Monday, August 22, 2011

This is Victoria Beckham... after Harper's birth



She is never normally pictured without her high heels, full make-up and immaculately coiffed hair.
But a slipped disc means Victoria Beckham has had to forgo glamour for comfort and has been ordered to wear flat shoes to help ease her pain.
Wearing dark glasses, a plain green dress, and black cardigan Posh Spice appeared to have lost much of the baby weight she gained appearing as slim as ever but a world away from her image as a polished fashionista.

Posh Spice, 37, was photographed in Hollywood for the first time since giving birth to daughter Harper Seven by Caesarean in July.
Her nanny held Harper’s baby carrier as they made their way to a business meeting.
Friends of the star said that wearing high heels in pregnancy may have led to the slipped disc.

She appeared at the wedding of Prince William and Kate Middleton while expecting wearing towering five-inch Christian Louboutin heels.
Many doctors warn against wearing high heels in pregnancy as they can put excessive strain on the spine.
Victoria’s Caesarean – her fourth -  is then thought to have placed her back under further pressure.
Now doctors have advised her that she cannot risk wearing the towering heels that have become her signature.
Since Harper’s birth, she has been resting at a home on Malibu beach, California, with footballer husband David and sons Brooklyn, 12, Romeo, eight, and Cruz, six.




.

Kini giliran mereka


SUDAH bertahun Kendall dan Kylie Jenner perhatikan saja kakak-kakak mereka menjadi terkenal dan kini giliran mereka pula untuk dikenali ramai.
Adik beradik tiri Kim, Kourtney dan Khloe Kardashian mengikut jejak langkah mereka apabila mereka mereka tampil bergaya di acara karpet merah, menunjukkan yang mereka telah belajar daripada kakak-kakak mereka yang sudah terkenal.

Mereka berdua hadir di tayangan perdana filem ‘Glee The 3D Concert’ yang turut dihadiri oleh bintang-bintang filem tersebut dan beberapa artis muda di Hollywood.

Kendall, 15 tahun dan Kyle 13 tahun yang memakai pakaian pendek, kelihatan lebih matang daripada usia sebenar mereka, tetapi tetap kelihatan cocok bergaul dengan bintang-bintang yang hadir.

Kendall yang mengenakan pakaian kembang yang dibuat daripada kain sifon putih tidak kekok langsung bergaya di hadapan lensa kamera.

Belahan baju di bahagian dadanya panjang, hingga ke pinggang. Dia mengenakan kasut bernada perang muda dan membiarkan rambut panjangnya yang hitam berkilat, mengurai.


Kylie pula mengenakan blaus putih lengan panjang yang jarang dan dipadankan dengan seluar pendek.

Dia turut mengenakan kasut berwarna perang muda dan hampir sama tinggi dengan adiknya yang muda dua tahun daripadanya.

Kendall kelihatan seiras Kim, manakala Kylie pula kelihatan seperti Kourtney. Kedua-dua kakak mereka itu sedang mengukir nama di dalam dunia hiburan.

Kendall dan Kylie juga memulakan karier mereka di dalam bidang peragawati dan telah muncul dalam cerita realiti keluarga mereka ‘Keeping Up With The Kardashians’ di saluran E!




.

Justin Bieber dan Salena Gomez berpisah?


PASANGAN kekasih, Justin Bieber dan Selena Gomez dilaporkan telah memutuskan hubungan mereka kerana Selena, bintang filem Disney, memberitahu Bieber yang dia tidak suka rakan-rakan baru Justin yang dari kalangan penyanyi hip-hop.

bintang ‘The Wizards of Waverley Palace’ yang bercinta dengan Bieber, 17 tahun, sejak awal tahun ini, dikatakan memutuskan hubungan mereka kerana dia bimbang Justin akan terpengaruh dengan kawan-kawan barunya.

Sejak beberapa minggu lalu, Justin lebih banyak menghabiskan masanya dengan Sean Kingston, penyanyi rap Lil Wayne dan penyanyi Chris Brown yang telah merakamkan lagu dengan remaja Kanada itu.

Chris Brown mempunyai dikenali mempunyai perangai buruk selepas dia menyerang bekas kekasihnya Rihanna pada tahun 2009 yang menyebabkan penyanyi “Only Girl In The World” terpaksa dikejarkan ke hospital. Brown telah didakwa kerana menyerang dan membuat ugutan jenayah.

Lil Wayne pula telah dipenjarakan selama lapan bulan pada tahun 2010 setelah mengaku bersalah kerana menyimpan senjata.

Bieber telah berkawan dengan penyanyi dari Jamaica Sean Kingston sejak merakamkan lagu “Eanie Meenie” bersama penyanyi itu pada April 2010. Minggu lepas ketika Bieber dan Sean memandu kereta Rolls Royce dan bersiar-siar di South Beach, mereka telah ditahan polis. Polis merasa ragu melihat dua orang remaja di dalam sebuah kereta mewah.

Walaupun kedua orang remaja itu tidak melakukan apa-apa keselahan dan dibenarkan memandu, Kejadian seperti ini yang buatkan Selena marah. Dia tidak suka Bieber terlibat dalam publisiti yang akan memburukkan namanya.

Yang menyebabkan Selena berang, apabila Bieber membawa Sean untuk menonton persembahannya pada hujung minggu di Florida.

Seorang sahabat Selena memberitahu akhbar Sun. “Selena beritahu Justin supaya tidak bersama dengan mereka. Dia tidak mahu kawan-kawan baru Bieber itu merosakkan persembahannya. Mereka telah bergaduh besar dan Selena rasa masanya tepat untuk mereka berpisah kerana Selena sedang sibuk dengan siri persembahannya.”

Bieber dikatakan sedih dengan keputusan Selena. Dia kelihatan menangis selepas mereka bergaduh besar.

Kata kawan Selena lagi. “Sebak apabila melihat seorang lelaki berusia 17 tahun menangis dan berkata yang dia cintakan Selena.”



.

Pemandu lori berhenti kerja demi anak


Seorang pemandu lori terpaksa berhenti kerja sejak enam bulan lalu bagi memberi tumpuan kepada anaknya yang dilahirkan cacat sejak kecil.

Yahya Mamat berkata, anaknya, Badrul Hisham, 27, yang merupakan zuriat hasil perkahwinan pertamanya itu cacat fizikal dan hanya terbaring di rumahnya di Kampung Pantai Bahagia, Beserah, di sini.
Menurutnya, Badrul Hisham dijaga oleh isteri keduanya, Norehan Ibrahim, 55, sejak kecil tetapi kini tahap kesihatan isterinya itu juga semakin merosot akibat komplikasi penyakit kencing manis yang dihidapinya sejak beberapa tahun lalu.

"Dia tidak dapat lagi menjaga Badrul dengan baik kerana matanya sendiri rabun teruk sehinggakan dia kerap terjatuh di rumah," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini.
Menurut Yahya, 56, perkahwinannya dengan Norehan kira-kira 20 tahun lalu tidak dikurniakan anak.
Tambahnya, dengan pendapatan yang tidak menentu dan tidak mampu menanggung kos yang tinggi, dia terpaksa membenarkan Norehan dibawa pulang ke rumah seorang saudara isterinya itu untuk menjalani rawatan.

"Oleh kerana saya bimbang keselamatan Badrul yang terpaksa ditinggalkan sendirian, saya tiada pilihan melainkan terpaksa berhenti kerja untuk menjaganya.

"Saya buntu memikirkan nasib kami anak beranak memandangkan saya tidak lagi bekerja dan hilang sumber pendapatan dan hanya mengharapkan belas ihsan jiran terdekat," katanya.
Menurut Yahya, anaknya menerima bantuan bulanan sebanyak RM70 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tetapi ia masih tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan membeli lampin pakai buang serta keperluan lain yang mencecah hampir RM200.

"Saya kasihan melihat keadaannya apabila hanya mampu memberinya makan roti dan biskut serta air susu sedangkan dia memerlukan makanan yang berkhasiat," katanya.
Lebih membimbangkan katanya, sejak berhenti kerja, bayaran rumah sewanya sebanyak RM200 sebulan beserta bil air dan elektrik tertunggak hampir enam bulan.
"Saya sentiasa memikirkan nasibnya pada masa depan jika saya tiada lagi nanti memandangkan tiada ahli keluarga dan saudara-mara yang mempedulikan nasib kami berdua," katanya.



.

Petola masak telur


Lauk yang paling special dalam keluarga lulu :)
Dan teringin nak kongsikan buat semua...
Dari kecil, mummy akan hidangkan lauk ni..
Bolehlah dianggap lauk yang disukai oleh kanak-kanak..


  • Sayur petola dihiris nipis (macam fries, tapi lagii halus)
  • Telur. Ikut berapa banyak petola.. biasanya untuk 2 petola sederhana besar, memadai sebiji telur, ikut citarasa sendirilah yer..
  • seulas bawang putih, diketuk
  • Perasa

Panaskan minyak, masukkan bawang putih, agak dah naik bau, masukkan sayur petola.. gaul sebentar, pecahkanlah telur dan masukkan perasa. Sayur ni tak perlu masa yang lama untuk dimasak.. Dan yang paling penting, tak perlu nak letak air, sebab air akan keluar dari sayur tu.. magic..ngee, nampak dalam gambar diatas, semua air tu hasil dari petola, harap maklum.. ok, dah ready 1 juadah :)


inilah petola, ambik dari google..




.

[Picture] First look at beaming bride Kim Kardashian



Beaming and beautiful bride Kim Kardashian is the picture of happiness as she is about to exchange vows with fiance Kris Humphries.
In a sneak peek at the couple's wedding, which took place at a private residence in Montecito, California on Saturday night, the 30-year-old reality star is blushing as she stands hand-in-hand with her now husband, just moments before their nuptials.
E! Entertainment gave fans a sneak preview of the big day last night, ahead of the full ceremony, which will air on the network in early October.


Kim is seen looking stunning in her ivory custom-designed strapless Vera Wang gown with full tulle skirt, basque waist and hand-pieced Chantilly lace appliqué on the bodice and 'epic' train.
She has her veil off her face with a jeweled headpiece containing diamonds, 'dripping' on to her forehead.
Her make-up whilst striking, was a more paired down look for the reality star, and she wore her hair in a simple up-do. 


Kim flashes her famous grin to her guests as she walks down the seemingly endless white and black carpeted aisle, all whilst on the arm of her step father, Bruce Jenner.
As she finally makes it down to Kris, who is equally dapper dressed in a cream peak lapel tuxedo jacket, black tuxedo pants with white shirt and white bow tie by Ermenegildo Zegna, the couple can't stop smiling at one another.
They then proceed to look around with amazement at their 450-strong guestlist before the ceremony gets underway.


And it appears that Kim looked to the biggest wedding of the year - William and Kate's - for inspiration for her bridal party.
Co-maids of honour Kourtney, 32, and Khloe, 27, are also seen in the clip in their cream strapless gowns with their brunette tresses down in loose waves.
Kim's mother Kris Jenner also takes a moment before the ceremony to pose with her two daughters and Kim's half sisters and bridesmaids, Kylie, 15, and Kendall, 14.


Kris, 55, also wears a Vera Wang-designed dress; a strapless white gown with an over-the-top bow across the bodice, while the two teenagers wear matching strapless dresses with fishtail hems.
And while Kim and the wedding party can only be described as flawless, it appears that it was little Mason who nearly steals the show, with the toddler walking down the aisle in a miniature cream tuxedo.
At first he was held by his mother Kourtney who herself had a near-fall as she walked down the aisle holding her son, who played ring bearer in the ceremony.
And while she steadied herself, though, little Mason, 21 months, zoomed down the aisle ahead of her.


Guest and E! News reporter Ken Baker, who was among guests at the lavish affair, said that Kim received a round of applause as soon as she stepped onto the grandiose aisle, but the reality star made sure to keep her cool.
'When Kim walked into the courtyard and people saw her, they started playing the music - she was with Bruce and they saw her in the dress, people started to applaud... it was so dramatic, she looked flawless,' he said.
'Kim was very low-key, she seemed really mellow and she sort of set the tone for the whole night... It was a very mellow night, Kris is a very mellow guy and it felt very intimate.'
He revealed that the whole 30-minute ceremony, which started at approximately 6.30pm, was flawless and had personal touches.
'It was well planned, well executed and everything went really smoothly,' he said. 


'The ceremony ended up being only half an hour, but it went pretty quickly. The pastor was excellent. He has known Kris Humphries since he was a teenager, so he had a real personal interest in Kris and had some interesting stories.'
The pastor also reportedly warned the couple that marriage isn't always a bed of roses.
'He was also speaking very candidly to the couple, saying "Look you can go from being really happy and blissful to having a mediocre marriage, if you don't work on it."' Baker revealed.
The ceremony was watched not only by the couple's families, but also celebrity guests including Ryan Seacrest, Lindsay Lohan, Eva Longoria, Mel B, Venus and Serena Williams, Avril Lavigne and Demi Lovato.





.

Giveaway Souvenir dari Jepun dan Korea



Lulu memang suka warna biru, dan kebetulan penganjur giveaway memiliki blog berwarna biru...
Siyes biru memang lawa, ngee.....
Dan hadiahnya pun tersangatlah menarik..
Huhu, semoga di bulan ramadhan ini ada rezeki buat lulu..
Tutup pada 22 september depan, silalah join dengan klik pada link kat atas..
Salam aidilfitri buat semua perantau diluar negara :)




.

Polis buru empat lelaki bantu kes jenayah


Polis mengedarkan gambar lakaran wajah empat lelaki bagi membantu menyelesaikan lima kes jenayah jalanan di empat kampung di daerah ini sejak dua bulan lalu.
Ketua Polis Daerah Besut, Supritendan Kamarudin Mohd Zakaria berkata, lakaran tiga suspek dan seorang lagi yang pernah ditahan kerana kesalahan sebelum ini diperoleh menerusi laporan dan pengecaman yang dibuat oleh mangsa mereka.

Katanya, kesemua dikaitkan dengan kes samun dan ragut di Kampung Padang Landak, Gong Bayor, Gong Duek dan Pengkalan Sentul yang melibatkan mangsa kerugian kira-kira RM20,000.
Menurutnya, suspek yang dipercayai berketurunan Melayu melakukan jenayah itu dengan menggunakan kenderaan seperti Perodua Kancil, Myvi, Satria yang juga dipercayai disewa.
Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut di Kampung Raja dekat sini semalam, Kamarudin berkata, suspek biasanya memilih waktu di antara pukul 2 petang hingga Maghrib untuk melakukan jenayah.

“Sasarannya ialah wanita yang tinggal di rumah yang terletak agak jauh dari pandangan umum supaya tidak dapat meminta pertolongan dan bantuan daripada orang lain.

“Mereka berpura-pura bertanyakan sesuatu untuk memastikan mangsa bersendirian di rumah dan kemudiannya menggunakan parang atau pisau pemotong daging untuk mengugut mangsa,” ujarnya.
Beliau menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa penjenayah yang agak berani itu kerana setakat ini suspek tidak memakai penutup muka semasa melakukan samun atau rompakan.

Dalam perkembangan yang sama, Kamarudin berkata, bagi menangani dan bertindak pantas ke atas kes sedemikian, pihaknya telah menubuhkan 10 pasukan yang terdiri daripada dua hingga lima sepasukan.
“Dengan adanya pasukan itu, polis mampu bertindak lebih pantas jika ada sesuatu kes dilaporkan. Orang ramai juga dinasihatkan agar turut membantu pihak polis menangani jenayah ini,” katanya.




.

Anak trauma ayah lemas depan mata


“Saya tak mahu baju raya, saya mahu ayah kembali,” kata Mohd Ilham Maulana, 8, yang melihat sendiri ayahnya, Sentang Jahri, 42, lemas selepas perahu yang dinaiki dua beranak itu karam di Sungai Sadong, berdekatan Kampung Munggu Kupi, Serian, dekat sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, dua beranak dari Kampung Tanah Puteh dalam perjalanan menghantar hampas padi untuk dijual di Serian sebelum perahu dinaiki terlanggar kayu hanyut di kawasan sungai yang terkenal dengan buaya ganas.

Mohd Ilham yang melihat ayahnya terkapai-kapai, cuba membantu dengan terjun ke sungai, namun tidak berdaya menyebabkan dia turut hanyut hampir dua jam sebelum ditemui penduduk kampung tersangkut pada dahan pokok di tebing sungai.

Ilham yang masih dalam trauma berkata, kejadian itu berlaku terlalu pantas dengan dia hanya sempat melihat tangan ayahnya terkapai-kapai sebelum hilang kerana dia sendiri tidak mahir berenang bagi membantu orang tuanya yang sedang lemas.

“Ayah berjanji mahu membawa kami sekeluarga membeli baju raya hari ini (semalam) selepas dapat duit menjual hampas padi tetapi sekarang saya tidak mahu baju raya, saya mahu ayah pulang dengan selamat.

“Saya cuba membantu menarik ayah tetapi tidak sempat mencapai tangannya dengan saya kemudian dibawa arus dan tersangkut pada dahan pokok hampir dua jam sebelum diselamatkan penduduk kampung yang kebetulan lalu," katanya dalam tangisan kepada Berita Harian di sini, semalam.

Isteri mangsa, Norhafizah Abdullah, 37, berkata menjadi kebiasaan suaminya ke Serian untuk menjual sayur atau hampas dengan dia merancang menggunakan wang hasil jualan bagi membeli persiapan menyambut Aidilfitri.
“Sepatutnya kami ke pekan hari ini (semalam) bagi membeli pakaian anak-anak dan barangan lain, tetapi anak-anak kini terpaksa menunggu jenazah ayah mereka dengan yang paling sedih adalah Mohd Ilham yang tidak berhenti menangis.

“Saya tidak menyangka panggilan telefon meminta saya pulang segera ke rumah selepas pergi menziarahi keluarga di Balai Ringin malam Jumaat lalu, adalah permintaan terakhir suami sebelum dia lemas,” katanya yang mempunyai lima anak berusia antara lapan hingga 17 tahun.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Serian, Suharto Lamat, berkata pasukan penyelamat yang disertai anggota polis, bomba, RELA serta penduduk kampung berjaya menemui mayat mangsa tersangkut pada dahan pokok pada jam 5 petang semalam, tidak jauh dari lokasi dia dikatakan terjatuh.

“Kami dimaklumkan mengenai kejadian jam 6 petang semalam (kelmarin) dengan seramai lapan anggota bomba terbabit dalam operasi mencari dengan kita berjaya menemui mayat mangsa kira-kira lima meter dari lokasi dia dilaporkan hilang.
“Mayat mangsa dalam keadaan sempurna menandakan ia tidak diganggu buaya dengan jenazah kemudian dihantar ke Hospital Serian bagi pengesahan lanjut,” katanya ketika dihubungi.



.

Bila Lulu gaduh dengan makbed..



Siapa tak kenal makbed, maknanya bukan pembaca setia Lulu-Pages..
Lulu Caldina selalu tak boleh dipisahkan dengan makbed...
Sebab sejak mula berlogging, makbed adalah antara blogger yang lulu kenal..
Dan secara tak langsung, dia banyak memberi sokongan buat lulu berblog..
huhu, janganlah bandingkan follower blog ni dengan blog makbed,
sebab walaupun follower makbed kurang berbanding Lulu-Pages,
tapi, lulu memang antara pembaca setia hasil tulisan makbed...


Makbed, pengakuan suci lagi murni dari lubuk hatiku yang paling dalam..
silalah jangan rasa berkecil hati..
sepatutnya entri ini sudah terpost sejak malam hari jumaat lagii...
(kononnya nak jadi org pertama yang wish..)
Lulu tak pernah lupakan hari lahir makbed..
dan jujurnya dah rancang nak buat entri melekat dari hari jumaat..
huhu, sibuk weh, sampai lupa nak post.. adeh...


Semoga makbed tak berkecil hati...
Selamat hari lahir makbed..(juga buat oni, dan happy anniversary... adeh, banyak segaligus, sepatutnya ayah bawa gi honeymoonn..ekeke)
Lulu bangga dengan perjuangan makbed sebagai seorang ibu dan isteri..
Dengan ucapan (macam dalam radio),
kompem tak, naik pangkat jadi ibu sepenuh masa???




Tak mahu ketinggalan mengucapkan sesuatu?? nak link makbed ;)


Photobucket



P/S - Tajuk entri takde kaitan, saje ekeke..



.

Maut kereta terbabas masuk parit


Seorang joki lumba kuda maut selepas kereta Proton Iswara yang dipandunya terbabas dan terjunam dalam parit sedalam empat meter di Jalan Medan Ipoh 1, bersebelahan dengan bangunan pusat pemprosesan sisa kumbahan Indah Water di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 8.39 pagi, Lim Cheng Woei, 27, mati di tempat kejadian akibat parah di beberapa bahagian badan selain pendarahan di kepala.

Mayat mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu terpaksa dikeluarkan dengan bantuan Anggota Bomba dan Penyelamat selepas kenderaannya terhumban ke dalam parit dalam keadaan mengiring.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Ipoh, Deputi Superintendan Mohd Rodzi Rejab, berkata siasatan awal mendapati ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari Medan Ipoh 1 menghala ke Medan Ipoh.



.

Memang panjang umur


Meskipun ditikam sebanyak lapan kali dan dicampak ke dalam hutan di Jalan Bukit Putus di sini, nyawa seorang lelaki berusia 29 tahun ini masih panjang.
Dia yang dipercayai ditikam oleh dua lelaki dengan pisau kelmarin, hanya pengsan dan tersedar hari ini sebelum meminta bantuan orang ramai dalam keadaan berlumuran darah.

Lelaki yang dikenali sebagai Arman Shah itu ditemui di tepi jalan Jalan Seremban-Kuala Pilah kira-kira pukul 10 pagi ini.

Orang ramai yang menemui mangsa kemudian segera membawanya ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di Seremban. Kakitangan di wad kecemasan terkejut apabila mendapati lelaki itu masih hidup walaupun terdapat beberapa kesan tikaman di badannya.
Menurut sumber, lebih menghairankan lagi apabila mangsa sempat menceritakan bahawa dia tidak sedarkan diri selepas diserang dua lelaki yang dikenalinya dengan pisau pada petang Jumaat lalu di Bahau.

"Dia mendakwa ditikam empat kali di bahagian hadapan badan dan empat tikaman di belakang badan kemudian dibuang ke dalam hutan di Jalan Bukit Putus," katanya ketika dihubungi hari ini.
Sumber itu memberitahu, kemungkinan lelaki yang menyerang mangsa berpendapat dia sudah meninggal dunia sebelum membuang 'mayatnya' di dalam hutan untuk menghapuskan bukti.

"Mangsa sedar dari pengsan tidak berapa lama selepas dicampak dan dia dikatakan berjalan kaki selama satu hari setengah untuk keluar dari hutan itu sebelum ditemui orang ramai.
"Lelaki itu masih bernyawa walaupun sudah tiga hari ditikam mungkin kerana tikaman itu tidak mengenai organ pentingnya," ujarnya.

Mangsa telah menjalani pembedahan selama beberapa jam untuk menjahit luka pada badannya dan kini ditempatkan di wad rawatan rapi untuk pemantauan lanjut.



.

Tiga sahabat maut, kereta bertembung pacuan empat roda


Tiga sahabat maut, manakala seorang lagi berada dalam keadaan kritikal apabila kereta Proton Saga yang mereka naiki bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 4, Jalan Lapangan Terbang dekat sini malam tadi.
Dalam kejadian pukul 9.30 malam itu, tiga yang maut ialah pemandu, Hendry Agasih Gani, 21; Adsroy Arpad, 19, dan Mohd. Fadzli Zulkifli, 20.

Seorang lagi rakan mereka iaitu Alim Gani, 24, kini dalam keadaan kritikal dan dirawat di Hospital Kudat.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kudat, Jamaludin Hussin berkata, kereta dinaiki empat sahabat itu dikatakan bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Perodua Kembara yang datang dari arah bertentangan.

"Pemandu dan penumpang Kembara itu hanya mengalami cedera ringan dan dikeluarkan oleh orang ramai.
"Sebaik sahaja sampai di tempat kemalangan, pihak kami terpaksa memotong pintu kereta Proton Saga untuk mengeluarkan pemandu dan penumpang hadapannya yang tersepit," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!