Sunday, November 9, 2014

SETEGUH FAYQA - HANINA ABDULLAH




SETEGUH FAYQA - HANINA ABDULLAH | Seperti novel-novelnya sebelum ini, Projek Memikat Suami dan  Kisah Naz Dan Khalish, nampaknya novel terkini penulis ini juga tidak menghampakan. Lulu siap tersenyum-senyum ketika membacanya... Siyes dalam masa sehari saja dah selesai baca.

Novel ini mengisahkan Fayqa Lara Alana yang terlibat dengan tragedi menimpa sahabat baiknya, Dzahim sehingga menjadikan dia penginap sementara rumah besar Dzahim dan keluarga. Kemeriahan dan rasa kasih sayang didalam rumah itu membuatkan Fayqa benar-benar terasa keseorangan tanpa keluarga. Bagi abang long Dzahim, Dzariff, latar belakang misteri Fayqa membuatkan dia benar-benar ingin tahu dan tanpa dia sedari dia sering mengeluarkan arahan dan tingkah yang tidak masuk akal terhadap gadis itu.

Kemunculan seorang lelaki tua, dan lagi seorang lelaki muda yang dilihat bersama Fayqa membuatkan Dzariff serba tak kena. Kehadiran adik beradik Dzariff yang berusaha merapatkan hubungan meraka, menjadikan Dzariff nekad memperisterikan Fayqa. Lamaran dihulur, dan Fayqa yang terkejut, akhirnya menerima juga lamaran itu. Malangnya, ketika menyulam hari bahagia di alam perkahwinan, niat buruk Musyrifah, rakan sekerja Dzariff yang sudah lama menyintai Dzariff menduga kebahagiaan itu. Fayqa yang naif, tidak pandai cemburu dan bersangka buruk, akhirnya sedar dia harus lakukan sesuatu untuk menyelamatkan perkahwinannya.


Tajuk : Seteguh Fayqa
Penulis : Hanina Abdullah
Halaman : 776 muka surat
Harga : RM29/RM32




P/S - Fully Recommended By Lulu Caldina




.

Video Klip Remaja Perempuan Bergaduh Jadi Viral Terbaharu



Video Klip Remaja Perempuan Bergaduh Jadi Viral Terbaharu  | Video klip kes buli terbaharu melibatkan remaja perempuan menjadi viral selepas dimuat naik di laman Youtube, awal minggu ini. Video klip berdurasi enam minit tiga saat itu menunjukkan sekumpulan remaja perempuan lebih kurang lima orang memukul seorang remaja di kawasan tandas awam. Pada masa sama, seorang lagi rakan mereka bertindak merakamkan kejadian yang dipercayai berlaku di Kelantan berdasarkan dialek mereka. Mangsa hanya berdiam diri ketika rambutnya ditarik, malah turut ditampar, disepak dan dibelasah menggunakan lutut sehingga terjatuh.

Aksi buli yang bermula di dalam tandas dipercayai tandas awam itu berlarutan hingga ke luar. Berdasarkan perbualan yang dirakam itu, kumpulan terbabit bengang dengan remaja yang berusia 16 tahun itu kerana dikatakan 'bermulut jahat'. Selepas dipukul dan diherdik kerana tidak berpuas hati dengan kelakuan remaja itu, video itu berakhir dengan kumpulan remaja berkenaan tanpa perasaan kasihan menyuruh remaja itu pulang. Kebelakangan ini, video kes buli yang dimuat naik ke laman sosial seperti menjadi satu trend terkini. Sebelum ini, dua rakaman video kes buli membabitkan pelajar di dua buah sekolah turut tersebar.

Berikutan kes itu, polis telah mengenal pasti kes buli itu berlaku di asrama sebuah sekolah di Pontian pada 2010, manakala satu lagi berlaku pada Mei lalu di sekolah anak yatim di Kangar, Perlis. Suspek utama yang berlaku di Pontian itu telah dibuang sekolah pada 2011, manakala polis berjaya menahan enam suspek berusia 13-15 tahun bagi kes di Kangar. Kes itu telah didakwa di Mahkamah Majistret Kangar di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan. Mstar




.

Anak dijangkiti HIV selepas dirogol bapa kandung



Anak dijangkiti HIV selepas dirogol bapa kandung | Pihak berkuasa Indonesia menahan seorang lelaki selepas dipercayai merogol anak perempuannya yang berusia 10 tahun. Polis berkata, suspek berusia 52 tahun dari Ambon turut menghidap HIV. Ketua polis Ambon, William Cornelese Tanasale berkata, suspek boleh dipenjarakan sehingga 15 tahun jika didapati bersalah. "Berdasarkan siasatan awal, kami percaya mangsa dirogol bapa kandungnya sejak tadika dan ia berlanjutan sehingga sekarang," katanya. Rahsia lelaki itu terbongkar selepas jiran membawa mangsa berjumpa doktor kerana kesihatannya yang semakin merosot. Hasil pemeriksaan doktor, kanak-kanak tersebut turut didiagnosis HIV. Isteri suspek meninggal dunia pada 2011, juga dijangkiti virus maut itu, laporan dipetik dari Jakarta Globe. -AP



.

Pelakon popular Korea mengaku, berlakon guna rambut palsu merosakkan telah rambutnya



Pelakon popular Korea mengaku, berlakon guna rambut palsu merosakkan telah rambutnya | PELAKON Lee Jong Suk mengaku agak terseksa apabila terpaksa memakai rambut palsu bagi memainkan watak Choi Dahl Po dalam drama Pinocchio. Katanya, terlalu lama memakai rambut palsu mengakibatkan rambut asalnya banyak yang gugur. "Kerana terlalu lama memakai rambut palsu menyebabkan rambut saya banyak gugur.

Walaupun rambut palsu sudah ditanggalkan, kepala saya tetap rasa seperti memakai rambut palsu itu," ujarnya. Sementara itu, Jong Suk memberitahu kerana sudah terbiasa dengan rambut palsu membuatkan dia berasa janggal jika tidak memakainya. "Bila keluar daripada penggambaran saya jadi pelik kerana sudah terbiasa dengan rambut palsu di atas kepala," ujarnya. -AP




.

Lelaki hanya beli rumah tapi dapat hadiah misteri yang mengejutkan



Lelaki hanya beli rumah tapi dapat hadiah misteri yang mengejutkan | Seorang lelaki menemui satu mayat di dalam rumah yang baru dibelinya di satu acara lelong, semalam. Akhbar News-Press of Fort Myers melaporkan William Wilson membeli rumah berkenaan dengan harga AS$96,000 (RM321,000), Selasa lalu. Apabila dia memasuki rumah semalam, dia menemui satu mayat di atas katil di kamar tidur utama. Polis yang menerima aduannya mengepung hartanah berkenaan dan melancarkan siasatan. Menurut jiran, dua adik beradik tinggal di rumah itu tetapi mereka tidak kelihatan sejak beberapa bulan lalu. Menurut polis, surat terbaru yang dialamatkan ke rumah itu bertarikh November 2011 sementara cukai hartanah tidak dijelaskan sejak tiga tahun lalu. - Agensi




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!