Tuesday, January 11, 2011

Berkahwin dengan haiwan peliharaan.. WHAT?


Seorang pemuda berasal dari Toowoomba, Queensland Australia ingin mengabadikan hubungan dengan sahabatnya dalam sebuah ikatan perkahwinan. Namun, sahabatnya itu bukanlah seorang wanita, melainkan anjing labrador berumur lima tahun, bernama Honey.


Perkahwinan Joseph Guiso dan Honey berlangsung di Taman Laurel, kota Toowoomba. Guiso memelihara Honey sejak lima tahun lalu.


Tiga puluh teman-teman terdekat dan keluarga pasangan turut menghadiri upacara  perkahwinan yang berlangsung. Majlis perkahwinan itu pun sama seperti sebuah resepsi biasanya dengan meja dan kerusi bagi para tetamu dan pasangan pengantin.


"Kau adalah sahabatku dan membuat hidupku lebih baik," ucap Guiso ketika membacakan sumpah perkahwinan, seperti dipetik The Chronicle. "Kita akan melalui segalanya bersama-sama."


"Dia tidak mengatakan apa-apa, Jadi saya menganggapnya sebagai jawaban 'ya'," kata lelaki yang sempat merasa bersalah setelah hidup serumah dengan Honey tanpa ikatan perkahwinan.


"Perkahwinan  kami adalah sebuah cinta," dia berkata mengenai status barunya.


Pasangan yang berkahwin 1 Disember yang lalu tersebut menghabiskan bulan madu singkat dengan berjalan-jalan di salah satu taman Toowoomba.

Perkahwinan serupa juga pernah dilakukan seorang lelaki berasal dari India bernama Selvakumar yang mengahwini seekor anjing betina bernama Silva. Perkahwinan itu dilakukan sebagai bentuk penebusan dosa kerana lelaki itu telah melempar dua anjing dengan batu hingga mati 15 tahun silam.


Sejak dua anjing itu mati, Selvakumar mengalami lumpuh dan kehilangan pendengaran serta kemampuan untuk bercakap. Dia merasa itu sebagai kutukan. Dan, seorang dukun berkata bahawa kutukan itu boleh hilang jika ia berkahwin dan hidup bersama anjing.




.

Sebaik bebas Ariel akan mengahwini Luna?


Nazriel Ilham atau Ariel Peterpan masih terhimpit perbicaraa demi perbicaraan kerana kes video pornonya. Namun,  itu tidak membuat kisah cinta pasangan sejoli ini terganggu. Justru sebaliknya, pasangan ini semakin mesra.

Bahkan, Luna memperlihatkan kesetiaannya kepada Ariel dengan menemani lelaki ini di beberapa perbicaraannya. Luna memberikan sokongan untuk Ariel. Lalu, adakah hubungan mereka akan berakhir dalam perkahwinan?

"Kalau untuk berkahwin tidak sekarang dan tidak dalam waktu terdekat. Luna masih setia menunggu Ariel sampai bebas dulu, setelah itu baru membuat persiapan perkahwinan," kata Budi Soeratman, pengurus Peterpan.

Budi juga menambah, bahawa sebenarnya keinginan Ariel untuk mengahwini Luna Maya itu sudah ada sebelum kes ini terjadi. Hubungan keduanya sudah mendapat restu dari kedua orangtua masing-masing.

"Kalau ingin kahwin dengan Luna memang benar. Sejak sebelum masalah ini pun timbul mereka sudah bersedia untuk berkahwin, tapi mereka tunda dulu sehingga masalah ini beres," ucapnya.

Agaknya dimana perkahwinan ini diadakan? Bali atau Bandung? "Kalau di Bali, tidak mungkin, kerana pasti perlukan belanja besar. Mungkin di Jakarta, memandangkan saudara, kerabat dan teman mereka ramai berada disini,"  Kata Budi.



.

Aku tak lawa...

Salam..selamat petang....
Dulu....ada kawan lulu mengadu...
L : Aku ni dahlah tak lawa...Hitam lak tu..
Pakai apa-apa pun takkan ada perbezaan..

Lulu : Kenapa tetiba rendah diri L?

L : Umur kita ni dah belasan tahun.. Ramai yang pernah/sedang bercinta...
Tapi, aku.....

Lulu : laa pasal cinta rupanya...



Biasanya bukan hanya yang 'kurang' rupa...
Tapi yang lawa (cantik) juga selalu ada 
perasaan yang tak kena pada diri...


Look, kita ni, manusia...
Takkan pernah ada yang sempurna..
 Semua orang ada kekurangan...


Bukan masalah pada warna kulit..
Bukan masalah pada jerawat yang boleh dikira di muka..
Bukan masalah rambut yang beruban sedangkan umur masih muda..
Bukan masalah lemak selulit yang setia dibadan..
Bukan masalah ketinggian atau paha yang besar...
Bukan masalah miskin atau kaya..
Bukan masalah tiada ibu mahupun bapa..
Bukan juga masalah diri yang pemalu tak bertempat...

Bagi lulu, yang paling penting adalah...
MENJADI DIRI SENDIRI...
keikhlasan dalam hati...
dan selalu jujur dalam perhubungan..
Tak kira keluarga, cinta dan persahabatan...
CINTA pada Tuhan juga harus diutamakan...


Buat apa nak difikirkan benda-benda sebegini...
ataupun hal2 yang lalu....
bergembiralah....
bersyukurlah dengan apa yang kita ada hari ni...
Senyum....(awet muda)
..Tanamkan dalam hati, sentiasa gembira....
sentiasa tenang....
Ngee....insya-Allah kita akan melihat dunia ni disudut yang berlainan...
sudut yang paling indah...


Kita semua cantik dan sempurna di mata Allah...
Terangi diri sendiri dengan kegembiraan..
Seperti cahaya matahari keatas bumi..
Menerangi kehidupan setiap insan di muka bumi..



.

Kembali ke England..


David Beckham menjalani ujian kecergasan di Tottenham semalam, sebelum memulakan sesi latihan selama sebulan bersama kelab Liga Perdana England itu.

Walaupun perbincangan untuk beraksi secara pinjaman selama dua bulan dari Los Angeles Galaxy sudah berakhir, pemain tengah itu dan Spurs masih berharap perjanjian perpindahan pemain itu dapat dibincangkan semula.

Beckham akan menghabiskan masa berlatih bersama Spurs sehingga 10 Februari ini, dengan Galaxy menjangkakan bekas ketua pasukan kebangsaan England itu akan kembali ke kelab mereka untuk bersediaan aksi pembukaan Liga Bola Sepak Utama (MLS) menentang Seattle Sounders pada 15 Mac ini.

Selepas menjalani ujian kesihatan di padang latihan Tottenham di timur London, Beckham meninggalkan kelab itu dengan memakai baju kelab tersebut.

Beckham, 35, berharap untuk beraksi bersama Tottenham bagi mencerahkan peluangnya untuk disenaraikan ke dalam skuad England, setelah 115 kali mewakili pasukan kebangsaan.


Galaxy enggan membenarkan Beckham beraksi di Eropah ketika musim rehat MLS, kerana bimbang dia mungkin mengalami kecederaan.

Ini ekoran kecederaan pelipat lutut yang dialaminya ketika dipinjamkan di AC Milan Mac lalu, menyebabkan dia tidak dapat beraksi sehingga September.

Pihak pengurusan Beckham terus berharap perbincangan dengan Tottenham dan Galaxy dapat diperbaharui semula.



.

Kemelut Rumah Tangga


Pengacara Jimmy Shanley Norjahan Shah Saleh,30, enggan mengulas mengenai ikatan perkahwinan yang dibina dengan Nursuhaila Eliani Suhaimy,24, yang dikatakan semakin rapuh apabila dia dilihat muncul di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam, Selangor, Isnin.

Jimmy dalam satu kiriman Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) berkata, dia tidak dapat memberi sebarang komen kerana mahu menjaga hati keluarga mertua dan pihak-pihak tertentu berhubung perkara terbabit.

“Saya tahu isu rumah tangga saya masih ramai yang buat spekulasi. Saya minta maaf kepada semua wartawan. Bukan saya tak mahu kongsi masalah ini tetapi saya harus jaga nama naik keluarga mertua dan pihak-pihak tertentu,” katanya, Isnin.

Jelas Jimmy dalam SMS tersebut, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula hubungan suami isteri.
Katanya, sudah menjadi adat sesebuah perkahwinan itu mesti ada pasang surutnya tetapi dia menganggap apa yang dilaluinya hari ini adalah ketentuan Allah.

“Mungkin juga dugaan awal yang kami lalui ini akan menguatkan lagi ikatan perkahwinan kami pada masa akan datang,” ujarnya.

Bagaimanapun pengacara Trek Selebriti ini berharap semua peminat dan orang ramai dapat berdoa agar perkahwinan mereka itu akan terus kukuh dan kekal buat selama-lamanya.

Difahamkan, Jimmy hadir ke mahkamah bersama peguamnya bagi menyelesaikan tuntutan nusyuz atau perintah kembali taat yang dibuat terhadap isterinya sebelum ini.
Bagaimanapun isterinya dikatakan tidak menghadirkan diri sehingga menyebabkan kes berkenaan terpaksa ditunda sehingga Februari depan.

Kata Jimmy lagi, dia akan memaklumkan kepada pihak media sekiranya terdapat apa-apa perkembangan positif dan menggembirakan mengenai rumah tangga mereka itu.

Pasangan tersebut diijabkabulkan pada 1 Oktober 2010 di rumah keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh, Selangor dengan hantaran sebanyak RM31,186, bersempena dengan tarikh lahir Nursuhaila yang jatuh pada 31 Januari 1986.
Majlis resepsi pula diadakan sehari selepas itu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).





.

Nini D & The Warna Contest


Yeah, contest Nini yang pertama tahun ni...
Oleh kerana dia kawan baik lulu (dlm blog),
haruslah lulu memberi sokongan padu...
Dengan harapan semoga menang dan dapat tudung..
Sbb GA hari tu tak menang...Ow sungguh kecewa..

Syaratnya mudah...
Nak tahu lebih lanjut?
Klik pada banner...


Jawab soalan mudah:

 1. apa pendapat anda tentang rekaan tudung sekarang?
pendapat Lulu rekaan tudung sekarang sangat kreatif... Kalau dulu susah nak bergaya bila pakai tudung.. Tapi sekarang ni, pakai tudung boleh lebih bergaya dari tak pakai tudung..Dan yang paling bestnya, boleh gayakan tudung tu dengan pelbagai eksesori...
Paling lulu suka bila tengok orang pakai tudung pastu ada reben (betul ke ckp ni...)
Dan terasa nak pakai tudung juga...

2. rekaan yang macam mana yang anda suka?
Lulu suka warna-warna pastel..Lulu tak suka terlalu banyak corak..Terlalu garang warna dia.. Tapi mengenai nama tudung, lulu tak tahu..huhu...

Lengkapkan slogan nih...
       " bertudung akan lebih bergaya jika........dipadankan dengan baju/busana.. Tudung juga tidak sesuai dikenakan perhiasan terlalu banyak dan berlebihan..Cukuplah sekadar ada...Dan, ikatan biar/pastikan kemas (lilit-lilit)tu penting, biar nampak ayu..(40 patah kata)



Tarikh Tutup : 31.01.2011 jam 11.59 malam
Standard lah kan, kalau contest, dan lebih-lebih lagi pasal tudung, kenalah tag MAKBED..
Makbed, cepat buat..





.

Piala FA : Chelsea bertemu Everton..


Juara bertahan, Chelsea pula akan bertandang ke Everton manakala pemenang perlawanan ulangan pusingan ketiga di antara Wolves dan Doncaster akan bertemu sama ada Stoke atau Cardiff.

Manchester United diundi bertemu Southampton pada pusingan keempat Piala FA selepas mereka berjaya menyingkirkan Liverpool 1-0 malam kelmarin.

Ia umpama ulangan pertemuan final Piala FA 1976 yang dimenangi Southampton dan perlawanan kali ini akan berlang- sung di gelanggang The Saints itu pada 29 atau 30 Januari ini.

Undian awal pagi semalam telah menyaksikan lima pasukan dari Liga Perdana England akan bertemu sesama sendiri iaitu Bolton berdepan Wigan, Ful- ham berdepan Tottenham dan Aston Villa berdepan Blackburn.

Arsenal dan Leeds yang terikat 1-1 pada Sabtu lalu pula pemenangnya nanti akan berdepan pasukan divisyen tiga, Huddersfield.

Pasukan yang menghuni tangga tercorot Liga Perdana England, West Ham akan menjadi tuan rumah kepada Nottingham Forest manakala Birmingham menanti kunjungan Coventry dan pemenang aksi ulangan Manchester City dan Leicester akan bertemu Notts County.



.

Ana Raffali..

SEBELUM berlangsung majlis Anugerah Juara Lagu Ke-25 (AJL 25), pastinya ramai yang tidak menyangka bahawa lagu Tolong Ingatkan Aku mampu mengetepikan cabaran 13 buah lagu lain yang bertanding.

Tidak dinafikan, lagu nyanyian Ana Raffali itu sebenarnya langsung tidak memasuki senarai lagu yang boleh memberikan saingan hebat untuk AJL 25 kerana ramai pihak yang lebih bertumpu kepada pertembungan sengit yang membabitkan penyanyi seperti Yuna, Faizal Tahir dan Black.


Apa yang turut menjadi tumpuan apabila Ana berjaya menyingkirkan penyanyi yang menjadi pilihan ramai untuk bergelar juara iaitu Faizal Tahir yang sekadar meraih anugerah kategori persembahan terbaik menerusi lagu Hanyut.

Bagaimanapun, keputusan telah dibuat oleh barisan juri yang dilantik dengan memilih lagu nyanyian dan ciptaan Ana Raffali, meskipun ia mencetuskan sedikit kontroversi hingga menimbulkan rasa tidak puas hati ramai pihak.

Bercerita mengenai kejayaan yang dikecapinya itu, Ana sendiri mengakui sangat terkejut sebaik sahaja namanya telah diumumkan sebagai pemenang pada malam itu.
 
Menurutnya, tidak terdetik di hatinya langsung untuk bergelar juara memandangkan kesemua lagu yang bertanding pada AJL 25 sangat hebat dan memiliki kekuatan masing-masing.
“Ini adalah satu kejayaan terindah yang pernah saya kecapi sebagai seorang penyanyi. Dapat menyertai AJL 25 adalah satu penghormatan terbesar, apatah lagi menjadi juara dalam pertandingan yang cukup berprestij ini.

“Saya sendiri masih tidak percaya dengan kejayaan ini. Namun, saya sangat bersyukur dan sudah tentu dengan kemenangan ini akan menjadi pembakar semangat untuk saya bergiat lebih aktif dalam penciptaan lagu,” ujarnya yang berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM35,000 berserta trofi.

Ketika diminta mengulas mengenai kemenangan lagunya yang dipertikai dan menimbulkan rasa tidak puas hati ramai pihak, Ana berkata dia tidak kecewa dengan keadaan tersebut. Ujarnya, setiap orang ada hak masing-masing dan kemenangan yang diraih itu adalah keputusan yang dibuat oleh para juri.

“Saya sedar bahawa lagu saya ini tidak popular serta jarang diputarkan di radio dan bukan merupakan calon pilihan mereka. Namun, saya bersyukur kerana para juri telah memilih lagu saya ini.

“Lagipun saya masih baru dalam industri muzik tanah air dan ini merupakan penampilan pertama dalam anugerah juara lagu. Apa yang saya mahu lakukan adalah cuba untuk memikat hati para pendengar agar dapat menerima lagu-lagu saya selepas ini,” ujarnya.

Menurut Ana, dia juga berharap agar para pendengar di luar sana dapat memberi peluang kepadanya kerana dia juga mempunyai impian untuk mengangkat martabat muzik tempatan ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

Menyentuh mengenai lagu Tolong Ingatkan Aku yang diciptanya itu, Ana menjelaskan ia adalah sebuah lagu yang berkaitan sesuatu yang begitu dekat dengan dirinya dan peringatan supaya menghargai yang disayangi terutamanya keluarga dan rakan-rakan.

ANA berkongsi kegembiraan meraih kemenangan besar pada Anugerah Juara Lagu Ke-25 bersama Aidit Alfian yang diundang sebagai pemain gitar mengiringi persembahannya di pentas.

“Lagu ini juga turut mengingatkan saya kepada kakak saya yang telah meninggal dunia. Mungkin secara kebetulan, tarikh dia meninggal dunia adalah pada 9 Januari 2003 dan hari ini genap lapan tahun dia meninggalkan kami sekeluarga,” ujarnya.



Perang siber kerana Ana Raffali

Kredit : http://atieaizam.blogspot.com/2011/01/facebook-kami-tidak-bersetuju-ana.html

Kemenangan Ana Raffali menerusi lagu Tolong Ingatkan Aku pada Anugerah Juara Lagu Ke-25 (AJL25) anjuran TV3 kelmarin ternyata kurang disenangi sesetengah pihak.

Selain tindakan penonton yang terus meninggalkan Stadium Putra Bukit Jalil sebaik sahaja lagu berkenaan diumumkan sebagai pemenang, terdapat banyak komen yang mempertikaikan pemilihan lagu itu dalam blog tempatan.

Ada yang menulis lagu itu membosankan, tidak ada daya penarik selain tiada kekuatan yang diperlukan untuk diangkat sebagai juara.

Rasa tidak puas hati itu mendorong pihak tertentu melepaskan rasa tidak senang mereka di Internet termasuk mewujudkan akaun Facebook dengan menggunakan nama 'Kami Tidak Bersetuju Ana Raffali Menang AJL25'.

Memetik beberapa kritikan daripada akaun Facebook itu seperti : 'Ana Raffali menyanyi sambil menguap tak sedap langsung', 'Tolong Ingatkan Aku? Memang aku tak nak ingat dia yang menang', 'Aku tak kisah orang lain tetapi kenapa Ana Raffali' dan 'Ana Raffali penyanyi syok sendiri suara tak sedap dan lagu entah apa-apa.'



Juri AJL25 Bertelagah?


Ketika ketua juri Anugerah Juara Lagu ke 25 (AJL25) M.Nasir mempertahankan keputusannya memilih lagu Tolong Ingatkan Aku nyanyian Ana Rafalli sebagai pemenang pertandingan itu, salah seorang panel juri melihat keputusan berkenaan sebagai kurang tepat.

Komposer Azmeer berkata, dia sama sekali tidak bersetuju dengan keputusan itu dan secara tidak langsung menandakan Ana Raffali tidak layak untuk diangkat sebagai pemenang.

“Secara jujurnya saya tidak bersetuju dengan kemenangan itu. Siapakah artis yang saya rasa layak menjadi pemenang biarlah saya rahsiakan dulu buat sementara waktu,” katanya.

Kemenangan itu menimbulkan perdebatan sehingga ramai penonton di stadium meninggalkan kerusi masing-masing sebaik sahaja keputusan diumumkan.
Ketika diminta mengulas kenapa lagu berkenaan tidak boleh diangkat sebagai juara, Azmeer enggan memberi sebarang komen sehinggalah apabila dia mendengar pendapat M.Nasir dalam Imbasan AJL25 pada malam Selasa (malam ini).

Sorotan mengenai pertandingan berkenaan akan disiarkan secara langsung menerusi TV3 pukul 11 malam.
Selain M.Nasir dan Azmeer, juri kali ini terdiri daripada Habsah Hassan, Acis, Pacai, Amy (Search) dan Andy (Flop Poppy).

Penyanyi Amy Search pula berkata, dia hanya terlibat menilai dari aspek vokal dan bukannya melibatkan lagu yang dipertandingkan.


Bagaimanapun secara peribadi Amy turut terkejut dengan keputusan itu kerana dia lebih mengharapkan penyanyi Yuna yang membawa lagu Cinta Sempurna diangkat sebagai juara dengan alasan lagu berkenaan menusuk hati.


Bersifat jujur - M.Nasir

Sementara itu M.Nasir pula berkata lagu nyanyian Ana Raffali itu bersifat sensitif, peribadi dan jujur.

“Lagu itu mempunyai rasa. Itu yang penting dan yang kita cari sebenarnya. Sama ada betul atau salah, keputusan itu dibuat dengan penuh kesedaran, penuh pengetahuan muzik, cita rasa dan pembaharuan.

“Lagu ini dikategorikan sebagai lagu terbaik tetapi mungkin penonton rasa lagu ini tidak ‘besar’. Saya melihat kepada kekuatan lirik dan lagunya. Ada kebanyakan lagu yang lemah pada lirik atau lagu dan kedua-duanya,” kata M. Nasir pada sidang media selepas acara itu di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini, malam Ahad lalu.

Biarpun keputusan sudah dilakukan, M. Nasir sedar pasti ada pihak yang akan membuat pertikaian.
“Saya suka pesona melodi dan kejujuran lagu ini berbanding lagu lain. Lirik lagu Tolong Ingatkan Aku lain dari yang lain dan bagus.

“Sebagai ketua juri, saya memilih lagu dan lirik yang bagus dan bukan yang popular,” ujarnya lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan yang ditemui berkata, pihaknya tidak bertanggungjawab terhadap keputusan yang dibuat kerana segala-galanya adalah terletak di tangan juri.

“Semua kena tanya M.Nasir," katanya


P/S - Perasan tak Buletin Utama TV3 semalam, sblm habis berita, menyiarkan imbasan AJL 25...Dan tiada Ana Rafali didalam imbasan itu?...





.

Sheila menangis


Baru empat episod ke udara di TV3, drama bersiri 20 episod, Sakti Delima terbitan JS Pictures Sdn Bhd terpaksa dihentikan siarannya, berkuat kuasa serta-merta, semalam. Produser drama itu, Sheila Rusly mengesahkan, perkara ini atas arahan Lembaga Penapisan Filem (LPF) yang mendakwa drama arahan Azman Yahya atau Jinggo itu mengandungi unsur syirik dan tahyul ketara yang boleh memesongkan akidah Islam.

Sambil menangis, Sheila ketika menghubungi Harian Metro, petang semalam sangat kecewa dan kesal dengan arahan mengejut daripada LPF itu.

“Saya baru dapat tahu arahan ini dari TV3 yang memaklumkan perkara ini semalam. Saya difahamkan, LPF berkata, Sakti Delima boleh mengelirukan penonton kerana kalung Sakti Delima yang ditonjolkan berbaur syirik. Saya juga diberitahu, wakil LPF bertanya kepada pihak TV3, adakah orang bunian dalam cerita ini Islam ke tidak?” katanya.

Sheila berkata kisah Sakti Delima sebenarnya adalah adaptasi kira-kira 30 peratus dari filem klasik, Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Pancha Delima lakonan Tan Sri Jins Shamsuddin.

“Ia menceritakan mengenai kesaktian seutas kalung yang jadi rebutan ramai. Ia cerita epik berdasarkan fantasi dan khayalan penulis Sofia J Rhyland dan 'team' produksi kami.

“Saya tertanya-tanya juga, apa bezanya cerita Sakti Delima dengan filem Pancha Delima yang banyak kali diulang tayang siarannya di TV? Bezanya, cerita Sakti Delima dihasilkan pada zaman ini tapi kita sendiri tidak tahu zaman berlakunya kisah fantasi itu,” katanya.

Dengan apa yang berlaku, Sheila melihat pihak LPF seolah-olah bersikap 'double standard' terhadap syarikatnya.

“Bagaimana LPF menilai Sakti Delima cerita syirik sedangkan ia baru disiarkan empat episod? Mereka belum tahu bagaimana penghujung cerita ini yang terselit pengajaran. Justeru, saya merayu kepada pihak LPF agar mempertimbang semula arahan menghentikan siaran Sakti Delima,” kata Shiela.

Dia berkata, pihaknya menghasilkan cerita Sakti Delima kerana ingin beri peluang kepada pelakon wanita bertudung di luar sana.

“Kalau LPF menghentikan siaran Sakti Delima, hasrat kami ingin membantu pelakon bertudung yang kurang tawaran berlakon, tidak kesampaian.


“Sebenarnya, ramai pelakon bertudung mengeluh kerana susah mendapat tawaran berlakon dan watak mencabar kredibiliti mereka. Peluang yang saya buka kepada pelakon bertudung untuk beraksi dalam produksi saya itu atas rasa tanggungjawab sebagai produser, sekali gus menyemarakkan bidang seni tanah air,” katanya.

Sheila berkata, pihaknya tetap menyelitkan nilai-nilai keislaman dan keindahan bahasa Melayu klasik dalam siri itu

“Kalau orang kata cerita ini tahyul banyak lagi cerita legenda yang lain yang buat cerita yang sama dan lulus tapisan LPF,” katanya.

Ditanya kemungkinan ada pihak yang mahu sabotaj Sakti Delima, Sheila tidak ada jawapan untuk soalan itu.

“Entahlah, itu saya tak pasti,” katanya.

Drama bersiri Sakti Delima menceritakan mengenai pengusaha chalet, Talib di pusat peranginan di tanah tinggi yang juga ayah tunggal kepada tiga anak perempuan iaitu Siti Anggerik, Siti Tanjung dan Siti Melur.

Siti Melur adalah anak bongsu yang kerap dibuli dua kakaknya (hasil perkahwinan pertama ayahnya). Taib juga sedih melihat sikap Siti Anggerik dan Siti Tanjung yang bukan saja asyik bertelagah sesama sendiri tapi sering membuli adik mereka, Siti Melur.

Satu malam, Siti Melur bermimpi berjumpa arwah ibunya yang memberitahu mengenai kehebatan kalung di lehernya yang digelar Sakti Delima yang mampu membawa tuah.

Barisan pelakon yang menjayakan Sakti Delima adalah Bienda, Safura, Aida Khalida, Catriona Ross, Ungku Ismail, Iqram Dinzly, Yalal Murai dan Sheila sendiri.

Ia menelan kos kira-kira RM500,000 dan sepatutnya ke udara di slot Lagenda TV3, jam 4.30 petang, mulai 3 Januari lalu.




.

50 gigitan pada mayat Maurice


Bedah siasat yang dilakukan terhadap mayat pelancong warga Ireland yang menjadi mangsa serangan dua ekor anjing di Teluk Bahang dekat sini kelmarin mendapati terdapat kira-kira 50 kesan gigitan di seluruh badannya.

Mangsa, Sullivan Maurice, 50, yang berasal dari Water Port Parie, Ireland, mengalami kecederaan teruk akibat gigitan gigi tajam anjing baka Mongrel terbabit menyebabkan dia mati di tempat kejadian.
Sebelah telinga mangsa yang terputus juga berjaya ditemui beberapa meter dari tempat dia diserang.

PEMILIK anjing, Joseph Teoh membawa salah seekor daripada dua ekor anjing miliknya untuk diserahkan kepada Jabatan Veterinar semalam

Pakar Patalogi Forensik, Hospital Pulau Pinang (HPP), Datuk Dr. Bhupinder Singh berkata, mangsa juga kehilangan banyak darah akibat kedua-dua belah telinganya putus selepas digigit kedua-dua ekor anjing tersebut.

“Bedah siasat bermula pukul 10 pagi tadi (semalam) dan berakhir empat jam kemudian, semuanya berjalan lancar dan kita akan kemukakan laporan penuh kepada pihak polis,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.




.

GA Jose Nak P Holiday


Giveaway yang menarik...
eheh teruja nak ikut sebab rasanya lulu tahu jawapannya...
nak join juga?
Seperti biasa sila klik pada banner..


Lulu nak jawab,
destinasi percutian itu adalah...
Hatyai DAN Songkhla, Thailand.
Patung duyung tu berada di Pantai Samila...

Lulu nak tag ;
Citarasa Rinduan



Tarikh Tutup : Whoaa takde tarikh tutup...Cepat sebelum terlambat..


.

Terpaksa berniaga di ruang legar


Pengusaha baru kantin Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St John di sini, terpaksa beroperasi di ruang legar berhampiran gelanggang bola keranjang berikutan tindakan pengusaha lama meneruskan operasi di kantin sekolah berkenaan.

SMK St John yang mempunyai dua kantin kini menjadi buah mulut warga sekolah berkenaan kerana isu yang nampak mudah itu semakin rumit untuk diselesaikan Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan.

Tinjauan mendapati, ‘kantin segera’ yang mendapat kelulusan tender Disember lalu, menerima sambutan pelajar dan guru kerana menyediakan masakan panas dan segar, manakala operator kantin lama yang sudah tamat kontrak Oktober lalu pula masih menggunakan kemudahan memasak di kantin asal.

Pengusaha baru, Fatimah Kasim, 53, berkata dia terpaksa mengangkut makanan dan minuman dari kantin syarikat telekomunikasi di luar sekolah itu yang juga dikendalikan olehnya.

“Susahlah macam ini. Kena masak di tempat lain dan diangkut ke sekolah beberapa kali,” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.

Pengetua SMK St John, Lim Hean Hwa, berkata pengusaha lama sudah memfailkan semakan mahkamah untuk menghalang pihak sekolah memintanya meninggalkan premis berkenaan.

Katanya, beliau enggan mengulas panjang untuk mengelakkan daripada menjadi lebih rumit berikutan tindakan mahkamah.
Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan sudah mengadakan mesyuarat minggu lalu dan akan melantik peguam untuk mendapatkan perintah meminta pengusaha lama meninggalkan premis kantin.

Sumber PIBG berkata, seorang wakil ibu bapa akan memfailkan tindakan mahkamah itu bagi pihak pelajar dan guru.

Katanya, Jabatan Pelajaran sudah memaklumkan isu berkenaan kepada Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meminta perkara itu diselesaikan secepat mungkin.




P/S - Boleh juga jadi macam tu eh?



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!