Thursday, August 16, 2012

Keluarga ini tinggal di tandas selama 6 tahun


Selama hampir enam tahun seorang lelaki yang berasal dari China, Zeng Lingjun dan keluarganya tinggal di sebuah tandas di kota Shenyang, Provinsi Liaoning. Kisah Zeng bermula di tahun 1999 ketika dirinya masih berumur 20 tahun yang masuk dalam sekolah penerbangan di provinsi Heilongjiang. Namun keluarganya tidak boleh membayar sebesar 5000 yuan sebagai biaya masuk sekolah untuk awal tahun semester baru. Hal tersebut membuatkan dirinya memutuskan pergi ke Shenyang dengan bermodalkan 50 yuan untuk mencari pekerjaan. Pada tahun 2006 akhirnya dia berkahwin dan mencari rumah bagi keluarga kecilnya.

Kerana sukar mencari tempat tinggal di kota metropolitan dengan harga yang tinggi, seorang temannya menyarankan bahawa sebuah hotel memiliki tandas lelaki yang sudah tidak pernah digunakan dan mungkin pemilik hotel itu akan mengizinkan Zeng untuk tinggal disana dengan membayar sewa. Setelah bersetuju dengan sewa yang dikenakan oleh pemilik hotel, keluarga kecil Zeng pindah ke rumah barunya yang berupa sebuah tandas dengan luas 20 meter persegi.

Di rumah tersebut selain bersama isterinya, Zeng kini telah memiliki seorang anak lelaki yang bernama Zeng Dei, yang mempunyai erti “beruntung” dan diharapkan dia boleh memberikan keuntungan kepada keluarganya.






.

Istilah masakan Ramadan paling popular di Google


Semarak Ramadan tidak hanya berlaku di negara majoriti penduduk Islam lain, malah masyarakat dunia turut merayakan bulan suci itu dengan menyajikan makanan khas ketika berbuka dan bersahur. Aliran itu dilihat hasil carian dalam enjin carian tidak asing lagi, Google. Menurut akhbar New York Daily News, kata kunci ‘masakan Ramadan’ menjadi istilah yang paling banyak dicari pada awal umat Islam berpuasa. Rupa-rupanya masyarakat dunia mencari resipi untuk berbuka dan bersahur menggunakan enjin carian Google. Laman web resipi yang berpusat di Amerika Syarikat atau Eropah juga tidak ketinggalan memaparkan resipi Ramadan yang biasanya menjadi makanan tradisional di negara Timur Tengah. Laman web makanan popular Epicurious.com, sebagai contoh memaparkan resipi dari negara Parsi dan Arab.

Epicurious.com mencari resipi dari buku resipi masakan Timur Tengah seperti New Persian Cooking yang disusun Jila Dana-Haeri dan Shahrzad Ghorashian. Sebagai permulaan untuk juadah berbuka puasa, laman web itu mempromosi aash-esholleh ghalamkar atau sayur berasaskan kekacang. Kemudian beralih ke makanan berat, ia mencadangkan sayur bendi dan daging kambing disajikan bersama adas polo. Hidangan pencuci mulut diambil dari buku A World of Cake tulisan Krystina Castella. Ia mengumpulkan hidangan pencuci mulut yang sering disajikan dalam perayaan tertentu. Kali ini, ada jalebi dan qatayef dari Iran. Di Food.com, Ramadan dimasukkan ke dalam daftar Holidays bersama hari besar lainnya.


Laman web itu lengkap menampilkan daftar resipi untuk berbuka puasa, bermula dengan ‘paling popular’, ‘terbaru’, ‘sihat’, ‘cepat dan mudah’ sehingga ‘dicadangkan’. Oleh kerana resipinya dikirimkan pembaca, ada dua masakan Indonesia dipaparkan dalam bahagian resipi terbaru iaitu ayam masak kicap dan rendang. Sebagai laman web terbesar dengan kiriman pembaca, Allrecipes.com menawarkan resipi pelbagai untuk bersahur, berbuka hinggalah sajian ketika Aidilfitri. Menu berbuka puasa dikelaskan menjadi roti, sup, dan stew, daging dan ikan, serta makanan manis. Di sini juga ada resipi lauk dan pencuci mulut untuk Lebaran, satu daripadanya ialah pisang goreng. - Agensi






.

Lelaki menakjubkan, mencipta tangannya sendiri. Macam mana?


Hebat! pujian itulah yang harus dilontarkan terhadap Sun Jifa. Meskipun dengan fizik dan ekonomi yang terbatas, lelaki tua berasal dari Guanmashan, Provinsi Jilin, China itu mampu mencipta sebuah tangan bionik buatan sendiri. Sun Jifa sebelumnya dikenali sebagai pembuat bom yang digunakan untuk menangkap ikan. Namun dalam satu kemalangan, bom yang digunakannya meledak dan menghancurkan kedua tangannya. Lelaki yang berusia 51 tahun itu sempat mendapat rawatan di rumah sakit. Di sana dia mendapat tawaran untuk menggunakan tangan palsu. Namun kerana dianggap tidak sesuai dengan keinginannya, Sun memutuskan meneruskankan hidupnya tanpa kedua tangan.


Sedar dirinya harus makan, Sun yang kemudian bekerja di sebuah penternakan keluarga mula berfikir untuk mencipta tangan palsu. Lalu tercetuslah idea untuk membuat tangan bionik. Dengan menggunakan bahan baja dan beberapa peralatan lainnya yang berhasil dikumpulkan, Sun mula merangka satu demi satu tangan bionik tersebut. Kini setelah 8 tahun berlalu, Sun akhirnya mampu menggunakan tangan palsu hasil ciptaannya itu. Dengan bantuan tangan bionik itu, Sun kini dapat makan seperti orang lain dan mempermudahkan dirinya melakukan pekerjaan di penternakan.


Walaupun demikian, Sun mengaku masih mengalami sedikit kesukaran ketika menggunakan tangan bionik itu. Baja yang agak berat sering membuat Sun merasa lelah jika terlalu lama menggunakannnya. Belum lagi bahan baja juga diketahui dapat menyerap suhu udara dengan baik. Dengan kata lain, ketika di musim dingin, Sun akan mudah merasa kesejukkan. Sebaliknya di musim panas, tangan Sun akan merasa terbakar kepanasan.






.

Bintang Real Madrid, Kaka bercakap mengenai Al-Quran


Bintang Real Madrid, Ricardo Kaka walaupun beragama Nasrani tetapi dia mengakui isi kitab suci Al-Quran. Pemain bola bernombor 8 ini mempunyai pandangan yang berbeza dari pandangan kelompok pembenci Islam, yang menganggap Al-Qur’an adalah rekaan Nabi Muhammad SAW dan tidak percaya bahawa Al-Quran sebagai salah satu mukjizat Rasulullah. Seperti dipetik dari bilik berita Shabestan , kaka yang juga warga negara Brazil ini mengatakan “Saat membaca kitab Alquran, kita akan menyedari bahawa ini bukan buatan manusia melainkan sebuah mukjizat”.

Meskipun mengakui keagungan Al-Quran, Kaka adalah pemeluk agama kristian yang alim dan tetap menghormati agama lain termasuk Islam. Kaka mengaku tertarik mempelajari dunia Islam dan Arab lebih dalam ketika bercuti ke Dubai. Baru-baru ini juga kaka dilihat sedang mempelajari Islam di sebuah masjid di Timur Tengah.





.

Will Smith akan bercerai?


Sejak tahun lalu, khabar angin mengenai perpisahan pasangan selebriti Will Smith dan Jada Pinkett mula heboh dan gosip itu dikatakan berlarutan sehingga ke hari ini. Walaupun khabar angin itu telah dinafikan pasangan tersebut, namun ianya masih menjadi perbualan hangat orang ramai dan menurut laporan Digital Spy, perkara itu telah membuatkan Pinkett tertekan. "Saya tidak faham mengapa khabar angin ini berterusan padahal kami sekeluarga masih bersama.

Kami tidak bercerai dan tidak akan bercerai. "Saya akui walaupun perkara seperti ini sudah menjadi asam garam kehidupan buat golongan artis, tetapi ia tidak bermakna perkahwinan saya disensasikan seperti ini," katanya.







.

Lihat! Pelbagai jenis bunga di setiap sudut rumah


Sepasang suami isteri menghabiskan masa hampir tiga dekad menanam pelbagai jenis pokok bunga bagi menghias setiap sudut rumah mereka. Bagi Anne dan Robin Strange, setiap masa lapang akan digunakan untuk menjaga pokok bunga itu sejak mereka mula menanamnya 26 tahun lalu. Kata Anne, 65, ketika in mereka masih menambah bilangan pokok bunga di situ.


“Kami menghabiskan banyak wang setiap tahun untuk membeli benih dan pokok, sebelum menjaganya dalam rumah hijau sebelum menanamnya di tempat terbuka pada pertengahan Jun,” katanya. Menceritakan bagaimana dia mula menanam pokok bunga, Anne berkata, dia dan suaminya berada di York pada satu hari dan terpandang banyak pasu digantung di situ.

“Sejak itu kami mula menanam bunga dan jumlahnya terus bertambah,” katanya. Menetap di Coniston Cold, Yorkshire Utara, rumah pasangan itu memang mudah menarik perhatian orang ramai yang melalui jalan di situ. Malah, seorang wanita menghantar baucer hadiah kepada mereka setiap sambutan Krismas sebagai menghargai kegigihan pasangan terbabit. Untuk mengairi tanaman itu, Strange yang pernah bekerja dengan syarikat Tree Tops Forestry menyediakan sistem khusus bagi menyalurkan air secara automatik. - TS







.

Result : Unique Giveaway By Lulu Caldina


Berjaya juga buat giveaway simple ini. terima kasih buat yang sudi meringankan hati join walaupun belum tau menang, kan. Dan, menang ataupun tidak, marilah kita blogwalking bersama ke 22 blog yang turut join ni. Bolehlah tambah trafik, dan yang paling penting tambah kawan.. Sempat lagi ni sebelum raya ^__^

  1. http://msvelentine.blogspot.com/2012/08/unique-giveaway-by-lulu-caldina.html
  2. http://biarkandakuberbicara.blogspot.com/2012/08/unique-giveaway-by-lulu-caldina.html
  3. http://rozita-ceritaita.blogspot.com/2012/08/unique-giveaway-by-lulu-caldina.html 

Bayi jatuh dalam lubang 10 meter


Seorang bayi yang terjatuh ke dalam sebuah lubang di sebatang jalan raya di sini telah diselamatkan oleh anggota-anggota bomba kelmarin. Bayi berusia 14 bulan itu dan terjatuh ke dalam lubang tersebut yang terbentuk dengan tiba-tiba pada pukul 4 petang waktu tempatan di Jalan Liaoyang. Lubang tersebut sedalam 10 meter. Menurut beberapa saksi, mereka melihat sebilangan orang turut terjatuh ke dalam lubang tersebut. Mangsa-mangsa yang cedera itu dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Punca kejadian masih disiasat. - Agensi







.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!