Saturday, July 28, 2012

Olimpik: Nur Suryani bakal kembali ke Malaysia rabu ini


"Mungkin belum ada rezeki lagi. Baby okay cuma ketika hendak mula menembak tadi, baby ada menendang sedikit," kata penembak negara Nur Suryani Mohd Taibi mengenai kegagalannya melepasi pusingan penyingkiran dalam acara 10m Air Rifle Wanita. Nur Suryani, yang kini mengandung lapan bulan, mengutip 392 mata untuk menduduki tangga ke-34 daripada 56 peserta yang layak menyertai acara ini di lapang sasar Royal Artillery Barracks, di sini, Sabtu. Beliau bagaimanapun berpuashati dengan kutipan mata tersebut kerana hanya mensasarkan 390 mata pada saingan itu. "Catatan peribadi terbaik saya ialah 397. Memandangkan keadaan saya sekarang, saya hanya sasarkan 390 mata. Tidak sangka dapat tembak 392," katanya.


Walaupun gagal melepasi pusingan pembukaan, Nur Suryani tetap menjadi tumpuan media yang membuat liputan temasya sukan terbesar dunia itu. Beliau akan kembali ke Malaysia pada Rabu depan. -BERNAMA





P/S - Panas : Bila penembak Malaysia yang hamil dipersendakan diluar negara, rakyat malaysia ada untuk mempertahankannya..






.

Cincin istimewa buat Kim Kardashian


Kanye West dikhabarkan sedang merancang untuk melamar kekasihnya, Kim Kardashian. Menariknya, jejaka ini dilaporkan mereka sendiri cincin pertunangan untuk diberikan kepada bintang realiti televisyen itu. Menurut sumber, penyanyi rap itu mengupah pakar emas peribadi untuk mereka cincin bertatahkan berlian dan permata bagi diberikan kepada kekasihnya sebaik sahaja kes penceraian Kim dan Kris Humphries selesai. “Kanye memilih berlian mahal jenis Donda dan beberapa permata untuk diletakkan pada cincin pertunangan mereka.


“Donda merupakan permata yang begitu berharga buat Kanye kerana ia adalah pemberian mendiang ibunya. Jadi, tujuan Kanye memberikan cincin istimewa itu sebagai menunjukkan betapa sayangnya dia kepada Kim,” kata sumber. Bagaimanapun, ramai rakan-rakan Kanye tidak bersetuju dengan tindakannya kerana jika berpisah, Kanye tidak akan dapat meminta kembali cincin tersebut.





.

Di China, ibu yang melahirkan anak kembar 7 dipaksa memilih 1 dan 6 yang lain akan dibunuh!


Jinan Huang, seorang ibu yang berumur 33 tahun, melahirkan bayi kembar tujuh di Shanghai baru-baru ini. Jinan, sekarang ini dalam keadaan stabil setelah proses melahirkan selama 31 jam, diberikan peluang selama seminggu oleh kerajaan untuk memutuskan seorang bayi yang akan dipilih untuk dibesarkan. "Saya bersama suami belum boleh memastikan pilihan," ujar Jinan yang bercakap kepada wartawan beberapa saat setelah kelahiran yang ajaib tersebut terjadi.

"Tetapi kami telah mempertimbangkan dengan serius untuk membesarkan seorang bayi lelaki yang lahir pada urutan ke dua. Dia adalah bayi paling berat dan oleh kerana itu kami berharap bayi tersebut akan berumur panjang dan kelak boleh menjaga kami di usia tua nanti." "Kami tentu saja tidak menginginkan untuk membesarkan seorang pun dari dua bayi perempuan yang lahir," tambah suami Jinan. "Kalau itu kami sudah yakin." Keenam baki bayi yang tidak dipilih oleh Jinan dan suaminya akan dilemparkan dari atas puncak gunung, sesuai ketetapan yang sudak termaktub dalam Undang Undang Kelahiran Kembar China. Sejak kebijakan 'Satu Keluarga Satu Anak' berlaku pada tahun 1983, kerajaan China sudah membunuh lebih dari 65 juta bayi kembar di negara tersebut.

Jinan, yang mengaku bahawa sudah bertahun-tahun berusaha mendapatkan anak, dengan tegas menolak tuduhan bahawa dia mengambil pil kesuburan, sebuah amalan yang juga dijanjikan dengan hukuman mati di China. "Saya idak mengerti kenapa ini boleh terjadi," tambahnya. "Kepada seluruh rakyat China dan para pemimpin kami yang terhormat, saya memohon permintaan maaf atas kelahiran bayi kembar kami yang memalukan dan tidak bertanggung jawab ini."





 P/S - Bayi kembar yang memalukan?





.

Samsung Terus Dahului Apple


Satu kajian menunjukkan Samsung terus meneraju dalam pasaran telefon mudah alih pada suku kedua 2012 apabila syarikat gergasi dari Korea Selatan itu mendahului pesaingnya Apple dalam pasaran telefon pintar. Laporan IDC yang dikeluarkan pada lewat Khamis menunjukkan Samsung berada di kedudukan teratas dalam pasaran pertumbuhan pesat untuk telefon pintar serta pasaran telefon mudah secara keseluruhan, yang berkembang perlahan.

Kajian itu menunjukkan Samsung menguasai 50.2 juta telefon pintar di seluruh dunia bagi tempoh April sehingga June, berkembang sebanyak 172.8 peratus berbanding tahun sebelumnya, manakala Apple menjual 26 juta iPhones, meningkat 27.5 peratus. IDC mengatakan bahawa Samsung memperoleh pengembangannya daripada telefon barunya, Galaxy S III, manakala permintaan untuk Apple menyusut enam bulan kemudian selepas mengeluarkan iPhone terbarunya. Apple dijangka akan mengeluarkan versi baru iPhone kemudian pada tahun ini.


“Samsung dan Apple dengan cepat menjadi pengeluar telefon pintar global apabila kedua-duanya memperkenalkan sesuatu yang berbeza kepada pasaran,” kata Kevin Restivo, seorang penganalisis kanan kajian dengan IDC. "Samsung menggunakan strategi besar-besaran di mana kebanyakan model dihasilkan dengan pelbagai jenis segmen pasaran. Apple, sebaliknya, menawarkan sejumlah kecil bagi model berprofil tinggi,” katanya. - AFP






.

Panjangnya rambut mereka..hoho


Inilah para wanita desa di China yang berambut panjang sehingga tercatat di Guinness World Record sebagai desa rambut panjang pertama di dunia. The Red Yao, kelompok perempuan minoriti etnik dari Desa Huangluo Yao di China, para wanitanya memiliki panjang rambut rata-rata 5.5 meter.


Dan yang terpanjang diukur memiliki 6.8 meter. Hebatnya, ternyata para wanita ini memotong rambut mereka hanya sekali dalam hidup mereka, di umur 16 tahun, sebelum mereka memiliki suami.kerana dianggap begitu suci.


120 orang wanita sekarang dengan bangga mempamerkan rambut mereka di desa itu. Mereka dikenali di seluruh China sebagai 'desa rambut panjang.







.

Akhirnya dia ditemui..


Mayat seorang pemuda yang dilaporkan terjatuh ke dalam Sungai Perlis awal pagi semalam ditemui awal pagi Jumaat. Ketua Polis Daerah Kangar, Supt Abdul Rahman Mohd Noordin berkata mayat Nor Azhar Osman, 23, ditemui terapung oleh pasukan penyelamat dan orang ramai kira-kira pukul 1.30 pagi, tidak jauh daripada tempat dia dilaporkan tenggelam. Pelajar lepasan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Perlis itu dilaporkan terjatuh ke dalam sungai berhampiran Taman Pelangi, kira-kira 2 pagi semalam dan tenggelam kerana dia dikatakan tidak pandai berenang.


Gerakan mencari mangsa yang tinggal di Kampung Baru, Kuala Perlis itu dilakukan Unit Skuba Jabatan Bomba dan Penyelamat serta para penduduk mulai 8.30 pagi Khamis setelah menerima panggilan pukul 7.17 pagi. Anggota Dewan Undangan Negeri Kuala Perlis, Mat bin Hassan serta keluarga mangsa turut berada di tebing sungai ketika gerakan mencari dilakukan sehingga mayatnya ditemui.-BERNAMA






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!