Wednesday, May 15, 2013

PUDINA CINTA - A.Darwisy



Berbeza dengan nama watak dalam novel lainnya, penulis ini memilih Rabbuna Yusahhil sebagai nama watak utamanya. Unik!! Cerita yang sangat santai dan seronok untuk dibaca. Rabbuna, atau dipanggil Una, merupakan seorang gadis manja, bersikap keanak-anakkan. Luarannya tampak kasar dan brutal tetapi hakikatnya, jiwa Una penuh dengan kasih sayang. Merupakan seorang pelajar kursus pergigian di Universiti Kebangsaan Malaysia, dan bakal meneruskan kesinambungan ayahnya yang memiliki klinik pakar pergigian bersama rakan baiknya, Doktor Khairul.

Sementara bercuti, Una kerja sambilan di kedai serbaneka dan disitu dia mengenali kawan-kawan sekepala iaitu Azlie, Alin dan Wawa (bakal kakak iparnya). Tanpa sengaja, pertemuannya dengan seorang lelaki, yang dikenalinya sewaktu kecil, Ally Dzulkarnain yang dulunya dia rasa geli untuk dekati disebabkan Ally yang berambut kerinting tebal dengan bekas tompokan hingus kering dikulit mukanya sampai berkerak, menimbulkan perasaan aneh diantara mereka.

Kehadiran Natasha Giselle, seorang perempuan yang berlagak, dan merupakan sepupu Ally, membuatkan hati Una sentiasa membengkak. Apatah lagi, perempuan itu menaruh perasaan terhadap Ally sehingga sanggup upah bomoh untuk mengikat hati Ally padanya.

Masalah keluarga yang dihadapi Ally, membuatkan hubungannya dengan Una semakin erat. Dan nampaknya, hubungan persahabatan keluarga mereka, membuatkan hubungan ini semakin berkembang dengan baik. Kewujudan masalah kawan sekepalanya Azlie, kisah abang Una, Fauzi yang kehilangan isteri dan kehadiran syazni anak saudaranya yang sangat petah bercakap benar-benar mencukupkan rasa novel ini. Apa yang terjadi dengan Natasha? Mampukah Una yang brutal ini menerima Ally yang kini memang sangat kacak?? Hasil tulisan yang sangat menarik untuk dijadikan koleksi novel peribadi..


Tajuk : Pudina Cinta
Penulis : A.Darwisy
Halaman : 578 muka surat
Harga : RM22.90/RM25.90





P/S - Recommended by Lulu Caldina






.

Lirik Galau - Siti Nurhaliza


Lirik Lagu Galau Siti Nurhaliza

Semerbak wangi di taman hati 
Setulus cintaku pejamkan matamu 
Sisakan waktu barang sejenak 
Pastikan dirimu ada di detak jantungku 

 Rebahlah di pusara hati 
Agar terlelap tidurmu 
Tegarlah menyelami hidup 
Dan buang semua kebimbangan 

Kala dahagaku 
Sejukkan jiwa ini 
Cinta tulus darimu 

Saat galauku 
Kau yang sanggup menenangkan 
Sampai badai berlalu 

Semerbak wangi di taman hati 
Setulus cintaku pejamkan matamu 
Sisakan waktu barang sejenak 
Pastikan dirimu ada di detak jantungku 

Rebahlah di pusara hati 
Agar terlelap tidurmu 
Tegarlah menyelami hidup 
Dan buang semua kebimbangan 

Kala dahagaku 
Sejukkan jiwa ini 
Cinta tulus darimu 

Saat galauku 
Kau yang sanggup menenangkan 
Sampai badai berlalu 

Semerbak wangi di taman hati 
Setulus cintaku pejamkan matamu








.

Barisan Kabinet Kerajaan Malaysia 2013


BARISAN KABINET KERAJAAN MALAYSIA 2013

PERDANA MENTERI:
YAB DATO’ SRI HAJI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK (UMNO)

TIMBALAN PERDANA MENTERI:
YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO)

JABATAN PERDANA MENTERI:
MENTERI:
(1) YB DATO’ SERI JAMIL KHIR BIN BAHAROM  (UMNO)
(2) YB DATO’ SRI ABDUL WAHID BIN OMAR (SENATOR -BERKUATKUASA 5 JUN 2013)
(3) YB SENATOR DATO’ SRI IDRIS JALA  (SENATOR)
(4) YB TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA JOSEPH KURUP (PBRS)
(5) YB DATO’ SERI SHAHIDAN BIN KASSIM (UMNO)
(6)  YB PUAN HAJAH NANCY BINTI SHUKRI (PBB)
(7)  YB DATUK JOSEPH ENTULU ANAK BELAUN (PRS)
(8)  DATUK PAUL LOW SENG KWAN (SENATOR)

TIMBALAN MENTERI:
(1) YB DATUK RAZALI BIN IBRAHIM  (UMNO)
(2) WAYTHA MOORTHY PONNUSAMY (SENATOR)

KEMENTERIAN KEWANGAN:
(1) MENTERI KEWANGAN I: YAB DATO’ SRI HAJI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK (UMNO)
(2) MENTERI KEWANGAN II: YB DATO’ SERI HAJI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH (UMNO)
(3) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK AHMAD BIN MASLAN (UMNO)

KEMENTERIAN PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI:
(1) MENTERI I: YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO)
(2) MENTERI II: YB DATO’ SERI IDRIS BIN JUSOH (UMNO)
(3) TIMBALAN MENTERI I: YB DATUK MARY YAP KAIN CHING (PBS)
(4) TIMBALAN MENTERI II: YB TUAN P. KAMALANATHAN A/L P.PANCHANATHAN (MIC)
 
KEMENTERIAN PERTAHANAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ ABDUL RAHIM BAKRI (UMNO)

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO) (MEMANGKU)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB. DATUK AB. AZIZ KAPRAWI (UMNO)
 
KEMENTERIAN DALAM NEGERI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK DR. WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR (PBB)

KEMENTERIAN KERJA RAYA:
(1) MENTERI : YB DATO’ FADILLLAH YUSOF (PBB)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK ROSNAH BINTI ABDUL RASHID SHIRLIN (UMNO)

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI MUSTAPA BIN MOHAMED (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB. HAMIM BIN SAMURI (UMNO)

KEMENTERIAN LUAR NEGERI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI ANIFAH BIN HAJI AMAN (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ HAMZAH BIN ZAINUDDIN (UMNO)

KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ HASAN BIN MALEK (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ PADUKA AHMAD BASHAH BIN MD. HANIPAH (SENATOR) (UMNO)

KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI AHMAD SHABERY BIN CHEEK (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ JAILANI BIN JOHARI (UMNO)

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA:
(1) MENTERI : YB DATUK RICHARD RIOT ANAK JAEM (SUPP)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ ISMAIL BIN ABD. MUTTALIB (UMNO)

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI SHAFIE BIN HAJI APDAL (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK ALEXANDER NANTA LINGGI (PBB)

KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ HAJI ABDUL RAHMAN BIN DAHLAN (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ HALIMAH BINTI MOHD SADDIQUE (UMNO)
 
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN:
(1) MENTERI : YB TUAN KHAIRY JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SARAVANAN A/L MURUGAN (MIC)
 
KEMENTERIAN  KESIHATAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI SUBRAMANIAM  (MIC)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SERI HILMI BIN YAHAYA (UMNO)

KEMENTERIAN  WILAYAH PERSEKUTUAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. LOGA BALA MOHAN A/L JAGANATHAN (SENATOR)

KEMENTERIAN  PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI DOUGLAS UGGAH EMBAS (PBB)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ NORIAH BINTI KASNON (UMNO)

KEMENTERIAN  TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
(1) MENTERI : YB DATUK DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI (PBS)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SRI MAHDZIR BIN KHALID (UMNO)

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN (UMNO)

KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ JOSEPH SALANG ANAK GANDUM (PRS)

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI:
(1) MENTERI : YB DATUK DR. EWON EBIN (UPKO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. ABU BAKAR BIN MOHAMAD DIAH (UMNO)

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
(1) MENTERI : YB DATUK SERI G. PALANIVEL (MIC)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. JAMES DAWOS MAMIT (PBB)

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
(1) MENTERI : YB DATUK ROHANI BINTI ABDUL KARIM (PBB)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK AZIZAH BINTI MOHD. DUN (UMNO)


PERDANA MENTERI: 1 JAWATAN
TIMBALAN PERDANA MENTERI: 1 JAWATAN
MENTERI: 30 JAWATAN (TERMASUK TIMBALAN PERDANA MENTERI)
TIMBALAN MENTERI: 27 JAWATAN
JUMLAH: 57 JAWATAN
JUMLAH KEMENTERIAN: 24
JUMLAH SENATOR SEDIA ADA: 1 ORANG
JUMLAH SENATOR AKAN DILANTIK: 5 ORANG (2 MENTERI DAN 3 TIMBALAN MENTERI)
JUMLAH BACKBENCHERS: 82 ORANG







SUMBER





 
.

Selepas dua bulan, kandungannya gugur..


Wanita pertama di dunia yang berjaya menjalani pembedahan pemindahan rahim, Derya Sert, dilaporkan keguguran. Menurut pakar-pakar dari Hospital Universiti Akdeniz, di Antalya semalam, kandungan Sert gugur pada usia dua bulan.


"Selepas menjalani rawatan selama lapan minggu, pasukan doktor tidak dapat mengesan pergerakan jantung bayi dalam kandungan Sert," katanya. Pada April lalu, Sert dilaporkan hamil selepas embrio yang disenyawakan menerusi prosedur persenyawaan tabung uji (IVF) dimasukkan ke rahimnya. - AFP




.

Perkara yang memalukan ini terjadi kepada penyanyi Kanye West



BETAPA malunya penyanyi Kanye West apabila dia secara tidak sengaja terlanggar sebuah papan tanda di tepi jalan tidak jauh dari Beverly Hills. Dalam insiden itu kepala West telah terhantuk pada papan tanda tersebut semasa dia dan kekasihnya, Kim Kardashian sedang menuju ke sebuah restoran Vietnam yang dikenali sebagai 9021 Pho. Rupa-rupanya rapper berusia 35 tahun itu terlalu asyik berbincang dengan Kim sehingga dia tidak melihat papan jalan di depannya.


Menurut sumber, West telah mengeluarkan kata-kata kesat ekoran kejadian yang tidak disangka-sangka itu. "Kanye sempat berhenti seketika, dan kemalangan kecil itu telah membuatnya membebel. Namun, pada masa sama dia tidak sedar ada lensa kamera yang merakamkan kejadian tersebut. "Dia cuba mengejar paparazi yang mengambil gambarnya itu tetapi usahanya itu gagal," kata sumber itu. -AP





.

Gambar terkini anak Datuk Lee Chong Wei, Kingston Lee


Datuk Lee Chong Wei dan isteri, Datin Wong Mew Choo, baru-baru ini mengadakan parti sempena anak mereka Kingston Lee, yang kini berusia sebulan. Parti yang telah diadakan di Hotel Mandarin Oriental di Kuala Lumpur, juga bertepatan dengan Hari Ibu dan disaksikan oleh ahli keluarga dan rakan-rakan rapat pasangan itu. Chong Wei, yang memberitahu media dia dan isterinya yang memilih nama Kingston bulan lepas, merupakan pemain nombor satu dunia daripada pasukan Malaysia yang memenangi AS $ 1 juta Axiata Cup hanya dua hari selepas kelahiran Kingston pada 14 April. Juara Terbuka sembilan kali Malaysia ini juga berharap bahawa kelahiran anaknya akan membawa nasib yang lebih baik untuknya, kerana dia mensasarkan untuk memenangi Persekutuan Badminton Dunia (BWF) Kejohanan Dunia di Guangzhou, China dari 05-11 ogos. -AP





.

Inilah penjelasan Gardenia mengenai kenaikan harga produknya


Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd, anak syarikat makanan yang di senarai di Singapura, QAF Ltd, pada Selasa menjelaskan bahawa harga produknya tidak dinaikkan. "Sudah lebih setahun Gardenia menjadi sasaran siri penipuan yang disebarkan oleh beberapa orang. Fitnah terbaharu ialah harga roti kami naik. "Ini fitnah semata-mata. Produk Gardenia di Semenanjung Malaysia tidak dinaikkan," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Yap Kim Shin, dalam satu kenyataan. Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd beroperasi di Semenanjung Malaysia. Minggu lepas, pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan khabar angin mengenai kenaikan harga roti Gardenia. Khabar angin ini bermula di Internet dan sejak itu tersebar luas dalam beberapa media perdana. Yap berkata harga produk Gardenia di Semenanjung Malaysia stabil sejak beberapa tahun dan syarikat itu menyerap kenaikan kos pengeluaran.

"Syarikat itu yakin kenaikan harga hanya sebagai merupakan tindakan akhir jika semula aspek lain dalam meningkatkan kecekapan dan produktiviti, tidak dapat ditangani. "Penipuan dan fitnah ini bertujuan mensabotaj Gardenia. Kami memberi jaminan kepada pengguna bahawa khabar angin ini tidak benar sama sekali dan meminta pengguna mengesahkan kandungan yang dibaca di Internet. Harga produk Gardenia di senarai pada tag "kwik lok" dan/atau dicetak pada pembungkus.

Pengguna dinasihatkan menyemak sendiri harga dan tidak mendengar atau menyebar maklumat palsu. Untuk maklumat lanjut mengenai Gardenia, layari www.gardenia.com.my.Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd mengeluarkan roti buku pertama dalam barisan pengeluarannya pada 1986. Hari ini, selepas 26 tahun, Gardenia mempunyai kemudahan di lima kilang dengan 39 unit penyimpanan stok dan menghasilkan 1.8 juta unit produk setiap hari. Gardenia baru-baru ini menerima Anugerah Emas berprestij pada anugerah Putra Brand Awards 2013. - Bernama






.

Baca kisah ini..... Hanya disebabkan iphone


Gara-gara cemburu madunya diberikan telefon bimbit jenis iPhone oleh suami mereka, seorang wanita dengan bantuan abangnya menyerang madunya itu di Kampung Kepala Gajah di Besut malam tadi. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, kejadian berlaku kira-kira 7 malam itu apabila wanita berusia 35 tahun didatangi madu dan abangnya yang mengacukan pistol ke dahinya sebelum memukul muka, kepala dan badannya. "Ketika berlaku pergelutan, suspek wanita yang merupakan madu mangsa bertindak merampas beg tangan mangsa yang mengandungi tiga buah telefon bimbit, kad ATM dan wang tunai sebanyak RM250," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Manohan berkata, kejadian yang berlaku di kedai dobi milik mangsa itu dipercayai berpunca apabila suspek yang berusia 21 tahun tidak berpuas hati setelah suami memberikan iPhone kepada madunya. Katanya, polis telah menahan suspek wanita itu apabila dia membuat laporan polis berhubung suaminya pada kira-kira 12.05 tengah malam di Balai Polis Kampung Raja di Besut manakala polis sedang memburu abang suspek yang telah melarikan diri. Katanya, polis menemui sepucuk pistol mainan pada wanita itu dan beberapa dokumen dan telefon bimbit mangsa dam menurutnya suspek kini direman untuk siasatan. - Bernama







.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!