Friday, July 15, 2011

Segmen | Blogku belum popular..



Jom kita bersegmen sementara list semua nama peserta
Giveaway | "love to look gorjes!"
yang akan didedahkan minggu hadapan.. Diharap bersabar semua..ngee...

Segmen ini segmen yang mudah dan akan berlangsung sehingga tengah malam nanti...


Adakah blog anda belum popular?
Atau tak berapa popular?
Atau tak ramai follower?
Memerlukan medan untuk mempromosikan blog anda?
Atau nak tambah kenalan/follower???


Hah, jom sertai segmen ini...
1. Ambik header blog ni, beserta link entri ni, buat 1 entri...
Dengan tajuk : "Blogku belum popular.."
2. Dalam entri tu, korang bagilah sebab kenapa korang rasa blog korang belum popular.. 
Atau bakal popular....
3. masukkan link entri kat komen dalam entri ini...


Lulu akan list kan semua senarai peserta diakhir nanti dan sticky post 48 jam.. ok tak??? ngee...





P/S - Jom join Giveaway ni sekali..




.

Ular belit budak..


Seorang ibu dan teman lelakinya berdepan dengan hukuman penjara 35 tahun kerana pembunuhan tahap ketiga selepas anak perempuannya yang berusia dua tahun menemui ajal kerana dibelit ular sawa peliharaannya yang terlepas dari kurungan.
Jaren Hare, 21, dan teman lelakinya Charles Darnell, 34, didakwa atas tuduhan membunuh dan mendera kanak-kanak berikutan kematian Shaianna Hare pada 2009.
Tragedi itu berlaku pada 1 Julai 2009 di kediaman pasangan itu di Oxford, barat laut Orlando. Dokumen mendedahkan, pasangan itu tidak memberi makan ular sawa Burma berukuran 2.6 meter selama sebulan sebelum kejadian dan ular itu berulang kali keluar dari kediaman.

Darnell memberitahu penyiasat yang ular itu berada dalam tangki sebelum dia masuk tidur. Sejam kemudian beliau menjumpai ular itu di lorong rumahnya, dan kemudian memasukkan haiwan itu dalam beg.
Darnell memberitahu penyiasat bahawa dia menemui ular itu membelit kepala Shaianna dan taringnya tertusuk di dahi mangsa pada keesokan harinya.


Ular itu dibawa ke pusat hidupan liar sejak kejadian dan gambarnya dirakam sebagai bahan bukti mahkamah.
Sementara itu, seorang pakar perubatan ketika memberi keterangan di mahkamah memberitahu bahawa ular itu cuba memakan Shaianna.
Peguam bela Jaren dan kekasihnya, Darnell berhujah bahawa kematian anak mereka adalah satu tragedi dan dianggap satu perkara yang tidak disangka-sangka.

Pendakwa meminta hakim menghukum pasangan itu kerana gagal meletakkan ular itu dalam kurungan.
Hare mahupun Darnell tidak memberi keterangan atau menggunakan bantuan saksi.
Mereka juga tidak menghiraukan soalan yang diajukan oleh wartawan ketika keluar dari bilik mahkamah menggunakan jalan belakang serta diiringi pegawai kanan polis.

Jika didapati bersalah atas tuduhah bunuh dan cuai terhadap kanak-kanak, pasangan itu boleh dihukum penjara 35 tahun.
“Saya rasa sungguh sedih. Saya menyintainya,” katanya.
Peguam kerajaan negeri, Pete Magrino merumuskan pendakwaan dengan merujuk kepada belitan ular di muka mangsa.


Beliau juga membincangkan pandangan Ketua Pemeriksa Perubatan, Wendy Lavezzi, yang memutuskan ular itu membelit leher Shaianna hingga mangsa tidak dapat bernafas.



.

Cara paling berkesan untuk mengatasi suhu panas.


Khamis mungkin bukan hari yang baik untuk menjadi anjing di Korea Selatan. Ini kerana ia antara tiga hari paling panas menurut kalendar Korea dan sup anjing adalah antara cara untuk mengatasi suhu panas.

Mereka yang berusaha melindungi tubuh daripada panas memakan makanan tradisional seperti sup ayam ginseng, belut dan ‘bo- shin-tang’ yang mengandungi daging anjing yang direbus dengan sayur serta rempah-ratus.

Anjing dipelihara di Korea Selatan untuk dimakan dan peminat berkata, ‘bo-shin- tang amat baik untuk kesihatan.

Sebahagian orang menganggapnya makanan istimewa.


“Saya makan sup anjing kerana ia meningkatkan tenaga saya, meskipun ketika saya keletihan,” kata Shin Gwan-sup, 56, di sebuah restoran anjing.




.

Angelina Jolie set to marry Brad Pitt?



With six children all under the age of 10, Angelina Jolie is every inch the epitome of a multi-tasking mother.
And the 36-year-old actress certainly had her hands full as she arrived back in Los Angeles from London with daughters Zahara and Shiloh.
The trio's appearance at LAX Airport comes amid reports Angelina is set to marry her long-term partner Brad Pitt.

The incredibly glamorous couple are said to be planning an ‘intimate and informal’ wedding in the South of France.
The ceremony would be very different from the lavish £600,000 nuptials when Pitt wed Friends star Jennifer Aniston in 2000.
US Weekly magazine says the ‘I do’s’ could take place at their recently-renovated Chateau Miravel mansion in Correns, France, which has privacy gates and its own 16th century chapel.

Spotted in LA yesterday, Angelina wore a black top, jacket and trousers combination with nude heels, and sported a huge smile as she greeted waiting photographers.
Zahara, six, meanwhile, looked cute in her white cardigan and jeans, while five-year-old Shiloh stuck to her own prerogative in her unique style in a military-style waistcoat over a printed Rolling Stones T-shirt.
The wedding claims are hardly the first report of impending nuptials between the superstars.

Previous claims that they were getting hitched in India, the Seychelle Islands and New Orleans all proved to be false.

But the magazine insisted yesterday that three separate sources confirmed there would be a summer wedding ‘within the next few months’. 


Up to now, Jolie, 36, and Pitt, 47, have defied convention, saying they will only consider marriage when it is legal for everyone, gay or straight.

But the Tree Of Life actor hinted they were changing their minds in an interview earlier this year.

'The kids ask about marriage,' he said. 'It’s meaning more and more to them. So it’s something we’ve got to look at.'
In another report a fortnight ago, In Touch magazine also claimed the couple were preparing for a ‘secret wedding’ in France after their children pushed them to make their long-term relationship official.

The magazine claimed Jolie would be wearing a L’Wren Scott gown and her brother, James Haven, would officiate at the ceremony.

Both publications said the couple was bowing to the wishes of children Maddox, nine, Pax, seven, Zahara, six, Shiloh, five and twins Vivienne and Knox, who are now three.

There was no comment on the marriage plans yesterday from the couple.



.

day 8 - pergaduhan paling terok yang pernah anda alami


Siyes susah nak jawab soalan ni...
Mungkin sebab lulu merupakan seorang yang lembut *wink, 
dan susah nak bergaduh dengan orang lain.. Siyes tak ingat apa-apa, ataupun takde???
Kalau marah orang tu, memang perkara biasalah...

Namun, sejak berblogging ni, ada satu kisah yang betul-betul teruk bagi lulu...
Dan lulu pernah buat entri mengenai hal ni dalam blog...
[KES] .. dan sampai sekarang hatiku masih sakit...


Apa perkembangan terbaru kes tu?
Kereta masih kemek...
Plat number masih pecah..
Nak ganti?
Pakai duit sendiri??
adeh..


Lulu bercadang nak bawa kes tu ke TTPM (Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia),
dan berharap akan mendapat pembelaan sewajarnya...



P/S - Tamat cabaran hari ke 8... [KLIK] Gambar ehsan google




.

MPV rempuh pintu stesen minyak


Beberapa pelanggan dan pekerja sebuah stesen minyak di Jalan Senawang di sini, bertempiaran lari apabila sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza tiba-tiba merempuh pintu hadapan premis berkenaan hari ini.
Bagaimanapun, tiada pelanggan atau pekerja stesen minyak itu cedera manakala wanita yang memandu kenderaan itu bersama seorang rakannya juga tidak cedera dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi itu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamuruddin berkata, kejadian berlaku ketika pemandu berusia 44 tahun itu mahu berhenti di salah sebuah pam untuk mengisi minyak.
"Pemandu itu secara tidak sengaja tertekan padel minyak menyebabkan kenderaannya meluru laju lalu merempuh pintu stesen minyak terbabit.
"Ketika kejadian, terdapat beberapa pelanggan dan pekerja di dalam stesen minyak itu tetapi mereka sempat menyelamatkan diri," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, pemandu terbabit dan seorang rakannya yang berusia 40-an tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian tersebut.
Sementara itu, seorang pekerja stesen minyak tersebut yang enggan dikenali berkata, dia nampak kenderaan berkenaan meluru laju dan merempuh pintu premis terbabit.
"Kejadian berlaku dengan pantas tetapi nasib baik beberapa pelanggan dan pekerja sempat melarikan diri dari dirempuh kenderaan tersebut.

"Walaupun pintu hadapan rosak tetapi stesen ini tetap beroperasi seperti biasa," katanya.




.

Belum ada rezeki


SAAT pelantun lagu Wassini, Waheeda atau nama sebenarnya Norwahidah Abdul Wahab, 33, bersama penceramah bebas, Akhil Hayy, 42, diijab kabul pada 16 Ogos 2009, bukan seorang tetapi banyak suara-suara sumbang yang mengata.
Paling teruk adalah Waheeda kerana dia dikatakan sebagai perampas suami orang. Walaupun ditohmah dan dicaci, dua figura ini tenang dan sabar menerimanya.

Tidak cukup dengan itu, Waheeda didakwa pula terkena buatan orang dan sakit sehingga Akhil tidak dapat menghadiri perkahwinan bekas isterinya, Maizawati Zainal, 37.
Namun, semakin lama cerita negatif tentang pasangan ini semakin surut diceritakan dan akhirnya lenyap selepas dua tahun mereka melayari perkahwinan.

“Alhamdulillah!” Itu ungkapan pertama yang dilontarkan Akhil tatkala bertentangan mata dengannya.
Bertemu dengan pasangan itu selepas sidang akhbar program dakwah baharu Astro Oasis, Cubaan yang menampilkan Akhil sendiri sebagai pengacaranya, pasangan sama cantik, sama padan itu kelihatan bahagia dan romantis bersama.
Diterjah soalan, sudahkah menerima kehadiran orang baharu dalam hidup, Akhil yang segak mengenakan kot hitam itu hanya tersenyum dan memberitahu masih belum dikurniakan cahaya mata.

Namun, kata pengacara dan juga penyanyi yang berasal dari Gopeng, Perak itu, mereka tidak terdesak dan tidak juga terlalu menanti-nantikan kehadiran anak.
“Walaupun sudah dua tahun berkahwin, masih tidak ada berita gembira mengenai anak. Belum ada rezeki tetapi saya juga tidak terlalu menantikan anak sebab mempunyai empat orang anak hasil perkahwinan pertama,” kata Akhil mengenai empat orang anaknya bersama Maizawati iaitu Siti Nurmaisara, 14. Muhd. Sharif Hidayatullah, 13, Muhd. Shakir Hidayatullah, 10, dan Muhd. Shatiri Hidayatullah, 4.

Di pihak Waheeda pula, Akhil memberitahu: “Dia pun tiada masalah. Tidak ada tekanan selagi tidak ada orang yang mendesaknya.
“Waheeda juga tidak begitu sihat kerana menghidap asma dan cyst (ketumbuhan rahim). Tetapi cyst tersebut sudah dibuang,” katanya yang menolak bahawa punca Waheeda tidak mengandung disebabkan penyakit cyst itu.

Diajukan perkara yang sama kepada Waheeda, katanya, dua tahun merupakan tempoh untuk membesarkan dan mendidik anak-anak (anak-anak Akhil) selain menguruskan perniagaan bersama suami.
Waheeda juga mengakui belum ada rezeki untuk mendapat anak bagi melengkapkan perkahwinan mereka.




.

Kereta rosak di bengkel


APAKAH perasaan anda jika kereta yang dihantar dalam keadaan yang sempurna untuk tujuan penyelenggaraan didakwa oleh pemilik pusat servis mengalami kerosakan enjin melibatkan kos hampir RM11,000.
Begitulah nasib yang menimpa isteri bekas pengacara rancangan 999 dan dramatis terkenal Omar Abdullah, Saadah Abu Bakar yang menuntut ganti rugi daripada sebuah bengkel yang beroperasi di Sunway Damansara Technology Park dekat sini.

Menurut Omar, isterinya telah menggunakan kereta Mercedes Compressor C180 sejak membelinya 10 tahun lalu dan menggunakan perkhidmatan penyelenggaraan dan membaik pulih di bengkel yang sama.
''Jika hendak diikutkan, saya dan isteri telah menjadi pelanggan setia pusat servis tersebut sejak bertahun-tahun lamanya kerana saya mengenali pemilik dan ibunya yang menjalankan perniagaan yang sama di Kedah.
''Bukan kereta isteri saya sahaja yang dihantar ke bengkel tersebut, saya juga menghantar kereta milik saya ke sana bagi tujuan sama,'' katanya selepas prosiding Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di Bangunan MRCB di Shah Alam, Selangor semalam.
Omar berkata, beliau dan isteri mengambil keputusan membawa kes tersebut ke TTPM bagi mendapatkan keadilan kerana merasakan pihaknya teraniaya.

Katanya, beliau sebelum ini pernah dikenakan bayaran sebanyak RM12,000 bagi sebuah kereta lain miliknya oleh pusat servis yang sama.
''Saya tidak pernah mempersoalkan sama ada sesuatu kerosakan tulen atau tidak tetapi kali ini apabila kereta isteri saya yang masih boleh digunakan semasa dihantar ke pusat servis langsung tidak boleh bergerak hingga perlu top overhaul, saya mengesan ada sesuatu yang tidak kena.

''Oleh kerana tidak puas hati, saya membawa kereta saya keluar dari pusat servis tersebut dan menghantar ke pusat servis lain,'' katanya.
Pada prosiding semalam, pihak penentang tidak hadir dan tribunal tersebut memberi tempoh 14 hari untuk pihak penentang mencabar tuntutan pengadu.
Tuntutan yang dibuat adalah sebanyak RM16,816.60 meliputi tuntutan kos pembaikan dan ganti rugi kesusahan dan teladan.




.

Tangki kumbahan melimpah


Mual serta meloyakan apabila makanan dihidang dengan hiasan yang cantik, tidak mampu memikat hati pelanggan akibat bau busuk berpunca daripada tangki kumbahan yang melimpah berdekatan restoran berkenaan.
Demikian nasib malang yang menimpa pemilik restoran makanan sekitar Jalan Permas 10/5, di sini yang mendakwa kehilangan hampir 30 peratus pengunjung tetapnya akibat bau busuk kumbahan najis yang melimpah sepanjang masa.

Situasi sama terpaksa dihadapi peniaga lain dan penghuni deretan bangunan yang menempatkan 40 lot kedai di laluan itu akibat limpahan air najis yang sehingga kini tiada sebarang langkah diambil oleh pihak yang bertanggungjawab untuk mengatasinya.

Pemilik restoran makanan Jepun, Yu Kong Me, mendakwa limpahan kumbahan terbabit sering berulang menyebabkan bau busuk yang terhasil amat mengganggu pelanggannya.

“Bau air kumbahan yang melimpah ini amat busuk, ia mengganggu selera pengunjung restoran, tambahan pula menu Jepun kebanyakannya berasaskan makanan mentah. Bau najis itu pernah menyebabkan ada pengunjung restoran saya muntah ketika menikmati makanan.

“Pelanggan tetap semakin merosot hari demi hari, angkara bau busuk ini. Bau busuk kumbahan yang melimpah semakin teruk pada hari hujan hingga menyebabkan restoran saya lengang tanpa pengunjung," katanya.
Kong Me mendakwa, setiap kali berdepan limpahan kumbahan terbabit, dia menghubungi Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) tetapi pihak berkuasa tempatan itu mendakwa kejadian itu adalah tanggungjawab pemaju.

"Apabila menghubungi pemaju, mereka dakwa MBJB yang bertanggungjawab, apabila dimaklumkan kenyataan itu, MBJB dakwa ia bidang kuasa Jabatan Kerjaraya (JKR).

"Saya tak kisah siapa yang bertanggungjawab, yang penting mereka perlu ambil langkah selesaikan segera masalah limpahan air kumbahan yang menjejaskan perniagaan dan kehidupan harian kami di sini," katanya.

Pemilik Restoran Ker Lai yang terletak bersebelahan, Linda Tan Leng Leng, mendakwa restorannya yang menggunakan konsep terbuka menerima tamparan lebih buruk daripada bau busuk najis dan kumbahan terbabit.
“Bayangkan saja jika air kumbahan ini adalah daripada najis semua penghuni rumah kedai di sini. Setiap kali tangki kumbahan ini melimpah, masa sama bilik air dan tandas restoran serta kediaman di sini juga tidak boleh digunakan. Salurannya tersumbat, setiap kali di pam, airnya akan melimpah semula”

“Bila cuaca panas, bau najis memenuhi ruang udara restoran. Air kumbahan yang melimpah itu pula dekat dengan bahagian dapur. Bila makanan dimasak, aromanya bercampur baur dengan bau najis dan ini menjijikkan pelanggan," katanya.

Lebih memburukkan keadaan, Leng Leng berkata, lorong yang menempatkan lot tempat letak kereta di belakang restoran mereka juga bergelap pada waktu malam kerana tiada lampu jalan, meskipun dua tiang sudah dipasangkan di situ.

“Belakang restoran sangat gelap, sudah ramai pelanggan saya mengalami nasib malang apabila menjadi mangsa ragut, cermin kereta dipecah serta barang dicuri, malah ada yang disamun.

“Saya serta penghuni lain terpaksa mengeluarkan belanja sendiri untuk memasang lampu di bahagian belakang, namun tidak mencukupi untuk menerangkan kawasan yang luas," katanya yang kesal kerana masalah berkenaan gagal ditangani oleh pihak berkuasa dengan baik demi keselesaan masyarakat di situ.





.

Penculik tetap tuntut RM5.6 juta, tiada diskaun


Kumpulan penculik dipercayai rangkaian Abu Sayyaf di selatan Filipina tetap menuntut wang tebusan RM5.6 juta bagi pembebasan Mohd. Nazaruddin Saidin, rakyat Malaysia yang diculik di Pulau Jolo, awal Mei lalu.
Menurut sumber, dakwaan bahawa pihak berkenaan memberi diskaun RM60,000 untuk pembebasan mangsa adalah tidak benar.

Sebaliknya, katanya, ia hanya kos rundingan yang diperlukan bagi perbelanjaan makan, minum dan pengangkutan untuk membawa Mohd. Nazaruddin dari satu lokasi ke lokasi lain sejak tiga bulan dalam tawanan.

"Hakikatnya, setakat ini tidak ada pihak mahu menaja wang sebanyak itu (RM5.6 juta).
"Tidak ada isu pintu rundingan ditutup, pihak kumpulan penculik tersebut tidak mempunyai sebarang masalah untuk menunggu seberapa lama sekalipun.

"Lagi lama tunggu untuk membayar tuntutan mereka, nilai tebusan semakin tinggi dan yang paling utama pihak penculik mahu keuntungan daripada hasil 'tangkapan' mereka," kata sumber itu.
Sementara itu, Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Datuk Muhd. Khairun Aseh ketika dihubungi hari ini turut mengesahkan jumlah tuntutan tebusan sebanyak RM5.6 juta masih kekal dan pihak penculik tidak pernah memberi diskaun sehingga RM60,000.

"Jika tuntutan tidak dipenuhi kemungkinan kos itu akan meningkat," katanya.
Beliau dimaklumkan orang tengah pihak penculik berkenaan bahawa mereka tidak mahu berunding dengan pihak biro itu sebaliknya, mahu berurusan terus dengan keluarga.
"Bagaimanapun, kami sanggup menawarkan diri lagi untuk memberi bantuan dan akan ke Filipina dalam waktu terdekat," katanya.
Dalam laporan 14 Mei lalu, isteri Mohd. Nazarudin, Mazlina Mohamad, 38, mendedahkan kumpulan penculik berkenaan menuntut wang tebusan sebanyak 80 juta Peso (RM5.6 juta) sebagai syarat pembebasan suaminya.

Katanya, jumlah wang tebusan itu dimaklumkan kumpulan penculik kepada orang tengah yang juga salah seorang ejen broker cicak tokek di Malaysia.
Katanya lagi, kumpulan itu turut memberi syarat agar dia membayar sejumlah 5 juta Peso (RM348,317) sebagai pendahuluan wang tebusan terbabit dalam tempoh yang diberi.




.

"Saya buat demi Zahrah"


Demi masa depan anak, pengacara, Jimmy Shanley Norjahan Saleh sanggup menjadi seorang bapa dan suami yang tidak bahagia apabila dia bercadang menarik balik kes perintah kembali taat terhadap isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy.

Jimmy, 31, membuat keputusan itu kerana tidak mahu anak sulungnya, Zahrah Shanley yang lahir pada 24 Jun lalu menjadi mangsa masalah rumah tangganya.
"Saya buat demi anak. Saya tidak kisah menjadi suami yang tidak bahagia asalkan boleh menjadi seorang bapa yang bahagia. Saya sedia berkorban," katanya ketika ditemui di luar Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam.

Sehubungan itu, dia mengambil pendekatan tunggu dan lihat apabila dimaklumkan isterinya, Nursuhaila, 25, bersedia untuk tinggal bersama selepas habis tempoh berpantang.
Terdahulu, peguam syarie yang mewakili Jimmy, Mohd. Noor Aizan Md. Idrus memohon mahkamah menangguhkan kes nusyuz dan kembali taat yang difailkan oleh anak guamnya kepada tarikh lain berikutan perkembangan terkini itu.

Menangis di mahkamah..


Penerbit filem, Raja Azmi Raja Sulaiman, menangis ketika dihadapkan di Mahkamah Tinggi di sini, semalam berhubung waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir perbicaraan kes saman sivil membabitkannya.

Raja Azmi, 52, dengan tangan bergari diiringi dua polis wanita mengusap tangan ke muka untuk mengesat air matanya sebelum dibawa masuk ke kamar mahkamah.

Raja Azmi yang ditahan di rumahnya di Ukays Perdana, Hulu Klang, pada jam 9.45 pagi semalam, dihadapkan di hadapan Hakim Datuk Lim Yee Lan bagi kali kedua, sebelum ini pernah dikenakan waran tangkap yang sama pada 20 Ogos tahun lalu.




.

Impiannya musnah


Impian wanita berusia 41 tahun berkahwin dengan ‘pucuk muda’ yang juga seorang warga asing bertukar mimpi ngeri apabila dikurung serta didera termasuk ditikam sepanjang lima bulan berada di kediaman keluarga lelaki itu di Amman, Jordan.
Mangsa, Ngooi Sew Lan, berkata, lelaki berusia 25 tahun itu mendakwa dirinya anak hartawan ketika berkenalan melalui laman sosial ‘Tagged’ awal Januari tahun ini. “Saya berkenalan dengan lelaki dikenali sebagai Hamada ketika bertugas sebagai pengurus restoran di London, United Kingdom (UK).

“Saya mula menjalin hubungan cinta kerana tertarik dengannya. Kami serasi bersembang menggunakan Bahasa Inggeris dan Cina serta mendakwa dirinya ahli perniagaan,” katanya di sini, semalam.
Menurut Ngooi, dia kemudian bersetuju mengikuti Hamada ke Jordan untuk bertemu keluarga lelaki terbabit sambil melancong di sana.

Pada masa sama, dakwa Ngooi, Hamada meminjam RM48,000 daripadanya dengan alasan mahu meluaskan empayar perniagaan ke China.

“Pada mulanya, Hamada bersikap romantik tetapi tiba-tiba berubah seperti orang kurang siuman selain begitu obses terhadap saya.
“Bukan setakat dibelasah, malah dia pernah menikam belakang badan saya ketika berada di rumah keluarganya di Amman menyebabkan saya kehilangan banyak darah,” katanya.

Ngooi mendakwa, ketika itu dia tidak dapat menghubungi sesiapa untuk bantuan kerana sentiasa dikawal Hamada serta keluarganya dan barangan peribadinya termasuk pasport turut disimpan lelaki itu.
“Selepas ditikam dan dihantar ke hospital, saya menghubungi kakak di Malaysia bagi mendapatkan bantuan, 12 Jun lalu.

“Doktor memaklumkan saya bernasib baik kerana cepat dihantar ke hospital, jika tidak saya boleh kehilangan nyawa akibat cedera parah,” katanya.

Menurut Ngooi, tindakan kakaknya meminta bantuan pihak berkuasa negara ini dan Jordan membolehkan dia terlepas kawalan Hamada serta pulang ke negara ini dengan selamat.

Justeru, dia mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia dan pihak berkuasa Jordan yang menyelamatkannya selain menasihati golongan wanita tidak terpedaya dengan helah lelaki terutama dikenali menerusi Internet.
Bagaimanapun, kata Ngooi, Hamada masih menghubungi dan meminta dia menerimanya sebagai kekasih selain mendakwa tidak boleh hidup tanpa dirinya.

“Saya fobia masih diganggu Hamada, namun saya tidak akan memenuhi permintaannya untuk kembali bersama sebagai pasangan kekasih,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stulang, Mok Chek Hou berkata, dia menerima panggilan telefon kakak mangsa, Bong Yeng Phong, 42, memaklumkan situasi menimpa Ngooi lalu menghubungi Kementerian Luar dan Kedutaan Malaysia di Jordan.

Menurut Mok, tindakan pantas pihak berkuasa dengan bantuan polis Jordan membebaskan Ngooi pada 30 Jun lalu sebelum dibawa pulang ke negara ini.






.


 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!