Sunday, January 15, 2012

8 game android yang paling famous


Setakat ni lulu dah guna galaxy tab berbulan... dan sedang dalam rancangan untuk tukar hp juga ke android.. Lagi mesra alam gitu eh.. ekeke..


So, bila dah lama pakai android, selalu gak download game kat market...
Dan tau banyak juga mengenai game yang best, dan download free jer kat market. Yang free tu yang best.. Download, main... Tak best, remove... meh lulu kongsikan 8 game android kegemaran lulu...
Bagi lulu inilah antara game yang terbaik..
Lulu akan senaraikan, dari yang paling lulu addict..
Nak tau bagaimana addictnya, sila lah menghabiskan masa anda melayari game itu o_O




1. Paradise Island..
Dari mula beli tab, dah 'tersangkut' dengan game ini. Game yang memerlukan kita bina bangunan, pokok dan sebagainya untuk menjana dollar dan juga piastres. Gila kena sabar main game ni... Perlu diingat, kalau nak buat banyak banggunan, kena ada sumber janakuasa elektrik dan tenaga kerja yang mencukupi.. Tak cukup, kena upgradelah kan.. Dan yang paling bestnya, game ni ada musim tau.. Hari tu masa thanksgiving, siap kena punggut buah untuk cukupkan syarat buat hotel dan restoran sempena thanksgiving.. Dan musim yang baru jer habis, krismas.. Lengkap dengan pokok krismas, yang bila kita klik jer, bunyi lagu krismas tu akan berkumandang dan salji pun turun.. hoho, bestnya.............. Dalam game ni juga kena selalu alert dengan reward.. Banyaknya reward itu juga menentukan cepatnya level-up.. (lulu skrg level 29)





2. Rock The Vegas..
Ini adalah game yang dikeluarkan oleh pengeluar yang sama dengan game pertama tadi..  Maka tak hairanlah kalau cara-cara main game ini ada banyak persamaan.. Namun rasanya game ini lebih mudah dan bangunannya lebih real berbanding paradise island. Game yang baru ini, memaparkan 'kehidupan' sebenar di Las Vegas.. Bestnya, kat game ni boleh main jack pot, bukan untuk berjudi duit, tapi untuk mendapatkan extra 'power'.. banyaklah membantukan.. Tapi yang tak bestnya, kalau nak tambah tanah/kawasan, kena add ramai kawan dulu.. kat sini pun ada musim yer ;) (lulu sekarang level 27)




3. Fruit Ninja Free
Bestnya game ni, sebab 'jari' kita tu macam ninja bila potong buah-buahan yang terbang-terbang tu kan.. Buah tu lak, macam buah sebenar, sebab bila kena ninja, terbelah 2, lengkap dengan bunyi dan kesan percikan buah.. Lulu selalu bergurau bila main game ni, dengan mengatakan nak kenduri, sebab dalam game ni, kita kena 'belah' banyak buah untuk dapatkan markah yang banyak... ngee, sakit jari...




4. Paper Toss
Rasanya game ni memang sesuai kalau tengah tension.. Cubalah korang masukkan gumpalan kertas kedalam tong sampah... Agaklah dengan jarak dan ada lak kipas kat situ kan.. Huh kalau tong sampah tu dekat, senanglah, tapi kalau jauh.... susah nak masuk...




5. NinJump
Yeah, mari jadi ninja, lompat-lompat dari satu bangunan ke bangunan yang lain.. Hiah Hiah, langgar benda yang sama (burung, senjata ninja) boleh terbang laju ke atas... hati-hati terlanggar dinding atau ninja lain yang sedang turun macam spiderman ke bawah... arrghhhhhhh, jatuh, game over..





6. Mine Gold
Mari melombong!!!! Game yang sangat mencabar.. Sebab, kalau terlombong batu, nilainya rendah... Ada emas besar dan kecil.. Emas besar tinggi nilainya, tapi berat nak angkat.. Masa terbuang begitu sahaja.. Dan diamond yang kecil ringan, namun nilai yang sangat tinggi... Berhati-hati juga dengan dinamit yang boleh meletup kalau terlombong.. Sebab bila meletup, semua 'khazanah' kat bawah tanah akan meletup...




7. Marble Blast
Dulu lulu suka main game 'ZUMA' kat pc.. Dan game ini memang serupa sangat dengan zuma.. Memang mencabar nak buang marble tu bila marble tu keluar laju dan tersusun sampai 3 baris.. Namun yang bestnya, ada bantuan-bantuan istimewa sepanjang game itu.. (lulu skrg dah level 67~ syabas...ekeke)










8. Angry Bird..
Memula ada tablet, game ini memang harus okey.. Rasanya setakat ni ada 3 game angry bird ni. Angry bird, Angry Bird Rio dan Angry Bird Season.. Jangan tanya macam mana nak main, semua orang tahu main kan????




Semua game kat android selalunya akan sering update.. So, game tu memang lebih menyeronokkan..
Akan datang ni tak tahulah game apa lagi yang akan menarik perhatian lulu kan.. Namun, rasanya ini adalah perkongsian yang menarik buat semua.. Selama lulu surf kat internet, memang susah nak cari dalam bahasa kita.. memanjang jer orang putih.. Lain kali lulu kongsi mengenai widget yang menarik kat android lak eh...












.

5 mayat disumbat di dalam beg pakaian


Polis Kemboja semalam menemui lima mayat termasuk dua daripada mereka disumbat di dalam beg pakaian dan ditinggalkan di dalam sebuah kereta milik seorang lelaki Perancis yang dipercayai telah hilang bersama empat anaknya selama beberapa bulan lalu, kata pegawai.

Pengarah Jabatan Keselamatan di bawah Kementerian Dalam Negeri, Chhay Sinarith berkata, kereta itu dimiliki oleh Laurent Vallier, 42, diangkut keluar dari sebuah kolam berdekatan rumah kediamannya di wilayah selatan Kampung Speu.

“Lima mayat itu dipercayai merupakan keluarga Perancis yang telah hilang selama beberapa bulan lalu,” ujar Sinarith.

Katanya, polis masih menyiasat punca kematian mereka.





.

[Realiti] Beribu-ribu manusia di Hong Kong hidup melarat didalam sangkar..


Hong Kong, salah satu daripada bandar-bandar yang terkaya di dunia, ramai dengan berbagai ledakan hartanah mewah yang telah melihat rumah yang ditukar untuk jumlah wang yang rekod. Tetapi kekayaan bandar mempunyai sisi yang gelap, dengan berpuluh-puluh ribu harga perumahan sama sekali dan terpaksa hidup dalam keadaan yang paling menjatuhkan maruah.

Gambar-gambar ini oleh British jurugambar Brian Cassey menawan kesengsaraan orang - sesetengah anggaran meletakkan angka setinggi 100,000 - yang terpaksa hidup di dalam sangkar yang berukuran hanya 6ft oleh 2 1/2ft.
Bandar ini merupakan salah satu kawasan planet metropolitan yang paling padat, dengan hampir 16500 orang yang hidup di setiap kilometer persegi wilayah.


Tuan-tuan tanah yang tidak bertanggungjawab mengenakan bayaran kira-kira AS $ 200 sebulan untuk setiap sangkar, yang dibungkus 20 bilik, dan sehingga tiga peringkat tinggi. Dalam sangkar yang lebih rendah adalah lebih mahal kerana anda hampir boleh berdiri di dalam mereka, tetapi syarat-syarat yang tidak kurang kotor.

Ini di bandar dengan lebih Louis Vuitton kedai-kedai daripada Paris.
Penghuni mesti berkongsi tandas dan kemudahan mencuci, yang asas. Kebanyakan pangsapuri tidak mempunyai dapur, memaksa penduduk miskin mereka untuk meluangkan masa di sana pendapatan tidak seberapa pada makanan yang diperlukan.


Rumah sangkar telah menjadi skandal dalam pasaran perumahan di Hong Kong selama beberapa dekad, tetapi bukannya hilang, mereka semakin meningkat.

Oleh kerana krisis ekonomi dunia telah melanda bandar wilayah bekas British yang ekonomi memberi tumpuan kepada perkhidmatan kewangan, lebih ramai telah terpaksa berpaling untuk mendapatkan tempat untuk tinggal.

Alternatif kehidupan di jalanan.
Salah satu penghuni sangkar, Cheung, yang tinggal di Sham Shui Po, kepada Asia Times Online dia tetap kekal berada ditempat yang sempit dan pengap. Suhu di dalam sangkar boleh 2-3 darjah lebih tinggi daripada berada di luar, "katanya.


'Benar-benar tidak selesa, dan kadang-kadang saya tidak boleh tidur sehingga selepas 5 di waktu pagi.'

Lipas, cicak dinding, kutu dan tikus adalah biasa. 'Kadang-kadang saya bimbang jika cicak atau lipas akan merangkak ke telinga saya pada waktu malam, "kata Cheung.

 



.

Lafazkan ikrar untuk menjadi warga negara AS


Seorang wanita berketurunan Iraq mendapat kewarganegaraan AS pada usia 111 tahun, lapor sebuah stesen radio tempatan.

Warina Zaya Bashou mengangkat sumpah sebagai warga negara AS di kediamannya di sini, negeri Michigan kelmarin.

Stesen radio WWJ-AM melaporkan, Warina dikelilingi sekitar 12 saudara- mara dan rakannya semasa majlis angkat sumpah berkenaan berlangsung.

Menurut jurucakap Perkhidmatan Kewarganegaraan dan Imigresen AS, Marilu Cabrera, Warina yang dilahirkan pada tahun 1900 merupakan individu kedua tertua di AS yang mengangkat sumpah kewarganegaraan.

Warga emas berkenaan memberitahu, dia mengamalkan petua meminum teh hijau agar dirinya kekal sihat.




.

Khloe bukan Kardashian


Drama terbesar meletus untuk Kim Kardashian dan keluarganya, selepas salah seorang bekas isteri mendiang ayahnya hari ini mendakwa Khloe bukan Robert (ayah). Dua daripada bekas isteri-isteri Robert Kardashian telah tampil ke hadapan mengatakan Robert telah mengakui hal itu sendiri setelah dia melakukan ujian paterniti.

Jan Ashley, yang berkahwin dengan ahli perniagaan itu selepas ibu Khloe, Kris Jenner, berkata: 'Khloe bukan anaknya- dia memberitahu saya selepas kami berkahwin.' Dan Ellen Pierson, 63, yang berkahwin dengan Robert pada tahun 2003 hanya dua bulan sebelum kematiannya, telah tampil ke hadapan selepas lapan tahun berdiam diri untuk 'memberitahu' kebenaran itu. Bintang realiti itu, Khloe berkata, kenyataan itu benar-benar tidak berasas.

Dalam temu bual dengan majalah Bintang, Ashley berkata: 'Dia hanya memandang saya dan berkata, seperti ianya adalah satu hakikat. Dia berkata "Baiklah, anda tahu bahawa Khloe tidak benar-benar Kardashian?"

Dan saya berkata ... "OK" dan itu. '
Dia mendakwa Khloe, yang berkahwin dengan pemain basketball Dallas Mavericks, Lamar Odom, tahu dia seorang bapa yang berlainan kepada adik-beradiknya yang lain.

'Khloe mengatakannya setiap masa. Dia kelihatan tidak seperti yang lain. Dia tinggi, mempunyai bentuk yang berbeza, rambut ringan, rambut kerinting.' Beliau berkata Robert, yang berketurunan Armenian, telah memberitahunya bahawa dia dan Kris tidak tidur bersama-sama pada masa Khloe dilahirkan.

'[Tetapi] dia tidak akan membuat ujian DNA. Beliau mengasihi sangat Khloe. Robert telah mempersoalkan hakikat bahawa Khloe anaknya pada mulanya, 'kata Ellen.



Khloe telah memberi respons kepada perkara itu hari ini di Twitter.
Dia menulis: 'berani anda menyebut nama bapa saya seperti ini! Sepatutnya anda berasa malu dengan diri anda! Saya membiarkan perkara ini ... namun ANDA menjijikkan! (Anda tahu siapa ANDA). 'Kris, 56, baru-baru ini mengakui bahawa dia menipu pada Robert dalam masa perkahwinan mereka.

Sejak kematian Robert, Ellen telah mengalami masalah kewangan, memfailkan untuk muflis pada tahun 2010.
Rumah yang dikongsinya bersama Robert di Indian Wells, California, telah dijual selepas perampasan pada bulan Oktober.






.

Kisah cintanya


Perancangan pengacara popular TV3, Ally Iskandar untuk memasuki gerbang perkahwinan bersama seorang gadis Terengganu, Farah Lee, 22, yang masih menuntut di Korea Selatan menjadi berita sensasi sejak dua minggu lalu.

Beberapa keping gambar Ally bersama Farah Lee atau nama sebenarnya Nurfarahin Romli mula menjadi tatapan pengguna Internet sekali gus membuatkan Ally tampil membuka cerita. Dia akhirnya mengaku akan bernikah pada 20 Januari nanti, sebagai mana yang digembar-gemburkan dalam portal-portal hiburan.

Kepada Sensasi Bintang, Ally mengulas lanjut, katanya: "Ada beberapa fakta yang dikeluarkan dalam Internet tentang perkahwinan saya nanti tidak begitu tepat. Pertamanya, majlis pernikahan saya tidak akan berlangsung di rumah keluarga bakal isteri saya, di Kampung Atas Tol, Kuala Terengganu.

"Kami sudah ada lokasi lain, tapi biarlah buat masa ini tidak begitu dihebahkan. Lagipun ia dibuat secara sederhana dan hanya kenalan serta keluarga terdekat sahaja akan dijemput. Lagi satu, memanglah keluarga saya berasal dari Terengganu, tapi saya tidak dilahirkan di sana sebagai mana yang ditulis oleh satu portal hiburan, sebaliknya di Kuala Lumpur," katanya dalam nada mesra.

Berkongsi debar bergelar suami tatkala usia genap 36 tahun, Jumaat lalu, Ally mengucap syukur kerana Allah menemukannya dengan seorang wanita yang sudi menjadi pelengkap hidupnya.






.

Kereta mewah remuk teruk dalam kemalangan


Sebuah kereta Ferrari F430 yang sedang dipandu uji terbabas mengakibatkan kenderaan bernilai hampir RM2 juta itu remuk di Lebuh Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, kereta mewah yang boleh memecut sehingga kelajuan 315 kilometer sejam tersebut dinaiki oleh dua lelaki berusia lingkungan 30-an dari terminal KLIA menghala ke arah plaza tol KLIA.

Difahamkan, ketika kejadian, kenderaan itu menjalani proses pandu uji sebelum diserahkan kepada pelanggannya.

Ketua Polis Daerah Sepang, Supritendan Imran Abdul Rahman berkata, setibanya di Kilometer 6.3 berhampiran tol tersebut, kereta yang dipercayai dipandu laju itu gagal dikawal lalu terbabas ke kiri jalan.

"Kereta itu terlanggar penghadang jalan serta sebatang tiang lampu sebelum terhumban kira-kira 20 meter dari bahu jalan.

"Pemandu dan penumpang kereta tersebut bagaimanapun terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan," katanya ketika dihubungi di sini semalam.




.

Kemalangan yang menyebabkan kepala mangsa pecah dan mukanya hancur


Seorang kakitangan syarikat perisian komputer maut selepas digilis dan diseret kira-kira dua kilometer oleh sebuah treler di Kilometer 1.9 Lebuh Raya Duta-Hulu Klang (DUKE) di sini semalam.

Mangsa, Haslihan Abdul Hadi, 34, yang menunggang motosikal jenis Kawasaki Ninja 250 itu dipercayai terbabas sebelum jatuh di jalan raya.

Menurut jurucakap polis, kejadian berlaku pada pukul 3.15 petang dan mangsa dalam perjalanan dari Hulu Klang menuju ke Gombak.

"Pada masa sama, sebuah treler yang dipercayai datang dari arah belakang gagal mengelak dan merempuh mangsa," katanya ketika ditemui.

Haslihan bersama motosikalnya dikatakan terseret di lorong tengah lebuh raya sementara pemandu treler yang melanggarnya terus meninggalkan mangsa selepas kejadian.

Mangsa yang terperosok di bawah motosikal meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian muka dan kepala.

"Kemalangan itu menyebabkan kepala mangsa pecah dan mukanya hancur. Kami terpaksa mengutip serpihan otak dan daging mangsa yang hancur atas jalan," katanya.

Mangsa merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Alam Shah di sini dan berasal dari Klang itu telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.





.

Tahniah Datuk!!


Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei melangkah ke perlawanan akhir perseorangan lelaki kejohanan badminton Siri Super Terbuka Malaysia di Stadium Putra Bukit Jalil malam tadi.

Perseorangan nombor satu dunia itu menundukkan pemain nombor tiga dunia, Chen Long dari China 21-18, 17-21, 21-13 dalam masa 1 jam 15 minit.

Chong Wei bermula baik dengan memenangi set pertama, namun Chen Long tampil lebih agresif pada kedua sehingga memaksa permainan diheret ke set penentuan.

Pada set ketiga, meskipun ketinggalan 4-8 pada awal permainan, Chong Wei tidak putus asa dan terus menyerang sehingga berjaya mematikan langkah pemain China itu.

Beliau yang kini dalam misi merangkul kejuaraan kali kelapan, akan berentap dengan Kenichi Tago dari Jepun dalam perlawanan akhir esok.

Terdahulu, Tago mara ke pusingan akhir apabila lawannya Chen Jin dari China menarik diri akibat kecederaan di bahagian pergelangan kaki kanan selepas melakukan ”jumping smash” pada awal permainan.




P/S - Tahniah Datuk..





.

[Gambar] Ibu-ibu Jepun bersaing untuk mewujudkan bekal makanan terbaik untuk anak-anak mereka


Kini, ibu-ibu di Jepun menunjukkan kehebatan masakan yang berdaya saing ke tahap baru - melalui bekal makanan anak-anak mereka. Kyaraben (bermaksud watak bekal makanan) adalah nama yang diberikan kepada kesenian bekal makanan, di mana bola nasi, sushi, salad dan buah-buahan dibentuk ke dalam watak kartun seperti Hello Kitty atau seluar spongeBobSquare, atau haiwan.








Laman web dan blog menawarkan tips tentang bagaimana untuk mewujudkan makhluk yang berwarna-warni, dan ibu-ibu yang telah sampai ke tahap yang tinggi dengan kesenian masakan mereka bahawa pertandingan kebangsaan diadakan untuk memberi anugerah yang terbaik .











Ibu Amerika telah melonjak pada kereta muzik juga - dengan membuat salah satu Miss Piggy sempurna bentuk pasta.









.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!