Monday, November 14, 2011

Pengharaman pertunjukan gajah dalam sarkas


Penganjur kumpulan sarkas bergerak Amerika Syarikat (AS) hari ini membantah satu rang undang-undang untuk mengharamkan penggunaan gajah dalam pertunjukan sarkas.
Rang undang-undang yang bakal diluluskan itu diketengahkan ahli Kongres Virginia, Jim Moran ekoran terdapatnya bantahan kumpulan aktivis berhubung penderitaan yang ditanggung haiwan tersebut.
Ia sekali gus akan mengharamkan persembahan sarkas yang melibatkan gajah, harimau, singa, monyet dan beberapa haiwan lain.

"Pihak yang mengendalikan sarkas bergerak didapati tidak menyediakan tempat tinggal yang elok kepada haiwan-haiwan terbabit," kata Moran dalam satu kenyataan.
Undang-undang tersebut merupakan usaha pertama sepanjang 10 tahun oleh kumpulan aktivis untuk menyelamatkan haiwan ekoran latihan sarkas yang kejam dan kemudahan tempat tinggal yang tidak selamat.

Sementara itu, penganjur kumpulan sarkas, Ringling Bros. and Barnum & Bailey yang terkenal dengan pertunjukan The Greatest Show on Earth menghantar surat rayuan melalui emel kepada peminat-peminat mereka untuk meraih sokongan agar dapat meneruskan tradisi tersebut.
Jurucakap syarikat terbabit, Stephen Payne berkata, rang undang-undang tersebut tidak memperjuangkan nasib haiwan, sebaliknya menentang pertunjukan sarkas.

"Langkah itu akan menjadikan kami dan penganjur lain kehilangan punca pendapatan.
"Ini merupakan undang-undang bersifat anti-sarkas yang tidak perlu diwujudkan kerana kami sentiasa memeriksa dan mengikut undang-undang Persekutuan, negeri dan tempatan di setiap negeri yang kami lawati sebelum mengadakan persembahan," katanya.









.

Tanda lahir, parut sukar dapat kerja


Satu kajian mendapati orang ramai yang mempunyai tanda lahir, parut dan kecacatan lain di bahagian muka akan menyukarkan mereka untuk mendapat pekerjaan.
Menurut kajian Rice University dan University of Houston, ini kerana tanda-tanda di muka itu boleh mengganggu tumpuan penemuduga sekali gus maklumat mengenai pemohon sukar diingati.

Profesor Psikologi Rice University, Mikki Hebl berkata, amat penting bagi penemuduga untuk mengingati maklumat yang diberikan semasa pemohon ditemuduga.
"Kajian kami menunjukkan jika penemuduga tidak mendapat cukup maklumat mengenai pemohon disebabkan kecacatan di bahagian muka maka ia akan menjejaskan tahap penilaian,'' katanya.

Dalam eksperimen pertama, seramai 170 pelajar terlibat dalam kajian itu dan mengendalikan temuduga 'olok-olok' menerusi komputer dan pergerakan mata mereka diperhatikan.

Hasilnya, perhatian penemuduga diganggu oleh kecacatan muka, maka lebih kurang maklumat calon yang mereka ingati dan sekali gus memberi markah yang rendah.
Dalam ujian kedua pula, 38 pengurus sepenuh masa mengendalikan temuduga secara bersemuka dengan pemohon yang mempunyai tanda lahir di bahagian muka.



P/S - Gambar adalah contoh.








.

Perdana Menteri letak jawatan


Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi semalam mengumumkan peletakan jawatannya bagi membolehkan satu kerajaan sementara dibentuk dalam usaha menyelamatkan negara itu dari krisis kewangan.
Pengumuman itu dilakukan beliau selepas Parlimen meluluskan pendekatan untuk mengembalikan keyakinan kepada pasaran kewangan awam Itali seperti yang dikehendaki oleh negara-negara Eropah lain.

Bekas Pesuruhjaya Kesatuan Eropah, Mario Monti dijangka diberikan tugas membentuk kerajaan sementara bagi menangani krisis kewangan berkenaan yang menyaksikan kos pinjaman Itali meningkat sehingga tahap membimbangkan.
Presiden Giorgio Napolitano juga bakal mengadakan pertemuan dengan pemimpin politik pada pukul 8 pagi ini (4 petang waktu Malaysia) dan mengarahkan Monti membentuk kerajaan pada hari yang sama.

Lebih seribu penunjuk perasaan berkumpul di hadapan kediaman presiden, Quirinale Palace ketika Berlusconi tiba untuk mengumumkan peletakan jawatannya itu.
Berlusconi terpaksa meninggalkan kediaman presiden secara rahsia apabila keadaan menjadi tidak terkawal selepas penunjuk perasaan menyambut baik pengumuman tersebut.

Penunjuk perasaan yang berkumpul di Pejabat Perdana Menteri dan Parlimen turut melaungkan 'Letak jawatan, letak jawatan' ketika menteri-menteri memasuki kedua-dua bangunan itu.
Selepas pengumuman peletakan jawatan itu, mereka bergerak dari kediaman presiden ke rumah Berlusconi sambil melaungkan 'Penjara, Penjara, Penjara'.









.

WATERMARK FREE... NAK??


Sila bagi pandangan anda mengenai watermark kat atas... yang sebenarnya memang tersangat cute dimata lulu.. ekeke... Lengkap dengan barcode..weee, betul-betul sesuai untuk dijadikan watermark.. Dan yang paling memikat hati, dengan icon love berwarna biru tu.. ekeke, siyes nampak sangat biru adalah warna pilihan ku...kan kan....


korang nak juga? Jomlah singgah ke blog yang cute ini..




Photobucket


Memang dah ramai blogger yang ada watermark hasil kerja tangan empunya blog ini, dan lulu merupakan salah seorang darinya.. Cubalah belek-belek blog merah jambu/pink nya itu, dan anda akan dapat melihat watermark yang telah siap... :)



Selalu dapat benda free kan, sebelum ni full template, lepas tu doodle, sekarang ni watermark lak..
weee, thanks Cik Purple untuk watermark ini....







 
 
 
 
 
 
.

Ayutthaya terancam..


Banjir terburuk di Thailand menjadikan kompleks kuil purba Ayutthaya kelihatan seperti pulau manakala sebuah patung tidur gergasi Buddha kelihatan berbayang di dalam air.

Pakar bimbang sekurang-kurangnya lebih separuh daripada 200 biara dan kuil ditenggelami air manakala monumen lain di ibu kota yang pernah menjadi bandar diraja itu bakal musnah.

“Bayangkan beribu-ribu tan batu bata bersandarkan pada asas yang lembut, tanpa sebarang cerucuk moden. Kami amat bimbang,” kata pengarah Taman Sejarah Ayutthaya Chaiyanand Busayarat.

Ketika banjir semakin surut, sebilangan pakar mencadangkan satu perubahan untuk menghalang bencana alam yang sama pada masa depan, dengan berpatah semula kira-kira empat abad lalu untuk mencontohi perancangan bandar dan kejuruteraan ketika itu.

“Kita tidak boleh menghalang banjir jadi kita perlu belajar untuk tinggal bersama air semula, seperti yang diwujudkan Ayutthaya. Mari keluarkan peta lama bandar raya terbabit,” kata Timbalan Ketua pengarah Jabatan Seni Halus kerajaan Thailand Anek Sihamat.

Beliau mencadangkan menggali terusan lama yang mampu memberi laluan kepada jalan raya dan menghalang kawasan industri dan perbandaran yang menghalang pengaliran air secara semula jadi.

Ibu negara selama 417 tahun itu menyaksikan pemerintahan 33 orang raja. Ayutthaya disifatkan sebagai sebuah bandar raya terbesar dalam air dengan rangkaian terusan yang berukuran lebih 140 kilometer. Dibina di atas dataran banjir pusat Thailand di pertemuan tiga sungai, sering dilanda banjir setiap tahun, tetapi rakyatnya tinggal di rumah rakit dan menggunakan bot sebagai pengangkutan.
Air juga menghalang Ayutthaya daripada dirampas Burma pada 1767 yang memaksa perubahan semula ibu negara ke Bangkok, 80 kilometer ke selatan.


Banjir dari kawasan tanah tinggi di utara lewat Julai lalu membunuh lebih 520 penduduk adalah yang terburuk sejak 1940-an walaupun Ayutthaya pernah mengalami banjir hampir setiap musim monsun.

Dalam masa beberapa minggu, pakar akan menilai kemusnahan dan menentukan apa perlu dibuat untuk mengubah dan melindungi bandar raya itu yang turut tersenarai dalam Tapak Warisan Dunia UNESCO 1991.

Penasihat dari Venice dan Belanda, dua tempat yang menghadapi cabaran hidup dikelilingi air sedia untuk datang manakala beberapa negara termasuk Jepun dan Jerman berjanji menyediakan dana untuk memperbaikinya.

Anek, pegawai Seni Halus menganggarkan kira-kira AS$20 juta diperlukan.








.

Beyonce tidak hamil?


Beyonce dikatakan terus membangkitkan tanda tanya mengenai kebenaran mengenai berita kehamilan beliau ketika muncul dalam persembahan Late Night With Jimmy Fallon.

Penyanyi berkenaan mempersembahkan single terbarunya, Countdown dalam rancangan berkenaan tetapi perutnya tidak kelihatan seperti sedang hamil.
Ketika pengacara memperkenalkan kemunculan penyanyi itu, beliau mengenakan baju singkat hitam dan langsung tidak kelihatan seperti hamil enam bulan seperti yang didakwa.

Bagaimanapun penyanyi berusia 30 tahun itu sebenarnya muncul melalui persembahan yang dirakamkan lebih awal ketika musim panas lalu.

Penonton jelas tidak menyedari bahawa Fallon menjadikan bintang Amerika Syarikat itu seperti benar-benar berada di studio berkenaan. Ketika pengacara menunjukkan album terkini penyanyi itu beliau memandang kamera sambil berkata: “Malam ini dia di sini untuk mempersembahkan lagu Countdown dari album terkininya, Four. Dipersilakan Benyonce.”

Beyonce terkini.


Penonton di studio kemudian bersorak dan mula memberikan tepukan kepada seseorang yang sebenarnya tidak berada di sana.









.

'I took a pregnancy test in secret... and when I told my fiancé he was in shock!'

Jessica Simpson has revealed that she took her pregnancy test in secret.
The singer - who is expecting her first child with fiance Eric Johnson - said that she snuck off to the toilet to do the test without telling him.
'I did the pregnancy test. I was feeling a little off,' she explained to Access Hollywood.
'[I first told] Eric, of course. He was in the house. He didn't know that I was taking a pregnancy test, so I kind of shocked him.
'I came in shaking like, "Oh my gosh! Oh my gosh! This is happening!"
'We both cried. We were in shock and kind of just sat there and stared at each other.'
And the mother-to-be said that pregnancy seems to suit her.


'I feel great, I honestly do. Pregnancy is a friend of mine, so everything has been running smoothly.
'So far, so good - no morning sickness. I feel great. I'm tired, but you know, I'm making a baby here!'
Having decided to push their wedding back from November until after the baby is born, Jessica, 31, said she wants to plan it when she's not feeling so hormonal.
'We were going to throw something together, but I'd rather put more time in it and be able to really enjoy the day,' she said. 

'When you're pregnant, your hormones go crazy.

She has also admitted she is already planning more children.

She told People magazine: 'Pregnancy was meant for me - it really was. I can't wait to have more kids. I love being pregnant.

'I have such an incredible connection with myself and with my body that I've never had before.'

She added: 'Just knowing that you're creating a life is such a spiritual thing. Everything is growing, but you're making a life. It's pretty cool.'










.

Tidak rela berpisah


Tiga beradik yatim piatu yang kehilangan ibu dalam nahas di Kilometer 382.1 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Behrang kelmarin, tetap akan tinggal bersama dan meneruskan persekolahan mereka di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tajar di sini.
Muhd. Iqmal Roslan, 16, berkata, walaupun ada cadangan sesetengah pihak agar mereka tinggal di rumah anak yatim, dia dan adik-adiknya lebih gembira jika dapat tinggal bersama di kampung mereka.
"Dua adik saya, Muhd. Kamil Rizman, 14, dan Muhd. Kamil Radzuan, 13, tidak mahu tinggal di rumah anak yatim.

"Kami harap boleh tinggal di kampung dan terus bersekolah seperti biasa namun perkara ini perlu dibincangkan lebih lanjut bersama saudara mara yang lain," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Exco Wanita UMNO, Datuk Maznah Mazlan dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Alor Setar, Sharifah Maznah Syed Kassim Barakbah di rumah mereka di Kampung Alor Semela di sini, hari ini.
Ibu mereka, Basarah Saad, 45, yang merupakan Ketua Wanita UMNO Cawangan Alor Teja, Tajar di sini maut akibat dirempuh sebuah lori dalam kemalangan yang meragut empat nyawa itu.

Bapa mereka, Roslan Bukhari meninggal dunia lima tahun lalu akibat penyakit buah pinggang.
Dalam pada itu, Sharifah Maznah berkata, pihaknya telah berbincang dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi menyalurkan bantuan yang sesuai kepada adik-beradik yatim piatu itu.
"Saya bersahabat baik dengan Allahyarham dan sebelum kemalangan tersebut, saya serta ibu mereka berada di dalam bas yang sama kerana mengikuti rombongan Wanita UMNO ke Sabak Bernam bagi mengikuti program titian ilmu di sana.

"Allah lebih sayangkan ibu mereka dan kami harap anak-anak ini akan terus tabah meneruskan kehidupan tanpa ibu tersayang," katanya.
Jelasnya, pihaknya juga akan memantau perkembangan tiga beradik yatim piatu itu bagi memastikan kebajikan mereka terbela dan kesemuanya dapat meneruskan pelajaran tanpa dibelenggu masalah kewangan.
"Kami juga ada menyarankan agar ketiga-tiga mereka tinggal di rumah anak yatim bagi memastikan kehidupan lebih teratur namun perkara itu masih dalam peringkat perbincangan," tambahnya.










.

Hanya kerana itu..


Akibat enggan menggunakan jejantas, seorang lelaki maut dilanggar sebuah kereta ketika cuba menyeberang jalan di Jalan Taman Permai-Taman AST dekat sini semalam.
Kejadian pada pukul 1 pagi itu menyebabkan G. Mohan , 23, maut di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.

Jurucakap polis berkata, walaupun terdapat jejantas di situ, Mohan mengambil jalan mudah dengan menyeberang jalan itu sebelum dirempuh sebuah kereta jenis Toyota Vios yang datang dari arah Taman Permai.

"Pelanggaran berkenaan menyebabkan mangsa melekat di bahagian kiri cermin kereta dan pemandu wanita yang berusia lewat 30-an terus memandu keretanya sebelum berhenti 250 meter dari tempat kejadian.









.

Nyaris diculik

Tindakan nekad seorang bapa 'memburu' sendiri seorang lelaki warga asing yang cuba menculik anak perempuannya membuahkan hasil apabila suspek berjaya ditahan polis di Taman Melati Utama, Wangsa Maju di sini malam tadi.

Saifuddin Abu Samah bertindak nekad menjejaki lelaki warga Kemboja yang sebelum itu cuba melarikan anak perempuannya berusia enam tahun sehingga berjaya ditangkap.

Ketika kejadian kira-kira pukul 8.30 malam, Saifuddin, 37, bersama isteri dan empat anak perempuannya sedang berjalan ke kereta selepas makan malam di sebuah restoran di sini.
Difahamkan, suspek berusia 33 tahun cuba melarikan anaknya, Nur Fariha, 6, ketika isteri serta anak ketiganya itu tertinggal kira-kira 50 meter di belakang.

Menceritakan kejadian itu, Saifuddin berkata, lelaki itu segera melarikan diri sebaik sahaja disergah isterinya, Rohani Abdul Rauf, 37, tanpa sempat membawa kanak-kanak itu.
Dia yang sempat menghantar anak dan isterinya pulang ke rumah mereka di Taman Bunga Raya, Wangsa Maju mengambil keputusan untuk mencari suspek sehingga berjaya ditangkap.

"Setelah keluar semula dan puas mencari, saya terserempak lelaki itu di sebuah stesen minyak di sekitar Taman Melati ketika dia melintas Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2).
"Ketika menjejaki suspek, saya sudah menghubungi Cif Inspektor Mispani Hamdan, Ketua Balai Wangsa Maju yang kemudian datang untuk memberkas suspek," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Kata pengurus projek syarikat komunikasi itu, dia bertindak demikian kerana tidak ingin kejadian culik kanak-kanak seperti kes Allahyarham Nurin Jazlin Jazmin sekali lagi terjadi di Wangsa Maju.
"Saya nekad mengikuti suspek walaupun tidak tahu sejauh mana dia bersalah. Sekurang-kurangnya tindakan ini membantu pihak berkuasa," ujarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan mengesahkan kejadian itu namun siasatan masih dijalankan untuk menentukan kes tersebut berkait dengan kejadian culik atau tidak.
"Cubaan culik itu berjaya dihalang dengan jeritan ibu mangsa dan tindakan bapanya mengekori suspek berjaya membantu polis memberkas warga Kemboja yang bekerja sebagai buruh binaan.
"Setakat ini kita masih menyiasat apa motif sebenar suspek dan akan melihat kemungkinan ia culik atau tidak," ujarnya.









.

Zurain, pulanglah......


Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula hari ini menambah kerinduan seorang ibu tunggal terhadap anak gadisnya yang sepatutnya menduduki peperiksaan itu, namun tidak berbuat demikian kerana kini berada di Lombok, Indonesia selepas diperdaya lelaki dari situ.

Che Beshah Md Said, 50, berkata, anaknya Zurain Mohd Zulkeppeli meninggalkan rumah bersama seorang lelaki Lombok dikenali sebagai Edy, 30-an, sejak Oktober tahun lalu dan kini mereka sudahpun berkahwin serta memiliki seorang anak.
Menurutnya, Edy yang memang rapat dengan keluarganya ibarat pagar makan padi kerana lelaki itu sebelum ini diminta membantu mencari Zurain yang sudah beberapa kali lari dari rumah.

“Edy memang bijak berlakon. Kelakuannya nampak baik dan dia memberitahu ada kepakaran untuk mengubati pelbagai penyakit. Jadi, saya minta tolong dia untuk cari Zurain yang kali terakhir lari dari rumah Oktober lalu.

“Kesudahannya, bukannya dia membawa pulang Zurain kepada saya, tapi dia melarikan anak gadis saya itu ke kampung halamannya di Indonesia,” katanya ketika ketika menerima kunjungan Pemuda Umno Hulu Langat di rumahnya.








.

Artis dapat anak lelaki


“Alhamdulillah, selepas kejayaan filem sulung, Alamak Toyol rezeki saya bertambah pula dengan kelahiran putera sulung, Ahmad Danial,” kata pelakon komedi, Muhammad Nizamudin Ahmad, 28, atau lebih dikenali sebagai Along Cham Raja Lawak, yang kini bergelar bapa sesudah menimang anak sulungnya bersama penyanyi, Nur Azilah Seeron, 23, atau Zila Akademi Fantasia 4 (AF4).
Itu luahan kesyukuran Along sesudah isterinya selamat melahirkan bayi pertama mereka di sebuah hospital swasta di Bangi, jam 2.04 petang kelmarin.

Menurut Along, dia yang mendirikan rumah tangga bersama Zila pada 23 Januari tahun lalu tidak menyangka bukan saja dimurahkan rezeki sepanjang bergelar selebriti, tetapi dikurniakan zuriat dengan kelahiran Ahmad Danial.
“Saya memanjatkan kesyukuran kepada Allah. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana sudah menjadi bapa dan Zila pula sudah menjadi ibu,” katanya.

Along yang juga pelakon utama filem Alamak Toyol tidak menduga selepas tersenarai dalam pencalonan lima terbaik pelakon komedi Anugerah Bintang Popular (ABP) tahun lalu, Allah menambah rezekinya sejurus ditawarkan sebagai hero dalam filem pertama itu sebelum dia dikurniakan cahaya matanya, kelmarin.

“Saban hari rezeki saya semakin bertambah, dan semalam (kelmarin) adalah rezeki yang paling besar dalam hidup,” katanya.

Along yang lega dengan kelahiran itu turut melahirkan terima kasih kepada semua peminatnya dan juga peminat Zila yang sudi melayan kerenah mereka di Facebook dan Twitter tambahan sewaktu isterinya mengandung dan mengidam.

“Sebelum ini hanya hidup berdua, dan hari ini Ahmad Danial muncul sebagai penyeri dalam hidup kami. Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong karier dan perjalanan hidup kami,” katanya.









.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!