Friday, December 3, 2010

RON95 Naik 5 Sen Kepada RM1.90 Seliter


Harga petrol RON95 akan meningkat sebanyak 5 sen mulai tengah malam ini menjadikan harga baru bahan api itu kepada RM1.90 seliter. Harga sebelum ini adalah pada paras RM1.85.

Dalam pada itu harga LPG dan gula akan naik sebanyak 5 sen dan 20 sen sekilo.

Bagaimanapun harga minyak diesel akan kekal pada paras yang ada sekarang iaitu RM1.80 seliter. Harga baru LPG dan gula pula kini berada pada paras RM1.90 dan RM2.10 sekilogram mulai sekarang.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala berkata, kenaikan harga ini merupakan sebahagian daripada gelombang kedua dalam program rasionalisasi subsidi yang diambil oleh kerajaan.

Harga RON95 dan diesel telah dinaikkan sebanyak 5 sen seliter sementara gula dan LPG dinaikkan 25 sen dan RM10 pada 16 Julai lalu sewaktu pelaksanaan gelombang pertama program rasionalisasi subsidi.
Langkah ini telah menjimatkan kos subsidi kerajaan kepada RM779 juta. Kata Idris, gelombang kedua ini akan membantu mengurangkan kos subsidi kerajaan sehingga RM1.18 bilion.

Idris menambah, penjimatan itu akan membolehkan kerajaan menyalurkan bantuan yang lebih dalam membangunkan rangkaian pengangkutan bandar dengan lebih baik, rancangan infrastruktur asas luar bandar serta jalan raya, pendidikan dan program membanteras jenayah.

Beliau menjelaskan, kenaikkan tersebut adalah paling minima.

“Kerajaan berpendapat, langkah tersebut akan dapat diterima dan difahami oleh rakyat,” ujarnya kepada para pemberita dalam taklimat berhubung gelombang kedua program rasionalisasi subsidi di sini, Jumaat.




.

Bekas Permaisuri Agong saman Syed Abdullah, Syed Hussein


Bekas Permaisuri Agong, Siti Aishah Abdul Rahman hari ini memfailkan saman terhadap pakar paranormal, Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers kerana telah bertindak melanggar maklumat sulit baginda.

Siti Aishah yang juga sebagai plaintif turut memfailkan saman ke atas bapa kepada Syed Abdullah iaitu Syed Hussein Al-Attas yang merupakan defendan kedua.

Berikutan itu, tarikh pendengaran interparte ditetapkan pada 22 Disember ini di Temerloh, Pahang.

Dalam saman tersebut, Siti Aishah memohon perintah injuksi bagi melarang defendan pertama, Syed Abdullah dan defendan kedua, Syed Hussein untuk tidak mendedahkan sama ada secara lisan atau dalam blog-blog, surat khabar atau wakil-wakil mereka sebarang maklumat mengenai plaintif.


P/S - Untuk berita terdahulu..[KLIK SINI]




.

Plastik....Cantik ke...?

Selamba jer eh buat macam tu..
Benda ni dah macam biasa jer buat mereka..
Syukurlah kat sini belum lagi 'segila' ni..

Apa yang aku nampak, dia dah ok dah..
Maknanya tidak ada kekurangan...
Sempurna wokk...
Entah lah...tak reti...




Wajib pakai gelang merah ketika......


Pekerja wanita di sebuah syarikat di Norway, diminta untuk menggunakan gelang merah ketika mereka datang haid. Hal ini sebagai tanda bagi atasan, bahawa mereka harus lebih sering ke tandas. 

Permintaan syarikat yang keterlaluan ini terdapat dalam laporan dari kesatuan pekerja tentang peraturan untuk ke tandas. Menurut Current.com, laporan tersebut mengungkap, sejumlah syarikat telah menerapkan peraturan waktu pekerja untuk ke tandas, semakin tidak masuk akal.

Dari laporan diketahui, sebanyak 66 peratus manager diminta untuk mengawasi waktu berehat pekerja dan juga penggunaan kunci elektronik untuk para pekerja ke tandas. Hampir sepertiga syarikat melakukan pengawasan melalui video bahkan meminta tanda tangan pekerjannya di sebuah buku jika ingin ke tandas.

"Hal yang paling ekstrem adalah ketika manager meminta wanita untuk menggunakan gelang merah sebagai petunjuk mereka sedang haid dan akan sering ke tandas. Keadaan tersebut membuatkan ramai wanita merasa terhina. Rakan sekerja secara tidak langsung akan mengetahui detail intim kehidupan mereka," tulis laporan tersebut seperti dipetik dari NY Daily News.

Nama syarikat yang mngamalkan peraturan tersebut tidak disiar dalam laporan yang oleh Bjorn Erik Thon, Chief Consumer Ombudsman, Norway. "Peraturan tandas yang berhubungan dengan keadaan haid jelas merupakan gangguan privasi dan sangat menghina orang yang terbabit," kata Thon.

"Pengawasan dalam tempat kerja bakal menjadi masalah. Kami akan melakukan kajian penuh tentang peraturan dan privasi di tempat kerja selama beberapa tahun ini," ujarnya menambahkan.




.

Keranda penembak John F. Kennedy dilelong

Lee Harvey Oswald
LOS ANGELES - Sebuah keranda yang pernah menempatkan mayat Lee Harvey Oswald yang merupakan penembak Presiden Amerika Syarikat, John F. Kennedy pada 22 Novermber 1963 mulai dilelong kepada orang ramai, kata pihak pengurusan Rumah Lelongan Nate D Sanders kelmarin.

Pengurus rumah lelongan itu, Laura Yntema berkata, lelongan tersebut akan berakhir pada 18 Disember depan.

Harga pembukaan untuk lelongan itu ialah AS$1,000 (RM3,100).


Keranda yang diperbuat daripada kayu pine itu rosak akibat terkena air selepas 18 tahun diletakkan di bawah tanah sebelum kubur Oswald digali semula pada 4 Oktober 1981.

Sebelum ini terdapat desas-desus yang menyatakan bahawa terdapat mayat ejen Kesatuan Soviet (kini Rusia) yang mempunyai wajah sepertinya dikebumikan dalam kubur Oswald.

Namun, mayat yang digali semula itu disahkan Oswald yang kemudiannya diletakkan ke dalam keranda lain.
Oswald mati ditembak dua hari selepas dia menembak Kennedy.
Mayat Oswald dikebumikan pada 25 November 1963.


Dia ditembak mati oleh Jack Ruby yang di bawah pengaruh dadah di ibu pejabat polis Dallas.

"Kami telah mendapati ramai pelanggan yang berminat dan ia merupakan lelongan pertama seumpamanya di pasaran, keranda tersebut diperbuat daripana pokok pine yang biasa. Keranda itu berada dalam keadaan usang tetapi ia mudah diperbaiki," kata Yntema



P/S - Korang berminat nak beli? ngee....




.

The new me..eh New Lulu-Pages....


Salam semua...
Dah isi perut? ngee.. soalan...
Dah dekat tengah hari ni..
Sesuai benarlah kalau melantak...

Beberapa hari lepas, Vote tu dah pun settle..
Nampaknya ramai yang nak lulu tukar template yer..
Apa yang tak kena dengan template sedia ada ni?
Cuba korang komen sikit..

yelah, semuat tu penting, untuk penambahbaikkan..
Lulu memang ada terfikir juga nak ubah..
Sejak entry dah melambak2 ni,
template ni mmg tak sesuai sangat untuk lulu-pages ni..
Sedia maklum...

Dan lulu pun tengah cari2 template yang sesuai sebagai ganti..
mmg kena banyak kerja..
kalau ada idea, boleh kongsi juga..
bak kata ramai blog..
'SHARING IS CARING..'

Tapi semua tu perlukan masa..
Kita kena pastikan template baru tu lebih baik dari template lama ni..
dan juga sesuai dengan isi kandungannya..
Template ter...sangat penting untuk sesuatu blog..
kalau tak susah orang nak 'lekat'...
(SILA MAKLUM)..

So.. The new me...
coming soon lah yer..
Rasanya paling lewat pun awal tahun depan...
WAh....................
agaknya apa rupanya nanti yer?
Nantikan....





.

Orang Utan paling gemuk di Britain


LONDON - Seekor Orang Utan betina bernama Oshine di Britain mencetuskan sensasi di Internet, lapor sebuah akhbar semalam.

Oshine menjadi tumpuan selepas ia muncul sebagai Orang Utan paling gemuk di Britain dengan beratnya mencecah 100 kilogram atau sekali ganda berat Orang Utan biasa.


Pakar-pakar percaya gaya hidupnya sebagai haiwan peliharaan selama 13 tahun di Afrika Selatan telah menyebabkan Oshine menjadi gemuk.


Bimbang dengan tahap kesihatannya itu yang akan terjejas akibat kegemukan, Oshine kini menjalani terapi diet serius bagi menurunkan berat badannya kepada normal sejak awal tahun ini.


P/S - Dia kena ikut Biggest Loser ni..Tetap punya akan kurus..siap dengan make-over lagi...




.

4 pelancong parah dibaham jerung


KAHERAH: Seekor jerung putih menyerang dan mencederakan empat pelancong Russia yang sedang berenang berhampiran hotel mereka dalam dua kejadian berasingan di kawasan percutian Laut Merah, kata pegawai kerajaan, semalam.

Pengarah Pusat Pemuliharaan Sinai, Mohammed Salem, berkata kejadian pertama berlaku di kawasan Ras Nasrani, berhampiran pusat percutian terkenal Mesir, Sharm el-Sheikh di Semenanjung Sinai.

Katanya, dua pelancong Russia sedang berenang apabila jerung berkenaan menyerang dan membaham tangan mereka menyebabkan kecederaan parah.
“Jerung itu mungkin turut terbabit dalam serangan berasingan - juga membabitkan dua pelancong Russia - pada Selasa lalu tidak jauh dari situ,” katanya, semalam.


Dalam kejadian itu, kata Mohammed, jerung berkenaan membaham kaki dan mencederakan belakang seorang wanita pertengahan usia.

Keadaan menjadi lebih buruk apabila mangsa kemudian mengalami serangan jantung.

“Dia akhirnya berjaya disedarkan semula di hospital,” katanya.

Mangsa kedua adalah wanita berusia 70 tahun yang cedera parah pada tangan kanan dan kaki kiri.

Saksi yang juga jurulatih menyelam, Hassan Salem, berkata dia dikelilingi jerung itu untuk seketika sebelum berjaya menakutkannya.


“Saya menghembus buih udara di depan mukanya menyebabkan jerung berkenaan berenang ke arah pelancong terbabit dan membaham kakinya,” katanya.

Sejurus kemudian, kata Hassan, air di kawasan itu bertukar menjadi merah kerana darah yang keluar daripada kecederaan pelancong Russia berkenaan.

Dia kemudian segera berenang ke arah mangsa untuk membawanya ke pantai dan dikejarkan ke hospital.

Semua mangsa dibawa ke Kaherah untuk rawatan kecemasan dan keadaan mereka masih kritikal.



P/S - Kecik jer jerung tu..tapi tengok gigi dia...adeh...




.

Lambang Zionis di atas bangunan di Iran



Pemerintah Iran marah selepas imej satelit enjin carian Goggle Earth mendapati terdapat lambang rejim Zionis, Bintang David di atas bumbung ibu pejabat syarikat penerbangan Iran Air, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Pegawai-pegawai Iran telah mengarahkan supaya simbol itu dibuang selepas timbul desas-desus bahawa lambang berkenaan itu sudah ada sebelum Revolusi Islam berlaku pada 1979 di negara berkenaan.
Bintang itu jelas kelihatan berada di bahagian tengah bangunan Iran Air tetapi kesahihannya masih dipertikaikan.

Media Iran mendakwa bangunan tersebut telah dibina oleh para jurutera Israel semasa negara itu diperintah oleh Shah Mohamed Reza Pahlavi.
Semasa pemerintahan Shah, hubungan antara kedua-dua buah negara itu amat rapat.

Ketika itu, terdapat penerbangan antara Lapangan Terbang Mehrabad di Teheran, Iran ke Lapangan Terbang Ben Gurion di Tel Aviv, Israel.
Israel turut menjual senjata kepada pemerintah Iran ketika itu bagi mendapatkan tukaran minyak.

Namun Iran kini memutuskan hubungan dengan Israel.

Satu laman web Iran menyatakan: "Sangat menghairankan, walaupun sudah 32 tahun Revolusi Islam berlaku, bintang Zionis ini masih belum dibuang dari bangunan itu."
Pada Ogos lalu, kewujudan lambang yang sama menimbulkan kemarahan apabila ia ditemui di bahagian atas sebuah bangunan di Tapak Revolusi di Teheran.




.

FIFA pilih Russia 2018, Qatar 2022

Anjur Piala Dunia selepas Brazil 2014

BLATTER ketika mengumumkan Russia menjadi pilihan untuk menganjur Piala Dunia 2018 sebelum mengisytihar 2022 milik Qatar.

ZURICH: Russia dan Qatar masing-masing dipilih menjadi tuan rumah pusingan akhir Piala Dunia 2018 dan 2022 dalam keputusan yang diumumkan Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Sepp Blatter, semalam.

Ia menyusul selepas proses bidaan membabitkan 11 negara yang dijangka memberikan rangsangan ekonomi besar buat negara yang terpilih.

Qatar membawa Piala Dunia ke tuan rumah paling kecil tetapi mempunyai sumber kewangan tidak terbatas untuk menganjurkan kejohanan sukan terbesar dunia.

Ia berjaya mengatasi keraguan mengenai menganjurkan perlawanan di tengah panas padang pasir dan meminta FIFA untuk mengambil langkah berani.

Blatter berkata kita menuju ke tanah baru. Piala Dunia belum pernah berkunjung ke Russia dan Eropah Timur dan Asia Barat serta dunia Arab yang menanti untuk sekian lama, maka saya presiden paling gembira kerana kami bercakap mengenai pembangunan bola sepak.

Timbalan Perdana Menteri Russia, Igor Shuvalov, yang delegasinya menjerit kegembiraan dengan pengumuman itu, berkata: Anda sudah amanahkan kami dengan Piala Dunia FIFA 2018 dan saya boleh berjanji, kami semua berjanji, anda tidak akan menyesal. Mari bersama-sama kita mencipta sejarah.

Ketua bida Qatar, Sheikh Mohammed Hamad Al-Thani berkata: Terima kasih kerana menyokong kami dan mengembang permainan ini. Anda boleh berbangga dengan kami dan anda akan berbangga dengan Asia Barat.



.

Penganggur mati ditembak


IPOH – Kegembiraan seorang remaja yang sedang minum bersama dua rakannya berkecai apabila dia mati selepas terkena tiga das tembakan yang dilepaskan oleh dua lelaki bersenjatakan sepucuk pistol di Taman Bertuah, Kampung Tawas di sini kelmarin.

Kejadian pukul 6.30 petang itu mengakibatkan M. Regan, 17, mati selepas terkena satu das tembakan di kepala manakala dua lagi di dada oleh suspek yang menaiki sebuah motosikal itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Dzuraidi Ibrahim berkata, sebaik menghampiri mangsa, salah seorang suspek terus mengeluarkan pistol lalu melepaskan tembakan ke arahnya.

“Tembakan jarak dekat itu mengenai kepala dan dada mangsa menyebabkan dia mati di lokasi kejadian.
“Semakan mendapati mangsa seorang penganggur dan pernah ditahan sebelum ini atas kesalahan menyamun,” katanya yang memberitahu polis masih menyiasat motif kejadian.

Tambahnya, polis sedang giat memburu suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.



.

Tiga Maut Dalam Kemalangan Di Lebuh Raya Persekutuan


Tiga lelaki maut selepas terbabit dalam satu kemalangan di KM28.4 Lebuhraya Persekutuan menghala ke Shah Alam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata kejadian berlaku kira-kira 1.30 pagi apabila warga Myanmar Dong Sian Sing dilaporkan melintas lebuh raya itu lalu dilanggar sebuah kereta yang menghala ke Kuala Lumpur sebelum tercampak ke seberang jalan.

"Mangsa yang tercampak ke seberang jalan sekali lagi telah dilanggar oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda dan menyeret mangsa sejauh 50 meter.

"Kenderaan itu terbabas dan menyebabkan dua penumpang di dalamnya tercampak ke luar dan mati di tempat kejadian," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, Khamis.

Beliau berkata penumpang di dalam pacuan empat roda itu terdiri dari warga Myanmar Htet Iwin Zaw, 29 dan seorang lagi rakyat tempatan Mohd Yuros Shahri Mohd Yusof, 21. "Pemandu dan dua lagi penumpang di dalam kenderaan pacuan empat roda itu hanya mengalami kecederaan dan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut," katanya.

Arjunaidi berkata kawasan itu kerap berlaku kemalangan berikutan orang ramai yang suka melintas jalan tanpa menggunakan jejantas yang disediakan.

"Mungkin mereka malas hendak berjalan jauh untuk menggunakan kemudahan yang ada menyebabkan laluan bawah (lebuh raya persekutuan itu) yang menjadi pilihan," katanya

Budak lemas dalam perigi

ASRI (kiri) bersama Aminah menunjukkan lokasi Muhammad Nadzri lemas selepas terjatuh ke dalam perigi di Kampung Badong Dalam, Merchong, Pekan
KUANTAN – Malang menimpa seorang kanak-kanak berusia tiga tahun apabila dia lemas selepas terjatuh ke dalam sebuah perigi di Kampung Badong Dalam, Merchong dekat Pekan kelmarin.

Kejadian pukul 4 petang itu mengakibatkan Muhammad Nadzri Asri mati selepas dia dikatakan terjatuh ketika sedang bermain-main berdekatan kawasan tersebut yang terletak kira-kira 10 meter dari rumahnya.

Pegawai Turus Urus Setia Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Supritendan Noor Asyikin Shamsuri berkata, ibu mangsa tidak menyedari kejadian itu kerana sedang leka menjahit pakaian di dalam rumah.

“Bagaimanapun, dia yang risau selepas tidak mendengar suara anaknya telah keluar untuk mencarinya. Dia kemudian terkejut apabila menemui kanak-kanak itu telah terjatuh ke dalam perigi yang mempunyai kedalaman satu meter itu sebelum membawanya ke Klinik Desa Kampung Merchong,” katanya ketika ditemui di sini semalam.



.

Pramugari maut angkara drebar mabuk



GEORGETOWN: Hasrat seorang pramugari Penerbangan Malaysia (MAS) yang dalam perjalanan bertemu rakan serta neneknya yang akan menjalani pembedahan tidak kesampaian apabila terbunuh dalam kemalangan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini, awal pagi semalam.
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 3 pagi apabila mangsa, Ng Sweet Yuin, 27, dari Lebuh Maccalum, di sini, memandu Perodua Myvi seorang diri dari pusat bandar raya menuju Jambatan Pulau Pinang.

Seorang ahli keluarga mangsa yang ditemui berkata, mangsa keluar rumah untuk bertemu rakannya sebelum menziarahi neneknya yang akan menjalani pembedahan di sebuah hospital hari ini (semalam).

Menurutnya, Ng baru pulang ke rumah Selasa lalu untuk bertemu neneknya, tetapi hasratnya tidak kesampaian apabila terbabit kemalangan terbabit.

“Ng dipercayai menjadi mangsa keadaan berikutan kelalaian pemandu lain menyebabkan dia pergi buat selama-lamanya dan saya menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan,” katanya ketika ditemui di Hospital Pulai Pinang (HPP), di sini, semalam.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, dalam kejadian itu, kereta mangsa dipercayai bertembung sebuah Proton Satria dipandu seorang lelaki berusia 22 tahun dari arah bertentangan.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati, Proton Satria itu baru keluar dari sebuah stesen minyak kira-kira 300 meter dari tempat kejadian dan memasuki laluan bertentangan.

Katanya, siasatan turut mendapati lelaki berkenaan yang baru pulang dari luar negara dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol.

“Akibat rempuhan kuat itu, kereta mangsa terbalik dengan keempat-empat tayar ke atas manakala bahagian depan kedua-dua kereta itu remuk teruk menyebabkan serpihan kaca bertaburan atas jalan.

“Mangsa dipercayai tersepit dalam kereta sebelum dibantu orang ramai yang membawanya keluar dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pembantu perubatan HPP,” katanya.

Jurucakap itu berkata, pemandu Proton Satria itu cedera di muka dan badan serta dihantar ke HPP untuk rawatan lanjut.

Beliau berkata, polis masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca kemalangan termasuk mengambil sampel darah lelaki terbabit untuk ujian kimia bagi menentukan sama ada memandu di bawah pengaruh alkohol atau sebaliknya.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke HPP dan hasil bedah siasat mangsa disahkan mati akibat parah di kepala dan dada.

Sementara itu, Pegawai Turus Trafik negeri, Deputi Superintendan Abd Rahim Din, berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara minimum dua tahun atau maksimum 10 tahun dan denda RM5,000 atau maksimum RM20,000 atau kedua-dua sekali.





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!