Wednesday, October 16, 2013

AKANKAH BAHAGIA ITU MILIK KITA? - FARISHA IMANI




Kisah Iman dan Fariz yang ditunangkan sejak dibangku sekolah. Sama-sama memendam rasa walaupun saling menyayangi. Ketika Fariz menuntut diluar negara, tiada khabar yang dikirimkan buat Iman di Malaysia, namun sahabat Iman, Azwa yang menuntut di tempat yang sama bersama Fariz tetap setia mengkhabarkan perihal Fariz disana.

Disaat kasih Iman mula berubah kepada Mikael, Fariz pulang ke Malaysia bersama bayinya dan menuntut untuk perkahwinan segera diadakan. Iman yang keliru dengan perasaannya sendiri, pada mulanya berbelah bagi memilih antara Mikael dan tunangnya yang dingin itu.  Perkahwinan itu diadakan dan ketika Iman mengetahui 'status' sebenar Fariz, dia sangat kecewa dan lantas menunjukkan rajuk yang berpanjangan. Lembutnya hati Iman, apabila dia tetap mengasuh bayi yang tidak berdosa itu. Darwish diasuh bagaikan anak sendiri. Perkahwian mereka sentiasa ada masalah, apatah lagi dengan kehadiran Mikael dan Farisha yang juga menyimpan rasa terhadap mereka.

Mampukah perkahwinan mereka bertahan, sedangkan mereka sama-sama menyimpan rasa. Mungkinkah bahagia itu akan menjadi milik mereka?



Tajuk : Akankah bahagia itu miliku kita?
Penulis : Farisha Imani
Halaman : 796 muka surat
Harga : RM29/RM32





P/S - Recommended by Lulu Caldina




.

Inilah gambar labu seberat 900kg yang menjadi juara pertandingan labu terberat


Inilah gambar labu seberat 900kg yang menjadi juara pertandingan labu terberat | Seorang penduduk tempatan yang berjaya menghasilkan labu seberat 900.4 kilogram(kg) menang dalam acara tahunan pertandingan labu terberat dunia Safeway di Half Moon Bay, kelmarin. Buah labu itu milik Gary Miller yang memenangi hadiah AS$11,910 (RM38,469). Berat buah labu itu juga adalah yang terberat dalam tempoh 40 tahun, kata jurucakap pertandingan, Tim Beeman. Firma Safeway juga menawarkan bonus AS$30,000 (RM96,900) jika berat labu itu memecah rekod dunia 911.3kg. Pemenang tahun lalu ialah Thad Starr dari Pleasant Hill, Oregon yang membawa buah labu seberat 805.1kg.

Acara menimbang berat buah labu itu bermula pada 7 pagi waktu tempatan yang disertai penanam seluruh Amerika. #Turut menang RM3,230 Miller juga menang kategori labu terberat di California, membolehkan dia menang tambahan AS$1,000 (RM3,230). Tempat kedua labu terbesar pula dimenangi penanam dari San Mateo County, Eda Muller, yang membawa labu seberat 500.8kg sekali gus membolehkan dia menang hadiah wang tunai AS$500 (RM1,615). #Labu paling cantik Satu lagi hadiah diberi kepada pemenang labu paling cantik yang dinilai berdasarkan warna, bentuk dan saiz yang dimenangi Vince Zunino dari Los Altos Hills yang turut menang hadiah AS$500. - AGENSI





.

Malangnya.. Seorang Gabenor maut ketika sedang berucap



Malangnya.. Seorang Gabenor maut ketika sedang berucap | Seorang Gabenor di wilayah Logar, timur Afghanistan, maut hari ini selepas sebutir bom yang disembunyikan di dalam pembesar suara meletup ketika beliau sedang berucap. Jurucakap wilayah Logor, Din Mohammad Darwish berkata, kejadian berlaku ketika Gabenor Arsala Jamal (gambar) sedang berucap di sebuah masjid di Puli Alam selepas menunaikan solat sunat Aidiladha . Katanya, sekurang-kurangnya 18 yang lain turut cedera dalam insiden itu, termasuk orang awam dan kakitangan kerajaan. Arsala dilantik oleh Presiden Hamid Karzai sebagai Gabenor Logar pada April lalu dan merupakan sekutu rapat kepada Presiden.


Beliau sebelum ini adalah Gabenor Khost, wilayah yang terletak bersempadan dengan Pakistan. Logar yang terletak di selatan Kabul dilihat sebagai kawasan paling strategik dan sering disifatkan sebagai 'pintu masuk ke Kabul' oleh kumpulan militan Taliban yang berpangkalan di selatan dan timur negara ini. Setakat ini belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab, meskipun militan Taliban sering menyasarkan serangan terhadap pegawai kerajaan dan anggota tentera serta polis. - AFP




.

Gambar gempa bumi di Filipina yang mengorbankan 93 orang setakat ni


Gambar gempa bumi di Filipina yang mengorbankan 93 orang setakat ni | Gempa bumi 7.2 magnitud menggegarkan tiga pulau bahagian tengah Filipina semalam, mengorbankan sekurang-kurangnya 93 orang, sebahagiannya orang Islam yang menyambut Aidiladha.


Tenaga yang dilepaskan gempa itu bersamaan dengan ledakan 32 ‘bom Hiroshima’, kata Pengarah Institut Gunung Berapi dan Gempa Filipina, Renato Solidum.


Solidum memberitahu akhbar Philippine Daily Inquirer bahawa gegaran itu paling kuat melanda rantau Visayas dan Mindanao dalam tempoh 23 tahun. -AP





.

Gambar Kain penutup Kaabah ditukar dengan kiswa bersulam emas, perak


Gambar Kain penutup Kaabah ditukar dengan kiswa bersulam emas, perak | Kain hitam dengan sulaman emas yang menutupi Kaabah atau lebih dikenali sebagai kiswa, ditukar pada pagi ini, menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabat Presiden Hal Ehwal Dua Masjid Suci di sini hari ini. Setiap tahun, kain kiswa tersebut akan diserahkan kepada penjaga Kaabah, Sheikh Abdul Qadir al-Shaibi bagi menggantikan penutup Kaabah yang lama. Ketua Pengarah Kilang Kiswah, Dr. Mohamed Abdullah Pajudeh berkata, seramai 240 orang pekerja bertugas menyiapkan kain tersebut yang dianggarkan bernilai lebih dari SR22 juta (RM 18.6 juta).


"Sebanyak 700 kilogram sutera dan 120 kilogram dawai diperbuat dari emas dan perak digunakan dalam proses pembuatan kain ini," katanya. Dalam perkembangan berkaitan, pejabat Presiden Hal Ehwal Dua Masjid Suci minggu lalu mengumumkan, kunci Kaabah akan digantikan dengan yang baru sempena musim haji tahun ini dan diserahkan kepada penjaga Kaabah yang dipanggil Sadin. Permintaan untuk menggantikan kunci yang lama dengan yang baru dibuat oleh bekas Sadin, Sheikh Abdul Aziz Al-Shaibi.


Abdul Aziz ketika itu menulis sepucuk surat kepada Raja Abdullah memaklumkan kesukaran yang dihadapinya ketika melakukan proses pembersihan Kaabah. Hasilnya, kunci tersebut telah dibawa ke bengkel khusus untuk penyelenggaraan dan berjaya dikembalikan semula selepas kerja-kerja yang mengambil masa selama 12 jam siap. - AGENSI





.

Bapa pukul bayi lelakinya yang berusia 2 minggu hingga mati


Bapa pukul bayi lelakinya yang berusia 2 minggu hingga mati  | Seorang bayi lelaki berusia dua minggu mati disyaki dipukul oleh bapanya di rumah kongsi pekerja ladang kelapa sawit di sini Isnin. Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, lelaki berusia 34 tahun rakyat Indonesia itu turut mencederakan isterinya berusia 35 tahun dan tiga lagi anaknya berusia dua, empat dan tujuh tahun. Ketua Polis Daerah Beluran, DSP Sivanathan Velautham berkata, lelaki terbabit ditahan kira-kira pukul 3.30 pagi Selasa di rumah kongsi pekerja itu dan polis merampas sebilah parang daripadanya.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu bermotifkan cemburu apabila lelaki berkenaan mendakwa isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain. Selepas pergaduhan, lelaki terbabit bertindak menikam beberapa kali kepalaisterinya menggunakan gunting, katanya. Beliau berkata, lelaki itu kemudian memukul empat anaknya termasuk bayi berkenaan, anak perempuan berusia tujuh tahun dan dua tahun serta anak lelaki berusia empat tahun menggunakan besi paip. Sivanathan berkata, bayi berkenaan mati di tempat kejadian, isteri dan anak perempuannya yang berusia dua tahun cedera parah dan dirawat di Hospital Duchessof Kent Sandakan. - Bernama




.

Gambar anak Wawa Zainal dan Aeril Zafrel



Gambar anak Wawa Zainal dan Aeril Zafrel | Semalam Wawa Zainal ada berkongsi wajah comel anak sulung di laman Instagram.Tindakannya itu telah menarik perhatian ramai peminat yang sememangnya menanti untuk melihat wajah bayi lelaki tersebut.


Walaupun gambar berkenaan diambil dari sudut tepi, namun kecomelan si kecil cukup terserlah dengan hidung mancung dan kulit cerah yang diwarisi dari kedua ibu bapanya. Untuk pengetahuan anda, tiga hari lepas juga Aeril ada berkongsi foto anaknya namun sekadar gambar tangan sahaja yang didedahkan.


Baru-baru ini pasangan ini telah mengaku mereka sebenarnya adalah suami-isteri, yang telah bernikah sebanyak 2 kali dan melahirkan anak 24 Ogos lalu dan diberi nama Ahmad Fakharuddin Attar.




.

Anggota polis tak sengaja tertembak kanak-kanak berusia 10 tahun


Anggota polis tak sengaja tertembak kanak-kanak berusia 10 tahun | Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun cedera terkena tembakan ketika seorang anggota polis yang sedang mengosongkan senjatanya terlepas satu das tembakan di hadapan sebuah rumah di Kampung Belanja Kiri, Parit pada Isnin. Timbalan Ketua Polis Daerah Perak Tengah, DSP Leong Ah Kow berkata dalam kejadian 4.30 petang itu, tembakan itu menyebabkan Mohd Amar Mohd Azizi yang berada kira-kira 40 meter dari rumah berkenaan cedera di bahagian leher. Mangsa dibawa ke sebuah klinik di Parit dan kemudian ke Hospital Batu Gajah untuk rawatan.

"Setelah x-ray dilakukan, didapati terdapat anak peluru di bahagian dalam kerongkong mangsa," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa. Beliau berkata, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini untuk pembedahan. Leong berkata, polis merampas sepucuk pistol jenis P99 dan satu magazine dengan 14 butir peluru milik suspek. "Kelongsong peluru telah ditemui dan daripada keterangan suspek, senjata itu dibekalkan secara mingguan," katanya. - BERNAMA





P/S - Gambar sekadar hiasan




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!