Friday, June 3, 2011

Pembaca Berita Korea Mati Bunuh Diri


SATU lagi khabar bunuh diri menimpa artis Korea. Baru-baru ini, pembaca berita Song Ji Sun ditemukan mati setelah melompat dari apartmennya.

AllKPop melaporkan, pembaca berita stasen TV MBC itu terjun dari tingkat 19 Seocho-dong Officetel, pukul 13.44 waktu Korea Selatan. Polis Seocho menyatakan Ji Sun mati di tempat kejadian.
Netizen menuduh pembaca segmen MBC Plus Sports itu bunuh diri kerana skandal yang melibatkannya dengan Im Tae Hoon, pemain baseball.

Ji Sun mengeluarkan kennyataan bahawa dirinya telah bercinta dengan Tae Hook selama 1 tahun lebih. Namun disangkal oleh lelaki itu. Di jejaring sosial, Ji Sun sempat menulis “Jika tidak boleh membawaku kepadamu, setidaknya beri aku kekuatan. Hatiku sakit, dan aku sudah minum pil tidur buat ketiga kali,” tulisnya pada 7 Mei.

“Maafkan atas kata-kataku. Aku tidak faham komputer, jadi tidak tahu cara menghapus aku. Aku hanya mahu menyampaikan permohonan maaf. Sungguh, aku di dunia maya bukan yang sebenarnya. Aku akan menyampaikan kebenaran itu, segera,” status terakhirnya yang ditulis pada 21 Mei.

Apakah ini kebenaran yang dimaksud Ji Sun? Sehingga ini kesnya masih ditangani polis. -worldshowbiz






.

Exclusive in Lulu-Pages, Edward Cullen Married to Bella Swan in Twillight



It's the scene set to break a million hearts.
Robert Pattinson's much-adored character Edward Cullen stands at the altar, awaiting his bride in newly released shots from the Twilight: Breaking Dawn film.
He stands under a flowered bower, with rose petals littering the aisle. The couple's friends line each side of the aisle, looking back to see the bride's address.
But fans hoping to see the bridal costume of Bella Swan, played by Kristen Stewart, will have to wait.


Producers have only offered a hint of her outfit, with close-up shots of the gleaming white stone in her ring as her hand clasps Edwards, and of her jewelled hair clip and veil.
During filming of the scenes the cast and crew went to extreme lengths to prevent prying eyes seeing the wedding.
Swathes of tarpaulin, huge marquees, road blocks and armed police were all used to keep the scenes under wraps.


But the anticipation was such that fans couldn't wait, and stills of the couple consummating their marriage and Bella giving birth were leaked.
Author Stephanie Meyer released a statement begging fans not to post photos and to wait for the films
She wrote: 'Please, for those who are posting, stop. And please, though the temptation is high, don’t view or pass on these images. Wait for the film in its beautiful, finished entirety to thrill you.' 

Die-hard fans have longed for this happy ending for four years.


However, the couple's happiness is short-lived when Bella unexpectedly becomes pregnant with a half-vampire half-human daughter who prefers sucking on her blood to drinking warm milk.
The rest of the two films see Bella fighting a lethal battle with her beastly unborn child that grows rapidly inside her, feeding off her blood which eventually  sees Bella on her death bed.
This forces Edward to make the life-changing decision to either lose the human Bella he loves forever or to finally give into her dying wish and give her the eternal life she has been asking for.


 

.

Apa yang ku terima....



Hadiah yang super cute, apatah lagi dengan warna yang menjadi pujaan hatiku ~ BIRU...
yeah, telah selamat terima 2 minggu yang lalu.. Hoh 2 minggu? yer, sebab lulu bercuti, tak dapat nak update cepat...  Lulu menang tupperware dari...

Macam tau-tau lak kan lulu suka warna biru.. ekeke...
Lawa tau...




Dan tengah hari kelmarin, baru jer terima yang ni..



Dari sponsor


Hoho... TQ kak Dya..





.

BLOGGER HIJAU , MAI SINGGAH SAT NOO ..


SAYA SUKA BLOG .........kerana...............
Lulu suka blog, sebab blog ni merupakan medan untuk dapat banyak pengetahuan.. Juga buat kita kenal ramai orang... kan..kan...



(Lama tak join segmen Encik Ben, asyik tak sesuai jer.. Tapi kali ni memang boleh join.. yeehuuu...)




.

"Dayana nak tau impian saya!"


" Kalaulah saya ____ , dah lama saya ____ "


Kalaulah Lulu seorang ibu, dah lama Lulu panjatkan kesyukuran yang tidak terhingga, betapa beruntungnya menjadi seorang wanita yang boleh mengandung dan memiliki anak darah daging sendiri... Akan lulu asuh dan hulurkan kasih sayang yang tiada nilainya buat anak.. Lulu tak faham, kenapa masih ada ibu yang tidak menghargai anak sendiri.. Sanggup anak itu dibuang.. Dibunuh dan disia-siakan...

Setelah hampir 40 minggu mengandung, tidakkah korang merasa suatu ikatan dengan anak, yang bergerak dan berdegup jantungnya didalam perut? Ketika dia dilahirkan, menangis kerana kelaparan dan kesejukkan, tidakkah langsung tercuit hati korang? Anak merupakan anugerah Allah, semoga kita menjaga amanah itu..



P/S - Sedih dengan berita bayi dicampak 2 hari lepas...



.

'Pulanglah Angah, ibu sakit'


Pasangan suami isteri di sini merayu anak mereka, Nur Zaidatul Nadirah Zainuddin pulang ke pangkuan keluarga bagi melanjutkan pengajian ke tingkatan enam yang akan bermula tidak lama lagi.
Bapa gadis itu, Zainuddin Dollah, 45, berkata, isterinya, Zarena Ednan, 41, kini sedih dan murung kerana mengenangkan nasib anak mereka yang berusia 18 tahun itu.
Menurut beliau, Nur Zaidatul yang dipanggil 'Angah' di kalangan ahli keluarga dipercayai lari dari rumah setelah dimarahinya kerana enggan pergi bekerja di sebuah stesen minyak di bandar ini.

''Ayah berharap Angah pulang segera dan pakaian seragam serta keperluan lain untuk masuk tingkatan enam sudah disediakan," katanya.
Menurut Zainuddin, Nur Zaidatul mula bertindak keluar dari rumah pada 18 Mei lalu dan tidak pulang sehingga kini.
Beliau berkata, anak gadisnya itu berbuat demikian sewaktu ibunya pergi ke pasar untuk membeli barangan keperluan.

"Apabila ibunya pulang ke rumah, dia menyedari bahawa Angah telah lari dengan membawa beberapa helai pakaian serta barangan peribadi," katanya.
Menurutnya, dia berusaha menghubungi saudara mara di Kuala Lumpur, Melaka, Kuantan dan Temerloh bagi menjejaki Nur Zaidatul tetapi hampa.

Justeru katanya, dia melaporkan kejadian tersebut di Ibu Pejabat Polis (IPD) Jerantut pada 22 Mei lalu dan sehingga hari ini masih belum mengetahui nasib anaknya itu.
Sementara itu, Zarena berkata, sejak Zaidatul meninggalkan rumah, dia hanya mampu menangis dan kesihatannya juga terjejas.
'
'Emak memaafkan Angah di atas segala perbuatan yang lalu. Pulanglah, kami berdoa dan menunggu Angah di rumah," katanya.
Orang ramai yang pernah terserempak atau mengenali Nur Zaidatul diminta menghubungi Zainuddin di talian 017-9041786 dan Zarena, 019-6069554 atau balai polis berhampiran.




.

Nur Zety, semoga sembuh..


Usianya baru empat tahun tetapi dugaan yang dihadapinya sangat berat untuk ditanggung oleh kanak-kanak semuda itu.

Sejak Nur Zetty Mohd. Zakri terlantar di rumahnya sejak empat bulan lalu, ibunya, Zahrah Jamian, 27, tidak kering air mata melihat keadaan anaknya itu.
Dia sangat-sangat berharap anaknya itu dapat sembuh seperti sedia kala kerana tidak sanggup melihat keadaan anaknya terus terlantar dan kaku.

Katanya, Nur Zetty merupakan seorang yang aktif dan sentiasa gembira semasa sihat dan melihatkan anaknya itu kini hanya terlantar lesu tidak bermaya di katil membuatkan hatinya sangat pilu.
"Selepas tiga bulan dilahirkan, Zetty ada mengidap penyakit sawan selepas mendapat suntikan imunisasi. Selama ini, dia selalu diserang sawan tetapi secara tiba-tiba empat bulan lalu, dia sudah tidak boleh bangun dan terus terlantar begini.

"Doktor memberitahu bahawa dia mengidap Dravet Syndrom dan mungkin perkembangan pertumbuhannya akan merosot," katanya dalam nada suara yang perlahan ketika ditemui di rumahnya di Flat Sri Sabah, Cheras di sini.

Sementara itu, bapa Nur Zetty, Mohd. Zakri Simon, 35, berkata, anaknya terpaksa melalui banyak pemeriksaan seperti pada mata, mulut dan saraf.
Menurutnya, doktor berkata, pada masa ini, anaknya itu perlu dipantau untuk mengetahui perkembangan kesihatannya.

"Saya harap pada pemeriksaan seterusnya, doktor akan mengetahui apakah penyakit Zetty dan cara-cara untuk merawatnya.
"Kami mahu dia sembuh semula dan berharap pihak yang prihatin dapat membantu kami," katanya yang bekerja sebagai tukang masak.

Orang ramai yang ingin membantu keluarga Nur Zety boleh menghubungi Zahrah di talian 012-6990756.




.

Van merempuh sebatang pokok..


Seorang wanita yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas menghadiri majlis peminangan anak saudaranya terbunuh apabila van dinaiki bersama enam yang lain merempuh sebatang pokok di Jalan Lembah Bidong, di sini, semalam.
Mangsa, Reskah Baru, 55, berasal dari Kampung Pondok Lalang, Kuala Terengganu, maut selepas cedera teruk akibat hentakan kuat.

Dalam kejadian jam 5.45 pagi semalam, van Nissan Vannette dipandu Rosmawi Osman, 27, bersama enam penumpang lain terdiri daripada ibunya, Ramlah Baru, 50, serta empat adik-beradiknya dan Reskah dalam perjalanan pulang ke Kuala Terengganu selepas menghadiri majlis peminangan pemandu berkenaan di Pokok Sena, Kedah, serta bercuti di Pulau Langkawi.
Setibanya di hadapan Sekolah Kebangsaan Lembah Bidong, van terbabit gagal dikawal lalu terbabas ke bahu jalan sebelah kiri dan merempuh pokok mengakibatkan mangsa tersepit sebelum dikeluarkan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu kira-kira 15 minit kemudian.

Bagaimanapun, Reskah maut di tempat kejadian selepas cedera di kepala serta dalaman yang teruk.

Manakala, Rosmawi serta ibu dan empat beradiknya kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Rohaizat Abd Ani ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, pemandu van terbabit dipercayai mengantuk mengakibatkan kenderaan dipandunya gagal dikawal.

Bagaimanapun, katanya, punca kemalangan masih dalam siasatan dan van terbabit dibawa ke Balai Polis Setiu untuk siasatan lanjut.
Beliau menasihatkan orang ramai supaya memandu dengan berhati-hati dan berhenti sekiranya mengantuk serta menjaga keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain.




.

Ibu ratapi kematian anak maut nahas


Seorang ibu tidak dapat menahan kesedihan apabila melihat mayat anak lelakinya berusia 15 tahun terbujur kaku selepas terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya Kajang-Seremban berhampiran susur keluar Sungai Long menghala ke Semenyih di sini hari ini.

Tangisan wanita berusia awal 40-an itu mengundang simpati semua pengguna kenderaan apabila dia dilihat memeluk mayat anaknya, Mohd. Hafiz Mohd. Johari, yang maut dengan kecederaan parah di beberapa bahagian badan.
Kemalangan itu berlaku kira-kira pukul 4.30 petang apabila motosikal ditunggangi remaja itu dikatakan merempuh sebuah kereta Proton Wira.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, Deputi Supritendan Zainuddin Mahadi berkata, mangsa yang berasal dari Sungai Jelok, Kajang dikatakan menunggang motosikal itu bersama seorang rakan.
“Bagaimanapun, selepas kemalangan itu, mangsa dibiarkan terbaring manakala rakannya pula menghilangkan diri,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah beliau, pihaknya masih menyiasat bagaimana kejadian itu berlaku dan akan mengesan rakan mangsa bagi membantu siasatan.
Zainuddin memberitahu, mangsa berkemungkinan tidak memiliki lesen memandangkan berusia bawah 16 tahun.
Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.





.

Gelap, tak nampak...


Seorang lelaki warga emas yang digelar Penghulu Rimba di kalangan penduduk Simpang Ampat, dekat sini, maut dalam kemalangan dan lebih menyedihkan dia dirempuh kereta dipandu sepupunya sendiri ketika mangsa mahu melintas jalan di Kampung Kemus Dalam, kira-kira jam 9 malam, kelmarin.
Kamis Kasan, 72, yang baru pulang dari pasar malam di sebuah taman berdekatan, dilanggar kereta Kancil dipandu sepupunya, Jamil Sidi, 47, yang dalam perjalanan dari Tampin ke Simpang Ampat.

Jamil tidak menyedari mangsa berada di tengah jalan ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taboh Naning.
Menurut Jamil, ketika menghampiri tempat kejadian tiba-tiba sepupunya yang bertongkat dan memakai kopiah putih melintas jalan tanpa menoleh kiri dan kanan jalan.

“Dari jauh saya tak sedar arwah berdiri di tengah jalan kerana agak gelap untuk melintas jalan tambahan pula kenderaan berderet di kiri dan kanan jalan membuatkan mata saya lebih tertumpu pada cahaya kenderaan yang lalu lalang.

“Apabila kenderaan saya semakin hampir dengan arwah yang berdiri itu tiba-tiba dia melintas menyebabkan saya tidak sempat menekan brek lalu merempuhnya menyebabkan dia melambung ke atas cermin depan kereta.

“Sedih dan amat terperanjat kerana saya langgar sepupu sendiri. Saya kesal, tapi kejadian sudah berlaku,” katanya ketika ditemui.

Menurut Jamil, dia trauma mengenangkan sepupunya yang bertongkat melambung ke atas keretanya hingga cermin hadapan keretanya pecah sebelum tercampak semula ke tengah jalan raya.

“Saya tergamam sebaik kejadian berlaku dan ketika itu arwah masih bernafas sebelum meninggal tidak lama selepas itu,” katanya.

Sementara itu, adik bongsu mangsa, Che Tom Kasan, 55, berkata abangnya yang mendapat gelaran Penghulu Rimba kerana sikapnya yang gemar berjalan sambil bertongkat untuk ke mana-mana termasuk ke kampung bersebelahan datang menjenguknya kira-kira jam 1 tengah hari kelmarin untuk makan tengah hari sebelum keluar jam 4.30 petang.




.

Hiddink sedia pulang ke Chelsea


Guus Hiddink bersedia untuk melepaskan jawatannya sebagai jurulatih skuad kebangsaan Turki bagi melatih gergasi Liga Perdana England, Chelsea.
Jurulatih kelahiran Belanda berusia 64 tahun itu berasakan, dia sudah lama menggalas tugas jurulatih antarabangsa, dan mahu kembali berada dalam pengurusan kelab.

Jelas sekali, pemilik Blues, Roman Abramovich berminat untuk mendapatkan Hiddink di Stamford Bridge, menggantikan Carlo Ancelotti yang dipecat.
"Saya tidak pernah beritahu sesiapa yang saya mahu terus berkerja dengan Turki. Saya rasa saya bertenaga dan saya mahu bekerja setiap hari.

"Saya rasa seperti saya mahu melakukan lebih banyak lagi, jadi peranan di kelab adalah lebih menggembirakan saya daripada melatih skuad kebangsaan.
"Saya belum memberitahu Presiden Persatuan Bola Sepak Turki, namun beliau adalah seorang yang sangat bijak dan saya percaya beliau mengikuti laporan media antarabangsa.
"Begitupun ketika ini belum ada sebarang tawaran rasmi (dari Chelsea), jadi saya tidak boleh menjamin apa-apa,'' kata Hiddink.

Hiddink dijangka hanya akan memulakan rundingan rasmi dengan Abramovich minggu depan untuk menamatkan dulu tugasnya bersama Turki, yang akan menentang Belgium dalam pusingan kelayakan Kejohanan Eropah hari ini.

Dia masih memiliki kontrak 12 bulan bersama Turki dan bergantung kepada rundingan Chelsea untuk membayar pakej pampasan bernilai 4 juta pound (RM20 juta).
Hiddink pernah menghabiskan tempoh lima bulan melatih Chelsea selepas kelab itu memecat Phil Scolari. Dalam tempoh yang singkat, dia berjaya membawa The Blues menjulang Piala FA pada 2009 selepas mengalahkan Everton di final.

Dia merupakan rakan rapat Abramovich dan sentiasa merujuk jutawan Rusia itu sebagai "boss". Malah, dia juga bertindak sebagai penasihat kepada Abramovich selepas meninggalkan London pada Mei, 2009.




.

Pesawat Qantas terpaksa batal penerbangan selepas tikus ditemui


Sebuah pesawat syarikat Qantas terpaksa membatalkan penerbangan selepas krew kapal terbang itu menemui lima tikus dalam kabin beberapa minit sebelum penumpang menaikinya, kata jurucakap syarikat penerbangan berkenaan, hari ini.

Jurucakap itu berkata, anak tikus ditemui dalam pesawat Boeing 767 yang dijadualkan berlepas ke Sydney dari Brisbane petang kelmarin dan penyiasatan sedang dijalankan.

“Kami tidak tahu bagaimana tikus itu berada dalam pesawat. Pesawat berada di pintu sebelum berlepas dan kami sedang menyiasat,” katanya.




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!