Sunday, November 18, 2012

SUAMIKU, ENCIK PERFECT 10!



Melihat tajuk novel ini, memang tersangat memikat hati okeh, pandai penulis pilih tajuk, kan..

No 1 di Carta terlaris/Bestseller KINOKUNIYA. No 1 di MPH untuk 3 minggu berturut-turut dan No 3 di POPULAR - Rujukan Akhbar Berita Harian 31 Ogos 2012

Bukan sekadar tajuk novel hebat, sebenarnya novel ini juga memiliki keistimewaan tersendiri. Kalau tak, takkanlah boleh tersenarai dalam carta terlariskan?? Setebal 597 muka surat dan 56 bab, novel ini mengisahkan perjalanan seorang wanita yang melanjutkan pelajaran diluar negara sebagai seorang doktor. Di rogol oleh kekasihnya, dan dia dibuang universiti kerana sering ponteng kuliah akibat loya dan mabuk apabila dia didapati hamil. Pulang ke tanah air dan tanpa sengaja dia menemui seorang lelaki yang sangat banyak tanya didalam kapal terbang. Wanita ini sempat muntah ke baju lelaki itu.

Kisah yang sangat unik cuba disampaikan oleh penulis. Bayangkan lelaki yang tidak dikenali, akhirnya sanggup melakukan apa saja deminya. Dari berpura-pura menjadi suami, sehinggalah menjadi bapa kepada bayi yang dikandungnya, hanya kerana tidak mahu dipandang serong oleh orang lain terutama ibu wanita ini, dan tanpa disedari, dalam masa yang singkat, mereka saling jatuh hati dan terpaut rasa.

Apa yang berlaku apabila kekasih yang merogolnya kembali dan menagih kasih dan lelaki yang mula dicintainya ini sudah bertunang dengan orang lain??

Bagaimana agaknya lelaki perfect 10 yang digambarkan oleh penulis? Jom, dapatkan novel dengan cerita menarik ini sekarang..





P/S - Recommended by Lulu Caldina






.

Kewujudan batu hitam yang disebut dalam Al-Quran


Riyadh : Seorang lelaki ditawarkan AS$4 juta (RM12 juta) untuk membeli batu hitam disebut di dalam al-Quran yang ditemui ketika memburu di kawasan pergunungan berhampiran sempadan Yaman. Saleh Musfer Al Gamdi berkata, batu itu yang memaparkan lukisan burung dan gajah, seberat 131 gram, sama dengan perkataan yang disebut dalam ayat al-Quran mengenai batu itu iaitu dalam Surah Al-Fil.




P/S - Benarkah batu hitam itu ada padanya? Benarkah ianya adalah batu sebenar yang disebut dalam Al-Quran itu?






.

Kate Middleton : Citarasa saya berbeza dengan Kardashian


Usaha adik-beradik bintang realiti televisyen, Kim Khloe dan Kourtney Kardashian untuk memancing perhatian isteri Putera William tidak berhasil. Hasrat mereka untuk melihat Kate Middleton menyarungkan pakaian jenama, Kardashian Kollection with Dorothy Perkins, gagal apabila Kate menolak pelawaan itu. "Mungkin di lain masa untuk mencuba. Cita rasa saya mungkin berbeza dengan mereka. "Pun begitu, saya tidak menganggap rekaan mereka tidak bagus. Mungkin tidak sesuai untuk saya," kata Kate secara rendah diri. Sumber turut memberitahu, rekaan pakaian Kardashian amat tidak bersesuaian dengan imej kerabat diraja seperti Kate.






.

Otot kini ada yang tiruan


Sekumpulan pakar teknologi di sini berjaya menghasilkan otot tiruan yang mampu menghasilkan pelbagai ciptaan berteknologi tinggi sesuai dengan gaya hidup masa kini. Otot tiruan itu berupaya menghasilkan robot yang kuat dengan pergerakan hampir menyamai manusia, pakaian yang boleh menjadi pemanas ketika cuaca sejuk dan bidai yang boleh ditutup sendiri ketika matahari sedang terik. Dihasilkan daripada gentian teknologi nano dan disulam dengan lilin parafin, otot itu mampu menampung sehingga 100,000 kali ganda berat robot itu sendiri serta menghasilkan 85 kali lebih kuasa daripada saiz otot manusia.

Ketua projek itu, Dr. Ray Baughman dari Universiti Texas, di sini berkata, otot tiruan mampu menghasilkan robot yang kuat dan mempunyai kegunaan yang meluas, namun ia tidak boleh digunakan bagi menggantikan otot pada tubuh manusia. "Otot tiruan yang kami hasilkan sangat kukuh bagi menampung berat sehingga 200 kali ganda berbanding otot semula jadi manusia pada saiz yang sama. Bagaimanapun, otot ini buat masa ini masih belum sesuai untuk menggantikan otot manusia. "Kerana kesederhanaan dan kemampuannya yang tinggi, otot gentian ini boleh digunakan pada robot, sistem optikal boleh diubah, motor mikro, litar mikrocecair, injap mikro dan juga barangan permainan," katanya.

Menurut beliau, otot tersebut dihasilkan melalui proses sulaman gentian berpintal yang diperbuat daripada nano tiub karbon dengan bahan seperti lilin parafin. Gentian yang dipenuhi lilin akan dipanaskan menggunakan kuasa elektrik atau menggunakan sinaran cahaya, menyebabkan lilin itu mengembang dan jumlah gentian bertambah serta panjang gentian akan mengecut. Dr. Baughman berkata, cabaran seterusnya adalah bagi meningkatkan skala bagi teknologi tersebut termasuk meluaskan penggunaannya. - AGENSI






.

Selepas 49 tahun, akhirnya mereka menerimanya


Sepasang suami isteri di sini, terkejut apabila mereka menerima sekeping poskad berusia 49 tahun. Jason Crabtree, 37, dan isterinya, Anna menerima poskad itu pada 29 Oktober lalu, yang dikirimkan atas nama Derek Lewis. Katanya, poskad itu dihantar oleh Gudrun Rentrope dari Jerman pada 3 Mac 1963. Setelah berusaha menjejaki penerima poskad tersebut, pasangan Crabtree akhirnya bertemu dengan Lewis yang dahulunya pernah tinggal di rumah yang mereka tinggal sekarang. "Kami amat terkejut apabila melihat tarikh poskad tersebut, namun ia masih berada dalam keadaan baik, termasuk setem serta tulisannya.


"Kami tertanya-tanya mengapa poskad itu mengambil masa yang terlalu lama untuk dihantar kepada penerimanya," kata Jason. Sementara itu, Lewis, 71, berasa gembira menerima poskad tersebut. "Poskad itu dikirimkan oleh rakan saya, Rentrope dan kami saling berbalas-balas poskad sejak kami berusia 17 tahun. "Poskad itu dihantar sebagai ucapan terima kasih kerana saya menjaga bapanya ketika dia melawat England," ujar Lewis. Sementara itu, syarikat pos Royal Mail menafikan poskad tersebut hilang dalam sistem penghantaran mereka dan mendakwa ia mungkin baru dikirimkan, baru-baru ini. - AGENSI






.

Dia terpaksa mencuri untuk beli makanan anak


Seorang bekas anggota tentera yang dituduh mencuri susu tepung dalam sebuah pasar raya, di sini, memberitahu mahkamah dia terpaksa mencuri untuk mendapatkan wang demi memastikan isteri dan anak perempuannya tidak kelaparan. Tertuduh berusia 32 tahun berasal dari Padang Serai, Kedah, mengakui sangat tertekan dengan kesempitan hidup yang dilalui sehingga memaksa dia bertindak sedemikian. “Saya curi susu itu untuk dijual dan wangnya akan digunakan untuk membeli makanan,” katanya melalui seorang peguam yang mewakilinya bagi tujuan mitigasi, semalam. Tertuduh yang berpangkat prebet ketika berkhidmat dalam pasukan tentera sebelum ini didakwa mencuri susu tepung jenama Anlene Gold berharga RM21.99 dengan menyoroknya di dalam sebuah beg sebelum cuba dibawa keluar tanpa membayarnya.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.15 petang itu, perbuatan tertuduh berjaya disedari pekerja pasar raya di Semambu itu dan akhirnya dia ditahan berikutan penemuan barangan terbabit di dalam begnya. Tertuduh kemudiannya diserahkan kepada polis sebelum dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan, semalam, atas tuduhan mencuri mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda. Penolong Kanan Pendaftar, Jessica Diamiss dalam keputusannya semalam mengarahkan tertuduh dipenjarakan selama tiga bulan bermula dari tarikh hukuman. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Farahah Mohd Nazari. -SH




P/S - Sekadar gambar hiasan






.

Bapa kelar anak berusia 11 bulan


Seorang bapa yang dipercayai sedang khayal akibat pengambilan dadah menyembelih bayinya yang baru berusia 11 bulan di Felda Panching Selatan dekat sini semalam. Nur Amirah dikelar dengan senjata tajam ketika dia sedang tidur bersama ibu dan abangnya dalam kejadian kira-kira 9.30 malam. "Suspek yang dipercayai sedang khayal telah bertindak mengelar leher bayinya ketika isterinya keluar dari bilik tidur," kata Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff kepada Bernama. Suspek yang berumur 29 tahun kemudiannya memaklum perbuatannya kepada isteri dan ibunya.

Beliau berkata ibu suspek telah membawa bayi tersebut yang dalam keadaan kritikal ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, namun bayi berkenaan disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital. "Suspek kemudiannya ditahan di dalam sebuah kereta di lampu isyarat dekat Kem Batu 10 bersama bapa dan adik lelakinya, yang dipercayai mereka dalam perjalanan ke balai polis untuk menyerah suspek kepada pihak polis," katanya. Suspek didapati positif dadah metamphetamine dan amphetamine selepas ujian air kencing dilakukan, katanya. Pihak polis turut menemui parang dan pisau di tempat kejadian. - BERNAMA






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!