Friday, October 1, 2010

Messi terima Kasut Emas selaku penjaring terbanyak Eropah


BARCELONA 1 Okt. - Lionel Messi telah dianugerahkan Kasut Emas selepas menjadi penjaring terbanyak seluruh Eropah dalam liga tempatan, musim lalu.

Pemain depan Argentina itu menerima hadiah tersebut hasil 34 gol yang dijaringkan sehingga membantu Barcelona mengekalkan kejuaraan liga Sepanyol.

“Semua anugerah ini sangat istimewa, tetapi saya perlu berterima kasih kepada rakan-rakan sepasukan yang banyak membantu sehingga memenanginya,” kata Messi.
“Saya hanya cuba bermain dengan baik dan melakukan sesuatu yang sebaik mungkin untuk pasukan dan jurulatih saya.”


Messi kini menyertai Marco van Basten, Ronaldo dan Cristiano Ronaldo yang merupakan para pemain yang menerima ketiga-tiga anugerah - Kasut Emas, Pemain Terbaik Dunia FIFA dan Bola Emas - yang diberikan kepada para pemain Eropah setiap tahun.

Pemain Chelsea, Didier Drogba dan penyerang Udinese, Antonio di Natale berkongsi di tempat kedua selepas masing-masing menjaringkan 29 gol.


P/S - Sebelum WC hari tu, Messi memang diyakini pemain bola no1 di dunia...tapi persembahan buruk di WC membuktikan Messi sama saja dengan pemain bola yang lain...Belum layak jadi legend..





Dia Fadila & Redza Sah Bergelar Suami Isteri


Dengan sekali lafaz, penyanyi Nur Nadia Fadila Abu Bakar atau Dia Fadila, 26, sah bergelar isteri kepada Redza Hj Abdullah Sanusi, 33, dalam satu majlis pernikahan serba ringkas yang diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, di sini.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh Imam dan Jurunikah masjid tersebut iaitu Al-Hafizan Ibrahim kira-kira pada pukul 9.45 pagi dengan disaksikan oleh ibu bapa, keluarga dan sahabat-handai kedua-dua mempelai.
Dia Fadila kelihatan anggun sementara suaminya tampak kacak apabila mengenakan persalinan berwarna krim rekaan Bill Keith.

Pada majlis itu, Dia Fadila menerima mas kahwin berupa senaskhah Al-Quran, sepasang telekung dan wang tunai sebanyak RM 2309.84 sebagai simbolik kepada tarikh hari lahir penyanyi itu.
Bagaimanapun, tiada pertukaran dulang hantaran dilakukan atas persetujuan kedua-dua belah keluarga pengantin yang lebih mengutamakan perkara-perkara wajib dalam majlis pernikahan sahaja.

Apabila ditanya tentang jumlah wang hantaran, ibu kepada penyanyi itu Azanah Abd Raof, 52, bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah sebenar dan mengakui jumlah tersebut dipersetujui oleh kedua-dua belah keluarga.



Menurut Dia Fadila yang juga pensyarah vokal di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), majlis pernikahan ini cukup istimewa kerana ia diadakan sempena sambutan ulang tahun kelahiran suaminya yang ke-33.

"Majlis pernikahan ini istimewa buat saya kerana tarikh hari ini adalah hari ulang tahun kelahiran suami yang ke-33 dan kami sengaja pilih tarikh ini supaya ia akan jadi satu kenangan yang manis buat kami.

"Redza menjadi pilihan saya kerana ciri-ciri dirinya yang sempurna dalam segala aspek. Sebagai isteri, saya yakin dia seorang lelaki yang bertanggungjawab dan mampu untuk memimpin bahtera perkahwinan kami dengan baik, insya-Allah," katanya.

Dia Fadila yang mengakui gembira dan bersyukur kerana telah bergelar isteri, bagaimanapun masih belum mempunyai sebarang perancangan untuk berbulan madu dalam masa terdekat.

"Selepas bertunang sejak Mac lalu, kami tidak mahu bercinta terlalu lama dan memutuskan untuk berkahwin secepat mungkin. Saya bersyukur dan gembira kerana tempoh perhubungan kami yang agak pendek ini berakhir dengan satu ikatan yang sah.
"Saya akan terus mengajar dan menyanyi selepas ini seperti biasa kerana suami tiada sebarang halangan.

Tentang berbulan madu, memang kami ada pilih beberapa destinasi tapi yang pasti bukan dalam masa terdekat sebab kami sedang sibuk dengan komitmen tugas masing-masing," katanya yang merancang berbulan madu tahun depan.

Bermula sebagai kenalan biasa, pasangan ini menjadi semakin intim sejak November 2009. Atas keserasian itu, mereka memutuskan untuk bertunang Mac lalu dan hanya mengambil masa sekitar enam bulan sebelum melangkah ke jinjang perkahwinan, hari ini.

Majlis resepsi pasangan ini akan diadakan di Dewan Siti Hasmah (Rumah Puspanita), Jalan Wisma Putra, Kuala Lumpur pada 3 Oktober pukul 8 malam. Selepas berkahwin, Dia Fadila dijangka akan berpindah mengikut suaminya ke Bukit Damansara, Kuala Lumpur.


P/S - Tahniah.. Lulu senang hati bila ramai membina 'masjid'..Rasanya lepas ni lagi ramai..terutama angkasawan kita yg selalu heboh mengenai persiapan perkahwinannya..Tahniah semua.. Diharap lepas ni jgn pula kita dikhabarkan mengenai perceraian demi perceraian artis pula....huh........







Jimmy Shanley Jadi Suami Selepas Tiga Kali Lafaz


SUNGAI BULOH: Dengan tiga kali lafaz, pengacara Akademi Fantasia musim ke-8 (AF8), Jimmy Shanley Norjahan Saleh selamat diijabkabulkan dengan Nursuhaila Eliani Datuk Suhaimy kira-kira pukul 4 petang, Jumaat.
Majlis akad nikah yang berlangsung di banglo mewah milik keluarga perempuan berlangsung di Sunway Rahman Putra, Sungai Buloh, Selangor dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran oleh Adib dari Imam Muda.
Kira-kira 500 kenalan, saudara-mara hadir pada acara akad nikah yang disempurnakan oleh Penolong Pendaftar Nikah Damansara, Mustaffa Kamal Abu Bakar. Ia disaksikan oleh Mohd Fadhil Mohd Nor dan Mohd Yusof Mohd Isa.
Majlis akad nikah dilakukan di atas pelamin mini dihiasi bunga ros dan kekwa merah dan merah jambu yang direka oleh perunding perkahwinan Baha.
Jimmy kelihatan segak berpakaian baju Melayu rona emas rekaan Rizman Ruzaini manakala Nursuhaila anggun mengenakan baju kebaya bertatahkan manik dan permata. Nursuhaila diwalikan bapanya.
Rombongan pengantin lelaki hadir seramai 50 orang diketuai oleh abang kepada Jimmy Shanley iaitu Datuk Ir Young Juwahir Muhammad Idrus yangmembawa sembilan dulang hantaran dan dibalas 11 dulang oleh pihak perempuan.
Hantaran daripada pihak lelaki terdiri daripada sebuah jam tangan, satu set barang kemas, sebuah komputer iPad, tas tangan, alatan dandanan dan wangian, sepersalinan pakaian, sepasang kasut, wang mas kahwin dan sebentuk cincin pusaka peninggalan dan wasiat arwah ibunda pengantin lelaki.
Pihak perempuan pula menyerahkan sepasang kasut, seutas jam tangan, sehelai baju, sehelai seluar, sebuah iPhone, kek, manisan, coklat, sirih junjung, set dandanan dan sepasang baju Melayu.
Bagi upacara pembatalan air sembahyang, Jimmy menyarungkan sebentuk cincin pusaka peninggalan arwah ibunya ke jari manis pengantin perempuan.
Cincin pusaka berpermata nilam merah itu adalah amanat arwah ibu Jimmy supaya disarungkan kepada isteri Jimmy.
Pihak pengantin lelaki telah membawa mas kahwin dan duit hantaran sebanyak RM31,186, bersamaan tarikh lahir pengantin perempuan iaitupada 31 Januari 1986. Ketika ditemui selepas akad nikah selesai, Jimmy memberitahu dia berasa gugup semasa melafazkan nikah kerana julung kali berbuat demikian.
Bagaimanapun, bekas pengacara Trek Selebriti itu melahirkan rasa lega kerana akhirnya hasratnya memperisterikan Nursuhaila tercapai.
"Tempoh perkenalan kami singkat sahaja. Banyak lagi yang saya tidak tahu tentang isteri saya. Selepas ini, saya akan lebih memahaminya," kata jejaka berusia 30 tahun itu tersenyum lebar semasa sidang akhbar.
Jimmy turut berkata, dia ingin memiliki empat anak lelaki dan seorang anak perempuan bersama isteri tersayangnya.
Sementara itu, isterinya, Nursuhaila yang merupakan anak kepada pengasas produk kecantikan Natasya, Datin Muniroh Kassim itu berkata, dia bersyukur dan tetap memberikan sokongan penuh kepada suaminya menceburkan diri dalam bidang seni.
Majlis resepsi persandingan kedua-dua mempelai akan diadakan pada malam Sabtu di Grand Ballroom, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).


P/S - Tahniah...Semoga kekal berbahagia..(Gambar nikah belum dapat..nanti lulu update..)





Rosak-rosak...adehh...


Ingin mudah melakukan hubungan sex diluar rumah atau mengintip pasangan yang melakukan hubungan sex di taman...datanglah ke Amsterdam...

Setelah menghalalkan penggunaan sejumlah kecil marijuana ternyata Amsterdam yang juga terkenal dengan Red Light District-nya juga menghalalkan sex yang dilakukan diluar ruangan atau lazim disebut Outdoor sex.


Seperti kebiasaan sebahagian warga dan pelancung yang biasa melakukan sex bebas di taman bernama Vondelpark. Jadi akhirnya dewan kota Amsterdam menghalalkan outdoor sex yang dilakukan ditaman yang dikunjungi oleh sekitar 10 juta orang/tahun itu.

Alderman Paul Van Grieken anggota dewan kota yang menyokong cadangan ini mengatakan akan ada beberapa peraturan antara lain:


1. Mereka harus membersihkan "sampah yang dihasilkan" setelah melakukan sex. Contohnya; kondom, bla-bla..

2. Tak boleh buat kat/dekat playground.

3. Hanya boleh dilakukan pada petang dan malam hari.



P/S - Adeh..Bayangkan kalau di Malaysia begini.. Confirm lagi banyak bayi dibuang...






'Tidak musuhi sesiapa'



BUKIT MERTAJAM: “Selepas asid mengenai tubuh, pakaian saya cair seperti plastik terbakar manakala kulit bertukar kemerah-merahan sebelum menjadi keputih-putihan.

“Dalam keadaan sakit teramat sangat, saya memandu ke pejabat kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian sebelum meminta bantuan rakan.”

Demikian kata pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Sarudin Mansor, 37, mengimbas kejadian dia disimbah asid pada Julai lalu sehingga mengakibatkan kecederaan parah di muka, kaki dan badan.

Dalam pertemuan kali pertama bersama media selepas kejadian 5 Julai itu, Sarudin berkata dia hanya terfikir menyelamatkan diri selepas disimbah asid oleh lelaki tidak dikenali.

Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 4.15 petang itu, dia yang memandu kereta melalui sebuah kedai di Taman Ria Jaya, Sungai Petani, didatangi seorang lelaki bermotosikal mengetuk cermin tingkap keretanya sebelum menyimbah asid ke arahnya.

Dalam keadaan kelam-kabut itu dia terus memandu kereta sambil berdoa agar terselamat daripada perkara buruk.

“Saya bersyukur kerana asid dicampakkan itu tidak mengenai mata, jika tidak mata kanan saya mungkin buta,” katanya yang ditemui di rumahnya semalam, selepas menerima kunjungan rombongan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) diketuai Presidennya, Omar Osman.

Turut hadir, Presiden Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia (KPPJSM), Hamzah Masri.





Majalah pilih model berisi

LONDON - Sebuah majalah Just As Beautiful di Britain menggunakan pendekatan berlainan daripada kebiasaan apabila ia menampilkan model-model wanita yang berisi berbanding kurus.
Menurut sebuah akhbar semalam, majalah itu akan menyiarkan artikel mengenai fesyen, masakan dan gaya hidup tetapi tidak mengandungi maklumat cara-cara untuk berdiet.
Editor majalah itu, Sue Thompson berkata, dia mahu para pembaca mengetahui bahawa mereka tidak perlu mengubah penampilan untuk menjadi kurus.
Menurutnya, ramai orang berfikir mereka perlu untuk berubah setelah terdedah dengan mesej mengenai perubahan bentuk badan.
Majalah itu diterbitkan tiga tahun lalu sebagai penerbitan digital percuma menerusi e-mel dengan edaran 30,000 naskhah.
Bagaimanapun, pada bulan ini ia dijadikan majalah bulanan dan dijual di beberapa kedai terpilih dan secara langganan pada harga £4.70 (RM23.01).
Penerbit majalah itu, Ronnie Ajoku berkata: "Majalah ini ada kelas dan bukannya majalah lucah.
"Tidak ada seksyen diet tetapi kami mempunyai maklumat mengenai senaman."





Kanak-kanak dua tahun setinggi 1.34 meter


NEW DELHI - Seorang budak lelaki berumur dua tahun enam bulan dari Meerut, India, Karan Singh mempunyai ketinggian 1.34 meter dan dia dipercayai kanak-kanak paling tinggi di dunia, lapor sebuah akhbar semalam.
Ibunya, Goliath Svetlana Singh merupakan wanita paling tinggi di Asia dengan ketinggian 2.17 meter.
Menurut ibu Karan, dia berharap anaknya itu akan mengatasi ketinggiannya.
Ibu budak itu akan mewakili skuad bola keranjang India dalam Sukan Komanwel 2010 di New Delhi yang bermula pada 3 Oktober dan berakhir 14 Oktober depan.
Menurut ibu Karan, anaknya yang berat 44.45 kilogram itu akan bertanya mengenai makanan apabila dia bangun daripada tidur pada setiap pagi.
"Apabila dia melihat ada orang sedang makan, dia akan meminta makanan. Dia tidak akan berhenti makan jika saya tidak memaksanya supaya berhenti," kata ibunya.
Karan boleh makan lima biji epal sekali gus dan sepuluh sudu teh madu sehari.
Ibunya menjelaskan, pada mulanya guru-guru di tadika enggan membenarkan anaknya belajar tetapi mengubah fikiran selepas mereka melihat surat beranaknya.





Ella Takkan Sorok Soal Kahwin


Ratu rock negara, Norzila Aminuddin,44, atau Ella masih berdolak-dalik dan mengambil pendekatan paling selamat apabila diminta untuk mengulas mengenai gosip yang dia bakal menamatkan zaman bujangnya.
Menurut Ella, tiada apa yang perlu dirahsiakan daripada pengetahuan umum jika memang benar dia merancang untuk berkahwin.
"Tiada apa yang saya perlu saya sorokkan daripada orang ramai. Kalau betul ada perancangan ke arah itu (kahwin), mesti saya akan kongsikan dengan semua orang dan tiada apa yang perlu dirahsiakan.
"Masalahnya semua cerita yang timbul itu tidak berasas. Jika sebarang cerita tentang kahwin dan sebagainya bukan datang daripada mulut saya sendiri, perkara itu belum tentu benar," katanya.
Diusik mengenai status dirinya yang masih kekal bujang dan mudah mengundang pelbagai persepsi dan fitnah, Ella mengakui, walaupun kenyataan itu agak merimaskan dan menyulitkan kehidupannya, dia bagaimanapun selesa untuk bersikap optimis dalam menangani sebarang masalah yang timbul.
"Adakalanya memang susah juga apabila diri kita popular dan masih kekal bujang begini tapi ia bukanlah sesuatu yang buruk dan negatif. Bagi saya, jika sesuatu perkara atau cerita tentang kita itu tidak benar kita buat tidak tahu saja," katanya.
Menerusi laporan pada 10 Julai lalu [klik], salah seorang ahli keluarga penyanyi rock itu mengesahkan Ella telah membawa kekasihnya, Elan Hasyim Abd. Rahman, 28, untuk bertemu keluarganya di Klang, Selangor beberapa bulan lalu untuk mendapat restu sebelum berkahwin.
Terbaru, Ella bakal menyertai dua gergasi rock tanah air iaitu kumpulan Search dan Wings dalam konsert Red On Black pada 15 Oktober depan di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang.






Aksi berani cuci tingkap di tingkat 34

GAMBAR yang lebih jelas menunjukkan pekerja lelaki mencuci tingkap tingkat 34 tanpa memakai peralatan keselamatan.

DUBAI - Seorang pekerja lelaki mencuci tingkap di tingkat 34 sebuah bangunan apartmen di Pantai Jumeirah di sini tanpa memakai peralatan keselamatan, lapor sebuah akhbar semalam.

Pekerja itu mencuci tingkap tersebut pada ketinggian ratusan meter dalam keadaan selamba dengan berdiri di tepi tingkap untuk mencuci cermin.

Pembangunan yang pesat di Dubai menyebabkan ia menjadi tumpuan ramai imigran asing untuk bekerja di dalam industri pembinaan.






Tunang 12 hari

JASIN: Detik bahagia bergelar tunangan orang dalam tempoh 12 hari buat seorang konstabel wanita tidak berpanjangan apabila tunangnya terbunuh dalam kemalangan, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.15 pagi, Sallehudin Jusoh, 29, maut selepas motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Kesang-Jasin, dekat Ayer Barok, di sini.
Mangsa, seorang Pembantu Am Rendah Klinik Pergigian Hospital Jasin maut di tempat kejadian selepas cedera parah di kepala.

Tunang mangsa, Siti Rasidah Mohd Rasid, 28, berkata mereka baru saja mengikat tali pertunangan pada 18 September lalu iaitu pada Aidilfitri kesembilan di rumah ibu bapanya di Kluang, Johor.

Menurutnya, mengikut perancangan mereka bakal mendirikan rumah tangga pada Mac depan, namun takdir arwah meninggal sebelum mereka disatukan.

“Saya tak sangka malam tadi (kelmarin) dia ada menghubungi saya jam 11 malam dan bertanya khabar sebelum berpesan menjaga diri baik-baik berada di tempat orang.

“Saya tak menyangka pesanan itu yang terakhir sebelum meninggal dunia selepas kemalangan,” katanya ketika ditemui di Hospital Jasin, semalam.

Katanya, dia mengetahui tunangnya maut dalam kemalangan ketika sedang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin apabila dihubungi seorang pegawai trafik memaklumkan kejadian itu.

Menurutnya, pegawai itu menyatakan dia menemui gambarnya dalam dompet tunangnya dan mendapati motosikal dinaiki juga miliknya.

“Saya mulanya seperti tidak percaya walaupun sudah bergenang air mata sebelum terus ke tempat kejadian.

“Bagaimanapun, saya dihalang anggota trafik untuk melihat jasad arwah kerana mereka tidak mahu saya terkejut,” katanya..

Katanya, dia berkenalan dengan arwah setahun lalu ketika bertemu sewaktu sedang bertugas sebelum mengikat tali pertunangan.

“Kami sudah merancang mengenai tema dan warna bagi majlis perkahwinan yang masih belum ditetapkan tarikh.

“Malah, sebahagian barangan hantaran juga sudah dibeli bagi persediaan majlis itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, berdasarkan siasatan awal, mangsa dipercayai cuba memotong sebuah kenderaan di depan, namun gagal lalu bertembung dengan sebuah kereta dari arah bertentangan.







Planet digelar Bumi Baru ditemui


LOS ANGELES - Lima pakar astronomi Amerika Syarikat (AS) menemui sebuah planet baru dikenali sebagai Gliese 581g yang kelihatan seperti Bumi, lapor beberapa buah akhbar semalam.
Planet itu terletak di satu kawasan yang dirujuk sebagai zon kehidupan kerana suhunya tidak terlalu panas atau sejuk bagi cecair membentuk lautan, sungai dan tasik serta berada pada jarak 20 tahun cahaya dari Bumi.

Planet itu mengelilingi satu bintang yang yang dianggap seperti matahari.
Bintang itu diberi nama Gliese 581.

Planet itu berpusing mengelilingi bintang itu setiap 37 hari untuk satu putaran penuh.
Ia didapati tiga kali besar daripada Bumi namun berada dekat dengan bintang itu pada jarak 22.5 juta kilometer.

Planet yang digelar sebagai 'Bumi Baru' itu mempunyai satu bahagian yang sentiasa siang manakala bahagian yang bertentangan selalu malam kerana ia tidak banyak berputar.
Kumpulan pakar itu tidak dapat mengesahkan sama ada wujud air di planet tersebut.

Namun, salah seorang pakar astronomi, Dr. Steven Vogt dari Universiti California di Santa Cruz yang mengetuai kajian itu percaya terdapat peluang kehidupan di planet tersebut.
Graviti di planet itu sama seperti Bumi sekali gus membolehkan seorang manusia berjalan tanpa menghadapi sebarang kesukaran.


Menurut Dr. Vogt, bintang yang menjadi matahari di planet itu berada pada kedudukan sama pada setiap masa.
Sebuah kapal angkasa yang mempunyai kelajuan hampir dengan cahaya memerlukan masa 20 tahun untuk tiba di planet itu.

Penemuan itu dibuat selepas 11 tahun pemerhatian dijalankan di Balai Cerap W. M. Kec di Hawaii.


P/S - Bayang kan hidup disana..Fresh....belum ada pencemaran..






Giliran Arsenal uji nasib Chelsea


LONDON - Selepas mencatat kekalahan pertama dalam saingan Liga Perdana England musim ini kepada Manchester City minggu lalu, pendahulu, Chelsea berdepan satu lagi ujian berat Ahad ini.
Pertemuan menentang Arsenal dilihat bakal menjadi penentu cabaran Chelsea dalam mempertahankan kejuaraan liga musim ini.
"Saya sudah bersedia menentang Chelsea. Saya sentia- sa bersedia, jadi kita akan lihat apa akan berlaku nanti.
"Saya hanya mahu fokus dengan tugas saya. Itulah yang saya lakukan setiap kali diberi kepercayaan oleh jurulatih," jelas penjaga gol Arsenal, Lukasz Fabianski.
Jika Sabtu lalu, Chelsea tewas 0-1 kepada City di gelang- gang lawan, hujung minggu ini pula Chelsea bakal menerima kunjungan Arsenal di Stamford Bridge - suatu kelebihan yang pastinya tidak akan dipersia-siakan anak-anak buah Carlo Ancelotti.
Selepas menang lima perla- wanan berturut-turut awal musim, kekalahan kepada City bermakna Chelsea tidak mampu untuk menerima satu lagi kegagalan kerana pencabar terdekat mereka, Manchester United hanya menunggu masa untuk merampas kedudukan selaku pendahulu.
Namun, Chelsea bernasib baik kerana Arsenal berdepan masalah kecederaan pemain utama.
Arsenal tidak mempunyai pemain tengah yang beraksi keras sehingga memaksa skuad bimbingan Arsene Wenger itu memilih cara 'lembut' dengan menggunakan Jack Wilshere untuk membekalkan bola kepada Samir Nasri dan Marouane Chamakh dalam beberapa perlawanan lalu.
Cuma masalah besar yang dihadapi Arsenal ialah kelekaan bahagian pertahanan yang mudah bocor sepertimana yang didedahkan West Bromwich minggu lalu.
Ini pastinya akan diambil kesempatan oleh Chelsea yang dijangka turun tanpa Frank Lampard dan Salomon Kalou yang masih cedera.
Namun, Gael Kakuta mampu mengisi kekosongan di bahagian serangan sepertimana yang dipamerkannya ketika Chelsea menentang Marseille dalam Liga Juara Juara, Selasa lalu.
Chelsea yang kini mengumpul 15 mata hanya dipisahkan tiga mata berbanding United di tangga kedua.


P/S - Harap menang minggu ni..yeh..




Lif jatuh dari tingkat enam

PETALING JAYA – Sepasang suami isteri dan dua remaja mengalami detik cemas apabila lif yang mereka naiki tiba-tiba terjatuh dari tingkat enam Blok A, Flat Impian Baiduri di sini semalam.

Semasa kejadian pada pukul 2 petang, empat mangsa yang ada dalam lif itu ialah seorang anggota bomba dan penyelamat dan isterinya seorang guru Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Utama, Petaling Jaya manakala dua remaja yang merupakan pelajar sekolah.

Pasangan suami isteri yang tinggal di tingkat 13 menaiki lif itu selepas mereka habis bekerja manakala dua remaja itu pula baru pulang dari sekolah.

Empat mangsa yang cedera ialah Zarinah Jaafar dan suaminya, Rahim Yunus masing-masing berusia 30-an. Dua remaja itu pula ialah Azizah Ermonchatib, 13, dan S. Kugahan, 14.



Guru dikhuatiri lumpuh
PETALING JAYA: “Bahagian pinggang saya ke bawah hilang deria rasa dan tidak lagi dapat digerakkan,” kata Zarina Jaafar, seorang guru sekolah menengah yang dikhuatiri lumpuh akibat lif dinaiki bersama suami dan dua pelajar terhempas di Pangsapuri Impian Baiduri, petang semalam.

TEGANG...beberapa penduduk hilang sabar sebelum mencabar pihak pemaju.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, dia bersama tiga mangsa lain dikatakan terjatuh dari tingkat enam pangsapuri kediaman mereka selepas lif dinaiki terhempas.
Tiga mangsa lain, suaminya, Rahim Yunus serta dua pelajar iaitu Azizah Ermonchatib, 13, dan S Kugahan, 14.

Zarina mengalami kecederaan pinggang, kaki dan siku kiri, suaminya patah ibu jari kaki kanan dan pecah bibir, Kugahan patah dua tulang kaki kanan, manakala Azizah cedera ringan di punggung akibat terhentak.

Menceritakan detik cemas itu, Zarina berkata dia bersama suami ke unit rumah mereka di tingkat 10 untuk mengambil anak mereka yang dijaga keluarganya.

“Semasa tiba di tingkat lima, lif yang sepatutnya berhenti di tingkat lima di mana tempat Kugahan tinggal tidak berhenti walaupun cuba dihentikan. “Sejurus kemudian lampu terpadam dan lif terus menjunam dengan laju ke tingkat bawah,” katanya yang ditemui di Unit Rawatan Rapi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Menurutnya, jiran yang berada berhampiran lif berkenaan membantu mengeluarkan mereka dan terus dihantar ke hospital. Dia juga masih lagi menunggu keputusan ujian x-ray yang dijalankan bagi mengetahui tahap kecederaan dialami.





Takziah buat CA..


Carlo Ancelotti akan menghadiri perlawanan Chelsea melawan Arsenal di Stamford Bridge pada hujung minggu ini meskipun dengan kematian ayahnya, Giuseppe.
Giuseppe meninggal dunia di Itali pada Rabu malam pada usia 87 dengan anaknya CA di sisinya. Pemakaman akan berlangsung pada hari Sabtu.
"Semua orang di Chelsea menghantar ucapan takziah kami yang terdalam untuk Carlo dan keluarganya Mereka semua dalam fikiran kita saat ini.," kata sebuah pernyataan di laman rasmi club.





Siti Akui Jalani Rawatan Penyuburan


KUALA LUMPUR: Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin mengakui melakukan kaedah rawatan penyuburan secara akupuntur bagi mendapatkan cahaya mata baru-baru ini.

Siti Nurhaliza berkata, kaedah rawatan tersebut dilakukan secara kebetulan ketika dia dan suaminya Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa bercuti di London sebelum menunaikan Umrah pada Ogos lalu.

"Saya akui ada buat rawatan penyuburan tetapi secara akupuntur dan meminum beberapa herba untuk penyuburan tetapi bukan menjalani rawatan persenyawaan tabung uji atau IVF (In Vitro Fertilisation) atau melalui permanian berhadas (IUI) seperti didakwa.

"Ia hanyalah kebetulan dan bukanlah dirancang kerana kami ke sana adalah sebagai hadiah ulangtahun perkahwinan ke empat kami," ujarnya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Siti Nurhaliza, Khamis.
Bagaimanapun, Siti mengaku dia sentiasa berusaha dan berdoa agar dikurniakan cahaya mata sebagai pengikat kasih perkahwinannya yang dibina pada 2007.


"Saya berserah kepada rezeki yang diberikan Allah, sebagai manusia saya sentiasa berusaha untuk mendapatkan cahaya mata. Namun begitu saya belum bersedia untuk melakukan rawatan secara serius seperti IVF dan IUI," katanya yang kini masih lagi bercuti dari sebarang kegiatan seninya.
Dalam pada itu, Siti juga menafikan kehamilannya punca dia membatalkan konsert Semangat Hari Malaysia yang dijadualkan pada 25 September lalu.

"Ia adalah berikutan masalah kesihatan saya yang tidak mengizinkan. Saya dinasihatkan agar tidak terlalu banyak bergerak terutamanya melakukan konsert.
"Alhamdulilah pihak kerajaan negeri dan peminat-peminat saya memahami perkara ini dan sentiasa memberi sokongan kepada saya," katanya.


P/S - Tgk siti susah nak dpt anak.. Ada org senang jer tapi tak hargai..buang ikut suka hati..





 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!