Friday, January 21, 2011

Sekitar Majlis Pernikahan Ayu dan Zaquan


Hanya dengan sekali lafaz, aktres Ayu Raudhah,26, akhirnya sah bergelar isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, 23, pada majlis pernikahan mereka di Masjid Sultanah Bahiyah, di sini, Jumaat.


Pasangan ini telah dinikahkan pada pukul 3.45 petang oleh imam masjid tersebut, Mustafa Kamil Abdul Jamil yang mewakili walikan pihak perempuan iaitu abang Ayu, Roshidi Abu Bakar @ Che Wan.

Pada majlis yang serba ringkas itu, Ayu atau nama sebenarnya Raudhah Abu Bakar @ Che Wan yang kelihatan anggun dengan busana rekaan Man Kajang berwarna krim menerima mas kahwin RM1,888 serta tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki dan berbalas sembilan dulang.


Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas persetujuan kedua-dua belah pihak. Difahamkan, wang hantaran itu mempunyai kaitan dengan angka lapan, iaitu nombor jersi Zaquan.
Momen bersejarah pasangan mempelai itu disaksikan oleh kira-kira 200 orang tetamu termasuklah ibu Ayu iaitu Zabedah Saad, ibu-bapa Zaquan iaitu Abd Radzak Salleh dan Azizah Arshad serta ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta kenalan rapat mereka.


Turut menyaksikan majlis akad nikah mereka, kakak Ayu iaitu aktres Rozita Che Wan, abang ipar mereka, aktor Mazlan Ahmad dan kembar kepada Mohd Zaquan iaitu Aidil Zafuan.
Ditemui selepas majlis berakhir, Ayu yang kelihatan sebak sebaik selesai akad nikah itu melahirkan rasa syukur kerana hubungan cinta mereka yang terjalin hampir dua tahun itu berakhir dengan sebuah ikatan perkahwinan.


"Saya bersyukur, lega dan amat gembira kerana akhirnya kami disatukan juga setelah hampir dua tahun mempertahankan hubungan ini," kata Ayu.
Menurut pelakon drama Nur Kasih ini, dia merasakan sudah sampai masanya untuk mendirikan rumah tangga dan tidak menyangka jodohnya adalah dengan seorang pemain bola sepak terkenal.


"Perasaan saya bercampur-baur sebaik selamat dinikahkan. Saya akan cuba menjadi isteri yang baik dan menghormati setiap keputusan suami walaupun kami berbeza umur tiga tahun,” tutur Ayu.
Sementara itu, Zaquan juga turut memanjatkan kesyukuran apabila majlis bersejarah mereka itu berjalan dengan lancar dan kini sah bergelar suami kepada Ayu.


“Saya rasa debaran ketika akad nikah tadi lebih mendebarkan berbanding debaran sepakan bola ke gawang gol. Bagaimanapun, saya bersyukur semuanya berjalan dengan lancar.
"Selama dua tahun ini, dia seorang yang amat mengambil berat tentang kerja saya. Ayu sentiasa memberikan sokongan untuk saya meningkatkan mutu permainan dan terus berjaya demi memantapkan reputasi bola sepak negara di persada antarabangsa," tutur Zaquan sambil mengukir senyuman manis.
Bercerita tentang percutian bulan madu, Ayu dan Zaquan belum menetapkan tarikhnya kerana sibuk dengan kerja masing-masing dan memilih sebuah pulau sebagai destinasi utama.


Beralih kepada soal anak, Ayu tidak menolak untuk mempunyai anak pada bila-bila masa memandangkan suaminya juga sangat menyukai kanak-kanak.
Pada sebelah malamnya, kedua-duanya menjalani resepsi perkahwinan berkonsepkan alam fantasi dan mengenakan persalinan rekaan Rizman. Majlis tersebut berlangsung di rumah pengantin perempuan.
Selain itu, mereka turut menggunakan khidmat pereka Qudyn untuk malam berinai pada 20 Januari di rumah Ayu.


Sementara majlis menyambut menantu akan dilangsungkan di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, Seremban, Negeri Sembilan pada 30 Januari ini. Pasangan pengantin akan mengenakan persalinan Calvin Thoo dengan bertemakan tradisional.



Rita Rudaini Tidak Sihat - Aidil Zafuan

Aidil Zaquan Abdul Radzak, suami aktres Rita Rudaini Mokhtar memberitahu isterinya tidak dapat hadir ke majlis pernikahan Zaquan Adha dengan pelakon Ayu Raudhah, Jumaat, kerana tidak sihat.
Aidil berkata, Rita sekarang sedang mengandung lima bulan menyebabkan keadaan kesihatannya sering terganggu.
"Saya ada mengajak isteri datang ke majlis ini tetapi Rita tidak sihat. Jadi, dia tidak dapat datang bersama dengan saya dan berada di Kuala Lumpur.
"Insya Allah, dia akan turut serta dalam majlis resepsi di sebelah pihak lelaki di Seremban, Negeri Sembilan pada 30 Januari ini," kata Aidil kepada pemberita selepas majlis akad nikah kembarnya Zaquan Adha di sini, Jumaat.
Zaquan diijabkabulkan dengan aktres Ayu Raudhah pada Jumaat diMasjid Sultanah Bahiyah.
"Saya tumpang gembira dengan majlis perkahwinan Zaquan dan semoga dia menjadi seorang suami yang bertanggungjawab.
"Selepas ini tanggungjawabnya lebih besar dan berharap agar dia menjaga keluarganya dengan baik," ujarnya Aidil lagi.



P/S - Kesian Rita tak merasa kahwin macam ni..






.

Meninggal kerana Handphone

Jangan menggunakan handphone ketika handphone itu sedang di charge (tersambung di suis elektrik)!
SEMOGA ANDA TIDAK MELAKUKAN HAL YANG SERUPA!!
1. "Jangan charge handphone anda semalaman dan JANGAN diletak berhampiran anda ketika mencharge."
2. "Jangan menjawab panggilan masuk ke handphone ketika sedang di charge!!"

Beberapa hari yang lalu, seorang lelaki sedang mencharge Handphone di rumahnya.Ketika itu, ada panggilan masuk dan dia menjawabnya sedangkan handphone tersebut masih tersambung ke suis elektrik.


Setelah beberapa ketika, arus elektrik masuk ke handphone, mengejut dan lelaki tersebut terhumban ke lantai dengan kuatnya.


Ibubapanya bergegas datang ke biliknya dan menemukan dirinya pengsan, dengan degupan jantung yang lemah dan jari terbakar.


Dia dilarikan ke hospital terdekat, tetapi nyawanya sudah tidak dapat diselamatkan ketika sampai dihospital.





.

Gajah boleh panjat pokok? Boleh ganti monyet..


Tanpa tersengaja, seorang penduduk telah terambil gambar seekor gajah
yang tersangkut diatas pokok.
Kejadian itu berlaku di Sri Lanka ketika banjir melanda. 
Bolehkah gajah panjat pokok??? Benar benar mengejutkan. 
Sebuah pokok setinggi 18 kaki di tepi sungai Galoya, 
kelihatan seekor gajah di puncak pokok tersebut.. 
Entah bagaimana gajah itu memanjatnya. 
ANEH Tapi NYATA!!



P/S - Apa pendapat korang eh?
.





.

Demi teruskan hidup, terpaksa makan tikus...Hoh?


Inilah gambar bukti kemiskinan di Indonesia. Seorang penduduk bernama Bambang Saptono berhasil mengabadikan aktiviti seorang lelaki miskin di kawasan Sondakan Laweyan, Kota Solo, Jawa Tengah, yang bergelut dalam kesusahan hidup melalui kamera telefon bimbitnya.

Bebanan hidup yang ditanggungnya menyebabkan lelaki bernama Parmidi ini tetap bertahan hidup dengan cara mengejutkan, iaitu makan tikus. Memang menjijikkan, tetapi itulah kenyataannya.

Tidak ada yang harus dimalukan. Parmidi selama ini hanya boleh meminta belas kasihan pemberian orang. Bambang, pemilik gambar mengaku sengaja mengabadikan peristiwa ini hanya ingin menyampaikan pesan, bahawa sehingga saat ini masih ada orang yang hidup serba kekurangan.

“Kayaknya bagi saya kok ada sesuatu yang agak kurang pas atau apa, lah kenyataannya kok masih ada masyarakat yang seperti itu (makan tikus),”
keluh Bambang.

Kerajaan mengakui telah berhasil menganggarkan angka kemiskinan dan rasuah yang semakin berleluasa di negera itu dan masih ada orang yang bertahan dan menderita hanya untuk satu alasan.. Iaitu bertahan hidup.



P/S - Bersyukur dengan kehidupan ini..Biarpun tidak kaya, pun juga tidak miskin..


.

Janin memegang tangan seorang doktor ketika...

Selama prosedur spina bifida pada usia dua puluh satu minggu di dalam rahim, Samuel (janin itu) menghulurkan tangan kecilnya keluar dari lubang bedah rahim ibunya. Sebagai doktor yang memegang tangannya, Samuel bertindak balas terhadap sentuhan dan meramas jari doktor. Samuel dipegang erat. Pada ketika itu, saya(wartawan) ambil gambar ini "Pegang Tangan janin".


Sebagai wartawan gambar veteran di Nashville, Tennessee, Saya ditugaskan oleh Surat Khabar USA Today untuk gambar spina bifida prosedur pembedahan korektif. Ianya akan dilakukan kepada janin minggu 21 yang membesar di rahim di Vanderbilt University Medical Center. Waktu itu, pada tahun 1999, 21 minggu dalam rahim adalah awal maka pasukan bedah akan mempertimbangkan untuk operasi dijalankan. Hasil pembedahan adalah akan menyebabkan kelahiran pramatang, dan tidak ada anak yang lahir lebih awal dari dua puluh tiga minggu selamat.


Ketegangan boleh dirasakan di ruang pembedahan sebaik pembedahan dimulai. Sebuah insisi C-section khas dibuat untuk mengakses rahim, yang kemudian diangkat keluar dan diletakkan di persimpangan paha ibu. Seluruh prosedur akan berlangsung dalam rahim, dan tidak ada bahagian dari anak itu untuk perlanggaran pembukaan bedah. Selama prosedur, posisi janin itu disesuaikan dengan lembut memanipulasi luar rahim. Prosedur operasi keseluruhan keatas anak itu selesai dalam 1 jam t13 minit. Setelah selesai, pasukan bedah menarik nafas lega, seperti yang dilakukan I.

Ketika Doktor bertanya mengenai ketepatan kamera yang saya gunakan, dari sudut mata saya, saya melihat rahim yang bergerak, tetapi tidak pernah rasanya kamera menangkap keadaan seperti ini sedekat itu. Hal itu membuatkan saya gementar. Tiba-tiba, lengan kecil keluar, kemudian masuk kembali (dari dalam rahim) sehingga hanya tangan kecil kelihatan. Doktor lalu mengulurkan tangan dan tangan kecil itu spontan bereaksi dan meramas jari doktor.

Tangan Samuel dipegang erat. Saya mengambil gambar! Wow! Kejadian itu terjadi begitu cepat sehinggakan jururawat yang berdiri di samping saya bertanya, "Apa yang terjadi?"

"Si anak mengulurkan tangan," kataku. "Oh. Mereka melakukan itu sepanjang waktu, "jawabnya.
Pembukaan bedah untuk rahim telah tertutup dan rahim kemudian dimasukkan kembali kedalam perut ibu dan pembukaan C-section ditutup.

Selepas itu 10 hari kemudian gambar itu di siasat untuk memastikan tidak ada manipulasi digital dari gambar sebelum dan selepas editing.  USA Today segera mengeluarkan arahan, gambar itu segera diproses untuk menjadi tatapan umum.

Ketika editor gambar menghubungi saya, dia berkata, "Ini gambar yang paling luar biasa yang pernah saya lihat."



.

"Saya tak merajuk.."


KALA asyik berbicara perancangan rapinya terhadap karier, Farhan juga ditanya mengenai kisah percintaannya dengan seorang pemuda seusia.
Tanpa berselindung, anak jati ibu kota ini mengakui hatinya sudah lama dimiliki.
Terpancar rona bahagia ‘orang bercinta’ pada riak wajahnya.

Bahkan, tatkala cerita peribadi itu dibongkar Farhan tidak terkejut atau kekok mengatur jawapan.

Setiap patah katanya lancar dan nyata di saat ini dia sudah sedia membuat pengakuan.

Dengan melirik senyum dan disulami tawa, Farhan mengakui sudah lima tahun dia menyulam cinta dengan jejaka pilihan hatinya itu.

Ujarnya, nama kekasihnya ialah Ahmad Rashadan Suhaimi, 27, yang kini belajar serta bekerja di United Kingdom (UK).

“Pilihan saya masih lelaki Melayu. Malah, saya tidak pernah berniat mahu menyorok kekasih selama ini.

“Hanya, sebelum ini saya tidak bersedia untuk mengumumkannya kerana hubungan kami masih baru dan dalam proses mengenali.

“Selepas lima tahun, sekarang masa yang tepat.

“Kami juga mula merancang untuk masa depan.

“Cuma, soal jodoh adalah ketentuan Tuhan. Saya serahkan semuanya kepada takdir.
“Harapan saya, hubungan ini berjalan lancar dan berakhir di jenjang perkahwinan,” katanya mahu fokus pada karier.

Menurut Farhan, dia dan kekasihnya juga tidak merancang untuk mendirikan rumah tangga dalam tempoh terdekat ini kerana masing-masing mahu memberi tumpuan kepada karier.

Katanya, 2011 diharap pembuka tirai pada perkembangan karier lebih baik.
“Apapun, dengan pengakuan saya sekarang diharapkan tiada fitnah selepas ini.

“Masyarakat tahu hati saya sudah dimiliki dan jika saya berkahwin awal pun, tiada andaian buruk orang untuk mempersoalkan.

“Biasalah, ini lumrah hidup artis,” katanya.

Ujar Farhan lagi, dulu dia lebih suka menyimpan kisah peribadinya kerana mahu kisah karier diutamakan.

Namun, setiap kali ada yang bertanya, katanya dia tidak mengelak dan mengaku cuma tidak mahu kisah itu didahulukan daripada karier.

“Jika ada artis selesa berkongsi kisah peribadi, saya sebaliknya.

“Ini pun, pengakuan dibuat sekarang kerana saya benar-benar sudah bersedia dan Ahmad Rashadan pun bersetuju untuk mengumumkannya.

“Saya sangat gembira dan bahagia.

“Istimewanya kekasih saya, kerana dia memahami karier seni diceburi ini dan menerima diri saya seadanya.

“Dia juga banyak memberi semangat dan dorongan kepada saya untuk terus berusaha sehingga meraih kejayaan yang diinginkan,” katanya.



.

18 kali kena kelar


Seorang remaja perempuan bukan saja diikat, malah turut menderita kesakitan apabila dikelar sebanyak 18 kali menggunakan pisau lipat dalam kejadian samun di rumahnya di Kampung Pauh Belukar, di sini, Isnin lalu.
“Mereka ikat kaki dan tangan saya sebelum mengelar lengan sebanyak 18 kali dengan pisau lipat,” kata mangsa, Ainal Mardiah Mahmud 18, ketika ditemui di rumahnya, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, mangsa yang baru pulang dari rumah neneknya di Kampung Che Deris untuk membasuh pakaian terkejut sebaik mendapati dua ‘tetamu tak diundang’ berada di ruang tamu.
“Ketika membuka pintu, saya tergamam melihat kelibat dua lelaki tidak dikenali dan pada masa sama, kepulangan saya mengejutkan mereka. Penjenayah itu kemudian menangkap saya sebelum kedua-dua tangan dan kaki diikat dengan tudung.

“Selain itu, mereka menutup mulut bagi mengelak saya menjerit,” katanya.

Menurutnya, dia yang ketakutan terus menjerit sekuat hati meminta pertolongan walaupun diugut kedua-dua penyamun itu untuk mencederakannya.

“Akibat marah dengan tindakan saya, mereka bertindak ganas dengan mengelar lengan kiri menggunakan pisau lipat. Tidak cukup dengan itu, mereka turut menampar kedua-dua pipi bagi menakutkan saya.

“Namun saya tidak peduli dan terus menjerit serta meronta menyebabkan mereka panik dan melarikan diri dengan sebuah basikal diletakkan di belakang rumah,” kata anak bongsu daripada 10 beradik ini.

Katanya, selepas ditinggalkan dalam keadaan berlumuran darah, dia terpaksa menggagahkan diri membuka ikatan pada kaki dan tangannya.

“Walaupun kesakitan, saya berjaya melepaskan ikatan sebelum keluar meminta bantuan jiran dan menghubungi sepupu, Mohd Anuar Ibrahim, 24.

“Tidak lama kemudian, sepupu datang dan membawa saya ke Klinik Kesihatan Badang sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk rawatan susulan,” katanya.

Ibu mangsa, Maselamah Abdullah, 57, berkata dia terkejut selepas dimaklumkan kejadian menimpa anak bongsunya itu.

“Walaupun sebelum ini rumah saya sering diceroboh, namun kali ini pencuri sanggup bertindak ganas,” katanya yang tiada di rumah ketika kejadian.

Katanya, dia membuat laporan kejadian menimpa anaknya itu di Balai Polis Badang, Isnin lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan berkata suasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengesan suspek terbabit.



P/S - Nasib baik tak kena rogol.huhu



.

Cak...cak..


Cubaan seorang wanita Indonesia untuk melepaskan diri daripada ditahan dengan menyorok di bawah meja makan di dapur sebuah rumah di Taman Johor Jaya di sini tidak berhasil apabila dia berjaya dikesan dan dicekup bersama 40 yang lain.

Taktik wanita berusia 20-an itu terbongkar apabila anggota Jabatan Imigresen melalui Ops Sapu yang memeriksa sebuah rumah di Taman Johor Jaya ternampak kain sarung dipakai wanita itu terkeluar di celah-celah meja.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen II, Amzari Abdul Jalil berkata, hasil siasatan mendapati wanita berkenaan dan semua yang ditahan di sekitar Taman Johor Jaya dan Taman Daya di sini tidak mempunyai dokumen perjalanan.

Menurut beliau, serbuan yang membabitkan restoran dan rumah sewa warga asing itu bermula pada pukul 10 malam hingga 3 pagi dan berjaya menahan 40 warga asing iaitu membabitkan 24 warga Indonesia, Myanmar (8), Nepal (7) dan Bangladesh (1).



.

Ranap sekelip mata


3 sekeluarga terselamat lereng bukit runtuh

PENAMPANG: "Nasib baik kami cepat keluar dari rumah. Dalam sekelip mata saja rumah kami musnah dan dihanyutkan tanah runtuh. Kalau kami terlambat sedikit saja, mungkin kami pun menjadi mangsa."

Regina Patrick, 27, berkata demikian menceritakan kejadian lereng bukit di belakang rumahnya runtuh sebelum menghanyutkan rumahnya dan rumah abang iparnya serta sebahagian kecil rumah mentuanya di Kampung Kabidan Kibabaig di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, Regina bersama suaminya, Raphael Cyril, 31, dan dua anak mereka berusia satu dan empat tahun bergegas keluar dari rumah diperbuat daripada papan sebelum menjerit meminta keluarga abang ipar dan mentuanya yang tinggal berhampiran supaya menyelamatkan diri.

Regina berkata, beliau bangun tidur pada jam 5.45 pagi dan menjerang air untuk menyediakan sarapan keluarganya sebelum terdengar deruman kuat dari lereng bukit di belakang rumahnya.

“Saya terus mengejutkan suami dan dua anak. Kami segera keluar dan menjerit memanggil keluarga abang ipar dan keluarga mentua.

“Nasib baik kami sempat menyelamatkan diri. Kalau kami lambat, tidak tahu apa yang akan berlaku,” katanya.

Kejadian itu menyebabkan abang iparnya, David, 48, dan isterinya, Elizabeth Bigeng, 38, serta tiga anak mereka, masing-masing berusia enam, tujuh dan lapan tahun tinggal sehelai sepinggang, selain kehilangan tiga van yang turut tenggelam dalam runtuhan tanah berlumpur.

Turut mengalami kerugian ialah ibu bapa mentua Regina dan adik iparnya, Martin Piley, 30, berikutan sebahagian rumah mereka turut dihanyutkan runtuhan.



.

Tutorial buat entry STICKY POST

Salam...Hari ni ada seorang yang cantik manis, tanya lulu macam mana nak buat sticky post...



Sticky Post sangat penting untuk entry yang melekat sepanjang masa yang kita nak..
Contohnya macam nak buat contest...
ataupun giveaway..
Ataupun apa saja entry yang kita nak 'lekatkan'..
tapi still nak update blog dan tak effect pada entry tu..


Caranya..
Buat entry seperti biasa...
setelah selesai, PUBLISH POST..


Bila dah publish, akan keluar pada skrin macam ni..
EDIT POST



Okey, nombor 1 tu, untuk tarikh..
Contoh nak entry melekat sampai 31 februari, ok tukar terus...

Untuk nombor 2, adalah masa....
pastikan masa AM / PM...


Setelah selesai, PUBLISH POST..


Simple jer kan?
Tapi penting..ngee..



P/S - Kredit buat lulu kalau nak tutorial ini.. *wink..



.

Nadya Bubble Giveaway !


Nak join Giveaway ini..
Sempat lagi, wah....
hadiahnya best...
(since skrg dah kehabisan, memang nak sangatlah hadiah tu..)
Sila klik pada banner untuk lebih lanjut...
Takde nanti-nanti, kerana tarikh tutupnya adalah 
23 Januari 2011..
(Sempena hari kelahiran Nadya...
Happy birthday..)


Kena tag 4 orang...
2 girl, 2 boy...




.

‘Saya macam tak percaya’



“Memang saya rasa amat teruja dan tidak percaya akan menamatkan zaman bujang, namun harus percaya semua ini ketentuan Allah kerana kita hanya merancang, tetapi Dia yang menentukan,” kata pemain bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan, Mohd Zaquan Adha Abd Radzak.

Mohd Zaquan, 23, bakal diijabkabulkan dengan pelakon popular, Ayu Raudhah Che Wan, 26, pada majlis akad nikah yang akan berlangsung hari ini di Masjid Sultanah Bahiyah Alor Setar, selepas solat Jumaat disusuli majlis resepsi pada malamnya di Bangunan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK).

Pernikahan kedua-dua pasangan sensasi itu sekali gus menamatkan desas-desus mengenai hubungan mereka sebelum ini apabila mengikat tali pertunangan pada 17 Oktober tahun lalu.
Mohd Zaquan berkata, persiapan bagi meraikan hari bersejarah itu berjalan lancar apabila semua ahli keluarganya termasuk abang kembarnya, Mohd Aidil Zafuan turut serta dalam rombongan pengantin ke Alor Setar.

Menurutnya, pihaknya berasa amat bersyukur kerana semua ahli keluarga memberi sokongan padu untuk bersama meraikan detik bersejarah itu.

“Saya membawa barangan hantaran tujuh dulang manakala pihak perempuan membalas sembilan dulang.

“Semakin dekat rasanya semakin bersemangat, namun apa yang penting mengharapkan supaya majlis ini nanti selesai dengan baik dan selamat,” katanya yang sudah merancang untuk menetap di Seremban selepas berkahwin kerana sudah membeli rumah di sini.

Sementara itu, Mohd Aidil Zafuan tidak menyangka adiknya bertemu jodoh seorang pelakon selepas dia menjadi suami kepada seorang pelakon terkenal, Rita Rudaini Mokhtar.

Menurutnya, dia menyifatkan ia adalah jodoh dan sudah menjadi ketentuan Allah di mana pihaknya hanya mengharapkan yang terbaik buat adik kembarnya dalam membina rumah tangga bahagia.

“Ini bukan soal mengikut jejak langkah selepas saya mengahwini seorang pelakon (Rita Rudaini), tetapi perkahwinan antara Mohd Zaquan dengan Ayu Raudhah adalah kerana jodoh.

“Saya akan terus memberi nasihat dan sokongan kepadanya (Mohd Zaquan) dan berharap kariernya sebagai pemain bola sepak bertambah baik selepas mendirikan rumah tangga,” katanya.



P/S - Selamat Pengantin Baru..


.

FOLLOWER KE 600 - Sudah JUMPA....Yeah


LULU MENCARI FOLLOWER KE 600...
MARI KITA LIHAT SIAPA YANG BERTUAH
DENGAN ANGKA 600 INI..
'ANDA' AKAN MELEKAT DLM STICKY POST 12 JAM..
YEAH...


KALAU ANDA ORANGNYA, TOLONG INFORM LULU YER...
HARAP MAKLUM...


-------------------------

Itu post sebelum ini...
yeah, kita dah jumpa orangnya...
(TQ sebab jadi follower lulu..)MySpace




.
Boleh tahan juga blog beliau...
memiliki seramai 521 orang follower,
(Lulu orang yang ke 522)
wah ternyata mantap..ngee....


Semoga terus sukses dalam dunia blogger...
'Selamat datang ke Lulu-Pages...MySpace'



.

Dibuang suami seperti sampah


Akibat terlalu ghairah mengejar harta dan lelaki berpangkat pada usia muda, seorang siswi sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) akhirnya berdepan bahana dibuang suaminya seperti sampah.
Lebih memilukan, suaminya, seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat besar di ibu kota mula mengabaikannya ketika dia sarat hamil anak pertama.

Siswi yang dikenali sebagai Suzie, 20-an, amat terkejut dengan sikap suaminya yang tidak mahu mengakuinya isteri yang sah, malah bersikap seperti mereka tidak pernah kenal selepas menjejaki lelaki bergelar Datuk berusia 50-an itu di pejabatnya.
Mendedahkan kepincangan itu, peguam syarie, Datuk Zaidi Zain berkata, siswi terbabit pelajar tahun tiga sebuah universiti awam berasal dari sebuah kampung di pantai timur. “Apabila berjinak-jinak dalam persatuan mahasiswa dan bertemu ramai pihak di pelbagai syarikat bagi tujuan persatuan, dia teruja untuk mendekati golongan berpangkat sehingga terpaut dengan seorang CEO menyebabkan hubungan mereka makin rapat.

“Enam bulan kemudian, dia memutuskan untuk berkahwin dengan Datuk terbabit, namun ibu bapanya di kampung membantah dengan alasan dia perlu menyelesaikan pengajian di universitinya terlebih dulu.

“Pada masa sama, dia digula-gulakan dengan aneka barang mewah membuatkannya gelap mata dan nekad melawan cakap ibu bapa.

“Mereka kemudian berkahwin di negara jiran kerana tidak mendapat restu keluarga,” katanya. Beliau berkata, ibu muda itu sanggup datang berjumpanya di ibu kota walaupun masih dalam tempoh berpantang selepas melahirkan bayi semata-mata mahu meminta bantuan bagi mendapatkan pembelaan.

“Si suami berani bertindak demikian kerana perkahwinan mereka di negara jiran tidak didaftarkan di mana-mana pejabat agama di negara ini.

“Dia memang mendesak suaminya melakukan pendaftaran, tapi pelbagai alasan diberikan. Suaminya mula tidak mengendahkannya selepas mengetahui dia hamil dan tidak dapat lagi mengikuti kuliah.

“Sikap dingin suaminya tidak habis begitu saja, malah bayaran sewa kondominium mewah yang dihuninya tidak dibayar lagi, bahkan kemewahan lain termasuk kereta yang diberikan konon atas dasar cinta sebelum ini ditarik balik,” katanya. Zaidi berkata, firmanya sudah menghantar surat kepada suami wanita terbabit untuk perbincangan, tetapi masih tidak mendapat maklum balas.

“Selepas mendapatkan persetujuan wanita itu, baru-baru ini kami memfailkan permohonan cerai taklik di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur. Buat masa ini, kami tunggu sebutan pertama kes yang dijangka pada bulan depan,” katanya.




P/S - Gambar sekadar hiasan yer..






.

Kekasih larikan?



Seorang bapa meluahkan rasa bimbang terhadap keselamatan anak perempuannya yang didakwa hilang dipercayai dilarikan kekasihnya sejak sebulan lalu.

Mohd. Rashidi Mohd. Rashid, 46, berkata, anak perempuannya, Norhafiza, 21, dikatakan tidak balik ke rumah selepas pulang dari kerja di sebuah kilang di Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah pada 25 Disember lalu.

Menurutnya, anak kedua dari lapan beradik itu dipercayai hilang ketika dia berada di Perlis atas urusan perniagaan. Dia hanya mengetahui mengenai kehilangan anaknya itu dua hari selepas kejadian apabila dimaklumkan oleh ibunya, Bariah Ahmad, 63, ketika pulang ke rumahnya di sini.

“Selepas mengetahui Norhafiza tidak pulang ke rumah, saya bersama ibu saya telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara.

“Tapi sehingga hari ini, polis masih belum dapat kesan di mana lokasi anak saya berada,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Paya Keladi di sini semalam.




.

Rugi di tipu 'doktor'..


Sepasang suami isteri hari ini mendakwa kerugian RM14,000 akibat ditipu seorang 'doktor' yang mengaku kononnya mampu mengubati penyakit kronik yang dihidapi mereka.
Akibatnya, pasangan itu bukan sahaja kehilangan wang simpanan Tabung Haji yang dikumpul sejak 10 tahun lalu, malah penyakit yang dihidapi juga dikatakan semakin melarat.
Sarip Sayed, 61, dan isterinya, Salihah Biran, 54, mendakwa, mereka tidak menyangka lelaki berusia 72 tahun yang mengaku dirinya sebagai doktor itu sanggup mengaut keuntungan mudah dengan menipu di sebalik perwatakan alim.
Menurut Salihah, kali pertama dia dan suami bertemu dengan 'doktor' tersebut adalah pada 14 Oktober 2009 di rumah lelaki itu di Taman Merak, Bukit Katil di sini.
Ketika itu, katanya, dia bercadang menjalani perubatan homeopati bagi merawat sakit urat dan batu karang yang dihidapinya, manakala suaminya menghidap kencing manis dan darah tinggi.
"Sampai di rumahnya, lelaki itu yang memakai stetoskop di leher memperkenalkan dirinya sebagai doktor.
"Dia kemudian mengambil gambar mata saya dan memaparkannya di skrin besar sebelum menjelaskan saya turut mempunyai penyakit buah pinggang yang perlu dirawat segera sebelum melarat," dakwanya.
Tambahnya, sepanjang sesi penerangan itu, lelaki tersebut tidak berhenti-henti menyebut nama Allah dan berjanji akan merawat penyakit mereka sehingga sembuh tetapi perlu menggunakan ubatan herba yang dibekalkan pada harga RM14,000.
Dia memberitahu, warga emas itu juga cuba menakutkan mereka dengan mengatakan sekiranya dibiar, buah pinggang akan rosak dan memerlukan perbelanjaan lebih tinggi sekitar RM100,000.
"Dia juga bijak memujuk kami supaya mengeluarkan simpanan di Tabung Haji dengan mengatakan tidak guna menunaikan haji sekiranya badan tidak sihat dan selalu sakit-sakit.
"Termakan dengan kata-katanya itu, saya dan suami pun bersetuju dan pada masa sama 'doktor' itu pula menggesa kami menyerahkan wang tersebut keesokan harinya sebelum pukul 11 pagi kerana perlu ke Kuala Lumpur segera untuk membeli ubat tersebut.
"Esoknya, pada 15 Oktober 2009, saya dan suami mengeluarkan wang simpanan Tabung Haji sebanyak RM12,000 dan serahkan kepada lelaki itu tanpa diberi sebarang ubat. Baki RM2,000 perlu dijelaskan di ibu pejabat klinik lelaki itu di Setapak, Kuala Lumpur," dakwanya lagi.
Salihah berkata, selang lima hari, dia dan suami pergi ke Kuala Lumpur dan di sana barulah mereka diberi bekalan ubat seperti dijanjikan, tetapi terkejut apabila mendapati kesemua tiga bungkusan ubat adalah sama sedangkan ia untuk rawatan penyakit yang berbeza.
Tambahnya, selepas sebulan menggunakan 'ubat' itu, penyakit yang dihadapi semakin teruk dan terkejut apabila 'doktor' terbabit mengarahkannya mendapatkan rawatan susulan di hospital sedangkan sebelum ini dia memberi jaminan mereka sekeluarga akan dirawat sehingga sembuh.
"Setelah tertipu, saya dan suami membuat laporan polis pada 8 Januari 2010 selain ke Tribunal Tuntutan Pengguna tetapi kecewa apabila ditolak dengan alasan lelaki itu doktor profesional.
"Saya cuba menghubungi 'doktor' itu tetapi gagal malah ketiga-tiga cawangan pusat perubatan homeopatinya di Melaka, Kuala Lumpur dan Temerloh, juga ditutup," katanya.
Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Pelindung Pengguna Melaka, Datuk Seri Dr. Saharuddin Awang Yahya berkata, berdasarkan maklumat yang diperolehi, lelaki terbabit tidak pernah diiktiraf sebagai doktor, sebaliknya dia cuma pernah menjalani kursus latihan kedoktoran.
Tambahnya, beliau juga difahamkan hasil ujian makmal daripada Jabatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), ubat-ubatan yang dibekalkan kepada keluarga itu tidak mempunyai kelulusan KKM.
"Saya lihat, memang ada unsur penipuan memandangkan semua cawangan pusat perubatan lelaki tersebut tidak lagi beroperasi, malah lelaki itu juga tidak dapat dihubungi," katanya.



.

Dihempap batu besar


Keseronokan seorang pelajar perempuan Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Shah Alam menawan puncak Bukit Broga di sini, berakhir tragedi apabila dia ditemui terbaring selepas dihempap seketul batu besar, pagi semalam.

Difahamkan, mangsa mendaki bukit itu bersama 15 rakan lain kira-kira jam 5 pagi sebelum ditimpa kemalangan itu ketika mahu turun dari bukit berkenaan.

Mangsa, Norhanani Shahimi, 23, menderita kesakitan hampir dua jam selepas batu besar jatuh secara tiba-tiba di atas belakangnya.
Bapa mangsa, Shahimi Abdan, 50, berkata, anak sulungnya itu kerap mendaki bukit berkenaan, namun tidak menyangka akan ditimpa malang.

“Saya mendapat panggilan telefon daripada rakannya kira-kira jam 10 pagi mengatakan anak saya ditimpa kemalangan hingga mengalami kecederaan serius di bahagian tulang belakang,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Katanya, anaknya ditemui dalam keadaan terbaring di lereng bukit oleh seorang rakannya yang turut serta mendaki bukit itu.

“Rakan anak saya itu kemudian menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk mendapatkan bantuan.

“Saya dimaklumkan, sepasukan penyelamat JPAM bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat berhubung kejadian itu, kira-kira jam 11 pagi,” katanya.

Shahimi berkata, anak perempuannya itu yang sedang mengikuti Pengajian Pengurusan Maklumat kemudian dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan susulan. “Doktor mengesahkan anak saya patah tulang belakang,” katanya. Menurutnya, anaknya kini dirujuk ke sebuah hospital swasta di sini untuk rawatan susulan.



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!