Tuesday, August 2, 2011

Segmen |Rancanganku dihujung minggu..menjelang ramadan..

Ayah membunuh anak kerana susah tidur


Sebuah kejahatan sadis dilakukan oleh seorang ayah, Justin C. Janosik kepada anaknya kerana hal kecil. Hanya kerana si ayah sukar tidur, dia membunuh anak bagi melepaskan geram.

Kejadian tersebut terjadi di apartmen Janosik di Appomattox Street, Blok 10300, San Antonio, Texas Amerika Syarikat. Ayah yang berusia 22 tahun ini dituduh membunuh anaknya sendiri, Kaleb Janosik yang baru berusia tiga minggu. Dia dikenakan hukuman kerana melakukan pembunuhan terhadap anak di bawah umur.

Dalam laporan polis, anak malang tersebut mengalami  lebam tepat di atas mata, di bahagian belakang lehernya dan di punggungnya.

Menurut siasatan pihak polis, Janosik dikatakan sering memukul anaknya ketika ibunya keluar bekerja. Kadang-kadang, dia melepaskan emosi dan marah kepada anaknya kerana susah tidur.

Dia dikatan memukul anaknya di leher, kepala dan punggung dengan tangannya. Hasil otopsi menunjukkan bayi itu meninggal kerana kecederaan otak.

Dalam siasatan polis yang kedua, lelaki biadab tersebut juga mengakui sempat menggigit anaknya. "Kadang menampar anaknya dan mencekik lehernya," kata polis tempatan.



.

Sotong masak buncis..

Klik untuk tumbesaran dan buat air liur terleleh.. terbaek..


Bila baca entri Pinky Momma yang tak tau nak masak apa dengan sotong...
Meh, kita lihat resepi ni, manalah tau menjadi ilham lak kan..ngee...
Boleh juga menjadi hidangan istimewa buat waktu berbuka nanti..
Lulu nampak gambar resepi ni dari blog nini..
Lama dah, nak cari entri tu dah tak ingat bila..
Terliur masa tu, terus try...

  • Sotong, potong ikut selera
  • Kacang buncis dipotong serong
  • beberapa ulas bawang putih (ikut banyak masakan), diketuk
  • sedikit lada besar (juga dihiris nipis)
  • sedikit minyak
  • sedikit air
  • perasa

Menu ni simple, dan mudah.. main campak-campak jer, kompemlah sedapkan...

memula panaskan minyak.
Pastu, masukkan bawang putih, goreng sampai naik bau..
Dah tu masukkan sotong.. Pastikan buang darah hitam tu..
Goreng seketika sehingga sotong melentik..ngee..
Masukkan buncis, lada besar..
Masukkan sedikit air dan perasa..
Dah ok, jangan masak terlalu lama, nanti buncis layu...




.

Bila Lulu-Pages bertukar wajah


Hari kedua berpuasa... Ngee still maintain lagi ni walaupun puasa hari pertama perut berbunyi kuat macam nak buat karaoke.. Sekarang tengah fikir ni nak masak apa untuk juadah berbuka nanti :)


Hujung minggu yang lalu, ramai yang terkejut sebab Lulu-Pages sudah bertukar rupa...
Tetiba lak kan.. Takde ribut takde angin, tetiba dah jadi lawa...
Dan selepas itu, lulu banyak menerima komen positif mengenai perubahan ni..
Buat pembaca setia, mesti dah maklum sangat, blog ni memang selalu bertukar wajah...
Kadang-kadang tu terlalu kerap, sampai orang dah tak hairan...
Tapi bila bertukar warna pink 24 jam, ramai yang terkejut, tak kurang juga yang tak suka..
Mestilah biru lagii lawa dengan Lulu-Pages kan...


Untuk pengetahuan semua, make-over Lulu-Pages ni bukan lulu yang buat..
dah sah... ada yang minta doodle dengan lulu..
siyes tak tau buat... tapi nak orang lain buatkan... *wink


Sebelum tu, lulu nak ucapkan terima kasih... buat CP..
CIK PURPLE, sebab sudi buatkan doodle yang indah buat lulu..
ini doodle pertama lulu..


Lawa bunga kat kepala tu kan???


Dan kita teruskan penjelajahan ni..
Hari tu ada join 1 giveaway ni...
Giveaway yang sangat menarik, dan hadiahnya pun memang best..
Ramai yang join, dan lulu salah seorang daripadanya..

Banner Free Header and Blogspot Template GA Header & Template Blogspot!



Dan, tak sangka lulu bertuah dan memenangi hadiah tempat kedua..
Yang paling best, alieff sendiri tinggalkan komen kat blog ni, inform result giveaway ni dah diumumkan.. Bestlah kan.. Biasanya orang buat contest/GA, bila umum pemenang, tak nak inform orang..
Dia yakin pemenang tu akan belek blognya setiap hari, walaupun budget umum nama pemenang 1-2 bulan..hoho.. Pastu bagi 24 jam tempoh untuk respon.. Ramai yang terlepas... macam tak ikhlas jer..
Sedangkan kalau inform, bukannya susah pun, komen jer kat blog pemenang, terus orang tu respon.. 
betul tak?


Siapa tak kenal alieff?
Kalau nak design blog, memang alieff antara orang yang sepatutnya kita hubungi..
Tengoklah hasil kerja beliau kat Lulu-Pages ni, boleh tahan kan??

Pada mulanya, lulu risau juga, takut alieff ni tak faham kemahuan lulu..
Susah... sebab lulu nak warna biru, tapi nak nampak girl sebab lulu tak nak bila orang baca blog ni, macam pemilik blog tu lelaki, kan.. Disamping tu nak juga yang ada bercirikan Lulu-Pages, sebaran maklumat dan pengetahuan.. Laju gila servis, sehari dah siap.. betul.. Tapi itu jika alieff ada masa lapang, maklumlah dia kan student.. Kena sabar menanti untuk yang terbaiklah kan...


Ini muka lama...



Alhamdulillah, lulu suka design ni..
Harap-haraplah tak tukar lagi lepas ni kan.. ekeke...




P/S - Jom berkunjung ke blog Alieff



.

Mati dirodok lembu


Seorang lelaki dikatakan cuai kerana mengacukan payung merah jambu kepada seekor lembu sebelum haiwan itu menanduknya hingga mati.
Lelaki itu menyertai satu pesta diadakan di Sepanyol apabila haiwan berkenaan mengejarnya di laluan sempit.

Haiwan berkenaan menyondol bapa berusia 50 tahun itu hingga jatuh sambil disaksikan orang lain di lokasi kejadian.
Bapa kepada seorang anak itu dirodok di dada dan ketiaknya.


Mangsa dikenali sebagai Vicente H R dipercayai meminum arak sebelum itu dan tidak menghiraukan nasihat rakannya supaya tidak mengambil bahagian dalam larian bersama lembu itu.



.

Terrifying moment a snake slithered up windscreen as SUV sped along highway at 65mph



It's a miracle the driver managed not to crash - let alone keep in a straight line.
A snake terrified a young mother when it suddenly appeared on her SUV's windscreen after slithering out of the engine as she drove along an expressway into Memphis, Tennessee.
Rachel Fisher said she's not usually scared by snakes but she 'was clenching everything' as she drove at 65mph with the unusual hitchhiker on board - and her three young children in the back.


As she screamed and giggled hysterically, her husband recorded the incident on his camera phone and then posted the video on YouTube, where it has gone viral in just three days.
It happened last week as Mrs Fisher drove her husband, Tony, and their three children Elizabeth, three, Judah, two and Rivers, four months, back to Memphis after visiting her parents in Cordova.

She had been driving for about 15 minutes when her husband suddenly yelled out.
Mrs Fisher told the New York Daily News: 'My husband saw it out of the corner of his eye and did a double-take. 


'He whipped out his phone and turns it on and captures the whole thing until it falls off.'
The creature spent almost three minutes slithering over the windshield, curling out in front of the car and twisting over the wing mirrors.
Not knowing what to do, Mrs Fisher kept on driving - and trying to stay in a straight line.
She said: 'Usually, snakes don't freak me out that much, but I was clenching everything, 


'It was really weird. I mean, didn't know what the heck it was. We just knew it was a huge snake and the kids were the in back.'
After two or three minutes, and with nothing to hold on to, the snake fell off. The couple believe it had crawled up in their engine the night before when they were parked in a wooded area, and slithered out when it got too hot.
They made it home without any more drama, and Mr Fisher posted the video on YouTube, where it has so far had more than 26,000 views.



.

Bengkak akibat gigitan nyamuk?

Seorang kanak-kanak, Putri Nur Natashah Mirsha Muhammad Amin, 6, yang pada mulanya hanya didakwa mengalami bengkak akibat gigitan nyamuk mengalami nasib malang apabila mata kanannya kini buta.

Ibu kanak-kanak itu, Nurul Huda Ahmad, 28, berkata, keadaan bengkak pada mata Nur Natashah pada mulanya dikesan ketika dia berusia dua tahun tiga bulan iaitu pada tahun 2008.
Selepas bengkak tersebut semakin membesar, anaknya dibawa ke Hospital Selayang pada 12 Mac 2008 untuk menjalani rawatan namun, Bahagian Kecemasan di hospital tersebut memberitahu, bengkak yang berlaku berpunca daripada kesan gigitan nyamuk.

“Mereka kata tiada apa yang harus dirisaukan walaupun ketika itu anak saya meronta-ronta kesakitan,” ujarnya kepada Kosmo! di rumahnya di Selayang Baru di sini semalam.
Bagaimanapun, pada petang hari yang sama, Nurul Huda datang semula ke Hospital Selayang membawa anaknya kesakitan tetapi dia masih dimaklumkan perkara yang sama.

“Tidak puas hati dengan alasan gigitan nyamuk yang diberi doktor di Hospital Selayang saya kemudian membawa anak saya ke sebuah klinik di Selayang dua hari kemudian dan doktor di klinik itu mengesahkan bahawa ia bisul dan memberi surat rujukan ke Hospital Selayang untuk membuat pembedahan membuang nanah,” ujarnya.

Menurut Nurul Huda, ketika itu, mata anaknya sudah tersembul keluar dan keadaan di sekeliling matanya juga membengkak.



.

Patutlah berbau..


Seorang pelajar yang mengikuti jurusan ekonomi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak, ditemui mati di dalam bilik asramanya di Blok D, Kolej Bilal, tengah hari semalam.

Mamadou Aliou Tela Diallo, 25, seorang warga negara Guinea, ditemui penyelia asramanya selepas dimaklumkan penuntut lain mengenai bau busuk yang datang dari bilik mangsa.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata hasil siasatan awal mendapati mangsa dipercayai mati sejak seminggu lalu, tetapi mayatnya hanya ditemui tengah hari semalam.

“Tiada sebarang unsur pecah masuk mahupun unsur pergelutan, namun polis masih menjalankan siasatan lanjut dan tidak menolak kemungkinan mangsa mati disebabkan penyakit,” katanya.


Beliau berkata, berdasarkan maklumat daripada rakan mangsa, Mamadou pernah menerima rawatan di klinik UIAM dan hospital berhampiran bagi penyakit sawan yang dihidapinya sejak kecil.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk dibedah siasat.




.

Perkenalan maut... lagi mengenai FB...


Gara-gara mengutuk kenalan wanita dalam laman sosial facebook (FB), seorang lelaki mati selepas dua hari dimasukkan ke Hospital Kulim (HK) akibat koma kesan pendarahan dalam kepala akibat dihentak dengan topi keledar dalam satu pergaduhan di Taman Tiram, Lunas, di sini, Jumaat lalu.
Dalam kejadian jam 8 malam, Mohd Amran Romli, 20, dikatakan diserang dua abang wanita itu di sebuah pasar raya di taman berkenaan.

Akibat kejadian itu, mangsa dikejarkan ke HK dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan dua hari sebelum mangsa meninggal dunia kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, kejadian dipercayai berlaku jam 8 malam di belakang pasar raya di taman berkenaan.

Katanya, dua lelaki terbabit yang berusia 25 dan 26 tahuntidak puas hati selepas melihat mangsa mengutuk hal peribadi keluarga mereka.



P/S - Kesiannya, tapi pengajaranlah buat kita semua, melakukan apa pun, kena fikir 2 kali..


.

Kononnya dia malaikat..


Akibat taksub dengan ajaran tarekat disebarkan seorang wanita yang mengaku dirinya malaikat dan pemegang kunci pintu syurga, seorang lelaki nekad berhenti kerja dan mengabaikan tanggungjawab sehingga isterinya hidup serba kekurangan.
“Dia kerap menghilangkan diri berbulan-bulan kononnya kerana ingin beramal mencari pahala,” kata isteri lelaki itu yang hanya mahu dikenali sebagai Azrina.
Wanita berusia 40 tahun itu berkata, suaminya, Mohamed, 44, juga banyak melakukan perkara bertentangan ajaran Islam termasuk melakukan pemujaan hingga ke Indonesia.

“Dia melakukan pemujaan di makam, upacara korban binatang dan mencari harta karun hingga ke Aceh sebagai cara mendekati ‘malaikat’ itu sedangkan anak dan isteri di rumah hidup melarat,” katanya.

Azrina berkata, Mohamed bukan saja lupa tanggungjawab sebagai ketua keluarga, malah bersikap pelik dengan memakai lebih 20 tangkal termasuk diperbuat daripada bulu binatang kononnya sebagai pendinding dan pelaris.



.

Pengalaman Korang Semasa Dan Selepas Solat Terawih






Segmen ni menarik bagi lulu, sebab lulu memiliki pengalaman indah mengenai tarawih ketika kecil dulu.. surau dekat jer (tinggal kat kampung, sekarang dah tinggal kat bandar), jadi, hari-hari bila nak sembahyang tarawih, jalan kaki jer, dalam 15 minit dah sampai...

Sekarang, bila terfikirkan keadaan tu, lulu rindu...
Bayangkanlah, masa tu, ramai yang menghantar juadah ke surau, untuk dijamah beramai-ramai.. Meriah sangat.. Apatah lagi semua yang ada kat situ kita kenal..
Bila tengok juadah tu, pelbagai warna..
Bila disediakan dipinggan, semua orang bergotong-royong...

Dan bila sembahyang terawih tu, selalu jer kan terganggu dengan budak-budak yang main kat luar surau.. bising.. Datang surau bukan nak tarawih, nak main jer..


Bila nak balik tu, cepat-cepat lipat telekung, kemas, sebab lampu surau dah nak ditutup..
Walau apa pun pengalaman kita, 
Bulan puasa memang bulan yang paling meriah...


Jom, join segmen pertama dari kancil 8349 ni :)




.

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!