Monday, December 27, 2010

Dua Remaja Maut, Seorang Cedera Parah ...


Dua remaja lelaki maut manakala seorang lagi rakan mereka cedera parah apabila basikal yang dinaiki dirempuh sebuah van dalam kejadian di Jalan Muar-Batu Pahat, berhadapan Kompleks Penghulu Sungai Balang, dekat Muar, Isnin.

Ketua Polis Daerah Muar ACP Mohamad Nasir Ramli berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 4.30 pagi tadi ketika ketiga-tiga mangsa bersama enam rakan yang lain menaiki basikal secara berkumpulan untuk ke Taman Tema Wet World, di Batu Pahat.

"Mangsa yang terbunuh adalah Mohd Sufi Johari, 15, dan Mohd Amirul Nizam Awang Nudin, 17. Mohd Sufi maut di tempat kejadian manakala Mohd Amirul Nizam meninggal dunia ketika dirawat di Unit Kecemasan Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) kira-kira pukul 11 pagi tadi," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Mohamad Nasir berkata mangsa yang cedera parah dan belum dikenal pasti identitinya pula dilaporkan dalam keadaan kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital yang sama.

Beliau berkata enam lagi kumpulan remaja itu hanya mengalami kecederaan ringan dan dirawat sebagai pesakit luar.

Menurut Mohamad Nasir, siasatan awal mempercayai van dari arah Parit Jawa, Muar menuju ke Batu Pahat itu merempuh kelompok basikal berkenaan yang menyebabkan sebahagian mangsa terpelanting bersama basikal mereka.

Rempuhan yang kuat itu, katanya turut menyebabkan cermin hadapan van berkenaan pecah.

"Pemandu van berkenaan yang berusia 24 tahun menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Muar dan kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 41 (1)Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian," katanya.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Insp. Rahman Remi di 06-9526222 bagi membantu siasatan.



.

8 pelancong Amerika maut dalam perjalanan ke berhala


KAHERAH: Sebuah bas pelancong merempuh sebuah lori di selatan Mesir, semalam, menyebabkan lapan pelancong Amerika Syarikat terbunuh dan mencederakan 21 yang lain.


Media melaporkan, bas berkenaan membawa pelancong dari Aswan ke kawasan berhala purba di Abu Simbel.


Bas itu dikatakan merempuh lori yang ditinggalkan di laluan sempit di kawasan padang pasir.
Daripada lapan yang terbunuh, enam adalah wanita.


Pemandu bas dan pemandu pelancong turut cedera.


Pegawai keselamatan Mesir berkata, mangsa yang cedera dirawat di hospital tentera sebelum 10 daripada mereka dipindahkan ke Kaherah.


Kakitangan syarikat pelancongan terbabit berkata, nahas berlaku sejurus selepas bas berkenaan bertolak meninggalkan Aswan ketika subuh.









.



.

Maher Zain Gagal Hadir ..


Penyanyi terkenal Maher Zain gagal untuk hadir ke program siaran langsung Nasi Lemak Kopi O (NLKO) terbitan stesen televisyen TV9, di Sri Pentas, Ahad.
Menurut Produsernya, Wan Sabariah Shikh Ali, hal tersebut telah menyebabkan slot temubual selama 17 minit bersama penyanyi itu digantikan dengan slot lain.

“Sebelum ini semuanya berjalan lancar dan sehinggalah saat-saat akhir untuk slot tersebut, kami baru diberitahu bahawa Maher Zain tidak dapat dihubungi oleh penganjur.

“Jika program ini rakaman mungkin kami boleh tunggu tetapi ini adalah program secara langsung, malah kami sudah menuar-uarkan perkara tersebut beberapa hari sebelum ini,” katanya yang kesal dengan tindakan tersebut.

Jelas Wan Sabariah, temubual tersebut juga adalah permintaan daripada pihak penganjur KMG Globalzone sebagai mempromosi Malam Amal Setulus Kaseh bersama Maher Zain pada 26, 27 dan 28 Disember ini.

“Pihak penganjur yang memohon satu slot untuk Maher Zain sebagai promosi malam amal tersebut. Kami tidak ada masalah untuk beri beri promosi percuma kepada mereka tapi mereka juga sepatutnya beri kerjasama.

“Ini juga merupakan kali ketiga TV9 memanggil Maher Zain ke studio, tapi tidak sangka pula dia tidak dapat hadir pada saat-saat akhir,” ujarnya.

Dalam pada itu, Pengurus Besar KMG Globalzone, Kamel Ahmad, yang turut hadir di situ berkata, mereka sudah mengaturkan segalanya sebaik mungkin, namun perkara ini adalah di luar kawalan.

“Memang kami yang mengaturkan sesi temuramah ini untuk promosi malam amal, sehingga semalam kami diberitahu oleh pembantu peribadi penyanyi itu bahawa semua berjalan lancar.

“Sehinggalah pagi tadi mereka tidak dapat dihubungi, saya cuba untuk menghubungi mereka tetapi gagal,” katanya.
Dalam pada itu, penyanyi Lubnan ini akan membuat persembahan di Malam Amal anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia akan berlangsung pada 26, 27 dan 28 Disember ini, pukul 8 malam di Summit Hotel, Subang Jaya.





.

Peladang tembak mati haiwan ganjil


PERSIMPANGAN LEBANON, Amerika Syarikat (AS) - Seorang peladang, Mark Cothren menembak mati seekor haiwan ganjil yang spesiesnya tidak diketahui, lapor beberapa buah akhbar kelmarin.

Cothren menembak mati haiwan tersebut pada 18 Disember lalu kerana bimbang terhadap keselamatannya kerana dia tidak mengetahui spesies makhluk ganjil itu.

Dia menembak haiwan itu selepas ia dilihat mendekati rumahnya.


"Ia kelihatan ganjil menyebabkan saya memegang raifal dan menembaknya. Saya berasa gembira kerana saya menembaknya kerana saya tidak mengetahui apakah sebenarnya makhluk itu," kata Cothren.

Beberapa pihak membuat pelbagai teori dengan menyatakan haiwan itu kemungkinan rakun atau opossum.
Namun, ada dakwaan yang menyatakan haiwan yang kelihatan seperti anjing itu merupakan chupacabra.
Chupacabra merupakan haiwan legenda di kawasan luar bandar yang suka menyerang kambing.


Misteri haiwan itu dijangka diselesaikan tidak lama lagi apabila Jabatan Perikanan dan Hidupan Liar Kentucky akan menguji asid deoksiribonukleik haiwan itu bagi menentukan spesies makhluk tersebut.




.

Special..umpama hadiah di tahun baru..

Salam...selamat petang...
Apa khabar korang..
Hari ni Lulu tak berapa sihat..
Rasa migrain masih ada lagi..
Kepala berat, rasa mcm nak tidur jer..
Tidak.....
Kemalasan sudah mendekatiku..

Tapi Lulu ok jer..
Boleh tahan lah..
Lulu masih boleh update blog,
masih boleh melakukan rutin harian..
Hah, kan lulu masih boleh...
ngee....

Sempena dah nak masuk bulan dan tahun baru ni...
Lulu terharu...
Terharu sangat.....
Sebab lulu dianugerahkan dengan 2 award berturut-turut
dari orang yang sama...
best-best.....
[KLIK SINI] - Terus direct ke blog beliau..
 Lagu kat blog tu best...



(Bila ambik award mesti ada Task yer..)


apa pendapat tentang blog akulah gereknya...?
Jujurnya, Lulu tak tahu nama pemilik blog ini.. 
(Tolonglah beritahu.. seksa weh, bila nak mention tapi tak tahu nama..
ads ur banner kat blog tu..ngee..ajar lulu mcm mana buat..)
Tapi, Lulu tahu dia adalah pembaca setia Lulu-Pages dan
selalu ingat dengan Lulu..Ngee..MekasihMySpace


tempat yang paling nak dilawati?
-Niagara Falls....
-Tengok bola live di England..(Stamford Bridge-Chelsea)
-Spain (Minat Telenovela)


3 perkara tentang diri aku?
-Tak banyak cakap, dan bercakap bila perlu
-Fanatik dengan tagalog dan telenovela
-Penyayang dan selalu menghargai org di sekeliling


Ok...Lengkap!
Lulu nak tag....


***


Jeng-jeng....
Ini award kedua...


MySpace



Ok, Award ni takde task..
Walaubagaimanapun, lulu nak ucapkan bebanyak terima kasih
buat teman lulu ni...
Semoga kasih sayang persahabatan antara kita akan berkekalan 
sampai bebila yer...



Lulu Tag..
syira aka sepatu hijau
y-A-n-A
thetriplets
makbed




Selesai...Kini giliran anda untuk ambik award yer...MySpace




.

Tsunami kecil landa Vanuatu


Gempa bumi kuat berukuran 7.3 melanda pulau Vanuatu di barat Pasifik semalam, mencetuskan tsunami kecil pada ketika dunia mengingati ulang tahun keenam tsunami besar yang meragut 220,000 nyawa di lautan Hindi pada 26 Disember 2004.

Pusat Amaran Tsunami yang berpusat di Hawaii berkata gempa bumi cetek itu mencetuskan tsunami, tetapi hanya berukuran 15 sentimeter dari paras biasa laut di Vanuatu.

“Pengukuran paras laut mengesahkan ada tsunami dicetuskan,” kata pusat itu dalam buletin diedarkannya.

“Tsunami itu berpotensi memusnahkan kediaman di tepi laut,” katanya, tetapi menarik balik amaran itu selepas terbukti tsunami itu kecil.

Gempa bumi itu melanda pada jam 12:16 pagi semalam (waktu tempatan) dan amaran asal tsunami meliputi Vanuatu, Fiji dan New Caledonia. Tidak ada laporan kecederaan atau kerosakan.

Jackie Philip, kakitangan di Hotel Port Vila di ibu negara Vanuatu berkata hotel itu dipenuhi pelanggan yang sedang menyambut hari Krismas.
“Beberapa daripada kami lari keluar untuk memerhatikan paras laut selepas gempa dan mendengar amaran tsunami di radio tetapi mendapati tiada apa yang berlaku,” katanya.

Jabatan kaji Bumi Amerika Syarikat berkata gempa bumi itu berlaku pada kedalaman 12.3 kilometer dan berpusat 145 kilometer di barat Isangel di pulau Tanna, sebahagian daripada kepulauan Vanuatu.

Sementara itu, pulau selatan New Zealand juga dilanda gempa bumi sekuat 4.9 semalam.

Tidak ada kecederaan dilaporkan tetapi sekurang-kurangnya 20 bangunan di pusat bandar rosak akibat gempa bumi itu yang saintis berkata adalah di antara ratusan yang dicatatkan sejak gempa bumi 7.1 yang melanda Christchurch pada 4 September.

Gempa bumi terbaru itu berlaku beberapa jam selepas gempa di Vanuatu.

New Zealand dan Vanuatu terletak di ‘lingkaran api’ Pasifik yang – lingkaran zon gempa dan gunung berapi dari Chile di Amerika Selatan, ke Alaska dan Pasifik selatan.




.

Wenger mahu 'bunuh' Chelsea


Arsene Wenger mahu memusnahkan terus sisa-sisa harapan Chelsea untuk bergelar juara liga musim ini apabila menerima kunjungan lawan mereka itu di Stadium Emirates awal pagi esok.
Amaran keras yang dibuat pengurus Arsenal itu bertujuan untuk mengingatkan Chelsea bahawa hanya kemenangan menjadi matla- mat anak-anak buahnya.

Keyakinan Wenger itu ditambah dengan kehadiran semula Cesc Fabregas dan Robin Van Persie dalam kesebelasan utama pasukannya buat kali pertama sejak Ogos lalu.
"Sudah tentu ini adalah perlawanan 'mesti menang'. Ia peluang terbaik buat pemain muda saya melakukannya untuk membuatkan nasib Chelsea bertambah parah," katanya.

Begitupun, berdasarkan pertemuan sebelum ini, rekod Arsenal tidaklah begitu baik setiap kali berdepan Chelsea tetapi prestasi semasa menjadi ukuran Wenger.
Ini memandangkan Chelsea yang kini di tangga keempat Liga Perdana England gagal mencatat kemenangan dalam lima perlawa- nan terbaru mereka.

Sedangkan Arsenal berjaya kembali melonjak ke tangga kedua liga dengan di- pisahkan hanya satu mata sahaja berbanding pendahulu, Manchester United.

"Kami yakin untuk mencatat kemenangan ke atas Chelsea kali ini walaupun gagal menewaskan United dua minggu lalu. Peningkatan pasukan kami cukup membanggakan berbanding pasukan lain.

"Chelsea kini berada dalam situasi semakin hilang keyakinan berbanding prestasi mereka pada Oktober lalu," tegasnya.



.

Shahir tetap akan bertanding


BUAT peminat setia juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8), Shahir, anda kini boleh menarik nafas lega apabila TV3 mengesahkan dia akan meneruskan perjuangannya di pentas akhir Anugerah Juara Lagu Ke-25 (AJL25) pada 9 Januari depan.

Pada awalnya, memang terdapat ura-ura mengatakan Shahir bakal digantikan dengan penyanyi lain memandangkan penyanyi muda itu sedang bergelut dengan masalah yang memungkinkannya tidak mampu beraksi pada anugerah berprestij itu.

Namun, kata Penerbit AJL25, Ahmad Shaifullizam Arshad atau lebih dikenali sebagai Gbam, segala masalah yang membelenggu Shahir sudah selesai dan sudah bersedia untuk memberikan persembahan terbaik pada malam yang dinanti-nantikan itu.

“Pihak Astro Entertainment Sdn. Bhd. sudah pun mengeluarkan surat bertulis yang mengatakan Shahir akan melunaskan tanggungjawabnya menyampaikan lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan.
“Perkara itu sememangnya cukup menggembirakan kami kerana apa yang dirancangkan dari awal semuanya akan berjalan dengan baik.

“Jujurnya, kami di TV3, memang sudah bersedia dengan beberapa pelan sokongan seandainya Shahir tidak dapat beraksi pada malam itu. Tetapi, pemilihan artis gantian bukan terletak pada tangan kami sebaliknya keputusan daripada komposer dan penulis lirik lagu itu,” ujarnya memberikan penjelasan ketika dihubungi Hits baru-baru ini.

Kebahagiaan Dalam Perpisahan merupakan antara 14 buah lagu yang akan berentap dalam AJL25 yang akan berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Terdahulu, pada sidang akhbar AJL 25 yang berlangsung di Celebrities Club, Solaris Mont Kiara, Kuala Lumpur baru-baru ini, Gbam menjelaskan menjawat jawatan Penerbit AJL untuk dua tahun berturut-turut sememangnya memberikan tekanan yang luar biasa untuknya.
Sementelah AJL24 telah dianggap sebagai produksi terbaik sepanjang 24 tahun AJL dianjurkan, Gbam walau bagaimanapun, tidak mahu terlalu memikirkan soal itu.

Sebaliknya, dia dan pasukannya sudah bersedia untuk memberikan sebuah persembahan yang terbaik agar ia meninggalkan satu kesan abadi kepada peminat setia AJL dan juga pencinta muzik tanah air.
“Saya menganggap tawaran ini sebagai satu cabaran dan kalau kita tidak mencubanya, mana mungkin kita
tahu kedudukan kita sebagai seorang penerbit.

“Memang pada mulanya, apabila diberitahu saya akan menggalas tanggungjawab ini sekali lagi, saya pening kepala untuk memikirkan konsep persembahan kerana AJL24 sudah diletakkan sebagai kayu pengukur dalam penerbitan anugerah kebanggaan TV3 ini.

“Setelah berbincang dengan team saya, kami sudah bersedia untuk bertempur dan memberikan persembahan yang akan diingati serta dikenang untuk tempoh 25 tahun akan datang,” ujarnya penuh yakin.

Tambah penerbit berusia 30 tahun ini lagi, dia dan beberapa orang krew produksi telah dihantar ke luar negara untuk menyaksikan hasil penerbitan beberapa program hiburan bagi mendapatkan idea dalam menjadikan AJL25 sebagai sebuah tontonan hebat.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan; Ketua Bahagian Media & Penajaan Maxis Berhad, Allan Khoo dan Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Radio Media Prima Berhad, Seelan Paul.
Sekali lagi, Hotlink menjalinkan kerjasama dengan TV3 sebagai penaja utama selain Hot FM selaku radio rasmi.

Dalam sidang media itu juga, cabutan giliran persembahan oleh artis-artis yang bertanding juga telah diadakan dengan menyaksikan Yuna akan membuka persembahan AJL25 dengan lagunya, Cinta Sempurna dan diakhiri oleh kumpulan Hujan menerusi lagu Mencari Konklusi.

Mungkin terlalu awal untuk memperkatakan tentang AJL25, tetapi apabila melihat kepada rekaan set pentasnya sahaja, memang tidak mustahil anugerah itu akan menjadi anugerah terhebat untuk tahun 2011.
Manakan tidak. Buat pertama kalinya dalam sejarah TV3 dan mungkin mana-mana anugerah dalam negara, pentas kali ini akan dibina sebanyak dua tingkat!

Malah, penggunaan ruang pentas kali ini juga bertambah luas berkali ganda berbanding tahun-tahun sebelum ini untuk memberi ruang kepada kesemua artis menggunakan setiap penjuru pentas dalam persembahan mereka.

Penggunaan LED yang pada mulanya dianggap mustahil dalam produksi terdahulu kini menjadi tunjang utama kepada pentas AJL dengan penggunaan lebih 600 panel LED untuk keseluruhan pentas.
Bukan itu sahaja, sebanyak 13 kamera digunakan kali ini berbanding 11 sahaja pada musim lalu semata-mata untuk mendapatkan hasil terbaik.

“Kami mahu menampilkan kelainan dengan terbinanya pentas dua tingkat ini yang merangkumi ketinggian sebanyak empat, enam dan seterusnya 14 kaki.

“Di tingkat paling atas adalah lokasi untuk barisan pemuzik orkestra yang akan dipimpin oleh Ramli MS. Sengaja kami mahu meletakkan mereka di posisi hadapan kerana mahu menonjolkan mereka kepada audiens.

“Kali terakhir mereka ketengahkan mereka yang kali terakhir diletakkan di hadapan pada AJL21 pada tahun 2007,” katanya yang memberitahu pentas akan mula dipasang di Stadium Putra bermula tengah malam 1 Januari 2011.

Mendengar penerangan Gbam dan melihat sendiri replika pentas yang dibawa pada sidang akhbar itu, tidak mustahil bajet kali ini melebihi produksi sebelum ini.

Menjawab persoalan itu, Farid Ridzuan hanya mampu tersenyum dan mengakui ia antara yang terbesar dilaburkan oleh TV3 apabila ia mencecah RM3 juta.

“Kami tidak kisah tentang bajet kerana apa yang kami mahukan adalah untuk semua orang akan terhibur dan berasa puas dengan AJL25. Selepas melihat respons positif AJL24, kami perlu melakukan yang lebih baik daripada sebelumnya.

“Kerana itu juga, kami berharap rating AJL25 yang menampilkan konsep pemetaan muzik atau music mapping ini akan dapat mencecah lebih lima juta,” ujar Farid Ridzuan penuh optimis.
AJL25 masih lagi mengekalkan Faizal Ismail, Cheryl Samad dan Ally Iskandar sebagai pengacara anugerah berprestij itu.

Untuk menghangatkan lagi AJL25, TV3 telah mengundang tiga artis yang pernah menjuarai AJL sebelum ini bagi menyempurnakan persembahan pembukaan iaitu Francisca Peter, Nash dan M. Nasir.

Bagi meredakan ketegangan ketika juri sedang sibuk membuat penilaian dalam menentukan pemenang, tiga artis wanita popular negara akan mengambil tempat menghiburkan audiens untuk persembahan interlud iaitu Datuk Sharifah Aini, Ziana Zain dan Datuk Siti Nurhaliza.




.

‘Mana anak aku...’


PASIR MAS: “Mana anak aku...mana anak aku!“ jerit Abdul Aziz Abdullah, 42, sebaik tiba di lokasi kemalangan yang mengorbankan empat nyawa termasuk dua anaknya selepas sebuah kereta dinaiki lima sepupu terbabas dan melanggar sebatang pokok di Kampung Kenjong, dekat sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 7.45 malam itu, lima sepupu terbabit dalam perjalanan dari rumah mereka di Cabang Tiga Chetok, Jalan Tok Uban, dekat sini, untuk ke pusat tuisyen di bandar ini menaiki kereta Peugeot 406 dipandu Amir Asyraf Abd Aziz, 22.

Saksi, Asyrizulkifli Che Hasan, 22, berkata sejurus kemalangan hanya Amir Asyraf ditemui penduduk kampung dalam keadaan cedera parah selepas tercampak tidak jauh daripada kenderaan dipandunya dan tidak lama kemudian Abd Aziz tiba di lokasi kejadian. Menurutnya, selepas menyertai penduduk kampung mencari empat penumpang kereta itu, bapa terbabit hanya mampu meraung sebaik melihat anak sulungnya, Afiq Izwan 17, ditemui sudah meninggal dunia di bawah kereta dinaikinya.

Katanya, lebih memilukan, anak kedua Abdul Aziz, Irsyanudin, 13, meninggal dunia dalam parit di tempat kejadian bersama sepupunya, Isyraf Ibrahim, 11. “Sebaik melihat mayat kedua-dua anaknya, saya lihat dia (Abdul Aziz) tidak dapat mengawal perasaan lalu meraung sebelum ditenangkan orang ramai yang membantu mengeluarkan mangsa,” kata Asyrizulkifli.

Seorang lagi mangsa, Nur Qistina Hanafi, 11, yang parah di kepala, ditemui dalam jarak kira-kira dua meter daripada Irsyanudin dan Isyraf, namun dia meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Pasir Mas. Asyrizulkifli berkata, sebelum kejadian, kenderaan dinaiki lima bersaudara itu memotong Proton Iswara dipandunya ketika dia dalam perjalanan ke majlis kenduri saudaranya di pekan ini.

BUKTI...Asyrizulkifli menunjukkan kawasan kemalangan.

“Dalam tempoh hanya beberapa saat kemudian, saya melihat kereta Peugeot berwarna merah itu terbabas dan merempuh sebatang pokok sebelum terjunam ke kawasan parit di kawasan itu.

“Ketika itu saya lihat kereta itu cuba memotong kenderaan lain, namun gagal disebabkan ada kenderaan lain di depan sebelum ia melencong jauh sehingga terbabas dan melanggar pokok,” katanya.

Pelajar jurusan kejuruteraan di Universiti Teknologi Petronas (UTP) itu berkata, dia kemudian memberhentikan kenderaannya di bahu jalan dan beberapa penduduk kampung berhampiran juga tiba di tempat kejadian memberi pertolongan.

“Kami menyuluh ke dalam kereta untuk melihat keadaan mangsa, tetapi tidak ada sesiapa di dalamnya dan kemudian menemui pemandu kereta itu (Amir Asyraf) tercampak di luar kereta.

“Saya kenal Amir kerana dia rakan sekampung. Pada mulanya, saya dan penduduk kampung yang membantu menyangka hanya dia yang terbabit dalam kemalangan, rupa-rupanya ada empat lagi mangsa lain menyebabkan usaha mengesan mereka dilakukan di kawasan sekitar itu,” katanya.

Asyrizulkifli berkata, dia menghubungi datuk Amir Asyraf dan tidak lama kemudian Abdul Aziz tiba di lokasi.

“Kami berusaha mencari mangsa lain dan menemui mangsa ketiga (Afiq Izwan) terhempap di bawah kereta, dua (Irsyanudin dan Isyraf) di dalam parit manakala seorang lagi (Qistina), kira-kira dua meter dari situ,” katanya.

Difahamkan, Afiq Izwan belajar di Sekolah Tahfiz Repek, Rantau Panjang, Irsyanudin pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tok Uban, manakala Qistina dan Isyraf murid Sekolah Kebangsaan Chetok, di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliluddin Rahim berkata, Peugoet 406 itu dipercayai terbabas sebelum merempuh pokok di kiri jalan menghala ke Pasir Mas.



.

Maut dihempap treler


Seorang pemandu treler maut dalam keadaan mengerikan apabila dihempap kenderaan dipandunya selepas terbabas dan terbalik, di Kilometer 56, Jalan Kuantan-Maran, berhampiran Paya Bungor, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, Mohd Razali Dollah, 46, dari Taman Chendor Makmur, di sini, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di dada.

Kelindannya, Che Affendi Che Mat, 23, dari Kampung Baru Bukit Terung, dekat Kemaman, Tereng ganu cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, untuk rawatan lanjut.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Zulkifli Taha berkata, sebelum kejadian, mangsa bersama kelindannya dalam perjalanan menghala ke Kuantan dari Maran dengan membawa tong berisi klorin.

Menurutnya, siasatan mendapati, sebaik tiba di tempat kejadian, kenderaan mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan sebelum terbalik dan melintang di tengah jalan.




.

Sikap tamak cetus malapetaka


MERSING - Sikap tamak seorang pengusaha bot mengambil penumpang melebihi had semata-mata hendak mengejar untung mengundang padah apabila bot yang membawa 29 pelancong itu pecah lalu karam kira-kira 200 meter dari Jeti Tanjung Leman di sini semalam.

Kejadian pukul 1.30 petang itu mengakibatkan tiga lemas manakala dua lagi hilang. Mangsa merupakan seorang wanita, Low Lee Jun, 33, dan dua lelaki, Chua Lin Kun, 45, serta Andrian Tan, 67. Kesemua yang mati dan hilang merupakan pelancong Singapura.

Ketika kejadian, bot tersebut membawa sembilan pelancong tempatan, 19 Singapura dan seorang warga China.


Bot papan berukuran 4 x 10 meter yang hanya boleh membawa 12 penumpang itu dalam perjalanan pulang ke Jeti Tanjung Leman dari kelong Wong Pak You berhampiran Pulau Sibu di sini.

Difahamkan, permintaan yang menggalakkan pada musim cuti sekolah dan Hari Krismas membuatkan pengusaha berusia 58 tahun bertindak membawa penumpang melebihi had. Bot itu dikendalikan oleh seorang tekong berusia 67 tahun untuk membawa pelancong tersebut memancing di situ. Kedua-dua mereka ditahan untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Supritendan Mohd. Nor Rashid berkata, ketika kejadian kesemua penumpang tidak mengenakan jaket keselamatan meskipun ia disediakan oleh pengusaha bot.




.

12 kereta hangus


Beberapa pemilik kereta hanya mampu menepuk dahi apabila kenderaan yang dihantar untuk dibaiki di sebuah bengkel di kawasan perindustrian Puchong Utama, di sini hangus terbakar dalam kejadian tengah hari, semalam.
Kejadian jam 1 tengah hari itu dipercayai ada kaitan dengan litar pintas.

Jurucakap bomba dan penyelamat berkata, orang awam yang melihat kejadian itu kemudian segera membuat panggilan kecemasan sebelum tiga jentera bomba dan Balai Bomba Petaling Jaya, Puchong dan Subang Jaya, di sini, bergegas ke lokasi kejadian.
“Bagaimanapun sebaik tiba di lokasi kejadian, kira-kira 12 kereta yang berada di dalam bengkel itu sudah hangus terbakar. Malah beberapa kereta yang diletakkan di hadapan bengkel juga turut musnah dijilat api,” katanya.

Menurutnya, siasat mendapati kebakaran bermula dari bahagian kimpalan di dalam bengkel itu sebelum ia merebak ke bahagian alat ganti kenderaan.

“Kebakaran berkenaan memusnahkan sama sekali bengkel itu dengan kerugian dianggarkan kira-kira RM1 juta. Anggota bomba mengambil masa kira-kira sejam untuk mengawal kebakaran dari merebak ke premis berhampiran,” katanya.

Beliau berkata, pihak forensik kebakaran akan dipanggil bagi menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kebakaran itu.

Sementara itu, dalam satu kejadian berasingan, seorang pemandu lori tangki cedera apabila kenderaan berat dipandu gagal dikawal sebelum terbalik berhampiran kilometer 39.3, Lebuh Raya Lingkaran Tengah berhampiran susur Bandar Tasik Selatan, di sini.




.

Kicap pekat berperisa cicak


KANGAR - Selama sebulan ini, sebuah keluarga terdiri lapan orang di Taman Merpati di sini tidak menyangka keenakan makanan yang mereka nikmati menggunakan kicap soya pekat, rupa-rupanya bercampur bangkai cicak.

Bangkai cicak dalam kicap pekat yang turut mempunyai tanda sijil halal itu hanya disedari ketika keluarga tersebut menggunakannya untuk memasak nasi goreng kira-kira pukul 7 malam kelmarin.

Menurut Norazura Arip, 32, bangkai cicak sepanjang dua sentimeter itu tiba-tiba terkeluar dari botol kicap berkenaan ketika dia menuangkannya ke atas senduk untuk memasak nasi goreng.

"Saya menjerit kerana terkejut melihat ada cicak keluar dari botol kicap ini yang telah pun bertukar warna menjadi kehitaman.

"Ekoran itu, kami sekeluarga kini berasa loya-loya dan trauma setelah memikirkan selama sebulan ini kicap tersebut digunakan dalam masakan seharian kami," katanya.


P/S - Blueeekk..




.

500 BLOG BERMULA !


Salam...Selamat malam..
Selamat bercuti..
Eheh, seperti biasa, segmen En. Ben Ashaari..

Siapa Lulu Caldina?
Soalan cepumas tu...
Nak tahu?
Okay, Ter........sangat detail, boleh tengok..


Tujuan jadi BLOGGER..
Berkongsi ilmu pengetahuan....
Juga berita-berita terkini...
Semoga bermanfaat buat semua....
Semoga kita semua berilmu...yeah..



P/S - Segmen ditaja oleh En. Ben..



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!