Wednesday, June 13, 2012

Buat yang tersayang




Lama tak review novel. tapi bila baca novel yang satu ni, hati tak sabar nak buat review. Novel yang sangat baik dan siyes, bila baca novel ni mengingatkan lulu dengan novel kak Fea Takdir Fitrah Terindah.


Novel ini mengisahkan Syira yang bijak serba serbi, terpaksa menghadapi perkahwinan yang telah diatur oleh ayahnya hanya kerana dia ingin melanjutkan pelajaran sebagai doktor. Bakal suami tidak pernah dia lihat mahupun kenali sehinggalah mereka dinikahkan. Rupanya lelaki yang bergelar suami itu telah dimiliki. Pasrah dan mula menyimpul kasih, Syira membawa diri melanjutkan pelajaran, meninggalkan suaminya yang mula mengenali erti cinta dan rindu.


Novel ini menarik kerana terselit bahasa orang labuan disitu. Malahan bagi lulu, penulis berjaya menggabungkan infomasi yang menarik mengenai Sabah, apabila menulis satu-persatu bandar dan daerah di sabah. Lebih menarik apa bila kita sebagai pembaca seolah-olah terbuai menyelami kemesraan antara Syira dan Airy. (hah terbayang pula keadaan yang sama dengan Fitrah dan Aiham dalam novel TFT). Setelah kembali ke tanah air, Syira cuba menjauhkan diri dari Airy yang mula menunjukkan kemesraan dan kasih sayang. Sangkanya, kasih sayang dan cinta Airy selama ni buat orang lain, rupanya hanya untuknya seorang..


Jomlah dapatkan novel ini dipasaran, pasti tidak akan menyesal. Wah siyes, dah baca berkali-kali. Terima kasih buat kak Fea sebab pilihkan novel ni untuk lulu... terbaik.





BUAT YANG TERSAYANG ~ MAYA RASYIDAH






.

Ideal for the lazy child... a Smart Bed that can make itself


The simple act of making a bed is, for most of us, the first chore of each day. Now the relentless march of technology threatens to bring to an end even this most straightforward of domestic tasks. Spanish firm OHEA has unveiled its Smart Bed, an electronic bed that makes itself.In just 50 seconds two mechanical arms, one on each side and each equipped with a roller, carry the blanket back to the head of the bed.


As it approaches, the pillows are lifted on two shelves allowing the blanket to neatly slot in underneath. They are then lowered and the bed looks neat and is completely made.


What is more, the owner does not even have to remember to turn the device on. A switch at the foot of the bed provides manual and automatic settings. Flipped to automatic, the bed can sense when somebody has just got up and starts making itself three seconds later. A built-in safety device ensures that it cannot operate when there is a person lying on the mattress.


Furniture maker OHEA has not yet set a price or release date for the Smart Bed, although it is listed as 'coming soon'. While a seemingly ideal device for those who hate making their bed every morning, the Smart Bed appears less-than-perfect for those who like to fluff and turnover their pillows.







.

Wanita perlu jaga badan



PERANAN wanita pada masa kini dilihat begitu besar tidak kira meliputi aspek kekeluargaan atau pekerjaan, semuanya memerlukan komitmen tinggi untuk terus berjaya. Disebabkan itu, banyak pihak mula membuka mata untuk memberi penghargaan terhadap jasa yang dilakukan wanita pada keluarga, masyarakat dan negara. Bukan itu saja, apabila melihat kepelbagaian peranan wanita, usaha memperkasakan golongan hawa ini daripada segi kesihatan juga harus diambil kira apatah lagi jika sudah bergelar ibu.


Ini kerana mereka dianggap sebagai nadi keluarga yang perlu mempunyai sikap positif terhadap kepentingan kesihatan dalaman atau luaran untuk membentuk keluarga yang sihat dan ceria. Menurut Pengarah Serantau Mega Lifesciences Sdn Bhd, Sudhir Gandhi, penjagaan kesihatan boleh dilihat secara luaran atau dalaman yang dipengaruhi oleh pelbagai faktor.

“Kami ingin menegaskan kepada golongan ibu di Malaysia bahawa kecantikan itu datang daripada luaran dan dalaman. Apabila kesihatan tubuh dijaga dan memastikan ia sentiasa pada tahap optimum, maka kecantikan luaran akan terpapar jelas. “Kesihatan dalaman anda dipengaruhi oleh gaya hidup, makanan seimbang serta pengambilan mikro nutrien iaitu makanan tambahan yang betul,” katanya.






.

Gambar terbaru Harith iskandar dan anak sulungnya



Bagi pelakon dan pelawak, Harith Iskandar, setiap hari hidupnya dipenuhi dengan kegembiraan kerana berpeluang melayarinya dengan isteri tersayang, Jezamine Lim dan anak lelaki, Zander Xayne Iskander yang baru berusia tiga bulan. Menurutnya, tiada perubahan drastik yang berlaku dalam hidupnya melainkan menganggap ia satu fasa baru di mana dia bergerak setapak lagi ke hadapan untuk melalui kehidupan mendatang dengan lebih matang.

Walaupun dikurniakan Zander ketika usianya melewati angka 40-an, Harith sentiasa positif dan meletakkan harapan supaya dapat melihat anaknya membesar dengan sihat dan menjadi insan berguna. “Sejujurnya, siapa yang tidak mahu bergelar ayah? Saya juga tidak menyangka saya boleh menjadi ayah dan kini apabila sudah melalui pengalaman itu, saya seronok kerana dapat meluangkan masa melayan dan bermain dengan anak. Walaupun dia tidak tahu atau faham apa-apa lagi, namun saya sedar, setiap hari saya mempelajari benda baru mengenainya.


“Mengimbau memori bersama ayah saya, dia seorang yang tegas dan kurang berinteraksi dengan anak. Saya rasa, ramai ibu bapa di era 60-an dan 70-an bersikap begitu. Jika tidak kata mereka maka tidaklah jawapannya, tidak kira bagaimana pun kita memujuk. “Saya berpendapat, setiap cara didikan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Ia terpulang kepada penilaian kita dan mengadaptasinya ke dalam hidup serta cara kepimpinan kita selepas bergelar ayah pula. Ia umpama belajar daripada kesilapan, mana yang baik, wajar dan boleh diikuti dalam mendidik anak-anak zaman kini. Saya rasa tidak salah kalau kita ambil sebagai panduan,” katanya.





.

Andriy Shevchenko Kemalangan!



Setelah menunjukan aksi membanggakan untuk Ukraine yang membuat teamnya menundukan Sweden 2-1, isnin yang lalu, Andriy Shevchenko mengalami kemalangan. Nasib baik tidak teruk dan pemain itu tidak mengalami sebarang kecederaan. Menurut agensi berita Ukraine-2012, mantan bintang AC Milan itu mengalami kemalangan kereta ketika menuju tempat penginapan team setelah kemenangan di Olimpik Stadium, Kiev.


Sebuah Jip melanggar bahagian belakang kereta Shevy, ketika sedang berhenti kerana ada orang yang sedang menyeberang jalan. Ketika itu pemain berusia 35 tahun itu sedang bersama isterinya. Khabar itu menyebutkan tidak ada yang harus mendapatkan rawatan. Malah pemain yang ketika ini memperkuatkan Dinamo Kiev itu sempat dengan sabar memberikan tandatangan sebelum melanjutkan perjalanan. Ukraine akan meneruskan perlawanan bertemu France 15 jun ini.





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!