Monday, May 9, 2011

Lemas disungai Perak


Mayat anak sulung bekas model sambilan, Kartika Sari Dewi, yang dilapor hilang dua hari lalu, ditemui terapung di Sungai Perak di sini awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Supt Azman Salim, berkata mayat Muhammad Azfar Mohamad Afandi, 9, ditemui pasukan mencari dan menyelamat pada 1 pagi tadi, kira kira satu kilometer dari tempat mangsa dipercayai terjatuh.

"Mayat kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Sungai Siput untuk bedah siasat dan dijangka dituntut keluarganya tengah hari ini untuk dikebumikan di Kampung Jawang, Karai," katanya ketika dihubungi.

Azman berkata, kanak-kanak itu disedari hilang oleh keluarganya pada 12 tengah hari Jumaat lalu ketika tinggal di inap desa milik keluarga mereka di sini yang terletak berhampiran sungai tersebut.

Katanya, gerakan mencari dengan bantuan pasukan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), RELA dan penduduk kampung dilakukan sejurus menerima laporan kehilangannya.



 P/S - Ramai yang mati lemas sejak akhir-akhir ni.. Tolonglah berhati-hati terutama untuk anak-anak kecil..



.

Harga gula naik lagi


Kerajaan hari ini mengumumkan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen daripada RM2.10 kepada RM2.30 sekilogram mulai Selasa.
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Mohd Zain Mohd Dom berkata langkah untuk merasionalisasikan harga runcit gula itu dibuat selaras dengan keputusan mesyuarat Majlis Ekonomi pada Isnin.

"Kerajaan telah membuat keputusan untuk merasionalisasikan subsidi dan dalamhal ini, Majlis Ekonomi menetapkan subsidi tanggungan kerajaan untuk gula perluditurunkan lagi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata walaupun berlaku kenaikan, harga runcit gula di Malaysia masih rendah berbanding negara serantau seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.
Sebagai contoh, katanya harga runcit gula di Indonesia ialah RM3.80 sekilogram, Singapura (RM3.61), Thailand (RM2.31) dan Filipina (RM4.50).
Mohd Zain berkata sebelum merasionalisasikan harga runcit gula itu dibuat, kerajaan terpaksa menanggung subsidi sebanyak RM400 juta setahun.

Dengan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen, kerajaan masih menanggung subsidi sebanyak RM283.4 juta setahun dan penjimatan sebanyak RM116.6 juta setahun boleh diguna untuk pembangunan lain, katanya.
Beliau berkata langkah kerajaan menetapkan harga runcit gula baru itu dibuat lebih awal iaitu sehari selepas keputusan mesyuarat Majlis Ekonomi ialah bagimengelak timbulnya ketirisan, tindakan menyorok bekalan itu serta "pembelianpanik" oleh pengguna.

Mohd Zain berkata pengguna juga perlu melihat secara positif berikutan kenaikan harga gula itu kerana ia boleh mengelak orang ramai daripada menggunakan gula dalam kuantiti yang banyak, sekaligus dapat menghindarkan mereka daripada penyakit.
Beliau berkata kebanyakan gula yang berada di pasaran negara diimport dari Australia dan Brazil.



.

Terbabas dan melanggar penghadang kiri jalan


Seorang lelaki maut apabila kereta yang dinaikinya bersama dua yang lain termasuk seorang wanita dipercayai hilang kawalan sebelum terjunam ke dalam Sungai Bunus berhampiran Jalan Munshi Abdullah di sini pagi tadi.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, DSP Abdullah Roning, berkata ketika nahas 3.10 pagi itu, pemandu kereta dinaiki D Parameswaran, 31, dari Jalan Ampang menghala ke Jalan Dang Wangi, hilang kawalan di selekoh Jalan Munshi Abdullah.

"Sampai di selekoh lampu isyarat Jalan Munshi Abdullah, kereta dinaiki mangsa terbabas dan melanggar penghadang kiri jalan lalu terjunam ke dalam Sungai Bunus dan tenggelam," katanya.

Beliau berkata, Parameswaran yang duduk di hadapan, mati di tempat kejadian manakala pemandu dan seorang lagi penumpang dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan.

"Mayat dibawa ke Unit Forensik HKL untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987," katanya.



.

2ND GIVEAWAY MAKBED'S JOURNAL


Buat satu entri tentang pengalaman korang berhadapan dengan hal-hal kehamilan.
Hoh, sadis betul giveaway makbed kali ni... Jelas sekali lah kan nak pilih 'bulu' mementanglah ada orang yang bujang dan tak pernah rasa kehamilan... Walaubagaimanapun, lulu tetap juga nak join.. Samaada cukup syarat ataupun tak, itu belakang cerita... nanti kita deal yer makbed *wink..


Mesti makbed rasa special sangat mengenai kehamilan sebab makbed dah tinggal beberapa minggu jer lagi akan menimang cahaya mata kedua...Semoga semuanya selamat dan takde potong'...kelahiran normal lah katakan..

Untuk giveaway ni, lulu nak cerita mengenai untie lulu yang hamil anak kedua..
(Hoh susah nak menang, kalau pengalaman sendiri aka ibu-ibu yang pernah rasa sendiri kehamilan, pasti cerita akan lebih real dan peluang untuk menang akan lebih lebih besar...ceh)..

Untie Nan ni ada anak pertama, dah jauh sangat jaraknya, sehinggakan apabila diketahui hamil, rasanya seperti kehamilan pertama.. Segala-galanya janggal.. Dan yang peliknya, ketika hamil anak kedua, dia tak boleh rasa lapar.. Asyik nak melantak jer.. Lambat sikit jer, dah start rasa pitam... Gelap jer dunia... Lepas tu lemah kepala lutut, senang jer nak rebah.. Sedangkan bila ke klinik, beberapa kali juga dia terpaksa 'dibaringkan'.. Memang lemah keadaannya..


Walaupun dia kuat melantak, selera menjadi-jadi, namun beratnya takde lah naik mendadak macam makbed.. ekeke...2 kali pemeriksaan dalam 2 bulan, berat tak pandai nak naik.. statik jer macam tu.. naik risau gak kitaorang sekeluarga..


Dan yang peliknya, dari mula kehamilan, sehinggalah hari kelahiran anak dia tu, dia asyik muntah, eh morning sickness.. Entah apa sebabnya, walaupun takdelah dalam sehari tu berkali-kali, tapi secara puratanya, adalah sekali sehari...


Bila sampai hari due, tanda-tanda kelahiran masih belum ada...  Kaki, tangan dah bengkak habis, tapi untie Nan masih gagah seperti wanita hamil lain... Hari due tu, Untie Nan diberi seminggu lagi untuk datang semula ke klinik... Nampaknya, kalau sampai minggu depan tu, usia kehamilan Untie Nan dah mencecah 41 minggu...
Maknanya Untie Nan dah bersedia dengan beg segala kelengkapan, sebab bila sampai ke minggu depannya, dia masih belum ada tanda kelahiran, maka dia terpaksa dengan rela hati ke hospital dan 'buat apa yang patut'.


Setiap hari, Untie Nan bersiap sedia, manalah tahu tetiba air ketuban pecah... Dan kena bergegas ke hospital.. Tapi hal tu tetap tidak terjadi.. Pelbagai persoalan wujud dikepalanya... Dia takut, bagaimana dengan keselamatan anak dalam kandungannya yang sudah terlebih hari.

Dan akhirnya hari tepat 41 minggu, dia datang ke klinik ibu dan anak dengan sedikit perasaan tidak selesa.. perutnya agak tidak selesa pagi tu... Nampaknya ada sedikit kontraksi(betul ke ejaan ni?) disitu, dan Untie Nan diarahkan terus ke hospital.. Bila tiba dihospital, Untie Nan sempat menjamah nasi bekalannya, maklumlah Untie Nan kan tak tahan lapar, sebelum masuk ke dalam wad..


Didalam wad, pemeriksaan lanjut dibuat oleh beberapa orang jururawat... Cekap benar mereka kata Untie Nan.. Dan rupa-rupanya bukaan serviks sudah 6 cm.. Namun air ketuban belum pecah..


Selama menunggu kelahiran, sehinggalah terlebih minggu, Untie Nan memang risau..
Tapi mungkin Allah benar-benar mengasihinya, sebab tak sampai sejam dihospital, Untie Nan sudah selamat melahirkan seorang bayi comel...Yang tidur sehingga kemalam kerana Untie Nan sempat melantak sebelum 'berjuang'..ekeke...(Ini adalah petua untuk bayi baru lahir tidak menangis kelaparan sebaik lahir, maklumlah kebanyakan ibu sekarang sukar mengeluarkan susu ibu).. Kerana Untie Nan 'pantas' melahirkan, lepas tu dia baring jer atas katil dan 'memerhatikan' ibu-ibu lain yang berjuang sama (hospital kerajaan)... leh pula goyang-goyang kaki..ekeke



Lulu : Hoh, panjang lebar lulu bercerita, kredit buat Untie Nan, untuk pengalaman ni... Dengan ucapan buat makbed, semoga lulu menang, sekurang-kurangnya hadiah istimewa sebab dapat menceritakan pengalaman kehamilan orang lain dengan serba lengkap.. Weewuuu.... *wink makbed..



Jomlah ramai-ramai memeriahkan giveaway makbed ni, sebab lulu tahu ramai pembaca lulu-pages seorang ibu... Inilah peluang anda untuk berkongsi detik istimewa sebagai seorang ibu......


Tarikh Tutup : 25.05.2011





.

Luahan hati Lulu Caldina




Hari ni terasa lemah jer...
Bukan sebab chelsea kalah semalam...
Bukan juga sebab Rafael Nadal juga kalah semalam..
Owh malam yang teruk..


Bila tengok PV hari ni, tak semangat...
Hoho, kurang dari hari-hari biasa...
Dimana silapnya eh?
Lulu rasa lulu update blog...
Hoh, rajin tahap gaban walaupun pagi tadi terlena depan laptop hampir 2 jam..
ekeke, ngantuk sebab tgk bola malam tadi...


Lulu ada BW ...
eh...
Walaubagaimanapun, buat sesiapa yang singgah hari ni
ke lulu-pages, thanks...*wink..
Dan bagi yang ada meninggalkan komen,
thank you very much...
Eheh komen tu menceriakan hari lulu yang dalam kekecewaan ni...


Itu yang best dalam dunia blogger ni..
Bila kita shout atau tulis sesuatu, orang lain akan baca,
dan komen..
komen itu melambangkan tulisan dan pandangan kita tu dihargai..
Dan itu membuatkan semangat kita makin berkobar untuk menulis..



Setiap orang berblogging dengan maksud dan cara sendiri..
Kenapa bila kita menulis takde orang komen yer?
Penting ke komen tu?
Bagi lulu, memang penting..
Kadang kala, apa yang kita tulis tu tak 100% betul//
Jadi, dengan adanya tidak balas orang lain, boleh memperbetulkan apa yang salah
dan menambah apa yang kurang...


Kebanyakan post entri dalam lulu-pages ni takde komen..
Ini memang pengakuan berani..
Kadang tu sedih juga orang baca tapi takde respon..
Tapi, lulu-pages ni tak sama tau dengan blog lain..
Setiap entri diupdate selang setengah jam, ataupun sejam.. 
Mesti ramai yang tak sempat nak baca..
Betul tak?



Ada juga rasa rugi nak update blog sekerap yang selalu buat...
walaubagaimanapun, lulu percaya, setiap orang tu ada keunikkan masing-masing...
Kalau kita ikhlas 'menyelami'nya, kita akan jumpa keunikkan tu..
Betul..kata yang ringkas namun punya makna mendalam..



Contest menarik [Klik sini]





TQ sebab setia bersama Lulu-Pages..




.

Hamil 4 bulan


Pada tarikh 8 januari yang lalu Daphne atau nama islamnya, Dahlia Eleanor Iking, telah disatukan bersama jejaka pilihan hatinya yang merupakan bekas Pengarah Urusan Redberry Group, Azmi atau lebih dikenali sebagai Joe yang juga rakan bisnesnya..

Apa yang lebih mengejutkan ketika itu adalah, Daphne yang telah terbuka pintu hatinya untuk mendalami agama islam.... Pasangan yang sudah mengenali hati masing-masing selama setahun lebih ini sebenarnya bertemu melalui rakan mereka.

Daphne yang ditemui ketika pelancaran Celcom iPhone 4 yang berlangsung Menara Celcom jelas kelihatan berseri dan gembira dengan kehamilannya...




P/S - Tahniah buat Daphne dan suami..



.

"Mokcik-Ann'nyer Birthday Give Away"


Kerana terasa nak sangat join giveaway ni, memula kena ucap dulu.. Happy birthday dear kak Ann... Lulu main bantai jer panggil kakak.. entah sesuai ke tak, maafkan lulu yer... Semoga bisnes shawl semakin maju dan sihat sejahtera... Owh, semoga lulu menang hadiah itu............


Lulu nak tag makbed... rezeki ibu mengandung ni lain macam, asyik menang jer... ekeke..
Apatah lagi bila Lulu Caldina yang tag, bertambah lagiii rezekinya *perasan..


Tarikh Tutup : 31.05.2011



.

Mummy Syafie Giveaway


Ya, banner yang menarik owh adakah kerana warnanya yang so pinky?
Mari memeriahkan lagi giveaway ni sebab penganjur mengadakan giveaway yang ringkas dan akan tutup pada 16hb ni..


Lulu nak tag makbed, nini dan cik bintang..



.

Cristiano Ronaldo and Irina Shayk cuddle up at the tennis


Giggling at a private joke and stealing kisses, they look like any other couple in love.
Cristiano Ronaldo and his Sports Illustrated model girlfriend Irina Shayk appear to be enjoying their time together during a rare period of being in the same country at the same time.
The couple, who are forced to spend weeks apart due to their work schedules, watched the final of the Madrid Open tennis today.


The good-looking couple watched as Novak Djokovic defeated Rafael Nadal 7-5, 6-4.
Irina, 25, stood out in a bright red top which matched the flowers that adorned the VIP box they sat in with other Spanish celebrities.


Cristiano, 26, was preened to perfection as ever with his slicked hair, designer sunglasses and beloved deep tan.
But the footballer was let down by large sweat patches on blue shirt despite the weather being a mild 21 degrees celcius.
Irina and Cristiano were reunited last week after the Russian model flew in from New York to meet up with boyfriend of a year.
They were spotted canoodling in the stands of the Real Madrid v Zaragoza match, which Cristiano was benched for after tension with coach Jose Mourinho.



The player returned to the field, though, later in the week for their Champion's League match against Barcelona.
Irina has remained loyal to her boyfriend despite the revelation last year that he had become father to a little boy, allegedly born to a 20-year British student last year after a fling with the star after meeting in a London club.
The Portuguese star shocked the world when he announced out of the blue last July that he had become a father.
The winger said from the start that the child, called Cristiano Ronaldo Junior, would be under his 'exclusive guardianship'.




.

Terima kasih...........


“Terima kasih kepada rakan artis yang melawat saya dan mereka yang bertanya khabar. Alhamdulillah kesihatan saya semakin baik,” kata pelawak veteran, Zami Ismail, 67, yang kini menerima rawatan di Hospital Ampang (HA), di sini selepas dimasukkan ke hospital itu kerana sesak nafas, Khamis lalu.
Dia yang terkenal dengan watak Pak Uda dalam siri komedi Pi Mai Pi Mai Tang Tu dikejarkan ke HA selepas mengadu sesak nafas ketika dalam perjalanan ke lokasi penggambaran bagi program Aidilfitri bertajuk Gulai Tempoyak di Hulu Langat.

“Doktor memberitahu, saya mengalami sesak nafas kerana paru-paru dijangkiti kuman dan bernasib baik sempat diselamatkan,” katanya.
Menurutnya, penyakit itu sering menyerangnya sebelum ini dan sebab itulah dia sentiasa membawa alat bantuan pernafasan bersama-sama ke mana saja.

“Pada hari kejadian itu, saya juga sudah menggunakan alat bantuan pernafasan berkenaan namun ia gagal memberi kesan. Ketika mula dimasukkan ke hospital, saya ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), namun kini sudah dipindahkan ke wad biasa,” katanya.




.

Ada berani??


Korset yang ditindik pada kulit badan merupakan trend terbaharu yang diminati oleh golongan muda bagi menggantikan tatu.

Kos untuk menindik beberapa subang pada tubuh untuk meletakkan reben yang dijadikan korset itu melibatkan kos sehingga £300 (RM1,473).

Bagaimanapun, seorang doktor bedah memberi amaran bahawa korset itu akan menyebabkan parut pada badan buat seumur hidup dan jangkitan kuman.

Korset itu ditindik di bahagian belakang badan, tulang rusuk dan leher namun parut akan muncul dalam tempoh beberapa minggu.

Bagaimanapun, seorang wanita yang menawarkan perkhidmatan itu di Southampton, Laura Hunt berkata: "Ia tidak berbahaya kerana subang yang ditindik itu di permukaan tubuh dan tidak terlalu dalam."



P/S - Berani nak cuba?



.

Jakim tarik balik sijil halal

Sijil pengesahan halal sebuah syarikat pengeluar daging dan produk nilai tambah berasaskan ayam seperti sosej dan bebola daging yang beribu pejabat di Pulau Pinang ditarik balik serta-merta berikutan penemuan Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam produk keluaran syarikat terbabit.

Menurut laman web Hub Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), keputusan itu dibuat pada mesyuarat Panel Pengesahan Halal yang diadakan pada 22 April lalu.

“Kajian terhadap produk keluaran syarikat berkenaan mendapati terdapat DNA babi, menyebabkan sijil halal syarikat itu ditarik balik serta-merta.

“Sehubungan itu, semua pemegang atau pemohon baru sijil halal yang menggunakan produk keluaran syarikat terbabit perlu menukar produk itu kepada produk lain yang memiliki sijil halal diiktiraf,” kata kenyataan dalam laman web itu.

Selain itu mereka juga perlu mengemukakan resit pembelian produk baru, melakukan proses samak dan mengemukakan bukti surat akuan samak daripada Jabatan Agama Islam Negeri.

Tindakan itu diambil selepas mendapati syarikat itu melakukan kesalahan serius dalam Pensijilan Halal Malaysia (PHM) kerana membabitkan hukum syarak dan aspek teknikal.

Antara kesalahan membabitkan hukum syarak termasuk pengesahan status tidak halal terhadap produk, bahan ramuan dan peralatan oleh pihak berkuasa agama yang diiktiraf selepas dipersetujui Panel Pengesahan Halal, menggunakan ramuan tidak halal selepas memiliki sijil halal dan menyimpan bahan ramuan atau produk halal dengan tidak halal di tempat sama.

Kesalahan lain termasuk menggunakan peralatan dan perkakasan yang bercampur antara halal dengan tidak halal, memproses kenderaan yang tidak sempurna sembelihannya dan membawa masuk bahan tidak halal ke premis atau syarikat yang mendapat PHM serta menggunakan ‘stunning’ menyebabkan haiwan mati.

Kesalahan dari segi teknikal pula adalah perpindahan premis atau kilang tanpa memaklumkan Jakim, perubahan pengurusan dan nama syarikat tanpa memaklumkan kepada Jakim, penyembelih dan pemeriksa yang tidak memiliki tauliah atau tamat tempoh serta penggunaan ‘stunning’ tidak mengikut piawaian yang ditetapkan.




P/S - Bayangkan ada sijil halal tapi keluarkan produk ada unsur-unsur vavi..




.

Ini kes tiru meniru


Taktik along mempengaruhi orang ramai supaya membuat pinjaman kewangan dengan mereka tidak pernah ‘padam’ termasuk yang terbaru meniru logo sebuah bank terkemuka di negara ini.

Selain menggantung poster bertajuk “pinjaman wang berlesen” atau “pinjam tanpa penjamin, blacklist (senarai hitam) pun boleh”, mereka membuat promosi terbaru dengan memasang poster “Maybonuk”, di sekitar kawasan strategik di daerah ini.

Jika dilihat sekali imbas, sesiapa saja akan menganggap iklan terbabit sebagai “Maybank” kerana terkeliru dengan apa yang ditulis pihak berkenaan iaitu Maybonuk.
Iklan terbabit juga meniru warna dan mengalihkan beberapa huruf dari ejaan sebenar bank terkemuka itu, selain mempamerkan kiraan bayaran bulanan yang perlu ditanggung peminjam bagi menarik perhatian.

Pada poster terbabit, juga dicatatkan jumlah pinjaman serendah RM10,000 dan setinggi RM200,000 dengan bayaran ansuran sehingga tiga tahun selain mengenakan caj yang murah bagi meraih pelanggan.

Sentral yang menghubungi nombor tertera di iklan terbabit dimaklumkan peminjam tidak perlu bimbang kesahihan pinjaman yang diberi kerana mendakwa mereka berlesen dan hanya menguruskan pinjaman kepada yang layak dengan memprosesnya dalam tempoh sehari saja.

Seorang penduduk, Hakimah Zainol, 24, berkata isu iklan pinjaman kewangan oleh along seperti tiada kesudahan kerana sehingga kini semakin banyak dilihat ditampal di mana-mana saja tanpa tindakan diambil pihak berkuasa tempatan (PBT).
“Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) seharusnya serius menurunkan iklan terbabit yang bergantungan di sekitar kawasan pentadbiran mereka bagi mengelak pengguna terpedaya dengan skim yang diiklankan.

“Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga perlu menyenarai hitamkan nombor telefon yang turut disertakan pada iklan terbabit bagi menyekat kegiatan itu berleluasa,” katanya.

Beliau percaya iklan itu boleh mempengaruhi mereka yang terdesak terutama peniaga dan penjaja kecil bagi membuat pusingan modal perniagaan mereka.




.

‘Keringkan hati’ cari jasad anak


Sambutan Hari Ibu tidak bermakna bagi seorang wanita apabila kehilangan tiga puterinya sekali gus dalam kejadian arus deras di Hutan Lipur Ulu Bendul, di sini, Selasa lalu.
Lebih meruntun jiwa apabila jasad seorang anaknya belum ditemui sehingga kini.

Keadaan itu menyebabkan Wan Azleela Wan Abdullah, 33, masih tekad berusaha mencari jasad anak bongsunya, Nurshaza Shakinah Said, 2, walaupun kejadian masuk hari keenam, semalam.
Malah, ibu berjiwa kental itu mengetepikan kesedihan kehilangan tiga anak kesayangannya serentak dalam kejadian fenomena ‘kepala air’ itu untuk turut serta turun ke sungai bagi mencari anak bongsunya.

Menurut Wan Azleela, dia amat sedih kerana tidak berpeluang menyambut Hari Ibu bersama anak-anaknya.

“Tiada lagi kucupan dan rengekan manja mereka. Hanya Tuhan tahu perasaan ini dan saya nekad mahu memastikan anak bongsu saya itu mempunyai pusara.

“Saya amat berharap Shakinah ditemui kerana bila ada jasad bermakna akan ada kubur mereka. “Saya boleh melawat kubur untuk mengubat kerinduan terhadap mereka,” katanya.

Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Hasan Malek dan isterinya, Datin Norainee Mohd Yatib meluangkan masa menziarah keluarga mangsa di lokasi kejadian, semalam.

Wan Azleela berkata, air matanya sudah kering menangisi pemergian tiga anaknya itu termasuk Nurshaza Alisa, 5, Nurshaza Azira, 4.

“Sejak anak-anak hilang, saya menyertai gerakan mencari tidak kira siang atau malam tanpa mempedulikan kesejukan air sungai.

“Namun, saya tahu mereka gembira dan riang di sana. “Apabila bersendirian, saya sentiasa melihat Shakinah tersenyum ke arah saya.

“Saya berdoa mereka dirahmati Allah. Saya juga berharap mereka mendoakan saya tabah menjalani hidup ini di dunia tanpa kehadiran mereka di sisi,” katanya.

Sementara itu, Hasan berkata, seorang kaunselor Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Pilah ditugaskan memberi khidmat kaunseling kepada keluarga mangsa supaya dapat menerima hakikat kejadian berkenaan.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Jaafar Baba berkata, pihaknya kini membahagikan kumpulan mencari dan menyelamat (SAR) kepada dua kumpulan membabitkan kawasan sungai yang dalam dan tempat berkelah.




.

Siapa hilang kaki?


Kaki kanan yang digonggong anjing peliharaan seorang peniaga kuih memberi petunjuk kepada penemuan mayat seorang wanita dipercayai dibakar sehingga rentung di tapak pembuangan sampah berdekatan sebuah sekolah rendah di Batu Kawah, pagi semalam.
Mayat wanita tidak diketahui identiti itu ditemui kira-kira 50 meter dari tempat kaki kanannya dilarikan anjing terbabit sambil menyalak ke arah tuannya yang secara kebetulan baru pulang dari berniaga, kira-kira jam 7 pagi.

Sebelum penemuan itu, wanita peniaga kuih berusia 50-an itu baru masuk ke rumah sewanya dan pelik apabila mendengar anjing peliharaannya menyalak tidak seperti kebiasaan.
Difahamkan, peniaga terbabit dikatakan pada mulanya tidak mempedulikan salakan anjingnya, namun hatinya tergerak untuk mengetahui punca sebenar sebelum menghampiri tempat haiwan itu berada.

Sebaik menghampiri anjingnya, dia terkejut melihat haiwan itu menggonggong kaki kanan yang tercabut dari paras lutut dalam keadaan rentung, namun tiada anggota badan ditemui di lokasi berkenaan.

Menurut sumber, wanita terbabit terus memanggil seorang anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) yang secara kebetulan berada tidak jauh dari tempat kejadian sebelum menghubungi polis.

“Sebaik tiba, usaha mencari anggota badan mangsa berjaya ditemui selepas Unit Anjing Pengesan diarahkan bergegas ke lokasi kejadian.

“Seorang penduduk memberitahu ternampak kepulan asap beberapa hari lalu, namun tidak menyangka kejadian seumpama ini berlaku.

“Ini kerana penghuni menyangka ada penduduk membakar tayar kira-kira jam 11 malam. Namun, pada masa sama, penduduk turut hairan kerana pembakaran berlaku lewat malam,” kata sumber berkenaan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan Fauzi Bujang ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat terbabit.

Katanya, siasatan awal mendapati kaki kanan bercerai daripada anggota badan mangsa dipercayai digonggong anjing sebelum dibawa ke lokasi penemuan itu.

“Pemeriksaan ke atas mayat terbabit tidak menemui sebarang dokumen peribadi, namun hanya mengesahkan mayat terbabit adalah wanita.

“Polis masih menjalankan siasatan dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.




.

Maka hujan itu mengiringi kekecewaanku


Selamat malam..
Game besar yang mempunyai makna yang besar buat kedua team, namun kesudahannya, kekecewaan mengiringi the blues untuk dibawa pulang ke stamford bridge...


Keseluruhannya, game yang dimulakan hanya beberapa saat, dimulakan dengan gol cantik oleh Javier Hernandes yang berdoa seperti orang muslim pada awal permainan, namun bila digoogle, rupanya bkn seorang muslim. Gol itu telah membuatkan lulu tersentap..hahaha, mesti semua penyokong chelsea ikut tersentap...Ramai-ramai tersentap... Nape boleh gol awal eh?? Lepas tu pertahanan chelsea yang goyah menambah derita bila menyu didepan dengan  gol hasil jaringan vidic..


Ceh, bila hati sudah mula menyumpah...hoho... ini game penting... chelsea memiliki pemain yang terhebat dan tidak diturunkan... lepas tu Anchelotti leh pula bantai rasa tensen kat tepi padang... WTH...


Panas hati dengan kekalahan ni..haha, boleh tak cuti berblogging?
("SEGAN" kena kutuk...ekeke)
Lulu positif... kena positif... Penyokong arsenal dan city, sila jangan kutuk...errr...korang pun kalah, kan?


Jaringan satu-satunya gol oleh Lampard, sudah tidak mampu mengubah corak perlawanan...
Chelsea - keputusannya, musim yang bermula baik dan berkesudahan dengan zero kejuaraan....
Lulu nak Hiddink kembali....yeah...


KEEP THE BLUES FLYING HIGH..



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!