Friday, November 11, 2011

Pelumba bot laju maut


Dua pelumba bot laju pesisir pantai meninggal dunia selepas katamaran yang dikemudi mereka melambung pada kelajuan tinggi sebelum terhempas pada hari ketiga pembukaan perlumbaan Kejohanan Dunia Key West, kata pegawai yang bertugas.

Big Thunder Marine adalah bot sepanjang 14 meter yang dikemudi empat peluncur katamaran dengan menggunakan enjin yang mempunyai 1,200 kuasa kuda dalam pertandingan kelas Superboat Unlimited.

“Perlanggaran mengakibatkan bahagian depan dan kanan bot rosak teruk selepas memasuki pusingan ketiga perlumbaan itu hari ini di Key West Harbor,” kata penganjur.

Presiden Bot Super Antarabangsa, John Carbonell, berkata beliau menyaksikan kemalangan yang berlaku bersebelahan dengan kawasan penonton.

“Kemungkinan kipas bot yang berkuasa kira-kira 209 kilometer sejam hampir tidak berada di dalam air,” katanya.




P/S - Jom Tengok ni.. [KLIK]





.

1 Penyokong CHELSEA:

nurkaloi on November 11, 2011 at 10:35 AM said...

ajal maut di tangan tuhan kannnn

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!