Wednesday, August 3, 2011

Lulu Caldina kena sampuk


Baru jer beberapa hari bulan puasa... 
entahlah rasa macam tak sedap hati lak nak cerita hal ni..
Patutnya, dalam bulan ramadan begini, hati dan iman kita kuat...
Susahlah nak tergoda dengan keduniaan ni semua, kan..


Sejak memiliki baby baru ni,
hati terasa macam terikat tau..
Nak pergi mana-mana pun mesti nak bawa dia...
Masak, ada dia..
tengah tengok tv pun mesti ada dia..
Lagi teruk kalau nak tidur..
Tak kira petang ataupun malam...
mestilah nak menghadap baby ni...


Sekarang dah pandai nak download..
wah.. dari yang biasa dah makin parah...
Nasib baik jari tak kematu...






Memula sibuk dengan Angry bird ni...
Belum lagi lengkap stage, dah nak main yang lain..






Sangkut lak dengan angry bird season ni.. adehlah...
Sama juga, belum habis stage, dah... malam tadi download lagi 1..





main lak angry bird Rio ni..
siyes cute sangat tengok bila burung-burung tu berterbangan bila sangkar dia pecah...
Hoho, entah-entah lepas ni ada angry bird baru lagi tak???
Bila nak habis stage ni???




Lulu Caldina betul-betul kena sampuk..
Korang ada kena tak??




.

day 26 - 15 fakta tentang anda


Soalan- soalan macam nilah yang paling best nak ngelat... ekeke...
Sabar jer eh baca jawapan dari lulu...
Kan dah kata, Lulu Caldina macam artis, selalu main no komen jer..ngee...


  1. Dikenali sebagai LULU.. Caldina kerana saya suka Toyota Caldina..Tapi lebih suka Honda Accord...ngee..
  2. Berbangsa 'MIX' , papa saya berbangsa Cina dan mummy saya melayu.. Sayalah anak 1 malaysia....yeah.....
  3. Saya suka mkn kepsi..Hari-hari saya mkn kepsi..ekeke
  4. Suka menghargai sesuatu/orang lain.. Yah...anda telah menemui orang yang tepat..ehehhe..
  5. Terlalu adicted dengan Horror movie, movie/drama tagalog dan spanish. Kerana kegilaan saya terhadap industri perfileman tagalog, saya akan menonton apa saja wayang/drama, dari siapa saja pelakonnya (terkecuali 18sx)  dan menumpukan sepenuh perhatian di dpn tv.. hahaha..mmg gila..
  6. Saya suka dengar lagu.. Tak kisah apa genre.. Samaada ballad, pop.. Terutama lagu oldies.. eh, dangdut pun sekali-sekala dengar lah juga..
  7. Saya suka surf internet.. Paling byk adalah informasi terkini.. Ataupun yang memberi pengetahuan..
  8. Saya sangat suka tengok sukan.. Terutama bola, golf dan tennis..
  9. Saya sangat meminati Chelsea..Saya adalah peminat setia mereka dari tahun 2005..
  10. Tahukah anda sebelum itu saya meminat MU (manchester United). Tetapi berubah setelah Beckham dijual.. Bukan kerana hanya meminati beckham. tetapi krn tidak berpuas hati.. dengan cara Ferguson mengurus playernya..
  11. Saya orang yang mudah faham dan memahami..ceh.. Ngadulah apa je.. Insya-Allah akan saya alert.. wah..
  12. Saya juga sangat meminati Rafael Nadal (Tenis-spain). Bkn kerana rupa parasnya, tetapi kerana perbezaannya dari pemain lain.. Dengan usia mudanya, dia mencapai begitu byk kejayaannya.. Malah dia bertangan kidal.. VAMOS..
  13. Seorang penulis.. Pernah menulis 3 buah novel..haa... (rahsia je eh..tak yah tanya mengenainya lagi)
  14. Saya TAK suka make-up tebal.. Al-maklumlah..Sayalah wanita melayu terakhir...
    uhuhuhuk (batuk) *perasan!
  15. Saya suka masak.. Dan rasanya pun boleh tahan.. Syukur..

     


P/S - Laa, 15 jer ke? :p
Tamat Cabaran hari ke 26 ~baca~




.

Ya, mereka bukan monyet


BELUM pun reda bahang saingan di antara Harimau Malaya dan Singapura, bulan lalu, sudah cetus satu lagi episod panas.

Penyerang sensasi negara, Safee Sali bernada kecewa apabila tampil menuntut agar Hidayah Shahril - isteri kepada ketua pasukan skuad Singapura, Shahril Ishak membuat permohonan maaf secara gara-gara membuat kenyataan berbaur penghinaan kepadanya dan rakan sepasukan, Amirulhadi Zainal selepas perlawanan antara Malaysia dan Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 28 Julai lalu.

Hidayah menerusi laman Twitter peribadinya, menggelar Safee dan Amirul tidak ubah seperti monyet kerana percubaan melakukan tendangan lipat serentak pada perlawanan berkenaan.

“Saya cukup tersinggung dengan kata-kata isteri Shahril, apa lagi suaminya adalah antara sahabat saya yang turut beraksi di liga Indonesia. Malah Shahril juga meminta jersi saya selepas perlawanan tempoh hari sebagai tanda persahabatan kami, tetapi kenyataan isterinya amat menyinggung perasaan saya.”

“Kami memandang serius perkara ini kerana ia menyentuh keperibadian seorang pemain profesional negara,” kata Safee dalam satu kenyataan kepada media.

“Buat masa sekarang, kami belum memikirkan untuk sebarang tindakan undang-undang, tetapi cukup sekadar dia memohon maaf dan menyatakan kekesalannya kerana mengeluarkan kenyataan sedemikian serta berjanji untuk tidak mengulanginya pada masa depan.
Menurut Safee, memandangkan pasukan Singapura akan lebih kerap ke Malaysia musim depan, begitu juga sebaliknya, dia mahu isu ini diselesaikan segera supaya tidak timbul suasana tidak diingini apabila pemain terbabit kembali ke sini.

Sifat seteru antara Singapura dan Malaysia tidak pernah putus-putus dan terkini adalah selepas perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 zon Asia. Dalam perlawanan pertama Malaysia tewas 3-5 dan seri 1-1 dalam timbal balik di Bukit Jalil




.

Ikan Masak Sos..

Klik untuk tumbesaran dan buat air liur meleleh..


Bila berpuasa ni, apatah lagi dah dekat nak berbuka, 
memang sibuklah kan fikir nak berbuka dengan apa..
Nak beli kat Pasar Ramadan, ataupun nak masak sendiri..
Tapi, bagi lulu, lebih elok masak sendiri..
Lagi terjamin kebersihannya, dan lebih sedap rasanya..
Jimat duit poket..

Masalah, bekerja, tak sempat masak???
Sila lihat resepi lulu, ringkas, sedap dan mudah..
main campak-campak jer, kompem sedap..ngee..

  • ikan, terserah nak ikan apa, nak ikan macam dalam gambar pun sedap..
  • asam jawa
  • Bawang besar
  • tomato
  • sos cili
  • tepung jagung, bancuh dengan air 
  • perasa..

Mula-mula, goreng ikan selepas di sapu dengan garam dan asam jawa..
lulu lagi suka macam tu, walaupun masak berkuah, sebab ikan tak berbau hanyir..
Bila dah masak, ketepikan..
Panaskan sedikit minyak, masukkan bawang besar yang dihiris beserta tomato yang sudah dipotong kecil. Bila dah sedikit layu, masukkan sos cili.. agaklah yer, banyak ikan, banyaklah sos.. nak berkuah, kan??
Lepas tu masukkan sedikit air, gaul rata, masukkan perasa..
sedikit tepung jagung yang sudah dibancuh air (untuk memekatkan kuah.. Org cina memang tak boleh dipisahkan dengan tepung jagung..)
Dah agak pekat, masukkan ikan (tak nak masuk pun takpe, terus tuang kat ikan..)
ok, dah siap 1 juadah...
Mudah, kan??



.

Wordless Wednesday






.

Botox for dogs?



Most dogs are simply content to fetch a stick if thrown one.
So this squeaky plaything is sure to bring a goofy smile to any pooch's face.
The novelty plush dog lips, made by pet product business Ancol, is guaranteed to give even the grumpiest dog the cheesiest grin.
 In fact, it's almost certain they'll be grinning from ear to ear once they got this soft toy clamped between their chops.


With its oversized lips and huge teeth, any dog would be barking mad not to enjoy it.
Even lazy pets might be given a new leash of life once they pucker up and get their teeth into it.
And any owner would be thrilled to play with their pet if it meant seeing their mutt beam back at them.
The unusual toy is 16cm long, made from plush material and retails for around £3.50.



.

Nikmatnya berpuasa bersamanya..


Penyanyi Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 27, mengakui bulan Ramadan yang disambutnya buat pertama kali bersama isteri, Rahayu Abbas (Ayu), 32, pada tahun ini sungguh bermakna.
Kata Tomok yang baru sahaja berkahwin pada 1 Julai lalu, dia berasa kehidupannya cukup sempurna lebih-lebih lagi apabila dapat bersahur dan berbuka puasa bersama isterinya serta dapat merasai keenakan masakan Ayu.

"Rasanya sambutan puasa tahun ini lebih teratur. Walaupun sebelum ini saya tinggal bersama keluarga dan berpuasa dengan mereka, tetapi kali ini, perasaannya sungguh berbeza, sukar untuk saya gambarkan.
"Tambah pula, isteri saya rajin dan pandai memasak. Jadi sepanjang beberapa hari ini, saya makan masakan daripada air tangannya. Antara makanan kegemaran saya seperti lauk asam pedas dan ayam masak lemak untuk juadah berbuka puasa manakala untuk juadah sahur pula, dia menyediakan masakan ikan sardin dan ketam goreng," katanya.

Dalam pada itu menurut Tomok, sempena kedatangan Ramadan pada tahun ini dia menolak semua tawaran kerja kerana mahu meluangkan masa bersama isteri dan keluarga.
Walaupun baru sahaja menyambut bulan Ramadan, pasangan tersebut telah pun membuat persiapan Hari Raya lebih awal dengan membeli perabot serta memasang kain langsir di rumah baru mereka di Serdang, Selangor.

"Sebenarnya kami telah membeli rumah itu sejak tiga tahun lalu dan baru Ahad lepas kami masuk rumah baru secara rasmi.

"Memandangkan sebelum ini kami telah ubah suai rumah, membeli beberapa perabot baru, mengecat dinding serta memasang langsir, saya kira peruntukan Hari Raya untuk kelengkapan rumah sudah selesai," selorohnya.
Tahun ini, pasangan suami isteri itu akan menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung halaman Tomok di Rembau dan Palong 3, Negeri Sembilan.



.

'Saya Orang Melayu Yang Makan Tempe'


Pelakon Zain Saidin,27, mahu peminat dan sesiapa sahaja yang ingin menegurnya supaya berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia kerana dia lebih mencintai bahasa itu daripada berbahasa Inggeris.

Kata Zain, walaupun dia berdarah campur iaitu Melayu – Inggeris, tetapi dia bersekolah dan dibesarkan dalam kehidupan orang Melayu.
“Saya orang Melayu yang makan tempe. Saya pun makan rebung. Saya lebih senang dan selesa jika semua pihak bercakap Bahasa Malaysia dengan saya,” ujarnya.

Zain berkata, masalah timbul apabila kebanyakan peminat dan orang ramai menganggap dia tidak boleh berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia dengan baik kerana wajah kacukannya.
Menurut Zain, perkara tersebut membuatkan ramai pihak berasa keliru ketika mahu memulakan perbualan dengannya.

“Saya dibesarkan dalam persekitaran Melayu. Saya bersekolah di sekolah kebangsaan malah rakan-rakan juga ramai berbangsa Melayu. Jadi saya lebih suka orang kenal saya sebagai orang Melayu,” ujarnya.
Walaupun mampu menguasai Bahasa Inggeris dengan baik, ujar adik kepada Sasha Saidin (Elite) ini dia akan mudah mesra jika dapat berkomunikasi dalam bahasa kebangsaan dan berharap selepas ini orang ramai dapat memenuhi permintaannya itu.

Ditanya sejauh mana kebenaran dakwaan kononnya dia mahu berhijrah ke Indonesia kerana kecewa disebabkan pelakon kacukan sepertinya kurang diberi perhatian, ujar Zain dia bukan merajuk tetapi sekadar ingin mencuba peluang baru.

“Saya bagi tempoh untuk berjaya dalam bidang seni dalam masa tiga tahun. Sekarang dah dua tahun saya melibatkan diri sebagai pelakon.
"Jadi bila masuk tahun ke tiga saya hendak ke Indonesia bagi mencari peluang di sana sekiranya industri seni di negara ini tidak menerima saya kerana watak yang terhad,” jelasnya.

Tambah Zain, bagi mempersiapkan diri menjadi artis yang serba boleh, dia berhasrat menghasilkan album mini tidak lama lagi yang menampilkan enam buah lagu ciptaannya sendiri.
Bagaimanapun sempena kedatangan Syawal ini dia akan menghasilkan "single" Hari Raya terbaru berjudul “Rayeh” berkosnepkan rap yang akan dirakamkan dalam waktu terdekat.



.

15 motosikal, 3 kereta hangus


Sebanyak 15 motosikal dan tiga buah kereta milik penduduk Pangsapuri Sri Kota, Cheras di sini hangus terbakar akibat perbuatan khianat yang dipercayai dilakukan dua remaja bermotosikal awal pagi ini.
Kejadian berlaku pada pukul 4.30 pagi ketika umat Islam sedang bersahur.
Seorang penduduk yang hanya dikenali sebagai Suhaimi, 27, berkata, ketika kejadian dia sekeluarga sedang bersedia untuk bersahur.

"Ketika itu, terdapat sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki berlegar-legar sebelum mereka bertindak membaling bom molotov ke arah deretan motosikal penduduk.
"Berikutan itu, api marak dengan pantas menyebabkan penduduk gagal menyelamatkan motosikal berkenaan, malah ia turut merosakkan tiga buah kereta," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Tiga buah kereta yang terbakar dalam kejadian itu adalah Proton Savvy, Proton Persona dan Perodua Kancil.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, polis percaya kejadian itu berpunca akibat perbuatan khianat yang dilakukan lebih daripada seorang suspek.
"Siasatan terperinci telah dilakukan termasuk mendapatkan bantuan daripada Jabatan Forensik bagi mengesan suspek yang melakukan jenayah tersebut.
"Selain itu, polis juga memerlukan kerjasama penduduk supaya menyalurkan maklumat agar suspek dapat ditahan dalam tempoh terdekat," katanya.




.

Ramadan kali ini tidak bermakna..

Ramadan kali ini tidak bermakna bagi seorang ibu beranak empat berusia 39 tahun apabila dia bukan saja diceraikan suami sebaliknya dia cedera selepas dibelasah lelaki itu di rumah sewa kekasih lelaki itu di Banting, dekat sini, kelmarin.
Difahamkan mangsa dibelasah suaminya berusia 40-an itu disebabkan wanita terbabit melarang suspek bersekedudukan dengan kekasihnya yang juga warga Indonesia di rumah sewa berkenaan.

Lebih mengaibkan apabila warga Indonesia itu bertindak keji dengan meludah muka mangsa di hadapan suaminya itu ketika pasangan terbabit bertengkar.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, mangsa cedera di leher dan badan selepas ditampar dan ditumbuk suaminya.

Mangsa membuat laporan di Balai Polis Banting, di sini, menuntut tindakan tegas terhadap suaminya itu.

Menceritakan semula kejadian itu, mangsa yang mahu dikenali sebagai Intan, berkata dia dan anak lelakinya berusia 16 tahun pergi ke rumah sewa wanita terbabit bagi merayu suaminya pulang.

“Sebaik tiba di rumah berkenaan, saya meminta suami pulang ke rumah, namun tindakan saya itu menyebabkan dia berang sebelum memarahi saya.

“Malah, suami saya yang bagaikan dirasuk syaitan memukul saya di hadapan wanita terbabit,” katanya.

Menurut Intan, penderitaannya tidak berakhir di situ apabila suaminya menceraikannya dengan talak satu manakala wanita terbabit meludah mukanya.

“Suami mengarahkan saya dan anak meninggalkan kawasan berkenaan,” katanya, semalam.

Intan berkata, dia syak suaminya disihir wanita itu kerana lelaki terbabit tidak boleh berada di rumah mereka terutama sebelah malam sejak lima bulan lalu.

Intan berkata, dia sanggup memaafkan suaminya itu dan kembali bersamanya semula demi masa depan mereka sekeluarga.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan mengesahkan menerima laporan kejadian itu.





.

Kisah mereka kembali bersambung..


Aimie :

“Saya tidak mahu komen, biarlah semuanya selesai dulu,” kata tunang Khairul Fahmi Che Mat, 22, Aimie Harmelia Mohd Hashumi atau Elia, 22, di sini, semalam.
Elia ketika dihubungi menerusi SMS enggan memberikan sebarang komen mengenai kenyataan Khairul Fahmi yang mengesahkan akan memulangkan cincin pertunangannya kepada keluarga Elia dalam masa terdekat. Kelmarin, Harian Metro melaporkan dakwaan Elia yang tidak mengetahui keputusan penjaga gol sensasi kebangsaan itu memutuskan pertunangan mereka dan hanya mengetahuinya menerusi Metro Ahad.

Wanita itu turut menafikan dakwaan Khairul Fahmi bahawa keputusan memutuskan pertunangan mereka diambil selepas berbincang dengannya menyebabkan dia dan keluarganya terkejut.
Elia berkata, pergolakan dalam hubungan mereka sudah berlarutan sejak sebulan lalu dan lebih memburukkan keadaan apabila Khairul Fahmi enggan berjumpanya bagi menyelesaikan masalah.

Dia turut menyangkal dakwaan Khairul Fahmi pertunangan mereka berakhir bukan kerana orang ketiga dan menegaskan ia helah Khairul Fahmi ‘menyelamatkan’ dirinya. “Kecurangan Khairul Fahmi terbongkar selepas ada seorang wanita datang berjumpa dan mengakui mempunyai hubungan istimewa dengan Khairul Fahmi sebelum ini,” katanya.



Nekad putus tali pertunangan
Fahmi :

Penjaga gol kebangsaan dan Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat, 22, tetap meneruskan hasrat memutuskan pertunangan dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi atau Elia, 22.

Malah, dia yang lebih dikenali sebagai Apek di kalangan rakan pasukan Red Warriors, mengakui mengambil keputusan itu selepas berbincang dengan keluarganya dan turut memaklumkan hasratnya itu kepada Elia.

“Saya mahu menyelesaikannya dalam masa terdekat dengan mengembalikan cincin pertunangan mengikut adat orang Melayu. Saya serahkan kepada keluarga angkat di Kuala Lumpur menguruskan perkara itu.

“Saya serius memutuskan pertunangan ini selepas berfikir panjang dan mengambil kira perbincangan dibuat dengan keluarga,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, di sini, malam kelmarin.

Beliau berkata demikian ketika diminta menjelaskan tindakannya memutuskan pertunangan dengan Elia seperti dilaporkan sebuah akhbar tabloid Ahad lalu.

Berikutan isu itu, ibu Khairul Fahmi, Bidah Ibrahim, 53, menganggap anaknya tidak ada jodoh bersama Elia.
Mengulas lanjut perkara itu, Khairul Fahmi sekali lagi menafikan tindakan memutuskan pertunangan dengan Elia kerana faktor orang ketiga seperti dakwaan pelbagai laman web dan blog tempatan.

Beliau berkata, ketika urusan penyerahan cincin itu dilakukan kepada keluarga Elia, dia berada di Slovakia bagi menjalani latihan bersama skuad Olimpik dan selepas itu melakukan persediaan saingan Piala Malaysia September ini.

Katanya, isu putus tunang itu tidak menjejaskan tumpuannya bagi persiapan dalam skuad kebangsaan dan Olimpik negara serta pasukan Red Warriors, malah sempat pulang ke sini untuk menyambut Ramadan bersama keluarga sebelum berlepas ke Slovakia, Rabu ini.




.

Tengok ni, macam mana boleh jadi??


Seorang pekerja ladang terkejut menemui kepala manusia terlekat pada pelepah kelapa sawit ketika dia sedang mengait buahnya di Ladang Air Merah berhampiran Taman Melur di sini, semalam.

S Nandakumaran, 31, berkata dia terhidu bau busuk yang meloyakan sebaik memasuki ladang itu, pagi semalam, namun menyangkakan bau itu daripada bangkai haiwan.
Bagaimanapun, katanya, ketika sampai di sebatang pokok sawit setinggi kira-kira dua meter dan cuba mengait buahnya dia ternampak objek berwarna hitam dan berbau busuk.

“Saya kemudian menghampiri objek itu dan terkejut apabila mendapati ia adalah kepala manusia yang hampir reput.

“Di kawasan berhampiran, saya terserempak mayat manusia yang sudah reput tanpa kepala. Saya kemudian menghubungi Balai Polis Kulim untuk membuat laporan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Nandakumaran berkata, kali terakhir dia menjalankan kerja mengutip buah kelapa sawit di situ adalah pada 13 Julai lalu dan ketika itu tiada apa-apa berlaku di kawasan berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh, berkata berdasarkan maklumat pada kad pengenalan yang ditemui berhampiran mayat mangsa, polis mengenal pastinya sebagai lelaki bernama, A Benny Roy, 31, dari Klang, Selangor.

“Polis turut menemui seutas tali pada kepala mangsa, manakala bahagian badannya yang lain terasing mungkin dibawa oleh binatang. Keadaan mayat itu hampir reput dan hanya tinggal kaki saja manakala kedua-dua belah tangannya dijumpai beberapa meter dari situ.

“Mayat lelaki itu kemudian dihantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat dan buat masa ini kita mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

Ghuzlan meminta bantuan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai berdekatan atau Balai Polis Kulim di talian 04-4906222.



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!