Wednesday, December 8, 2010

Entry gambar.....Latest dari seberang..

Mahkamah Negeri Bandung, Jawa Barat isnin, 6 Disember 2010 kembali membuat perbicaraan Ariel berkaitan  kes video porno. Perbicaraan ini diadakan secara terbuka. Ramai keluarga dan rakan Ariel yang datang untuk mengikuti perbicaraan sekaligus menjenguk Ariel, termasuk ahli Peterpan, Uki dan David.



Sambil menikmati makanan segera (Burger), Ariel bersiap menunggu perbicaraan bermula..



Ariel sedang menjalani perbicaraan
 
 
 
Ahli Peterpan, Uki dan David turut menghadiri perbicaraan Ariel
 
 
 
 
Ariel diiringi polis menuju balai perbicaraan




Pemain Keyboard Peterpan, David mendengarkan material lagu terbaru Peterpan kepada Ariel
 
 
 
Ariel menyentuh perut seorang ibu hamil yang tengah mengidam..
 
 
 
Ariel dan peguamnya berbincang sebelum perbicaraan bermula..




.

Farah Diana Tak Rasa Tersisih Selepas Bertudung


Membuat keputusan untuk memakai tudung pada Julai lalu tidak membuahkan perasaan negatif kepada penyanyi Farah Diana Anuar, 25.
Malah dia semakin selesa dengan penghijrahan tersebut. Tidak pernah terlintas perasaan akan disisihkan atau timbul persoalan diskriminasi.

“Saya rasa ‘ok’ dan tidak perlu bimbang setelah memakai tudung dalam industri seni ini. Setakat ini, saya rasa alhamdulillah, semuanya berjalan dengan mudah dan baik,” kata Farah.
Farah akui, kebanyakan fesyen yang diperagakan kini perlu bersesuaian dengan imej muslimah. Jadi, dia menjadikan buku dan Internet untuk mencari imej yang sesuai.

“Saya tahu, apabila bertudung saya perlu menjaga imej dengan baik. Jadi, saya perlu memikirkan batasan dalam berpakaian. Saya rasa tiada masalah kerana sebelum ini saya tidak pernah memakai pakaian seksi dan terdedah.
“Alhamdulillah, ada juga pihak penaja seperti butik muslimah Hajaba yang ingin menaja pakaian saya,” ujarnya.

Dalam masa yang sama, bekas pelajar Akademi Fantasia musim kedua ini terfikirkan banyak idea untuk stail bertudung selepas ini.

“Saya sedang merancang untuk bekerjasama dengan mana-mana pereka fesyen untuk menghasilkan tudung saya.

“Setakat ini, saya belum berjumpa dengan pereka fesyen yang secocok untuk bekerjasama. Mungkin saya akan mencuba Qudyn,” kata pengacara program Rasa Halal Orient di Astro Oasis ini.

Penyanyi lagu Tangisan Dalam Kerinduan dan Antara Dua ini telah mengembara ke Kemboja, Hong Kong dan Taiwan untuk menjayakan penggambaran program tersebut.
Kini, program ini bakal memasuki musim kelima dan kemungkinan akan menonjolkan budaya masyarakat Islam di Vietnam pula.

Menyentuh tentang perkembangan lain, Farah turut akan mengacara sebuah program televisyen di TV Al-Hijrah dan mengendalikan program Nasi Lemak Kopi O di TV9.

Sekali-sekala pada hujung minggu, dia akan sibuk dengan persembahan nyanyian dan merangka single terbaru.



.

1st Eijams Family Giveaway


Yeah...Setelah pernah menang giveaway...
lulu teruja nak join lebih banyak contest...
Sila klik pada banner giveaway untuk lebih lanjut mengenainya..

Lulu tak boleh nak ckp panjang lebar mengenai penganjur, sbb ini 1st time tgk blog dia..
Tapi, apa yg lulu tahu, kak ni memiliki 2 orang puteri...
yeah...semoga berbahagia disamping keluarga dan anak-anak..


lulu nak tag makbed dan nini untuk join sekali..
yah.....





.

Saintis kaji rahsia haiwan boleh pulihkan organ yang terputus


HANOVER - Anggota badan dan organ manusia yang kudung boleh tumbuh semula pada masa depan setelah sekumpulan saintis di Jerman semakin hampir membongkar rahsia bagaimana haiwan salamander menumbuhkan semula kakinya yang putus atau memulihkan organnya yang tercedera, lapor sebuah akhbar semalam

Kumpulan saintis Sekolah Perubatan Hanover di sini sedang mengkaji haiwan salamander Axolotl yang hidup di Mexico.

Mereka berjaya mengasingkan gen amfibia itu yang berfungsi menumbuhkan semula organnya dengan harapan gen berkenaan dapat digunakan untuk menumbuhkan organ manusia kelak.

"Proses penyembuhan haiwan salamander Axolotl berlaku dalam sekelip mata," kata seorang saintis kumpulan itu Björn Menger yang disiarkan dalam majalah tempatan, Spiegel pada minggu ini.

"Anda dapat menyaksikan sendiri proses penyembuhan itu berlaku," tambahnya.
Selain anggota badan, ia juga dapat memulihkan kecederaan pada otak dan saraf tunjangnya sekali gus meningkatkan harapan pesakit yang lumpuh untuk kembali berjalan.




.

Bina rumah berbentuk telur


BEIJING - Seorang siswazah, Dai Haifei membina sebuah kabin berbentuk telur dengan menggunakan buluh, rumput dan kayu kerana tidak mahu dibebani kos sewa rumah yang mahal di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Kabin unik itu menarik perhatian ramai di China dan di luar negara.

Pada minggu lalu, pemuda berusia 24 tahun itu berkata, dia membina kabin tersebut kerana tidak mampu membayar sewa selain dapat tinggal berhampiran dengan tempat kerjanya.

Namun, pada Jumaat lepas beberapa saksi melihat Haifei dan rakan-rakannya memindahkan kabinnya ke atas sebuah lori.

Dia menyatakan, rumahnya itu dibawa oleh syarikatnya yang merupakan sebuah firma reka bentuk kerana ia kelihatan unik.

Namun, kini terdapat khabar angin bahawa rumah itu sengaja dibina untuk tujuan promosi.




.

Suami didakwa rancang bunuh isteri

Shrien dan Anni Dewani

CAPE TOWN - Seorang ahli perniagaan Britain, Shrien Dewani, 30, merancang komplot untuk membunuh isterinya, Anni Dewani, 28, ketika mereka berbulan madu di Afrika Selatan, menurut beberapa keterangan di sebuah mahkamah semalam.

Tuduhan itu dibuat pendakwa raya, Rodney de Kock bahawa Shrien membayar dua pembunuh upahan sebanyak £1,400 (RM6,958) untuk membunuh isterinya selepas dua minggu mereka berkahwin.

"Mangsa dibunuh atas arahan suaminya," kata De Kock.

Menurutnya, ahli perniagaan itu mengupah pemandu teksinya, Zola Tongo supaya mengaturkan kedua-dua pembunuh upahan itu untuk menyerang teksi mereka ketika ia melalui bandar raya di sini pada 13 November lalu.


Kelmarin, Tongo dihukum penjara 18 tahun kerana terbabit dalam pembunuhan wanita Britain itu manakala dua lelaki yang dituduh membunuh Anni akan dihadapkan ke mahkamah pada 25 Februari depan.

Pihak pendakwa raya mendakwa Shrien membuat perancangan supaya dia dan pemandu teksi itu tidak dicederakan.

Dalam rancangan itu, isterinya perlu kelihatan mati dalam satu kes rompakan.

Mayat mangsa ditemui di satu kawasan di bandar raya itu.

Maklumat tersebut diperoleh daripada ketiga-ketiga lelaki terbabit sebagai persetujuan dengan pihak pendakwa raya supaya pertuduhan lebih ringan dikenakan ke atas mereka.




.

Bekas pelajar agama hilangkan diri


Selepas berulang alik antara rumah kedua ibu bapanya yang bercerai 10 tahun lalu, akhirnya seorang bekas pelajar perempuan sekolah agama di sini menghilangkan diri sejak dua hari lalu.

Bapa pelajar berkenaan, Kamaruddin Hassan, 46, berkata, anaknya Nurul Shaziena Kamaruddin, 18, ada memaklumkan kepadanya untuk pergi ke rumah ibunya di Pasir Tumboh, Kota Bharu, bagaimanapun anaknya gagal dihubungi selepas itu.

Katanya, sudah menjadi kebiasaan untuk anaknya yang mesra dipanggil Kak Ngah itu berulang alik dari rumahnya di Padang Rokna, Wakaf Bharu ke rumah bekas isterinya, Rola Rina, 37, selepas mereka bercerai kira-kira 10 tahun lalu.

"Kak Ngah ada memaklumkan kepada saya melalui telefon untuk pergi ke rumah ibunya pada Ahad lalu, selepas dia keluar rumah kira-kira pukul 10 pagi hari yang sama. Tetapi apabila saya cuba menghubunginya keesokan hari, (panggilan) tidak berjawab menyebabkan saya berasa tidak sedap hati.

"Selepas menghubungi bekas isteri, saya dimaklumkan Nurul Shaziena tidak datang ke sana sejak dua hari lalu dan berusaha beberapa kali menghubungi Shaziena, sebelum mengambil keputusan melaporkan perkara itu di Balai Polis Wakaf Bharu tengah hari ini," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Supritendan Khalid Munap ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kehilangan itu sambil meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat supaya menghubungi balai Polis Wakaf Bharu di talian 09-7196222 atau bapa mangsa di talian 014-5209617 dan 012-9631973.




.

Kemalangan ngeri apabila buat pusingan U..


Akibat melanggar undang-undang jalan raya dengan membuat pusingan U di Kilometer 27.3 Lebuh Raya Persekutuan di sini, tiga remaja yang menaiki sebuah kereta Perodua Kancil maut setelah dirempuh kenderaan lain awal pagi ini.

Mereka yang maut dalam kemalangan pukul 3 pagi ini ialah pemandu Perodua Kancil tersebut, Chong Jin Kong, 17, dan dua penumpang, Liew Yuh Fen, 17, serta Fong Mun Fai, 18.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Supritendan Che Hussin Omar berkata, kemalangan itu berlaku apabila pemandu Perodua Kancil yang dalam perjalanan ke Subang membuat pusingan U selepas Jambatan Pasangan Kabel Motorola.

Menurutnya, kereta itu yang berada di laluan paling kiri secara tiba-tiba membuat pusingan U tanpa menyedari terdapat sebuah Proton Waja di belakang mereka di lorong kanan.
"Proton Waja yang dipandu J. Sukvinderjit dikatakan gagal melihat lalu merempuh Perodua Kancil itu di
bahagian tepi pemandu sehingga menyebabkan dua penumpangnya tercampak keluar.

"Seorang daripada mereka tercampak ke jalan bertentangan dan seorang lagi di laluan sama, manakala pemandu yang tersepit di dalam kereta Perodua Kancil melambung ke kiri jalan," katanya di sini hari ini.
Difahamkan, mangsa yang tercampak di laluan bertentangan digilis oleh sebuah lori seberat lima tan serta diseret sejauh 20 meter sehingga mayatnya sukar dikenali.

Che Hussin memberitahu, pemandu kedua-dua kereta itu mengalami kecederaan serius akibat tersepit di dalam kenderaan masing-masing.

Jelasnya, Jin Kong yang tersepit di dalam Perodua Kancil tersebut putus kaki kirinya dan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan, namun meninggal dunia pukul 8 pagi ini.
Manakala Sukvinderjit pula katanya, turut parah dan berada dalam keadaan kritikal di PPUM.

"Pasukan Bomba dan Penyelamat yang turut membantu dalam kemalangan itu mengambil masa kira-kira 40 minit untuk mengeluarkan kedua-dua pemandu yang tersepit," ujarnya.

Kemalangan berlaku kira-kira 300 meter dari lokasi yang mengorbankan tiga lelaki dalam kemalangan Khamis lalu yang berpunca daripada seorang pejalan kaki warga asing cuba melintas lebuh raya.




.

Tertinggal tangan



JERTIH: Seorang lelaki yang cuba memecah masuk sebuah rumah di Kampung Pengkalan Gaduh, dekat sini, mungkin tidak sedar dia tertinggal pergelangan tangan kirinya selepas ditetak pemilik rumah berkenaan sebaik menyedari kediamannya diceroboh, awal pagi semalam.
Kejadian berlaku selepas pemilik rumah yang juga penternak ikan dalam sangkar itu berang sebaik melihat seorang lelaki sedang mengumpil tingkap rumahnya sejurus terjaga dari tidur kerana terdengar bunyi pelik.

Menceritakan kejadian berkenaan, penternak yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian, dia tidur bersama enam ahli keluarga lain sebelum terjaga kira-kira jam 3 pagi.

“Kerana mengesyaki sesuatu, saya terus mengambil parang dan keluar melalui pintu utama sebelum melihat seorang lelaki sedang mengumpil pintu rumah dan saya terus melibaskan parang.

“Dia yang menyedari kehadiran saya memusingkan badan ke arah saya menyebabkan libasan itu terkena pergelangan tangan kiri dan ketika terkena libasan, lelaki berkenaan langsung tidak menjerit sebaliknya terus melarikan diri,” katanya.

Katanya, dia melihat pergelangan tangan mangsa jatuh di halaman rumah dan mengesyaki lelaki itu tidak menyedarinya kerana panik dengan kehadirannya.

“Dia mungkin panik untuk menyedari pergelangan tangannya putus,” kata pemilik rumah itu yang membuat laporan polis kira-kira jam 4 pagi di Balai Polis Kampung Raja, di sini.

Susulan laporan itu, sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian dan memeriksa kawasan sekitar serta menemui pergelangan tangan suspek lalu dihantar ke Hospital Besut (HB) pada jam 5.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Che Zakaria berkata, gerakan mengesan suspek dilakukan berdasarkan bukti dan gambaran diperoleh dari mangsa sebelum serbuan dilakukan di sebuah chalet berhampiran lokasi kejadian kira-kira jam 9 pagi.

“Berdasarkan maklumat itu, sepasukan anggota polis menyerbu kawasan terbabit sebelum mereka terdengar tangisan seorang wanita di chalet itu dan menemui suspek terbaring dengan tangannya ditutup dengan bantal,” katanya.

“Selepas diperiksa, kami mendapati lelaki berusia 29 tahun dari Kampung Bintang, Permaisuri, Setiu itu tidak mempunyai pergelangan tangan menyebabkan kedua-duanya ditahan bagi membantu siasatan,” katanya.

Wanita yang ditahan bersama suspek berusia 15 tahun dan berasal dari Kampung Cerang Ruku, Pasir Puteh, Kelantan, mendakwa dirinya isteri suspek berkenaan.

Selepas ditahan, suspek yang mengalami pendarahan teruk akibat terkena tetakan dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan, bersama pergelangan tangan untuk penyambungan semula.

Kamaruddin berkata, siasatan awal mendapati suspek bersama teman wanitanya baru menyewa di chalet itu dan dia tidak mempunyai sebarang rekod jenayah sebelum ini dan siasatan lanjut akan dijalankan sejurus dia selesai menjalani rawatan.




.

Pelajar kolej swasta terbunuh kereta langgar tiang lampu


PUTRAJAYA: Seorang pelajar kolej swasta di Sunway, Selangor yang dalam perjalanan pulang selepas selesai syif malam kerja sambilan, maut apabila kereta yang dipandunya terbabas dan melanggar tiang lampu di susur keluar dari Cyberjaya ke pekan Dengkil dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.10 pagi itu, mangsa yang berusia 21 tahun itu difahamkan sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Dengkil.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di kepala manakala kenderaan yang dinaikinya hampir terputus dua akibat melanggar tiang lampu.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, yang mengesahkan kejadian itu, berkata siasatan awal mendapati kereta mangsa hilang kawalan apabila tiba di tempat kejadian, sebelum terbabas ke dalam longkang dan melanggar tiang lampu jalan.

“Kami percaya mangsa letih dan mengantuk selepas bekerja sepanjang malam sebelum pulang ke rumahnya di Dengkil,” katanya ketika dihubungi semalam.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat.



P/S - Mesti laju ni..






.

Kepala pecah dipijak gajah


GUA MUSANG: “Sayu hati saya melihat kepala arwah pecah dan dadanya remuk. Kami terpaksa mengusung mayatnya sejauh hampir satu kilometer sebelum boleh dibawa pulang ke rumah dengan kenderaan kami,” kata Mohd Asri Shafie, 30.
Dalam kejadian 4.50 petang kelmarin, rakannya, Muhamad Adnan Iberahim, 26, menemui ajal selepas dipijak sekumpulan gajah liar di Hutan Bering, dekat Pos Pasik.

Sebelum kejadian, mangsa yang mencari buah keranji bersama empat rakannya di hutan itu berdepan saat getir apabila dikejar sekumpulan gajah liar.

Bagaimanapun, empat daripada mereka bernasib baik kerana terselamat manakala mangsa gagal berbuat demikian apabila dipijak kumpulan gajah yang dianggarkan berjumlah enam atau tujuh ekor itu menyebabkan dia cedera parah.

Menceritakan kejadian itu, Mohd Asri berkata, mereka berlima ke hutan itu kira-kira jam 8 pagi untuk mencari buah keranji untuk dijual.

“Setibanya di hutan itu, kami meletakkan kenderaan pacuan empat roda dan berjalan kaki beramai-ramai. Bagaimanapun ketika dalam perjalanan, kami terserempak sekumpulan gajah liar dan haiwan itu menjerit sambil mengejar kami.

“Situasi itu menyebabkan saya bersama arwah dan tiga rakan bertempiaran melarikan diri ke pelbagai arah bagi mengelak dikejar kumpulan gajah liar yang seperti naik minyak,” katanya ketika ditemui semalam.

Katanya, selepas kumpulan gajah terbabit lesap daripada pandangan, mereka berkumpul di satu tempat di hutan itu namun gagal menemui Muhamad Adnan yang turut lari menyelamatkan diri.

“Melihat dia tiada dan keadaan kembali seperti biasa, kami mengambil tindakan segera mencarinya dengan berpatah balik ke laluan gajah terbabit sebelum menemui rakan kami itu dalam keadaan parah,” katanya.

Menurutnya, dia bersama rakan terpaksa mengusung mayat arwah hampir satu kilometer untuk dibawa balik dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda kerana tidak sanggup tinggal di situ untuk menunggu polis tiba.

“Kami berempat mengusung mayat arwah untuk dibawa pulang ke rumah dan membuat laporan di Balai Polis Bertam sebelum polis membawa mayat itu ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.

“Kalau kami terus berada di hutan itu, kemungkinan akan mengambil masa lebih lama sementara menunggu polis tiba,” katanya.

Bapa arwah, Iberahim Omar, 57, pula berkata, dia tinggal di Kampung Lata Rek, Kuala Krai manakala anak sulung daripada enam beradik itu tinggal bersama bapa saudara di Kampung Bertam Lama dan bekerja mengambil upah menebas ladang.

“Saya tidak tahu dia masuk hutan mencari buah keranji dan hanya mengetahui kejadian itu jam 6.30 petang sebaik menerima panggilan telefon daripada adik, Ismail Mohamad, 42, dan terus bergegas ke HGM,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Saiful Bahri Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan mayat mangsa dihantar ke HGM untuk bedah siasat.




.

'Mak saya disembelih'

Keadaan rumah selepas kejadian

PASIR MAS: “Mak saya kena sembelih!” jerit seorang peniaga, Lee Chee Keong, 30, kepada sepupunya, Lew Beng Lai, 76, sebaik melihat ibunya ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah di rumahnya di Kampung Lubok Tapah, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 2 petang itu, Lee yang pulang ke rumah untuk menghantar nasi bungkus kepada ibunya, Yeap Seok Pen, 60, terkejut apabila disajikan kejadian memilukan menimpa pesara jururawat terbabit.

Berikutan itu, Chee Keong memaklumkan kejadian terbabit kepada bapanya, Lee Lai Wing, 64, yang ketika itu berada di kedai jam milik keluarga mereka di bandar ini, selain memberitahu Lew yang tinggal di sebelah rumah.

Difahamkan, kejadian dipercayai mempunyai kaitan dengan amah yang baru diambil bekerja daripada ejen pembantu rumah di Kota Bharu sejak dua minggu lalu. Pembantu rumah itu didapati tiada di rumah ketika mayat Yeap ditemui.

Khidmat anjing digunakan untuk mencari bukti

Namun, dengan bantuan orang ramai dan kecekapan polis membolehkan pembantu rumah warga Indonesia berusia 20-an itu diberkas di Cabang Empat Tok Uban, di sini, kira-kira jam 5 petang.

Suspek dibawa sekumpulan anggota Cawangan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Pasir Mas untuk siasatan lanjut.

Menceritakan kejadian itu, Lew berkata, dia yang duduk di depan rumah bersama anak saudaranya terkejut sebaik mendengar jeritan saudaranya itu.

“Saya terperanjat apabila sepupu beritahu ibunya mati disembelih. Mulanya macam tidak percaya, tetapi keadaannya ketika mengungkapkan perkataan terbabit menyebabkan saya berdebar-debar.

“Sambil berdiri di pagar rumah, Chee Keong menghubungi ayahnya yang berniaga di kedai jam tangan di bandar ini selain melaporkan kepada polis,” katanya ditemui di rumahnya, semalam.

Menurutnya, dia pergi ke rumah terbabit dan mendapati mangsa terlentang dan berlumuran darah di kepala.

Katanya, mangsa yang tinggal di rumah berkenaan bersama tiga ahli keluarganya termasuk suami dan dua anak lelaki mengambil pembantu rumah untuk menjaganya.

Mayat Yeap dibawa keluar

“Mereka sekeluarga baru mengambil pembantu rumah itu dua minggu lalu.
Tujuannya untuk menjaga mangsa kerana keadaannya tidak begitu sihat dan perlu penjagaan rapi,” katanya.

Chee Keong yang enggan mengulas lanjut mengenai kejadian terbabit, bagaimanapun mengesahkan kejadian menimpa ibunya itu disedari sebaik menghantar makanan tengah hari ke rumah kira-kira jam 2 petang.

“Pagi sebelum kejadian, saya dan bapa meninggalkan ibu dalam keadaan baik di bawah penjagaan pembantu rumah. Dia seorang yang rajin dan mendengar kata.

“Saya amat terkejut melihat ibu dalam keadaan tidak bernyawa di ruang tamu dan berlumuran darah di muka,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner II Mazlan Lazim, berkata kejadian dipercayai berlaku antara jam 12 hingga 1 tengah hari selepas seorang anak mangsa pulang ke rumah bagi menghantar makanan kepada mangsa.

Beliau berkata, mangsa ditemui terbaring berlumuran darah di ruang tamu rumahnya di Kampung Lubuk Tapah, di sini, dan dipercayai ditikam penyerang yang juga pembantu rumahnya iaitu seorang wanita berusia 21 tahun.

Katanya, mangsa yang juga bekas kakitangan sebuah klinik pergigian di Pasir Mas menghidap Parkinson sejak beberapa tahun lalu.

“Setakat ini kami masih menyiasat motif kejadian dan menyoal siasat anak lelaki mangsa yang menemuinya terbaring di dalam rumah.

“Maklumat awal mengatakan ada jiran terdengar bunyi bising seolah-olah pertengkaran di rumah mangsa sebelum mayatnya ditemui berlumuran darah,” katanya.

Mazlan berkata, polis membuat sekatan jalan raya sebelum mengesan suspek di sekitar Cabang Empat Tok Uban, di sini, dengan bantuan orang ramai dan menahannya kira-kira jam 5.15 petang selepas itu.

“Suspek dikesan di sekitar Tok Uban dan hasil kerjasama orang ramai, suspek yang ketika itu dilihat berjalan ditahan.

“Kami akan menahannya untuk siasatan lanjut dan mengetahui punca dia bertindak demikian,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurut Mazlan, kes terbabit akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.




.

Siti harap dapat anak tahun depan

TAHUN 2010 bakal melabuhkan tirai untuk memberi laluan dengan kehadiran tahun 2011. Sepanjang tahun ini, penyanyi kesayangan ramai,

Datuk Siti Nurhaliza seakan-akan menyepi sedikit dalam dunia seni. Tiada konsert, tiada album baru malah baru-baru ini telah menarik diri daripada bertanding dalam Anugerah Bintang Popular.

Waima Siti ada merakamkan album CTKD (Canda, Tangis, Ketawa, Duka) bersama sahabat baiknya, Kris Dayanti pada tahun lalu dan album solo berjudul Tahajjud Cinta pada tahun yang sama.

Bagi peminat Siti yang sentiasa mengikuti dirinya, pasti sedar tahun 2010 bagi Siti telah diisi dengan aktiviti perniagaan.

Seolah sudah serius terlibat dalam perniagaan dan sudah mula perlahan-lahan meninggalkan dunia nyanyian. Siti Nurhaliza dengan jelas menidakkan perkara tersebut.

“Saya masih sayang kepada dunia nyanyian. Malah, saya rasa rindu untuk mengadakan konsert.

“Nyanyian ialah cinta pertama saya dan melalui nyanyian juga saya dapat mencapai semua impian saya. Dapat membuka perniagaan dan kehidupan Siti yang bertambah baik,” luah Siti berhubung kecintaannya terhadap dunia seni suara.

Siti juga menambah, dia perlu untuk melakukan sesuatu untuk menyokong kehidupan di masa hadapan. Seperti mana khalayak melihat usaha Siti sepanjang tahun 2010 ini jelas menunjukkan dunia perniagaan menjadi pilihan.

“Tambahan pula, selain menyanyi, bidang kecantikan dan kosmetik ialah nyala rasa Siti.
“Bagi Siti, sekarang ialah masa yang terbaik untuk Siti terlibat dalam dunia perniagaan,” kata pelantun lagu Jerat Percintaan ini.

Selepas melancarkan produk Simply Siti pada bulan Mac yang lalu, terkini, Siti telah menjadi rakan niaga dalam sebuah syarikat jualan langsung yang sudah beroperasi di Malaysia sejak 2008.
Sebagai permulaan, pembukaan rasmi Sity Avita Sdn. Bhd. di Menara UOA Bangsar baru-baru ini menjadi tanda usahasama Siti dan Syarikat Avita.

“Siti diperkenalkan dengan produk Celergen keluaran Avita oleh kakak ipar Siti, Zaini (Muhd. Jiwa) dan kami sekeluarga mencuba.

“Selepas hampir setahun menggunakan produk Celergen, kesan segera yang Siti dapat ialah ia memberi
tenaga, kulit menjadi cantik dan membaiki sel-sel dalam badan.

“Hasilnya amat baik dan disebabkan itu juga Siti berani melabur dalam perniagaan ini,” kata Siti yang enggan memberitahu jumlah pelaburan yang dibuat walaupun diasak dengan persoalan tersebut.
Celergen ialah penokok pemakanan antipenuaan dan terapi sel marin termaju dari Switzerland yang telah diluluskan oleh Pejabat Kesihatan Awam Persekutuan Swiss dengan pematuhan penuh pada FDA, Amerika Syarikat.

Segala hal-hal pengurusan dalam syarikat ini diuruskan sepenuhnya oleh kakak ipar Siti, Zaini Muhd. Jiwa dan suami, Datuk Khalid Muhd, Jiwa yang turut hadir pada majlis tersebut. Turut kelihatan ialah ketua pegawai eksekutif Avita, Lee Xiang Yin.

Bukan sahaja keluarga, malah Siti juga turut memperkenalkan produk tersebut kepada rakan artis yang lain seperti Kris Dayanti (KD).
Setiap kali KD datang ke Malaysia, pasti dia akan memesan tujuh atau lapan kotak untuk dibawa pulang ke Indonesia.

“Kami juga berharap dapat menembusi pasaran Indonesia tahun hadapan,” tambah Siti yang semakin rancak menjalankan perniagaan.
Antara rakan artis lain yang menggunakan produk ini ialah Umie Aida, Ziela Jalil dan Erma Fatima.

Bercerita mengenai perancangan masa hadapan karier seninya, pada Disember ini, Siti akan membuat rakaman single untuk album terbaru. Antara komposer yang terlibat ialah Audi Mok, Aubrey Suwito, Aizat dan Yuna juga Siti ada buat permintaan untuk mencipta lagu.
“Saya sudah tidak sabar untuk masuk studio dan memulakan rakaman,” kata Siti sudah memiliki 14 album solo.

Ketika ditebak dengan persoalan anak, ujar Siti: “Itu harapan saya pada tahun 2011.”




.

Tangan putus dilibas parang

KAMARUDIN menunjukkan parang yang digunakan oleh seorang penduduk untuk melibas tangan pencuri di Besut

BESUT - Belum sempat kebas apa-apa, tangan pula putus dilibas.

Demikian nasib malang yang menimpa seorang pencuri berusia 28 tahun ketika cuba memecah masuk rumah milik pengusaha ternakan ikan kolam di Kampung Pengkalan Gaduh, Limbongan dekat sini semalam.

Kejadian pukul 3.30 pagi itu menyebabkan pergelangan tangan kiri suspek putus selepas dilibas dengan sebilah parang oleh pemilik rumah berusia 49 tahun berkenaan.

Ketua Polis Daerah Besut, Supritendan Kamarudin Mohd. Zakaria berkata, mangsa yang tersedar dari tidur ternampak kelibat suspek yang cuba menceroboh rumahnya.

Katanya, sebaik keluar sambil membawa parang, mangsa kemudian telah diserang dengan besi oleh suspek. Besi itu digunakan suspek untuk mengumpil tingkap rumah mangsa.

"Mangsa yang dapat mengelak kemudian telah melibas suspek dengan parang. Suspek pula menahannya dengan tangan.

"Akibatnya, tangan kiri suspek terputus dari paras pergelangan. Lelaki dari Setiu, itu kemudian melarikan diri manakala tangannya ditinggalkan di situ," katanya yang memberitahu mangsa terus menghubungi polis.




.

Buat Contest? Layakkah?

Salam reader's...
Alhamdulillah, dah masuk kita dialam baru..setelah menyambut maal hijrah semalam..
Diharap, semoga hidup kita lebih teratur, lebih bahagia...

Korang, Tinjauan mengenai contest, sudah berakhir sebentar tadi..
Wah boleh tahan eh korang semangat nak suruh lulu anjurkan contest...
Berkobar-kobar semangat didada..
Betul tak sangka ada yang sokong lulu buat contest..
(Walaupun ada juga yg nak tgk hadiah dulu sblm join..ngee
*baikkknya hati korang kan)



Tapi..........
Layak ke lulu buat contest?
Ada ke orang nak ikut?
Waaa..IDEA tu mmg ada..
Tapi ada masalah....
ngee..Belum ada dana nak sedia hadiah..
Eh, berminat tak jd SPONSOR?
ada sponsor, confirm jalan jer contest..ngee...


Takpe..Kalau nak juga tunggu dana dari lulu,
kena sabar tunggu...
Boleh?






.

Kerana Seekor Anjing, Pesawat Mendarat Cemas............


Sebuah pesawat penumpang di Amerika Serikat terpaksa mendarat cemas. Penyebabnya bukan kerana sabotaj teroris atau gangguan cuaca, tetapi kerana gigitan seekor anjing.

Menurut berita Associated Press, keadaan itu berlaku kepada 122 penumpang pesawat US Airways, beberapa saat setelah berlepas dari landasan Newark pada isnin pagi menuju Phoenix. Ternyata ada seorang
penumpang yang membawa seekor anjing di dalam sebuah kandang.

Ketika berhasil melepaskan diri, anjing itu bergerak liar. Dia malah menggigit seorang penumpang dan seorang kru kabin, yang cuba menangkapnya.

Mendengar keriuhan itu, pilot akhirnya mengalihkan rute penerbangan dengan mendaratkan pesawat ke lapangan terbang terdekat, iaitu di Kota Pittsburgh.

kandang anjing tersebut

"Kapten pesawat, demi keselamatan, memilih mendarat dan mengatasi masalah itu terlebih dahulu tetapi tetap menerbangkan pesawat," kata juru bicara US Airways, Todd Lemacher, kepada harian Pittsburgh Tribune-Review, yang juga disiarkan oleh harian USA Today

Penyebabnya adalah seekor anjing terrier Manchester bernama Mandy. Menurut sisatan, anjing itu nampaknya sedar dari pengaruh ubat penenang ketika masih di dalam pesawat sehingga dia akhinya menjadi panik.

Para penumpang akhirnya meneruskan penerbangan dengan pesawat yang sama, kecuali anjing dan pemiliknya, iaitu seorang perempuan berusia 89 tahun.

Pemilik anjing


Dalam penerbangan komersil, sebenarnya tidak dibolehkan bagi penumpang membawa haiwan ke dalam kabin. Namun, US Airways membuat pengecualian, dengan syarat penumpang itu bersedia dikenakan bayaran tambahan US$100 untuk sekali jalan dan ditempatkan di suatu kandang khas, yang muat diletakkan di bahagian bawah kerusi penumpang di barisan depan.

Sepanjang penerbangan, haiwan yang dibawa di kabin penumpang itu tidak dibolehkan dilepas dari kandang. Tidak dijelaskan apakah ada hukuman keatas pemilik anjing itu.



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!