Monday, December 9, 2013

Inilah sebab Arab Saudi kurangkan kuota jemaah umrah semasa Ramadan



Inilah sebab Arab Saudi kurangkan kuota jemaah umrah semasa Ramadan | Kerajaan Arab Saudi semalam mengumumkan akan mengurangkan jumlah jemaah umrah pada bulan Ramadan akan datang kepada 500,000 jemaah sahaja sehari, di Mekah dan Madinah. Menteri Haji, Bandar Hajjar pada masa sama berkata, pengeluaran visa umrah juga akan dihentikan pada pertengahan bulan Ramadan tahun depan. Langkah itu bertujuan untuk mengurangkan kesesakan di Masjidilharam berikutan kerja-kerja pembesaran kawasan sedang giat dilakukan. Katanya, pengumuman awal itu akan membolehkan syarikat perkhidmatan umrah di seluruh dunia membuat perancangan lebih awal berpandukan arahan yang telah ditetapkan Arab Saudi.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan peratusan jemaah yang tinggal melebihi tempoh visa yang ditetapkan juga telah menurun kepada 0.1 peratus hasil penguatkuasaan yang dilakukan pihak berkuasa. Beliau berkata demikian selepas melancarkan sistem pengangkutan bas bersepadu bagi jemaah umrah di pejabatnya di Jeddah di sini. Selain itu katanya, kerajaan akan mewujudkan sistem penalti ke atas syarikat penerbangan yang gagal memastikan perjalanan pergi dan balik para jemaah berjalan mengikut jadual yang telah ditetapkan. "Kita mendapat kerjasama daripada Pihak Berkuasa Am Penerbangan Awam (GACA) untuk memastikan penerbangan para jemaah di lapangan terbang mengikut jadual," katanya. Sementara itu, pihaknya telah menerima permohonan daripada 48 syarikat pengelola perkhidmatan umrah dan 2,000 agensi pelancongan dari luar negara untuk mendapatkan kebenaran membawa jemaah menunaikan umrah pada Ramadan tahun depan. - AGENSI



.

Kawasan paling sejuk di Bumi dengan suhu 91.2 darjah celsius



Kawasan paling sejuk di Bumi dengan suhu 91.2 darjah celsius | Sekumpulan saintis menemukan kawasan paling sejuk di muka Bumi dengan suhu 91.2 darjah Celsius di bawah paras beku, baru-baru ini. Menurut Sunday Times, kawasan ditemukan penyelidik dari Pusat Data Salji dan Ais Amerika itu dikenali sebagai Dome Fuji, yang terletak pada ketinggian 3,779 meter. Dengan suhu 91.2 darjah Celsius di bawah paras beku, keadaan itu terlalu sejuk sehingga boleh menyebabkan mata, hidung dan paru-paru manusia membeku dalam tempoh beberapa minit. Saintis menyatakan, suhu berkenaan adalah 13 darjah Celcius lebih rendah di bawah paras gas karbon dioksida boleh berubah menjadi ais kering.

Para penyelidik menggunakan satelit dan beberapa teknik lain untuk mengukur suhu di Artartika. Sebelum ini, Stesen Penyelidikan Vostok di Rusia, dianggap sebagai kawasan paling sejuk di dunia dengan suhu 89.2 darjah Celsius di bawah paras beku yang direkodkan pada musim sejuk tahun 1983. Kumpulan penyelidik itu percaya, terdapat lokasi lain yang lebih sejuk memandangkan satelit hanya mengukur suhu dalam jarak satu kilometer persegi. Awal tahun ini, kampung Oymyakon di Rusia direkodkan kawasan berpenduduk paling sejuk di dunia dengan suhu purata 50 darjah Celsius di bawah paras beku. - AGENSI



.

Gambar sisa tinggalan Tembok Berlin yang menjadi bahan pameran di seluruh dunia


Gambar sisa tinggalan Tembok Berlin yang menjadi bahan pameran di seluruh dunia | SELEPAS Tembok Berlin dirobohkan bermula tahun 1990 hingga 1992, hanya sebahagian kecil struktur pemisah antara Jerman Timur dengan Jerman Barat itu kekal berada di lokasi asalnya. Apa yang tinggal kini hanyalah bahagian tembok sepanjang 1.3 kilometer di East Side Gallery, di Muhlenstrasse yang menjadi simbol kebebasan antarabangsa. Tembok konkrit sepanjang 156.4 kilometer yang tersergam sejak tahun 1961 sehingga 1989 itu, dibina oleh pemimpin Jerman Timur bertujuan bagi menghentikan penghijrahan besar-besaran tenaga kerja muda ke Jerman Barat.

Berdasarkan buku Berlin Wall Story nukilan Hans-Hermann Hertle, selepas berlakunya penggabungan di antara dua bahagian Jerman pada 3 Oktober 1990, arahan merobohkan tembok berkenaan dikeluarkan. Sebanyak 65 buah kren, 175 buah lori dan 13 buah jentolak dikerah bagi memecahkan tembok itu yang berada di dalam bandar pada tahun 1990 dan di bahagian luar bandar pada tahun 1992. Lebih daripada 40,000 bahagian tembok itu dipecahkan untuk dijadikan bahan binaan jalan raya, namun terdapat juga beberapa bahagian yang tidak dirobohkan oleh pihak berkuasa. Ada di antara sisa runtuhan tembok itu dilelong sebagai bahan seni dan tidak kurang juga didermakan kepada muzium atau beberapa institusi di seluruh dunia seperti yang terdapat di Muzium Perang Imperial di London dan Perpustakaan Presiden Ronald Reagan di California.


Namun, pernahkah anda terfikir ke manakah sebahagian lagi sisa runtuhan tembok itu dibawa? Pasti ramai tidak menyangka ada di antara bahagian tembok tersebut kini dijadikan dinding sebuah tandas lelaki di Main Street Station Casino di Las Vegas. Struktur tiga meter lebar dan 1.8 meter tinggi itu kini, menempatkan tiga tempat pembuangan air kecil dengan dindingnya dilindungi dengan kaca. Selain itu, kira-kira 20 bahagian sisa runtuhan Tembok Berlin turut dijadikan sebagai bahan perhiasan sebuah syarikat penyiaran Argentina iaitu Perfil Group di Buenos Aires. Syarikat berkenaan dalam laman webnya menyatakan, pihaknya menyimpan artifak bersejarah itu kerana signifikannya kepada kebebasan. Sisa runtuhan berkenaan turut terdapat di hadapan Bangunan Variety di Wilshire Boulevard di Los Angeles.

Sepuluh bahagian runtuhan tembok yang disusun di kawasan lapang di situ juga, merupakan struktur terpanjang Tembok Berlin yang berada di Amerika Syarikat. Muzium Wende sebuah institut penyelidikan dan pendidikan yang memelihara artifak dan bahan sejarah Perang Dingin, membawa sisa-sisa runtuhan itu ke Wilshire Boulevard pada tahun 2009 dengan bantuan daripada kerajaan Jerman dan pihak berkuasa Los Angeles sebagai sebahagian daripada 'Projek Wall'. Selain itu, dua bahagian sisa runtuhan Tembok Berlin turut dijadikan daya tarikan oleh Hotel Anatole di Dallas yang memiliki 1,606 bilik. Hotel Anatole turut mempamerkan koleksi seni di semua 27 tingkat bangunannya. Sisa tinggalan tembok tersebut diberikan kepada hotel itu pada tahun 1990 oleh seorang rakan kongsi hotel berkenaan.


Sebahagian runtuhan tembok itu juga boleh dilihat berhampiran Sungai Cheonggyecheon di Seoul sejak ia dibawa pada 2005. Menurut Korea Times, struktur 3.5 meter tinggi dan tiga meter lebar itu mempunyai grafiti di sebelah bahagian sementara kosong di bahagian belakangnya. Taman Tema Parque Europa di Madrid, Sepanyol yang memaparkan kebanyakan monumen terkenal Eropah, turut mempamerkan satu bahagian Tembok Berlin yang menjadi sebahagian daripada daya tarikannya. Selain lokasi-lokasi dinyatakan, sisa tinggalan Tembok Berlin juga boleh dilihat di kampung Schengen, tenggara Luxembourg; Vatican Gardens, Vatican City; Madison Avenue, New York City; dan Western Station, Brown Line, Chicago. - AGENSI





.

Ronaldo tidur ketika undian Piala Dunia 2014



Ronaldo tidur ketika undian Piala Dunia 2014 | Penyerang dan juga kapten pasukan Portugal, Cristiano Ronaldo seperti tidak begitu berminat untuk menyaksikan undian pembahagian kumpulan untuk Piala Dunia 2014 yang diadakan di Brazil, baru-baru ini. "Jujur, saya tidak menontonnya. Saya tidur," kata Ronaldo seperti dilaporkan AS. Portugal diundi dalam kumpulan G bersama Jerman, Amerika Syarikat, dan Ghana. Menurut superstar Real Madrid ini, kesemua pasukan dalam kumpulan G adalah pasukan yang kuat.

"Jangkaan untuk kami selalu sama, melangkah sejauh mungkin," tutur Ronaldo. CR7 menegaskan, keutamaan Portugal adalah menang dalam kumpulan dan melangkah ke babak knock-out. "Selangkah demi selangkah dan kami akan lihat apa yang terjadi. Semuanya tergantung kepercayaan diri pasukan dan fokus juga sangat penting. Saya harap kami boleh melangkah sejauh mungkin," ujar mantan penyerang Manchester United ini. -AP




.

KULI RUMAH UNTUK DIA - AIREEN ARYANA



KULI RUMAH UNTUK DIA - AIREEN ARYANA | Minn Alia bukan calang-calang orangnya. Sudahlah terpelajar dalam bidang engineer, dari Ohio University, malah dia juga anak Tan Sri.. Namun disebabkan sudah 2 tahun tidak bekerja , hidupnya yang asyik menghabiskan duit orang tua, babahnya pun sudah mulai bising suruh dia mula bekerja dibawah babah. Bagi Minn Alia, kerja di bawah babah tak seronok. Jadi Minn Alia minta sahabatnya Syuh carikan dia kerja yang tak susah dan kalau boleh dia nak goyang kaki saja lepas kerja tu. Jadi Syuh pun cadangkanlah Minn Alia jadi 'kuli rumah'. Syuh cakap kerja tu tak susah. Mop lantai, basuh baju pun guna washing machine. Lepas tu dah boleh goyang kaki. Dan Minn Alia terus setuju.. yang pasti tanpa pengetahuan keluarganya.

Rancangannya untuk mengubah dirinya menjadi 'kuli rumah' sepenuhnya memang berjaya. Dengan menggunakan kad pengenalan orang gajinya, namanya terus bertukar menjadi Minah. Juga berpakaian lusuh orang gajinya lengkap dengan bedak tebal dimuka, memang tiada yang akan sangka dia adalah Minn Alia anak Tan Sri.. Huhu.. Menjadi kuli rumah memanglah tak susah, tapi bukan jugalah sesenang seperti yang dikatakan oleh Syuh. Bayangkan hari pertama saja Minn Alia dah buat kesilapan besar dengan  tidak membenarkan Tuan Muda rumah itu (Syakirul Hafiz) masuk dan menunggu hampir sejam diluar pagar.

Bagi Syakirul Hafiz pula, kehadiran kuli rumah baru itu benar-benar membuatkan hatinya geram. Rupa Minah yang pelik, dan sikapnya yang tidak seperti kuli rumah itu menimbulkan banyak persoalan dalam hatinya. Entah kenapa dia betul-betul senang dengan kehadiran Minah, sehingga Syakirul Hafiz terlanjur berbicara soal cinta. Ya, itulah kebenarannya, dia jatuh cinta dengan kuli rumah sendiri.

Sebelum sempat Minn Alia mendedahkan kebenaran mengenai dirinya, Syakirul Hafiz terlebih dahulu tahu, dan Syakirul Hafiz yang berang kerana tertipu, segera menjauhkan diri daripada Minn Alia. Bagi Minn Alia pula, tamparan itu terlalu hebat kerana dalam diam dia juga sudah mula jatuh kasih buat lelaki itu. Mampukah cinta mereka bersatu? Jom dapatkan novel ini dan mari kita menyusuri bagaimana Minn Alia terpaksa menjadi tabah dengan sikap Syakirul Hafiz dan tragedi di mana dia kehilangan babahnya buat selamanya..



Tajuk : Kuli Rumah Untuk Dia
Penulis : Aireen Aryana
Halaman : 475 muka surat
Harga : RM20/RM23




P/S - Recommended By Lulu Caldina




.

Khabar terkini pelumba basikal negara, Josiah Ng


Khabar terkini pelumba basikal negara, Josiah Ng | Ketika berada di kemuncak prestasi untuk memburu pingat, nasib malang menimpa pelumba negara Josiah Ng apabila terbabit dengan kemalangan ketika menyertai Siri Piala Dunia Klasik kedua di Aguascalientes, Mexico semalam. Kemalangan itu mengakibatkan pelumba berasal dari Sarawak itu dikejarkan ke hospital apabila tulang rusuk dan tulang selangkanya patah selain turut menjejaskan paru-parunya.

Perkara itu disahkan Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Naim Mohamad yang memaklumkan Josiah terbabit dengan kemalangan itu ketika saringan kedua acara keirin yang menyaksikan seorang lagi pelumba negara Azizulhasni Awang mara ke pusingan akhir. Bagaimanapun Josiah kini dilapor stabil selepas dirawat di unit rawatan rapi Hospital Mexico biarpun masih lagi dalam keadaan separuh sedar. “Saya kini masih lemah akibat ubat yang diberikan doktor selepas beberapa tulang rusuk dan selangka patah,” kata Josiah menerusi laman sosial Facebooknya. -HM




.

Suami terajang isteri kerana ditegur malas bekerja


Suami terajang isteri kerana ditegur malas bekerja | Angkara menegur suami yang malas bekerja, seorang wanita menerima padah apabila dibelasah, disepak terajang dan ditampar lelaki terbabit. Bukan itu saja, wanita berusia 19 tahun yang mendirikan rumah tangga hampir setahun itu dikatakan sering menjadi mangsa amarah suaminya berusia awal 20-an. Sumber berkata, dalam kejadian terbaru Rabu lalu kira-kira jam 4 petang di rumah mereka di Putra Heights wanita terbabit dipercayai menegur suaminya yang bekerja sebagai penyelia itu kerana sudah tiga hari tidak bekerja.

“Berikutan teguran itu, suami mangsa dikatakan tidak puas hati menyebabkan berlaku pertengkaran. “Gagal mengawal marah, lelaki terbabit kemudian membelasah mangsa,” katanya. Berikutan kejadian itu, mangsa dengan segera keluar dari rumah sebelum dinasihati keluarga supaya membuat laporan polis. Katanya, mangsa membuat laporan di Balai Polis Putra Heights kelmarin kerana bimbang dicederakan lagi. -HM



P/S - Gambar sekadar hiasan




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!