Monday, January 3, 2011

Tenang Lihat Wajah Anak Sulung


Penyanyi Diddy Hirdy atau pun Syamsul Hirdy Muhid mengakui tidak mampu mengambarkan perasaan bercampur baur antara gembira dan terharu apabila isterinya Allen Nor Azah Musa selamat menimang cahaya mata pertama, Isnin.

Bayi perempuan seberat 3.45 kilogram itu dilahirkan secara pembedahan pada pukul 9.30 pagi setelah diberitahu berkedudukan songsang.

“Alhamdulilah semuanya selamat walaupun lahir secara pembedahan kerana berkedudukan songsang.

“Susah untuk mengambarkan perasaan saya ketika itu. Dan selepas selamat perasaan gembira sedih bercampur baur. Memang ini yang saya nantikan selama ini,” ujarnya yang memberi telah nama Nadra Aryssa Jauza.

Diddy juga memberitahu berasa tenang setiap kali melihat wajah anaknya.
Selain itu, dia teruja dan bersedia untuk menjalani tanggungjawab sebagai seorang bapa.

“Ini hadiah tahun baru dan semangat baru saya. Dari segi persiapan mental saya memang sudah bersedia untuk menjadi seorang ayah.

“Banyak perkara tentang bayi yang sedikit sebanyak saya belajar daripada anak-anak saudara saya,” katanya.

Selain itu, pasangan yang bernikah pada 6 Februari tahun lalu itu mengakui rezeki semakin bertambah sejak isterinya mengandung lagi.

“Saya akui banyak tawaran yang saya dapat sejak isteri saya mengandung. Saya percaya Allah akan lebih permudahkan jalan terutamanya rezeki bila kita berumah tangga dan berkeluarga,” katanya.



P/S - Tahniah..




.

60 rumah tenggelam selepas hujan 5 jam


Lebih 60 rumah di empat kampung sekitar Seberang Perai Selatan (SPS) di sini, dinaiki air setinggi hampir satu meter selepas dilanda hujan lebat selama lima jam sejak pagi tadi.

Hujan yang bermula kira-kira jam 8.30 pagi itu mengakibatkan air naik dengan cepat menyebabkan penduduk di Kampung Sungai Kechil, Kampung Besar, Simpang Ampat Tasek dan sekitar Jawi tidak dapat menyelamatkan barangan rumah termasuk perkakas elektrik.

Ketua Polis Daerah SPS, Superintendan Shafien Mamat, berkata kejadian banjir kilat itu adalah yang terburuk pernah berlaku di kawasan tersebut.

"Sehingga kini hanya seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) warga emas ditempatkan di dewan orang ramai dan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat memberi bantuan segera berupa makanan untuk membantu mangsa," katanya ketika ditemui melawat mangsa di Kampung Nenas, Sungai Kechil, di sini.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan tentang banjir tersebut pada 10.30 pagi ketika paras air sungai berhampiran melimpah dan meningkat dengan cepat.

Sementara itu, seorang penduduk, Abdul Majid Embi, 52, berkata beliau kerugian daripada segi peralatan rumah yang rosak ditenggelami air.

"Hujan bermula dari pagi namun tak sangka dalam masa dua jam air sudah mula masuk ke dalam rumah sehingga paras pinggang dan kejadian ini saya rasa paling teruk biarpun kawasan ini memang sering dilanda banjir," katanya.
Seorang lagi penduduk Salasiah Din, 55, berkata ketika kejadian beliau keluar bekerja dan pulang selepas dimaklumkan jiran.

"Saya pulang pun sudah tak sempat selamatkan barang, habis semua rosak. Kawasan ini selalu banjir dan ia membebankan penduduk serta menimbulkan beberapa masalah lain antaranya pelbagai penyakit berkaitan air," katanya.

Rashid Ibrahim, 64, pula bersyukur kerana banjir kali ini berlaku pada waktu siang, sekali gus memudahkan mereka menyelamatkan diri.

"Sebelum ini beberapa kali air naik pada waktu malam menyebabkan kami kelam-kabut menyelamatkan diri dan mengemas barang-barang.

"Tapi kami juga sedih kerana ia berlaku ketika hari pertama persekolahan bermula dan ramai ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah," katanya. -



.

Khairul Fahmi dapat.......


Penjaga gol pasukan bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat, 21, yang membantu Malaysia muncul juara Piala AFF Suzuki 2010 baru-baru ini dianugerahkan sebuah rumah oleh kerajaan Kelantan bagi mengenang jasa dan pengorbanan penjaga gol itu.

Pemberian rumah itu diumumkan sendiri oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, selepas majlis meraikan Khairul Fahmi oleh penduduk Kampung Cherang Ruku di sini, hari ini.

"Sebagai mengenang budi dan menghargai jasa anak muda kita yang berbakti melalui sukan bola sepak membantu negara menjulang piala, maka pihak kerajaan negeri memutuskan menghadiahkan sebuah rumah kepada Khairul Fahmi.

"Kita akan tetap beri hadiah. Itu kenyataan saya (pemberian sebuah rumah) dan segala butiran mengenai pemberian hadiah tersebut akan dilaksanakan oleh Exco bertanggungjawab," katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan Badan Bukan kerajaan (NGO) Negeri Kelantan, Abdul Fattah Mahmood.

Nik Aziz berkata, kerajaan Kelantan begitu berbangga dengan kecemerlangan Khairul Fahmi dan berharap pemain itu akan terus meningkatkan prestasinya pada masa akan datang.

"Dia masih muda dan perlu menjaga diri dengan baik. Dengan bakat yang ada, dia boleh menonjol sampai bila-bila. Kita menghargai bakat dia serta keluarga dia, sebab itu kita berjanji nak beri hadiah rumah kepada dia,” katanya.
Terdahulu dalam ucapannya, Nik Aziz berkata bersukan adalah satu riadah yang sangat dituntut dalam agama Islam.

"Kita perlu seimbangkan antara tuntutan dunia dan akhirat. Bersukan boleh tetapi kita jangan lupa solat. Solat membentuk keperibadian akhlak yang mulia. Kita jangan terbabit dalam gejala najis dadah.

"Nabi Muhammad SAW dahulu pun bersukan juga. Masa saya berumur 11 tahun ketika zaman perang Jepun saya menunggang kuda dengan beberapa adik-beradik saya. Saya menang ketika itu, kerana terlampau gembira saya angkat kedua-dua tangan dan bila biawak lalu kuda pun terkejut dan saya pun jatuh. Sampai sekarang kesakitan itu masih terasa," katanya.


.

Kos parti tahun baru RM24 juta


Pemilik kelab bola sepak Chelsea dalam liga perdana Inggeris, Roman Abramovich, 44, menganjurkan parti tahun baru dengan melibatkan kos kira-kira £5 juta (RM24 juta) dan menjemput ramai selebriti, lapor sebuah akhbar semalam.
Parti itu diadakan di kawasan hartanahnya yang bernilai £58 juta (RM279 juta) seluas 28.32 hektar di St. Barts, Kepulauan Caribbean.


Artis popular seperti Fergie dari kumpulan Black Eyed Peas, Salma Hayek dan Demi Moore hadir untuk memeriahkan majlis yang dihadiri 250 orang tetamu kelmarin.

Beberapa hari sebelum sambutan tersebut berlangsung, barisan selebriti seperti pengarah filem Star Wars, George Lucas, penyanyi rap, Sean 'P-Diddy' Combs, pengacara terkenal, Ellen DeGeneres, penyanyi Alicia Keys dan penerbit filem, Harvey Weinstein dibawa ke pulau itu dengan helikopter.
Sambutan itu turut meriah dengan persembahan bunga api.



.

Kereta Ferrari Ku Rosak


Kereta Ferrari yang berharga £140,000 (RM674,102) rosak semasa pelakon Hugh Grant dalam perjalanan untuk bermain golf, lapor sebuah akhbar semalam.

Grant, 50, terpaksa menerima pelawaan seorang pemilik sebuah pub yang mengajaknya menaiki van Volkswagen Kombi berusia 15 tahun untuk ke kelab gol tersebut.

Semasa kejadian, pelakon filem Notting Hill itu memandu di sebatang jalan raya dekat Sandwich di Kent.
Namun, kereta sportnya itu mengalami masalah enjin di laluan pandu laju menyebabkan dia cuba mengundurkan keretanya ke tepi jalan.

Beberapa buah kereta yang berada di belakang Ferrari itu terpaksa dipandu ke tepi jalan bagi memberi laluan kepada Grant mengundurkan kereta.


Pelakon itu terpaksa menumpang van pemilik pub tersebut kerana trak penunda mengambil masa selama beberapa jam untuk tiba di tempat kejadian selepas dia menghubungi mereka untuk mendapatkan bantuan.

Kereta sport itu tiba-tiba kehilangan kuasa menyebabkan ia tidak boleh bergerak ke depan.
Pemilik pub itu, Paul McMullan berkata: "Sejumlah pemandu kereta memperlahankan kereta untuk melihat kereta eksotik Grant. Mereka berasa terkejut melihat seorang pelakon berdiri di tepi jalan."
Grant membeli Ferrari itu pada Ogos lalu semasa sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-50.




.

'Tupperware with Love, 1st Giveaway'


Salam.....
Jom join 1st Giveaway Tupperware With Love ni...
(SILA KLIK PADA BANNER UNTUK LEBIH LANJUT)


Syaratnya tersangat mudah...
Juga hadiah yang bakal dimenangi sungguh menawan hatiku..
Yeah..Tupperware, come to lulu....
(Semoga lulu menang.....entah betul ke hadiahnya tupperware..
yeye jer lulu ni tau..ekeke..
Sebenarnya hadiah belum tau, penganjur masih berahsia...)
Tak kisahlah....


Jom, kita support penganjur Giveaway ini...


Tarikh Tutup : 31 Januari 2011




.

Sihat ke tak?

Salam..Selamat petang...
Perut dah isi? ngee..
Kalau belum, hah, nanti sakit...

Pinjam gambar dari utusan..

Kebetulan hari ni merupakan hari bersekolah..
So, rasanya entry ni memang paling tepat
untuk lulu ketengahkan....

Beberapa hari ni kan sibuk pelajar disekolah
dengan minggu suaikenal dan pendaftaran..
So, atas sebab itu, lulu pergilah satu sekolah ni..
tut*......tak boleh sebut nama..

Bila dah lepas semua urusan, 
pergilah keKANTIN nak minum ni..
Panas..haus..
Ada pelajar-pelajar sekolah kat situ sibuk nak beli makanan..
So, sementara tunggu duit baki (dah byr ni-beli soya jer),
lulu asyik perhatikan pelajar-pelajar ni beli makanan...







Tengok?
Apa jenis makanan yang dijual di kantin sekolah...
Sihat ke?
Sesuai ke buat anak-anak kecil?


Adakah semua kantin sekolah begini?

Kenapa tak sediakan makanan yang sihat...
seperti digambar bawah ni..
(ihsan google)



Tapi, rasanya, lebih baik jika anak-anak dibekalkan
dengan makanan yang sihat dan bersih dari rumah..
Betul tak?
APA KOMEN KORANG?



.

Ahli sihir kena bayar cukai


Romania meluluskan undang-undang buruhnya yang baru dan secara rasmi mengiktiraf ahli sihir, tukang tilik dan ahli nujum sebagai satu kerjaya mulai semalam, sekali gus bererti mereka yang terbabit perlu membayar cukai pendapatan.

Tindakan itu bagaimanapun dibantah seorang ahli sihir dikenali sebagai Brata yang memberitahu laman web sebuah stesen televisyen terkenal, Realitate.net, bahawa dia akan melakukan sihir dan memecah-belahkan kerajaan menggunakan lada hitam dan yis.

Langkah yang diambil kerajaan bertujuan membanteras cubaan banyak pihak mengelak daripada membayar cukai ketika Romania dilanda kemerosotan ekonomi.



.

Ibu anak Ronaldo kesal


Ibu anak bintang bola sepak Portugal dan Real Madrid, Cristiano Ronaldo semalam ialah pelajar Britain yang terdesak dan kini mahukan anaknya kembali.
Sehingga Ronaldo masih merahsiakan nama, usia dan kerakyatan ibu anaknya selepas wanita itu menyerahkan hak terhadap bayi itu sebagai balasan kepada bayaran sebanyak 10 juta (RM50 juta).

Wanita itu yang hamil selepas mengadakan seks dengan Ronaldo dilaporkan bersedia memulangkan wang itu dengan menegaskan, dia sudah berubah fikiran mengenai persetujuan itu.
Enam bulan selepas mengambil keputusan menyerahkan bayi itu kepada pemain bola sepak paling mahal dalam sejarah, wanita itu kini bergitu tertekan.

Menurut beberapa rakannya, keadaan itu memaksanya menarik diri daripada pengajiannya.

Satu klausa dalam perjanjian yang ditandatanganinya dengan peguam Ronaldo tidak membenarkan dia memberitahu dia adalah ibu bayi yang kini dalam penjagaan keluarga pemain bola sepak itu, termasuk keluarganya.

Dia menghilangkan diri begitu saja apabila hamil. Sesudah melahirkan kandungannya, dia memberitahu orang ramai bahawa dia mendapat ‘durian runtuh’ secara tiba-tiba.

Apabila meminta untuk berjumpa dengan anaknya, Ronaldo dikatakan menempelaknya dan memberitahu, dia akan menimbang permintaannya, jika dia membayar semula sebahagian wang yang diterima sebelum ini.

Satu sumber yang rapat dengan wanita itu berkata: “Dia sentiasa menelefon Ronaldo pada lewat malam. Dia menangis sambil merayu kepada Ronaldo.


“Dia juga menelefon pemain itu selepas perlawanan bola sepak, untuk mengucapkan tahniah. Tetapi Ronaldo tidak mempedulikan, sebaliknya mempersendanya mengenai anak mereka.

“Dia merasakan dirinya seolah-solah sudah menjual ‘rohnya.’ Meskipun boleh hidup ala jutawan, tetapi dia tidak boleh menceritakan kepada rakan mahupun keluarganya mengenai apa yang terjadi. Ia menyebabkan dia keseorangan.

Seorang rakan Ronaldo berkata: “Bagi bintang bola sepak itu, apa yang terjadi adalah pilihan wanita itu dan dia yang memutuskan untuk menyerahkan anaknya.

“Ronaldo berkata, wanita itu sudah tidak mempunyai hak terhadap anaknya. Dia tidak akan dibenarkan menemui kanak-kanak itu.

“Tetapi Ronaldo masih melayani panggilan telefonnya kerana bimbang wanita itu akan cuba bertindak untuk membawa kes itu ke mahkamah.” Beberapa rakan berkata, penyerang Real Madrid itu menemui wanita itu di sebuah kelab malam di London dan mengadakan seks di sebuah hotel.

Dia pernah bergurau dengan berkata: “Saya hanya menghabiskan masa dengannya dalam keadaan berbogel.”




.

Brazil legend Ronaldo has piled on the pounds..

He was once the most famous footballer on the planet - but it seems Ronaldo's waist is expanding as his profile shrinks.

The 34-year-old footballing legend, who currently plays for Brazilian team Corinthians after spells at Inter Milan, AC Milan and Real Madrid, was showing off his spreading girth at a glitzy party in St Barts.

Still considered by experts as one of the greatest players of all time, perhaps he could be forgiven for cutting himself some slack with his training of late though.
He's been plagued by a groin injury which had him laid up for much of last year and now the Brazilian season has come to a close.

Celebrations: Brazilian football superstar Ronaldo saw in New Year with Brazilian popstar Wanessa Camargo and her husband Marcus Buaiz at Nikki Beach in St Barts
Celebrations: Brazilian football superstar Ronaldo saw in New Year with Brazilian popstar Wanessa Camargo and her husband Marcus Buaiz at Nikki Beach in St Barts


Portly: The crocked player makes a point at the Nikki Beach nightclub on the Caribbean island
Portly: The crocked player makes a point at the Nikki Beach nightclub on the Caribbean island
He was celebrating the start of 2011 with Brazilian popstar Wanessa Camargo and her husband Marcus Buaiz at Nikki Beach Restaurant on the millionaires' favourite Caribbean island.



Born Ronaldo Luís Nazário de Lima, the star is also undergoing some testing times in his private life.
Brazilian newspapers say that he is currently awaiting the results of a paternity test after Brazilian Michele Umez, who now lives in the Far East, claimed he had fathered her five-year-old son Alex.


Expanding: The Brazilian footballing superstar has piled on the pounds since his injury troubles
All white: The star is also said to be waiting for the results of a paternity test
She supposedly met Ronaldo when he played for Real Madrid and the team was touring Japan.
Ronaldo has said that if the test proves positive he will assume responsibility for the child.



Expanding: The Brazilian footballing superstar has piled on the pounds since his injury troubles 



All white: The star is also said to be waiting for the results of a paternity test


Ronaldo lifts the World Cup in 2002
Glory days: Ronaldo lifts the World Cup in 2002

If so, it will be the star's fourth child from three different relationships.
As for his professional career, Ronaldo has a contract till the end of this year with the Sao Paulo club, but he hasn't ruled out quitting at a moment's notice and insists he will not pre-announce his retirement.

He said earlier this year: 'I need to lose weight, find my rhythm and then hope that I feel fine. But one day I will play a game and then simply say that was it.'
Ronaldo has been three times named FIFA's World Player of the Year.

Weight has been an issue in the latter stages of his career, with long lay-offs resulting in a burgeoning waistline.
Corinthians president Andres Sanches is philosophical about his star man's physical condition and said: 'If he was 100 per cent fit, he would not be in Brazil.

'He won't leave. He'll be here for another 10-12 years. He will stay, if not playing, then being an ambassador, executive director or something. Ronaldo and Corinthians was a perfect marriage, so it won't be discarded.'



.

Perempuan kini lebih suka menipu


Satu kaji selidik mendedahkan bahawa perempuan kini lebih suka berbohong daripada lelaki.
Seorang daripada lima peserta kaji selidik berkata, dia pasti akan menjalin hubungan dengan lelaki lain jika jatuh cinta dengannya.

Secara perbandingan hanya sembilan peratus yakin mereka akan berlaku curang terhadap pasangan masing-masing.
Kaji selidik yang dilakukan ke atas 3,000 orang itu buat kali pertama mendedahkan perempuan bukan kekasih yang setia. Kaji selidik itu juga mendapati perempuan berusia 35 hingga 40 yang lebih banyak menipu. Kebanyakan mereka tidak mempunyai anak dan akan berlaku curang semata-mata untuk hamil.

Bagaimanapun, hanya 15 peratus lelaki akan memaafkan isteri ataupun teman wanita yang menipu berbanding dengan 12 peratus saja wanita yang akan menerima kembali pasangan yang curang. Hampir suku daripada perempuan bujang berkata, mereka akan menimbangkan untuk menjalin hubungan dengan lelaki yang berkahwin atau sudah mempunyai hubungan istimewa.


P/S - Gambar anak Tom Cruise - Suri diatas takde kaitan dengan entry ini...Harap maklum..



.

Tahan 140 pasangan

263 orang dikenakan tindakan berkhalwat dalam operasi Ambang Tahun Baru 2011

SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menahan 140 pasangan dalam operasi mencegah kemungkaran secara besar-besaran di seluruh Selangor sempena malam 'Ambang Tahun Baru 2011' malam kelmarin.

Daripada jumlah itu, 263 orang dikenakan tindakan mengikut Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah 1995 Negeri Selangor kerana kesalahan berkhalwat, manakala pasangan mereka yang bukan beragama Islam dilepaskan.

Selain itu, 43 kes membabitkan tindakan kaunseling dan 98 kes lain hanya menerima arahan beredar.

Pegawai Perhubungan Awam (JAIS), Nurhamizah othman, berkata operasi itu dilakukan di beberapa lokasi tumpuan pengunjung dengan fokus utama membabitkan kelakuan kurang sopan di tempat awam, minum arak dan berkhalwat.

Katanya, operasi membabitkan dua fasa itu dilakukan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT), pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sukarelawan dan pegawai masjid di semua daerah terbabit.

SEORANG pelajar IPT sugul selepas dicekup JAIS.

"Fasa pertama dimulakan dengan memberi perhatian di kawasan panas iaitu tempat tumpuan pengunjung setiap kali sambutan tahun baru, seperti taman rekreasi, dataran dan sekitar pusat beli-belah terkemuka.
"Kawasan seperti ini sangat popular di kalangan pengunjung terutama remaja setiap kali menjelang awal tahun baru berikutan kawasan terbabit turut menganjurkan majlis sambutan dengan menyediakan pertunjukan bunga api dan konsert yang disertai artis," katanya yang ditemui di Bangunan Sultan Idris Shah di sini, sejurus operasi berakhir, kelmarin.

Nurhamizah berkata, pada fasa kedua, operasi ditumpukan di hotel bajet yang di sekitar negeri ini yang sering digunakan kebanyakan remaja dan dewasa untuk melakukan kegiatan maksiat selepas berakhirnya sambutan tahun baru.

Katanya, mereka yang ditahan berkelakuan kurang sopan di tempat awam ialah remaja berusia 13 hingga 21 tahun, manakala mereka yang terbabit khalwat pula terdiri daripada mereka yang berusia 19 tahun hingga 30-an.

"Bahagian Penguatkuasaan JAIS turut menahan beberapa pasang pelajar institusi pengajian tinggi (IPTA) yang didapati bersekedudukan di hotel bajet sekitar Selangor.

"Malah, terdapat beberapa orang yang ditahan turut didapati positif mengambil dadah selepas menjalani ujian saringan air kencing dilakukan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)," katanya.


P/S - Adakah ini cara baru untuk sambutan ditahun baru? huhuhu...





.

Hilang sabar

DATUK LEE CHONG WEI anggap terlalu banyak faktor dan tekanan yang mengheret kepada peletakan jawatan jurulatihnya, Datuk Misbun Sidek.
Sambil menafikan alasan tunggal kegagalan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menunaikan permintaan jurulatih itu agar anaknya Misbun Ramdan diletakkan di bawah kendaliannya, Chong Wei, semalam mendedahkan Misbun sebenarnya sudah tidak lagi gembira dengan pelbagai masalah ditimbulkan pihak pengurusan persatuan.

“Bagi saya, masalah ini sudah lama berlarutan. Misbun tidak gembira dengan tindakan seorang pegawai persatuan yang hanya pandai cakap sedangkan tidak tahu apa-apa mengenai sukan,” kata Chong Wei.

“Pegawai itu dan juga persatuan sering memberi tekanan kepada jurulatih dan kami, sebagai pemain. Kami tahu tugas kami perlu hasilkan keputusan terbaik, malah kami sentiasa berusaha ke arah itu dengan berkerja keras. Mereka bagaimanapun menuduh kami, tidak menjalankan tugas.

“Pegawai itu sering meminta laporan jika kami tewas di mana-mana kejohanan. Saya tahu itu tugas mereka, tapi peliknya, mereka tidak pernah minta laporan jika menang. Ini tidak betul, malah persatuan mahupun pegawai itu langsung tidak mengucapkan tahniah kepada kami. Saya sendiri tidak sukakan pegawai itu,” kata Chong Wei yang enggan mendedahkan identiti pegawai itu.

Begitupun, Chong Wei berkata dia menghormati keputusan jurulatihnya itu yang mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan.

Chong Wei turut mendedahkan dia dan pemain lain yang dilatih legenda badminton itu mengetahui mengenai niat Misbun meletak jawatan selepas tamat latihan, Khamis lalu.

“Selepas latihan, jurulatih (Misbun) menangis sambil beritahu dia sayangkan kami semua. Dia kata akan letak jawatan kerana tidak tahan lagi dengan pegawai itu. Selama ini dia bertahan kerana tahu itu tanggungjawabnya,” kata Chong Wei.

“Saya terhutang budi pada Misbun. Sejak di bawahnya, saya berada di ranking pertama dunia hingga kini. Saya akan teruskan rekod di puncak dunia sebagaimana yang Misbun mahukan.”

Tanpa Misbun, BAM perlu segera mencari pengganti untuk melatih pemain elit, terutama Chong Wei yang menjadi sandaran utama pingat emas Sukan Olimpik 2012 di London.

“Saya harap bila kembali dari Final Siri Super Masters di Taiwan, semua ini sudah selesai. Selepas itu saya harap Misbun dapat hadir ke Stadium Bukit Jalil menyaksikan permainan saya di Terbuka Malaysia, sama ada sebagai jurulatih atau penonton.

“Apapun saya rasa untuk membuatkan Misbun kembali melatih saya amat susah. Saya tidak tahu bagaimana BAM nak pujuk dia,” kata Chong Wei yang menyerahkan tugas mencari pengganti Misbun kepada BAM.

“Siapa jurulatih saya selepas ini saya tidak tahu. Yang penting, saya perlu dapatkan keputusan baik di Olimpik London. Sebelum itu, apapun terjadi saya tidak kisah apa orang nak kata, saya sudah lali.”

Dalam pada itu, Pengurus Besar BAM, Kenny Goh berkata peletakan jawatan Misbun berkuat kuasa hari ini. Pihaknya sudah mengedarkan surat peletakan jawatan jurulatih itu kepada semua exco persatuan untuk mendapatkan pandangan.

“Persatuan tidak akan memanggil satu mesyuarat disebabkan hal ini. Kami edarkan surat peletakan jawatan Misbun kepada semua exco sebelum Presiden Datuk Mohd Nadzmi Salleh bertemu dengan jurulatih itu sendiri,” kata Kenny.

Pada September lalu, selepas mesyuarat bersama Nadzmi dan Pengarah Prestasi Tinggi, Datuk James Selvaraj, tiga jurulatih - Misbun, Rashid Sidek dan Hendrawan - dipanggil semula untuk berbincang dengan James, Setiausaha Kehormat BAM, Ng Chin Chai dan Kenny kerana dikatakan tiga jurulatih perseorangan itu bermasalah dengan senarai pemain yang ditetapkan persatuan.

Misbun dikatakan tidak berpuas hati apabila permintaannya melatih Misbun Ramdan dan Iskandar Zulkarnain tidak dibenarkan.

Namun isu sebenar masih tersembunyi kerana Misbun yang dihubungi menghantar pesanan ringkas menerusi telefon bimbitnya berkata belum bersedia membuat sebarang kenyataan.

“Minta maaf, saya tak mahu bercakap sekarang. Mungkin lain kali. Selamat Tahun Baru,” katanya.


Chong Wei ikut Misbun keluar BAM


Selepas dikejutkan dengan keputusan Datuk Misbun Sidek meletak jawatan sebagai jurulatih perseorangan kelmarin, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menerima tamparan terbaru apabila anak emas jurulatih itu, Datuk Lee Chong Wei mengesahkan akan keluar daripada badan induk itu.

“Saya akan ikut dia. Dalam tempoh dua tahun yang tinggal, sudah tentu sukar untuk saya menyesuaikan diri dengan sistem dan teknik latihan jurulatih baru. Jadi, saya akan keluar daripada BAM untuk bersamanya,” kata pemain nombor satu dunia itu ketika dihubungi semalam.

Chong Wei berpendapat beliau yang kini berusia 28 tahun hanya mempunyai kira-kira dua tahun lagi untuk berada di puncak bagi mencapai lebih banyak kejayaan.

Misbun membuat kejutan kelmarin apabila menghantar surat peletakan kepada BAM melalui e-mel tanpa memberi sebarang alasan.

Chong Wei yang menjuarai sembilan kejuaraan, tahun lalu dan akan beraksi pada final Grand Prix (GP) di Taiwan, pada Rabu ini menuntut BAM menyelesaikan kemelut peletakan jawatan jurulatih itu sebelum memburu gelaran kali ketujuh di Terbuka Malaysia yang akan bermula 18 Januari ini.

“Saya tetap mahu Misbun membimbing saya pada Terbuka Malaysia nanti,” katanya yang akan ditemani penolong Misbun, Teh Seu Bock untuk membimbingnya ketika di Taiwan.

Ditanya antara faktor utama Misbun meletak jawatan, Chong Wei tidak menolak kemungkinan disebabkan jurulatih itu memendam perasaan kurang senang dengan keputusan dan tindakan pegawai BAM.
“Bukan saja Misbun, tetapi saya dan pemain lain juga kurang senang dengan pegawai BAM. Mereka tidak menjaga kami dengan baik walaupun saya dan pasangan beregu, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong adalah pemain nombor satu dunia.

“Bila kami menang dipuji, tetapi apabila kalah dikeji. Siapa pemain yang mahu kalah dan kami sentiasa berlatih keras untuk mengharumkan nama negara.
Adakah mereka tidak nampak pengorbanan kami selama ini?,” katanya.

Chong Wei berkata, beliau hanya mengetahui Misbun meletak jawatan ketika menghadiri latihan Khamis lalu apabila jurulatih itu memanggil dan memberitahunya serta rakan lain akan meletak jawatan.

“Kami semua terkejut dan sebelum pergi, dia berkata kepada saya dan rakan lain bahawa dia menyayangi kami semua dan meminta kami jaga diri sambil mengalirkan air mata,” katanya.



.

Berentap di Doha


Pemain tenis No. 1 dunia, Rafael Nadal memulakan musim 2011 dengan menguji kewibawaan pencabarnya, Roger Federer pada Terbuka Qatar yang bermula hari ini.

Kehadiran dua pemain utama dunia itu adalah antara daya tarikan kejohanan yang berharap untuk menyaksikan mereka bertemu pada perlawanan akhir.

Pada Kejohanan Tenis Jemputan Dunia Mubadala yang merupakan penutup kalendar tenis 2010 di Abu Dhabi minggu lalu, Nadal menewaskan Federer 7-6 (7-4), 7-6 (7-3).
Kini pemain Sepanyol itu memperbaharui permusuhannya dengan Federer selepas menyapu bersih tiga kejohanan Grand Slam terakhir tahun lalu.

"Buat kedua-dua kami, ini adalah kejohanan pertama tahun ini selepas menyertai perlawanan pertunjukan minggu lalu. Jadi ia agak istimewa," kata Nadal yang diletakkan sebagai pilihan pertama.

Federer pula yang memulakan tahun 2011 dengan mempunyai jurulatih baru iaitu Paul Annacone, sudah pasti mahu keluar daripada bayangan Nadal yang kerap menyekatnya sejak kebelakangan ini.
Jelas pemain Switzerland itu datang ke Doha dengan matlamat untuk meraih kejuaraan ketiganya di sini selepas muncul juara pada 2005 dan 2006.

"Rafael dan saya dan bertemu banyak kali dengan pelbagai pukulan menghiasi pertemuan itu. Tahun baru ini dia akan berdepan Federer yang lebih baik," kata- nya yang merupakan pemain pilihan kedua kejohanan.
Annacone adalah bekas jurulatih Pete Sampras yang diharap Federer dapat meningkatkan lagi permainannya untuk memberi saingan kepada Nadal.



.

"Izamir Ridzwan Pendrive GiveAway"


Salam...Selamat pagi..
How's ur day? Selepas cuti (walaupun 4 hari jer)
Ada rasa malas nak kerja tak?ngee...

Jom join Giveaway...
Sila klik pada banner untuk lebih lanjut...

Simple jer GA ni...Tertarik hati nak join.
Mana tau ada rezeki menang lagi..
(setelah menang malam tadi..yeah.. [KLIK SINI] ..)


Mari kita lihat hadiahnya...

##Spesifikasi hadiah :
  • Kingston Data Traveler 101 G2 ( IR akan gantikan dengan latest model, kalau keluar baru laa)
  • Berkapasiti 4GB setiap satu
  • 4 Pemenang.. Pemenang akan ditentukan melalui Random.org... Ala-ala macam cabutan bertuah gitu..

 Menarik kan?
Semua org guna pendrive..
So, bagi lulu hadiah ni wajib kena menang...


Lulu nak tag...(Syaratnya 4 orang)
MySpace



TARIKH TUTUP : 14.01.2011



.

'Jangan menangis kalau saya mati'


Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir, dramatis Allahyarham Faizal Yusop sempat berpesan dalam nada gurauan kepada pelakon veteran Kartina Aziz agar tidak menangis sekiranya dia meninggal dunia.
Menurut Kartina, pesanan itu diucapkan oleh pelakon berusia 33 tahun itu kepadanya ketika mereka menjalani penggambaran drama Pesan Mak beberapa bulan dahulu.

Bagaimanapun kata Kartina, dia tidak mengambil serius kata-kata itu kerana Faizal memang suka berjenaka.
"Tanyalah kepada sesiapa pun yang pernah bekerja dengan arwah, pasti mereka tahu arwah ini seorang yang kelakar dan suka bergurau.

"Arwah pernah tanya saya sama ada saya akan menangis atau tidak sekiranya dia meninggal dunia.
"Saya tidak mengendahkan soalannya itu dan dia terus berpesan agar jangan menangis jika dia sudah tidak ada lagi di dunia ini," cerita Kartina yang bersedih dengan kehilangan Faizal yang sudah dianggapnya sebagai adik kandungnya itu.

Kartina berkata demikian ketika ditemui pada pengebumian Allahyarham Faizal di Tanah Perkuburan Islam, Taman Batu Muda, Gombak di sini hari ini.
Tambah Kartina, dia masih lagi tidak percaya dengan berita sedih yang diterimanya pada pukul 2 petang semalam dan sehingga ke hari ini, dia masih tidak boleh berhenti menangis.

Semalam, pelakon yang mula mencipta nama menerusi telemovie Blok 404 itu terjatuh di bilik air rumahnya pada pukul 9 pagi dan terus dikejarkan ke Pusat Rawatan Islam (Pusarawi) Kuala Lumpur.

Namun, setelah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), doktor mengesahkan Faizal meninggal dunia pada pukul 1.45 petang disebabkan serangan jantung.

Dalam pada itu, isteri Allahyarham yang kini mengandung lima bulan, Rosmunira Rashid, 27, tidak mahu ditemu bual pemberita kerana masih terkejut dan bersedih dengan kematian suaminya.
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di tanah perkuburan tersebut kira-kira pukul 10 pagi dengan kehadiran hampir 1,000 orang.

Selain Kartina dan Siti Nordiana, antara rakan artis yang turut hadir ialah Rosyam Nor, Zamarul Hisham, Diana Rafar, Puteri Mardiana, Lan Zailan, Din Maidin, Corrie dan pengarah, Mat London.



.

Rombongan merisik Sabtu ini



Biasanya keluarga lelaki menghantar rombongan untuk merisik anak gadis yang menjadi pilihan sebe- lum menetapkan urusan perkahwinan.

Bagaimanapun dalam kes warga tua, Ahmad Md. Isa, 110, dia tidak perlu ber- buat demikian kerana rombongan keluarga pihak perempuan sendiri akan bertandang ke rumahnya di Alor Mengkudu dekat Alor Setar pada Sabtu ini untuk sesi berkenalan dan berbincang tentang masa depan mereka berdua.
Rombongan bagi pihak Sanah Ahmad, 82, itu akan bertolak dari Kuala Lumpur dengan disertai beberapa orang ahli keluarga termasuk wanita itu sendiri.

Anak lelaki Sanah, Baha Ahmad berkata, tujuan rombongan itu ialah mengenali lebih lanjut diri Ahmad.
"Kami akan berbincang dengan keluarga beliau (Ahmad) dan jika emak ber- setuju, kami tiada halangan untuk perkahwinan itu dilangsungkan," kata Baha.

Sanah pula bersyukur kerana sudah dimaklumkan keluarga Ahmad sudi menerima kunjungan mereka.
"Mak cik memang gembira tetapi elok tunggu hasil pertemuan itu nanti," katanya.


Sanah yang hidup sendirian sejak kematian suami 28 tahun lalu bersedia untuk bersuamikan Ahmad selepas membaca kisahnya dalam Kosmo! pada Rabu lalu.

Ahmad mengejutkan orang ramai kerana dia bukan sahaja mahu berkahwin tetapi juga menghadiahkan kereta kepada bakal isteri.
Sanah berkata: "Saya sanggup jaga dia jika kesihatan dia semakin teruk."

Sementara itu, anak Ahmad, Fatimah, 64, ketika dihubungi semalam menjelaskan, walaupun dia keberatan membenarkan bapanya berkahwin atas faktor kesihatan, pihaknya tetap bersetuju menerima kedatangan keluarga Sanah untuk berbincang secara bersemuka.

"Bagus juga kalau mereka datang kerana boleh lihat sendiri tahap kesihatan ayah saya yang batuk dan lelah sejak beberapa hari lalu," katanya.

Menurut Fatimah, tahap kesihatan bapanya juga semakin merosot sejak empat hari lalu dan memerlukan penjagaan rapi ahli keluarga.
"Setiap hari saya perlu urut dia dan saya bimbang wanita itu tidak mampu jaga ayah jika kesihatannya semakin teruk.

"Ayah memang bersungguh-sungguh nak kahwin dan selalu ingatkan saya agar jangan lupa cari jodoh," tambahnya.


P/S - Wah...nak bagi keta tu..ngee..romantiklah atuk ni..



.

Tangan putus? adeh..ngerinya


Seorang penunggang motosikal mati dalam keadaan ngeri apabila tangan kanannya putus dan terpelanting ke dalam sebuah kereta akibat perlanggaran dengan kereta itu di Kilometer 11, Jalan Pengkalan Kubor-Kota Bharu, dekat sini, kelmarin. Kejadian jam 9.45 malam itu menyebabkan mangsa, Mohd Roslan Mohd Daud, 22, dari Kampung Selising, Pasir Puteh, maut di tempat kejadian selepas tercampak daripada motosikal Honda EX 5 ditunggangnya, manakala kenderaannya itu terseret hampir lima meter.

Difahamkan sebelum kejadian, mangsa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan datang dari Pengkalan Kubor sebelum motosikalnya bertembung Proton Wira dari arah bertentangan.

Kemalangan ngeri itu menyebabkan tangan kanan mangsa terputus dan tercampak ke tempat duduk hadapan kereta berkenaan sebelum kereta itu berhenti pada jarak 100 meter.

Saksi, Mohd Azahan Daud, 38, berkata ketika kejadian, dia yang berada di kedai roti canai berhampiran melihat sebuah Proton Wira dipandu laju dari Kota Bharu cuba memotong sebuah kereta lain di hadapannya.



“Tiba-tiba dentuman kuat kedengaran menyebabkan kami yang berada di kedai terkejut dan bergegas keluar. Kami terkejut melihat mayat tercampak di hadapan kedai ini dengan keadaan tangan terputus.

“Motosikalnya diseret kira-kira lima meter dan ada percikan api keluar akibat pelanggaran terbabit sebelum kereta itu berhenti kira-kira 100 meter dari tempat kejadian,” katanya ditemui di tempat kejadian.

Menurutnya, pemandu Proton Wira yang berusia 30-an cedera di muka akibat terkena serpihan kaca dan dihantar ke Hospital Tumpat untuk rawatan.

Rakan Mohd Roslan, Shazrul Hussin, 22, ketika ditemui berkata, sejurus tiba di tempat kejadian, seluruh tubuhnya menggeletar melihat keadaan mayat rakannya.

“Sebaik tiba, saya lihat orang ramai mengerumuni satu sudut di kawasan itu dan terkejut melihat keadaan mayat rakan saya dengan tangannya terputus.

“Saya sedih kerana setengah jam sebelum itu, kami berjumpa di tempat kerja sambil minum bersama. Dia memberitahu mahu pulang ke rumah keluarganya dekat Pasir Puteh, tapi tidak pula beritahu mahu ke Tumpat,” katanya.



Katanya, sebelum berpisah, arwah memberitahu kebimbangannya berjalan jauh kerana terdedah kemalangan ketika pulang ke rumah.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tumpat untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarganya untuk urusan pengebumian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Khalid Munap ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit.



.

Mayat mangsa bunuh dalam semak


Mayat seorang wanita hampir reput ditemui dalam semak berhampiran dusun durian di Berapit, kira-kira empat kilometer dari jalan besar, di sini hari ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Senior Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah berkata, penemuan itu dimaklumkan oleh orang awam.

Katanya, anggota dari JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) yang datang ke lokasi menemui mayat mangsa, kira-kira 15 meter dari pondok milik Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang.
Menurutnya, pihaknya turut menemui kesan darah di dalam pondok berkenaan.

"Hasil pemeriksaan menemui mangsa berusia 30-an dan berketurunan Cina itu tertiarap dalam keadaan bogel.
"Melihat keadaan mayat yang mula reput, kita percaya dia dibunuh seminggu lalu sebelum mayatnya dicampakkan ke kawasan itu," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian di sini hari ini.

Zahruddin menambah, tiada sebarang identiti atau pakaian ditemui di sekitar kawasan itu dan menyukarkan pihak polis membuat pengecaman.
Polis juga, katanya, sedang menyiasat motif pembunuhan dan meminta individu yang hilang ahli keluarga sejak seminggu lalu tampil membuat pengecaman.

"Mereka boleh menghubungi Ketua JSJ SPT Asisten Supritendan S. Subramaniam di talian 019-6351119 untuk maklumat lanjut.
"Mayat dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," ujarnya.



.

Nyaris putus tangan diserang


Tangan kanan seorang lelaki hampir terputus selepas ditetak dalam satu pergaduhan dipercayai bermotifkan dendam di hadapan sebuah hotel di Jalan Persiaran Gurney di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3 pagi itu, mangsa yang berusia 29 tahun diserang sekumpulan lelaki menyebabkan mangsa parah di tangan, muka dan beberapa bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng, berkata pasukan polis yang tiba di tempat kejadian menemui mangsa dalam keadaan parah, manakala semua suspek sudah melarikan diri.

“Mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut. Siasatan di tempat kejadian menemui empat parang disembunyikan di bawah kerusi batu serta tepi pokok dan beberapa kesan tompokan darah.

“Kami turut menemui kesan darah di bahagian bonet kereta jenis BMW di depan hotel itu.

“Polis juga menemui kesan darah pada kereta jenis Nissan Frontier di sebuah flet di Lebuh Macallum dekat sini, dipercayai ditinggalkan di situ,” katanya.



.

Peluang keemasan buat anda...

Salam...selamat malam....
Dah agak lewat malam ni..
mesti ramai yang dah terkebil-kebil mata...
mengantuk nak tidur..
(Eheh, sila baca entry ini sebelum tidur..)


Maklumlah...esok, rutin harian akan kembali....
mana yg kerja, kena kerja...
yang housewife sepenuh masa pulak kena buat apa yg patut lah kan..ngee...
yang sekolah, kena sekolah..

Dengan tajuk entry kat atas....
Hah inilah peluang keemasan buat korang...
Memang susah nak dapat peluang ni...
Lain kali takde punya....

Tadi lulu baru lepas tengok game...
CHELSEA VS ASTON VILLA
di Stamford Bridge..
Kecewa, adeh jangan ceritalah...


Tiap kali game, kalau tak kalah, seri....
Huh dah teruk benar chelsea sejak akhir2 ni kan?
Kalau menang pun, menang nasib jer..
(menang tipis..)

Dan bila tiap minggu keadaan ni berlarutan,
lulu tak sabar tunggu untuk CA dipecat...
Daku sungguh kecewa..


Kecewa weh....

So, buat korang....
(peluang keemasan)
SILA KUTUK LULU DAN TEAM (CHELSEA)
diatas 'keserian' 3-3 dalam game tadi..
huhuhu *selamba...MySpace



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!