Wednesday, June 5, 2013

Khabar terkini pelakon Azean Irdawaty


 SELEPAS selamat menjalani pembedahan bagi merawat dua ketumbuhan di bahagian otaknya akibat kanser yang merebak ke bahagian vaskular tubuhnya, pelakon Azean Irdawaty kini dilaporkan dalam keadaan stabil. Seniwati yang berusia 65 tahun itu sedang berehat selepas dibedah di Hospital Sungai Buloh, Selangor pada April lalu. Menurut anaknya, Benjy ibunya telah dibenarkan pulang ke rumah lebih kurang seminggu selepas pembedahan dijalankan ke atasnya. “Rawatan steroid yang diberikan pada ibu saya diperlukan untuk mengurangkan bengkak dan tekanan di bahagian otaknya. Namun, ia membuatkannya tidak bermaya,” kata Benjy.

Tambah aktor itu lagi, ibunya mengalami masalah pertuturan akibat pemakanan ubat. “Ada hari-hari yang ibu berada dalam keadaan segar dan mahu berbual. Namun, ada juga hari di mana ibu percakapannya tidak jelas langsung,” kata Benjy. Kata Benjy, mereka sekeluarga pasrah dengan keadaan yang menimpa ibunya yang sudah lebih seabad menderita akibat kanser. “Kami sekeluarga bergilir-gilir menjaga ibu yang perlukan kawalan rapi, Kami hanya mahu yang terbaik buatnya. Doakanlah agar beliau cepat sembuh, insyallah,” kata Benjy.





.

Farid Kamil patah bahu kerana kemalangan


Aktor dan pengarah popular, Farid Kamil patah tulang bahu akibat terjatuh daripada motosikal mini Kawasaki KSR 110 yang ditungganginya pada Sabtu lalu, seperti dipetik daripada laporan Berita Harian. Berita ini disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth International Group, David Teo, yang memberitahu tidak berkesempatan untuk melawat artis naungan syarikatnya itu, sebaliknya mendapat maklumat keadaan Farid dilaporkan stabil. "Saya dimaklumkan, Farid jatuh daripada motosikal ketika menunggang di sebuah litar di Subang Jaya.

Akibat kemalangan yang berlaku, Farid mengalami patah pada bahagian bahu dan dia dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut," ujarnya. David Teo turut memberitahu aktiviti menunggang motosikal mini adalah sebahagian daripada hobi Farid. Sementara itu, seorang teman Farid, Pablo, memberitahu dalam satu panggilan yang dilakukan oleh akhbar berkenaan semalam bahawa suami kepada aktres Diana Danielle itu berada dalam bilik pembedahan bagi membetulkan tulang bahunya dan keadaannya dikatakan stabil. Malah aktor berusia 32 tahun itu telah berpesan agar tidak memberi kenyataan lanjut tentang keadaan dirinya. -AP





.

Gambar pelumba basikal maut dalam kemalangan


Pelumba pelapis Terengganu, Mohd. Shafiq Imran Syahril, 15, maut semasa menjalani latihan apabila basikal yang ditunggangnya bertembung dengan lori di sini pagi ini. Kejadian berlaku pada pukul 9.30 pagi di Kampung Gemuruh, Tepuh ketika mangsa sedang menjani latihan bersama kira-kira 40 penunggang.


Salah seorang daripada penunggang dikatakan terlanggar lubang di jalan, menyebabkan mereka yang dalam keadaan bersesak terpaksa memasuki lorong bertentangan. Mohd. Shafiq Imran meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah. - UTUSAN






.

UNTUK SEMUA DOSAKU - RIN AHMAD




Unik novel yang satu ini. Sungguh pun novel ini bagi lulu agak nipis, namun isi kandungannya sarat dan buat pembaca seperti lulu rasa cukup untuk menyelami watak dan jalan cerita yang cuba disampaikan oleh penulis. Ceritanya agak berat, namun berjaya disampaikan dengan teliti. Novel yang mengisahkan seorang pelajar, Nur Lisa yang melanjutkan pelajaran keluar negara iaitu Jerman. Dia terperangkap menjadi roomate seorang lelaki yang kacak iaitu Syed Azri. Di studio kecil tempat mereka tinggal itulah, menyaksikan cinta mereka tersemai dan melengkapi suasana indah persekitaran di Jerman.

Tanpa peduli agama, mereka hidup umpama suami isteri. Minum arak adalah perkara biasa buat mereka. Entah bagaimana, Nur Lisa tiba-tiba tersedar dan cahaya hidayah mendatangi hidupnya. Dia nekad berubah dan untuk berubah, dia terpaksa meninggalkan lelaki yang paling di sayanginya itu.

Setelah kembali di Malaysia, suatu hari, tanpa sengaja dia menemui Syed Azri. Lelaki itu jelas masih menyimpan rasa padanya. Adik Nur Lisa, Nur Lili telah menemui foto-foto mesra antara Nur Lisa dan Syed Azri. Dan apabila gambar itu ditunjukkan kepada ayah mereka, Nur Lisa dipaksa berkahwin dengan Syed Azri. Perkahwinan itu bermula dengan cabaran yang sukar. Nur Lisa menyimpan impian untuk memiliki seorang suami yang beriman dan mampu membimbingnya ke jalan Islam. MampukaH Syed Azri menjadi seperti itu??


Tajuk : Untuk Semua Dosaku
Penulis : Rin Ahmad
Halaman : 618 muka surat
Harga : RM22/RM25





P/S - Recommended by Lulu Caldina




.

Taman Tema Angry Birds kini di Malaysia


Damansara Assets Sdn Bhd, anak syarikat Johor Corporation (JCorp) akan membuka Taman Tema Angry Birds, di bandar raya ini menjelang Mei tahun depan. Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim berkata pembangunan taman tema keluarga yang pertama di Asia Tenggara itu merupakan kerjasama dengan syarikat pengasas permainan Angry Birds, Rovio Entertainment Ltd, yang berpangkalan di Findland. "Taman tema tertutup seluas 26,000 kaki persegi itu terletak di tingkat tiga di dalam bangunan Johor Baharu City Centre (JBCC), yang dahulunya dikenali sebagai Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR)," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara Damansara Assets Sdn Bhd dan Rovio Entertainment Ltd, di sini, hari ini.

Damansara Assets Sdn Bhd diwakili Pengarah Eksekutifnya Yusaini Sidek manakala Rovio Entertainment Ltd diwakili Ketua Pegawai Operasi Harri Koponen. Kamaruzzaman berkata pembukaan taman tema berkenaan bersesuaian dengan pusat beli belah yang akan dibangunkan di JBCC dan JCorp berbangga dengan persetujuan Rovio Entertainment untuk membangunkannya. "Watak-watak Angry Birds yang diperkenalkan di Finland kini dikenali di seluruh pelusuk dunia oleh pelbagai peringkat umur. Ini amat bersesuaian dengan kompleks JBCC yang dikunjungi pelbagai kelompok pelanggan tempatan dan luar," katanya.

Mengenai JBCC, beliau berkata pembangunan yang melibatkan kos RM500 juta dengan ruang seluas 405,000 kaki persegi itu akan meliputi pusat beli belah, dua menara bertingkat iaitu Menara KOMTAR yang diubahsuai dan Menara Johor Land yang baru dibina serta sebuah hotel bertaraf empat bintang. Beliau berkata JBCC akan mengembalikan semula KOMTAR sebagai mercu tanda ikonik di tengah pusat bandar raya Johor Baharu sekaligus menjadi syurga beli belah, gaya hidup dan hiburan. Katanya beberapa syarikat termasuk Metrojaya, Royal Selangor Pewter serta restoran Tony Roma's sudah bersetuju untuk beroperasi di situ dan laluan pejalan kaki dari JBCC terus ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin, JB Sentral, Kompleks City Square dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor akan disediakan sebagai kemudahan akses orang ramai ke kompleks itu.

Sementara itu, Koponen berkata terdapat empat taman tema seumpama itu yang sudah beroperasi di Finland dan syarikat gembira dapat terlibat dalam pembangunan era baru pusat bandar Johor Baharu. Beliau berkata reka bentuk terperinci taman terbabit akan diumumkan tidak lama lagi yang akan merangkumi pusat aktiviti, jualan cenderamata, restoran dan bilik majlis. "Objektif kami adalah untuk memberi hiburan kepada peminat watak itu sama ada dewasa mahupun kanak-kanak untuk melakukan aktiviti interaktif bersama-sama keluarga," katanya. - Bernama






.

Pelakon Bollywood ini ditemui mati selepas memberitahu kawan, yang dia percaya dia adalah seorang yang gagal


Aktres Bollywood, Jiah Khan yang pertama kali muncul di layar perak bersama legenda Amitabh Bachchan, membunuh diri di kediamannya di sini, kata polis, semalam. Aktres berusia 25 tahun itu dibesarkan di London sebelum balik ke India untuk menerjuni kerjaya Bollywood. Mayatnya ditemui anggota keluarga di rumah berkenaan, kata pegawai keselamatan.Polis yang tidak menemui sebarang notis bunuh diri, kini menemubual jiran aktres berkenaan, kata pegawai itu. “Kami syak dia menggantung diri di rumahnya lewat Isnin lalu, kata pegawai polis. Mayatnya sudah dihantar untuk bedah siasat. Jiah dilahirkan di New York sebelum pindah ke London dan Mumbai serta mula muncul di layar perak pada 2007 dalam filem Nishabd, memegang watak remaja yang jatuh hati kepada watak Bachchan. Filem itu tidak mendapat perhatian besar kerana kisahnya dianggap biasa. Tetapi, Jiah dipuji atas lakonannya.


Ubah nama kepada Nafisa Khan

Jiah yang kemudian mengubah nama kepada Nafisa Khan kemudian membintangi filem mendapat box-office iaitu Ghajini bersama Aamir Khan. Industri filem India memberi reaksi terkejut dan sedih atas berita itu dengan aktres Sonam Kapoor, membuat tweet: ‘Moga dicucuri rahmat Jiah khan. Tragedi besar. Berita mengejutkan. Tiada siapa patut derita dan rasa seperti putus asa. #ripjiahkhan.’ Ketika dihubungi Bachchan mengulas ringkas: ‘Terkejut dan terganggu.’ Filem lakonan terbaru Jiah ialah Housefull, sebuah komedi yang disiarkan dua tahun lalu turut dibintangi Akshay Kumar dan Deepika Padukone. - AFP





.

Kisah arwah Pak Sudin sebelum meninggal dunia



Seniman hembus nafas terakhir di Singapura pada usia 84 tahun, alam senimatik Melayu ratapi pemergian legenda

Seniman seangkatan Allahyarham Tan Sri P Ramlee, S Shamsudin atau nama sebenarnya, Samsudin Dali, 84, meninggal dunia akibat serangan jantung di rumahnya di West Avenue 6, Bukit Batok, Singapura, pagi semalam. Anak bongsunya, Mohamed Arifin, 44, yang berada di rumah ketika kejadian itu berkata, pada mulanya dia terdengar ibu, Puteh Ismoon, 77, menjerit memberitahu ayah tidak sedarkan diri ketika bersarapan.


Tak pernah mengadu sakit 

Mohamed Ariffin berkata, dia terus menghubungi hospital dan melakukan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) kepada ayah sementara menunggu ambulans tiba. "Ketika ibu menyuapkan mi rebus, arwah meminta minuman jus epal. Ketika ibu masuk semula ke bilik, ibu dapati ayah sudah tidak sedarkan diri ketika bersandar di atas katil. Lalu ibu terus menjerit nama saya. "Saya terus melakukan bantuan CPR sementara menunggu ambulans sambil dibantu pegawai kesihatan yang berada dalam talian ketika itu, tetapi gagal," katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di sini, semalam. Mohamed Arifin berkata, ayah kemudian dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan (NUH) sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 10.56 pagi. "Sepanjang tiga tahun terlantar akibat penyakit batuk kering dan Parkinson, arwah tidak pernah mengadu sakit dada atau mengalami serangan jantung. Bagaimanapun, pagi tadi (semalam) wajahnya kelihatan pucat," katanya. Allahyarham terkenal dengan lakonannya bersama P Ramlee dan Datuk Aziz Satar dalam beberapa filem komedi termasuk Seniman Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok, Ali Baba Bujang Lapok, Tiga Abdul dengan filem terakhir pada 2010, Eee Hantu! arahan Majed Salleh. Allahyarham meninggalkan seorang balu, tujuh anak dan 14 cucu. Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Pusara Abadi Chua Chu Kang, Singapura kira-kira jam 10 pagi, hari ini. Selain teman seangkatan dan artis generasi baru, pemergian Allahyarham yang lebih mesra disapa Pak Sudin turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang melayangkan mesej melalui Twitter mengenai kematian Pak Sudin serta mendoakan rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.


Renung wajah isteri 

Sementara itu, Puteh berkata, sejak kebelakangan, arwah sentiasa merenung wajahnya dan meminta badannya dibersihkan dengan kerap selain tidak banyak berkata-kata. "Saya ada beberapa kali meminta maaf kepada arwah. Namun arwah beritahu tidak perlu meminta maaf kerana saya tidak melakukan apa-apa kesalahan. "Saya bersyukur apabila hajat terakhir arwah ingin menikmati mi rebus dapat ditunaikan. Arwah sempat menjamah juadah itu sebelum meninggal dunia," katanya. Turut hadir menziarahi Allahyarham, rakannya yang juga pelakon veteran, Abdul Wahid Ahmad, 83, atau dikenali sebagai Wahid Satay. Wahid menyifatkan pemergian Allahyarham suatu kejutan. Baginya arwah adalah seorang abang yang banyak membantu pada zaman Studio Jalan Ampas. "Ini suatu kehilangan besar. Arwah yang membawa saya berjumpa dengan P Ramlee dan Datuk Aziz Satar, selain banyak membantu saya walaupun kami berlainan syarikat penerbitan. "Kali terakhir saya berjumpa arwah adalah ketika menghadiri majlis penghargaan artis veteran bersama bekas Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim di Kuala Lumpur, awal tahun ini," katanya.-BH





.

Punca sebenar pendaki gunung Everest maut


Seorang peserta Ekspedisi Mendaki Gunung Kala Patthar dan Everest Base Camp Perbadanan Putrajaya (PPj) maut manakala seorang lagi dipercayai kritikal akibat penyakit acute mountain sickness (AMS) ketika mengikuti misi mencabar itu pada pukul 7.15 malam semalam. Mangsa yang meninggal dunia ialah Mohammad Shahrulnizam Ahmad Nazari (gambar), 25, yang merupakan Penolong Jurutera PPj manakala yang kritikal Mohd. Yazrul Ekhzan Yahya. Ekspedisi disertai 11 pendaki lelaki dan tiga wanita mewakili Kelab Rekreasi Sukan dan Kebajikan PPj (KRISputra) itu bermula pada 27 Mei lalu dan dijangka kembali ke tanah air pada 10 Jun ini. Timbalan Pengarah Kanan Komunikasi Korporat PPj, Zaharah Salamat berkata, pihak PPj menerima maklumat mengenai Mohammad Shahrulnizam berada dalam kritikal pada pukul 1.30 petang dan usaha telah dilakukan untuk membawanya turun ke Kathmandu.

"Sebaik sahaja menerima maklumat ini, PPj telah menghubungi Wisma Putra untuk membantu menyelaras usaha menyelamat bersama Pejabat Perwakilan Malaysia (Malawakil) di sana dan diberitahu bahawa cuaca buruk menghalang usaha tersebut. "Usaha membawa mangsa untuk mendapatkan rawatan gagal dibuat kerana cuaca buruk dengan awan tebal menghalang penerbangan helikopter ke lokasi insiden. Klinik perubatan terdekat di Phericche juga telah ditutup kerana musim pendakian utama telah tamat," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. AMS sering menyerang pendaki gunung dan peluncur berikutan paras oksigen yang rendah serta tekanan udara yang semakin menurun apabila seseorang itu berada di tempat tinggi selain keadaan cuaca sangat sejuk.


Keadaan itu boleh menjejaskan sistem saraf, paru-paru dan jantung seseorang sehingga membawa maut. Zaharah berkata, sehingga kini tidak dapat dipastikan lagi bila jenazah Mohammad Shahrulnizam akan dibawa keluar dari Pheriche ke Kathmandu. Katanya, pihak PPj dengan kerjasama Malawakil sedang berusaha untuk menerbangkan jenazah kembali ke tanah air secepat mungkin. "Susulan dari insiden ini juga, kesemua pendaki ekspedisi ini telah membatalkan rancangan ke Everest Base Camp dan pada masa ini telah selamat tiba di Lobuche. "Sehingga kini semua pendaki dilaporkan dalam keadaan stabil dan selamat," katanya yang tidak mengulas tentang nasib Mohd. Yazrul yang dilaporkan kritikal.

Sementara itu, beliau berkata, di atas dasar keprihatinan terhadap keluarga mangsa, Naib Presiden Kanan PPj, Datuk Muhamad Haitamin Ishak dan ahli jawatankuasa KRISputra telah melawat keluarga mangsa hari ini. "Ahli keluarga mangsa telah menerima berita ini dengan reda dan tabah menghadapinya," katanya. Sehingga kini, dua rakyat Malaysia meninggal dunia ketika mendaki laluan Gunung Everest pada tahun ini dengan yang pertama April lalu dari arah Tibet manakala Mohammad Shahrulnizam dari arah Nepal. -Utusan






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!