Monday, March 7, 2011

Kanak-kanak ni patah hati...huhu tengok sedih, nak ketawa pun ada..


Terjumpa video ni secara kebetulan...
Bila tengok kanak-kanak lelaki ni, nak rasa kasihan pun ada..nak ketawa pun ada...
Adakah korang pernah melihat keadaan ni?
Hairan kanak-kanak sekecil itu mempunyai sensitiviti yang menakjubkan..
Cakap banyak tak best, jom layan video...
Tengok apa pendapat korang...






.

Tom and Jerry dizaman moden..


Bila tengok kartun ni, teringat masa kecil..Bila tom dan jerry saling kejar mengejar...lucu dan menghiburkan..
Dan kebanyakan dari aksi-aksi mereka dalam kartun itu memang benar-benar terjadi di dunia nyata..
kreatifkan pencipta watak kartun ni?

Tapi, zaman sekarang kalau nak tengok kartun ni, dunia sebebnar pun tak kurang hebatnya..
nak bukti? jom tengok..















So cute,kan? ngee..Rancak juga tikus tu melayan kerenah kucing yang gumuk tu...ekeke



.

Kanibal kerana memakan diri sendiri...


Nasib malang menimpa Ningsih (19), gadis yang menderita penyakit aneh. Selama hidupnya, dia memakan jari-jemarinya. Hingga kini gadis yang dibesarkan dari keluarga miskin di Dusun Gumuk, Desa Gelung, Kecamatan Panarukan, Situbondo, tidak boleh melakukan apa-apa dengan penyakitnya itu.

Ningsih panggilan akrab gadis ini, selain memang memiliki gangguan jiwa, dia juga memiliki hobi memakan dagingnya sendiri, sejak berusia 8 tahun.

Kebiasaan aneh Ningsih sebenarnya sudah tidak lagi dilakukan, setelah keluarganya membungkus kedua tangan gadis itu dengan kain tebal. Namun baru-baru ini, keadaan tersebuat berulang lagi. Bukannya tangan yang dimakan, tapi dia mulai mengigit daging yang melekat di kedua bahunya.

Nining tinggal di rumah itu bersama ayahnya Munasip (40), seorang penjual kemenyan, dan Bunira (60), nenek yang setiap hari setia merawatnya. Sedangkan Ernanik ibu kandungnya, sudah sejak lima tahun, merantau ke negeri jiran Malaysia.

"Saya kesian, kadang-kadang kalau saya marah dia memakan dagingnya sendiri, dia lalu ketawa, itu yang membuatkan hati saya semakin sakit.." tutur Bunira dengan mata berair ketika ditemui wartawan. Anehnya, menurut Bunira, Ningsih tidak pernah merasakan sakit ketika menggigit dagingnya sendiri. Beberapa usaha perubatan sudah dilakukan, bahkan telah dirawat di hospital, namun masih tidak berhasil.

    


.

Lafaz Talak, tapi Rujuk 13 Jam Kemudian


Pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Benjy ada melafazkan talak terhadap isterinya sebelum rujuk kembali 13 jam kemudian.

Kejadian itu berlaku tiga tahun lalu dan pada Isnin, Benjy dan isterinya, Safiya Stephanie Kar-Leng Lee hadir di Mahkamah Rendah Syariah di sini bagi permohonan untuk mengesahkan lafaz talak dan rujuk itu.
Permohonan untuk mengesahkan kedua-dua lafaz tersebut difailkan oleh Safiya, 28, pada 7 Februari lalu dan ditetapkan untuk sebutan pada Isnin.

Berdasarkan permohonan tersebut, Safiya mendakwa Benjy, 33, melafazkan talak pada pukul 9 malam, 7 Julai 2008 di rumah kelamin mereka di Menara Duta 2, Jalan 1/38B, Off Jalan Segambut, di sini.
Lafaz tersebut berbunyi “aku ceraikan dengan talak satu” sebelum rujuk kembali pada pukul 10 malam dengan lafaz “I’m rujuk-ing”.

Selepas mendengar permohonan itu, Hakim Syarie Khairul Azwadi Mohamed Noor mengesahkan bahawa jatuh talak rajie dengan berjumlah satu talak.
Beliau juga memutuskan bahawa lafaz rujuk tersebut sebagai sah dan pasangan itu masih lagi sebagai suami isteri.

Benjy dan Safiya berkahwin pada 19 Februari 2004 di Pejabat Agama Islam, Petaling Jaya, dekat sini dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia lima tahun.
Prosiding itu dibuat di dalam kamar selepas peguam syarie Hazirah Othman yang mewakili Safiya membuat permohonan agar kes tidak dijalankan di mahkamah terbuka.

“Anak guam saya tidak berhasrat untuk menceritahkan beberapa kejadian yang berkaitan dengan permohonan itu di mahkamah terbuka, selain defendan (Benjy) mempunyai kes di Mahkamah Sivil,” katanya.
Permohonan tersebut tidak dibantah oleh peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili Benjy, yang juga anak lelaki tunggal seniwati Azean Irdawaty.

Terdahulu, Benjy yang ditahan di Pusat Pemulihan Akhlak Muar, Johor kerana kesalahan dadah tiba di mahkamah pada pukul 8.30 pagi dengan menaiki van penjara dan dikawal oleh empat orang kakitangan penjara.

Safiya yang merupakan seorang penyambut tetamu pula hadir bersendirian manakala Azean dan suaminya, Khairil Anwar Zainal Mukhtar Rashidi hadir pada pukul 8.45 pagi.
Safiya yang memakai baju kurung berwarna biru dan berselendang hitam dilihat berbual-bual dengan Benjy sebelum prosiding mahkamah bermula.

Pelakon Kerana Cintamu Saerah itu sedang dibicarakan atas tuduhan memiliki dadah jenis Syabu sebanyak 0.14 gram di rumah C-13-6, Vista Mutiara, Jalan Vista Mutiara, Off Jalan Ambong Kiri, Kepong Baru pada pukul 3 petang, 11 Mac lalu.

Selain itu, dia juga menghadapi pertuduhan memiliki 0.24 gram dadah yang sama pada pukul 4 petang hari yang sama di rumah bernombor A-6-5, Menara Duta 2, Jalan 1/38B Off Jalan Segambut.

Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Perbicaraan bagi kes tersebut dijalankan di Mahkamah Majistret Kompleks Mahkamah Jalan Duta, di sini dan akan pada 18 April depan.



.

Jom tengok CSI


MUDA dan berbakat barangkali menjadi faktor utama penyanyi antarabangsa, Justin Bieber begitu cepat melebarkan pengaruhnya di gelanggang seni.

Terbukti menerusi nyanyian sebelum ini, Bieber yang berjaya mengumpul jutaan peminat di seluruh dunia kali ini muncul sebagai pelakon rantaian popular, CSI musim ke 11. Musim terbaru siri yang fokus kepada pelbagai kejadian jenayah itu memulakan siarannya pada setiap hari Selasa, Rabu dan Khamis di saluran AXN mulai 1 Mac lalu pukul 10 malam. Di Amerika Syarikat, kemunculan pertama Bieber telah menarik perhatian lebih 15 juta penonton setia rancangan itu sekali gus memberi gambaran betapa kuatnya pengaruh artis berbakat besar itu.


Melakonkan watak Jason McCann, Bieber bukan hanya mempertaruhkan rupa parasnya yang menawan malah, bakat lakonan sebagai remaja bermasalah disampaikan dengan penuh emosi oleh penyanyi yang cukup popular dengan lagu Baby itu. Saksikan bagaimana lakonan berkesan Bieber sebagai remaja yang terpaksa berdepan pelbagai masalah dalam hidup dengan membuat pilihan dalam kes berkaitan abangnya yang melibatkan diri dengan pasukan CSI.


Demi menghayati watak Jason McCann, Bieber mendapatkan khidmat jurulatih lakonan agar persembahannya dalam siri tersebut tidak mengecewakan penonton. George Eads yang melakonkan watak Nick Stones dalam siri yang sama memberitahu: "Jika Bieber boleh menyanyi dan menari di depan orang ramai, dia tentu mampu menutur dialog dengan baik ketika berlakon. "Dia seorang remaja yang amat berbakat." Terdapat beberapa kejutan yang akan menanti penonton setia rancangan itu. Ini termasuklah kisah percintaan antara Catherine Willows lakonan Marg Helgenberger dengan Detektif Vartann yang dilakonkan oleh Alex Carter. Kepada peminat setiap Bieber, jangan ketinggalan menyaksikan lakonannya menerusi CSI.




.

Dian sastrowardoyo hamil!!


Setelah berkahwin dengan pengusaha Indraguna Sutowo, ketika ini Dian Sastrowardoyo sedang mengandung anak pertamanya. Baru-baru ini, bintang 'AADC?' itu menggelar kenduri kesyukuran.

"Iya, kemarin ada syukuran 4 bulanan di rumah suaminya daerah Menteng," ujar pakcik Dian Sastrowardoyo, Ruli.

Kenduri kesyukuran tersebut diadakan pada Sabtu yang lalu. Namun, Ruli enggan mengulas lebih lanjut mengenai kehamilan Dian.

"Saya tidak bisa beri keterangan banyak, yang pasti itu biasa dilakukan oleh adat jawa," ungkapnya.

Setelah berkahwin Mei 2010 lalu, Dian memang jarang tampil di depan kamera. Namun, wanita yang berusia 28 tahun itu mengaku ingin kembali berlakon..


.

Menikmati stik gajah....Whoaa..


Pelbagai cara dibuat oleh pengusaha kuliner untuk memikat para pengunjung menyukai hidangan di restorannya. Dari mengandakan kelazatan makanan yang disajikan sehinggalah kreativiti menciptakan menu makanan super unik.

Seperti sebuah restoran di Jalan Sersan Bajuri, Bandung, yang menyajikan 'Steak Gajah' sebagai menu utama. "Bukan benar-benar daging gajah, tapi kerana menunya besar seperti badan gajah," ujar Dimas, pencetus idea steak tersebut.

Steak Gajah terdiri dari daging lembu, daging ayam, ikan yang ditumbuk, dibalut dengan planta, lalu digoreng dan dipanggang.  Ramuan itu kemudian disajikan bersama udang goreng, kentang goreng, kacang, dan sos yang digoreng lalu dipanggang.

Sos yang tersaji di atas daging panggang berukuran cukup besar. Semuanya dihidangkan di pinggan kemudian disiram dengan sos tomata istimewa.



.

Disambar api gara-gara merokok di rumput berminyak


Gara-gara rokok, seorang lelaki melecur di tangan dan kaki kanannya apabila disambar api selepas memotong rumput di Tanah Perkuburan Kampung Seberang Pintasan, Dungun dekat sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, mangsa, Mohd. Riduan Othman, 30, bersama enam rakannya sedang memotong rumput di kawasan berkenaan sebelum dia berhenti untuk berehat.

Semasa kejadian, katanya, dia ingin menyalakan api ke rokoknya namun terkejut apabila melihat percikan api pada pemetik api yang dipegang menyebabkan dia tersepak sebuah tong yang berisi minyak petrol.
Ekoran itu, katanya, minyak tersebut tertumpah dan menyimbah kakinya sebelum api terus menyambar bahagian tersebut apabila pemetik api itu tercampak ke arah kawasan berkenaan.
"Saya tidak perasaan kawasan itu terdapat kesan minyak yang tumpah sebelum ini ketika kami mengisi minyak ke dalam tong mesin rumput.

"Apabila tong minyak tersebut terbalik ke kaki saya, minyak yang berada di rumput tersebut juga turut terbakar menyebabkan ia lebih cepat merebak sehingga ke bahagian paha pula," katanya.

Mohd. Riduan yang melecur lima peratus kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah.
Dia yang turut cedera di bahagian tangan ketika cuba memadamkan api di kakinya dengan menggunakan tangannya, bernasib baik kerana diselamatkan oleh beberapa rakannya yang turut memadamkan api menggunakan surat khabar dan kain.

Tambah Mohd. Riduan yang berasal dari Kampung Jambu Bongkok, Dungun itu, rakannya turut menyelamatkan mesin rumput miliknya yang berdekatan daripada hangus terbakar.
"Saya bernasib baik kerana rakan-rakan berada berdekatan dan menyelamatkan saya.
''Salah seorang rakan juga menghantar saya ke Klinik Rantau Abang dengan menaiki sebuah motosikal," jelasnya.




.

Dia memang penganut agama islam


Penyanyi terkenal Indonesia, Kris Dayanti menjelaskan, bakal suaminya, Raul Lemos merupakan seorang penganut agama Islam biarpun dilahirkan dalam sebuah keluarga Katolik. Raul yang juga seorang usahawan ternama kata Kris, sudah lama memilih menganut dan menjadikan agama suci Islam sebagai pilihannya.

Keputusan memilih Islam sebagai agama dibuat Raul selepas kekasihnya itu mendalami ajaran-ajaran agama suci itu berdasarkan kajiannya menerusi kitab-kitab sufi.
“Sudah ramai yang bertanyakan saya hal mengenai status agama Raul kerana beliau berasal dari sebuah negara yang majoriti bukan beragama Islam (Timor Leste).

“Justeru, penjelasan ini saya harapkan dapat mengelakkan lagi kekeliruan orang ramai yang sangsi dengan status agama bakal suami saya,” kata Kris kepada Utusan Malaysia pada satu pertemuan eksklusif di sini hari ini.

Kenyataan itu dibuat Kris selepas banyak pihak di Indonesia yang menyatakan rasa sangsi mereka berhubung pendirian agama yang dianuti oleh bakal suaminya itu.

Selama ini, Kris mengakui, terdapat kenalannya yang berat mulut untuk bertanya kepadanya secara peribadi memandangkan hal tersebut cukup sensitif.
“Saya faham dan berterima kasih di atas sensitiviti mereka yang inginkan kepastian berhubung hal ini (status agama Raul).

“Justeru, selagi tidak dijelaskan ia hanya akan terus mengundang teka-teki serta boleh mencetus pelbagai spekulasi yang kurang enak,” kata Kris yang sebelum ini pernah gagal dalam perkahwinan pertamanya dengan komposer dan penyanyi terkenal, Anang Hermansyah.

Raul atau nama sebenarnya Raul Dos Reis Lemos juga lebih yakin memilih Islam sebagai agamanya selepas bernikah dengan isteri pertamanya, Silvalay Noor Athalia atau Atha yang merupakan seorang wanita berbangsa Arab.

Malangnya, pernikahan pertama Raul dengan Atha juga gagal di pertengahan jalan.
Kris turut memberitahu, apa yang dikagumi mengenai Raul juga ialah, lelaki itu memiliki pengetahuan yang mendalam mengenai Islam.
“Sehingga kini pun Raul masih lagi mendalami agama Islam. Saya bersyukur dan gembira kerana bakal suami saya tidak pernah berhenti daripada belajar,” jelas Kris yang akan disatukan dengan Raul sebagai pasangan suami isteri pada 20 Mac ini.



.

Lari tinggal mayat rakan

Akibat terbabit dalam perlumbaan haram bersama-sama kira-kira 20 pelumba haram lain, dua remaja menerima padah apabila maut selepas bergesel dengan sebuah kenderaan pelbagai guna di Kilometer (KM) 76.1 Lebuh Raya Utara Selatan di laluan Machap ke Ayer Hitam, awal pagi semalam.

Bagaimanapun, remaja lain melarikan diri dengan meninggalkan mayat dua rakan mereka terbujur di atas lebuh raya.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, Muhammad Saddam Hussein Sheikh Awaf, 20, dan rakannya, Mohd Faiz Ahmad, 19, kedua-dua pelajar kolej, mati di tempat kejadian akibat cedera parah.

Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Adnan Azizon, berkata kemalangan itu berlaku apabila sekumpulan pelumba haram menghampiri satu selekoh di lebuh raya berkenaan dan bergesel dengan sebuah kereta jenis Proton Ixora.

“Motosikal dinaiki salah seorang mangsa dipercayai tidak sempat mengelak lalu bergesel dengan Proton Ixora, mengakibatkannya gagal mengawal motosikal sebelum merempuh seorang rakan di sebelahnya menyebabkan kedua-dua berdua maut di tempat kejadian.

“Mat rempit lain sempat mengelak dan melarikan diri dari tempat kejadian,” katanya selepas ditemui pada Hari Polis Bertemu Pelanggan di Kompleks Beli Belah The Summit di sini, semalam.

Adnan berkata, mat rempit kini menjadikan lebuh raya sebagai litar lumba haram mereka selepas polis meningkatkan operasi di beberapa laluan berisiko sekitar daerah ini.
“Jika dulu laluan Jalan Kluang-Parit Raja serta Jalan Ayer Hitam-Yong Peng adalah tempat pilihan yang sering dijadikan laluan untuk berlumba,” katanya.

Dalam kejadian berasingan, dua remaja lelaki maut apabila kedua-duanya yang juga menunggang motosikal, bertembung sesama sendiri di Kilometer 126.5 Jalan Tanjong Laboh-Batu Pahat, jam 2.20 pagi semalam.

Adnan berkata, kedua-dua remaja berusia 17 dan 19 itu menunggang motosikal dari arah bertentangan sebelum seorang daripada mereka terbabas dan merempuh motosikal di hadapannya.



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!