MANCHESTER - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson mengesahkan bahawa penyerangnya, Wayne Rooney (gambar) akan mendapat semula tempatnya dalam kesebelasan utama sejak 'direhatkan' 26 September lalu.
Kelmarin, ketika United menewaskan Wigan 2-0, Rooney hanya diturunkan pada babak kedua selama 34 minit tanpa berjaya menjaringkan sebarang gol.
Sebaliknya gol-gol United dijaringkan oleh Patrice Evra dan Javier Hernandez dalam setiap babak.
Menurut Ferguson, masa terbaik menurunkan semula Rooney adalah pada saingan Liga Juara Juara menentang Rangers minggu ini.
"Kehadiran semula Rooney nampaknya diterima baik. Tentunya ini melega- kan terutama untuk menyedarkannya bahawa dia berada di kelab yang tepat.
"Memang tiada publisiti besar untuknya kembali. Tetapi saya memberi jaminan yang dia akan diturunkan untuk tempoh 90 minit apabila menentang Rangers, Rabu ini," katanya.
Rooney dikatakan mengalami kecederaan buku lali walaupun dia menafikan- nya ketika perselisihannya dengan Ferguson memuncak baru-baru ini.
Ini mendorongnya untuk meninggalkan United sebelum tiba-tiba membuat pusingan-U dengan menyambung kontrak untuk tempoh lima tahun lagi.
Ketiadaan Rooney dalam lapan perlawanan bagaimanapun tidak menjejaskan kemampuan United, baik dalam saingan Liga Perdana England mahupun Liga Juara-Juara.
United hanya memerlukan keputusan seri apabila berdepan dengan Ran- gers untuk layak ke pusingan kedua kalah mati Liga Juara Juara.
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment