Saturday, June 11, 2011

Segmen | Aku kenal Lulu Caldina


Jom kita bersegmen.... nak?

1. Buat entri, letak header lulu-pages kat atas, dengan tajuk
"Segmen | Aku kenal Lulu Caldina."
2. Cuba tulis, apa jer yang korang tahu mengenai Lulu Caldina.. (Hoho, masa untuk menguji... ;)....)
3. Linkkan entri anda dalam ruangan komen dalam entri ini...


meh kita tengok siapa yang lebih 'mengenali' siapa Lulu Caldina....
Kalau korang baru jer 'kenal' Lulu Caldina ni, cubalah tulis apa jer yang korang nak tulis...
Yer, lulu akan baca setiap satu entri tersebut..






Tarikh Tutup segmen ni adalah Ahad, 12 Jun pukul 11.55 malam..




.

Roh Harum Dan Roh Busuk


Hadith:
DARI Abu Hurairah r.a katanya: "Apabila roh orang-orang mukmin keluar dari tubuhnya dua orang malaikat menyambutnya dan menaikkannya ke langit."
Kata Hammad : "Kerana baunya harum seperti kasturi."
Kata penduduk langit: "Roh yang baik datang dari bumi. Sallallahu ˜alaika (semoga Allah melimpahkan kebahagiaan kepadamu) dan kepada tubuh tempat engkau bersemayam."
Lalu roh itu dibawa ke hadapan Tuhannya Azza wa Jalla.
Kemudian Allah berfirman: "Bawalah dia ke Sidratul Muntaha dan biarkan di sana hingga hari kiamat."
Kata Abu Hurairah selanjutnya: "Apabila roh orang-orang kafir keluar dari tubuhnya “ kata Hammad, berbau busuk dan mendapat makian-, maka berkata penduduk langit,"Roh jahat datang dari bumi."
Lalu diperintahkan, bawalah dia ke penjara dan biarkan di sana hingga hari kiamat."
Riwayat Muslim


Huraian Hadith:
Kematian sesungguhnya amat menyiksakan. Kematian orang-orang yang tidak beriman mempunyai banyak perbezaan dengan kematian orang-orang yang beriman.
Tanda-tandanya bukan sahaja dapat dilihat oleh orang yang hidup bahkan ini diperakukan sendiri di dalam al-Quran melalui firman Allah S.W.T yang maksudnya: "Kalau sekiranya kamu dapat melihat malaikat-malaikat mencabut nyawa orang-orang yang kafir seraya memukul muka dan belakang mereka serta berkata, "Rasakanlah olehmu siksa neraka yang membakar." (niscaya kamu akan merasa sangat ngeri) (al-Anfal :50).
Rasulullah s.a.w sekalipun dianggap sebagai kekasih Allah turut merasakan kesakitan sakratulmaut. Itupun baginda diperlakukan secara lembut oleh malaikat.
Maka bayangkanlah bagaimana kesakitannya jika kita selaku insan biasa dapat berhadapan dengan situasi ini.
Oleh itu seharusnya kita sentiasa berwaspada agar tidak tergolong di kalangan orang-orang yang tidak beriman, lalai dan lupa kepada Allah kerana sudah pasti roh kita nanti bakal ditempatkan di dalam penjara sehingga hari kiamat.




Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia




.

Udang...eh......belalang................


Di mana-mana pun, belalang biasanya dikenali sebagai serangga perosak yang merugikan petani kerana memakan segala jenis tanaman. Memang wajar petani menganggapnya sebagai musuh besar, selain serangan ulat.

Namun, siapa sangka, belalang yang selama ini menjadi ancaman petani boleh menjadi makanan istimewa di daerah Gunung Kidul, wilayah Yogyakarta.

Bahkan, kebanyakan orang menggambarkan serangga jenis belalang kayu itu sebagai 'udang terbang' kerana rasanya seperti udang.

Seorang penduduk di Desa Mijahan, Daerah Semanu, Barjo, 58, merupakan antara pemburu belalang yang setiap hari menjual belalang di Jalan Semanu-Wonosari.

Setiap pagi hingga menjelang tengah hari, beliau bersama pemburu belalang lain akan mencari belalang di ladang milik penduduk.

Dalam tempoh sejam, antara 400 sampai 500 ekor belalang boleh ditangkap.

Setelah ditangkap, belalang-belalang itu dibersihkan sebelum dicucuk pada lidi dan dijaja di tepi jalan.

Harganya boleh mencecah Rp 400 (14 sen) seekor menjadikannya sajian tersendiri di wilayah berbukit-bukau ini.

"Oleh kerana sekarang ini bukan musim belalang, maka harganya boleh mencapai Rp400 seekor.

"Tetapi kalau dalam musim, harganya tak lebih daripada Rp 150 rupiah (5 sen) seekor. Bahkan belalang dari Pacitan, Jawa Timur, juga dijual di pasar di Gunung Kidul dalam timbangan kilogram dan bukan ekor," kata Barjo kepada Kompas.com

Di sepanjang Jalan Semanu-Wonosari, sejumlah warung makan biasa menyajikan menu belalang goreng.

Satu daripadanya warung milik Sukini, yang mampu menjual tidak kurang daripada dua kilogram belalang goreng setiap hari.

Seorang peminat 'udang terbang', Yuwono, 35, yang ditemui sedang menikmati hidangan belalang goreng di warung milik Sukini mengaku, selain rapuh, rasa belalang juga seperti udang yang digoreng.

"Bukan sedikit warga dari luar Gunung Kidul membeli 'udang terbang' ini sebagai makanan istimewa dari sini," kata Yuwono.




.

Can you be-leaf it?



The Chelsea Flower Show may be over for another year, but green thumbs in search of weird and wonderful garden art need only look to China for inspiration.
A series of animal-shaped plant sculptures have proved immensely popular with visitors to the International Horticultural Exposition in Xian, capital of northwest China's Shaanxi Province.
The exhibits include one of China's national animals, the Red-crowned crane, sharing a tree with a monkey. 



Another national animal, the iconic giant panda, is seen nursing a baby panda.
The topiarists have also crafted a cow and a herd of elephants, one with its trunk raised, in a field of flowers.
To achieve the unique living sculptures, the specialists must regularly clip the foliage and twigs of trees and shrubs to train them to grow in the right direction to form the decorative shapes.
The exposition opened in April and runs for around six months. It is expected to attract around 12 million visitors to Xi’an, one of the most important cities in Chinese history and renowned as the location of the terracotta warriors.


 The 2011 Chelsea Flower Show, which was held in May, also had its share of strange exhibits, including the Korean Hae-woo-so garden and its feature toilet. 







.

Hadiah yang menggembirakan..


Victoria Beckham berkata semalam, Justin Bieber membuat ketiga-tiga anak lelakinya, Brooklyn, 12, Romeo, lapan, dan Cruz, enam, begitu gembira.
Menurutnya, Bieber menghantar gitar akustik dengan tandatangannya kepada ketiga-tiga anaknya itu. Ketiga-tiga anak David Beckham dan Victoria adalah peminat setia penyanyi lagu Baby itu.

Melalui laman Twitter, Victoria mengucapkan terima kasih kepada Bieber.
Victoria turut memuat turun gambar ketiga-tiga gitar itu. “Terima kasih Bieber kerana memberikan hadiah gitar dengan tandatangan anda. Mereka sangat gembira!” tulis Victoria.

Ketiga-tiga kanak-kanak itu amat meminati Bieber hingga Beckham pernah berkata, Romeo ingin adik perempuan yang akan dilahirkan Victoria diberi nama Justine Bieber Beckham. Romeo dan Cruz pernah menonton konsert Bieber dan bertemu penyanyi berkenaan selepas konsert selesai.





.

Menitis airmata bila dengar berita ni malam tadi..


“Saya tak sanggup melihat mayat anak yang hancur kaki dan badannya akibat digilis treler. Sungguh tidak sangka dia pergi secara mengejut dan ia memilukan kami sekeluarga,” kata Rosnah Dollah, 49, ibu Mohd Zulfadzli Ramli, 16, yang maut dalam kemalangan ngeri di Jalan Bukit Sentosa-Kuala Kubu Bharu, dekat sini, awal pagi semalam.
Kejadian berlaku kira-kira jam 3 pagi apabila mangsa yang menunggang motosikal Yamaha dan dibonceng rakannya, Muhammad Azim Firdaus Mohamad Abdullah, 14, pulang daripada bekerja sambilan sebagai pelayan restoran di Bandar Bukit Sentosa ke rumah mereka di Taman Seroja, dekat sini.

Menurutnya, dia bergegas ke tempat kejadian kira-kira jam 3.10 pagi selepas menerima berita itu daripada jiran.
“Saya tidak dapat menahan sebak melihat mayat anak yang terperosok bawah treler panjang. Rakannya parah dan dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh (HSB) sejam selepas kejadian.

“Arwah mahu pulang ke rumah selepas bekerja sambilan sejak setahun lalu di Bandar Bukit Sentosa untuk mencari wang saku untuk belanja persekolahannya. Dia anak yang baik dan manja dengan keluarga,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Menurut Rosnah, ketika kejadian dia dan suaminya, Ramli Mohd Yusof, 54, tidur di rumah.

Katanya, arwah yang juga pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Sentosa 2 anak bongsu daripada tiga beradik suka berjenaka dan penyayang.

“Saya tidak sangka perangai peliknya yang meminta digosok kakinya berulang kali dua hari lalu petanda akhir hayatnya.

“Kami terkilan melihat keadaannya yang teruk selepas terbabit kemalangan itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affendi, berkata kejadian itu membabitkan motosikal ditunggang dua remaja bertembung treler dipandu seorang lelaki dikenali sebagai Nehru, 40, yang membuat pusingan U di laluan terbabit.

Katanya, treler terbabit melanggar motosikal mangsa mengakibatkan mangsa terperosok sebelum digilis.

“Siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pemandu terbabit datang ke Balai Polis Bukit Sentosa untuk membuat laporan sejurus kejadian itu,” katanya.





***


Seorang penunggang motosikal maut dalam keadaan tragis apabila tubuhnya terputus dua akibat digilis sebelum diseret sebuah treler sejauh 10 meter dalam kejadian di Kilometer 458.9 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah selatan, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang berhampiran Restoran Jejantas Sungai Buloh itu, kaki mangsa, T Theventheeran, 24, yang maut di tempat kejadian tersangkut pada satu tayar treler terbabit.

Difahamkan, treler berisi keluli itu cuba mengelak sebuah lori yang diletakkan di lorong kecemasan akibat rosak.
Namun, tindakan itu menyebabkan treler terbabit merempuh motosikal mangsa yang lalu di situ menyebabkan kesesakan lalu lintas kira-kira lima kilometer.

Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan, seorang penunggang motosikal maut apabila motosikal yang ditunggang hilang kawalan dan merempuh sebuah treler yang lalu di lorong kiri jalan.






P/S - Berita yang berasingan. namun membabitkan jenis kenderaan yang sama iaitu treler dan motor... Sedihnya mati dalam keadaan begitu... Takziah buat keluarga mangsa...




.

BEN ASHAARI :JOM KENAL BLOG SAYA


Lulu baru jer online ni, ternampak encik ben buat segmen...


Sila berkenalan dengan blog Lulu Caldina ni, Lulu-Pages..
Huhu memang blog yang sarat dengan maklumat dan pengetahuan...
Kenali dan singgah hari-hari, barulah kenal...ekeke...


Salam kenal semua, semoga korang mendapat yang terbaik daripada blog ni...




.

Batu yang paling indah didunia..


Mungkin kita akan terfikir, keindahan gambar ini wujud, hanyalah jika kita pandai edit...
Namun, kenyataannya, ianya benar-benar wujud..




Tempat ini dinamakan Tasik Huron, yang terletak di Amerika Utara...
Menurut suku asli Amerika, yang memberikan nama tersebut, Huron bermakna tempat yang suci..




Tempat dan pemandangan yang luar biasa..
Keindahan alam ciptaan Tuhan..



Bayangkan, diatas batu, ada pokok yang tumbuh subur meninggi...
Alangkah indahnya..





P/S - Dah tengok ni? [cantik]




.

Palsu pun boleh..

Seorang lelaki bersenjatakan sepucuk pistol palsu melarikan wang tunai RM80,000 dari sebuah bank di Taman Taming Jaya, Seri Kembangan, dekat sini, hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 3.50 petang itu, lelaki itu mengambil masa lima minit untuk melakukan rompakan nekad tersebut.

Ketua Polis Daerah Kajang, Abdul Rashid Abdul Wahab berkata, lelaki berusia lewat 20an itu yang memakai cermin mata hitam dan rambut palsu paras pinggang masuk ke dalam bank lalu melompat ke dalam kaunter.
Katanya, lelaki itu kemudian mengacukan pistol ke arah kerani wanita di kaunter itu serta mengarahkannya supaya memasukkan sejumlah wang ke dalam beg yang dibawanya.

"Suspek kemudiannya memaksa wanita itu mengikutnya sehingga ke pintu keluar sambil pistolnya diacu ke arah mangsa,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata, setelah mengambil wang tersebut suspek bertindak melarikan diri dan mencampak pistol itu ke dalam longkang di hadapan bank terbabit sebelum menaiki sebuah motosikal jenis Honda EX5 yang diletakkan berhampiran bank berkenaan.




.

Mangsa cetak rompak..


Langkah stesen televisyen berbayar Astro memperkenalkan Astro First bagi pelanggannya menonton filem tempatan terkini tanpa perlu ke pawagam dilihat dimanfaatkan sepenuhnya industri cetak rompak.

Tinjauan mendapati VCD dan DVD filem tempatan terbaru seperti "Kongsi" dan "Seru" yang masih ditayangkan di pawagam dan Astro First sudah memenuhi pasaran.

Dijual pada harga serendah RM5 hingga RM6 bergantung kepada pakej dan juga keupayaan pembeli berunding, "lanun" cetak rompak ini tanpa silu mengaut keuntungan berkali ganda secara mudah.

"Ini nilai untuk wang anda lah kawan, kerana kualiti audio dan visualnya bagus dan masih ditayangkan di pawagam," kata seorang penjual VCD dan DVD cetak rompak ketika ditanya sama ada filem itu dirakam menerusi Astro First.

Diuar-uar sebagai "yang pertama seumpamanya", Astro First dilancarkan pada 13 Januari lalu dan mengenakan caj RM15 bagi sebuah filem yang disiarkan menerusi saluran 480 dalam tempoh dua minggu filem itu ditayangkan di pawagam.

Astro First dikatakan dapat membantu pelanggannya berjimat kerana sekeping tiket untuk menonton wayang di pawagam boleh mencecah belasan ringgit.

Sementara itu, Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Sarawak, Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman, ketika dihubungi berkata penjualan DVD dan VCD sedemikian melanggar Akta Hakcipta 1987.
Bagaimanapun, katanya, usaha mengesan dalang kegiatan itu memerlukan kerjasama semua pihak.

"Terserah kepada penerbit filem, pengedar dan Astro untuk mengambil langkah seterusnya dan adalah lebih baik jika mereka membuat laporan rasmi bagi memudahkan kami mengambil tindakan," katanya.




.

Satu-satunya kaum yang makan tanah


Tuban, adalah salah satu desa di Jawa Timur Indonesia, dimana orang-orangnya memakan tanah yang disebut dengan nama "ampo" yang dipercayai sebagai ubat dan mereka mempercayai bahawa ampo boleh menghilangkan rasa sakit.

Rasima, penjual ampo, mengatakan bahawa tidak ada resepi untuk untuk memasak tanah tersebut. Dia hanya mencari tanah yang bersih yang bebas dari kerikil, kemudian ditumbuk dan dipadatkan sehingga berbentuk segi empat. Kemudian, dengan mengikisnya dengan stik dan membentuknya seperti gulungan. Tanah yang sudah menggulung itu kemudian dibakar dan diasap selama 1 jam, lalu jadilah sebagai snack atau makanan ringan yang siap dimakan. Rasima biasanya menjualnya dipasar dan sehari dia boleh mendapat sekitar Rp 20 ribu untuk menampung keluarganya.

Tuban merupakan satu-satunya tempat di dunia yang memakan tanah. Memang ada orang-orang aneh di dunia yang suka makan pasir, dan benda aneh lainnya. Tapi tidak ada yang memakan tanah panggang. Salah seorang warga Tuban mengatakan bahawa dia sudah memakan ampo sejak dia masih kecil dan ampo mendinginkan perutnya.




.




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!