Friday, March 1, 2013

Kenapa wanita biasa ini amat terkenal di negaranya?


Seorang wanita yang berasal dari Jepun ini benar-benar luar biasa. Dia amat terkenal di negaranya kerana kecantikan semulajadinya membuat dia kelihatan awet muda. Dia terkenal dengan julukan "Japan Lady of Eternal Youth". Walaupun usianya sudah menginjak ke 40 an  dan mempunyai 2 orang anak (anak tertuanya berusia 21 tahun), apa yang mengagumkan adalah tidak diwajahnya, tidak dijumpai walau sedikit pun kedutan.


Semuanya tanpa pembedahan plastik! Keadaan ini dia perolehi  dengan amalan gaya hidup sihat yang dia terapkan sejak kecil. Beberapa tips yang dia sebutkan adalah minum air putih, tidak merokok, mengambil makanan sihat dan segar serta makan buah-buahan. -AFP





.

Subhanallah, tukang Tatu memeluk agama islam


TAKI Takazawa. Dilihat dari namanya saja, sudah dapat diketahui bahawa dia adalah orang Jepun. Dengan ciri khas rambut menggerbang dan tubuh penuh tatu, membuatnya nampak mirip dengan anggota geng mafia Jepun, Yakuza. Dia memang mantan tukang tatu para anggota geng paling ditakuti di Jepun itu. Dan bukan kerjaya itu sudah dilakukan selama 20 tahun. Tapi pandangan negatif pada penampilan fizikalnya itu berubah ketika dia mengumandangkan Azan. Takazawa kini menjadi Imam sebuah masjid di Ibukota Tokyo. Setelah mengucapkan dua kalimat Syahadah, Takazawa mencantumkan nama muslim Abdullah, yang bererti hamba Allah SWT. Perkenalannya dengan Islam secara tidak sengaja terjadi di wilayah Shibuya.

Takazawa melihat seseorang dengan kulit dan janggut putih. Orang itu juga mengenakan baju dan turban warna suci. “Orang itu memberikan sebuah kertas dan menyuruh saya membaca kalimah tertera bersamanya,” ujarnya seperti disiarkan di islamicmovement.org. Kalimah itu ternyata khalimah Syahadah, pengakuan pada ke-esaan Allah SWT dan Muhammad SAW sebagai utusannya. Meskipun tak faham secara keseluruhan, Takazawa pernah mendengar sepintas mengenai Allah dan Muhammad. Seperti kebanyakan penduduk Jepun, sebelumnya Takazawa menganut aliran kepercayaan Shinto.


Pertemuan dengan orang serba putih itu membekas di ingatan Takazawa. Dua tahun setelah memeluk Islam, dia bertemu lagi dengan orang itu. “Ternyata dia pernah menjadi Imam di Masjid Nabawi, Kota Madinah, Arab Saudi. Saya bersyukur dapat bertemu dengannya,” katanya. Imam Masjid Nabawi itu meminta Takazawa untuk menjadi Imam di masjid di wilayah Shinjuku. Sebelumnya, dia melaksanakan ibadah haji dan menimba ilmu beberapa bulan di Kota Makkah. Nama Takazawa menjadi terkenal lantaran dia menjadi satu di antara lima imam Masjid besar di Jepun.-islamicmovement






.

Bila tunang penyanyi ini curang dengan orang lain


Aktor kelahiran Australia, Liam Hemsworth didakwa curang terhadap tunangnya iaitu pelakon dan penyanyi terkenal, Miley Cyrus, lapor akhbar The Sun kelmarin. Menurut laporan beberapa portal hiburan, Hemsworth dilihat bersama bintang rancangan televisyen Mad Men, January Jones di sebuah parti menjelang Anugerah Grammy pada Ahad lalu. Aktor berusia 23 tahun itu menghadiri parti di hotel Chateau Marmont di sini tanpa Cyrus, 20, sebaliknya dia ditemani oleh Jones, 35. Beberapa laporan menyebut, pasangan itu dilihat bercium dan berpelukan di hadapan para tetamu yang rata-rata tergamam melihat aksi mereka.


"Ia kelihatan seperti mereka mempunyai keserasian. Mereka berpelukan malah, bercium," kata seorang saksi memberitahu majalah US Star. Sementara itu, Cyrus yang juga bekas bintang siri televisyen Hannah Montana pula dilihat hadir seorang diri di parti penyanyi terkenal, Sir Elton John di sini pada Ahad lepas. Hemsworth dan Cyrus mula menjalin hubungan pada tahun 2009 ketika aktor kacak itu menjalani penggambaran filem The Last Song. - Agensi






.

Keadaan yang sangat aneh berlaku di China


Di negara China. ramai warga yang menggunakan alat pengangkutan roda tiga bahkan trak untuk mengangkut muatan yang berlebihan. Umumnya, muatan yang mereka bawa adalah sampah-sampah plastik seperti botol plastik bekas yang hendak di kitar semula. Selain muatan yang banyak, mereka juga membawa serta anggota keluarganya dari satu kota menuju kota lain.


Hal tersebut sudah menjadi rutin sebahagian besar warga kota-kota di China, seperti Shanghai, Shouguang, dan lain-lainnya. Hampir di seluruh kota di China, warganya yang nekad membawa muatan terlalu banyak pada kenderaan mereka, dengan alasan untuk menjimatkan masa dan bahan bakar.


Mereka fikir, daripada harus 2 kali melakukan perjalanan, lebih baik mereka mengusahakan membawa barang sebanyak-banyaknya supaya lebih efisen. Apa yang nyata, bukannya menjadikan efisen, malah mengalami masalah dan kemalangan.


Seorang fotografer yang bernama An Fu (44) berkata, seringkali mereka ditahan polis dan juga kemalangan kerap berlaku di jalan raya yang disebabkan oleh jatuhnya muatan tersebut di tengah jalan raya hingga menyebabkan kesesakkan, ataupun roda kenderaan yang rosak kerana menanggung beban yang terlalu berat. -BBC







.

Kisah seorang wanita yang sangat ketagih menyimpan rambut panjang


Seorang wanita China tidak memotong rambutnya selama 11 tahun dan kini ukuran rambutnya adalah sepanjang 6 kaki 7 inci. Wanita berusia 44 tahun ini hanyalah berketinggian 5 kaki, dan jika rambutnya terhurai ketika berjalan, ianya akan mencecah lantai. Cen, yang tinggal dalam Guigang, dalam Wilayah Guangxi, berkata 'Saya telah menyimpan rambut selama 11 tahun, dan saya agak ketagih kepadanya.' Menakjubkan, setiap kali keluar dari rumah, rambut Cen akan menjadi perhatian orang ramai.


Cen mengakui, selama ini, dia menyimpan khazanah rambutnya, jika ada yang gugur. 'Bermula dari tahun 2005, saya mula mengumpul rambut yang gugur atau tercabut ketika menyikat rambut. Biasanya saya dapat mengumpun rambut itu dengan berat 50g setahun.


Cen berkata, ramai orang telah menawarkan untuk membeli rambutnya, dan jumlah tertinggi yang dia pernah ditawarkan adalah 20.000 Yuan (£ 2,000). Dia tidak dapat mencuci rambutnya di bilik mandi kerana ianya terlalu panjang dan terpaksa mencucinya dengan baldi. Cen mencuci rambutnya setiap empat hari dan sangat mengambil berat mengenainya sehingga sampai saat ini, tidak terdapat walaupun sehelai uban. -DM






.

Gambar berpuluh-puluh ikan pari terdampar di Palestin


Berpuluh-puluh ekor ikan pari jenis Mobula ditemui terdampar secara misteri di pantai Bandar Gaza dalam wilayah Palestin kelmarin. Penemuan itu sekali gus menjadi rezeki beberapa orang nelayan di sini yang bertindak melapah haiwan tersebut untuk dijual di pasar.


Dalam satu temu bual bersama media tempatan, seorang nelayan itu dipetik sebagai berkata, ini merupakan kali pertama ikan pari ditemui terdampar di pantai itu sejak enam tahun lalu.


Media tempatan melaporkan, ikan pari itu mampu mencapai berat 76 kilogram dan ia dijual pada harga lima shekel (RM4.21) untuk 0.5 kilogram di pasar tempatan. - Agensi






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!