Wednesday, April 20, 2011

mY HaPpy FAMiLy ~ Entri khas


Mak ai...besarnya bungkusan....
Dipetang yang panas dan senang buat badan berpeluh ni, lulu akhirnya menerima bungkusan yang datangnya dari ehem..ehem... ekeke.. Korang nak tau siapa ? Haa dia ada blog tau.....orang yang istimewa ni... 
Sepatutnya bungkusan ni semalam lagi sampai.. entahlah, menurut pekerja pos itu, bungkusan memang sampai kelmarin, tapi hari ni baru nak hantar.. huh memang lambat. Apatah lagi orang lain dah dapat, dan lulu sempat terfikir lulu tak dapat...ekeke...


Tak payah nak teka-teka apa isi dalam bungkusan besar ni....
eh, korang nak tau juga???


*













*














*













Hoho, banyaknya.......Tak pernah terfikir dapat produk teh begini banyak... Kalau nak beli jangan haraplah...
Asyik2 beli milo jer... Dan, semuanya ada 4 produk, semuanya teh... Nampak jer lah dalam gambar, tak payah nak jeles, sebab lulu dapat ni bukan takde sebab, tau....


Hari tu, kak risa dah umum, siapa dapat print screen follower dia ke 500, hah dapat hadiah special...
Bukan mengenai hadiah tu yang lulu kejar tau, sebab masa tu kak risa takde langsung nak hint apa2 mengenai hadiah... Lulu memang suka ke blognya, sehari tu ada berkali-kali, apatah lagi sejak blog dah makeover...ngee.... So selepas beberapa hari menunggu, dan nak dijadikan cerita, siyes, malam tu, hampir sejam menunggu follower naik 500 dari 498...Balik-balik refresh, sebab takut terlepas.. Akhirnya bila dah 500, lulu cepat-cepat print screen dan buat special entry...ekeke, malangnya line hancuss, sangkut beberapa minit...


Dan alhamdulillah lulu berjaya dan terpantas.....



Dapat jer bungkusan ni, terus buka dan bancuh teh tarik... itu memang the best..sedapnya...ekeke, korang baca jer lah eh, nak, sila ke pasaraya berdekatan, beli sendiri...


Teh tarik ni memang kurang manis, dan sedap huh recommended...
(Kak, nak lagiii...ekeke)





Tengok, gambar menceritakan segala-galanya....ekeke, sila abaikan chelsea kat gelas tu....



Entri ini penghargaan istimewa buat kak Risa, terima kasih kak....Bila minum teh tu, teringat kakak, ngee...Jujurnya, korang rugi kalau tak kenal dengan blogger sebaik kak risa...:)




.

Yeah, lagi artis nak kawen...sila jangan kecewa..


Pelakon Zed Zaidi, 31, atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil bakal menamatkan zaman bujangnya dengan Natalia Mustafa Kamal, 28, pada 29 April ini.
Majlis akad nikah akan diadakan di Restoran Felda Villa, di sini dengan tetamu terdiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.
Kedua-dua pasangan kemudiannya akan diraikan dalam satu majlis resepsi pada 7 Mei di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur dengan tema moden tradisional.


Menurut Zed, dia tidak melakukan upacara pertunangan sebaliknya terus melangsungkan acara ijab kabul.
“Acara pernikahan nanti akan dibuat secara sederhana sahaja dengan dihadiri keluarga kami sahaja. Mereka minta agar dibuat secara tertutup manakala majlis resepsi baru kami menjemput rakan-rakan dan media,” ujarnya.
Bercerita tentang detik perkenalannya dengan wanita tersebut yang juga ahli perniagaan, Zed memberitahu mereka bermula sebagai rakan Facebook sehinggalah kemudian bertukar menjadi rakan perniagaan sebelum hadirnya bibit-bibit cinta.
“Kami kenal di laman sosial Facebook sejak tahun 2008. Selepas itu saya tolong dia usahakan perniagaan dalam talian miliknya.
“Pada asalnya kami hanya rakan biasa sahaja sehinggalah selepas menunaikan umrah tahun lalu, saya mendapat petunjuk dialah calon yang paling sesuai untuk saya,” katanya.



Tambah Zed, Natalia merupakan seorang gadis yang memahami dan sentiasa setia dengannya.
“Dia sangat memahami kerjaya saya sebagai pelakon kerana dia pun dahulu pernah bekerja di TV3.
“Lagipun dia antara kawan yang sentiasa ada di sisi saya serta sanggup mendengar masalah saya,” ujarnya.
Ditanya tentang persiapan perkahwinan, Zed berkata, dia sedang dalam beberapa fasa terakhir untuk majlis tersebut.

“Semuanya keluarga sudah uruskan, saya sudah bercuti sejak 15 April lalu untuk urusan perkahwinan. Sekarang hanya tinggal beberapa perkara sahaja lagi yang belum selesai. Insya-Allah semua akan berjalan lancar,” ujarnya yang akan memberi tujuh dulang hantaran kepada pihak perempuan.
Zed turut merancang untuk membuka sebuah francais makanan bersama isterinya selepas bergelar suami isteri nanti.



.

Habis!! teruknya......


Anggota Bomba dan Penyelamat berusaha mengeluarkan mayat Ameri Abdul Rahman,32, yang maut selepas kereta yang dipandunya melanggar sebuah lori muatan pasir di KM 29, Jalan Bahau-Kemayan, di Felda Lui Muda, Jempol.



.

Inside new nursery Mariah Carey has created for her twins



With less than a month until her due date, Mariah Carey is making certain that her twins will be born into luxury.
The 42-year-old has given a sneak peek inside the lavish new nursery she has created in the Bel Air, California, mansion she shares with her husband, Nick Cannon, 30.

The room is trimmed with her signature motif - butterflies - and stuffed-animals including a lamb and a huge giraffe, which was a gift from Sharon and Ozzy Osbourne.  
'I wanted to create a beautiful, tranquil, cozy environment for the babies,' Mariah, who is expecting a boy and a girl, tells the new issue of America's Life&Style magazine. 

'Everything matches, but pieces are individualized to celebrate the twins as separate entities.'
She called decorator Mario Buatta and AFK Furniture's Gail Sedigh to help transform the rooms.

'I feel like I’m bringing two individuals into the world, so I wanted to do more than cookie-cutter styles in blue and pink.'

They opted for a pink and green theme bed trimmings rather than the traditional pink and blue.
Mariah also looked to her own music for inspiration.
'The ceiling has orangey-pink clouds in a blue sky with golden stars twinkling. It’s based on two songs I wrote that are fan favourites: Underneath the Stars and Close My Eyes,' she reveals.



'Sometimes I just sit in the nursery and stare at the ceiling because I love it so much. To me, it symbolizes wanting my children to dream as big as possible and to let their imaginations be unbridled.'
The couple also have an apartment in New York, however they are still deciding where to raise their children.

'I prefer the East Coast schooling over the West Coast,' Nick says. 'But there are other things that come into play, like work.'
Mariah, who is due on May 14, is eager to begin her new role.

'Being a mother is probably the hardest job in the world. I feel like, in a lot of ways, children come into the world to teach us,' Mariah says.

'It’s going to be a delicate balance between raising them around glitz and glamour and keeping them grounded. One thing I’m sure of is that I’ll be grateful for the twins every day, no matter what.'
But the star plans to juggle motherhood with her career and has already signed up for to be part of Simon Cowell's new show, X Factor.

After shooting down reports that Mariah was set to be one of the judges, due to the timing of her pregnancy, he admitted in a recent radio interview that the star would be involved with the show.
Simon said: 'I think Mariah will have a role on the TV live shows.'
He added: 'I met her recently and she was on great form. And her idea was to be the judge of the judges, which only Mariah could come up with. She'll be involved in some form. I literally adore her. I love her to bits.'



.

Habis terbakar


Satu kebakaran besar berlaku di sebuah kawasan kediaman di ibu negara Filipina ini, hari ini menyebabkan kira-kira 10,000 orang kehilangan rumah.

Penyiasat kebakaran berkata, kebakaran itu dipercayai berpunca daripada dapur elektrik yang rosak dari sebuah rumah di kawasan setinggan Laperal di bandar Makati, Manila.
Ia merupakan kebakaran besar kelima di kawasan itu yang penuh dengan pondok kediaman tidak rasmi.

"Saya baru pulang dari kawasan itu dan kami menganggarkan bilangan keluarga yang dipindahkan melebihi 2,000 atau antara 8,000 hingga 10,000 orang," ujar Datuk Bandar Jejomar Binay Jr.
Menurut Binay, kawasan luas itu merupakan milik persendirian tetapi penduduk tidak rasmi telah lama mendirikan rumah secara berkelompok dan kerajaan sebelum ini memberi amaran ia boleh menyebabkan kebakaran.

"Kawasan itu pernah mengalami kebakaran sebanyak empat kali sebelum ini.
"Ia amat jelas sekali kawasan itu amat berbahaya untuk diduduki," ujar Binay.
Katanya, kerajaan akan menempatkan mangsa di dua buah stadium sukan sementara menyediakan kawasan penempatan semula secara kekal.

Kebakaran membawa maut di kawasan sesak di Filipina merupakan perkara biasa di mana selama bertahun-tahun penghijrahan penduduk dari luar bandar ke bandar ini menyebabkan pertumbuhan pesat pondok yang dibina secara berselerak.



.

Masuk hospital....


Pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Benjy dimasukkan ke Pusat Pakar Damansara, dekat sini kerana menghidap asma.
Ibunya, seniwati Azean Irdawaty memberitahu, Benjy dimasukkan ke hospital itu pada Selasa dan tidak dibenarkan untuk menerima pelawat.
“Saya tidak tahu bila Benjy akan dibenarkan keluar kerana doktor masih memberikan rawatan dan melakukan pemeriksaan.

“Benjy juga perlu mengambil oksigen setiap empat jam atau apabila dia mengalami kesukaran untuk bernafas,” katanya.
Menurut Azean lagi, Benjy mendapat penyakit asma selepas berkahwin dan keadaannya bertambah teruk apabila dia ditahan di Pusat Pemulihan Akhlak Muar, Johor.

Benjy ditahan mengikut Seksyen 3 Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan dan Kawalan Khas) 1985 dan dibebaskan pada 17 Mac lalu.
Keadaan Benjy menyebabkan Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, menangguhkan perbicaraan kes dadahnya kepada Khamis.

Majistret Hafizza Sauni membenarkan penangguhan tersebut selepas peguam Amer Hamzah Arshad mengemukakan surat daripada hospital berkenaan yang mengatakan Benjy tidak sihat untuk menghadiri perbicaraan.

Pelakon Kerana Cintamu Saerah itu juga kerap batuk semasa menghadiri perbicaraan pada Selasa.
Benjy, 33, didakwa memiliki dadah jenis syabu seberat 0.14 gram di rumah beralamat C-13-6, Vista Mutiara, Jalan Vista Mutiara, Kepong Baru di sini pada pukul 3 petang, 11 Mac 2010.

Dia juga didakwa memiliki 0.24 gram dadah sama pada pukul 4 petang, hari yang sama di rumah nombor A-6-5, Menara Duta 2, Jalan 1/38B, Off Jalan Segambut, di sini.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya Nurmadiana Mamat dan Noormawarni Abdul Halim.



.

Tiga anak diberhentikan sekolah


Dengan pendapatan RM15 sehari, kehidupan Mohd. Asmar Mohd. Noor, 39, sekeluarga ibarat ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’.

Dia cuba mencari wang tambahan dengan bekerja sebagai pencuci pinggan di sebuah restoran selepas waktu pejabat, namun upah RM12 sehari itu masih tidak mencukupi.

Isterinya, Noriza Abdul Rahman, 39, yang sebelum ini menjual kuih-muih, kini tidak lagi berbuat demikian berikutan kekurangan modal untuk meneruskan perniagaan.

Akibat kedaifan hidup, tiga anaknya iaitu Nurafini, 14; Nor Balqis, 12; dan Puteri Nuralya, 10, terpaksa berhenti sekolah kerana dia tidak mampu membiayai persekolahan mereka.

“Kini anak bongsu, Sumaiyah, 4, semakin membesar dan saya bimbang dia juga akan menerima nasib serupa dengan kakak-kakaknya,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Dia dan keluarga sebelum itu menerima kunjungan ahli-ahli Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) yang menyumbang wang tunai dan barangan keperluan asas.

Sementara itu Presiden GPMS, Jais Abdul Karim berkata, pihaknya sudah menguruskan dokumen persekolahan ketiga-tiga anak Mohd. Asmar yang dijangka selesai minggu depan.

“Kami juga menerima berita bahawa sebuah syarikat sedia mengambil Mohd. Asmar untuk bekerja dengan pendapatan yang lebih baik,” ujarnya.

Beliau menambah, orang ramai yang mempunyai masalah kewangan untuk meneruskan persekolahan anak masing-masing boleh menghubungi Pusat Aduan GPMS di talian 04-2292710.



P/S - RM15? Sikitnya..ada blogger yang mencapai puluhan ringgit, bahkan ratusan ringgit sehari hanya dengan berblog...huhu


.

Saya sudah nikah


Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Salim Parlan, 51, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini atas tuduhan berkhalwat dengan seorang wanita di sebuah hotel di Batu Feringghi, Sabtu lalu.

Nur Diayana Norslan, 30, bekas pembantu peribadi kepada Salim, juga mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Syarie, Nik Bukhari Hashimy Nik Yahaya, yang menetapkan 20 Jun ini untuk sebutan semula kes.

Salim yang juga bekas Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah bilik bernombor 224 di sebuah hotel di Batu Feringghi, 16 April lalu pada kira-kira pukul 5 pagi.

Dia dituduh mengikut Seksyen 27 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996 manakala Nur Diayana mengikut Seksyen 27 (b) enakmen yang sama.

Kedua-dua seksyen itu memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu dalam prosiding itu, peguam yang mewakili kedua-dua tertuduh, Wan Faridulhadi Mohd Yusoff memohon mahkamah mengurangkan jaminan kepada RM1,000 daripada RM3,000, seperti yang dicadangkan oleh pihak pendakwaan.

"Jumlah RM3,000 dicadangkan pihak pendakwaan adalah terlalu tinggi dan seolah-olah menghukum mereka sebelum perbicaraan selesai kerana jumlah itu sama dengan denda maksimum dalam pertuduhan itu," katanya.

Wan Faridulhadi memberitahu mahkamah bahawa isteri Salim yang turut hadir pada prosiding hari ini bersedia untuk menjadi penjamin kepada kedua-dua tertuduh.

''Hal ini (perkahwinan kedua) memang telah diketahui isteri pertama Salim serta keluarga, sebab itulah isterinya itu sanggup menjadi penjamin tetapi gagal berbuat demikian kerana bukan pemastautin tetap negeri ini,'' katanya.

Nik Bukhari Hashimy kemudian menetapkan jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin bermastautin di Pulau Pinang bagi setiap tertuduh.

Salim tiba di mahkamah bersama isterinya pada kira-kira pukul 8 pagi manakala Nur Diayana yang berbaju kurung putih berbunga merah jambu serta bertudung warna sama tiba berasingan sejam kemudian.

Sementara itu, di luar mahkamah, Wan Faridulhadi berkata, Salim dan Nur Diayana telah berkahwin di luar negara dan dalam proses mendaftarkan perkahwinan mereka di negara ini.

Salim, isteri dan Nur Diayana dilihat pulang pada pukul 11.10 pagi setelah seorang ahli perniagaan membayar jaminan.




.

Artis mencuri?



Bekas pemain gitar kumpulan pop terkenal era 90-an ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam kegiatan mencuri bateri jentera berat di ladang getah Felda Bukit Tangga dekat sini, Ahad lalu.

Suspek berusia 34 tahun itu ditahan di rumahnya, semalam.

Dia pernah menganggotai kumpulan pop berkenaan bersama lima rakannya yang ditubuhkan pada 1994 dan merakamkan dua album yang menjadi kegilaan anak muda sebelum penyanyi kumpulan itu mengundur diri.

Suspek kini dipercayai bekerja sebagai tenaga pengajar muzik di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negeri ini dan menetap di Sintok selepas berkahwin dan mempunyai enam anak.

Timbalan Polis Daerah Kubang Pasu, Deputi Superintendan Ibrahim Mohd Yusoff, berkata kejadian curi itu dilaporkan berlaku jam 8.15 malam, Ahad lalu.

“Penjaga jentera berusia 55 tahun di ladang getah itu terserempak dengan seorang lelaki sedang mengangkat bateri jentera berat ke motosikal.

“Lelaki itu cuba mengejar suspek tetapi gagal sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu.
“Bertindak atas maklumat awam yang sempat mengecam nombor pendaftaran motosikal ditunggangi suspek, polis berjaya mengesan dan menahan suspek,” katanya.



.

Azabnya..


Seorang pemandu nyaris maut selepas bas ekspres yang dipandunya merempuh belakang sebuah treler yang sarat dengan muatan besi buruk di Kilometer 266, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Jelapang di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.10 malam itu, Juwanto Jairot, 42, parah akibat tersepit besi yang menusuk bahagian depan bas berkenaan selama hampir dua jam.
Ketua Trafik Daerah Ipoh, Deputi Supritendan Mohd. Rodzi Rajab berkata, semasa kejadian bas yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang itu membawa 15 penumpang yang kebanyakannya pelajar universiti.

"Kemalangan berlaku semasa kedua-dua kenderaan terbabit mendaki bukit, iaitu beberapa kilometer dari Plaza Tol Jelapang.
"Bas itu gagal mengelak treler berkenaan lalu merempuhnya mengakibatkan sebahagian muatan besi masuk ke dalam bas," katanya di sini.

Ujarnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh mengambil masa hampir setengah jam untuk mengeluarkan Juwanto.
"Empat penumpang bas itu turut cedera," katanya.
Juwanto dan empat penumpang berkenaan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk menerima rawatan.




.

Maksiat ganggu penduduk Jalan Yahudi


Bayangkan sebuah pusat hiburan yang menghidangkan arak dan kegiatan maksiat mahu didirikan bersebelahan rumah anda.
Sudah pasti anda akan membantah kerana tidak mahu pusat hiburan seperti itu mengganggu keharmonian penduduk.

Namun, itu yang dilalui oleh penduduk pangsapuri kos rendah di Jalan Yahudi di sini, di mana sebuah pusat hiburan berada hanya kira-kira 100 meter dari situ.
Bagi Hassan Awang, 53, yang telah mendiami pangsapuri itu selama lima tahun, sudah banyak kali pusat hiburan berkenaan diserbu pihak berkuasa, namun ia beroperasi semula selang beberapa hari kemudian.

"Apabila pihak berkuasa serbu, ada saja wanita berpakaian menjolok mata lari bersembunyi di flat ini.
"Sudah tentu ia tidak elok untuk dilihat oleh kanak-kanak dan remaja," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Menurutnya, pihak berkuasa khususnya Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) perlu menyita atau memindahkan pusat hiburan tersebut kerana majoriti penduduk di situ beragama Islam.
Sehubungan itu, dia berharap MPPP dapat mengambil tindakan segera bagi membendung gejala sosial di kalangan muda-mudi di kawasan perumahan berkenaan.



P/S - Nama jalan tu pelik lah...



.

Kajol sanggup mati?


Penyanyi dikir barat moden yang terkenal di Kelantan, Mohd Hafiz Jafri, 24, atau lebih dikenali sebagai 'Kajol', tetap mempertahankan imej berperwatakan 'lembut' walaupun ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) kerana berpakaian tidak senonoh di sebuah ekspo, Jumaat lalu.

Malah Kajol sanggup mati daripada berubah menjadi lelaki sejati kerana beranggapan naluri wanita sudah sebati dengannya sejak beliau kecil lagi.

“Saya tidak mampu untuk berubah dan sampai bila-bila saya akan terus begini," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

‘Kajol’ ditahan penguat kuasa JHEAIK Jajahan Tanah Merah kerana kesalahan berperwatakan seperti wanita dan berpakaian tidak senonoh di khalayak ketika persembahan di Tanah Merah, kira-kira jam 10 malam dalam Ops Insaf.

‘Kajol’ turut meluahkan kekecewaan terhadap tohmahan dan sindiran masyarakat disebabkan penampilannya yang memakai pakaian wanita terutama selepas kisahnya ditahan mendapat liputan meluas akhbar.

"Saya manusia biasa dan tidak mahu terus terseksa. Saya sedar, saya seperti diharamkan di Kelantan dan daripada terus ditahan, lebih baik saya berhenti daripada membuat persembahan di Kelantan.

“Justeru, kepada semua peminat yang memberi sokongan setiap kali saya membuat persembahan di Kelantan, saya ucapkan ribuan terima kasih. Kita tidak akan berjumpa lagi di Kelantan," katanya.
‘Kajol’ dari suku Temiar Orang Asli Kuala Betis, Gua Musang, berkata, keputusannya itu tidak menjejaskan karier kerana akan terus menghasilkan album dan membuat persembahan di luar Kelantan.


“Sudah 11 tahun saya menjadi penyanyi dan seingat saya, sudah 25 album saya hasilkan. Persembahan pula tidak terkira kerana setiap bulan jadual persembahan saya memang padat," katanya.

Ketika ditanya sama ada dia sudah menjalani pembedahan penukaran jantina, ‘Kajol’ enggan mengulas.

"Minta maaf, persoalan itu tidak dapat saya jawab kerana itu hal peribadi dan saya tidak akan dedahkan kepada sesiapa," katanya.




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!