Wednesday, June 22, 2011

Meraikan kepulangannya.............


CHELSEA FC meraikan kedatangan pengurus baru Andre Villas Boas yang telah menandatangani kontrak selama 3 tahun...Bekas pengurus Porto itu menuruti jejak mentornya, Jose Maurinho (special one), setelah The Blues membayar bayaran pelepasannya sebanyak 13.2million.

Villas Boas dikatakan merupakan seorang calon yang paling tepat kerana dia sungguh berbakat dalam usia mudanya 33 tahun, dan telah mencapai banyak pencapaian yang membanggakan setakat ini..Dia yang telah berkhidmat dengan chelsea selama 3 tahun sebelum ini sebagai pembantu Maurinho memang sudah tidak asing lagi dalam keluarga chelsea..


Selamat datang kembali, Andre Villas Boas...




.

Aishwarya Rai and Abhishek Bachchan expecting first baby



Bollywood actress Aishwarya Rai, famous for her role in hit film Bride & Prejudice, is pregnant.
It will be the first child for the 37-year-old actress and her actor husband Abhishek Bachchan, 35, who married back in 2007.
The news was broken by Abhishek's father, actor and producer Amitabh Bachchan, who tweeted today:  'NEWS NEWS NEWS!! I am going to become a grandfather. Aishwarya expecting... So happy and thrilled!!!'

Amitabh later wrote that the news had only just been confirmed.
Aishwarya and her husband, who attended this year's Oscar ceremony in Hollywood, are known as a 'super couple' in their native India, having both starred in a number of hit Bollywood films.
The actress has won two Filmfare Awards (the Hindi equivalent of the Oscars) and crossed over into English-speaking cinema, appearing in 2004 hit Bride & Prejudice and The Pink Panther 2 alongside Steve Martin in 2009. 



She also won the Miss World Beauty pageant back in 1994 and was once dubbed by People magazine as one of the 'world's most beautiful women.'
But despite her worldwide success, she has previously ruled out a more permanent move to try her luck in Hollywood.
'I'd be happy to stay in my country,' she once told David Letterman. 'But we are gypsies in this industry. You go where work takes you.'




.

Gimik jer lah..adeh


Kontroversi penyanyi dan pelakon Marsha Milan Londoh, 26, yang dilaporkan sudah berkahwin pada Ahad lalu secara senyap hanyalah sekadar gimik yang dilakonkan dalam klip videonya.
Pengurus penyanyi itu, Syada Fiza berkata adegan perkahwinan tersebut dilakonkan dalam klip video terbaru Marsha berjudul Bila.

"Marsha memang berkahwin tapi hanya dalam lakonan sahaja untuk klip video terbarunya yang berkisar tentang perkahwinan.
"Adegan itu dilakonkan dalam suasana majlis dalam taman yang dibuat sama seperti perkahwinan sebenar," katanya.
Sebuah akhbar harian tabloid, Rabu, melaporkan bahawa penyanyi tersebut mengaku sudah berkahwin secara sembunyi pada Ahad lalu.

Laporan tersebut juga menyebut bahawa pelakon drama Kum Kum The Series itu telah melangsungkan perkahwinan di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong.
Syada berkata, klip video tersebut sedang dalam proses pembikinan dan dijangka akan dikeluarkan di YouTube pada minggu hadapan.

Dalam pada itu, pihaknya juga berasa terkejut dan geli hati apabila isu berkenaan dijadikan sebagai kontroversi muka hadapan akhbar berkenaan.
Katanya, perkara itu timbul apabila Marsha secara bergurau menceritakan hal “perkahwinan” tersebut menerusi laman sosial Twitter miliknya baru-baru ini.
"Penggambaran untuk klip video tersebut sudah siap sepenuhnya hanya tinggal proses suntingan terakhir sahaja.

"Kami tak sangka ia menjadi persoalan banyak pihak mengenai kebenaran perkahwinan yang dilaporkan tapi ia sedikit sebanyak membantu kami untuk mempromosikan video klip tersebut," katanya sambil memberitahu penyanyi itu sedang sibuk di lokasi penggambaran dan tidak dapat menjawab panggilan telefon.




.

Chelsea FC dan Manager yang baru *WELCOME~


Chelsea telah berjaya mendapatkan Andre Villas Boas sebagai pengurus baru pada malam semalam selepas bayaran 13.2 million.

Chelsea akan memperkenalkan beliau secara rasmi bulan depan, sebaik sahaja dia telah menghabiskan beberapa hari bekerja dengan pemain dalam latihan.

Kemajuan yang menggembirakan itu telah dibuat pada hari Selasa, dengan Porto mempromosikan penolong jurulatih mereka, Vitor Pereira, sebagai pengurus dan memberitahu bursa saham Portugal bahawa wang pembebasan telah dibayar dan bahawa kontrak mereka dengan Villas-Boas telah ditamatkan.

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Chelsea malam tadi menimbulkan persoalan tentang bagaimana wang itu dibayar. 'Kami maklum bahawa fasal pembebasan Andre Villas Boas-telah diaktifkan,' dan "Kami pada masa ini boleh mengesahkan kepentingan kami pada dia dan berharap untuk mencapai persetujuan bersama mengenai terma peribadi. '


Villas-Boas, yang pernah berkhidmat Chelsea sebagai pembantu kepada Jose Mourinho, dijangka membawa dua orang anggota kakitangan kejurulatihan dengan dia ke London -  fitness trainer, Jose Maria Rocha dan scout Daniel Sousa.

Difahamkan beliau juga mahu membawa Falcao dan Joao Moutinho, dua pemain utama.. Presiden Porto Jorge Nuno Pinto da Costa segera meletakkan harga pada ketua mereka malam tadi, menilai Falcao pada £ 26.5m dan Moutinho £ 35.5m .

'Apabila beliau pergi untuk menghabiskan hujung minggu di London sebulan atau lebih yang lalu, saya bercakap dengan Vitor Pereira dan bertanya kepadanya sama ada beliau akan bersedia untuk mengambil alih, "katanya.

Baru-baru ini Villas-Boas berkata London merupakan bandar dia merasakan dia boleh hidup dengan sempurna dan, berdasarkan beberapa laporan yang wujud dari Portugal semalam, beliau mewah jika menjadi pengurus chelsea.











P/S - Lepas ni ramai gadis akan bertukar arah dan menyokong chelsea sebab manager dia handsome dan muda woo.. ekeke...








.

Contest Mata Menawan


Lulu join untuk beri sokongan moral buat teman baik lulu ~ nini....
Kalau ikutkan hati, lulu memang tak layak nak join contest ni...
sebab seumur hidup tak pernah lagi pakai contact lens..
Namun, mungkin ini akan menjadi yang pertama kali jika lulu menang?
ekeke, apa rupa mataku ini jika lens itu disitu..



"Saya suka (dan teringin nak pakai) contact lens kerana, nak mata yang besar dan menawan..hoho..."



Lulu tag Cik Bintang dan Kak Liza


Tarikh Tutup : 17 Julai 2011





.

AKU PROMOSI KAU PROMOSI AKU


Mari rapat....eh jangan terlalu rapat....
Jom ramai-ramai join segmen terbaru encik ben...
tutup 3.30 petang ni...




.

Wordless Wednesday...






.

Selamat Hari Lahir Sayang.........


Setelah berminggu-minggu membesar didalam perut..
Berhari-hari ibu menahan kesakitan, akhirnya.............
kamu lahir juga......................
Sudah tentu ibu kamu yang paling lega sekarang...
dan seluruh keluarga menyambut mu dengan riang gembira...
Tidak ketinggalan kakak yang super duper aktif, oni....yeah...


Syukur semuanya selamat walaupun kamu lahir dengan pembedahan...
Meh kita sama-sama doakan ibu kamu lekas sembuh,
sebab lepas ni dia kena berjuang menguruskan badan dalam pantang..ngee


Untuk lebih lanjut express ke blog my nini........




.

Dia ke orangnya? wee..........


Jurulatih Porto, Andre Villas-Boas semakin hampir untuk berpindah ke kelab Liga Perdana England, Chelsea selepas melepaskan jawatan itu semalam.
"Porto telah dimaklumkan mengenai hasrat Villas-Boas untuk meletak jawatan dan secara automatik, klausa dalam kontraknya aktif," menurut satu kenyataan yang dikeluarkan juara Liga dan Piala Portugal serta Liga Europa itu.
Menurut kenyataan itu lagi, kontrak jurulatih berusia 33 tahun itu akan terbatal sebaik sahaja menerima deposit berjumlah 15 juta euro (RM65.4 juta).
Villas-Boas yang mempunyai kontrak bersama Porto sehingga tahun 2013 telah dikaitkan dengan Chelsea yang ketika ini sedang mencari pengurus baru bagi menggantikan tempat Carlo Ancelotti yang dipecat pada Mei lalu.

Sekiranya Chelsea berjaya melengkapkan perjanjian ini, bekas jurulatih Porto itu akan menjadi pengurus paling muda dalam saingan Liga Perdana England.
Pemilik Chelsea, Roman Abramovich pada mulanya mahu melantik Guus Hiddink, 64, sebagai pengurus kelab itu.

Namun, masalah mula timbul apabila Hiddink menjelaskan bahawa pada usia yang sepertinya, dia memerlukan seorang pembantu pengurus yang terkenal untuk meringankan bebannya.
Apabila percubaan mendapatkan pengurus seperti Marco van Basten dan Steve Clarke menemui kegagalan, The Blues kemudian cuba memancing Villas-Boas yang mana dia menerima tugas tersebut tetapi hanya sebagai pengurus sahaja.

Abramovich sedar tentang risiko yang dihadapi tetapi dia memutuskan untuk percaya terhadap kebolehan jurulatih muda itu yang dianggapnya mampu menjadi hebat seperti Jose Mourinho.
Villas-Boas, yang banyak mengutip pengalaman di bawah bimbingan Bobby Robson dan Mourinho, mula melatih Porto sejak musim panas lalu.

Dia membawa kelab itu memenangi empat trofi dalam satu musim iaitu Liga Europa, Liga Portugal, Piala Portugal dan juga Piala Super.
Ketibaan Villas-Boas juga mungkin menyaksikan penyerang utama Porto, Radamel Falcao turut menyertai Chelsea.
Namun pemain Chelsea mungkin memerlukan sedikit masa untuk menerima kehadiran Villas-Boas sebagai pengurus mereka.


Ini kerana usia Villas-Boas adalah sebaya dengan pemain lain seperti Didier Drogba dan Frank Lampard yang baru saja menyambut ulang tahun ke-33 kelmarin.
Dia dibawa ke Chelsea oleh Mourinho untuk mengambil data pasukan lawan, memberi setiap pemain satu video mengenai maklumat khusus tentang pemain lawan mereka dan juga pasukan tersebut secara keseluruhannya.

Selepas menerima bimbingan daripada Robson, dia kemudian mengikut Mourinho ke Chelsea dan juga ke Inter Milan, sebelum berpisah apabila mendapat tawaran menjadi jurulatioh di Academica de Coimbra pada Oktober 2009.
Villas-Boas kemudian pulang semula membimbing Porto pada 2009.





.

Polis tembak mati tiga penjenayah


Polis menembak mati tiga penjenayah warga asing yang cuba merompak sebuah rumah di ladang kelapa sawit Yazid Baba 1 di Kampung Pedas Tengah, Rembau, dekat sini, awal pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.54 pagi, ketiga-tiga penjenayah itu yang berusia lingkungan 20-an ditembak mati menggunakan senapang patah oleh anggota polis yang sedang menjalankan rondaan di kampung tersebut.

Difahamkan, tiga lagi anggota kumpulan itu sempat melarikan diri dengan salah seorang daripadanya cedera akibat terkena tembakan pihak polis.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh berkata, sepasukan anggota polis yang meronda di kawasan ladang kelapa sawit terserempak dengan kumpulan penjenayah itu.
Ketika itu, katanya, kumpulan penjenayah tersebut cuba melarikan diri selepas kehadiran mereka untuk merompak rumah mangsa disedari salah seorang ahli keluarganya.
“Sebaik sahaja terserempak dengan sepasukan anggota polis, penjenayah terbabit bertindak agresif dan cuba menyerang anggota polis menggunakan parang.


“Berikutan itu, polis terpaksa melepaskan tembakan menggunakan senapang patah untuk mempertahankan diri. Tiga daripada mereka mati setelah terkena tembakan manakala seorang lagi tercedera dan meloloskan diri bersama dua lagi rakannya,” kata beliau pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Osman memberitahu, pihaknya sedang giat memburu ketiga-tiga suspek yang melarikan diri itu.




.

Tangisan pilu menyentuh perasaan


Lambaian serta tangisan pilu seorang pelajar sekolah rendah yang terbaring di atas jalan raya menyentuh perasaan orang ramai selepas motosikal ditunggang ibunya dirempuh sebuah kereta di Kampung Tengah, Kuala Sungai Baru, dekat sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 pagi, Mohd Hakimi Musazali, 10, bersama ibunya, Roziah Basah, 35, dari Kampung Tanjung Dahan, Kuala Linggi cedera parah selepas motosikal dinaiki dilanggar sebuah Produa Kancil dari belakang.

Pada masa sama, sebuah Produa Viva dipandu seorang wanita bersama anaknya dari arah Kuala Sungai Baru terbabas dan terbalik ketika cuba mengelak dua beranak itu yang terbaring di atas jalan.
Difahamkan, motosikal Yamaha Lagenda ditunggang Roziah berada di tengah jalan untuk membelok masuk ke rumahnya sebelum dirempuh dari belakang Perodua Kancil terbabit.

Berikutan rempuhan kuat itu, Roziah terpelanting kira-kira lima meter menyebabkannya cedera parah di kepala, perut dan kaki kiri manakala Mohd Hakimi yang juga pelajar tahun empat Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (China) Yok Sin, Kuala Sungai Baru, di sini, pengsan serta cedera di kaki kanan.

Pemandu Perodua Viva itu, Munirah Mohd Nazir, 27, berkata, dia dalam perjalanan dari Taman Seri Aman, Masjid Tanah ke Kuala Linggi untuk berniaga apabila melihat sebuah Perodua Kancil mengekori belakang motosikal dua beranak itu. “Saya lihat kereta itu dipandu agak kelam-kabut dan laju manakala motosikal dinaiki mangsa ditunggang perlahan dan ketika tiba di satu simpang, pemandu kereta Kancil tiba-tiba merempuhnya dari belakang.

“Dua beranak itu terpelanting di atas jalan raya manakala Pemandu Kancil itu memecut laju ke arah Kuala Sungai Baru selepas merempuh motosikal itu,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Munirah berkata, dia gagal mengelak lalu terlanggar motosikal yang tercampak di tepi jalan menyebabkan keretanya berpusing beberapa kali dan terbabas lalu terbalik.

“Ketika cuba elak daripada merempuh dua beranak itu, saya terpusing stereng kereta ke kiri lalu melanggar tembok rumah dan tiang elektrik.

“Kalau tidak mengelak pasti mereka akan dilanggar dan saya berharap dua beranak itu selamat,” katanya yang memberitahu dia bersama anaknya, Muhamad Qayyum Rozaidi Azizi yang berusia tiga tahun tidak cedera dalam kejadian itu. Roziah yang cedera parah di kepala, perut serta kaki kiri manakala anak sulungnya patah kaki kanan dihantar ke Hospital Melaka menggunakan ambulans untuk menerima rawatan.

Sementara itu, Jurucakap Hospital Melaka mengesahkan wanita itu ditempatkan di Zon Merah Unit Kecemasan hospital berkenaan berikutan kecederaan parah dialami memerlukan pembedahan segera.

“Mangsa kini kritikal kerana pendarahan di kepala dan berkemungkinan besar akan dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan lanjut manakala pembedahan kaki kirinya yang patah akan dilakukan segera,” katanya.





.

Nyaris maut gerai dirempuh kereta


Berpantang maut sebelum ajal. Begitulah yang terjadi terhadap seorang pelajar perempuan, Nor Ain Nadira Mohd. Hasli, 13, yang nyaris maut selepas gerai jualan tembikai bapanya dirempuh sebuah kereta mengakibatkan mangsa terseret sehingga terjatuh ke dalam parit di Jalan Jelor di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 3.10 petang itu, pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Telaga itu pengsan selepas dirempuh kenderaan terbabit.

Menceritakan detik-detik cemas itu, Nor Ain memberitahu, ketika kejadian, dia sedang duduk di bawah gerai sebelum dikejutkan dengan bunyi bising dari jalan raya.
Katanya, dia kemudian melihat dua buah kereta yang dipandu laju datang dari Tasek Pauh ke Pekan Pasir Puteh.

"Tiba-tiba salah sebuah kereta terbabas dan merempuh gerai dan sejurus itu saya tidak ingat apa-apa kerana tidak sedarkan diri. Kejadian itu berlaku terlalu pantas," katanya kepada ditemui pemberita di tempat kejadian di sini hari ini.

Tambahnya, dia ditemui orang ramai dalam keadaan tertiarap bersama gerai yang roboh di dalam parit berdekatan setelah diseret bersama-sama dua buah motosikal dan kereta terbabit.
Nor Ain Nadira memberitahu, dia bersyukur kerana selamat dan hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian kaki kanan, serta merasa sakit di seluruh badan.
"Saya tidak sangka umur masih panjang sebab kalau dilihat kepada keadaan kejadian tersebut mungkin ramai yang menyangka saya sudah tiada," katanya.

Sementara itu, bapa mangsa, Mohd. Hasli Rashdi, 42, ketika ditemui hari ini berkata, dia terkejut sebaik sahaja dimaklumkan berhubung kejadian yang menimpa anak ketiga daripada tujuh adik beradik itu.
"Masa kejadian saya dalam perjalanan membeli makan tengah hari dan berpatah balik ke gerai tembikai sebaik sahaja menerima panggilan tentang kejadian yang menimpa Nor Ain.
"Pada waktu itu saya tinggalkan dia sekejap untuk membeli makan tengah hari, dan belum sampai setengah jam saya dikejutkan dengan kejadian tersebut,'' katanya.





.

Saya memang dah kahwin..


“Ya, memang saya sudah berkahwin, Ahad lalu,” kata penyanyi dan pelakon, Marsha Milan Londoh, 26, sekali gus menamatkan pelbagai gosip mengenai status terkini dirinya.

Artis berasal dari Sabah itu dicungkil bakatnya melalui program realiti Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) berkata, majlis perkahwinannya berlangsung di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong.
Bagaimanapun, dia yang berketurunan Dusun dan beragama Kristian enggan mengulas lanjut mengenai perkahwinannya itu serta menafikan sengaja menyembunyikannya daripada pengetahuan media.

“Bukan niat saya menyembunyikannya daripada media tetapi saya cuma mahu melakukan kejutan. Bagaimanapun, saya akan menjelaskan segala-galanya kepada rakan media dalam minggu ini.

“Buat masa ini saya perlu mendiamkan diri terlebih dulu kerana saya tidak mahu memperbesarkan perkara ini,” katanya.




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!