Terry yang dilantik semula menjadi kapten oleh pengurus England, Fabio Capello minggu ini.

Dia juga mengucapkan selamat maju jaya kepada kapten Chelsea itu menjelang pertembungan penting.
Ferdinand turut menjelaskan kepada Terry bahawa isu berkaitan pelantikan kapten itu hanya melibatkan dia dengan Capello dan apa yang disesalinya, pengendali dari Itali itu langsung tidak berbincang dengannya.
Capello juga enggan membincangkan mengenai keputusan itu dengan dua lagi calon kapten iaitu Steven Gerrard dan Frank Lampard.

“Ferdinand telah mengucapkan selamat maju jaya kepada Terry untuk aksi dengan Wales dan memberitahu bahawa dia yakin Terry mampu membimbing pasukan itu untuk mencapai kemenangan.
“Ferdinand dan Terry sebenarnya telah membuat perjanjian bersama sebelum ini. Mungkin Capello perlu mengetahui perkara tersebut,” kata sumber rapat dengan Ferdinand.



.

Diarah bayar semula RM8,362


TIDAK berbaloi! Wang beribu ringgit dihabiskan untuk mencantikkan wajah namun apa yang berlaku, kulit muka seorang pelanggan bertambah teruk dan gatal-gatal.
Bukan itu sahaja, syarikat kecantikan terkenal yang beroperasi di sebuah pusat beli-belah di sini turut didakwa mengenakan caj rawatan berlebihan sehingga RM2,500 tanpa pengetahuan seorang pelanggan lain.

Berikutan itu, syarikat New York Skin Sdn. Bhd. di Alor Setar semalam diarahkan oleh Pengerusi Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), Reihana Abd. Razak memulangkan semula wang dua pelanggannya masing-masing berjumlah RM6,362 dan RM2,000 dalam tempoh 14 hari.

Dalam kes pertama, syarikat itu diarah membayar RM6,362 kepada penjawat awam, Mohamad Azmar Bidin, 37, yang mengemukakan tuntutan selepas tidak puas hati terhadap rawatan mencantikkan kulit yang dijanjikan oleh syarikat tersebut.
"Syarikat ini memberi jaminan bahawa masalah kulit muka saya beransur pulih setelah menjalani empat rawatan daripada 15 sesi rawatan yang ditawarkan.

"Namun selepas menjalani lima rawatan, tiada sebarang perubahan sebaliknya muka menjadi lebih teruk dan gatal-gatal, atas nasihat doktor saya berhenti," katanya ketika ditemui di pekarangan TTPM.
Tambahnya, apa yang menyakitkan hatinya adalah pakar kecantikan di situ memberi pelbagai alasan tentang masalah itu termasuk memujuknya membeli satu lagi produk iaitu minuman kolagen.

"Saya sudah membayar RM6,362 untuk rawatan dengan jaminan ia berkesan tetapi dipaksa membeli produk lain pula agar rawatan berkesan. Memang saya rasa tertipu," katanya.
Berbeza pula dengan kes yang dituntut oleh jurujual, Lee Siew Hong, 52, yang mendakwa syarikat terbabit mengenakan caj rawatan berlebihan iaitu RM4,500 berbanding harga yang dipersetujui RM2,000.

"Saya cuma bersetuju mengambil pakej rawatan yang berjumlah RM2,000 dan membayar jumlah tersebut tanpa mengetahui syarikat ini telah menggenakan caj tambahan RM2,500 melalui kad kredit saya," katanya.
Dia yang tidak berpuas hati terus membuat laporan polis dan berjaya mendapat semula wangnya berjumlah RM2,500.

"Tetapi untuk bakinya, RM2,000 mereka asyik tertangguh dan memaksa saya menjalani rawatan. Awal-awal lagi mereka sudah ingin memperdayakan saya dengan cara begini, kenapa saya harus terus menjerat diri saya lagi," katanya.



.

Dirempuh lori ketika melintas..


Keengganan seorang duda menemani ibunya untuk bersolat Subuh berjemaah di masjid selepas keletihan menunaikan solat Tahajjud dan berzikir di sepertiga malam rupanya menjadi petanda yang dia akan menemui ajalnya semalam.

Mohd. Farid Che Nordin (gambar kecil), 27, meninggal dunia apabila dirempuh sebuah lori ketika dia hendak melintas jalan dalam kejadian pukul 7.30 pagi di Kilometer 3.3, Jalan Sri Aman ke lampu isyarat Kemunting di sini.

Bekas pegawai perhubungan awam di sebuah syarikat komunikasi di Kuala Lumpur itu meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut ibunya, Khadijah Abdul Rahman, 58, entah mengapa pagi semalam anaknya enggan menemaninya untuk solat Subuh berjemaah di masjid seperti kebiasaannya.
“Mungkin dia keletihan ketika saya mengejutnya kerana pada awal pagi, saya nampak dia sedang solat Tahajjud dan berzikir sebelum terlelap seketika. Sebelum ini dia tidak begitu,” ceritanya di sini semalam.



.

Lain yang cuai, lain pula yang terpaksa menerima padah.


Kata-kata itu sesuai untuk menggambarkan mengenai nasib yang menimpa dua beranak apabila mereka nyaris lemas selepas dirempuh sebuah kereta jenis Perodua Viva ketika sedang berjalan pulang ke rumah di Semabok di sini semalam.

Kejadian pukul 12.15 tengah hari itu menimpa Nurshamsiah Samawi, 6, dan ibunya, Misliyah Nafhan, 35, apabila mereka tercampak ke dalam longkang sedalam 1.5 meter.
Ekoran itu, Misliyah patah kaki kanan manakala Nurshamsiah pula nyaris lemas sebelum diselamatkan oleh orang ramai yang menghantar mereka ke Hospital Melaka.

Seorang saksi, Sazly Mak Lip, 32, berkata, kejadian berlaku apabila sebuah van yang dipandu laju melanggar belakang Viva sebelum terseret sejauh kira-kira 30 meter ke kiri jalan.
"Pada masa sama, kereta Viva itu telah merempuh dua beranak tersebut mengakibatkan mereka tercampak ke dalam longkang. Kereta Viva dan van itu juga terperosok ke dalam longkang," ceritanya ketika ditemui di sini semalam.



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!