Wednesday, December 21, 2011

Penduduk gempar 27 kubur diselongkar


Sebanyak 27 kubur masyarakat Iban di Balai Nyabong, Brayang, dekat sini telah menjadi mangsa pencerobohan apabila kubur itu diselongkar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab pada awal pagi Sabtu lalu.
Seorang penduduk yang enggan dikenali memberitahu, daripada 27 kubur yang telah diceroboh itu, lima daripadanya telah diselongkar manakala 22 lagi kubur masih belum sempat digali.

Menurutnya, penduduk yang terkejut dengan perbuatan tersebut menyifatkan kejadian berkenaan sebagai tidak bertamadun kerana tindakan mereka telah menyebabkan tulang, rangka badan, tengkorak dan pakaian si mati bertaburan di merata-rata tempat.
"Perbuatan itu disedari pada pagi Sabtu lalu apabila dua penduduk kampung yang menghantar bahan binaan kubur milik salah seorang penduduk di rumah panjang Undi Brayang Kemuntang, dekat sini melalui kawasan berkenaan.

"Kedua-dua mereka terkejut selepas melihat kubur berkenaan diselongkar manakala barang- barang si mati bertaburan di sekeliling tanah perkuburan berkenaan," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Kedua-dua penduduk terbabit telah bergegas semula ke rumah panjang Undi Brayang Kemuntang bagi memaklumkan mengenai kejadian itu kepada penduduk di situ.
Sementara itu, Lingoh Ampak, 45, berkata, kubur milik saudaranya turut menjadi mangsa pencerobohan kubur pada kejadian kali ini.

"Kami tidak dapat menerima perbuatan ini dan ia adalah perbuatan kejam. Kami juga tidak pasti apa yang dicari dan sudah pastinya ini perbuatan tidak bermoral," ujarnya.
Linggih Bungin, 38, pula berkata, berdasarkan jejak dan kesan pencerobohan yang terdapat di tempat kejadian itu, mereka percaya perbuatan tersebut berlaku pada awal pagi.

"Mereka mungkin meninggalkan kawasan perkuburan ini apabila mendapati ada orang datang menghantar bahan binaan di tanah perkuburan berkenaan," ujarnya.
Kejadian yang terbaru itu merupakan insiden kedua di tanah perkuburan berkenaan dengan yang pertama dilaporkan berlaku pada 2008 membabitkan kira-kira 28 kubur.










.

WORDLESS WEDNESDAY

BERITA TERKINI MENGENAI DAVID BECKHAM


David Beckham bersedia untuk menandatangani perjanjian 18 bulan bersama kelab Perancis, Paris Saint-Germain (PSG), lapor agensi berita tempatan.

Selepas berbulan-bulan rundingan, Beckham akan menandatangani kontrak bersama PSG awal Januari ini, menurut akhbar harian Perancis, L’Equipe.

Sementara itu, akhbar Le Parisien melaporkan bekas kapten England berusia 36 tahun itu akan menerima 800,000 Euro (AS$ 1.05 juta) sebulan.
Jika dipersetujui, perjanjian itu akan mengakhiri kontrak beliau dalam Major League Soccer yang dijuarai kelab Los Angeles Galaxy musim lalu.

Beckham masih bercita-cita untuk menyarung jersi Britain pada Sukan Olimpik di London tahun depan.

Disokong pelabur dari Qatar, PSG membelanjakan lebih daripada 85 juta euro (AS$ 111 juta) pada musim panas ini untuk menandatangani sembilan pemain.










.

Memang menjijikkan


Sebuah rancangan televisyen dijangka mencetuskan kemarahan apabila ia memaparkan adegan kanibal yang menyaksikan dua penyampainya memakan daging manusia.
Hos terbabit, Dennis Storm memakan daging rakannya , Valerio Zeno, manakala Zeno pula memakan daging Storm.
Storm dan Zeno dilihat duduk di meja yang disinari cahaya lilin untuk memakan daging terbabit.

Akhbar The Sun memutuskan untuk tidak menyiarkan gambar pasangan itu memakan daging berkenaan.
 Namun, persediaan untuk acara itu disiarkan dalam klip daripada program berkenaan yang dijadual disiarkan menerusi saluran televisyen Belanda, BNN.

Storm yang sebahagian pinggulnya dipotong untuk rancangan itu berkata: “Agak pelik untuk melihat mata rakan kita apabila anda mengunyah daging perutnya.

“Kami ke pemotong daging, ke pakar bedah dan ke studio, kemudian kami merenung satu sama lain dan makan.

“Chef memasaknya dalam kuali dengan minyak matahari. Kami tidak mencampurkannya dengan garam atau lada hitam kerana ingin tahu rasanya.”

Menurut Storm, tujuan program itu yang berjudul Proefkonijnen dalam bahasa Belanda ialah untuk memberi jawapan secara terbuka terhadap persoalan ganjil.


Bercakap dalam wawancara dengan ABC News, dia berkata: “Bahagian melucukan pertunjukan ini ialah untuk mendapatkan jawapan mudah kepada soalan bodoh seperti: ‘Bolehkah anda bercukur dengan sos tomato’ atau ‘Adakah orang buta boleh memandu.’

“Dan kami ingin tahu bagaimana rasa daging manusia. Ia hanya daging yang besar beberapa sentimeter dan kini saya ada cerita menarik mengenai parut pada tubuh saya.”







.

Ibu bapa Beyonce bercerai setelah 31 tahun berkahwin


Ia adalah satu proses yang perlahan, tetapi ibu bapa Beyonce Knowles, Tina dan Mathew akhirnya bercerai selepas 31 tahun dalam perkahwinan. Pasangan ini telah mengeluarkan perintah akhir perceraian di mahkamah Texas bulan lalu - dua tahun selepas Tina pada asalnya memfailkan kertas undang-undang.

Pasangan itu dipisahkan pada tahun 2009 selepas Mathew - yang berjaya menguruskananak perempuannya sehingga awal tahun ini - telah menjadi bapa kepada seorang kanak-kanak dalam hubungan sulit.
Memfailkan perceraian asal mereka namun kes ditangguhkan selepas kedua-duanya gagal hadir di mahkamah, membawa Tina untuk memfailkan petisyen perceraian lagi pada bulan Ogos tahun ini.

Dalam dokumen-dokumen mahkamah, Tina, 57, berkata perkahwinan itu adalah 'yg tidak berdasar kerana perselisihan atau konflik personaliti' yang 'menghalang mana-mana jangkaan yang munasabah perdamaian', mengikut TMZ.com.

Memfailkan perceraian asal Tina datang hanya sebulan selepas Mathew, 60, telah menjadi bapa kepada seorang kanak-kanak dengan Scrubs bekas pelakon Alexsandra White, yang hamil pada masa itu.
 

White, 40, telah melahirkan anak mereka Nixon pada 4 Februari 2010 berikutan hubungan sulit selama 18 bulan dengan Mathew.vWalaupun Mathew pada mulanya menafikan beliau adalah bapa, ujian DNA kemudian membuktikan sebaliknya.

Pada bulan Mac, Beyonce terputus hubungan perniagaan dengan bapanya, tetapi menegaskan dia tidak menafikan hubungan bapa-anak perempuan, walaupun pada perpecahan ibu bapanya.

Mathew telah berjaya membawa kejayaan kepada kerjaya Beyonce dari Wannabe remaja perempuan kumpulan ke kumpulan Destiny Child sehinggalah menjadi [enyanyi solo yang hebat. Dia telah bertanggungjawab membawa masuk banyak kerja pengiklanan lumayan termasuk pekerjaan bernilai berjuta-juta untuk L'Oreal, Tommy Hilfiger dan Pepsi .


Tina bekerja sebagai stylist untuk Destiny Child sepanjang kemasyhuran mereka dan bekerjasama dengan Beyonce untuk mewujudkan House Of Dereon  pada tahun 2005. Tina dan Mathew, yang berkahwin dalam 1980, juga mempunyai seorang anak perempuan yang lebih muda, penyanyi Solange, 25.









.

Ditipu sindiket dalam talian


Seorang suri rumah, Zakiah Elias kerugian lebih RM10,000 apabila wang tersebut yang dipindahkan ke dalam sebuah akaun bank hanya berbaki RM10.
Kejadian itu disedarinya pukul 8 malam tadi semasa mahu mengeluarkan wang berkenaan untuk menjalani rawatan susulan kanser payu daranya di Hospital Pulau Pinang dan Sungai Petani.
Zakiah, 31, yang tinggal di Kampung Charuk Bemban berkata, wang tersebut dikeluarkan dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan dipindahkan ke dalam akaun sebuah bank beberapa hari lalu.

“Bila saya ke bank tersebut, saya terkejut apabila dimaklumkan bahawa wang saya hanya tinggal RM10 kerana terdapat beberapa pengeluaran sebelum ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Katanya, dia amat terkejut kerana sebelum ini tidak pernah membuat sebarang pengeluaran wang daripada akaun tersebut.
Menurutnya, sebelum kejadian itu terdapat seorang lelaki menghubunginya dan mengarahkannya mendaftarkan akaun bank secara dalam talian.
Katanya, lelaki yang mengakui kakitangan bank berkenaan menjanjikan hadiah wang bernilai RM30,000 jika pendaftaran itu dilakukan.

“Saya pun mengikut arahan dan rasa tertipu kerana lelaki itu turut mengarahkan saya memberikan tiga nombor kad telefon prabayar yang bernilai RM30 setiap satu,” ujarnya.
Menurut Zakiah lagi, dia tidak menyangka lelaki itu akan menipunya kerana nombor pin kad bank tidak diberikan kepada lelaki tersebut.

Suaminya, Shukor Omar, 33, berkata, keadaan itu merumitkan kehidupannya yang hanya bergantung kepada wang tersebut untuk merawat kanser isterinya.
“Sekarang, apa pun tak ada. Isteri telah melakukan pembedahan pada bulan lepas. Namun begitu, rawatan susulan perlu dilakukan selama tujuh tahun sehinggalah kanser isteri baik sepenuhnya.
“Itulah wang kecemasan saya dan isteri, tambahan pula, saya mempunyai dua anak yang masih kecil. Sekarang satu sen pun tidak ada,” tambahnya.

Sementara itu, seorang jurucakap bank tersebut berkata, kejadian dilakukan oleh sindiket penipuan yang menggunakan modus operandi dengan menghubungi pemegang kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM).
“Setiap bank mempunyai perbankan dalam talian. Untuk mendaftar kemudahan ini, terdapat dua nombor pin yang perlu dimasukkan. Yang pertama nombor pin peribadi pemegang kad. Satu satu lagi nombor yang akan diberikan oleh pihak bank.

“Sindiket ini tidak mengarahkan memberikan nombor pin mereka, tetapi mengarahkan memasukkan nombor pin yang sepatutnya diberikan oleh pihak bank. Keadaan ini membuatkan pemilik akaun sering tertipu.
“Pengguna seharusnya bijak menilai dan tidak tertipu dengan sindiket ini,” katanya.
Pasangan berkenaan telah membuat laporan di Balai polis Baling semalam.
Ketua Polis Baling, Supritendan Mat Daud Mat Hasan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan.









.

Luiz Suarez (Liverpool) digantung lapan perlawanan


Liverpool menerima tamparan hebat apabila penyerangnya, Luis Suarez dikenakan hukuman gantung lapan perlawanan selepas Persatuan Bola Sepak Inggeris mendapati dia mengeluarkan kata-kata bersifat perkauman terhadap pemain pertahanan Manchester United, Patrice Evra.

Keputusan itu diambil oleh lembaga disiplin selepas melakukan siasatan yang panjang dan sesi perbiacaraan bahawa Suarez melakukan kesalahan itu.
 Selain digantung perlawanan Suarez juga dikenakan denda 40,000 pound.

Kesalahan itu dilakukan terhadap Evra ketika pertemuan Liga Perdana Inggeris antara Liverpool-United yang berkesudahan seri 1-1 di Anfield, 15 Oktober lalu.

Suarez menyifatkan hukuman itu amat berat dan menyulitkannya.

“Hari ini adalah hari yang sungguh sukar dan menyakitkan bagi saya serta keluarga saya. Terima kasih atas sokongan, saya akan terus bermain," kata pemain antarabangsa Uruguay berusia 24 tahun menerusi mesej Twitter.


Evra mendedahkan bahawa Suarez mengeluarkan kata-kata bersifat perkauman terhadapnya lebih 10 kali sepanjang perlawanan itu.










.

Lelaki mengamuk, nenek cedera


Seorang nenek berusia 81 tahun menempuh saat-saat paling mencemaskan dalam hidupnya apabila dibelasah seorang lelaki dalam satu kejadian amuk di Kampung Tersusun Alor Bakong, Langkap di sini, semalam.
Dalam kejadian pukul 4.30 petang itu, warga emas, Hasipah Ngah Kassim dicekik, diheret dan dipijak sebelum kepalanya dipukul serta dihantukkan ke dinding oleh lelaki dipercayai kurang siuman yang tiba-tiba memasuki rumahnya.
Ekoran kejadian itu, Hasipah yang mengalami cedera di leher, kepala serta lebam di seluruh badan, dikejarkan ke sebuah klinik kesihatan, di sini.

Keadaan warga emas itu, bagaimanapun kini dilaporkan stabil tetapi masih trauma ekoran kejadian tersebut.
Cucu mangsa, Mohd. Izwan, 12, yang menyedari kejadian itu memberitahu, insiden berlaku ketika neneknya itu baru selesai menunaikan solat di salah sebuah bilik di rumah mereka.
“Tiba-tiba saya terdengar suara nenek menjerit-jerit kesakitan dan saya bergegas cuba menyelamatkan nenek tetapi lelaki itu memukul dan mengugut membunuh saya jika masuk campur.

“Saya kemudian meminta pertolongan jiran-jiran yang akhirnya dapat menyelamatkan nenek yang terkulai kesakitan di lantai,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini.
Penduduk, Roshaidah Shamsudin, 33, memberitahu, lelaki kurang siuman itu sering menakut-nakutkan penduduk yang mengamuk secara tiba-tiba tanpa mengira siang atau malam.
Malah, dia mendakwa, lelaki tersebut yang selalu dilihat membawa parang, pernah cuba menikam anak saudaranya sendiri selepas didapati cuba memasuki rumah untuk mencuri.

“Kita harap, pihak berkuasa segera mengambil tindakan. Kita tidak mahu peristiwa berdarah di Taman Mawar Langkap pada 2009 melibatkan seorang lelaki yang menetak mati isterinya ketika bersahur akan berulang di kampung ini,” katanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Supritendan Muhammad Zaki Harun ketika mengesahkan kejadian itu berkata, suspek yang dikenali sebagai Zali Abdullah, 32, kini ditahan untuk membantu siasatan.
“Buat masa ini, kita dimaklumkan suspek menghidap penyakit mental, tetapi siasatan masih dijalankan,” katanya.










.

Nahas ngeri di sabah


Dua penumpang bas ekspres warga Brunei, seorang lelaki dan seorang wanita, maut dalam kemalangan jalan raya dekat sini petang ini, menurut Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Zaharuddin Rasip.

Beliau berkata mangsa lelaki itu berusia 50 tahun dan seorang wanita itu berumur dalam lingkungan 50-an, maut akibat terhimpit dalam kemalangan itu yang berlaku pada kira-kira 3.05 petang.

Kemalangan itu berlaku apabila pemandu bas yang dinaiki itu, dipercayai hilang kawalan dan terbalik di selekoh tajam lalu melanggari sebatang pokok besar di KM8.9 Jalan Ranau-Tamparuli dekat Kampung Koporingan.

Bas ekspres itu yang membawa 40 warga Brunei yang kini sedang melancong Ke Sabah sejak Jumaat lepas sehingga esok, dalam perjalanan dari Tawau ke Kota Kinabalu, katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Setakat ini seramai 11 orang cedera akibat kemalangan itu dan mereka dibawa ke Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu untuk menerima rawatan.

Nama mangsa yang maut belum diketahui dan 21 orang penumpang lain termasuk pemandu bas itu tidak mendapat sebarang kecederaan.









.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!