Tuesday, November 4, 2014

Imej lembaga kononnya didakwa menyerupai pontianak di Hospital Banting mula tersebar di laman sosial


Imej lembaga kononnya didakwa menyerupai pontianak di Hospital Banting mula tersebar di laman sosial | Imej lembaga kononnya didakwa menyerupai pontianak di Hospital Banting yang dirakamkan oleh pihak tertentu kini mula tersebar di laman sosial Facebook (FB) sekali gus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan masyarakat. Meskipun ada pihak menganggap ia sebagai tahyul, namun tanggapan ramai dalam kalangan masyarakat yang mempercayai kewujudan makhluk halus juga tidak boleh diketepikan. Bekas Pegawai Khas Menteri Besar, Datuk Abd Samad Maharudin berkata, beliau percaya keadaan itu wujud. Namun katanya, masyarakat dinasihatkan agar tidak mudah terpengaruh sehingga menakut-nakutkan pelanggan hospital.

Beliau yang pernah menjadi Pegawai Khas kepada bekas Menteri Besar, Datuk Harun Idris memaklumkan, pada asalnya tapak kawasan Hospital Banting dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat merupakan kawasan ladang getah dan kelapa sawit. Justeru katanya, kewujudan makhluk halus di kawasan-kawasan berkenaan tidak dapat dinafikan. Bagaimanapun, beliau tetap menegaskan bahawa hal tersebut tidak wajar dijadikan isu utama kerana bimbang ia disalah tafsir, sedangkan yang Maha Berkuasa adalah ALLAH SWT.


Berhenti sebar gambar 

“Masa tu, kawasan tersebut adalah milik sebuah syarikat swasta yang mengusahakan ladang getah dan kemudian di jadikan ladang kelapa sawit. Selepas pembinaan bangunan hospital dilakukan, tidak pula pernah dengar ada jelmaan makhluk halus. Cuma... jika betullah seperti yang kecoh sekarang ni, saya cuma anggap itu sebagai petunjuk dari ALLAH, untuk manusia beringat-ingat. "Lagipun hospital... biasalah. Hospital kan tempat banyak berlaku insiden ngeri macam pesakit mati kemalangan, mati dibunuh, mati bunuh diri, atau pun mati sakit. Itu perkara biasa, tapi janganlah pula ia dijadikan satu kebimbangan yang tidak sepatutnya kepada masyarakat.

“Mengenai gambar-gambar (pontianak) tu, boleh jadi ia telah diedit. Bagi saya mudah saja, selagi ia tak kacau masyarakat biarkanlah. Tapi jika ada gangguan, pihak pengurusan hospital perlu ikhtiar melakukan sesuatu,” katanya yang mahukan masyarakat berhenti menyebarkan foto berkaitan makhluk halus berkenaan di laman sosial ataupun menerusi lain-lain medium. Abd Samad berkata, beliau mahu masyarakat memanfaatkan kemudahan yang ada dengan baik dan tidak mencetuskan keadaan yang boleh mencetuskan kebimbangan dalam masyarakat. "Saya yakin masyarakat boleh buat pertimbangan yang wajar akan situasi yang berlaku ini," katanya yang juga merupakan bekas Adun Morib sekitar tahun 1995.


Bukan rakaman CCTV hospital 

Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Hospital Banting, Abdul Razak Khasbullah berkata, beliau belum pernah menerima aduan daripada pihak pengurusan hospital atau aduan awam mengenai sebaran gambar tersebut. Bagaimanapun, beliau memaklumkan telah bertemu dengan pengarah hospital berhubung hal berkenaan dan merumuskan kejadian itu tidak pernah berlaku di dalam wad apatah lagi ia hanya sebuah rakaman melalui telefon bimbit dan bukannya melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) milik hospital.

“Bagi saya senang, dalam Islam kita tak boleh meragui kewujudan makhluk-makhluk berkenaan. Cuma, apa yang perlu diberi perhatian adalah pihak yang mengirimkan gambar-gambar berkenaan agar berhenti menyebarkannya jika hanya nak menakut-nakutkan orang ramai. “Paling penting kejadian itu pun bukan boleh dilihat oleh semua orang... hanya insan-insan terpilih sahaja yang boleh nampak. Jadi tak perlulah nak sebarkan gambar-gambar seumpama itu. Ini penting bagi mengelakkan keraguan dan kebimbangan di kalangan masyarakat,” katanya yang turut memaklumkan hospital tersebut telah dibina sejak tahun 1974.


Simpan buat koleksi peribadi 

Sementara itu, seorang orang awam, Adenan Yusop, 50, berkata, dia tidak pernah melihat atau terdengar khabar angin mengenai sebaran gambar menyerupai pontianak itu walaupun percaya kewujudan makhluk halus. "Pihak yang dapat rakam gambar 'benda' tu tak payahlah nak sebar-sebarkannya... bagi takut orang ramai buat apa. Nanti orang yang sakit takut nak datang hospital, bukankah dah bagi masalah tu. "Apa lebih elok, pihak tu simpan sendiri semua gambar pontianak tu jadi koleksi peribadi. Lagipun, kejadian makhluk halus ni tak boleh dibuat main-main... jika benarlah ada, hal ni perlu diambil serius... bukannya memutar belitkan maklumat,” katanya. -SH



.

[Gambar] Misteri penemuan mayat wanita tanpa kepala di Pulau Pinang



Misteri penemuan mayat wanita tanpa kepala di Pulau Pinang | Sekumpulan nelayan menemui mayat wanita tanpa kepala sembilan batu nautika barat daya Pulau Kendi di sini, hari ini. Mayat tanpa identiti itu turut ditemui dengan kaki serta tangan yang sudah hancur jam 12 tengah hari tadi. Sepasukan anggota Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) yang menerima maklumat bergegas ke lokasi kejadian. Menurut sumber, mayat itu dibawa ke jeti limbungan Batu Maung, di sini dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat. "Setakat ini polis masih menjalankan siasatan untuk mengenalpasti identiti mangsa dan punca kematiannya," katanya. -Metro



.

Lagi artis terkenal barat dikatakan 'berubah wajah'



Lagi artis terkenal barat dikatakan 'berubah wajah' | SELEPAS heboh mengenai isu perubahan wajah aktres Renee Zellweger, kini penyanyi Janet Jackson pula menunjukkan transformasi yang mengejutkan. Menurut laporan Dailymail, saat adik kepada mendiang Michael Jackson itu muncul di Dubai Jumaat lalu, dia menunjukkan penampilan yang jauh berbeza, sehinggakan dirinya nyaris tidak dikenali. Wajah Janet dilihat berbeza ketika ditemui di Dubai Jumaat lalu. Wanita berusia 48 tahun itu muncul berpakaian serba hitam dengan pipi yang lebih berisi ditambah pula kening yang dilihat lebih tinggi daripada biasa.


Bentuk matanya juga berubah sehingga memberi kesan kepada wajahnya. Bagaimanapun Janet sempat memberi senyuman kepada paparazi yang mengambil fotonya. Sehingga kini tiada kenyataan yang jelas mengenai perubahan wajah Janet di mana ada kemungkinan juga penyanyi itu mengalami pertambahan berat badan sehingga memberi kesan pada rupanya. -AP




.

Bapa hukum perogol anak perempuannya dengan kejam



Bapa hukum perogol anak perempuannya dengan kejam | Seorang bapa didakwa mempelawa lelaki yang merogol anak perempuannya untuk makan malam di rumah mereka sebelum menyeksanya hingga mati. Lelaki berkenaan mengajak perogol berusia 45 tahun itu makan pada Jumaat lalu, sebelum mengikatnya pada kerusi dan membakar kemaluannya. Si bapa yang berumur 36 tahun itu kemudian mencekik mangsa hingga mati dalam tindakan yang dilihat memang sengaja dirancang sejak anak perempuannya berusia 14 tahun diperkosa dua bulan lalu.

 Kejadian berlaku di kawasan Khajuri Khas, timur laut Delhi. Selepas membunuh perogol terbabit, si bapa pergi ke balai polis dan mengaku melakukan pembunuhan itu dengan menceritakan secara terperinci bagaimana ia mendera mangsa. Lelaki itu ditahan dan akan didakwa atas tuduhan membunuh. Menurutnya, dia bertindak membunuh perogol berkenaan kerana tidak berpuas hati dengan siasatan polis berkait dengan kes anaknya. - Agensi




.

[Gambar] Chong Wei Berlepas Ke Norway, Nantikan Keputusan Sampel B



[Gambar] Chong Wei Berlepas Ke Norway, Nantikan Keputusan Sampel B | Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei terus mendapat sokongan padu semua pihak walaupun beliau berada dalam kebimbangan sementara menantikan keputusan Sampel B yang akan diuji pada Rabu ini. Pada Isnin, Chong Wei mendapat sokongan moral apabila beliau dimaklumkan mengenai pelantikan seorang peguam ternama dari Eropah yang turut menemaninya ke Oslo, Norway. Pemain badminton negara itu terpalit dengan skandal doping sleepas dia dipercayai gagal dalam ujian doping yang dijalankan ketika Kejohanan Badminton Dunia di Copenhagen, Denmark, Ogos lalu.

 Selepas mengadakan mesyuarat tergempar Ahad lalu, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengakhiri spekulasi selepas mereka mengesahkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mengesahkan salah seorang daripada pemain badminton negara gagal dalam ujian doping yang dijalankan pada 2 Oktober lalu. Dalam sampel air kencing pemain badminton negara didapati mengandungi sejenis bahan kimia, dexamethasone, yang merupakan bahan bukan untuk meningkatkan prestasi atlet, sebaliknya bahan itu merupakan sejenis steroid untuk rawatan perubatan dengan kesan anti-radang yang kebiasaannya digunakan dalam rawatan pemulihan atlet.

Menurut sumber: "Kita mahukan khidmat yang terbaik untuk membantu atlet berkenaan. BAM telah melantik seorang peguam ternama untuk mewakili beliau dan mendapat nasihat daripadanya. Peguam ini merupakan seorang yang pakar dalam undang-undang sukan dan beliau mempunyai pengalaman dalam isu doping. Semua pihak memberi sokongan padu dan doa kita juga bersama beliau. Kita mengharapkan keputusan yang baik akan diperoleh." Selain daripada peguam, Chong Wei turut ditemani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara, Datuk Dr Ramlan Aziz dan Pengurus Kanan BAM, Kenny Goh.

Jurulatih dan pemain negara yang lain yang ditemui ketika sesi latihan di Bukit Kiara pada Isnin, turut mendoakan kejayaan rakan sepasukan mereka. Salah seorang daripada mereka berkata: "Apa yang boleh kami lakukan ketika ini ialah mengharapkan keputusan yang terbaik." Jika keputusan sample B Chong Wei, negatif, beliau akan bebas daripada tuduhan doping. Sekiranya positif, makmal akan menghantar keputusan tersebut kepada BWF.

Badan berkenaan akan mengenaipasti atlet berkenaan melalui BAM. Proses berkenaan akan mengambil masa pada hari yang sama atau ia mungkin memakan masa beberapa hari. BWF akan mengadakan sesi pendengaran sebelum membuat keputusan bentuk hukuman yang akan diambil. Hukuman maksimum yang boleh dikenakan ialah menggantung pemain berkenaan untuk tempoh dua tahun bergantung kepada pelbagai faktor, termasuk tujuan atlet berkenaan mengambil bahan terlarang itu serta rekod prestasi atlet sepanjang kerjayanya sebagai pemain antarabangsa. -Mstar




.

Lelaki akui sudah 62 kali kahwin, tiga daripadanya masih isterinya yang sah



Lelaki akui sudah 62 kali kahwin, tiga daripadanya masih isterinya yang sah | Seorang lelaki, Abu Shadeed, berkata, dia kahwin kali pertama ketika berusia 16 tahun dan sehingga ini sudah 62 kali berumah tangga, tiga daripadanya masih menjadi isterinya yang sah. Lelaki itu yang namanya bermakna ‘bapa kekuatan’ dalam bahasa Melayu berkata, dia tidur dengan isterinya lima kali sehari dan hidup dengan makan daging mentah serta ikan dengan tulangnya sekali. Ketika muncul dalam rancangan terbitan rangkaian televisyen Al Hayat, semalam, Abu Shadeed dan beberapa anaknya mengejutkan penonton apabila mereka makan rumput.

“Saya makan rumput hanya untuk membuka selera. Makan seharian saya ialah daging mentah dan ikan, yang saya makan dengan tulangnya sekali. Saya juga boleh makan arang yang masih terbakar,” katanya Menurutnya, dia ketika ini mempunyai tiga isteri selepas menceraikan yang keempat atas alasan wanita itu menyokong Ikhwanul Muslimin. “Saya sudah berkahwin 62 kali. Kebanyakan mereka berkahwin dengan saya kerana tenaga luar biasa saya. Saya tidur dengan isteri saya lima kali sehari. “Saya tidak ambil ubat perangsang atau dadah. Kekuatan saya adalah anugerah Tuhan. “Saya kini merancang mencari isteri keempat dan dia perlu langsing serta berkulit sawo matang,” katanya. -AP




.

Kanak-kanak maut dibaham harimau sarkas Taman Tema



Kanak-kanak maut dibaham harimau sarkas Taman Tema | Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun mati dibaham seekor harimau sarkas selepas dia memasuki kandang haiwan itu di sebuah taman tema di sini. Kanak-kanak berkenaan dikatakan menyusup masuk ke kandang berkenaan tanpa pengetahuan keluarganya ketika mereka mengunjung taman tema berkenaan. Dia cedera parah akibat dibaham dan disahkan mati di hospital, lapor akhbar China News.

Jurucakap taman berkenaan semalam berkata, pihaknya bersetuju membayar pampasan kepada keluarga berkenaan dan berikrar untuk meningkatkan lagi langkah keselamatan bagi mengelak kejadian berulang. Beberapa minggu lalu, seorang budak lelaki hilang sebelah tangan selepas dibaham seekor beruang setelah ia melompat masuk ke kandang haiwan itu untuk memberinya makan di sebuah zoo di Henan. - Agensi




.

Sanggup beli mayat untuk penuhi kuota kerajaan


Sanggup beli mayat untuk penuhi kuota kerajaan | Dua kakitangan awam di China membeli mayat daripada pencuri mayat bagi memenuhi tuntutan minimum jumlah pembakaran mayat, mengikut kuota yang ditetapkan kerajaan, ketika Beijing cuba melaksanakan polisi pengebumian. Kakitangan awam di Guangdong itu membeli mayat tersebut daripada seorang pencuri yang mencuri kira-kira 20 mayat dari tanah perkuburan dalam satu malam, lapor agensi berita Xinhua. Kedua-dua pegawai tempatan yang hanya dikenali sebagai He dan Dong memaklumkan kepada polis bahawa mayat-mayat itu dibeli untuk memenuhi kuota mayat yang perlu dibakar di daerah itu, seperti yang ditetapkan kerajaan.

Dong membayar 3,000 yuan (RM1,617.99) setiap satu bagi 10 mayat yang dibeli, manakala He pula membayar separuh daripada harga yang dibayar Dong tetapi tidak diketahui jumlah mayat yang dibeli He. Kerajaan melancarkan kempen menggalakkan pembakaran mayat bagi mengurangkan penggunaan tanah, yang perlu digunakan untuk pertanian dan pembangunan. Pihak berkuasa menetapkan jumlah minimum pembakaran mayat di bandar-bandar tertentu di mana Dong dan He bertugas, namun penduduk tempatan mengebumikan ahli keluarga mereka secara rahsia untuk mengelak peraturan tersebut. Usaha China untuk menyaksikan lebih banyak mayat dibakar berbanding dikebumikan mendapat tentangan daripada penduduk di negara ini. Enam warga emas di wilayah Anhui bertindak membunuh diri pada Mei lalu sebelum peraturan baharu itu dikuatkuasakan. – AFP




.

Lelaki nekad bakar kereta seorang wanita selepas cintanya ditolak oleh wanita tersebut



Lelaki nekad bakar kereta seorang wanita selepas cintanya ditolak oleh wanita tersebut | Seorang lelaki berusia 50 tahun nekad membakar kereta seorang wanita selepas tidak berpuas hati cintanya ditolak oleh wanita tersebut dalam kejadian di Lorong Melur 19, Taman Emas dekat sini awal pagi ini. Menurut sumber, suspek datang ke rumah wanita yang berusia 46 tahun itu kira-kira pukul 2.20 pagi ketika wanita tersebut pulang dari tempat kerjanya di sebuah kelab di sini. Difahamkan suspek meluahkan perasaan cintanya kepada wanita yang telah bersuami itu.

Suspek kemudiannya melepaskan kemarahan dengan memecahkan cermin kereta Proton Iswara suami mangsa dan pintu serta tingkap rumahnya. Suspek kemudiannya bertindak lebih ganas apabila membakar motosikal yang dinaikinya yang di­letakkan di belakang kereta Toyota Vios milik mangsa sehingga meng-akibatkan kereta itu turut terbakar. Tindakan pantas suami mangsa memadamkan kebakaran tersebut dengan menggunakan alat pema-dam api berjaya mengawal kebakaran sebelum anggota bomba dipanggil bagi memadamkan sepenuhnya kebakaran itu.

Suspek yang dikatakan sering mengunjungi kelab malam tempat wanita itu bekerja, kemudiannya melarikan diri bagaimanapun berjaya ditahan oleh orang ramai. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat menggunakan bahan bakar. "Suspek berjaya ditahan oleh anggota peronda yang kebetulan berada di lokasi kejadian dan dia kini ditahan di lokap berpusat di Kepala Batas. "Kita sedang menyiasat motif kejadian yang menyebabkan suspek bertindak demikian," katanya ketika dihubungi hari ini.-Utusan



.

Bapa tampil buat laporan polis, kawan rapatnya rogol anak hingga hamil



Bapa tampil buat laporan polis, kawan rapatnya rogol anak hingga hamil | Seorang bapa tampil membuat laporan polis semalam (Ahad) selepas mendakwa anak perempuanya berusia 16 tahun dirogol kenalan rapatnya sendiri yang berusia 53 tahun hingga menyebabkan remaja itu kini hamil tujuh bulan. Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, kejadian itu disedari bapa gadis itu sejak 29 September lalu selepas mendapati gelagat anaknya mencurigakan. "Namun remaja itu cuba menyembunyikan kandungannya, bagaimanapun bapanya yang masih curiga mendapatkan bantuan jiran untuk menghantar anaknya ke hospital sebelum disahkan hamil.

"Remaja itu juga enggan mendedahkan identiti lelaki bertanggungjawab terhadap kandungannya itu menyebabkan bapanya tampil membuat laporan polis," katanya. Hasil soal siasat remaja itu mengaku melakukan hubungan seks dengan kenalan bapanya di sebuah hotel di kawasan Timur Laut. Suspek ditahan dirumahnya di Sungai Pinang pada hari sama laporan dibuat bapa mangsa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan Kerana merogol. Lelaki itu juga ditahan reman hingga Sabtu depan. -SH




.

Misteri penemuan penyepit dalam kemaluan seorang kanak-kanak



Misteri penemuan penyepit dalam kemaluan seorang kanak-kanak | Malang buat seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun apabila terpaksa menanggung derita hampir sebulan selepas kemaluannya berair dan bernanah akibat dimasuki penyepit rambut. Kejadian disedari ibu mangsa yang berusia 35 tahun apabila mendapati anak tunggalnya mengadu sakit setiap kali hendak membuang air kecil dan dibawa ke Hospital Alor Gajah, di sini, untuk mendapatkan rawatan sebelum dirujuk ke Hospital Melaka untuk tindakan lanjut.

Pemeriksaan perubatan dilakukan di Hospital Melaka, Jumaat lalu, merungkai permasalahan itu apabila menemui satu penyepit rambut di dalam kemaluan kanak-kanak terbabit. Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Muhammad Ismail Muhammad Yusuf berkata, kejadian dipercayai berlaku hampir sebulan lalu apabila ibu mangsa yang bekerja sendiri mendapati kemaluan anaknya kerap berair. Menurutnya, tidak sedap hati dengan perkara itu, ibu mangsa membawa anaknya ke Hospital Alor Gajah untuk mendapatkan rawatan, namun pihak hospital tidak menemui sebarang penyakit pelik yang mencurigakan. -Metro



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!