Monday, July 15, 2013

YANG MANIS - MARISSA



Ini adalah novel terbaru dari penulis novel yang diadaptasi ke drama iaitu Teduhan Kasih. Dan sesuai dengan tajuknya, tulisan terbaru penulis ini memang sangat manis.

Kisah mengisahkan Imaniah Sofea, lebih dikenali sebagai Iman yang jatuh cinta pandang pertama dengan seorang lelaki berasal dari kampung, Raees Hamzah. Iman anak orang kaya mula sedar mengenai cintanya dan nekad memikat Raees yang lebih mesra dipanggilnya abang. Biarlah dikatakan perigi mencari timba. Raees pula, adalah seorang yang ramai peminat. Terutama seorang wanita muslimah seperti Humairah di kampung, yang secara terang-terangan ingin menjadi isteri kepada Raees. Berbeza seperti langit dan bumi, Humairah memang sangat sesuai dijadikan isteri, namun Raees tidak pandang sebab Humairah ada sikap pelik yang tidak digemari oleh Raees. Jujurnya, Raees juga jatuh hati dengan Iman yang lurus dan mudah dibentuk. Biarlah, siapa peduli dengan pakaian Iman yang singkat? Raees nekad akan mengubah Iman menjadi lebih baik jika ditakdirkan Iman akan menjadi isterinya.

Walaupun mereka saling ada hati, namun Raees cuba bersikap jual mahal. Hakikatnya, dia sedar akan perbezaan antara mereka. Dia selalu saja mengusik Iman, dengan niat melihat sifat cemburu Iman terserlah. Dan Iman yang lurus akan membentak cemburu..hehe.. Adakah mereka punya jodoh bersama? Adakah perbezaan taraf, kaya dan miskin akan menjadi penghalang hubungan mereka? Dan lihatlah usaha Humairah dalam meraih cinta Raees Hamzah. Jika anda gemarkan novel yang santai dan kurang konflik, inilah novel yang wajib anda beli!! Memang manis :)


Tajuk : Yang Manis
Penulis : Marissa
Halaman : 453 muka surat
Harga : RM19/RM22




P/S - Recommended by Lulu Caldina





.

Pelik! Pengurus baru Manchester United gembira mereka kalah di Thailand


Pelik! Pengurus baru Manchester United gembira mereka kalah di Thailand | PENGURUS Manchester United, David Moyes mengakui kekalahan 1-0 di tangan Thailand All Star bukan keputusan yang bijak. Biarpun begitu, Moyes tidak melihat ia satu permulaan yang buruk sejak mengambil alih jawatan itu daripada Sir Alex Ferguson. “Saya berharap tidak. Jika saya berdepan dengan kekalahan, saya gembira dengan kekalahan ini, lagipun ia merupakan pra-musim,” katanya. Dalam perlawanan itu, United hadir tanpa beberapa nama besar termasuk Robin Van Persie dan Wayne Rooney yang terpaksa dihantar pulang akibat masalah kecederaan. “Kami terlepas beberapa peluang terhidang. Secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan kecergasan semua pemain,” katanya. -AP





.

Ianya menjadi perhatian kerana walaupun tidak mustahil, tapi jarang terjadi


Ianya menjadi perhatian kerena walaupun tidak mustahil, tapi jarang terjadi | Labu air gergasi. Biarpun bukan perkara ganjil, namun ia jarang berlaku dan kerana itulah rumah imam masjid di Felda Bukit Bading, di sini menjadi tumpuan gara-gara labu air yang ditanam di tepi rumahnya bersaiz kira-kira 1.5 meter panjang. Malah, pokok labu air atau nama saintifiknya lagenaria siceraria yang ditanam sekitar Februari lalu sudah pun mengeluarkan hampir 20 biji buah sehingga kini yang kebanyakannya mempunyai saiz besar berbanding biasa, selain rupanya kelihatan seperti belalai gajah. Abd Rahman Diah, 67, berkata, benih labu berkenaan dibawa pulang isterinya, Zainab Abu Bakar, 63, setelah memperolehnya ketika menyertai lawatan berkaitan program Bumi Hijau ke Felda Cerul, Kemaman pada 2011 lalu.

Menurutnya, sewaktu lawatan itu, isterinya dibawa melihat hasil tanaman labu air yang diusahakan di sana. "Tertarik melihat hasilnya yang begitu menjadi apatah lagi rupa buahnya agak cantik, dia tidak ketinggalan meminta benih untuk dibawa pulang. "Benih tersebut ditanam di tepi rumah akhir 2011 dan hanya mengeluarkan dua biji buah yang saiznya antara 30 hingga 35 sentimeter panjang," katanya. Menurutnya, sebiji buah itu digunakan untuk masakan dan sebiji lagi dijadikan benih serta ditanam Februari lalu. "Pada Mei lalu, ia sudah mula membuahkan hasil dan apa yang mengejutkan kami apabila ada buah yang begitu besar saiznya,” katanya. Datuk kepada 15 cucu yang juga seorang jurunikah itu menambah, dia membuat keputusan untuk tidak memetik labu air gergasi tersebut buat masa ini dan akan dijadikan benih. "Sehingga kini, beberapa individu telah nyatakan keinginan untuk meminta benih labu air yang ditanam itu," katanya. -SH






.

Penyanyi dan pelakon cantik ni hamil empat bulan


Penyanyi dan pelakon cantik ni hamil empat bulan | PENYANYI dan pelakon kacukan Arab, Betty Benafe mengesahkan dirinya telah hamil empat bulan. Tidak kisah jantina bayinya itu, Betty dan suaminya, Bruce Darghous tetap bersyukur apabila mendapat tahu berita tersebut. “Alhamdulillah saya telah hamil empat bulan. "Saya dan suami terlalu gembira apabila mendapat tahu tentang kehamilan saya,” katanya ketika ditemui pada sesi fotografi di Butik Omar Ali, Taman Tun Dr Ismail, hari ini. Betty dan Dargous selamat menikah pada 8 Disember tahun lalu. “Saya sangat teruja menanti kehadiran anak pertama kami. Saya tak kisah jantina anak kami. “Tapi saya berharap sekurang-kurangnya kami ada sepasang.

Tak kisah mana satu (lelaki atau perempuan) yang dapat dulu,” kata Darghous yang sedikit protektif terhadap Betty semenjak disahkan hamil. Sementara Betty akui tidak mengalami sebarang alahan atau mengidam sebarang makanan buat masa ini. “Setakat ini, saya tak ada muntah atau mengidam apa-apa. Cuma berat badan saya turun sampai empat kilo kerana saya tak ada selera makan dalam tempoh tiga bulan pertama itu. “Tapi di awal-awal kehamilan, saya rasa panas sampai saya potong rambut pendek. Saya sedar saya hamil apabila kehamilan saya sudah dua minggu,” katanya. Bayi pertama mereka itu dijangka lahir pada bulan sama dengan kelahiran Darghous iaitu Disember. -SH





.

Malang : Israel dibenci oleh rakyat sendiri



 Kasihan : Israel dibenci oleh rakyat sendiri | Ribuan penduduk, kelmarin mengadakan tunjuk perasaan sempena ulang tahun ke-2 protes besar-besaran yang membantah kos sara hidup tinggi di Israel. Menurut laporan Press TV, kebanyakan penunjuk perasaan membantah langkah penjimatan diumumkan kerajaan dan menuntut keadilan sosial berikutan golongan pertengahan semakin tertindas dan menerima kesan akibat dikenakan cukai tinggi. Aktivis sosial, Daphni Leef berkata, rakyat mulai berang dengan tindakan itu malah muak dengan sikap kerajaan yang hanya mementingkan diri sendiri serta melakukan keganasan berterusan terhadap rakyat Palestin.

Sejak dua tahun lalu, penduduk Israel sering mengadakan protes di Tel Aviv dan bandar lain kerana tidak berpuas hati dengan rancangan ekonomi diumumkan rejim Zionis. Tel Aviv sebelum ini mendakwa, cukai tinggi itu terpaksa dilaksanakan bagi membantu rakyat Palestin namun rakyat negara itu sedar bahawa dakwaan tersebut hanya sekadar alasan bagi mewujudkan sentimen kebencian terhadap penduduk Palestin. -AP





.

Fara Fauzana cerita pasal insurans



Fara Fauzana cerita pasal insurans | Walaupun dia bukan seorang penyanyi, tetapi sebagai penyampai radio dan pengacara, Fara Fauzana menyifatkan suaranya begitu penting dan sebagai penyumbang utama memberikan rezeki kehidupan buat diri sendiri dan keluarga. Oleh itu dia telah menginsuranskan suaranya sebagai langkah berjaga-jaga jika ia gagal berfungsi atas penyakit-penyakit tertentu. "Saya mengambil insurans kesihatan yang turut disertakan dengan perlindungan suara sekali. Malu nak bercakap tentang hal ini, maklumlah saya bukannya penyanyi. Datuk Siti Nurhaliza pun tak insuranskan suara dia agaknya.

"Tetapi bagi saya ia penting kerana kerja harian saya menggunakan suara bukan sahaja di konti radio tetapi juga di luar di mana saya mengacarakan pelbagai acara majlis. "Hati saya mula terdetik untuk menginsuranskan suara selepas pernah pada satu kejadian, saya tidak sakit, tetapi suara hilang dan ia buatkan saya risau," katanya seperti yang dilaporkan mStar online. Tambah Fara, dia juga pernah terfikir apakah yang akan terjadi sekiranya satu hari nanti dia tidak mempunyai suara lagi. Namun, selain membuat perlindungan insurans suara, dia juga sudah merancang akan memberi fokus kepada kerjaya di belakang tabir penyiaran radio pula. -MD





.

Misteri kematian mengejut pelakon Glee, Cory Monteith


Misteri kematian mengejut pelakon Glee, Cory Monteith | Aktor Kanada yang terkenal menerusi drama muzikal Glee, Cory Monteith, (gambar) ditemui mati kelmarin di Hotel Fairmont Pacific Rim. Tiada tanda-tanda kematiannya disebabkan dibunuh dan punca kematian masih disiasat, kata Ketua Koroner British Columbia, Lisa Lapointe, dalam sidang akhbar. Ditanya sama ada Monteith, 31, meninggal dunia akibat pengambilan dadah berlebihan, pemangku ketua Jabatan Polis Vancouver, Doug LePard, berkata beliau tidak mahu membincangkan apa yang mungkin ditemui dalam bilik hotel itu. “Kami baru maklumkan perkara itu anggota keluarganya sejam lalu, jadi kami belum dapat bincangkannya lagi,” katanya.

Monteith memegang watak Finn Hudson dalam siri itu dan pernah dirawat di pusat pemulihan kerana ketagihan dadah, tahun ini. Pelakon berkenaan yang membesar di British Columbia, mengakui menghadapi masalah dadah serius ketika usia remaja, dan pertama kali dirawat akibat ketagihan pada usia 19 tahun. Ada beberapa orang lain dalam bilik hotel Monteith malam Jumaat lalu, tetapi bukti, termasuk kunci masuk, menunjukkan beliau kembali ke biliknya sendiri awal kelmarin dan berada seorang diri ketika meninggal dunia, kata polis. Beliau dijangka mendaftar keluar kelmarin. - REUTERS







.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!