Friday, July 29, 2011

Siapa yang skodeng ni??


Dua pelajar wanita dari Bulgaria terkejut apabila mendapati terdapat beberapa kamera tersembunyi yang mengintip pergerakan mereka di setiap bilik dalam apartmen mereka di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Kedua-dua pelajar itu, Vanya Amokovareva, 22, dan Ralitsa Dzhambazova, 23, bertindak menghubungi polis apabila mereka mendapati terdapat kamera tersembunyi pada alat pengesan asap.


Kamera itu juga didapati terdapat di dalam bilik mandi.
Selama tiga bulan mereka berada di dalam apartmen tersebut, setiap pergerakan pelajar itu dirakamkan menerusi kamera berkenaan.
Mereka menemui kamera itu pada Isnin lalu.
"Saya tidak pernah menjangkakan perkara seperti ini akan berlaku pada saya dan rakan saya," kata Dzhambazova.


Menurutnya, mereka datang ke sini untuk menghabiskan cuti musim panas dengan bekerja di Amerika Syarikat.
Para penyiasat kini mencari individu yang meletakkan kamera itu.




.

day 22 - tarikh tarikh penting dalam hidop anda


  1. Hari lahir diri sendiri... Penting sangat, sebab masa ni terbayang (walaupun keadaan kejadian tu lulu tak mengerti apa-apa..) mummy bertarung nyawa melahirkan bayi comel, yang membesar bagaikan johan..ekeke. Lulu lahir 9.20 pagi...
  2. Hari lahir kedua orang tua lulu... Tiap-tiap tahun mesti beli kek, lepas tu makan bersama.. aiyah.. saya orang cina maaa, mesti makan besar..weee....
  3. Hari lahir adik saya... saya ada adik..tettt..
  4. hari cuti opkos, sebab boleh merancang percutian yang menarik dan murah.. banyak jimat baru senang hati nak bercuti...kan kan..
  5. ni yang sedih.. tarikh kematian koko saya ~baca~




P/S - Tamat cabaran hari ke 22.. [KLIK]





.

The incredible puppy who fakes death for his canine pal




It turns out pretening to be dead isn't just an fun trick for human children - but little pooches as well.
A cute pup Rosie scares her doggy friend when, after a little nip to the neck, she plays dead.
Still, it has already attracted hundreds of Youtube hits after only being uploaded in the past 24 hours.

Such play - so reminiscent of that of young children - makes one think of about just how much DNA we share with our canine friends.
Experts say young dogs play to build up their own survival skills and is an important part of their development.
Dogs in the wild have to hunt and to protect themselves and these skills can be seen as early as puppyhood through play.


Although domesticated dogs will never have to hunt for their own food, such play is rooted in their inborn animal instincts.
 The person who uploaded the video commented that apparently this kind of attention seeking isn't unusual for the dog.








.

Follower bertuah..



Lama dah tak buat ni...
Tetiba terfikir nak buat semula...
Sebab lulu tahu bagaimana rasanya bila blog kita dapat special entri diblog orang lain..
Gembira dan bangga bercampur baur..
betul...


Dan seperti biasanya, bila follower bertuah ni 'bertuah'...
entri ni akan melekat selama 24 jam disini..
Meh lah bagi sokongan...
Bila kita beri sokongan ikhlas buat orang lain,
Insya-Allah, kita pun akan dapat kebaikan...


Memperkenalkan, seorang yang sangat istimewa buat Lulu-Pages...
Antara pembaca terawal, dan penyokong setia Lulu-Pages..
Sehingga kini... dan penulis blog ini juga merupakan seorang yang amat memahami Lulu Caldina.
Tak percaya tengoklah entri ni..


Lulu juga merupakan pembaca setia blog ini...
Hasil tulisannya ringkas, namun berisi..
Lihat saja pada setiap entri, sentiasa mendapat komen yang banyak...
Dan jangan terkejut..
Kakak, ni merupakan seorang penulis novel ;)







Jom terjah.... [KLIK]




.



Love is… two dragonflies mating



This picture shows two dragonflies making love in the most romantic way - by forming a heart shape.
Shocked Chelyapin Dmitry almost choked on his picnic as he sat with his family by a lake near his hometown of Chelyabinsk, Russia.
Out of the corner of his eye, he was stunned to see the pair creating the universal sign of love.

Chelyapin quickly dropped his sandwiches and grabbed his point-and-shoot digital camera to snap this incredible close-up picture of the moment.
The amateur snapper's amazing shots perfectly capture the bright blue dragonfly and its brown companion topping and tailing in the warm summer sunshine.

The 46-year-old said: 'It was a hot day. We had a rest by a lake and had a picnic. I saw the dragonflies out of the corner of my eye and just started laughing.
'I was surprised to see them making a heart shape - it was very unusual taking into consideration the awkward way they were going about making love and continuing the never ending circle of life.
'But everything in life happens for a reason - I believe it was a sign that love was in the air.'
The amateur photographer nicknamed the dragonflies Yin and Yang after spending 20 minutes watching and photographing them.
He added: 'Nature is all about love and these images show that.'



.

Benayoun dakwa dicemuh perkauman di Malaysia


Chelsea mengemukakan aduan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung cemuhan berbaur perkauman terhadap pemainnya, Yossi Benayoun, minggu lalu.

Pemain antarabangsa Israel itu diejek ketika beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang Pilihan Malaysia di Kuala Lumpur.
Chelsea tidak bertindak serta merta kerana tidak pasti apakah punca di sebalik herdikan itu.
Namun mereka memutuskan untuk bertindak selepas memahami insiden tempoh hari daripada para peminatnya yang berpangkalan di Malaysia.

Satu kenyataan kelab menyebut: "Kami mengesahkan bahawa satu aduan rasmi telah diajukan kepada FAM berhubung layanan terhadap Yossi Benayoun semasa perlawanan menentang Pilihan Malaysia, Khamis lalu.
"Di sebalik kebanyakan peminat menjaga tingkah laku mereka pada malam tersebut, kami percaya Yossi menjadi mangsa ejekan anti-semitik daripada sebilangan peminat perlawanan tersebut.

"Kelakuan seumpama itu menyinggung, tidak boleh diterima sama sekali dan tidak sepatutnya berlaku dalam bola sepak.
"Kelab tidak mengambil tindakan pada masa itu kerana pada awalnya ia tidak jelas apakah herdikan yang diterima Yossi, kerana beberapa pemain dari kedua-dua pasukan juga menerima layanan serupa, ada kalanya lebih kuat dan panjang.

"Namun, selepas mengambil masa meneliti isu ini sepenuhnya, kami merasakan aduan rasmi adalah perlu.
"Secara keseluruhannya, kedatangan kami ke Malaysia memberikan pengalaman sangat positif untuk pasukan dalam siri jelajah pra musim.
"Malangnya, kelakuan segelintir penyokong juga menjadi sebahagian memori yang terpahat dalam kedatangan kami kali ini."



.

Apakah lembek sangat ni??


TERSINGKIR di pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 dengan agregat 6-4 selepas seri 1-1 dalam aksi timbal balik menentang Singapura, malam tadi adalah keputusan yang tidak adil buat ketua jurulatih negara, Datuk K Rajagobal.
Bagi pengendali negara berusia 55 tahun itu, barisan Harimau Malaya sebenarnya mampu memenangi perlawanan itu jika tidak kerana taktik pemain lawan yang gemar melengah-lengahkan permainan.

“Saya tidak fikir keputusan ini adil buat kami, secara jujurnya kami boleh memenangi perlawanan ini. Walaupun secara keseluruhan kami tidak tewas malam ini (semalam), saya gembira dengan permainan pemain-pemain khususnya pada babak kedua,” katanya pada sidang media selepas tamat perlawanan.
Semuanya tidak menjadi buat Malaysia pada babak pertama apabila bahagian serangan yang diketuai, Mohd Safee Sali gagal memecah benteng pasukan pelawat meskipun mendapat sorakan padu 90,000 penonton di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Ketiadaan kapten, Mohd Safiq Rahim yang digantung perlawanan nyata memberi kesan apabila pengganti Ismail Faruqi Ashari tenggelam di bahagian tengah.

Sebaliknya skuad singa memperoleh sekurang-kurangnya tiga percubaan terbaik termasuk sepakan jarak dekat pemain ‘import’ Qiu Li dan Aleksandar Duric namun berjaya dihalang dengan ketangkasan penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat.

Dengan pemain Singapura kendalian Radojko Avramovich lebih gemar ‘berlakon’ seperti kecederaan untuk melengah-lengahkan permainan, babak pertama berakhir 0-0.

Namun kedudukan berubah pada separuh masa kedua. Bermula dengan gerakan pemain sayap lincah, S Kunanlan bijak memperdayakan dua pemain Singapura melorongkan bola kepada Safee yang merembat deras menewaskan penjaga gol Mohamad Izwan Mahbud di minit ke-57.
Namun ketika Harimau Malaya hanya memerlukan satu gol lagi untuk mengikat agregat 5-5, pintu gol dibocori di minit ke-72 hasil percubaan pemain natrulisasi dari China, Shi Jiayi sekali gus menyentap semangat juang anak buah Rajagobal.

Tambah perit pemain gantian Ahmad Fakri Saarani dilayangkan kad merah pengadil Jepun, Takayama Hiroyoshi pada masa tambahan dengan Singapura pula meneruskan taktik melengahkan permainan sehingga wisel penamat dibunyikan.

“Kami mendapat satu gol dan kami sepatutnya boleh menambah jaringan kedua tapi permainan kami sering diganggu dengan tindakan pemain Singapura yang kerap cedera.

“Saya tidak fikir pemain-pemain mengecewakan peminat yang datang memberi sokongan kerana mereka sudah berusaha bersungguh-sungguh,” katanya.

Dengan agregat 6-4 Singapura mara ke pusingan ketiga peringkat kumpulan manakala Malaysia juara Piala Suzuki AFF dan Sukan Sea Laos 2009 pula terus kempunan sejak bersaing di peringkat kelayakan Piala Dunia pada 1974.


P/S - Tajuk entri, LEMBEK bukan ditujukan kepada team Malaysia, tapi team Singapura yang asyik berlakon cedera.. Wei, bagi kad wei.. sengaja jer kan buang masa... Syabas untuk pasukan Malaysia, juga buat semua supporter's yang berjuang malam tadi :)




.

Rentung dalam kebakaran


Seorang lelaki warga Indonesia yang mendapat taraf penduduk tetap (PR) rentung dalam kebakaran di unit kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 pagi, mangsa, Dedy Mulia Abdul Ghani, 33 yang dipercayai menghidap sakit mental sedang dirawat di hopsital berkenaan gagal diselamatkan selepas terperangkap di dalam bilik di wad terbabit.

Pengarah Penguat Kuasa Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail, berkata, anggota bomba menerima panggilan pada jam 12.34 pagi dan sampai ke tempat kejadian tujuh minit selepas itu.
Menurutnya, dua jentera bomba dari Balai Bomba Chow Kit dan Sentul dikerahkan ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran.

“Ketika sampai di HKL, kita dapati kakitangan hospital sedang berusaha memadam kebakaran itu menggunakan alat pemadam api.

“Kami mengambil alih memadamkan kebakaran di wad terbabit yang diselubungi asap tebal,” katanya ketika dihubungi awal pagi tadi.
Menurut Azizan, bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke tempat lain dan api dapat dipadam sepenuhnya dalam tempoh setengah jam.

“Kakitangan hospital juga berjaya memindahkan seramai 15 pesakit ke wad lain. Bagaimanapun, Dedy yang terperangkap di dalam bilik terbabit gagal diselamatkan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut kejadian terbabit bagi mencari punca kebakaran dan bagaimana mangsa terperangkap di dalam bilik itu.




.

Kenapa rotan dia??


Akibat dirotan guru tabika, seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun lebam di kaki, tangan dan badan hingga dimasukkan ke hospital dalam kejadian Khamis lalu.
Difahamkan, mangsa yang dikenali sebagai Nur, 6, kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak Isnin lalu akibat kecederaannya selepas dirotan guru terbabit yang mengajar di Taman Pelangi, Sentul. Akibatnya, mangsa trauma dan kini tidak mahu ke sekolah, malah sering meracau pada waktu malam.

Menceritakan kejadian itu, Nur berkata, guru terbabit memukulnya dengan rotan panjang beberapa kali dan bukan dia saja yang menjadi mangsa, tetapi beberapa rakannya turut dirotan.
Katanya, ini bukan kali pertama dia diperlakukan begitu, malah sudah lebih 10 kali, tetapi dia mendiamkan diri selepas diugut guru itu supaya tidak mengadu kepada keluarga.

“Saya tidak pernah memberitahu nenek kejadian itu kerana takut dirotan,” katanya ketika ditemui di HKL, semalam.

Nenek mangsa yang dikenali sebagai, Mastura, 60, berkata dia mengetahui kejadian menimpa cucunya itu kira-kira jam 12 tengah malam pada hari kejadian ketika mahu menyapu losyen di badan cucunya yang dijaga sejak kecil itu.
“Saya terkejut selepas mendapati kaki, tangan dan badannya lebam dan cuba bertanyakan hal itu.

“Pada mulanya dia enggan menceritakan hal sebenar dan memberitahu digigit nyamuk, selepas dipujuk baru dia memberitahu kerap dirotan guru walaupun tidak melakukan kesalahan,” katanya.


Menurutnya, ini bukan kali pertama dia nampak kesan kemerahan di badan cucunya itu, malah sudah beberapa kali sejak dia mula belajar di tabika berkenaan mulai awal tahun ini. “Cucu saya itu juga sudah tidak seceria dulu dan kini semakin murung,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Setapak, Jumaat lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan siasatan lanjut dijalankan.




.

Medan Samudera musnah terbakar


Pusat menjual pelbagai produk kraftangan, pakaian dan makanan tradisional terkenal di negeri ini, Medan Samudera di Jalan Quayside Banda Hilir di sini musnah dalam kebakaran yang berlaku awal pagi ini.
Kebakaran bermula pukul 5.19 pagi itu mengakibatkan 25 daripada 50 buah kedai menjual pelbagai produk kraftangan dan pakaian di tingkat bawah medan selera itu musnah.
Turut terjejas, 50 buah lot gerai makanan di tingkat atas apabila asap hitam menyelubungi bangunan dua tingkat itu.

Difahamkan, 25 lagi premis kraftangan di bahagian belakang tingkat bawah bangunan itu tidak mengalami kerosakan.
Kejadian berlaku ketika premis itu dipenuhi produk kraftangan dan pakaian yang baru ditempah oleh peniaga-peniaga tersebut sempena Ramadan minggu depan.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana pusat perniagaan itu tidak beroperasi pada waktu kejadian.

Pengerusi Penjaja dan Peniaga Kecil Usahawan Banda Hilir, Mohd. Rujahan Sidik, 48, yang juga peniaga capal dan kraftangan di situ berkata, dia menerima maklumat mengenai kebakaran itu pada pukul 5.40 pagi tadi sebaik sahaja dihubungi seorang rakan.
“Saya terus menjadi lemah apabila memikirkan stok barang yang baru ditempah beberapa hari lalu sebagai persediaan untuk jualan di bazar Ramadan Taman Cempaka, Ahad ini,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, hari ini.
Ekoran kejadian itu katanya, dia yang telah berniaga di Medan Samudera sejak bangunan itu dibuka lapan tahun lalu menganggarkan kerugian dialami hampir RM300,000.

Peniaga kraftangan dan kuih tradisional, Nor Hasikin Zaini, 36, pula berkata, dia sukar menerima kenyataan perniagaan yang diusahakan hasil titik peluhnya sendiri musnah dalam sekelip mata.
Lebih malang, Hasikin berkata, dia tidak tahu bagaimana untuk mencari modal bagi memulakan semula perniagaan kerana tidak mempunyai perlindungan insurans. Tambahnya, kerugian dianggarkan hampir RM100,000.
Mohd. Fazil Abdullah, 45, yang juga peniaga kraftangan berkata, kejadian itu mengakibatkan dia kerugian RM200,000 kerana premisnya dipenuhi barangan yang baru ditempah daripada pembekal untuk perniagaan sepanjang Ramadan.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu, Yazid Mohd. Tahir yang mengetuai operasi berkata, empat jentera dengan kekuatan 30 anggota dari Jalan Kubu, Ayer Keroh dan Bukit Katil dikerahkan ke tempat kejadian.
“Api berjaya dipadamkan sepenuhnya kira-kira pukul 8.45 pagi dan punca kejadian serta anggaran kerugian masih disiasat,” katanya.




.

Empat Termasuk Kanak-Kanak Maut


Empat terbunuh manakala dua parah dan tiga cedera ringan apabila sebuah treler terbabas lalu bertembung dengan sebuah bas ekspres di Kilometer 201.5, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara kira-kira lima kilometer ke susur keluar Kamunting dekat sini, tengah malam tadi.
Mereka yang maut ialah anggota polis, Konstabel Abdul Shahreer Abu Hassan, 23, dan anak lelakinya, Mohamad Faris Daniel, berusia 20 bulan selain pemandu dan kelindan treler iaitu A. Yugeswara Rao, 25, dan K. Supramaniam, 30.

Abdul Shahreer, Yugeswara Rao dan Supramaniam mati di tempat kejadian manakala Mohamad Faris Daniel yang tercampak keluar dari bas itu meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Taiping (HT).
Dua yang cedera parah ialah isteri Abdul Shahreer, Fauziah Md. Moktar, 24, dan pemandu bas, Mohamad Azizi Abdul Rahman, 30-an, manakala tiga cedera ringan ialah dua warganegara Indonesia dikenali sebagai Jasmani, 41, dan Hadiyanto, 46, serta seorang anggota tentera, Jebat Abdul Samarudin, 22. Kesemua mereka sedang dirawat di HT.

Ketua Polis Daerah Kerian, Supritendan Fauzi Mat Nayan berkata, dalam kejadian pukul 12.25 tengah malam, sebuah treler dari arah selatan menuju ke utara dipercayai terbabas ke kanan lebuh raya lalu merempuh penghadang lebuh raya dan bas ekspres S&S Internasional yang sedang dalam perjalanan dari Perlis ke Johor Bahru.

Beliau berkata, akibat rempuhan itu, tiga penumpang bas ekspres iaitu tiga beranak Abdul Shahreer, Fauziah dan anak pasangan tersebut, Mohamad Faris Daniel tercampak keluar dari bas yang dinaiki oleh 30 penumpang.
“Anggota Bomba dan Penyelamat dari sini, Taiping dan Kamunting dipanggil untuk mengeluarkan Yugeswara Rao dan Supramaniam serta Mohamad Azizi yang tersepit dalam treler dan bas,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Fauzi berkata, ketiga-tiga mangsa yang mati di tempat kejadian dihantar ke Hospital Parit Buntar (HPB) untuk bedah siasat dan dituntut oleh ahli keluarga masing-masing.
Sementara itu, jenazah Abdul Shahreer dan anaknya, Mohamad Faris Daniel dikafan dan disembahyangkan di surau Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian di sini sebelum dikebumikan di kampung halaman mereka di Kuala Nerang, Kedah, petang ini.




.

Janganlah buat macam ni...


Awal pagi ni terasa nak post kan entri ni sebagai entri pertama...
Kemelut rumah tangga jimmy shanley dan isterinya nampaknya masih lagi berlarutan..
Dan nampaknya kian memburuk...

Bagi Suhaila yang baharu 34 hari bersalin menjelaskan dia sudah melantik peguam untuk membuat tuntutan hak penjagaan anak.

"Buat masa sekarang anak dengan saya. Dan saya juga telah melantik peguam untuk menyelesaikan hak penjagaan anak dan saya mahu membuat tuntutan cerai dengannya. Saya nekad untuk bercerai kerana beranggapan kami sudah tidak bersefahaman," kata Suhaila ketika ditanya berkenaan kedudukan anaknya kini.

Ditanya pula tidakkah dia takut yang selepas ini Jimmy pula akan membongkar semua kisah peribadinya, kata Suhaila; "Saya tidak takut kalau ada perkara-perkara yang dia bongkar. Saya tidak kisah apa yang dia akan lakukan dan apa yang akan berlaku sekali pun."

Jimmy Panas Baran 

Ditanyakan kebenaran sejauh mana Jimmy mengasarinya, cerita Suhaila; "Semasa kami berbulan madu di Koh Samui, Thailand, baharulah saya tahu yang dia seorang panas baran. Memang tidak sangka yang dia boleh 'naik tangan'. Tapi, ketika itu saya diamkan sahaja dan tidak memberitahu kepada ibu bapa. Saya tidak mahu mereka campur tangan."

Mungkinkah apa yang dilakukan Jimmy adalah untuk mengubah sikapnya, kata Suhaila lagi; "Jika betul sekali pun mahu ubah saya, tidak perlu sebegitu pantas. Saya boleh berubah, tapi berilah masa dan biarlah saya lakukan secara perlahan-lahan. Adalah mustahil untuk berubah terus."

Kongkong 

Berkongsi perihal dia dikongkong oleh Jimmy dengan tidak membenarkannya berjumpa dengan kawan-kawan, menurut Suhaila dia terpaksa menurut semua cakap Jimmy.

"Saya memang tidak ada kawan luar, kawan-kawan yang saya ada pun semuanya kawan semasa di sekolah dahulu. Dia memang tidak benarkan saya keluar rumah, malah semua kena ikut cakap dia.

"Padanya, dia lebih sukakan suasana 'privacy' yang tidak perlu bercampur dengan orang ramai. Tidak bagi saya yang lebih sukakan suasana ramai, seperti malam ini. Dia mahu saya ikut cara dia, tetapi kenapa dia tidak mahu terima cara saya dengan keluarga yang sememangnya riuh," jelas Suhaila lagi.

Bapa Mentua Tak Maafkan Jimmy 

Kenyataan Jimmy Shanley berhubung pembatalan majlis cukur jambul anak perempuannya yang disiarkan oleh sebuah akhbar tempatan terbitan Ahad lalu (24 Julai) menimbulkan kemarahan bapa dan ibu mentuanya.

"Jujurnya, saya tidak maafkan dia berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan. Nama saya tercemar
sehinggakan saya jadi malu dengan kawan-kawan yang bertanyakan kesahihan sama ada majlis cukur jambul cucu saya jadi atau tidak.

"Bila ramai yang bertanya, saya jadi terkejut kerana majlis yang dirancang akan dilaksanakan dan dia sendiri tahu majlis ini akan dibuat pada 27 Julai.

"Bila itu terjadi, saya jadi sangat marah dengan tindakannya. Pada saya, jadi atau tidak majlis tersebut tidak perlu keluarkan kenyataan. Bukannya kita jemput satu stadium. Apa motif dia untuk keluarkan kenyataan sedemikian. Ini adalah majlis saya," luah Datuk Suhaimi yang ditemui seusai majlis cukur jambul dua orang cucunya pada malam semalam.

Bagi ibu mentuanya yang dianggap sebagai orang yang paling rapat dengan Jimmy menjelaskan; "Memang Jimmy merancang untuk mengadakannya pada 23 Julai lalu. Tetapi, suami saya beritahu yang dia tidak boleh kerana ada mesyuarat dengan stokis. Justeru, Jimmy sendiri yang berikan tarikh 27 Julai kerana dia kata hanya hari Rabu dan Khamis sahaja dia 'free'.

"Agak terkejut bila dia cakap majlis ini tidak jadi. Itu yang saya dan suami marah sangat. Apabila saya hubungi dan bertanyakan hal berkenaan kepdanya, dia tidak jawab pun. Kalau dia cakap dia tidak tahu menahu soal majlis ini, dia tipu. Malah, sebelum majlis ini berlangsung pada sebelah petangnya saya ada ingatkannya."

Kecewa Sikap Jimmy
Ditanyakan pula berhubung dakwaan anak perempuannya yang dikasari Jimmy, Datin Muniroh menjawab; "Memang sebelum ini saya sebelahi dia, tetapi bila saya dapat tahu yang dia bertindak sedemikian, saya rasa sangat kecewa. Sebelum ini, saya hanya diamkan sahaja kerana ingat anak saya yang bersalah sehingga sanggup memarahi anak sendiri kerana percayakan dia.

"Sehinggalah sidang media yang dilakukan anak saya, baharulah saya mengetahui hal sebenar. Anak saya memang tidak pernah ceritakan kepada kami apa yang berlaku. Cukup banyak yang saya lakukan untuknya, tapi dia balas seperti itu pula."

Terlebih dahulu, majlis cukur jambul yang diadakan di rumahnya di Bukit Sunway Rahman Putra, Sg. Buloh itu dihadiri hampir 200 tetamu yang terdiri daripada sanak-saudara, rakan-rakan dan stokis. Acara marhaban disampaikan oleh kumpulan Marhaban Nur dari Bandar Baru Sg. Buloh.





P/S - Apa pun masalahnya, Zahrah masih ada ayah... Sepatutnya majlis ini ayahnya yang uruskan.. Mungkin rumahtangga mereka memang tidak dapat diteruskan lagi.. Semakin Jimmy bertahan, masalah akan semakin teruk dan nama baiknya selama ni akan tercemar..Ibu bapa suhaila sibuk jer nak uruskan rumah tangga anaknya.. Huhu...semoga segala-galanya akan selesai dengan cara yang baik, dan zahrah tidak menjadi mangsa..



Berita terdahulu ~baca~



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!