Saturday, January 15, 2011

Saya maafkan awak..


Pengacara terkenal Aznil Hj Nawawi memaafkan pelawak Zizan (Raja Lawak) kerana keterlanjurannya mempersendakan nama arwah bapa pengacara tersebut.

Zizan berlawak dengan menyebut nama arwah bapa Aznil iaitu Nawawi sebagai Nawawa semasa mengacarakan program Raja Lawak musim kelima, Jumaat.
Program itu disiarkan secara langsung menerusi Astro Prima (saluran 105) dari Studio FINAS, Kompleks Studio Merdeka, Ampang pada pukul 9 malam.

Menurut Aznil, dia menganggap kesilapan yang dilakukan oleh Zizan adalah suatu perkara yang tidak disengajakan.

“Saya maafkan Zizan dan perkara ini sudah selesai antara kami.
“Saya pun pernah buat silap dan orang maafkan. Sekarang giliran dia pula yang melakukan kesilapan, jadi saya maafkan dia. Begitulah putaran dunia,” kata Aznil.


Zizan menerusi laman web sosial Facebook miliknya memohon maaf kepada Aznil dan para peminat masing-masing kerana tidak berniat melakukan kesalahan tersebut.

Malah dia juga berharap perkara tersebut tidak akan berulang lagi selepas ini.
Kumpulan Bobo yang dianggotai oleh Mohd Hamizi Bin Hashim atau Gbob, 24, dan Mohd Azwan Bin Sabri atau Wan Awe, 24, diumumkan sebagai peserta yang tersingkir pada minggu kedua program tersebut.



.

Dibunuh kejam

NANDA memangku anak kakaknya, seorang warga Myanmar yang terselamat dari kes pembunuhan itu

Dua wanita warga Myanmar ditemui mati dengan kesan tikaman menggunakan pisau di sebuah rumah di Taman Malim Permai di sini hari ini.

Kedua-dua mangsa dikenali sebagai Myat Myat, 35, manakala pembantu rumahnya, Taw Taw Nyo, 31, ditemui oleh adik Myat yang datang ke rumah tersebut pada pukul 1.30 petang ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, siasatan awal polis mendapati, berlaku pertengkaran antara Myat dengan sekumpulan lelaki di dalam rumah tersebut antara pukul 11.30 hingga 12 tengah hari.

Bagaimanapun, seorang anak perempuan Myat yang baru berusia lima bulan tidak diapa-apakan dan ditemui di tingkat atas rumah mereka.



.

Nenek meninggal dunia


Ketika gembira meraikan kemenangan Anugerah Juara Lagu ke-25 (AJL25) minggu lalu, penyanyi Ana Raffali dikejutkan dengan berita neneknya meninggal dunia, Sabtu.

Zaleha Ariffin meninggal dunia pada umur 79 tahun di Hospital Ampang, Kuala Lumpur kerana sakit tua setelah menerima rawatan di hospital itu sejak 12 Januari lalu.
“Nenek tinggal bersama-sama kami sekeluarga di Kuala Lumpur. Dia sudah terlantar sakit sejak 10 tahun lalu dan tidak larat berjalan lagi beberapa tahun lalu.

“Saya berasa sedih apabila mengenangkan nenek selalu menghadiahkan duit apabila Hari Jadi saya semasa kecil-kecil dulu. Bagaimanapun, bapa saya nasihatkan supaya tidak pulang ke Kuala Lumpur dengan tergesa-gesa,” kata Ana yang sedang mengikuti program Santai@Langkawi Green Tourism Roadshow di Langkawi, Kedah pada 14 hingga 16 Januari ini.

Jenazah neneknya dibawa ke Temerloh, Pahang sebelum dikebumikan di tanah perkuburan di sana pada Ahad.

Ana bersama dua abang dan seorang adiknya yang turut serta dalam program itu dijangka akan pulang pada Ahad untuk memberi penghormatan terakhir kepada arwah neneknya.




.

Don't touch my baby!

Three lionesses pounced on a crocodile in an extraordinary scene after the reptile tried to attack one of the pride's cubs.
The protective females instinctively leapt into action to fend off the aggressive predator.
With organised precision, the lionesses surrounded the croc and launched a ferocious volley of blows.

The extraordinary encounter took place in Botswana and was captured on camera by a touring cardiologist
The extraordinary encounter took place in Botswana and was captured on camera by a touring cardiologist

A lioness stared down the crocodile after it tried to snap at a cub
A lioness stared down the crocodile after it tried to snap at a cub


The lionesses circled around the crocodile
The lionesses circled around the crocodile


During the encounter the crocodile managed to bite one of the big cats but was soon killed by the pride.
The rare scenes were captured by Tony Goldman while on a safari trip to the Duba Plains, in Botswana, with his son.
Tony, 58, a cardiologist, said: 'The lionesses had just killed a buffalo and suddenly a crocodile ventured about 100 yards out of the water towards them to snack on the meat.
'One of the smaller cubs was in the path of the crocodile and it started to advance towards the cub in a menacing fashion before trying to attack it.

One lioness let out a roar inches from the croc's face
One lioness let out a roar inches from the croc's face


Three lionesses pounced on the aggressive beast
Three lionesses then pounced on the aggressive beast


The crocodile reared in pain as the lioness struck a blow
The crocodile reared in pain as the lioness struck a blow


'This resulted in an eruption from the three nearby lionesses who went for the croc in an organised fashion.
'I expected the croc to back off but it didn't and there was a tremendous fight with the croc biting one of the lionesses.
'There was a commotion and dust flying everywhere before the lionesses finally overpowered the invader.

The crocodile only managed to get in one bite before it was killed by the protective pride
The crocodile only managed to get in one bite before it was killed by the protective pride


'The whole thing lasted about 15 minutes and was only witnessed by my son, our driver and myself.
'We were really lucky because the driver had driven like a maniac to get there in time after we heard about the buffalo kill.'  Father of two,Tony, from Benoni, near Johannesburg, South Africa, added: 'On my subsequent safaris I've mentioned this experience to rangers with more than 20 years in the bush and no one has ever seen lions take down a crocodile.
'It is most certainly a very rare wildlife occurrence that we were lucky enough to see and photograph.'


The cubs were brought in for a snack after the crocodile was killed
The cubs were brought in for a snack after the crocodile was killed

Cubs win





.

Yeah saya dah kahwin..-Kemaskini


Irwansyah rasmi menjadi suami Zaskia Sungkar. Akad nikah pasangan ini berlangsung pukul 10.00 waktu Indonesia Barat dan berjalan lancar.

Akad nikah itu diadakan di Masjid Al Bina, Senayan, Jakarta, hari ini. Dalam akad nikah ini, Irwansyah dan Zaskia tidak dipertemukan. Sementara, Zaskia berada di sebuah ruangan yang berada di masjid tersebut. Dan setelah rasmi sebagai suami isteri, Zaskia keluar dari ruangannya itu.

Dalam akad nikahnya, Irwansyah memberikan mas kahwin sepasang persalinan solat dan wang sejumlah Rp 15.001.011. Jumlah wang itu melambangkan tarikh pernikahan mereka.


Setelah melangsungkan akad nikah, keduanya menerima ucapan selamat dari keluarga dan juga teman-teman mereka. Turut hadir Okan Cornelius, Teuku Wisnu yang merupakan kekasih dari Shireen Sungkar, adik Zaskia dan Randy Pangalila dan pasangannya.

Untuk cenderahatinya, pengantin baru ini memberikan compact disc yang mengandungi tiga lagu. Salah satu lagunya berjudul 'I Miss You' yang dicipta sendiri oleh Irwansyah.




.

Sebulan bersamamu..


Seorang pemilik sebuah pusat perlindungan haiwan liar di Amerika Syarikat (AS), Jim Jablon nekad tinggal di dalam sarang singa selama sebulan kerana ingin mengumpul dana, lapor sebuah akhbar semalam.


Jablon, 42, tidur dan makan bersama seekor singa betina berusia 18 bulan, Lea selain seekor singa jantan berusia 10 bulan sepanjang bulan ini yang bernama Ed.


Dia tinggal bersama haiwan itu di dalam kurungan seluas 278.7 meter persegi dan tinggi 3.6 meter di Pusat Pemulihan Hidupan Liar Daerah Hernando, milknya di negeri Florida, AS.


"Setiap kali saya tunduk, singa-singa itu akan menerkam punggung dan mengoyakkan seluar saya, setakat ini enam seluar saya telah koyak," katanya yang mahu mengumpul dana untuk pusat penjagaan tersebut.







 P/S - Teringin juga singa untuk binatang peliharaan..Ganti kucing..dan hamster..ngee



.

Paling berat di dunia


Sebuah limousin di Amerika Syarikat (AS), Midnight Rider, mencatat nama dalam Guinness Book of Records sebagai yang paling berat di dunia dan berkemungkinan yang terbesar, lapor sebuah akhbar semalam.


Limousin itu boleh membawa 40 orang dan turut mempunyai ruang untuk aktiviti tarian tiang dan seberat 22.7 tan selain 22 buah tayar.

Ia sepanjang 21.3 meter, dilengkapi tiga ruang rehat, sebuah bar dan lima set televisyen, sistem bunyi dan penerima kabel satelit.


"Kenderaan ini merupakan limousin paling mewah dan unik di dunia dengan ruang keseluruhan seluas 42.7 meter persegi," kata pemiliknya, Pamela Bartholomew Machado, dari negeri California.


"Ia lebih menyerupai sebuah kelab malam bergerak walaupun dikategori sebagai limousin," tambahnya.
Kenderaan itu yang disewakan pada kadar AS$1,030 (RM3,146) untuk sejam, memerlukan penyewa memperuntukkan wang AS$713 (RM2,178) bagi mengisi minyak penuh.



.

Pengetua AF9 dah diketahui?


PERSOALAN masih belum terjawab membabitkan desas-desus pemilihan pengetua dan pengacara bagi rancangan realiti TV popular Akademi Fantasia musim sembilan (AF9).
Sebelum ini angin bertiup kencang menyatakan komposer terkenal Indonesia, Erwin Gutawa bakal menjadi pengetua.

Namun menurut sumber dari seberang, Erwin awal-awal lagi menyangkal perkara itu dengan mengatakan tidak pernah menerima apa-apa tawaran daripada produksi AF9. Malah dia tidak berminat untuk menjayakannya.

Satu lagi nama disebut-sebut, ketua kumpulan Dewa iaitu Ahmad Dhani. Menurut sumber dalaman, kehadiran pencipta lagu dan penyanyi itu ke Malaysia baru-baru ini bagi menjayakan rancangan akhir Tari Menari dan Konsert Ria 2010, sebenarnya turut berserta dengan perbincangan bagi menyuntingnya menjadi pengetua. Begitupun pengesahan belum diperoleh. Sewaktu sidang akhbar pertama rancangan itu diadakan baru-baru ini, pihak pengurusan Astro Ria mengambil tindakan 'tutup mulut' dan memberikan jawapan secara rawak tanpa menjurus kepada mana-mana individu.


Pada majlis sidang akhbar bagi mengumumkan tarikh dan lokasi uji bakat AF9 itu, Pengurus Saluran Astro RIA, Azlin Reza Azmi enggan mengulas panjang apabila ditanya mengenai pemilihan pengetua dari seberang. Namun dia mengakui, orang yang dipilih adalah individu sangat popular di rantau Asia Tenggara. Beberapa wakil media meluahkan rasa kurang setuju dengan keputusan Astro sekiranya memilih individu dari Indonesia. Ini kerana langkah itu membelakangkan ramai lagi penggiat seni tempatan. Mempertahankan keputusan bakal diambil, jelas Azlin, sebelum ini pemilihan Ramli MS dan Ramli Sarip juga dari luar, kedua-duanya berasal dari Singapura.

Mereka yang pernah diberi mandat sebagai pengetua AF ialah Datuk Freddie Fernandez (AF1), Ramli MS (AF2), M Nasir (AF3), Ramli Sarip (AF4), Ramli MS (AF5), Roslan Aziz (AF6), Datin Seri Tiara Jacquelina (AF7) dan Norman Abdul Halim (AF8).

Begitu juga dengan pengacaranya. Pada tahun ini Aznil Nawawi disebut-sebut bakal kembali mengendalikan konsert dan diari di mana sewaktu pengacara popular itu meletakkan jawatan, ia digalas A.C Mizal dan Sarimah Ibrahim.

Ditanya mengenai perkara itu, Azlin menyatakan, rancangan itu akan dikendalikan pengacara popular dan tidak mustahil sekiranya Aznil kembali mengendalikan AF9 memandangkan ini adalah musim terakhir sebelum ia menutup tirai secara rasmi dan digantikan dengan satu program realiti TV lain.

"Ini adalah Akademi Fantasia terakhir dan selepas ini tidak akan ada lagi Akademi Fantasia. Kami akan menggantikannya dengan satu rancangan menampilkan konsep berbeza. "Pada kami, sudah tiba masanya Akademi Fantasia ditutup kerana setiap perkara yang bermula pasti akan berakhir. Untuk musim terakhir ini, kami akan cuba menggabungkan semua elemen menarik yang pernah ada dalam Akademi Fantasia termasuklah bekas pelajarnya akan dijemput untuk menjayakannya," katanya.

Jelas Azlin, pada musim ini buat pertama kalinya Astro Ria memperkenalkan uji bakat secara online untuk AF9. Bermula 13 hingga 27 Januari, orang ramai boleh menghantar klip video nyanyian mereka di laman sesawang menerusi www.akademifantasia.com.my.

"Seiring dengan perkembangan teknologi, uji bakat secara online akan memudahkan orang ramai untuk turut serta. Selain menjimatkan masa, peserta juga dapat menambahkan keyakinan diri dan mengumpul peminat sendiri dengan muat naik video tersebut ke laman web, facebook dan youtube yang popular penggunaannya pada masa kini. "Selain itu, peserta yang dipilih tidak perlu bersusah payah untuk beratur sebagaimana sebelum ini. Mereka yang dirasakan layak akan dipanggil untuk mengunjungi dua lokasi uji bakat iaitu di Hotel Promenede, Kota Kinabalu dan Stadium Nasional Bukit Jalil bagi sesi pemilihan kedua dan ketiga," katanya. Uji bakat di Sabah dilakukan pada 28,29 dan 30 Januari sementara di Bukit Jalil pada 11,12 dan 13 Februari. Syarat-syarat penyertaan masih lagi sama dan had umur penyertaan adalah 18 hingga 45 tahun. Tahun ini juga senarai lagu untuk dinyanyikan mereka yang mahu uji bakat turut ditambah daripada 20 kepada 40 jenis lagu pelbagai rentak. Untuk mengetahui lanjut mengenai sesi uji bakat diadakan mereka yang berminat boleh melayari www.akademifantasia.com.my. Mengimbas kembali kejayaan AF, juara musim pertama ialah Vince, Zahid, Mawi, Faizal , Mila, Stacy, Hafiz dan Shahir. Pengacara pula, Aznil mengendalikan program itu selama lima musim kemudian diambil alih AC Mizal (dua musim) dan tahun lalu gandingan Sarimah dan Jimmy Shanley.



.

Tampil anggun dan mewah


SAAT indah diimpikan personaliti televisyen Azwaliza Azman atau Wawa, 30 untuk mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hati Abdul Kadir Abdul Rashid, 32, semakin hampir. Pasangan yang bertunang pada November 2009 akan bernikah pada 22 Januari ini, jam 3 petang di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Segala persiapan sudah dilaksanakan dan Rap dijemput menyaksikan bagaimana pasangan merpati dua sejoli ini meneliti kerja-kerja terakhir sebelum tiba hari bersejarah buat mereka.

Perbincangan dilakukan dengan Pengarah Kreatif Cosry Wise (M) Sdn Bhd, Putra Aziz membabitkan baju bakal digayakan pada majlis resepsi. Cantik dan tampak mewah di kala Wawa mengacu gaun yang bercirikan kebaya moden.


Selain majlis pernikahan dan resepsi di PWTC, pasangan itu merancang mengadakan majlis resepsi di rumah bagi membolehkan sahabat taulan meraikan mereka sementara Hotel Shangri-La buat tetamu khas. Untuk itu beberapa pasang baju sudah pun ditempah.

"Di majlis itu nanti kebanyakan pakaian saya direka Freda, pereka fesyen yang turut bertanggungjawab menghasilkan baju untuk majlis merisik dan bertunang. Malah baju pernikahan nanti, dia juga yang hasilkan," katanya menceritakan perancangan dibuat.

Wawa sendiri berusaha memastikan segala perancangan berjalan lancar seperti apa yang dimahukan. Lebih penting bagi pembaca berita Buletin Utama dan pengacara majlis itu, dia mahu tetamu bakal meraikan mereka berasa selesa dan seronok.

Menceritakan lebih lanjut mengenai majlis bakal berlangsung, jelas Wawa memandangkan kedua-duanya sibuk dengan urusan kerja dan perniagaan, pada peringkat awal mereka merancang untuk mengadakan majlis secara sederhana dan ringkas.
Kadir sendiri sebelum ini menjadi pengurus kumpulan Ruffedge kini sibuk mengendalikan perniagaan dibina keluarga.


"Susah kalau majlis diadakan secara kecil-kecilan kerana saya mahupun Kadir mempunyai saudara-mara dan kenalan yang ramai. Contoh sewaktu kami mengadakan majlis pertunangan. Pada awalnya saya mahu mengadakan ia secara ringkas dan sederhana, namun sebaik rakan-rakan tahu mereka semua mahu datang dan meraikan saya.

"Kehadiran mereka secara tidak langsung menjadikan majlis itu nampak meriah dan besar," katanya.

Latar keluarga yang pelbagai juga menyebabkan Wawa dan Kadir mengadakan beberapa majlis resepsi khas.
Jelas Wawa ibunya, Jamilah Ahmad berdarah kacukan Cina, dan biasanya keluarga belah ibunya sangat tertarik dengan adat istiadat perkahwinan Melayu begitu juga dengan bapanya Azman Abdullah yang masih mempunyai ramai keluarga berketurunan India dan Cina.

Sementara Kadir pula Abdul Rashid yang keluarga berasal dari utara India sementara ibunya Ailleen Jamaluddin datang dari keluarga besar.
Waktu sama datuknya, V.K Abdul Majeed mempunyai perniagaan permaidani dan sudah tentu punya ramai kenalan dan rakan niaga.

"Saya pula anak bongsu dari tiga beradik sudah tentu dengan latar keluarga begitu susah untuk kami mengadakan majlis secara sederhana dan kecil.
"Kata ibu, ini adalah perkahwinan terakhir dalam keluarga kami jadi mahu atau tidak majlis harus dilakukan dalam suasana semeriah mungkin.

"Begitu juga dengan Kadir. Sebagai anak sulung daripada tiga beradik ini adalah majlis pernikahan dan perkahwinan pertama dalam keluarganya.
"Secara peribadi bagi saya kecil atau tidak bukan persoalannya, apa yang lebih penting restu dari keluarga dan tetamu lebih kami harapkan. Doakanlah kebahagiaan rumah tangga bakal kami bina nanti," katanya.

Bercerita lanjut mengenai persiapan, jelas Azwa mengikut perancangan dia mahukan majlis resepsi bertemakan perkahwinan dalam taman. Namun ia agar sukar untuk dilaksanakan secara menyeluruh. Begitupun menurut selebriti berwajah manis itu, ia mungkin dapat direalisasikan dalam salah satu majlis resepsi bakal dilaksanakan.


"Saya tidak melantik mana-mana perunding perkahwinan kerana lebih gemar melakukan semuanya sendiri. Lagipun susah kalau mengharapkan orang. Bimbang kalau ia tidak berkenan di hati akan menimbulkan rasa kurang senang. Masa majlis pertunangan pun begitu juga segalanya saya buat. Namun mujur saya ada rakan-rakan di TV3 membantu terutama bahagian Komunikasi Korporat yang kebetulan memang rapat dengan saya.

"Mereka sudah biasa mengendalikan majlis besar jadi sudah tentu kemahiran mereka saya gunakan untuk membantu menguruskan majlis pernikahan dan persandingan nanti," katanya.

Menyorot kisah percintaan pasangan ini, kedua-duanya mula berkenalan di kedai menjual telefon bimbit. Pada peringkat awal Wawa menjelaskan dia agak berat untuk menerima Kadir. Namun atas usaha Kadir dan bantuan rakan sekerja Wawa, akhirnya mereka dipertemukan. Kedua-duanya mengakui pada permulaannya mereka memulakan hubungan sebagai kawan sehinggalah apabila berasa selesa mereka mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

"Mungkin benar kata orang, perasaan tidak suka boleh bertukar kepada sayang dan rindu. Itulah juga yang saya rasakan kini. Pada saya Kadir seorang lelaki budiman.
"Dia menyayangi saya sepenuh hati dan saya bertuah kerana dipertemukan Allah dengan lelaki sepertinya. Rasa tanggungjawab ditunjukkan kepada saya itu lebih penting.

"Bayangkan dulu sepanjang kami berkawan apabila saya habis kerja lewat, Kadir akan datang ke pejabat dan menghantar saya pulang dari pintu pagar Sri Pentas sampailah ke pintu pagar rumah.
"Apabila saya selamat masuk dalam rumah barulah dia beredar. Ia dilakukan saban hari dan pada saya susah untuk mencari lelaki baik seperti Kadir.


"Wang ringgit pada saya bukanlah keutamaan kerana ia boleh diperoleh selepas kita hidup bersama. Saya sendiri selama ini hidup berdikari dan membina kerjaya dari bawah, namun untuk mencari seorang suami saya melihat seorang lelaki itu perlu ada kepimpinan dalam merencana hidup.

"Kerana kalau perkara itu ada, bermakna dia boleh mengemudi keluarganya. Ciri-ciri itulah yang saya nampak ada pada Kadir," katanya.

Bagi Kadir yang turut bersama Wawa melihat persiapan dilakukan menjelaskan, kebijaksanaan dan dorongan diberikan penyampai berita Buletin Utama itu kepadanya agar berjaya dalam bidang perniagaan diceburi menyebabkan dia berasakan Wawa adalah wanita paling sesuai untuk dijadikan suri hidup.



.

Misi bermula


Pemain No. 1 dunia, Rafael Nadal dijangka berdepan Robin Soderling atau Andy Murray pada semi final Kejohanan Tenis Terbuka Australia dalam misinya muncul sebagai pemain pertama dalam tempoh 42 tahun memenangi kesemua empat gelaran utama berturut-turut.

Pada majlis undian semalam, Soder- ling dan Murray berada dalam satu ke- lompok bahagian atas bersama Nadal yang kini memburu kejuaraan Grand Slam keempat berturut-turut selepas memenangi Terbuka Perancis, Wimbledon dan Terbuka Amerika Syarikat tahun lalu.

Nadal bakal mengikut jejak langkah legenda Australia, Rod Laver yang menyapu bersih empat gelaran Grand Slam berturut-turut jika dia menjuarai Terbuka Australia yang akan membuka tirainya Isnin ini.
Bagaimanapun, bintang Sepanyol itu berkata, dia tidak terlalu memikirkan perkara tersebut, sebaliknya berazam tampil dengan permainan terbaik.

"Semua orang bertanyakan kepada saya mengenai hal itu. Bagi saya, tekanannya masih sama dengan perlawanan perlawanan lain kerana saya mahu melakukan perkara yang betul dan bermain dengan cemerlang.

"Kita hanya tunggu dan lihat, namun saya tidak merasakan tekanannya (untuk mendapat empat gelaran Grand Slam berturut-turut)," kata Nadal.
Persedian Nadal bagi menghadapi Terbuka Australia agak terganggu dengan masalah kesihatan yang dihada- pinya ketika ini.

Nadal mengakui, prestasinya mungkin sedikit terjejas ekoran masalah kesihatan itu.
"Penting bagi saya untuk memperbaiki sedikit demi sedikit rentak permainan saya. Banyak kali saya memulakan perlawanan dengan persembahan yang kurang memuaskan tetapi menamatkannya dengan cemerlang.

"Bagaimanapun, sukar untuk memberitahu sama ada saya sudah bersedia atau tidak," ujarnya.

Nadal akan memulakan kempen Terbuka Australia dengan menentang pemain Brazil, Marcos Daniel sebelum dijadualkan bertemu pilihan ke-15 dari Croatia, Marin Cilic.
Soderling yang juga naib juara Terbuka Perancis 2009, dijadualkan menentang pemain Itali, Potito Starace manakala Murray bertemu Karol Beck dari Slovakia.

Bagi saingan wanita, ratu Denmark, Caroline Wozniacki dijadualkan menentang Justine Henin dari Belgium pada aksi suku akhir.
Wozniacki yang tampil selaku pemain No. 1 dunia sejak Oktober tahun lalu, kini dalam usaha memburu gela- ran sulung Grand Slam.

Peluang Wozniacki untuk menjuarai Terbuka Australia kali ini tampak terbuka luas selepas juara Grand Slam sebanyak 13 kali, Serena Williams tidak beraksi kerana mengalami kece- deraan kaki.
Namun, Wozniacki telah memulakan kempen musim ini dengan rentak hambar apabila tewas kepada pemain ranking ke-32 dunia dari Slovakia, Dominika Cibulkova pada pusingan kedua Kejohanan Antarabangsa Sydney, Selasa lalu.



.

Elak musibah


Chelsea bakal berdepan Blackburn Rovers di Stamford Bridge malam ini dalam usaha bersaing semula bagi mempertahankan kejua- raan Liga Perdana England.

Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti makin tertekan kerana skuad bimbingannya itu semakin tergelincir dalam carta liga berikutan prestasi semasa yang kurang baik.
Biarpun tewas 0-1 kepada Wolves pada aksi terakhir liga sebelum ini, Chelsea kini tampak cuba untuk bangkit semula setelah berjaya membelasah Ipswich 7-0 pada aksi Piala FA minggu lalu.

Apa yang lebih penting, pemain tengah Chelsea, Frank Lampard kini sudah pulih dan kembali menemui sentuhan gol selepas dia berehat panjang akibat pembedahan hernia.
"Ia sesuatu yang mengecewakan apabila tidak dapat berada sebahagian dalam pasukan dengan tidak bersama- sama menyertai aksi tempat lawan serta terpaksa berlatih sendirian.

"Saya kini kembali berusaha keras untuk meningkatkan kekuatan diri dan harap saya akan dapat mencu- rahkan keringat untuk pasukan pada baki saingan musim ini," kata Lampard.
Untuk aksi malam ini, majoriti pemain Chelsea bakal kembali sele- pas dibelenggu masalah kecederaan kecuali beberapa pemain yang masih belum pulih seperti John Obi Mikel, Yuri Zhirkov, Alex dan Yossi Benayoun.

Namun, tatkala Ancelotti sedang bergelut untuk menyelamatkan jawatannya, pengurus Blackburn, Steve Kean semakin selesa mengemudi pasukan tersebut yang dijangka mampu menamatkan saingan di enam tangga teratas musim ini.
Malah pemain pertahanan Blackburn, Martin Olsson memberitahu, pasukannya itu semakin berkeyakinan dalam menempuh baki saingan musim ini.

"Kami berjaya menampilkan aksi terbaik dan itulah yang pengurus mahu kami lakukan. Dalam latihan, kami hanya buat aktiviti hantaran, dua sentuhan, tiga sentuhan dan saya rasa kami telah menunjukkan peningkatan.
"Apa pun masih terdapat banyak lagi perlawanan. Kami kini semakin teruja dan selesa untuk beraksi. Itulah yang pengurus mahukan. Dia begitu menyakini kami semua," kata Olsson.


 
.

2 terbunuh kemalangan libatkan tiga kenderaan


Dua terbunuh, seorang parah dan dua lagi cedera ringan selepas kereta yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan di Kilometer 19 Jalan Lahad Datu-Tungku, dekat sini hari ini.

Pemangku Ketua Polis daerah, Asisten Supritendan Bong Kuet Khiun berkata, kemalangan tersebut turut melibatkan dua buah kenderaan lain iaitu lori 10 tan dan sebuah kenderaan jenis pacuan empat roda (4WD).
Katanya, dalam kemalangan pada pukul 8.30 pagi itu, mangsa yang terbunuh ialah pemandu kereta Proton Aeroback, Abdul Santa Maung, 42, dan penumpang di hadapan, Tanjung Jelenty, 42.
Menurutnya, kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian ekoran cedera parah di kepala dan badan.

"Identiti mangsa yang parah dan tiga cedera ringan masih belum dikenal pasti. Kesemua mereka adalah penumpang kereta dan telah dihantar ke Hospital Lahad Datu (HLD) untuk rawatan lanjut," katanya di sini hari ini.

Kuet Khiun berkata, kemalangan itu dipercayai berlaku apabila lori 10 tan yang dalam perjalanan dari arah Tungku ke Lahad Datu cuba memotong kereta yang dinaiki oleh enam sekeluarga itu.
Bagaimanapun katanya, ketika lori itu cuba memotong kenderaan itu, sebuah kenderaan 4WD datang dari arah bertentangan.

Jelasnya, lori tersebut cuba memasuki semula lorong asal dan menyebabkan kenderaan itu melanggar bahagian tepi kanan kereta terbabit.

"Pelanggaran itu menyebabkan kereta tersebut terheret sehingga memasuki ke laluan kanan jalan, sebelum bertembung dengan kenderaan 4WD dari arah bertentangan yang cuba menggelak," katanya.

Kuet Khiun menambah, pemandu lori tersebut melarikan diri selepas berlakunya kemalangan tersebut.
Jelasnya, siasatan lanjut sedang dijalankan, termasuk mengesan pemandu lori tersebut.

Katanya, pasukan Bomba dan Penyelamat Lahad Datu tiba di lokasi kejadian bagi membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Dalam pada itu katanya, mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke HLD bagi bedah siasat, sebelum dituntut oleh ahli keluarga mangsa.



.

Hamper dari barang luput tarikh?


Orang ramai diminta berhati-hati membeli hamper yang dijual sempena Tahun Baru Cina di kedai runcit dan pasar raya di sini kerana ada yang mengandungi produk yang tamat tarikh luput.

Yang Dipertua Persatuan Pelindung Pengguna Melaka, Datuk Seri Dr. Saharuddin Awang Yahya berkata, terdapat segelintir peniaga cuba mengambil kesempatan dengan memasukkan dalam set hamper makanan yang sudah luput tarikhnya.

Menurutnya, cara tersebut dilihat lebih mudah untuk melupuskan stok-stok lama jualan barangan mereka kerana pembeli tidak dapat melihat satu persatu setiap barang yang telah dibalut menjadi set hamper musim perayaan.
"Sejak dua bulan lalu, pihak persatuan menerima kira-kira 20 aduan berkenaan kes sebegini yang bukan sahaja dilakukan peniaga kecil-kecilan malah turut melibatkan pasar raya di pusat bandar ini.




.

Datuk maut diserang cucu


Saya hanya mampu memangku tubuh suami yang berlumuran darah sebelum dia menghembuskan nafas terakhir beberapa minit kemudian, kata seorang wanita warga emas menceritakan detik terakhir bersama suaminya yang mati dipercayai selepas diserang cucu mereka sendiri bersama tiga remaja lain di Jempol, malam kelmarin.

Halimah Mat Yassin, 57, yang turut cedera dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, berkata dia bersama suami, Mokhtar Yusof, 71, baru pulang ke rumah mereka di FELDA Palong 2, di sini dari Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah selepas melawat seorang saudara yang sakit.

Kami terkejut melihat rumah berselerak sebaik membuka pintu. Menyedari sesuatu tidak kena, kami masuk memeriksa dan terperanjat melihat cucu berusia 17 tahun serta seorang rakannya berada dalam sebuah bilik dalam keadaan mencurigakan.

Kami minta mereka tidak melakukan perkara tidak diingini, tetapi tiba-tiba muncul dua lagi rakan cucu saya, termasuk seorang perempuan hingga keadaan jadi kelam kabut. Kemudian berlaku pergelutan dan sedar-sedar, suami saya sudah berlumuran darah, katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Halimah yang luka tangan kanan dan masih dalam keadaan terkejut, berkata dia tergamam dengan kejadian itu kerana tidak menyangka suaminya akan ditikam hingga menemui ajal, manakala empat remaja terbabit kemudian melarikan diri bersama beg mengandungi wang tunai dan barangan kemas.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Superintendan Zazali Hashim, berkata siasatan mendapati seorang daripada suspek yang berusia belasan tahun itu adalah cucu mangsa yang mempunyai masalah akhlak dan tidak tinggal bersama pasangan terbabit.



.

Kad kahwin mula diedar


Ikatan pertunangan antara pelakon Ayu Raudhah, 26, dan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, 24, yang berlangsung pada 17 Oktober 2010 akan berakhir dengan sebuah ikatan perkahwinan pada 21 Januari ini di Alor Setar, Kedah.

Ayu menjangkakan kira-kira 600 hingga 700 orang akan di undang untuk menghadiri majlis resepsi selepas nikah yang akan berlangsung di Taman Mawar, Jalan Tun Abdul Razak, Alor Setar pada pukul 7.30 malam hingga 11 malam, hari yang sama.

Pasangan itu mula mengedarkan kad perkahwinan berwarna kelabu kepada pihak media bermula Selasa lalu.
kad jemputan perkahwinan berkenaan berwarna kelabu. Di luarnya diikat dengan riben berwarna merah jambu sambil tertera nama Zaquan dan Ayu dengan lambang hati. Ia menandakan kasih sayang dan gelojak cinta mereka yang disimpul utuh.


Pelakon drama Nur Kasih dan Manjalara ini akan mengenakan pakaian pengantin rekaan pereka fesyen terkenal seperti Rizman Ruzaini, Qudyn, Calvin Thoo dan Man Kajang. Selain itu, wajah jelitanya akan diserikan dengan solekan oleh Amy Janz.

Sementara majlis sambut menantu (sebelah lelaki) dijangka berlangsung pada 30 Januari 2011 di Seremban, Negeri Sembilan.



P/S - Selamat Pengantin Baru..



.

Makbed 1st GA : (Mengenai makan = Makbed..Makbed mmg tidak dapat dipisahkan dengan makan).



Dah berbulan kenal dengan makbed..
Barulah menjadi GA nya..
(lama dah ckp nak buat GA)
So, sebagai 'best friend' makbed di dunia blog ni,
lulu tetap akan bagi sokongan...
Sila semua kalau nak join, sila klik pada banner colourful kat atas..
Hadiah pun very the merrier..(entah betul ke apa yang lulu merepek ni..)


Seperti biasa, kalau anda mengenali makbed,
seperti lulu, lulu tahu makbed ni pecinta makanan..
Same with me *batuk...
So sudah tentulah kan GA yang dianjurkan berkisar mengenai makanan...


Kalau mengenai makanan,
lulu ada banyak makanan yang menjadi kegemaran..
Dan, agak pandai masak juga..
Tapi, takdelah pernah nak masak sambil suruh org snap..
ye tak?


Kari Daging

Ada banyak jenis makanan yang lulu suka..
(sbb lulu pun pecinta makanan..ngeeee..sama dgn makbed)
Antaranya adalah kari daging..
Nak makan dengan nasi, boleh..
Nak makan dengan roti, boleh..
Nak makan dengan lontong / nasi himpit pun boleh...
Sedap...
(Tapi tak boleh makan selalu..senang gemuk woo...)


Lulu nak tag....



Tarikh Tutup : 14 Feb 2011 (Mesti sempena Valentine ni..)



.

After 70 years of wedded bliss, couple 'who liked to sit holding hands' die within hours of each other

A devoted couple who were married for nearly 70 years have died within 11 HOURS of each other.
Their true love story ended when Bert Swan, 93, passed away from a chest infection in the Great Western Hospital in Swindon, Wiltshire.

His wife Doreen 91, had died earlier in the day at their nursing home. But Bert was never told of her death.
The couple had moved into the 62-room Merlin Court nursing home in Marlborough because they could no longer look after themselves at their home in Ramsbury.

Devoted: Bert and Doreen Swan always greeted each other with a 'kiss on the lips'
Devoted: Bert and Doreen Swan always greeted each other with a 'kiss on the lips'



Wedding day: Bert and Doreen, from Wiltshire, were married for 70 years before their deaths 11 hours apart
They were in different units as Doreen had dementia  But they always gave each other 'a kiss on the lips' when they met.
And they just liked to sit together holding hands.

Nursing home manager Mandi Short said: They always gave a kiss to each other on the lips every time they met. They were very much a loving couple.' 
Now they will have a joint funeral next week conducted by Rector of Ramsbury The Rev Sam Weeden who said: 'They were inseparable.

'He worked all over the world advising governments and companies on particular techniques in metallurgy.
'Doreen was very much the person who lived at home and looked after the family. That was her whole life.
'They were devoted to each other. In retirement they did everything together. I have not done many funerals where both parties are still alive after such a long time married.'
The couple wed after a three-year courtship and had three sons, Paul, Robert and Richard. They also had grand children and a great grandson.



.

Selamat Jadi Isteri


Pelakon Rabecca Nur Al-Islam, 25, mengakhiri zaman bujangnya apabila selamat diijabkabulkan dengan seorang peguam, Nor Azam Sulaiman, 43,Jumaat.

Pasangan ini dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Masjid Al-Ridhuan, Hulu Klang, Muhammad Ibrahim pada majlis ringkas yang berlangsung di kediaman mereka di Ukay Perdana, di sini kira-kira pukul 9.40 malam.

Pasangan pengantin tiba pada pukul 9 malam bersama 13 dulang hantaran bagi pihak lelaki dan 15 dulang dibalas oleh pihak perempuan.
Rabecca yang menjalinkan hubungan percintaan sejak tiga tahun lalu itu melangsungkan acara pertunangan setengah jam lebih awal sebelum diijabkabulkan.


Dia turut menerima mas kahwin RM333.33 manakala wang hantaran dirahsiakan.
Kedua-dua mempelai mengenakan pakaian berwarna putih rekaan pereka fesyen terkenal Calvin Thoo manakala solekan dan dandanan oleh Saidatulnisa Aminuddin.

Pasangan mempelai itu akan berbulan madu di London dan Paris selama dua minggu pada 14 Februari depan.
Majlis pernikahan mereka dihadiri kira-kira 200 tetamu yang terdiri daripada ibu bapa, keluarga dan sanak saudara terdekat kedua-dua belah pihak.


Majlis resepsi perkahwinan mereka akan diadakan pada Sabtu (hari ini ) untuk rakan-rakan dan pihak media di Hotel Flamingo, Ampang berkonsepkan Inggeris.
Sementara majlis resepsi untuk keluarga pula akan diadakan di Menara Kuala Lumpur pada Ahad (esok).




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!