Saturday, April 30, 2011

Beckham mengusap perut isterinya di Royal Wedding


Dari 1900 tetamu undangan yang hadir perkaheinan William-Kate, David Beckham dan Victoria menjadi antara pasangan yang mendapat liputan. Apatah lagi pasangan ini sedang menantikan kelahiran anak keempat mereka itu sempat mempamerkan kemesraan.

Ketika menanti bersama ribuan tetamu lain menuju tempat duduk, Beckham sempat menujukkan rasa sayang dan bangganya kepada isterinya yang sedang hamil. Dengan sedikit tersenyum, Beckham mengusap perut Victoria yang kelihatan semakin membuncit.

Tak hanya itu, tangan Victoria juga sempat terpaut di lengan kanansuaminya ketika mereka tiba di bahagian dalam Westminster Abbey, tidak jauh dari pintu masuk besar di sebelah Utara. Victoria dan David datang dengan pakaian terbaik mereka. Victoria dengan gaun hitam ciptaannya sendiri dan David dengan kot rasmi Ralph Lauren.

David dan Victoria, bersama ribuan tetamu lain yang terdiri oleh bangsawan, diplomat, konglomerat dan selebriti, menjadi saksi  ketika Putera William dan Kate Middleton dirasmikan sebagai sepasang suami isteri.






.

SERU..


Filem: Seru
Pengarah: Woo Ming Jin, Pierre Andre Pelakon: Sharnaaz Ahmad, Cut Mutia, Azman Hassan, Nora Danish, Awal Ashaari, Pierre Andre, Qhaud, Dazrin, Murshid, Nabila, Nursyarifatun, Dewa Sapri, Mona Majid, Nisha Dirr, Along, Sufian Terbitan: Tayangan Unggul Sdn. Bhd. (TUSB) dan Hanamia Services Sdn Bhd
Tarikh Tayangan: 28 April 2011

SARAT babak ngeri dan mendebarkan, Seru yang menjengah pawagam 28 April lalu sememangnya menepati selera peminat ‘slasher horror movie’, bentuk filem yang agak baru di negara ini.

Menggabungkan dua pengarah muda, Woo Ming Jin dan Pierre Andre, sentuhan mereka wajar diberi pujian apabila satu persatu adegan dijalin sempurna hingga menyemarakkan ketakutan, namun pada masa sama tetap ingin mengetahui kronologi selanjutnya.

Sekali pun mengambil inspirasi daripada filem barat, Quarantine yang ditayangkan pada 2008, selain punya sedikit persamaan dengan Blair Witch Project disebabkan penggunaan syot serupa iaitu rakaman yang dijumpai, Seru ada keistimewaan.
Kisah satu malam itu menonjolkan sekumpulan petugas produksi yang sedang menjalani penggambaran di satu lokasi dan ia terpaksa dihentikan apabila penolong pengarah, Sari, diserang histeria manakala juru mekap, Julia, tiba-tiba berlari ke arah hutan.

Jurukamera, Sham serta Tony pula diarah mencari Julia dan semua kru yang diketuai Lina (Khatijah) selaku penerbit kembali semula ke rumah tumpangan. Tanpa disedari bermulalah kengerian sebenar apabila satu persatu kematian menyusul.

Terdahulu seorang lagi juru kamera, Jeff, lakonan Sharnaaz ditugaskan merakamkan segala kejadian bermula dengan histeria untuk dijadikan antara bahan promosi filem terbabit.

Akhirnya footage yang dirakamkan dua kamera termasuk satu lagi yang dikendong Sham (Dazrin) dan Tony (Qhaud) ketika mencari Julia (Cut Mutia) ditinggalkan sebagai bukti kematian mereka sendiri.

Jalan ceritanya pantas, malah 20 minit pertama sudah ditonjolkan babak pembunuhan apabila sutradara filem itu, Sam (Along Ezzendi) ditikam dari belakang oleh Seri yang dirasuk.

Tidak perlu mengupas bagaimana gadis itu kembali semula ke rumah tumpangan mereka sedangkan dia sudah dihantar ke hospital, syot kereta yang membawanya tersadai tidak jauh dari kediaman itu sudah menceritakan segala-galanya.

Walau kebanyakan pelakonnya terdiri daripada muka baru, penjiwaan setiap watak kepada emosi takut serta ngeri diserlahkan sebaik mungkin menerusi mainan kamera.

Paling menarik tentu saja watak Sam lakonan Along yang begitu menjadi. Walaupun kemunculan hanya seketika, dia berjaya memaparkan watak lelaki yang suka cakap lepas, sinis dan selamba. Begitu juga Sharnaaz yang tampak dominan dengan watak Jeff.

Apa yang pasti, Seru antara filem seram yang tidak wajar dilepaskan apabila debaran demi debaran menanti penonton.

Jika ada di antara babak sudah dapat dijangka, ia bukan kesalahan malah usah terlampau membandingkan filem ini dengan produksi barat kerana yang pasti Seru memang seram!




Lulu Caldina : Sebagai pencinta filem seram, lulu belum tengok..tapi adakah filem ini bakal menyeramkan lulu? give me more horror...ngee..


 
.

Mengerikan...entri yang boleh buat orang muntah...



Lin Zongxiu, warga Sichuan China, mempunyai seorang anak perempuan berumur 25 tahun yang telah menderita sakit jiwa sekian lama. Orang tuanya telah membawa dia berubat tetapi masih dia belum sembuh. Lalu, si ibu mendapatkan resepi rahsia dari seseorang bahawa ubat paling mujarab adalah sup kepala orang!

Setelah mendengar ada resepi mujarab untuk menyembuhnya anaknya yang sakit jiwa, Lin Zongxiu, mencari cara bagaimana untuk mendapatkan bahan untuk resepi itu, demikian dipetik oleh Chengdu Commercial.

Lin yang mungkin stress menjaga anaknya yang sakit jiwa memutuskan untuk mencuba resepi rahsia tersebut, maka dimulalah rancangan untuk mendapatkan kepala orang tersebut. Mereka pun meminta bantuan seorang lelaki untuk membantu mereka mendapatkan kepala itu. Lelaki itu kemudiannya menjalankan aksinya terhadap seorang lelaki yang berusa 76-tahun yang sedang berjaan dalam keadaan mabuk dan tidak sedar yang kemudian memberikan kepalanya kepada Lin. Setelah itu, kepala korban dimasak bersama dengan itik (mungkin untuk menghilangkan bau manusia) yang kemudian dihidangkan untuk anaknya.

Perbuatan Lin dan suaminya itu diketahui polis yang kemudian keduanya pun ditangkap dan dibawa ke pengadilan. Lin dihukum hukuman mati dan penundaan kesekusi selama dua tahun. Dia juga dianggap bersalah turut membantu menghilangkan barang bukti seperti mayat lelaki, baju dan kasut mangsa. Penundaan eksekusi selama dua tahun bererti hukuman Lin boleh berkurang menjadi penjara seumur hidup jika selama dua tahun tersebut dia menunjukkan perbuatan baik dan tidak melakukan kejahatan yang lebih berat.




.

Terima hidayah dalam lif


“Saya berniat terjun bangunan dari tingkat 14 kerana tertekan dengan tindakan suami berhutang RM100,000 daripada along hingga kehidupan saya diganggu setiap hari.

“Ketika itu saya sarat mengandung tujuh bulan dan tidak tahu ke mana hendak mengadu, tetapi ketika berada di dalam lif hati berdetik supaya Tuhan tunjukkan jalan sebelum terlintas satu cahaya putih dan bisikan menasihati saya pulang ke rumah serta minum air kosong, tidur dan masalah akan selesai,” kata mualaf, Nurul Hidayah Abdullah, 40.

Dia yang juga ibu tunggal lima anak itu berkata, selepas itu niat untuk terjun bangunan dilupakan, sebaliknya keajaiban berlaku apabila fikirannya kosong manakala hati tenang sebaik terjaga daripada tidur keesokannya.

“Sejak itu hati bertambah yakin mengenai kebesaran Tuhan kerana sewaktu meminta petunjuk, saya menyebut nama Allah kerana sejak kecil mengetahui sedikit sebanyak mengenai Islam melalui pelajaran di sekolah.

“Selepas yakin dengan jalan yang dipilih saya nekad memeluk Islam walaupun ibu dan ayah serta adik-beradik menentang keras,” katanya.-Bernama



.

Girl, 10, finds a 5ft-long corn snake in the BATHROOM



A 10-year-old girl has told of the terrifying moment she went to the bathroom and was confronted by a 5ft-long corn snake.
Roberta Vaituke noticed the red spotted snake flattened against a wall when she popped in to use the toilet.
In a scene that would be more familiar to nightmares or horror movies, the creature had slithered up through the loo and found its way into the bathroom in Portsmouth, Hampshire.


Roberta was frozen to the spot for a minute before running to the living room to alert her parents and brother.
They plugged up the sink to stop the hissing snake from escaping and waited for the RSPCA to remove it from their house.
The snake is believed to be a pet called Sammy which escaped from a tank in a neighbour's home six months ago.
The only explanation the family can come up with for their visitor's unwelcome appearance is that it slithered through sewage pipes and up through their toilet.


Roberta said: 'I just lost all words and stood completely frozen for ages when I realised it was a snake.
'I didn't move for a minute then I ran into the living room and hid on the sofa.
'My mum had been in there half an hour before me but she didn't see it.
'I don't want to have that happen to me again. Although I am looking forward to going back to school and telling my friends all about it.'



Family friend Vilma Zekoniene, 37, helped Roberta's parents, who do not speak English, to report their predicament to the authorities.
The 37 year old, an interpreter for Portsmouth City Council, said: 'Roberta's brother Rimvydas called me to say they needed help.
'The bathroom has no window so it must have come up through the toilet.
'It tried to get down through the sink and escape so they had to plug it up.
'It was knocking everything off the shelves. They could hear it from the other side of the door.
'It was hissing but it wasn't biting so they said it must not have been very hungry.
'I stayed at home because I am terrified of snakes. If it was my house I would have to move.'
Sammy's owner Harry Sharpe, 20, thought his pet would have died of malnutrition since he disappeared six months ago.
He said: 'I'm not sure how he has survived for so long without any food. He must have been eating mice down there.
'He's a friendly snake. I just want him back now.'
The snake, which is pale white with red spots, was taken away by the RSPCA.








.

Pitam lihat tulang kaki

“Saya nak pitam sebaik melihat tulang kaki dan tangan kiri pemandu kereta itu terkeluar daripada dagingnya,” kata Mohd Rizal Yusof, 51, menceritakan detik cemas ketika cuba menyelamatkan seorang pemandu kereta Perodua Kancil yang parah dalam kemalangan jalan raya membabitkan tiga kenderaan di Jalan Balai Besar-Alur Tempoyak, dekat sini, semalam.
Dia yang tiba sejurus selepas kemalangan kira-kira jam 11.30 pagi itu, begitu takut untuk mengeluarkan mangsa sebelum menghubungi Hospital Dungun (HD) untuk mendapatkan bantuan.

“Saya tidak berani membantu kerana tidak pernah berhadapan situasi seperti itu dan bimbang berlaku perkara tidak diingini terhadap mangsa yang parah,” katanya.
Katanya, beberapa minit selepas itu, kakitangan dan pegawai perubatan hospital tiba dan membuat balutan di kaki dan tangan mangsa yang parah sebelum dikejarkan ke hospital.

Mohd Rizal berkata, dia dan beberapa penduduk berhampiran cuba mengeluarkan semua mangsa dalam kedua-dua kenderaan terbabit sebelum semua mangsa dihantar ke HD.

Kemalangan dipercayai apabila Perodua Kancil yang dipandu mangsa, Mohd Fauzan Zulkifli, 18, bersama tiga rakannya, Afiq Izudin Banudin, 17, Saidatul Nurhidayah Azmi, 14, dan Mohd Shazmie Zahari, 18, memasuki laluan kanan jalan lalu bertembung kereta Proton Saga yang dinaiki sebuah keluarga.

Kemalangan itu menyebabkan Proton Saga dipandu Roslina Abd Rahman, 30-an berpusing ke kaki lima jalan sebelum dilanggar sebuah kereta BMW yang berada di belakang kereta Roslina.

Ketika kejadian, Roslina bersama ibunya, Wan Kamariah Wan Nik, 60, serta empat anaknya, Luqman Daniel Fakrurazi, 9, Luqman Hakim, 6, Ainun Mardiah, 5, dan Nur Syamimi Balqis, 3 bulan, yang berasal dari Pasir Panjang, Kuala Terengganu, dalam perjalanan ke rumah abangnya tidak jauh dari tempat kejadian.



.

Rita Rudaini selamat lahirkan anak kedua


Pelakon Rita Rudaini Mokhtar, 35, selamat melahirkan anak kedua di sebuah hospital swasta, di sini hari ini.
Bayi seberat 2.75 kilogram yang lahir sekitar pukul 1.26 petang itu diberi nama Airit Rafqa Arjuna.
“Keadaan Rita sudah stabil dan syukur kepada Allah kerana semuanya sudah selamat.
“Rita bersyukur kerana tidak berhadapan dengan sebarang komplikasi sewaktu melahirkan dan anak juga lahir dengan sihat,” kata Rita.


Pelakon itu juga berharap agar kehadiran Arjuna akan menambah lagi seri dalam kehidupan rumah tangganya dengan suami, Aidil Zafuan Abdul Radzak, 24.
Anak pertama pasangan ini, Airit Rayyan Rizqin kini berusia hampir dua tahun.
Mengenai makna di sebalik nama bayi berkenaan, kata Rita, dia suka kepada perkataan Arjuna yang berkaitan dengan sifat gagah perkasa dan kepahlawanan.
“Bayi inilah ‘wira’ yang menyelamatkan saya pada ketika dilanda pelbagai masalah selama mengandungkan dia.


“Apa juga dugaan dalam rumah tangga ayah dan ibunya, Arjuna tetap gagah dan bertahan di dalam kandungan saya. Sebab itu saya letak dia sebagai arjuna kepada kami sekeluarga,” kata Rita.
Rita didapati hamil anak kedua pada ketika rumah tangganya dengan pemain bola sepak kebangsaan itu berhadapan dengan banyak masalah sehingga membawa kepada perbincangan di peringkat mahkamah.
Ketika tempoh sembilan bulan mengandungkan anak keduanya, Rita beberapa kali dilaporkan berselisih faham dengan Aidil, sehingga membawa kepada kes tuntutan sulh di Mahkamah Syariah Seremban pada penghujung tahun lalu.



.

Parah kena rempuh


Walaupun mengalami pendarahan dalaman pada paru-paru akibat dirempuh kereta pengedar dadah malam kelmarin, Konstabel Rohayu Samlan, 24, tetap bersemangat untuk meneruskan tugas yang diminatinya sejak kecil.

Malah, anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan yang masih belum mendirikan rumah tangga itu tidak menyesal menyertai pasukan keselamatan terbabit tiga tahun lalu kerana menyedari sebarang kecelakaan yang menimpa adalah risiko yang perlu dihadapi.

Ibunya, Sarimah Yaacob, 45, yang setia menemani anggota polis itu menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS), berkata dia amat berbangga kerana kejadian menimpa Rohayu berlaku ketika anaknya menjalankan tugas murni mencegah pengedaran dadah yang merosakkan masyarakat.

“Dia memberitahu tidak sedikit pun menyesal, malah langsung tidak menjejaskan minatnya sebagai anggota polis,” katanya selepas menerima lawatan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh ke HTJS, semalam.

Sementara itu, Osman berkata dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, Rohayu bersama lima rakan setugas terserempak sebuah Proton Satria dalam keadaan mencurigakan di Taman Bukit Mas, di sini sebelum mengenal pasti pemandunya pengedar dadah yang kini dikehendaki polis kerana beberapa kesalahan lain.

Sebaik polis memperkenalkan diri, suspek yang enggan keluar daripada kereta tiba-tiba membuat pusingan dengan agresif menyebabkan Rohayu yang berada berhampiran dirempuh hingga tercampak beberapa meter sebelum sekali lagi dirempuh selepas terjatuh di belakang kereta itu hingga terperosok di bawah bonet.
Suspek dikenal pasti Tan Kok Fui, 44, yang melarikan diri daripada hukuman buang negeri di Kuantan, Pahang, kemudian melarikan diri manakala Rohayu mengalami pendarahan dalaman di paru-paru dan perut selain luka serta lebam di beberapa bahagian badan dikejarkan ke HTJS.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi polis di talian 06-6033222 atau 06-7682389.



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!