Thursday, May 9, 2013

INFO : Kurang tidur akan pengaruhi prestasi murid


Kurang tidur merupakan faktor penting di sebalik menurunnya prestasi anak di sekolah. Demikian penemuan para penyelidik yang mengkaji lamanya anak tidur dan prestasi mereka di sekolah di berbagai negara. Anak-anak yang kurang tidur terutama yang ditemui di negara-negara maju dan pakar mengkaitkan kecenderungan ini dengan semakin seringnya anak berinteraksi dengan komputer dan telepon pintar. Ramai anak di negara maju yang menggunakan telefon bimbit pintar atau komputer hingga larut malam. Kurang tidur terbukti sangat mengganggu konsentrasi anak, sehingga guru harus melambatkan penyampaikan pembelajaran.


Tidur sangat penting

Kajian yang dilakukan para penyelidik di Boston College menunjukkan jumlah terbesar anak yang kurang tidur ada di Amerika Syarikat yang mencapai 73% di antara anak usia 9-10 tahun, sementara yang berusia 13-14 tahun angkanya mencapai 80%. Rata-rata internasional untuk dua kelompok usia tersebut masing-masing adalah 47% dan 57%. Anak-anak di New Zealand, Arab Saudi, Australia, England, Ireland, dan Perancis juga tergolong kurang tidur. Sementara anak di Azerbaijan, Kazakhstan, Portugal, Republik Czech, Jepun, dan Malta masuk ke daftar yang mendapatkan waktu tidur yang cukup. "Anak sangat memerlukan tidur. Jika guru melaporkan sebahagian murid di kelas kekurangan tidur, jelas ini akan berpengaruh terhadap prestasi secara keseluruhan," kata Chad Minnich, penyelidik di Boston College. -AP





.

Justin Bieber buat hal lagi


Polis di sini mengesahkan bahawa Justin Bieber mengumpul enam saman had laju ketika berada di bandar ini, dengan memecut di sepanjang lebuh raya Shaikh Zayed sambil memandu Lamborghini Avendator malam Ahad lalu. Penyanyi berusia 19 tahun itu, yang mengadakan dua konsert di sini iaitu pada Sabtu dan Ahad, memandu kereta super itu bernilai Dh1.5 juta (RM1.22 juta) ke konsertnya Ahad lalu dan dirakam kamera pengawasan di Lebuh Raya Shaikh Zayed serta dalam perjalanan ke Sevens Stadium di Al Ain Road. Kereta Lamborghini Aventador itu adalah model terkenal Itali dan memiliki kelajuan maksimum 350 kilometer sejam dan 691 kuasa kuda. Polis berkata, kereta sports mewah dipandu Bieber dirakam kamera radar beberapa kali di jalan Shaikh Zayed dan dia memandu secara melulu.



 Melebihi had laju 

Lamborghini itu dikesan polis peronda melebihi had laju dibenarkan dan polis cuba menahannya, tambah sumber polis serta beberapa denda dikeluarkan. Denda had laju biasa di sini ialah Dh600 (RM486.39), bermaksud Bieber perlu membayar sekurang-kurangnya Dh3,600 (RM 2,914.79) walaupun tidak jelas bagaimana denda itu akan dikumpul. “Denda lebih tinggi akan dikenakan mengikut kelajuan. Lebih laju kereta dipandu lebih tinggi denda dikenakan,” kata pegawai berkenaan. Seorang ejen jualan Lamborghini berpusat di Emiriah Arab Bersatu (UAE) memberitahu Gulf News bahawa tidak mustahil untuk seorang pemandu semuda Bieber diinsuranskan ketika memandu kenderaan itu. Bieber terkenal dengan koleksi kereta laju dan memiliki antaranya, sebuah Fisker Karma berwarna perak dan Ferrari putih. Bieber lewat dua jam untuk konsertnya Ahad lalu, di mana seorang peminat memanjat pentas ketika persembahan. Jabatan siasatan dan jenayah polis di sini (CID) berkata tiada siapa ditahan berhubung kejadian itu. - AGENSI





.

Keluhan hati pengurus sementara Chelsea, Rafael Benitez


Rafael Benitez menjangkakan tempatnya akan digantikan oleh bekas pengurus Chelsea, Jose Mourinho. Pengurus sementara Chelsea, Benitez yang menggantikan Roberto di Matteo akan meninggalkan Stamford Bridge seperti yang terkandung dalam kontraknya iaitu pada penghujung musim ini. Jurulatih Real Madrid, Mourinho yang meninggalkan Blues pada September 2007 selepas tiga tahun membimbing kelab London itu adalah calon yang hangat diperkatakan bakal menyertai Chelsea. “Tahun depan akan ada pengurus baru. Saya fikir semua orang sudah tahu siapa yang akan berada di sini nanti," kata Benitez.

Benitez, yang enggan secara jelas memberitahu bahawa Mourinho bakal menggantikannya menegaskan bahawa spekulasi melibatkan pengurus Real itu tidak akan menjejaskan tugasnya bersama Chelsea ketika ini. “Saya akan terus fokus pada tugas saya dan tidak mahu terlalu memikirkan semua perkara tersebut," kata Benitez. Sementara itu, Benitez turut mempertahankan pemain pertahanannya, David Luiz selepas dituduh berpura-pura pada perlawanan menentang Manchester United oleh pengurus kelab tersebut Alex Ferguson.

Pada perlawanan tersebut, Ferguson mendakwa Luiz yang dijatuhkan oleh pemainnya Rafael da Silva tersenyum dengan muka yang mengadap tanah apabila pemain United itu dilayangkan kad merah. Bagaimanapun, Benitez memberitahu reaksi Luiz yang dilihat seakan tersenyum itu cuma tindak balas terhadap cemuhan penyokong United. “David Luiz tersenyum adalah kerana penyokong mencemuh dirinya. “Bagi saya tiada apa-apa hasil yang bakal diperoleh jika kami terus memperkatakan tentang perkara ini dan lebih baik kami memberikan tumpuan kepada perkara yang penting kepada kami. “Saya juga tidak begitu suka dengan situasi sebegini," kata Benitez. - AFP





.

Pelakon-pelakon drama adaptasi novel 'Teduhan Kasih'



Seorang pengarah yang bagus perlu tahu serba serbi termasuklah cara menguruskan bayi sekiranya ingin menggunakan khidmat kanak-kanak itu dalam sesebuah karya mereka. Pengarah drama Jamal Khan berkata, kanak-kanak yang berusia bawah lima tahun memberi cabaran paling besar ketika penggambaran dijalankan. "Walaupun bayi itu anak orang lain, tetapi kita perlu menjadikannya seperti anak sendiri di mana pengarah perlu tahu ragam bayi tak kira masa. "Jadi... pengarah perlu bijak menguruskan bayi agar tidak melewatkan masa penggambaran. "Sebagai contoh, kita perlu tahu masa dia nak minum susu, keadaan dia rimas dan yang penting, jangan biarkan anak itu di tengah panas, kalau tak mulalah ragamnya. Cara dukung pun kena betul," katanya. Jamal ditemui pada pelancaran drama arahannya iaitu Teduhan Kasih di Sri Pentas TV3 di sini, Rabu.


Tambahnya cara penjagaan bayi itu turut diaplikasikannya dalam drama tersebut di mana watak bayi digunakan hampir keseluruhan babak. "Sepanjang penggambaran drama ini dijalankan, saya lebih banyak fokus terhadap watak seseorang bayi itu. "Ada kalanya saya perlu hentikan penggambaran apabila bayi itu menangis," ujarnya. Drama Teduhan Kasih mengisahkan Iffa, lakonan Sherry Ibrahim dan Ryzal (Shah Iskandar) membuat keputusan untuk berkahwin walaupun tidak direstui ibu Ryzal, Puan Suraya.Sejak berkahwin, Iffa dan Ryzal sering bergaduh. Kehadiran orang ketiga yang juga teman baik Iffa iaitu Ayu (Nabila Huda) menggoda Ryzal membuatkan Iffa sakit hati.


Lebih-lebih lagi apabila Ryzal dan Ayu berkahwin ketika Iffa sedang dalam proses melahirkan anak. Bagaimanapun hati Iffa ditenangkan kembali oleh seorang lelaki yang tidak dikenalinya, Ehsan, yang membantu membiayai kos rawatan bersalin. Drama yang diadaptasi daripada novel tulisan Marissa ini turut dibarisi pelakon Shah Iskandar, Zarina Zainuddin, Mak Engku, Talha Harith, Liza Abdullah dan Julia Ziegler. Ia bakal disiarkan bermula 15 Mei ini, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 7 malam di TV3. -Mstar





P/S - Untuk review novel Teduhan kasih





.

Banduan berjaya larikan diri dari penjara hanya menggunakan sudu


Seorang lelaki dituduh dengan dua kes pembunuhan, melarikan diri dari penjara dengan keselamatan ketat, hanya dengan menggunakan sudu. Oleg Topalov, 33, menjadi orang keempat dalam dua dekad terakhir, yang berhasil melarikan diri dari dalam penjara Matrosskaya Tishina. Menurut sumber di bahagian penguatkuasa undang-undang, Oleg membuat lubang di siling selnya, dengan menggunakan sudu. Setelah itu, dia melompat keluar dari atas pagar penjara, setelah terlebih dahulu memanjatnya. Pegawai penguatkuasa undang-undang menyalahkan staf penjara yang dikatakan cuai dan lemah sehingga berjaya dimanfaatkan oleh Oleg. -Skynews





.

Beza wajah Datuk Sharifah Aini, dulu dan kini yang sangat berbeza


Penyanyi Datuk Sharifah Aini menolak dakwaan kononnya beliau melakukan teknik kecantikan ataupun suntikan botoks ekoran keadaan wajahnya yang kelihatan semakin berbeza. Sharifah, 59, sebaliknya berkata, perubahan itu adalah disebabkan kesan terhadap pengambilan steroid secara berterusan ekoran mengalami jangkitan paru-paru enam bulan lalu. "Memang muka Kak Pah kelihatan berisi dan mengembung kerana kesan daripada pengambilan steroid yang akan menyebabkan muka jadi ‘sembab’ dan bukannya kerana membuat apa-apa suntikan botoks ataupun lain-lain. "Sebelum ini keadaan muka Kak Pah kelihatan lebih bengkak berbanding sekarang kerana pengambilan hampir 80 miligram steroid tetapi ia sudah beransur surut kerana pengambilan ubat tersebut telah dikurangkan kepada 5 miligram sahaja," jelasnya ketika ditemui pada sidang media Malam Amal Bersama 3 Diva di Restoran Khadijah's Kitchen di sini, Rabu.

Sharifah yang lebih mesra disapa Kak Pah diminta mengulas mengenai perubahan wajahnya yang jauh berbeza berbanding sebelum ini terutama pada bahagian pipi, dagu dan bibir.Tambah Sharifah, wajahnya kelihatan jauh lebih muda daripada usianya kerana beliau telah mengamalkan penjagaan kulit sejak berusia 18 tahun. "Orang mungkin mempertikaikan perkara itu tetapi amalan saya yang menjaga wajah sejak muda banyak membantu dan memberi kesan kepada usia sekarang," ujarnya. Dalam pada itu, Sharifah berkata, beliau kecewa apabila ada pihak yang cuba memfitnahnya dengan menyebarkan berita tidak benar tentang perubahan wajahnya itu dan berharap tiada lagi pihak yang akan buruk sangka dengan pendedahan berkenaan.

Dulu dan kini

"Orang tidak tahu cerita, mereka mula menuduh perkara yang mereka sendiri tidak tahu keadaan sebenar. Tidak baik buruk sangka terhadap orang lain," jelasnya. Sementara itu, Sharifah berkata, beliau teruja untuk mengadakan persembahan bersama Datuk Khadijah Ibrahim dan Uji Rashid pada malam amal berkenaan yang akan diadakan pada 12 Jun depan di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur. "Ini adalah kelainan persembahan ini dan tidak sabar rasanya untuk tampil di pentas bersama mereka," katanya. Sharifah turut memberitahu beliau berbesar hati dapat bersama-sama membantu dalam menjayakan misi itu untuk kebajikan ibu tunggal. -Mstar






.

8 Gambar perhimpunan Pakatan Rakyat di Stadium Kelana Jaya 8 Mei 2013



Sekumpulan besar hadir di Stadium Kelana Jaya bagi menyertai perhimpunan Pakatan Rakyat pada malam Rabu. Rata-rata yang hadir ke perhimpulan ini dengan memakai pakaian berwarna hitam sambil meniup vuvuzela serta melaungkan "Ubah" sekaligus menyebabkan kesesakan teruk di sepanjang LDP.


Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu antara yang berucap pada di perhimpunan tersebut.


Turut hadir termasuk Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution, Bersih Datuk S. Ambiga, pengarah strategi PKR Rafizi Ramli dan yang baharu dilantik DAP Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen.


Anwar juga mengumumkan bahawa Pakatan akan mengadakan satu lagi perhimpunan di Pulau Pinang pada hari Sabtu.


Anwar sebelum ini berkata beliau tidak akan menerima keputusan Pilihan Raya Umum (PRU-13) kerana mendakwa ia penuh dengan amalan penyelewengan dan penipuan.


Pakatan mencatat keputusan yang terbaik dalam PRU-13 dengan memenangi 89 kerusi Parlimen daripada 222, manakala Barisan Nasional memenangi 133 untuk membentuk kerajaan persekutuan yang baru.


Perhimpunan tersebut berakhir kira-kira pukul 11 ​​malam.






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!