Friday, December 17, 2010

Jolie dan Brad Pitt Akan Kahwin di India?


Khabar perkahwinan pasangan Angelina Jolie dan Brad Pitt kembali kedengaran. Pasangan ini bercadang merasmikan hubungan mereka ke alam perkahwinan. Keduanya ingin mengadakan acara perkahwinan di India.

Pasangan ini dikhabarkan akan mengadakan perkahwinan pada tahun depan dalam upacara Hindu. Perkahwinan ini akan dilakukan di sebuah pusat penyembuhan di India.

Menurut pejabat daerah, seperti dipetik dari Telegraph, Jumaat 17 Disember 2010,  pasangan ini akan tiba di India dan merayakan malam tahun baru di sana dan setelah itu mempersiapkan perkahwinan mereka.

Rancangan perkahwinan pasangan ini memang sudah kedengaran sejak lama. Tetapi, keduanya tidak pernah membicarakan secara terbuka soal tersebut.

Beberapa waktu lalu, pernah tersiar khabar mereka memutuskan berkahwin atas permintaan anak-anak, terutama anak lelakinya, Maddox. Anak berusia 9 tahun ini merayu kepada Pitt agar segera menikahi ibunya.

Jika benar pasangan yang terkenal ini akan berkahwin tahun depan, maka perkahwinan ini akan menjadi yang kedua bagi Pitt dan yang ketiga untuk Jolie. Sebelum menjalin hubungan dengan Jolie, Pitt pernah berkahwin dengan pelakon Jennifer Aniston sedangkan artis berbibir seksi itu pernah berkahwin dengan Jonny Lee Miller dan Billy Bob Thornton.



.

Rendah diri..

Salam semua...
Selamat petang...

Korang pernah tak rasa rendah diri?

Lulu terfikir nak share hal ni dengan semua..
Lulu selalu rasa rendah diri..
Bila org kata....

- kamu cantik..
- kamu comel
-kamu baik hati
-kamu penyayang...


dan macam2 lagi kata pujian..
Tapi bila tengok diri sendiri,
takde pun rasa macam tu..
Tengok cermin,
Allah, gemuknya badan..
Teruknya muka...
Teruknya rambut..

SM Nasarudin dan Marion Caunter...

Pengacara popular Marion Counter selamat diijabkabulkan dengan pasangannya pewaris Kumpulan Naza, SM Nasarudin SM Nasimuddin di kediaman lelaki itu di Bukit Tunku, dekat sini malam tadi.

Dengan sepersalinan serba putih, Marion atau nama Islamnya, Marion Rose Caunter Abdullah mengenakan baju kurung moden rekaan pereka fesyen, Rizalman Ibrahim.

Difahamkan, majlis pernikahan tersebut diadakan secara tertutup dengan kehadiran keluarga serta teman-teman rapat sahaja.










Majlis resepsi pula akan diadakan malam Jumaat (malam ini) pada pukul 7 petang di dewan utama Hotel Mandarin Oriental dan ia juga diadakan secara tertutup dan para tetamu perlu berpakaian kemas mengikut tema yang diberikan iaitu sut (lelaki) dan pakaian formal ala barat (wanita).









Pada malam resepsi nanti, pengacara E! News Asia itu akan memakai pakaian rekaan Vera Wang.
Majlis resepsi pernikahan mereka itu diadakan secara tertutu dengan kehadiran tetamu jemputan sahaja.
Pihak media tidak di undang membuat liputan sebaliknya hanya krew E!News sahaja dibenarkan untuk merakamkan detik-detik bersejarah itu.

Pasangan itu juga akan mengadakan sebuah lagi majlis di kepulauan Maldives tidak lama lagi.







P/S - Credit untuk MR. F untuk gambar..[KLIK SINI]





.

Misz honey1st contest


Whoaa...Contest time.....
Nak join, sila klik pada banner kat atas...
Lulu di tag oleh MAKBED



Lulu teka harga teddy bear kat atas
RM 99.90
ngeeee................


Nak tag 2 orang....





.

Bunga tolak untuk kembali aktif di tahun baru...

Sewaktu bersalin
Tahun baru biasanya menjadi peluang buat penyanyi untuk mendapatkan tawaran dengan bayaran mahal. Tetapi, untuk tahun ini, Bunga Citra Lestari tidak tertarik menyanyi di malam tahun baru. Dia ingin menghabiskan waktu dengan Noah.

Noah Sinclair adalah anak pertama artis yang mesra dipanggil BCL ini dengan Ashraf Sinclair. BCL mengaku untuk tahun ini, dia ingin menjalani tahun baru bersama keluarga.

"Aku belum pengen ambil job dulu, karena masih sibuk mengurus baby. Jadi menikmati waktu bersama keluarga," kata BCL saat ditemui di JCC, Senayan, Jakarta.

Tidak hanya itu, walaupun  sebagai artis, penampilan adalah yang paling utama, penyanyi dan bintang sinetron ini belum mahu terburu-buru untuk menurunkan berat badannya. "Masih kasih ASI Ekslusif makanya nggak bisa terlalu maksakan diri," ujarnya lagi.
Kehadiran anak membuat kehidupan BCL semakin lengkap dan bahagia. Dia pun akan mengurangi kesibukannya sebagai artis dan lebih fokus dengan keluarga kecilnya itu. "Pengen bagi waktu untuk kerja dan keluarga. Pengen lihat anakku berkembang," ujarnya.




.

Peminat muzik Britain makin galak muat turun haram


Peminat muzik dikatakan memuat turun lebih satu bilion lagu secara haram tahun ini, lapor persatuan industri muzik Britain, British Phonographic Industry (BPI), semalam. Hasil kajian BPI, 7.7 juta orang melakukan aktiviti itu sepanjang 2010 dan menyebabkan kerugian bernilai hampir RM5 bilion.

Ketua Pegawai Eksekutif BPI, Geoff Taylor, berkata kegiatan itu sama seperti kerosakan dilakukan tumbuhan parasit.
“Sebanyak 1.2 bilion lagu dimuat turun secara haram pada 2010,” katanya.

Laporan bertajuk Digital Music Nation 2010 itu juga mendapati, kegiatan memuat turun lagu secara sah menunjukkan peningkatan ketara.

Ketika ini, kata Taylor, sebanyak 24.5 peratus daripada perolehan penerbit dan pencipta lagu dikumpul melalui muat turun berkenaan berbanding 19.2 peratus tahun lalu.

“Muzik digital kini menjadi aliran arus perdana di Britain dengan hampir 70 syarikat menawarkan perkhidmatan itu.

“Bagaimanapun, aktiviti muat turun haram juga berkembang dan parasit itu mengancam perkembangan bakat generasi muda yang ingin memajukan kerjaya mereka dalam bidang muzik,” katanya.




.

Ferguson tak sabar bertemu Chelsea


MANCHESTER - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson (gambar) semakin teruja bertemu Chelsea pada aksi Liga Perdana England, Ahad ini, sekali gus menamatkan badi pasukan itu setiap kali beraksi di Stamford Bridge.

United akan bertandang ke gelanggang Chelsea itu dengan hasrat mengekalkan rekod tanpa kalah mereka musim ini selain melebarkan jurang mata di tangga teratas liga.

Berbanding Carlo Ancelotti yang sekadar mampu melihat Chesea hanya mengutip enam mata daripada tujuh perlawanan terakhir biarpun pada awal musim mereka dilihat cukup mantap.
Di atas kertas, inilah peluang terbaik buat United mencatat kemenangan pertama di gelanggang keramat Chelsea itu sejak kali terakhir berjaya melakukannya pada April 2002.

"Ini perlawanan yang cukup penting. Kami memiliki rekod buruk ketika berdepan Chelsea di Stamford Bridge tetapi tidaklah begitu teruk sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
"Kami sudah cukup bersedia untuk menghadapinya. Cukup lama kami menantikan saat untuk menguasai takhta liga. Jadi ia satu perlawanan penentu buat United," kata Ferguson.

Pada awal musim ini, ramai pengkritik mempersoalkan sama ada skuad bimbingan Ferguson itu cukup kuat untuk merampas semula kejuaraan liga daripada Chelsea.

Namun Ferguson dengan nada yakin menegaskan bahawa dia memiliki para pemain yang mampu untuk menyelesaikan hutang dengan musuh utama mereka itu.

"Kami memiliki pemain yang baik dan mereka semua telah memperolehi banyak pengalaman beraksi pada perlawanan-perlawanan penting sejak beberapa tahun yang lalu.

"Jadi ini bukanlah perkara baru buat mereka. Pengalaman mereka cukup penting dan keghairahan mereka masih tinggi untuk membawa kejayaan kepada kelab ini," jelas Ferguson.




.

Istimewa buat yang setia..

INI ADALAH STICKY POST..
SILA SCROLL KEBAWAH UNTUK ENTRY BARU..

Salam.....
Sengaja kutulis, warkah istimewa buat mu yang setia..
Semoga ingatan ikhlas ini membuatkan hari-harimu
indah, seindah senyumanmu....
Terima kasih diatas kesetiaanmu..
menemani hari-hariku melaksanakan tugas..
sebagai blogger....


Dua peragut disorong ke balai polis


Suspek cedera dibelasah orang ramai, tersenarai penjenayah paling dikehendaki

SIBU: Dua peragut yang cedera dibelasah orang awam diangkat dengan kereta sorong di tengah bandar ini ke balai polis, semalam.

Mereka yang berusia 31 dan 43 tahun disenaraikan orang paling dikehendaki polis Sibu mengalami kecederaan termasuk seorang patah kaki selepas dibelasah orang ramai yang menahan mereka di Jalan Market di sini.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Shafie Ismail, berkata polis terpaksa meminjam kereta sorong daripada pekedai di Pasar Central Sibu, untuk membawa dua suspek berikutan keadaan jalan yang agak sesak.

Beliau berkata, dua suspek itu berjaya ditahan orang ramai selepas mereka meragut seorang wanita berusia 60-an di Pasar Central di sini, kira-kira jam 10.45 pagi semalam.

“Mangsa bersama suaminya sedang berjalan di Pasar Central tiba-tiba dihampiri dua lelaki bermotosikal dan salah seorang suspek meragut rantai leher mangsa.

“Suami mangsa sempat memegang tangan salah seorang suspek dan berlaku tarik menarik sehingga menyebabkan motosikal dinaiki kedua-dua suspek tumbang,” katanya.

Shafie berkata, orang ramai yang menyaksikan kejadian itu kemudian datang membantu untuk memberkas dua suspek berkenaan yang kemudiannya diserahkan kepada anggota polis yang kebetulan berada berhampiran tempat kejadian.

Shafie berkata, kedua-dua suspek akan didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan polis juga meneliti tindakan lebih berat mengikut langkah-langkah pencegahan khas.

Sementara itu, Shafie merayu orang ramai supaya mengembalikan jam tangan berjenama Rolex milik seorang lelaki yang tercicir ketika bergelut dengan dua penjenayah terbabit.




.

Lelaki Maut Kereta Terbabas Dan Terbakar


GEORGE TOWN: Seorang lelaki terbunuh apabila kereta yang dipandunya terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelum terbakar di Jambatan Pulau Pinang di sini awal pagi tadi.

Pegawai Turus Trafik Negeri Deputi Supritendan (DSP) Abdul Rahim Md Din berkata kejadiaan dipercayai berlaku pada 1 pagi di kilometer 5.1 atas jambatan menghala ke Butterworth.

"Pemandu yang maut itu dikenali sebagai Khor Chai Tong, 25, yang mengalami kecederaan pada bahagian kepala serta mati sejurus dikeluarkan dari keretanya oleh rakannya yang mengekori kereta beliau," katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Khor berasal dari Nibong Tebal dipercayai memandu laju sebelum terbabas berikutan kesan tayar sepanjang 4.8 meter yang kelihatan berhampiran tempat kejadian.

Anggota Bomba dan Penyelamat Prai mengambil masa lima minit untuk memadamkan kebakaran kereta itu.
Mayat Khor dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.


P/S - Cantik Rim...adeh...


.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!